The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by elinizam2210, 2022-08-14 05:49:17

IBRAH AWAL MUHARAM SRAI DMYS

IBRAH AWAL MUHARAM SRAI DMYS

❖ Sempena MAAL HIJRAH 1444H dan BULAN
KEMERDEKAAN Unit Sambutan & Perayaan
membawakan PAMERAN BERTEMA terbuka
kepada semua murid.

❖ PAMERAN BERTEMA ini merangkumi:
1. Bahan Digital
2. Kuiz Literasi Maklumat

❖ E-Sijil Pencapaian akan diberikan murid yang
berjaya Kuiz Literasi Maklumat.

❖ Tarikh tutup penyertaan 21 Ogos 2022 (Ahad).

PENGENALAN

Awal Muharam / Maal Hijrah
merupakan salah satu
1 peristiwa penting dalam

sejarah Islam.

Sebagai memperingati
penghijrahan Nabi
2 Muhammad SAW dari

Kota Makkah ke Madinah.

3 Tahun terjadinya hijrah ini
diambil sebagai permulaan
kalendar Hijrah.

PENGERTIAN HIJRAH

• Berpindah dari satu
BAHASA tempat ke tempat yang lain

ISTILAH • Perpindahan Rasulullah
SAW dan umat Islam dari
Kota Makkah ke Madinah
atau Yathrib

FAKTOR-FAKTOR HIJRAH

3
Dakwah Rasulullah

SAW ditentang
hebat oleh kafir

Quraisy

FAKTOR-FAKTOR HIJRAH

6
Jemputan
penduduk
Madinah dan
memberi jaminan
keselamatan
Rasulullah SAW

PERISTIWA SEBELUM HIJRAH

Dakwah secara terang
Rasulullah ditentang hebat

1 musyrikin Quraisy kerana
bimbang melihat
perkembangan Islam.

Apabila Islam
berkembang, segala
2 bentuk amalan orang

Quraisy akan terhapus.

Contohnya, amalan riba akan
terhapus dan mereka tidak

3 lagi bebas berseronok

dengan berjudi, minum arak
dan berzina.

PERISTIWA SEBELUM HIJRAH

Isteri Rasulullah Saidatina
Khadijah dan bapa saudara
4 baginda Abu Talib telah

meninggal dunia.

Rasulullah yang sedang
bersedih berasa tertekan

5 apabila orang Quraisy

memulau baginda dan
orang Islam

Keadaan ini mendorong
Baginda berdakwah kepada
6 kabilah luar Kota Makkah dan

berhasrat untuk ke Madinah.

PERISTIWA SEBELUM HIJRAH

ANTARA USAHA MENYEKAT DAKWAH
RASULULLAH SAW

❖Memujuk Rasulullah mengamalkan
ajaran Islam dan kepercayaan
Jahiliyyah secara bergilir-gilir.

❖Menawarkan pangkat, harta dan
wanita kepada Rasulullah.

❖Mengadakan sekatan ekonomi
kepada orang Islam selama 3
tahun.

❖Melakukan penyeksaan kepada
orang Islam.

❖Merancang untuk membunuh
Rasulullah.

PERJANJIAN AQABAH PERTAMA

❖ Perjanjian Aqabah ditandatangani pada
tahun 621 Masihi diantara Rasulullah
SAW dengan 12 orang penduduk Yathrib.

❖ Antara kandungan perjanjian ini ialah:
1) Berjanji tidak akan menyekutukan Allah.
2) Tidak akan berzina, mencuri, membunuh

anak dan menghalang orang lain
membuat kebaikan.
3) Sentiasa bercakap benar.
4) Tidak menyebar fitnah dan tidak
menderhaka kepada Rasulullah SAW.

❖ Rasulullah SAW telah mengutus seorang
sahabat ke Yathrib sebagai guru agama,
guru al-Quran dan menjadi imam dalam
solat.

PERJANJIAN AQABAH KEDUA

❖ Perjanjian Aqabah kedua berlaku di
Makkah pada tahun 622 Masihi
diantara Rasulullah SAW dengan 75
orang penduduk Yathrib.

