The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masturamieyah, 2023-09-06 10:52:05

MESYUARAT GURU BIL 1/2023

MESYUARAT GURU BIL 1/2023

1


2 SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SELAYANG BHARU MINIT MESYUARAT GURU SMKSB BILANGAN 1 TAHUN 2023 Tarikh : 16 Mac 2023 (Khamis) Masa : 8:30 pagi –12.30 tengah hari Tempat : Bilik Semarak Kehadiran : Bil Nama Jawatan 1. Siti A’ida binti Joned - Pengetua Cemerlang 2. Ponitha a/p Subramaniam - Penolong Kanan 3. Zunainun bt Che Pa - PK HEM 4. Roslaily bt Nasir - PK Kokurikulum 5. Mohmad Fadly b Noordin - PK Petang 6. Maryati binti Md Khalid - PK Pendidikan Khas 7. Vasanthi a/p Velu - GKMP Bahasa 8. Mazlina bt Ismail - GKMP Teknik dan Vokasional 9. Nur Faizatul Ain bt Borhan - Guru Media 10. Savithri Dewi a/p Sankaran - Guru Data 11. Norhazura bt Hosaimi - Kaunselor 12. Syukriyah bt Yahaya - Kaunselor 13. Suliati Marina bt Mat Rani - Kaunselor 14. Qistina bt Mohd Jais - Kaunselor 15. Ahmad Bunyamin b Yusof 16. Ahmad Mokhlis b Inngam 17. Ahmad Tarmizy bin Hasan 18. Ainin ‘Anida bt Ibrahim 19. Adeline Banan 20. Amalina bt Ab Kadir 21. Azira bt Mohamad 22. Chua Saw Chin 23. Fadiah bt Ahahary 24. Fazlinda bt Fadzil 25. Lisa Fazlin bt Ismail 26. Mat Arifin bin Ramli 27. Mohd Alias bin Hamzah 28. Mohd Ariff b. Sulaiman 29. Mohamad Sofyan b Mohd Dani 30. Muhammad Lukman AlHakim b Shamsul Bahri 31. Muhammad Nor Amry b. Abd. Majid 32. Mythili a/p Katheravelo 33. Nik Mohd Zuhdi b Nik Mohd Fadzil 34. Nik Hazwani Yusri bt Nik Mohd. Yusoff 35. Noor Fuziaton bt Mohamed Noor 36. Nor Anida bt Rathuan 37. Norhisham bin Johari


3 38. Normidah bt Tunggal 39. Norziana bt Zakaria 40. Nur Fatihah bt Taharudin 41. Nur Izzati bt Mohd Zuber 42. Nuurul Fitriyyah bt Mohd Salleh 43. Rafidawati bt Omar 44. Rahenon bt Harun 45. Raja Maziani bt Mamat @ Raja Muhamad 46. Rohaida Azlin bt Ahmad Tajudin 47. Rokhini a/p Permal 48. Rospaliza bt Othman 49. Rozilawati bt Ali 50. Ruzaimah bt Mustafar @ Mokhtar 51. Sakinah bt Ahmad 52. Saroja a/p Apllanaidoo 53. Shaibah bt Daud 54. Shazana binti Muhammad 55. Siti Aminah bt Sehok 56. Siti Noorazwane bt Abdul Rahman 57. Siti Nur Hidayah bt Mohd. Ali Khan 58. Sumitra a/p Santheran 59. Tuan Nur Mastura bt Tuan Mohamed Hazirin 60. Umi Nasrah bt Nasaruddin 61. Yap Sao Wen 62. Zaidah bt Hassan 63. Zainab bt Mohd. Jan 64. Zarinah bt Ongkeh 65. Zulaida bt Hasan 66. Zulkapali b Jahaya 67. Arifin b Jolis 68. Dina Akmal bt Zaini 69. Elmi Wahyuni bt Manaf 70. Halina bt Yusof 71. Nurul Akma Syafinah bt Hamizat 72. Malini bt. Ramli 73. Mohamad Ridhuan b Razaly 74. Mohd Fadzil b Othman 75. Mohd Zahier b Othman 76. Mujahidah bt Mashhuri 77. Noorzuhaida bt Mustafa 78. Noorfarishayusnida bt Yusoff 79. Nur Adila bt Rosdi 80. Nur Rabi'atul 'Izzati bt Mohd Tahir


4 81. Nurul Ardilla bt Mamat 82. Sarila bt Ibrahim 83. Faizah bt Jusoh 84. Abdul Basid b. Mohamed Salim 85. Amirul Syamil b Mohamad Nizami 86. A. Peter a/l Arokiasamy 87. Halawati bt Fouzi 88. Hasnor Izzati bt Che Razali 89. Imran bin Shamsudin 90. Intan Anis Idayu bt Sudin 91. Irmawati bt Sadin 92. Mohd Zul Fahmi bin Abd Rashid 93. Nik Muhammad Amir bin Nik Soh 94. Noor Maizatul Akhma bt Mamat 95. Noorhaliza bt Baharuddin 96. Norani bt Mohamad 97. Nor Atilia Suraya bt Azman 98. Norfatin Syamimi bt Abdul Mutalib 99. Nuratikah bt Kamarudin 100. Nurdhaniah bt Ruslan 101. Nur Ainna Mardhiah bt Ismail 102. Nur Ain’sha bt Nawi 103. Nur Aziah bt Ahmad Sohimi 104. Nur Shaufiyyah bt M. Zulkifli 105. Nurul Nadiah bt Hasan Basri 106. Nurul Nazatul Suhaila bt Abd Rashid 107. NurulAin ‘Afifah bt Rusli 108. Nurrul Athirah bt Tuan Ibharim 109. Siti Mariani bt Ismail 110. Umi Najaa bt Mohamed Suhaimi 111. Vubaneswary a/p Karupanan 112. Wan Abdul Wafi b Wan Abdul Rahman 113. Wan Azmawani bt Wan Adnan 114. Wickneswary a/p Muniyandy Turut Hadir : Tiada Nama Yang Tidak Hadir (bersebab): 1. Rajeshwari a/p Veeran - Mesyuarat Penandaan SPM 2. Amirah bt Abas - Mesyuarat Penandaan SPM 3. Hafizah bt Miswandai - MC 4. Mohd Asmizan b. Azman - Mesyuarat Penandaan SPM 5. Nurul Eshan bt Mohd Zain - Mesyuarat Penandaan SPM 6. Romaya bt Muhamat - Mesyuarat Penandaan SPM 7. Roslina bt Sulaiman - Janji temu doktor


