AQILAH KHUSAIRI
PERKEMBANGAN
Tingkah Laku
KANAK-KANAK
Ilmu saat MISKIN
jadi harta
KAYAIlmu saat
jadi mahkota
latar belakang penulis
Nurizzati Aqilah Binti Khusairi dilahirkan
pada 30 Mei 1999. Anak kelahiran Ipoh, Perak
ini merupakan Graduan Lepasan Diploma Pengajian
Awal Kanak-kanak di KV Sungai Petani 2. Pencarian ilmu diteruskan
dan kini telah berjaya melanjutkan pengajian di Universiti Pendidikan
Sultan Idris dalam program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan -
Pendidikan Awal Kanak-kanak.
Facebook: Nurizzati Aqilah
Instagram: @izzatiaqlh_
Email: [email protected]
2
Indeks
02 05
APA ITU TINGKAH TINGKAH LAKU
LAKU? MENURUT TEORI AHLI
FALSAFAH
Definisi tingkah laku dari sudut
bahasa dan istilah. Maksud tingkah laku menurut
sudut pandang ahli-ahli falsafah
06 pendidikan.
PERKEMBANGAN 05
TINGKAH LAKU
KANAK-KANAK TINGKAH LAKU
1 HINGGA 2 TAHUN KEBIASAAN DALAM
KALANGAN KANAK-
Perlakuan dan tingkah laku KANAK
kanak-kanak mengikut peringkat
umur. Tingkah laku kebiasaan yang
ditunjukkan oleh kanak-kanak.
13
18
FAKTOR TINGKAH
LAKU NEGATIF KOMUNIKASI
KANAK-KANAK BERKESAN DENGAN
KANAK-KANAK
Punca dan sebab kanak-kanak
bertingkah laku negatif. Cara-cara yang boleh dijadikan
contoh oleh ibu bapa dan penjaga
untuk mengawal tingkah laku 3
kanak-kanak.
"Tingkah laku boleh
bersifat naluri atau
dipelajari."
4
APA ITU
TINGKAH LAKU?
Tingkah laku dari sudut etimologi bermaksud kelakuan
atau gerak-geri. Manakala tingkah laku dari sudut
terminologi pula membawa pengertian bahawa semua
tindakan manusia yg boleh diperhati, diukur & dinilai.
Hal ini dinyatakan sebagai sebarang perbuatan yang
dilakukan sama ada secara terus atau tidak, secara
sedar atau separa sedar. Tingkah laku juga adalah
manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan
nilai-nilai tertentu.
5
Tingkah Laku Menurut
TEORI AHLI FALSAFAH
Seseorang individu bertingkah laku mengikut Carl Rogers (1999)
persepsi diri sendiri dan keadaan. Konsep kendiri
yang positif mampu menjadikan individu berupaya
berinteraksi dan bertindak dengan lebih yakin.
Ivan Petrovich Pavlov (1902)
Pembelajaran yang berkaitan dengan ransangan dan
tindak balas. Tingkah laku dihasilkan daripada gerak
balas terhadap ransangan yang diterima.
Gerak refleksi yang berlaku secara semulajadi. John Broadus Watson (1913)
Manusia mempelajari gerak balas untuk
menyesuaikan diri dengan situasi baru.
Imam Al-Ghazali
Setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan 6
dorongan serta tujuan. Motivasi ini boleh dirangsang
oleh rangsangan luar atau dalaman yang berkaitan
dengan keperluan-keperluan fisiologi atau emosi.
"Tingkah laku kanak-kanak
berlandaskan gabungan aspek
keperluan biologi, psikologi dan
sosial."
7
PERKEMBANGAN TINGKAH LAKU
KANAK-KANAK
1-2 TAHUN
Pertumbuhan dan perkembangan setiap kanak-kanak adalah berbeza, ianya
bergantung terhadap kadar perkembangan individu itu sendiri. Secara amnya,
kanak-kanak pada usia yang sama akan mencapai tahap sesuatu perkembangan
tertentu juga pada tempoh yang lebih kurang sama. Dengan memahami tahap
perkembangan kanak-kanak, ibu bapa berpeluang untuk membantu anak mereka
dalam membina potensi dan kemahiran diri yang lebih meluas. Namun,
sebilangan kecil kanak-kanak tidak menunjukkan ciri-ciri yang telah
disenaraikan. Pertimbangan terhadap faktor tingkah laku, faktor persekitaran,
tahap perkembangan mengikut peringkat usia dan tahap kematangan adalah
sangat penting bagi memahami seseorang kanak-kanak. Jadual di bawah akan
menerangkan tentang hubungkait antara peringkat umur kanak-kanak serta
perkembangan yang boleh dicapai pada usia tersebut.
8
TINGKAH LAKU KEBIASAAN KANAK-KANAK
MENGGIGIT
Tindakan menggigit boleh menjadi pelbagai punca dan sebab. Ianya
berubah mengikut tahap usia dan perkembangan kanak-kanak.
12-14 bulan
Kanak-kanak mula teruja untuk meneroka dengan menggigit ibu bapa. Hal
ini untuk melihat reaksi orang lain terhadap perbuatan menggigit itu.
16-24 bulan
Kanak-kanak mula meneroka tingkah laku dengan rakan-rakannya dengan
cuba menggit, menarik rambut dan mencakar untuk menarik perhatian.
18-30 bulan
Kanak-kanak mula belajar berdikari dan mahu membuat tindakan sendiri.
Pada usia ini apabila mereka mengalami tantrum dan tingkah laku negatif,
berkemungkinan mereka mula menggigit.
