The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sitishakiera, 2021-11-28 22:39:16

Tahap Kesihatan Mental Pelajar dalam Mendepani Pandemik Covid-19

e-book psikologi

TAHAP KESIHATAN MENTAL
PELAJAR DALAM MENDEPANI

PANDEMIK COVID-19

SGDY 4022 APPLICATION OF EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

DISEDIAKAN OLEH:

SITI SHAKIERA MOHD NAWI NUR IZZATI BT ALANI
(829230) (829224)

ALIA FAZLINI BT ABDUL
AZIB (829215)

NUR MAIZATUL NAZIFAH BT HUSNA NAJEEHA BT HUSSAIN
MOHAMAD NAZIF (829221) (829197)

PENGENALAN

Dunia kini dikejutkan dengan penularan Pandemik COVID-19 yang juga dikenali
sebagai pandemik koronavirus atau wabak koronavirus yang telah membunuh puluhan
ribu orang di seluruh dunia tidak terkecuali negara kita Malaysia. akibat daripada itu,
pihak kerajaan Malaysia telah menutup banyak sektor-sektor termasuk sektor
pendidikan bagi mengurangkan kes penularan wabak ini dalam kalangan masyarakat.

Menteri Kanan Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin berkata Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan semua sekolah di seluruh negara ditutup
bermula pada 17 dan 18 Disember 2021 bagi membantu usaha kerajaan memutuskan
rantaian penularan jangkitan wabak koronavirus Covid-19 (Sanusi, 2021), Sinar Harian
Online. Pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara 'Home-based
Learning' bagi memastikan semua pelajar tetap meneruskan proses pembelajaran
meskipun hanya menggunakan alam maya. Maka dengan itu, pihak Kementerian
Pendidikan Negara telah mengambil inisiatif dengan mewujudkan program PDPR.

Perubahan drastik yang wujud dalam sistem Pendidikan ini telah memberi kesan
yang mendalam terhadap Kesihatan mental khususnya para pelajar. Hal ini kerana
pelajar telah terbiasa dengan suasana pembelajaran secara tradisional iaitu datang
belajar ke sekolah. Tugasan ini akan membincangkan berkaitan tahap kesihatan mental
pelajar dalam tempoh Pandemik Covid-19 sepanjang tempoh PDPR berlangsung
dengan merujuk kepada beberapa buah artikel jurnal.

Tahap Kesihatan Mental Pelajar Dalam Disediakan oleh:
SGDY4022 Mendepani Pandemik Covid-19 SHAKIERA, HUSNA, MAIZATUL, ALIA, IZZATI

APPLICATION OF EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

PENULIS/ TAJUK/ METODOLOGI DAPATAN KAJIAN
TAHUN
Reka bentuk kajian: Berbentuk Dapatan kajian menunjukkan bahawa walaupun
ARTIKEL 1 kajian kuantitatif di mana ujian majoriti responden mempunyai tahap tekanan,
Norfatmazura Depression Anxiety Stress Scale kebimbangan dan kemurungan yang normal,
Che Wil & (DASS-21) dan Connor-Davidson namun masih terdapat perbezaan apabila
Nooraini Resilience Scale (CD-RISC-25) melibatkan jantina responden.
Othman digunakan bagi pengumpulan data. Dapatan juga mencatatkan terdapat hubungan
Tahap Resilien Responden: Seramai 135 orang yang signifikan di antara tekanan, kebimbangan
dan Kesihatan remaja telah dipilih berdasarkan dan kemurungan dengan resilien responden.
Mental Individu persampelan rawak dengan Selain itu, tahap resilien yang ada dalam diri
di Era Pandemik melibatkan pengedaran soal selidik individu adalah pengaruh penting terhadap tahap
Covid-19: Satu menerusi aplikasi (google form). kesihatan mental individu. Menerusi dapatan yang
Kajian Empirikal Analisis data: Menggunakan diperoleh menunjukkan bahawa resilien
dalam kalangan aplikasi Statistical Package for the merupakan satu sumber utama dan mempunyai
Remaja di Social Sciences (SPSS) Versi 26. pengaruh terhadap tahap kesihatan mental
Malaysia Kaedah analisis deskriptif dan khususnya golongan remaja.
2021 analisis inferensi digunakan untuk
menganalisis data-data yang
diperoleh.