5 8. Zaharuddin b Yaacob - Urusan Ketua Pengawas SPM 9. Asmi Aira bt Abdullah - Cuti dengan Kebenaran Urus setia Mesyuarat: 1. Tuan Nur Mastura bt Tuan Mohamed Hazirin 2. Siti Nur Hidayah bt Mohd. Ali Khan 3. Wan Azmawani bt Wan Adnan 4. Nurul Nadiah bt Hasan Basri 5. Qistina bt Mohd Jais 1.0 PERUTUSAN PENGERUSI 1.1 Pengetua mengalu-alukan kehadiran semua guru ke Mesyuarat Guru Bil.1/2023. 1.2 Pengetua mengucapkan terima kasih serta setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru yang telah memberikan komitmen dengan penuh dedikasi sepanjang tahun 2022. Semoga segala kerja buat yang telah dilaksanakan akan diterima sebagai ibadah dan guruguru diminta sentiasa berazam dan bertekad untuk terus meningkatkan lagi prestasi kerja pada masa yang akan datang. Makluman 1.3 Pengetua mengucapkan selamat datang kepada dua orang guru baharu ke SMK Selayang Bharu iaitu Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Roslaily binti Nasir dan En Ahmad Mukhlis bin Inngam. Makluman 1.4 Pengetua menyampaikan ucaptama dengan membahagikan kepada 3 bahagian iaitu Amanat Kepimpinan Negara, Amanat Kepimpinan KPM dan Amanat Kepimpinan Organisasi. 1.4.1 Amanat Kepimpinan Negara 1.4.1.1 Malaysia Madani bermaksud maju dari segi pemikiran, kerohanian dan kebendaan. 1.4.1.2 Malaysia Madani berteraskan enam rukun utama iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan. Rukun Madani perlu disemaikan dalam kalangan murid-murid kerana guru merupakan ejen penyampai bagi setiap perubahan yang berlaku. Makluman 1.4.2 Amanat Kepimpinan KPM 1.4.2.1 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menitikberatkan pembangunan adab, akhlak dan integriti untuk melahirkan Anak Yang Baik Lagi Cerdik (ABC). Perkara ini akan menjadi asas kepada budaya kerja yang perlu diterapkan kepada semua guru di sekolah. 1.4.2.2 Slogan KPM ialah Murid Ceria, Guru Bahagia, Sekolah Bitara dan Negara Sejahtera. 1.4.2.3 Tujuh teras utama yang menjadi tumpuan KPM dalam menerajui sistem pendidikan negara. Tujuh teras utama itu termasuk komunikasi antara


6 KPM dan sekolah lebih tulus dan cekap, pembentukan adab dengan penekanan kepada aspek karamah insaniah, membasmi kemiskinan dengan memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40 termasuk dari aspek malnutrisi, peranti dan ruang pembelajaran, mengurangkan keciciran pendidikan dari segi masalah literasi dan numerasi, menjaga kebajikan guru sebagai teras keberkesanan penyampaian pendidikan, menaik taraf sekolah daif dan meningkatkan keupayaan pendidikan digital di sekolah. Makluman 1.4.2.4 Berkait dengan teras mengurangkan keciciran pendidikan, Pengetua meminta guru-guru tingkatan, guru Bahasa dan guru Matematik dapat mengenal pasti murid-murid yang berada dalam kelompok penguasaan literasi dan numerasi yang lemah untuk diberi perhatian oleh Jawatankuasa Pemulihan. Tindakan: Semua Guru Tingkatan, Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Matematik 1.4.3 Amanat Kepimpinan Organisasi 1.4.3.1 Mesyuarat dan perjumpaan dijadikan sebagai satu wadah penting untuk merapatkan ukhwah antara para guru. Perkongsian pandangan dan idea untuk meningkatkan kecemerlangan bagi mencapai hasrat KPM melahirkan murid cemerlang, beradab dan berintegriti. Makluman 1.4.3.2 Perancangan Strategik Organisasi tahun 2023 (PSO 2023) PSO 2023 MATLAMAT Pentadbiran Bilangan peratus guru mencapai mata Continuing Profesional Development (CPD) 50 ke atas sebanyak 75.80%. Pelibatan murid inklusif sebanyak 85% iaitu murid aliran Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) berjaya melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran di arus perdana. Kurikulum Peratusan murid yang Layak Menerima Sijil (LMS) mencapai 88.94%. Gred Purata Sekolah (GPS) berada pada 4.99. 50 orang murid yang memperoleh 6A ke atas dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Hal Ehwal Murid Kehadiran murid ke sekolah mencapai 86.16%. Salah laku disiplin dapat dikurangkan kepada 9.81% berbanding 12%. Kokurikulum Pelibatan murid di peringkat daerah dan ke atas mencapai tahap 30%.


7 Pencapaian peringkat tertinggi mencapai 9%. Business As Usual (BAU) Setiap unit haruslah bergerak dan mempunyai key performance indicator (KPI) masing-masing. Makluman 1.5 Pengetua memaklumkan bahawa tiada PdPC pada minggu pertama persekolahan dan pihak sekolah telah merangka Program Lima Hari untuk menceriakan murid dan membahagiakan guru. Ibu bapa turut dibenarkan hadir ke sekolah sepanjang program berjalan. Program ini perlu disediakan pelaporan dan gambar. Penolong Kanan Kokurikulum, Puan Roslaily binti Nasir dilantik sebagai penyelaras program tersebut. Tindakan: Penolong Kanan Kokurikulum 1.6 Semua guru tingkatan diminta melakukan gotong-royong bagi memastikan kelas dalam keadaan bersedia untuk menyambut kehadiran murid pada minggu pertama persekolahan. Kelas mesti berada dalam keadaan kemas dan tersusun. Guru juga hendaklah bersedia jika dilawati oleh kepimpinan tertinggi peringkat negeri dan kementerian. Tindakan: Semua Guru Tingkatan 1.7 Terdapat dua program khas yang dirancang oleh JPN Selangor: PROGRAM TUJUAN Future Leaders of Selangor Membimbing murid-murid sebagai model yang akan dilahirkan sebagai pembimbing dan pemimpin masa hadapan. Anak yang Tersilap Langkah Hasrat Pengarah JPN Selangor tidak mahu murid-murid negeri Selangor digantung dan dibuang sekolah. Makluman 1.8 Guru-guru dinasihatkan tidak memuat naik “content” yang tidak bermoral dan tidak berfaedah di platform media sosial TikTok yang berpotensi mencalar kredibiliti seorang guru. Platform tersebut perlu digunakan untuk menyebarkan info yang bermanfaat terhadap pembelajaran murid. Tindakan akan diambil terhadap guru yang melanggar arahan ini. Makluman 1.9 Pengetua memaklumkan bahawa agihan kompetensi atau pengurusan pentadbiran adalah di bawah tanggungjawabnya dan dibantu oleh Penolong Kanan Pentadbiran kecuali Pengurusan Perhubungan Luar dan PIBG di bawah tanggungjawab Penolong Kanan PPKI. Portfolio Pengurusan Persekitaran dan Kemudahan Fizikal dan Kelab Guru pula menjadi tanggungjawab Penolong Kanan Petang. Guru-guru yang terlibat dengan jawatankuasa pengurusan yang dinyatakan diminta berhubung dengan Penolong Kanan berkenaan. Makluman 1.10 Pengetua mengingatkan guru-guru tentang Malaysian School Governance (MySG) yang merangkumi empat kategori tugas iaitu tugas utama, tugas sampingan/sokongan, tugas tambahan dan tugas ad-hoc. Makluman