TANTRUM/ MENGAMUK
Tantrum adalah perbuatan yang biasa terjadi semasa kanak-kanak berusia
satu hingga tiga tahun. Hal ini kerana kemahiran sosial dan emosi kanak-
kanak mula berkembang. Pada usia ini kebiasaannya mereka tidak tahu
bagaimana untuk menyatakan sesuatu melalui perkataan. Oleh itu,
tantrum adalah salah satu cara mereka menggambarkan rasa tidak puas
hati.
Kanak-kanak yang mudah merejuk berkemungkinan besar untuk kerap
tantrum. Kanak-kanak yang stress, kelaparan dan keletihan juga
cenderung untuk mula tantrum dan mengamuk. Tantrum pada usia bawah
tiga tahun adalah normal. Semakin meningkat usia kanak-kanak, mereka
akan lebih memahami perkara di sekelilingnya. Oleh itu, mereka akan
kurang berkelakuan negatif sedikit demi sedikit.
MENYEPAK, MENOLAK DAN BERGADUH
Menyepak dan menolak orang lain adalah perbuatan kebiasaan kanak-
kanak pada awal usia. Kajian menunjukkan bahawa 50% kanak-kanak 17
bulan mula menolak orang lain dan 25% pula suka menyepak. Apabila
kanak-kanak menyepak, menolak dan bergaduh dengan rakannya yang lain,
ini menunjukkan kanak-kanak tersebut mempunyai masalah untuk
meluahkan perasaannya dengan kata-kata.
9
"Memahami keperluan setiap
kanak-kanak adalah sangat
penting bagi memahami
tingkah laku mereka." 10
Faktor Tingkah Laku Negatif
Kanak-kanak
FAKTOR PERSEKITARAN
Sesetengah kanak-kanak sangat sensitif terhadap
persekitaran seperti bunyi bising, sejuk, panas, dan lain-lain.
Perubahan tingkah laku akan ditunjukkan terutamanya bagi
kanak-kanak yang mengalami kecacatan teruk, autisme, dan
lain-lain.
TEKANAN PSIKOLOGI
Individu yang mengalami masalah tingkah laku obsesif dan
tingkah laku yang sudah menjadi tabiatnya akan berasa
senang dengan tingkah laku tersebut. Mereka akan berasa
tertekan apabila kebiasaan tingkah laku itu diganggu atau
dihalang.
KETAKUTAN DAN FOBIA
Fobia adalah ketakutan yang keterlaluan terhadap sesuatu.
Fobia termasuk juga takut terhadap sesuatu yang berbahaya
seperti ular atau ketinggian yang melebihi tahap bahaya
sebenar perkara tersebut. Ketakutan ini boleh menyebabkan
perubahan tingkah laku kanak-kanak.
KEMAHIRAN KOMUNIKASI DAN SOSIAL YANG TERHAD
Terdapat bukti yang jelas menunjukkan bahawa kadar
tingkah laku bermasalah yang tinggi dalam kalangan kanak-
kanak yang kurang berkomunikasi berbanding kanak-kanak
yang boleh berkomunikasi dengan baik.
KESIHATAN DAN PERUBATAN
Kesakitan atau keadaan tertekan yang berkaitan dengan
keadaan kesihatan tertentu boleh menyebabkan rasa kurang
selesa dan boleh menyebabkannya berkelakuan kurang
sesuai.
11
KOMUNIKASI iTbiupsbaupntau!k
BERKESAN DENGAN
-KANAK KANAK
BERTANYA KHABAR DAN TIDAK TERLALU
PERKEMBANGAN SEHARIAN MENGONGKONG
Penting untuk anak-anak mengetahui bahawa Dunia hari ini segalanya sudah menjadi tanpa
kedua ibu bapanya mengambil berat mengenai sempadan. Sifat ingin tahu menjadi lebih tinggi
mereka. Biar sesibuk mana pun pastikan dengan pendedahan maklumat yang tanpa
sedikit masa diberikan untuk mengemas kini batasan. Oleh itu, setiap kemudahan dan
mengenai pengajian dan kehidupan seharian. kebebasan yang diberikan perlu ada hadnya.
Jika kurangnya perhatian yang diberikan oleh Seperti penggunaan telefon pintar dan
ibu bapa menjadikan mereka mencari televisyen tetapkan penggunaan berjadual jika
perhatian di luar sana. mereka masih kecil dan pada hari
persekolahan.
CARI TITIK PERSAMAAN TIDAK MEMULAKAN
pertuturan DENGAN
-DENGAN ANAK ANAK
NADA YANG Tinggi
Hormati dan beri peluang untuk si anak
memilih perkara dan bidang yang mereka Biarpun anak anda telah melakukan kesalahan
minati. Elakkan dari menetapkan dan sama ada kecil atau besar, mulakan
mengehadkannya kepada sesuatu yang terlalu perbincangan dengan intonasi yang lembut
spesifik. Aktiviti pilihan seharusnya tetapi tegas. Perbincangan yang matang akan
menyeronokkan berbanding memberi tekanan menjadikan mereka lebih terbuka untuk
apatah lagi untuk si kecil yang sedang bercerita kisah sebenar berbanding menipu
membesar. untuk menyelamatkan diri.
ELAK MALUKAN
-ANAK ANAK DI KHALAYAK
Menghukum di khalayak ramai akan membuatkan
mereka berasa malu dan ia mempunyai kesan
jangka panjang pada perkembangan emosi anak.
Ini menjadikan hubungan antara anda dan anak
semakin jauh dan tercalar apabila dia memendam
segalanya di dalam dirinya. Oleh itu, analisa
kesalahan yang dilakukan dan beri nasihat selain
mengambil tindakan yang mendidik dan
membaiki tingkah lakunya.
12
Terima Kasih