ARTIKEL 2 Reka bentuk kajian: Kajian kes Dapatan kajian mendapati bahawa pelajar sarjana
Haizvanie dengan menggunakan kaedah UKM mempunyai tahap kesihatan mental yang
Muhamed tinjauan deskriptif bagi rendah semasa pembelajaran dalam talian
Ganasan & mendapatkan data jenis sepanjang pandemik Covid-19. Dimensi
Norzaini kuantitatif. kebimbangan dan kemurungan, disfungsi sosial
Azman. Populasi dan sampel kajian: dan kehilangan keyakinan mempunyai skor min
Pemilihan populasi yang berada pada tahap rendah.

Tahap Kesihatan Mental Pelajar Dalam Disediakan oleh:
SGDY4022 Mendepani Pandemik Covid-19 SHAKIERA, HUSNA, MAIZATUL, ALIA, IZZATI

APPLICATION OF EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

PENULIS/ TAJUK/ METODOLOGI DAPATAN KAJIAN
TAHUN
menggunakan kaedah persampelan Seterusnya, dapatan kajian mendapati bahawa
Kesihatan rawak bersistematik bagi menentukan pelajar sarjana UKM mempunyai tahap motivasi
Mental dan sampel kajian. Kajian ini melibatkan yang tinggi semasa pembelajaran dalam talian
Motivasi Pelajar 242 daripada 663 orang pelajar dari sepanjang pandemik Covid-19. Tetapi, dimensi
Semasa Program Sarjana Pendidikan di kebimbangan ujian berada pada tahap yang
Pembelajaran Fakulti Pendidikan UKM. sederhana.
Dalam Talian Instrumen: Menggunakan borang Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa
Sepanjang soal selidik yang mengandungi 3 terdapat hubungan yang signifikan dan positif
Pandemik Covid bahagian. antara tahap kesihatan mental dengan tahap
-19. Analisis data: Menggunakan perisian motivasi dalam kalangan pelajar sarjana UKM
2021 Statistical Package for Social Science sepanjang pembelajaran dalam talian semasa
Version IBM (SPSS), versi 26 (2020). pandemik Covid-19.
Statistik deskriptif dan inferensi
digunakan untuk menganalisis data-
data yang diperoleh.

ARTIKEL 3

Abdul Rashid Reka bentuk kajian: Kuantitatif bagi Dapatan kajian mengenalpasti faktor tekanan
mengenal pasti dan mengkaji secara yang dihadapi oleh para pelajar yang dialami
Abdul Aziz, empirik dan sistematik berkaitan oleh pelajar dinilai daripada beberapa faktor iaitu
stres dalam kalangan pelajar di faktor pembelajaran, faktor kewangan, dan
Nathratul Institusi Pengajian Tinggi (IPT). faktor peribadi.
Populasi dan sampel kajian: Hasilnya, pengkaji mendapati faktor utama
Ayeshah Zulkifli, Menggunakan reka bentuk kajian kepada tekanan yang dihadapi pelajar adalah
tinjauan terhadap sampel atau merupakan dari aspek pembelajaran atas talian.
Mohd Zaini keseluruhan populasi.

Othman, Nurun

Najihah Musa.

Tahap Kesihatan Mental Pelajar Dalam Disediakan oleh:
SGDY4022 Mendepani Pandemik Covid-19 SHAKIERA, HUSNA, MAIZATUL, ALIA, IZZATI

APPLICATION OF EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

PENULIS/ TAJUK/ METODOLOGI DAPATAN KAJIAN
TAHUN
Responden: Melibatkan 400 orang Tahap tekanan manusia adalah berbeza
Kajian Tinjauan pelajar yang diwakili oleh pecahan mengikut ketahanan diri, intensiti tekanan yang
Sistematik: pelajar bagi setiap fakulti secara dihadapi dan durasi masa tekanan berlaku.
Pandemik rawak. Setiap manusia tidak lekang daripada
Covid-19: Analisis data: Data-data yang menghadapinya tidak kira jantina, bangsa
Impak diperoleh kemudiannya dianalisis dan mahupun status kehidupan.
Terhadap dipersembahkan dengan statistik
Kesihatan perihalan dan ujian signifikan.
Mental Pelajar Instrumen: digunakan bagi
2021 pengumpulan dan penganalisisan
data adalah satu set soal selidik.