8 1.11 Pengetua menyatakan fokus budaya kerja untuk tahun 2023 adalah berdasarkan hasrat KPM iaitu sentiasa berfokuskan adab, integriti dan akhlak agar dapat melahirkan muridmurid berakhlak mulia serta menjadi insan karamah. Makluman 1.12 Pengetua berharap semua guru mengamalkan budaya kerja sepasukan dan berkongsi visi dengan semua ahli pasukan. Guru-guru perlu meningkatkan kemahiran mengurus dan memimpin kerana guru merupakan seorang pemimpin kepada murid-muridnya serta sentiasa bersikap positif. Makluman 1.13 Pengetua menerapkan pendekatan back to basic dalam melaksanakan tugasan. Semua guru dinasihatkan menetapkan visi yang ingin dicapai sepanjang tahun 2023 dan bersamasama berusaha untuk mencapai visi tersebut. Guru-guru perlu membuat perancangan PDCA iaitu Plan, Do, Check dan Action. Makluman 1.14 Pengetua berharap semua guru dapat Challenge The Process iaitu sentiasa mencari peluang dengan meneroka cara-cara inovatif menuju perubahan, berkembang dan menambah baik. Guru juga perlu berani mengambil risiko dengan menjana kemenangan secara tekal dan belajar daripada kesilapan. Makluman 2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT 2.1 Tiada 3.0 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Tiada perkara berbangkit 4.0 PERBINCANGAN / LAPORAN 4.1 Makluman Penolong Kanan 4.1.1 4.1.2 Penolong Kanan merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih atas kerja buat serta pencapaian sepanjang tahun 2022/2023 kepada semua guru. Makluman mengenai tugas penjawat awam di sekolah: 4.1.2.1 Tugas Utama 4.1.2.2 Tugas Sampingan/sokongan 4.1.2.3 Tugas Tambahan 4.1.2.4 Tugas Ad hoc Makluman 4.1.3 Carta Organisasi Jawatankuasa Pengurusan Sekolah 2023/2024 4.1.3.1 Jawatankuasa Pengurusan Sekolah yang dibuat adalah berdasarkan MySG yang diketuai oleh Pengetua, Penolong-penolong Kanan, Guru


9 Kanan Mata Pelajaran, Guru Data, Guru Perpustakaan dan Media, Kaunselor dan AKP. Makluman 4.1.4 PSO Induk dan KPI 2023 PSO 2023 MATLAMAT SASARAN 2023 Pengurusan Kurikulum Peratus Layak dapat Sijil SPM (LMS) 88.94% Peratus Bahasa Melayu 94.85% Peratus Sejarah 91.08% Gred Purata Sekolah (GPS) SPM 4.99 Bilangan murid mencapai 6A dan ke atas 50 Pengurusan Sumber Manusia Peningkatan peratus pencapaian profesionalisme guru mencapai mata Continuing Profesional Development (CPD) 50 ke atas 75.80% Makluman 4.1.5 Ketetapan Pengurusan Kurikulum 4.1.5.1 Guru-guru perlu mengisi borang Google Form setelah membaca dan menghayati Ketetapan Pengurusan Kurikulum, HEM dan Kokurikulum yang telah disediakan. Tindakan: Semua guru 4.1.5.2 Semua ketetapan yang dibuat mengikut akta dan Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) yang telah ditetapkan. Ketetapan ini haruslah dihayati dan dipatuhi oleh semua guru. 4.1.5.3 Pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) adalah berdasarkan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) bagi tingkatan satu sehingga tingkatan lima melalui penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) mengikut SPI Bil. 9 2016. Makluman 4.1.5.4 Tawaran mata pelajaran mestilah berdasarkan 3 kumpulan mata pelajaran. Semua murid tingkatan 4 dan 5 perlu mengambil mata pelajaran Teras, Wajib dan Elektif. Pada tahun 2023, semua kelas mengambil sekurang-kurangnya 1 mata pelajaran elektif. 4.1.5.5 Tawaran mata pelajaran di bawah pakej STEM adalah bergantung kepada keupayaan dan pencapaian murid di sekolah. Terdapat 3 pakej STEM yang ditawarkan iaitu kelas Sains Tulen, Sains Agama dan Sains Komputer.


10 4.1.5.6 Tawaran pakej mata pelajaran untuk setiap tingkatan boleh dirujuk kepada lampiran yang dikepilkan iaitu Lampiran K1 dan K2. Makluman 4.1.5.7 Semua Jawatankuasa Induk Kurikulum Sekolah yang disenaraikan perlu menghadiri Mesyuarat Induk Kurikulum. Makluman 4.1.5.8 Pelantikan Ketua Panitia dan Penolong Panitia dicadangkan dalam mesyuarat pengurusan sekolah dengan mengambil kira kriteria subjek yang diajar dan keutamaan diberi berdasarkan gred, namun terpulang kepada pihak pengurusan sekolah. 4.1.5.9 KP subjek teras dikecualikan memegang jawatan guru tingkatan dan tidak digalakkan memegang jawatan lain dalam JK Induk Kurikulum. Makluman 4.1.5.10 Penyediaan Fail Rekod Mengajar hendaklah dilengkapkan dan dihantar dalam tempoh 2 minggu selepas sesi persekolahan kepada Ketua Jabatan. Tindakan: Semua guru 4.1.5.11 Penghantaran Rancangan Pengajaran Harian (RPH) perlu dihantar pada hari terakhir setiap minggu. Penghantaran sesi pagi adalah sebelum jam 3.00 petang manakala untuk sesi petang adalah sebelum jam 10.00 malam. 4.1.5.12 Semua guru diingatkan membawa masuk Buku Rekod Mengajar pada setiap masa PdPc berlangsung. Salinan cetakan keras perlu dibuat semasa hari pencerapan untuk kegunaan pencerap. Makluman 4.1.5.13 Semua guru dikehendaki menulis perkara-perkara yang telah ditetapkan seperti tarikh, hari, kehadiran, tajuk pembelajaran dan objektif pembelajaran pada papan putih sebelum memulakan pengajaran. Tindakan: Semua guru 4.1.5.14 Penolong Kanan mengingatkan guru-guru agar tidak duduk semasa mengajar serta penggunaan telefon bimbit secara berlebihan adalah tidak dibenarkan. 4.1.5.15 Guru-guru yang melaksanakan relief dikehendaki mengajar mengikut bidang kepakaran masing-masing. 4.1.5.16 Kerja rumah hendaklah diberikan sekurang-kurangnya 1 kali seminggu yang bersesuaian mengikut jadual waktu dan tempoh masa menyiapkan kerja rumah berkenaan. 4.1.5.17 Standard Operasi Prosedur (SOP) penyediaan jadual waktu sekolah ialah Ketua Panitia akan merujuk Guru Kanan Mata Pelajaran masingmasing sebelum mencadangkan nama-nama guru yang akan mengajar setiap kelas. 4.1.5.18 Semakan hasil kerja murid akan dibuat 2 kali bagi sesi persekolahan iaitu Jun dan September.