❖ Antara kandungannya:

1) Menjadikan Rasulullah pemimpin

mereka.

2) Berjanji akan menjaga keselamatan

Rasulullah dan tidak akan

bermusuhan sesama sendiri.

3) Sanggup berjihad untuk

menegakkan Islam.

4) Bekerjasama dan membantu

Rasulullah SAW dan orang Islam.

PERISTIWA HIJRAH

❖ Musyrikin Makkah berbincang cara
menghalang Rasulullah berhijrah ke
Madinah.

❖ Mereka mengambil keputusan untuk
membunuh Rasulullah SAW ketika
baginda sedang tidur.

SEHARI SEBELUM HIJRAH

PERISTIWA HIJRAH

MALAM HIJRAH

Musyrikin Makkah mengepung rumah
Rasulullah SAW dan bersiap sedia untuk
membunuh baginda.

Allah memerintahkan Rasulullah
berhijrah ke Madinah. Saidina Ali
diperintahkan tidur di tempat baginda.

Rasulullah bersama Saidina Abu Bakar
keluar dari Makkah menuju ke Gua Thur.

GUA THUR

PERISTIWA HIJRAH

SETELAH 3 HARI 2 MALAM DI
GUA THUR

Rasulullah dan Abu Bakar meneruskan
perjalanan ke Madinah dipandu Abdullah

Bin Arqit

Tiba di Quba’ baginda berhenti
selama 4 hari dan membina masjid

pertama dalam Islam

MASJID QUBA’

PERISTIWA HIJRAH

Rombongan Rasulullah
SAW dan Saidina Abu
Bakar sampai di
Madinah pada 12
Rabiulawal tahun ke 13
kerasulan Rasulullah
SAW

Ketibaan Rasulullah
SAW dan Saidina Abu
Bakar disambut dengan
kegembiraan dan
kesyukuran oleh
penduduk Madinah.

PERISTIWA SELEPAS HIJRAH

Mempersaudarakan
Muhajirin dan Ansar

1

Membina Masjid Nabawi
sebagai tempat ibadat

2 dan pertemuan orang

Islam

Membuat perjanjian dengan

penduduk Madinah

3 termasuk Yahudi untuk
mengiktiraf Rasulullah

sebagai pemimpin

KESAN HIJRAH

KESAN KEPADA
MASYARAKAT

1 Masyarakat Arab telah
bersatu di bawah panji

Islam

Masyarakat yang adil 2

dan bertatasusila dapat
diwujudkan

3 Kaum Yahudi mengakui
kepimpinan Rasulullah

SAW

KESAN HIJRAH

KESAN KEPADA
DAKWAH ISLAM

1 Dakwah Islam dapat
disebarkan dengan

bebas.

Bermulanya tahun hijrah 2
dalam kalendar Islam.

3 Yathrib telah ditukar
nama kepada Madinah.

PENGAJARAN PERISTIWA HIJRAH

❖ Umat Islam perlu berhijrah dan
berkorban supaya menjadi umat
yang maju dan berjaya.

❖ Usaha dakwah hendaklah
mempunyai strategi yang mantap.

❖ Kesatuan akidah menjadi asas
kepada perpaduan umat Islam.

❖ Sentiasa bersikap optimis, yakin
bahawa kejayaan pasti bersama-
sama dengan orang yang benar.

SEKIAN
TERIMA KASIH

UNIT SAMBUTAN DAN PERAYAAN

❖ NUR SHAHIRAH BINTI
MOHAMMAD TAMYIS

❖ NAZIRAH BINTI MUHAMAD
❖ SITI HASLINA BINTI TASLIN
❖ NORHABIBA BINTI SURADI
❖ MOHAMAD NORFAIZAL BIN

MOHAMED
❖ RAHILAH BINTI ANUAR
❖ ROSNAH BINTI MAIRI
❖ SITI HIDAYAH BINTI

ABDULLAH


Click to View FlipBook Version