ARTIKEL 4 Reka bentuk kajian: tinjauan Dapatan kajian, pembelajaran di rumah dalam
Soon Mui Peng sistematik; kaedah untuk jangka masa yang lama tanpa bersemuka
& Shahlan memproses, menyusun dan menilai secara fizikal telah menyebabkan pelajar
Surat semua bukti empirikal yang mengalami kesunyian. Mereka kurang peluang
Tinjauan memenuhi kriteria penerimaan. berinteraksi dengan rakan sebaya.
Terhadap Pemilihan artikel dilakukan Sokongan sosial dan emosi yang lemah boleh
Tahap Tekanan berdasarkan beberapa kriteria yang meningkatkan risiko kemurungan, bunuh diri,
Pelajar telah ditetapkan oleh pengkaji gangguan tidur, gangguan makan dan
Universiti seperti tahun penerbitan, jenis penggunaan alkohol.
Semasa dokumen dan bahasa. Ramai pelajar berpendapat bahawa kaedah
Pandemik pembelajaran dalam talian masih mempunyai
COVID-19 banyak kelemahan.
2021

Tahap Kesihatan Mental Pelajar Dalam Disediakan oleh:
SGDY4022 Mendepani Pandemik Covid-19 SHAKIERA, HUSNA, MAIZATUL, ALIA, IZZATI

APPLICATION OF EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

PENULIS/ TAJUK/ METODOLOGI DAPATAN KAJIAN
TAHUN

Analisis data: Penetapan Antara kelemahan tersebut adalah seperti capaian
kriteria ini dilakukan untuk internet tidak baik, berasa tidak bermotivasi, bunyi
mewujudkan proses sistematik bising dan gangguan lain di ruang rumah.
dalam pemilihan artikel yang Mengakibatkan tahap kepuasan hidup pelajar menjadi
berkualiti bagi tujuan ulasan. rendah bahkan membawa impak negatif yang ketara
Pengkaji telah menggunakan kepada para pelajar sepanjang pandemik COVID-19.
idea Xiao dan Watson (2019) Beberapa dapatan kajian menunjukkan tekanan emosi
mengenai lapan langkah dalam dan mental yang dibawa daripada pelbagai faktor
menjalankan kajian tinjauan dalam kehidupan telah mengakibatkan pelajar
sistematik. . perempuan sering mengalami masalah kesihatan
mental yang melampau.

ARTIKEL 5 Kajian kualitatif ini Setiap individu mempunyai cara yang berbeza
Abdul Rashid menggunakan kaedah kajian sewaktu berhadapan dengan masalah atau perkara
Abdul Aziz, perpustakaan untuk mencari yang tertekan dalam hidup terutamanya ketika
Nurhafizah maklumat sekunder yang pandemik COVID-19 ini. Cara individu berhadapan
Mohd Sukor, & berkaitan dengan wabak dengan sesuatu perkara buruk dalam hidup mereka
Nor Hamizah COVID-19. Maklumat ini untuk mengurangkan rasa kesakitan, penderitaan
Ab Razak. dikumpul dan disaring serta dan tekanan adalah disebut strategi daya tindak
Wabak Covid- dianalisis menggunakan teknik atau coping strategy . Berdasarkan objektif kajian,
19: Pengurusan analisis kandungan. Ianya terdapat beberapa perkara dikenalpasti dalam
Aspek dimulakan dengan menghadapi cabaran kesihatan mental semasa
Kesihatan menyediakan latar belakang norma baharu iaitu impak wabak COVID-19
Mental Semasa terhadap kandungan kajian terhadap kesihatan mental dan strategi daya tindak
Norma Baharu. literatur yang hendak terpilih yang dapat menjadi solusi kepada masalah
2020. dijalankan. kesihatan mental ini.

Tahap Kesihatan Mental Pelajar Dalam Disediakan oleh:
SGDY4022 Mendepani Pandemik Covid-19 SHAKIERA, HUSNA, MAIZATUL, ALIA, IZZATI