11 BIL PEMANTAUAN MINGGU PENGHANTARAN TINGKATAN 1 Kali pertama Jun (minggu 3) Peralihan, Satu dan Lima Jun (minggu 4) Dua, Tiga, Empat 2 Kali ke-2 September (minggu 3) Peralihan, Satu dan Lima September (minggu 4) Dua, Tiga, Empat Makluman 4.1.5.19 Penggunaan masa waktu tidak mengajar perlu diisi dengan aktiviti mengikut kategori tugas seperti yang diamanahkan pada tahun semasa. 4.1.5.20 Bahan MMI yang bersesuaian perlu disediakan oleh guru-guru yang telah mendapat kebenaran tidak hadir bertugas atas sebab-sebab rasmi atau peribadi. 4.1.5.21 Pencerapan guru akan dilakukan oleh Penolong Kanan atau GKMP. Senarai pencerap boleh dirujuk dalam Buku Pengurusan. Pada tahun 2023, pencerap, penyemak hasil kerja murid, penyemak ERPH dan ePrestasi ialah pentadbir yang sama bagi memudahkan sesi perbincangan dan pemantauan. 4.1.5.22 Penggunaan ICT dalam PdPc amat digalakkan bagi pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Efektif atau Pembelajaran Aktif dan Menarik. 4.1.5.23 SEGAK akan dilaksanakan mengikut spesifikasi yang digariskan iaitu 2 kali setahun oleh guru-guru PJPK. 4.1.5.24 Pengurusan dan tatacara peperiksaan dalaman perlu dipatuhi SOP sebelum, semasa dan selepas peperiksaan. Post mortem peperiksaan disediakan dalam tempoh 1 minggu selepas tarikh tutup. (Rujuk Lampiran K9 dan takwim sekolah). Makluman 4.1.6 Jawatankuasa Pengurusan Sekolah 2023 4.1.6.1 JM01 JK Pengurusan dan Sekolah (Subkomponen: Rujuk Buku Pengurusan m/s 37 - 61) BIL SUBKOMPONEN 1 Perancangan Strategik dan Kajian Tindakan 2 Program Kecemerlangan Sekolah 3 Takwim dan Dokumentasi Sekolah 4 Penyelenggaraan Fizikal 5 Pengurusan Bilik Khas 6 Pengurusan ICT Sekolah 7 Pengurusan Protokol dan Program Sekolah 8 Perhubungan Luar 9 Kontrak Syarikat Keselamatan dan Kebersihan Makluman


12 4.1.6.2 Komponen JK Pengurusan Sekolah 2023 (Rujuk Buku Pengurusan m/s 62 - 168) BIL KOMPONEN 1 JM02 JK Pengurusan Maklumat Sekolah 2 JM03 JK Pengurusan Sumber Manusia 3 JM04 JK Pengurusan Kewangan, Akaun & Aset Sekolah 4 JM05 JK SKPM & TS25 5 JM06 JK PPKI 6 JM07 JK Pengurusan Bencana Sekolah 7 JM08 JK PIBG 8 JM09 JK KGSS 9 JM12 JK Pengurusan Pensijilan Kemahiran Makluman 4.1.7 Keperluan Guru tahun 2023 4.1.7.1 Jumlah guru yang yang diperlukan adalah seramai 131 guru. Pada masa ini, terdapat 123 guru dan SMKSB akan menerima 7 guru baharu yang akan melapor diri pada minggu hadapan. Terdapat seorang guru yang berpindah. SESI SESI PAGI SESI PETANG PPKI Jumlah Guru yang Diperlukan 74 42 15 Jumlah Kelas 34 21 10 Kekurangan Guru: Mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains dan Bahasa Cina Makluman 4.1.8 Senarai nama pencerap/penyemak eRPH/semakan hasil kerja murid dan PBPPP (Rujuk buku Pengurusan m/s 386 – 391) Makluman 4.1.9 Pengurus majlis dan program sekolah (Rujuk Buku Pengurusan m/s 55 – 56) Makluman 4.2 Makluman Penolong Kanan Hal Ehwal Murid 4.2.1 Penolong Kanan Hal Ehwal Murid merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru yang telah memberikan kerjasama dan menjayakan program bawah Unit HEM pada tahun 2022/2023. 4.2.2 Carta Organisasi Induk Hem (Rujuk Buku Pengurusan Tahunan m/s 221). 4.2.3 Ketetapan Unit HEM dalam PSO pada tahun 2023 adalah untuk meningkatkan peratus kehadiran murid ke sekolah dan mengurangkan salah laku. Makluman 4.2.4 Kehadiran Murid 4.2.4.1 Guru tingkatan perlu mengambil tindakan segera bagi murid yang mempunyai masalah ketidakhadiran tegar dengan menghantar surat


13 amaran 1, 2 dan 3. Semua bukti dan evidens berkaitan tindakan yang telah diambil perlu direkodkan dan disimpan dengan rapi. 4.2.4.2 Guru tingkatan perlu mengemas kini maklumat murid dalam sistem Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) dengan lengkap terutamanya alamat dan nombor telefon agar tindakan boleh diambil dengan segera terhadap murid yang mempunyai masalah kehadiran. Pengemaskinian data perlu dibuat dari semasa ke semasa. 4.2.4.3 Guru tingkatan perlu mengunci masuk rekod kehadiran murid dalam sistem APDM sebelum jam 12.00 tengah hari bagi sesi pagi dan 5.00 petang bagi sesi petang. 4.2.4.4 Guru tingkatan diingatkan supaya tidak membuang nama murid daripada sistem APDM, sebaliknya sekolah baru murid tersebut akan menarik nama murid daripada sistem. 4.2.4.5 Surat amaran 1,2,3 dan buang sekolah hanya ditandatangani oleh Tuan Pengetua. Tindakan: Guru tingkatan 4.2.5 Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) 4.2.5.1 Semua guru diwajibkan mengisi 10 amalan baik bagi setiap bulan dalam SSDM. Tindakan: Semua guru 4.2.6 Enrolmen Murid tahun 2023/2024 TINGKATAN JUMLAH MURID Ting. 1 dan Peralihan 463 Ting. 2 332 Ting. 3 316 Ting. 4 404 Ting. 5 330 JUMLAH 1845 Makluman 4.2.7 Pengurusan Kelas 4.2.7.1 Guru tingkatan perlu menyediakan beberapa perkara berkaitan pengurusan kelas seperti carta organisasi kelas, jadual bertugas, jadual waktu pelan keselamatan, buku kawalan kelas, pas keluar murid serta meja dan kerusi yang mencukupi. 4.2.7.2 Keceriaan kelas perlu disiapkan pada minggu pertama persekolahan. Hari Keceriaan Kelas akan diadakan pada hari Rabu (22 Mac 2023). Ibu bapa akan dijemput hadir untuk bersama-sama membantu menceriakan kelas. Keadaan kelas perlu berada dalam keadaan bersih dan ceria. 4.2.7.3 Guru tingkatan diminta menyusun kedudukan murid-murid di dalam kelas mengikut kaum yang berbeza agar murid dapat bergaul dengan rakan-rakan berbeza kaum. Tindakan: Guru tingkatan


14 4.2.8 PK HEM mengingatkan semua guru menjaga tutur kata ketika mengajar di dalam kelas. Makluman 4.2.9 Isu-isu Disiplin 4.2.9.1 Murid perlu memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap. Baju PJPK hanya boleh dipakai jika terdapat subjek PJK pada hari tersebut. Jika murid melanggar peraturan kekemasan diri, tindakan boleh diambil dengan mencatat nama murid tersebut di dalam Buku Kawalan Kelas. 4.2.9.2 Telefon bimbit yang dirampas perlu direkodkan di dalam borang yang disediakan sebelum membuat serahan kepada PK HEM. 4.2.9.3 Jika terdapat murid terlibat dengan kes vape, kes tersebut perlu dilaporkan kepada Ketua Guru Disiplin untuk tindakan lanjut. Makluman 4.2.10 Kebenaran balik waktu persekolahan 4.2.10.1 Jika terdapat sebarang masalah kesihatan, murid hanya dibenarkan balik selepas waktu ke-2 sesi persekolahan dan hanya dibenarkan balik jika dijemput oleh ibu bapa/penjaga. 4.2.10.2 Murid tidak dibenarkan balik pada dua waktu terakhir sesi persekolahan kecuali kes kecemasan. Makluman 4.2.11 Tatacara pergerakan murid ketika datang dan balik sekolah 4.2.11.1 Murid yang datang ke sekolah perlu masuk melalui pintu pagar 2. 4.2.11.2 Guru yang bertugas di Dataran Budi perlu hadir lebih awal untuk memantau murid-murid yang hadir awal ke sekolah. 4.2.11.3 Pada waktu pulang sekolah, murid perlu keluar melalui pintu 3 (murid yang bergerak dari blok A, B, C dan D) dan pintu 6 (murid yang bergerak dari blok F, G dan H) Makluman 4.3 Makluman Penolong Kanan Kokurikulum 4.3.1 Penolong Kanan Kokurikulum mengucapkan terima kasih kepada Unit Kokurikulum kerana telah mencipta banyak kejayaan sepanjang tahun 2022 terutama kepada Lembaga Koperasi Sekolah telah merangkul tempat ketiga Anugerah Angkasa Peringkat Kebangsaan Tahun 2022. 4.3.2 Ketetapan Pengurusan Kokurikulum 4.3.2.1 Seksyen 18, Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) Subperaturan 3(1) Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997 bahawa melaksanakan kokurikulum di sekolah adalah wajib. Kegagalan melaksanakan kokurikulum adalah satu kesalahan dan boleh disabitkan hukuman. Makluman


15 4.3.3 Masa pelaksanaan kokurikulum dan pengagihan murid 4.3.3.1 Pelaksanaan kokurikulum: UNIT JUMLAH PERJUMPAAN Badan Beruniform Min 18 kali setahun Kelab Persatuan Min 12 kali setahun Sukan Permainan Min 12 kali setahun 4.3.3.2 Kelab persatuan disusun mengikut kelas murid dan akan berubah setiap tahun agar murid dapat mempelajari asas dan kepelbagaian kemahiran. 4.3.3.3 Pelaksanaan kokurikulum ialah pada hari Rabu mengikut jadual-jadual yang telah ditetapkan. BADAN UNIFORM KELAB PERSATUAN SUKAN PERMAINAN Rabu Minggu 2 dan 4 Rabu Minggu 1, 3 dan 5 Rabu Minggu 1, 3 dan 5 – Kump 1 Minggu 2 dan 4 – Kump 2 4.3.3.4 Tempat perjumpaan kokurikulum (Rujuk Buku Pengurusan m/s 321) Makluman 4.3.4 Ketetapan Unit Kokurikulum (Rujuk Buku Pengurusan m/s 342 – 350) 4.3.5 Takwim Kokurikulum 2023/2024: BIL AKTIVITI TARIKH 1 Mesyuarat Induk Kokurikulum 17 Mac 2023 2 Mesyuarat Agung Badan Beruniform, Kelab dan Persatuan dan Sukan dan Permainan 24 Mac 2023 3 Mesyuarat Agung Rumah Sukan 14 Apil 2023 4 Kejohanan Merentas Desa 25 Mei 2023 5 Kejohanan Sukan Tara 14 Jun 2023 6 Kejohanan Olahraga Tahunan 27 Jun 2023 7 Perkhemahan Perdana Unit Beruniform 26-28 Ogos 2023 8 Karnival Kokurikulum 9 September 2023 9 Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform 23 September 2023 10 Hari Sukan Negara 14 Oktober 2023 11 Majlis Anugerah Kokurikulum dan HEM 9 Disember 2023 Makluman 4.3.6 KPI Tahun 2023: BIL KPI KOKURIKULUM SASARAN 1 Meningkatkan peratus pelibatan murid dalam aktiviti kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa 30% (540 murid)