APPLICATION OF EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

PENULIS/ TAJUK/ METODOLOGI DAPATAN KAJIAN
TAHUN
Kajian ini merupakan kajian Justeru skor dari tinjauan yang dibuat membolehkan
ARTIKEL 6 kuantitatif berbentuk pembacaan awal dilakukan terhadap klien yang
Abdul Rashid deskriptif dengan mungkin berpotensi membunuh diri dan langkah
Abdul Aziz & menggunakan pendekatan pencegahan awal juga dapat dilakukan.
Nor Hamizah kaedah tinjauan menerusi Tambahan itu, item-item yang dibentuk menerusi
Ab Razak. satu edaran satu set soal lima soalan kritikal yang berhubung langsung dengan
Satu Tinjauan selidik kepada sampel di tanggapan bunuh diri adalah merupakan aspek
Terhadap kalangan pelajar yang dipilih utama yang perlu diberikan perhatian. Bunuh diri
Pemikiran dan dari populasi yang hendak merupakan isu serius yang perlu ditangani segera.
Idea Bunuh Diri dikaji. Dapatan kajian juga menunjukkan purata skor
dalam kalangan Sampel kajian terdiri daripada terkumpul bagi idea bunuh diri pelajar kolej adalah
Pelajar. 120 pelajar yang dipilih secara sebanyak 11.2. Taburan min pada tahap normal
2021. rawak. Instrumen yang adalah 11 . Ini menunjukkan potensi bahawa majoriti
digunakan dalam kajian ini komuniti pelajar kolej tidak memikirkan tentang idea
ialah Adult Suicidal Ideation membunuh diri pada tahap yang tinggi. Bagi individu
Questinonaire atau dalam yang mendapat skor tinggi, maka andaian yang
bahasa Melayu soal selidik dibuat adalah individu tersebut mempunyai
berkenaan idea bunuh diri pemikiran yang tinggi ke arah bunuh diri dan kerap
atau pemikiran ke arah bunuh memikirkannya serta dicadangkan untuk
diri di kalangan individu yang mendapatkan intervensi.
mengandungi 25 item.

ARTIKEL 7 Kajian ini merupakan kajian Kajian ini menunjukkan bahawa keempat-empat
Izyan Izzati kuantitatif dan seramai 192 aspek iaitu fizikal, persekitaran, emosi dan refleksi
Kamsani & orang pelajar telah dipilih kendiri mempengaruhi tahap kesihatan pelajar.
Aishah Mahat. sebagai sampel dalam kajian Kebanyakan responden yang terdiri daripada pelajar
ini. Sampel kajian diambil lelaki semester dua dari program kejuruteraan

Tahap Kesihatan Mental Pelajar Dalam Disediakan oleh:
SGDY4022 Mendepani Pandemik Covid-19 SHAKIERA, HUSNA, MAIZATUL, ALIA, IZZATI

APPLICATION OF EDUCATIONAL PSYCHOLOGY

PENULIS/ TAJUK/ METODOLOGI DAPATAN KAJIAN
TAHUN
secara rawak. Borang soal menyokong item pada setiap aspek yang dikaji.
Covid-19: Impak selidik yang digunakan sebagai Kesan terhadap kesihatan fizikal pelajar menunjukkan
E-Pembelajaran instrumen kajian telah bahawa e-pembelajaran mempengaruhi postur badan.
Terhadap dibahagikan kepada 3 bagi tahap kesihatan mata pelajar pula menunjukkan
Kesihatan Pelajar bahagian iaitu A, B dan C. bahawa penggunaan skrin yang lama mengakibatkan
Universiti. Borang soal selidik dalam mata semakin penat dan letih.
2021. bahagian A merujuk kepada
demografi responden manakala
bahagian B menunjukkan kesan
persekitaran terhadap emosi
pelajar dan bahagian C pula ialah
faktor yang memberikan impak
e-pembelajaran.

ARTIKEL 8 Kajian ini merupakan kajian Dapatan daripada kajian ini menunjukkan wabak ini
Norhazirah kualitatif yang menganalisis menghasilkan kebimbangan kerana ia dipenuhi dengan
Mustaffa. dokumen daripada sumber pelbagai ketidakpastian. Manusia dipenuhi pemikiran
Mengatasi buku dan artikel-artikel dalam negatif yang membawa kepada pengherotan kognitif.
Kebimbangan jurnal. Pengkaji telah merangka teknik ABCDE dalam REBT
Semasa Artikel ini juga mengkaji kesan semasa pandemik Covid-19.
Pandemik Covid- Covid-19 terhadap Pengkaji telah menerangkan penggunaan terapi
19 dengan kebimbangan serta menggunakan teknik tersebut. Terapi ini memerlukan
Pendekatan Teori penggunaan teori REBT dalam kaunselor perlu bersama dengan klien untuk mengenal
Rational Emotive mengatasi kebimbangan. pasti apakah pemikiran negatif atau tidak rasional yang
Behaviour mengganggu klien, membincangkan bagaimana
Theraphy (REBT). pemikiran mempengaruhi hidup klien dan kaunselor
2020 perlu membantu klien memahami perlakuan mereka.
Pengkaji percaya bahawa proses ini memerlukan usaha
kolaboratif antara klien dan kaunselor.