16 2 Meningkatkan peratus pencapaian pelibatan murid dalam aktiviti kokurikulum di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa 9.0% (160 murid) BIL KPI PAJSK SASARAN 1 Meningkatkan jumlah murid yang memperoleh gred sekurang-kurangnya B dalam PAJSK 23.94% 2 Meningkatkan peratus GPS kokurikulum 2.95 Makluman 4.3.7 Strategi mencapai KPI Kokurikulum 4.3.7.1 Guru penasihat mesti memastikan ketetapan sasaran kehadiran murid tercapai agar murid mendapat markah penuh untuk kehadiran. Tindakan: Semua guru penasihat 4.3.7.2 Unit Kokurikulum menganjurkan pertandingan peringkat daerah dengan melibatkan sekurang-kurangnya empat (4) buah sekolah supaya lebih ramai murid SMKSB mendapat penyertaan daerah. Tindakan: Unit Kokurikulum 4.3.7.3 Guru-guru penasihat menggalakkan ahli kelab menyertai pertandingan atau aktiviti yang dianjurkan oleh KPM secara bersemuka atau dalam talian. Tindakan: Semua guru penasihat 4.3.7.4 Unit Kokurikulum mengadakan kuiz dalam talian dan memastikan aktiviti tahunan Unit Kokurikulum disertai oleh semua murid. Tindakan: Unit Kokurikulum 4.3.7.5 Aktiviti unit kokurikulum perlu disertai oleh semua ahli (kehadiran dan penyertaan) dengan kerjasama daripada guru penasihat dari setiap kelab persatuan dan sukan permainan. Makluman 4.4 Makluman Penolong Kanan Petang 4.4.1 Penolong Kanan Petang mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang telah melaksanakan PdPC terutamanya guru sesi petang kerana telah menjalankan PdPC dengan cemerlang dan melaksanakan program-program dengan jayanya. Harapan untuk tahun 2023, kecemerlangan guru-guru dapat diteruskan bagi merealisasikan kecemerlangan SEBAR. 4.4.2 Pengurusan Sesi Petang (Rujuk Buku Pengurusan m/s 351) 4.4.3 Enrolmen Murid Sesi Petang TINGKATAN JUMLAH MURID Ting. 1 dan Peralihan 438 Ting. 2 303 JUMLAH 741


17 Makluman 4.4.4 Ketetapan Sesi Petang 2023 4.4.4.1 Waktu masuk dan keluar BIL HARI MASUK KELUAR 1 Hari Biasa 12.30 t/hari 6.40 petang 2 Hari Jumaat 1.30 t/hari 6.40 petang 3 Bulan Ramadan 12.30 t/hari 5.35 petang 4 Hari Jumaat Bulan Ramadan 1.30 t/hari 5.35 petang Makluman 4.4.4.2 Guru bertugas perlu berada di tempat yang telah ditetapkan dan membuat laporan setelah selesai bertugas pada hari tersebut. Tindakan: Guru bertugas 4.4.4.2 Semua guru perlu berada di surau untuk program bacaan Yasin dan guru bukan Islam akan mengendalikan program Pembina Sahsiah (Moral) untuk murid-murid bukan Islam. Tindakan: Semua guru sesi petang 4.4.4.3 Semua guru perlu berada di tapak perhimpunan apabila perhimpunan rasmi diadakan. Guru-guru perempuan perlu berpakaian sopan dan rasmi serta guru-guru lelaki lengkap bertali leher. Tindakan: Semua guru 4.4.4.4 Penyelaras-penyelaras, Penolong Ketua Panitia, Penolong Setiausaha, Penolong penyelaras unit-unit dan ketua-ketua bahagian perlu cakna dengan takwim yang telah ditetapkan bagi merangka setiap programprogram. Kerjasama antara sesi pagi dengan sesi petang amat perlu agar program-program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Tindakan: Semua guru berkaitan 4.4.4.5 Guru-guru yang meninggalkan sekolah untuk urusan rasmi jangka masa yang lama perlu menyediakan bahan atau tugasan kepada muridmurid. Makluman 4.4.4.6 Guru-guru perlu memakai uniform lengkap mengikut badan beruniform masing-masing. Tindakan: Semua guru


18 4.4.5 Sasaran Sesi Petang 2023 4.4.5.1 Murid-murid Tingkatan 1 dan 2 tahun 2023 telah disaring mengikut pencapaian mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. 4.4.5.2 Kelas bimbingan terancang untuk murid-murid yang tidak boleh membaca. Program pencapaian secara menyeluruh dan berterusan akan dibuat untuk murid-murid. 4.4.5.3 Aktiviti-aktiviti berpusatkan perkembangan bakat dan keterampilan murid serta memperkasakan kepimpinan murid-murid di bawah unitunit terutamanya bagi Unit Badan Pengawas, Pengawas Pusat Sumber dan Pembimbing Rakan Sebaya. Makluman 4.5 Makluman Penolong Kanan Pendidikan Khas 4.5.1 Penolong Kanan Pendidikan Khas merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru PPKI atas kerja buat yang cemerlang dan semua guru SMKSB kerana memberikan kerjasama yang baik pada tahun 2022. 4.5.2 Pengurusan PPKI 2023 (Rujuk Buku Pengurusan Tahunan m/s 58 - 168). 4.5.3 Penolong Kanan PPKI menerangkan maksud MBPK iaitu Murid Berkeperluan Pendidikan Khas. Makluman 4.5.4 Enrolmen Unit PPKI Makluman ABM / KELAS: BP (Bermasalah Pembelajaran) BD (Masalah Pendengaran) Guru Pendidikan Khas Intergrasi (GPKI): Pembantu Pengurusan Murid (PPM) : Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBPK) 10 (9 BP & 1BD) 15 orang 5 orang 98 orang (94 BP & 4 BD) 4.5.5 Kategori MBPK Masalah Pembelajaran Masalah Pendengaran Masalah Penglihatan Disleksia, Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD) Slow Learner Autisme Sindrom Down Terencat akal ringan. Ketidakupayaan pendengaran bermaksud murid yang mempunyai masalah pendengaran. Pilihan komunikasi bergantung kepada kesediaan intervensi awal murid tersebut. Ketidakupayaan penglihatan bermaksud tidak dapat melihat atau mengalami penglihatan terhad di keduadua belah mata walaupun dengan menggunakan alat bantu penglihatan seperti cermin mata atau kanta sentuh Makluman


19 4.5.6 Kategori MBPK di Sekolah 4.5.6.1 Kefungsian tinggi – Murid mengikuti program Pendidikan Inklusif Penuh, belajar sepenuhnya di aliran perdana dan menduduki SPM. 4.5.6.2 Kefungsian sederhana – Murid mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi, belajar menggunakan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) dan Sijil Kemahiran Malaysia Modular. 4.5.6.3 Kefungsian rendah – Murid mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi, belajar menggunakan Pentaksiran Alternatif Sekolah Menengah (PASM) dan Dokumen Kurikulum Kemahiran Vokasional (DKKV). Makluman 4.5.7 Pelan Strategik Organisasi (PSO) Unit PPKI BIL KPI SASARAN 2023 1 Peratus pelibatan Murid Berkeperluan Pendidikan Khas (MBK) dalam Program Pendidikan Inklusif (PPI) 85% Makluman 4.5.8 Penolong Kanan PPKI menjelaskan maksud Program Pendidikan Inklusif (PPI) iaitu suatu program pendidikan bagi Murid Berkeperluan Pendidikan Khas bersama-sama dengan murid lain dalam kelas yang sama di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. Makluman 4.5.9 Senarai Nama MBPK PPI Penuh 2023 BIL NAMA MBPK KELAS GURU KELAS 1. Lim Han Yu 2 Jujur Hasnor Izzati binti Che Razali 2. Aariz Aidan bin Aris 3 Dedikasi Yap Sao Wen 3. Emil Luqman bin Zull Haizan 3 Cekal Saroja a/l Apllanaidoo 4. Muhammad Azfar Danial bin Mohd Najib 3 Falah Mohd Alias bin Hamzah 5. Puteri Aleeya Adrianna binti Apandi 3 Harmoni Umi Najaa binti Suhaimi 6. Muhammad Fakhrullah Fahmi 4 Alfa Shaibah binti Daud 7. Hishamdakshesh a/l Sivasangaran 4 Usahawan Mohamad Sofyan bin Mohamad Dani 8. Tan Chee Meng 4 Aspirasi Siti Aminah binti Sehok 9. Muhammad Danial bin Jahri 5 Aset Sumitra a/p Santheran 10 Muhamad Afiq Naufal bin Azimi 5 Aliterasi Mythili a/p Katheraveloo


20 5.0 PEMBENTANGAN KERTAS KERJA 5.1 Program Jom Seronok ke Sekolah 5.1.1 Kertas kerja berkaitan Program Jom Seronok ke Sekolah telah dimasukkan dalam Telegram rasmi. 5.1.2 Penolong Kanan Kokurikulum membentangkan perjalanan Program Jom Seronok ke Sekolah seperti yang telah dirancang berdasarkan kertas kerja. Sebarang perubahan tertakluk kepada cuaca pada hari tersebut. Makluman 5.1.3 Semua guru diminta merujuk jadual aktiviti Jom Seronok ke Sekolah dalam Telegram rasmi untuk mengetahui tugas masing-masing dan aktiviti yang telah dirancang. Kerjasama guru-guru amat diperlukan agar semua aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Tindakan: Semua guru 11 Poongavanam Velu a/p Palanivelu 5 Aliterasi Mythili a/p Katheraveloo 12 Wong Ho Yi 5 Aliterasi Mythili a/p Katheraveloo Makluman 4.5.10 Tanggungjawab Guru Kelas 4.5.10.1 Mengemas kini data dan profil MBPK dalam APDM seperti Elaun Murid Khas (EMK). 4.5.10.2 Merekod kehadiran MBPK di PPI. 4.5.10.3 Memastikan kebajikan MBPK dijaga. 4.5.10.4 Bekerjasama dengan setiausaha peperiksaan bagi membantu MBPK didaftarkan sebagai calon berkeperluan khas (CBK). 4.5.10.5 Menyediakan laporan prestasi MBPK dan bekerjasama dengan guru mata pelajaran dan guru pendidikan khas bagi membuat pemilihan rakan inklusif untuk MBPK di PPI. Tindakan: Guru tingkatan 4.5.11 Penempatan murid aliran perdana yang dikenal pasti mempunyai ketidakupayaan 4.5.11.1 Langkah pertama – Guru tingkatan memberikan nama murid tersebut kepada kaunselor. 4.5.11.2 Langkah kedua – Kaunselor mengadakan 3 sesi kaunseling dan membuat 3 laporan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD). 4.5.11.3 Langkah ketiga – Pengesahan pakar perubatan. Jika doktor mengesahkan murid tersebut OKU, murid boleh membuat permohonan kad OKU dan ditempatkan di PPKI. Namun, jika doktor tidak pasti, murid akan dihantar ke hosptital untuk mendapatkan terapi dengan Unit Mekar. Murid yang berjaya dipulihkan akan ke aliran perdana dan jika tidak dapat dipulihkan, murid akan ditempatkan di PPKI. Makluman


21 5.2 Hari Orientasi Kelas Peralihan, Tingkatan 1 dan PPKI 5.2.1 Kertas kerja berkaitan Hari Orientasi Kelas Peralihan, Tingkatan 1 dan PPKI telah dimasukkan dalam Telegram rasmi. 5.2.2 Penolong Kanan Petang memaklumkan bahawa program ini terpaksa dibatalkan dan hanya digantikan dengan taklimat ibu bapa/penjaga secara dalam talian menggunakan Google Meet. Makluman 5.2.3 Taklimat hanya melibatkan guru-guru sesi petang sahaja dan akan diadakan pada hari Sabtu, 18 Mac 2023 pada jam 8.00 hingga 10.30 malam. Makluman 5.2.4 Taklimat ini diadakan supaya ibu bapa mendapat maklumat tentang perkaraperkara yang perlu disediakan dan dibawa apabila sesi persekolahan bermula terutamanya yang melibatkan kewangan. Makluman 5.2.5 Penolong Kanan Petang membentangkan senarai AJK yang terlibat serta perjalanan program. Makluman 6.0 HAL-HAL LAIN 6.1 Ketetapan Pengurusan 6.1.1 Masa bekerja guru sesi pagi: Isnin hingga Khamis – 7.20 pagi hingga 1.30 tengah hari. Jumaat – 7.20 pagi hingga 12.30 tengah hari. Makluman 6.2 Pengetua memaklumkan bahawa penceramah-penceramah akan dijemput untuk memberikan LADAP pada tahun 2023. Guru-guru diminta memberikan sumbangan kewangan bagi bayaran penceramah berkenaan. Makluman 7.0 PENUTUP Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.35 tengah hari. Urus setia Mesyuarat Guru SMK Selayang Bharu Tarikh: 5 Mei 2023


22 BORANG MAKLUM BALAS MESYUARAT NAMA MENSYUARAT : Mesyuarat Guru SMKSB Bil 1/2023 TARIKH : 16 Mac 2023 HARI : Khamis MASA : 8:30 pagi – 12.30 tengah hari TEMPAT : Bilik Semarakk PENGERUSI : Puan Siti A’ida bt Joned, Pengetua Cemerlang NAMA SETIAUSAHA : 1. Tuan Nur Mastura bt Tuan Mohamed Hazirin 2. Siti Nur Hidayah bt Mohd. Ali Khan 3. Wan Azmawani bt Wan Adnan 4. Nurul Nadiah bt Hasan Basri 5. Qistina bt Mohd Jais BIL PERKARA MAKLUM BALAS 1 Muka surat 6 – Perenggan 1.4.2.4 Murid-murid yang berada dalam kelompok penguasaan literasi dan numerasi yang lemah dikenal pasti dan disenaraikan. Telah dilaksanakan oleh semua guru tingkatan, Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Matematik. Tindakan: Semua guru tingkatan, Panitia Bahasa Melayu dan Panitia Matematik Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan 2 Muka surat 7 – Perenggan 1.5 Program Lima Hari pada minggu pertama persekolahan. Telah selesai dilaksanakan dengan jayanya. Tindakan: Penolong Kanan Kokurikulum Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan 3 Muka surat 7 – Perenggan 1.6 Semua guru tingkatan diminta melakukan gotongroyong bagi memastikan kelas dalam keadaan bersedia untuk menyambut kehadiran murid pada minggu pertama persekolahan. Telah dilaksanakan oleh semua guru tingkatan. Tindakan: Guru tingkatan Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan 4 Muka surat 9 – Perenggan 4.1.5.1 Guru-guru perlu mengisi borang Google Form setelah membaca dan menghayati Ketetapan Pengurusan Kurikulum, HEM dan Kokurikulum yang telah disediakan. Borang Google Form telah diisi oleh semua guru. Tindakan: Semua guru Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan


23 5 Muka surat 10 – Perenggan 4.1.5.10 Penghantaran Fail Rekod Mengajar kepada Ketua Jabatan. Telah dilaksanakan oleh semua guru. Tindakan: Semua guru Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan 6 Muka surat 10 – Perenggan 4.1.5.13 Semua guru menulis perkara-perkara yang telah ditetapkan seperti tarikh, hari, kehadiran, tajuk pembelajaran dan objektif pembelajaran pada papan putih sebelum memulakan pengajaran. Telah dilaksanakan bermula 20 Mac 2023. Tindakan: Semua guru Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan 7 Muka surat 13 – Perenggan 4.2.4.2 Pengemaskinian data dalam sistem APDM perlu dibuat dari semasa ke semasa. Telah dilaksanakan oleh semua guru tingkatan. Tindakan: Guru tingkatan Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan 8 Muka surat 13 – Perenggan 4.2.4.3 Guru tingkatan mengunci masuk rekod kehadiran murid dalam sistem APDM sebelum jam 12.00 tengah hari bagi sesi pagi dan 5.00 petang bagi sesi petang. Telah dilaksanakan oleh semua guru tingkatan. Tindakan: Guru tingkatan Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan 9 Muka surat 13 – Perenggan 4.2.5.1 Semua guru diwajibkan mengisi 10 amalan baik bagi setiap bulan dalam SSDM. PK HEM telah mengeluarkan senarai nama seramai 115 guru telah mengunci masuk amalan baik dalam SSDM. Tindakan: Semua guru Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan 10 Muka surat 13 – Perenggan 4.2.7.1 Guru tingkatan perlu menyediakan beberapa perkara berkaitan pengurusan kelas seperti carta organisasi kelas, jadual bertugas, jadual waktu pelan keselamatan, buku kawalan kelas, pas keluar murid serta meja dan kerusi yang mencukupi. Telah dilaksanakan oleh semua guru tingkatan. Tindakan: Guru tingkatan Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan 11 Muka surat 16 – Perenggan 4.3.7.1 Ketetapan sasaran kehadiran murid tercapai agar murid mendapat markah penuh untuk kehadiran. Telah diambil maklum oleh semua guru penasihat.


24 Tindakan: Semua guru penasihat Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan 12 Muka surat 16 – Perenggan 4.3.7.2 Penganjuran pertandingan peringkat daerah dengan melibatkan sekurang-kurangnya empat (4) buah sekolah supaya lebih ramai murid SMKSB mendapat penyertaan daerah. Unit Kokurikulum sedang membuat perancangan untuk penganjuran pertandingan tersebut. Tindakan: Penolong Pentadbiran Kokurikulum Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan 13 Muka surat 16 – Perenggan 4.3.7.3 Menggalakkan ahli kelab menyertai pertandingan atau aktiviti yang dianjurkan oleh KPM secara bersemuka atau dalam talian. Telah diambil maklum oleh semua guru penasihat. Tindakan: Semua guru penasihat Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan 14 Muka surat 16 – Perenggan 4.3.7.4 Penyediaan kuiz dalam talian dan memastikan aktiviti tahunan Unit Kokurikulum disertai oleh semua murid. Kuiz dalam talian telah dilaksanakan buat kali pertama pada 5 April 2023. Tindakan: Penolong Pentadbiran Kokurikulum Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan 15 Muka surat 17 – Perenggan 4.4.4.2 Guru bertugas perlu berada di tempat yang telah ditetapkan dan membuat laporan setelah selesai bertugas pada hari tersebut. Telah diambil maklum oleh semua guru. Tindakan: Guru bertugas mingguan Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan 16 Muka surat 17 – Perenggan 4.4.4.2 Semua guru perlu berada di surau untuk program bacaan Yasin dan guru bukan Islam akan mengendalikan program Pembina Sahsiah (Moral) untuk murid-murid bukan Islam. Telah diambil maklum oleh semua guru sesi petang. Tindakan: Semua guru sesi petang Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan 17 Muka surat 17 – Perenggan 4.4.4.3 Guru berada di tapak perhimpunan apabila perhimpunan rasmi diadakan. Guru-guru perempuan perlu berpakaian sopan dan rasmi serta guru-guru lelaki lengkap bertali leher. Telah diambil maklum oleh semua guru. Tindakan: Semua guru Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan


25 18 Muka surat 18 – Perenggan 4.4.4.6 Guru-guru perlu memakai uniform lengkap mengikut badan beruniform masing-masing. Telah diambil maklum oleh semua guru. Tindakan: Semua guru Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan 19 Muka surat 20 – Perenggan 4.5.10.1 Mengemas kini data dan profil MBPK dalam APDM seperti Elaun Murid Khas (EMK) Semua guru tingkatan yang mempunyai murid inklusif telah mengambil maklum dan mengemas kini data EMK. Tindakan: Guru tingkatan Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan 20 Muka surat 20 – Perenggan 5.1.3 Semua guru diminta merujuk jadual aktiviti Jom Seronok ke Sekolah dalam Telegram rasmi untuk mengetahui tugas masing-masing dan aktiviti yang telah dirancang. Kerjasama guru-guru amat diperlukan agar semua aktiviti dapat berjalan dengan lancar. Aktiviti dapat dijalankan dengan lancar kerana mendapat kerjasama daripada semua guru. Tindakan: Semua guru Status: Selesai / Belum Selesai / Tiada Berkenaan * Potong yang tidak berkenaan berdasarkan ketetapan mesyuarat Analisis Maklum Balas Isu Bilangan Selesai 20 Belum Selesai 1 Tidak Berkenaan 0 Jumlah 21 Disediakan oleh: Urus Setia Mesyuarat Guru Tarikh: 5 Mei 2023


Click to View FlipBook Version