HUJAH DAN PERBINCANGAN

Pandemik covid-19 yang melanda seluruh dunia ternyata telah memberi kesan terhadap tahap
keupayaan individu dalam mengekalkan kesihatan mental terutamanya dalam kalangan pelajar
di usia remaja. Hal ini kerana, usia remaja merupakan satu tempoh dimana mereka mula
meneroka perkara baru dan menikmati persekitaran sosial mereka. Namun, ekoran daripada
penularan wabak covid-19, kebiasaan yang sering dilakukan oleh para remaja ini seolah-olah
telah disekat dan akhirnya memberikan tekanan kepada mereka. Perkara ini ditambah pula
dengan konflik pembelajaran atas talian dan perubahan pada norma kehidupan yang sukar
diadaptasi. Namun begitu, tahap kesihatan mental golongan ini realitinya berkait rapat dengan
ketahanan dan kemampuan diri remaja itu sendiri dalam mengawal diri dan emosi mereka
(Artikel 1). Hal ini selari dengan kajian Norfatmazura Che Wil & Noraini Othman (2021) yang
menyatakan bahawa tahap resilien yang ada dalam diri individu adalah pengaruh penting
terhadap tahap kesihatan mental individu tersebut dan remaja perempuan dilihat memiliki tahap
resilien yang lebih tinggi berbanding remaja lelaki.

Impak penularan covid-19 terhadap pelajar di peringkat IPT juga dilihat berkait rapat
antara kesihatan mental dan tahap motivasi pelajar. Individu yang berjaya mengekalkan
kesihatan mental dalam tempoh pembelajaran secara atas talian adalah individu yang
mempunyai tahap motivasi yang tinggi dalam diri. Keinginan untuk berjaya dan
memperoleh gred yang cemerlang adalah bermula dari persediaan diri dan mental yang
bijak mengurus masa dan keperluan yang sewajarnya dimana secara tidak langsung
dapat mengelakkan tekanan dan kebimbangan (Artikel 2). Hal ini selari dengan kajian
Haizvanie Muhamed Ganasan & Norzaini Azman (2021) yang menyatakan bahawa
kesihatan mental adalah penting bagi meningkatkan motivasi pelajar agar mereka
mampu beradaptasi dengan norma baharu pendidikan.

HUJAH DAN PERBINCANGAN

Selain itu, majoriti motivasi pelajar dalam pembelajaran atas talian dikatakan terjejas apabila pelajar ini
tidak dapat bergerak aktif disebabkan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan banyak
menghabiskan masa di rumah. Hal ini mewujudkan pelbagai tekanan pembelajaran yang harus dihadapi
secara bersendirian tanpa bimbingan dan dorongan pendidik. Jika sebelum ini para pelajar dapat belajar
secara berkumpulan untuk berkongsi ilmu berkaitan subjek yang kurang difahami dan sebagainya,
namun kini mereka terpaksa menghadapi sendiri isu tersebut di kediaman masing-masing. Meskipun
sosial media dapat digunakan untuk berhubung, pasti situasinya tidak sama dengan berbincang secara
berdepan (Artikel 3). Hal ini selari dengan kajian Abdul Rashid Abdul Aziz, et.al (2021) yang menjelaskan
bahawa pelbagai tekanan pembelajaran harus dihadapi secara bersendirian tanpa bimbingan dan
institusi menambah lagi tekanan sedia ada, sekali gus mengurangkan motivasi dalam menuntut ilmu.
Justeru, jika para pelajar tidak dapat melakukan aktiviti yang dapat mengurangkan tekanan mereka
sepanjang fasa PKP, maka ini akan meningkatkan lagi rasa kemurungan dalam diri. Kemungkinan besar
motivasi pelajar dikatakan menjurus ke arah penurunan yang menyebabkan mereka tidak lagi
bersemangat dalam pembelajaran atas talian.

Secara tidak langsung, tahap kesejahteraan mental dapat menjejaskan kebolehan seseorang dari
segi membuat keputusan yang tepat dalam kehidupan, menyelesaikan masalah serta berinteraksi
dengan orang lain. Hal ini disebabkan tekanan yang melampau boleh membawa kepada masalah
kesihatan mental. Lebih teruk lagi, tekanan juga boleh mengambil nyawa pelajar dan beberapa
kes ini telah pun dilaporkan sepanjang COVID-19 melanda (Artikel 4). Hal ini selari dengan kajian
Soon Mui Peng & Shahlan Surat (2021) yang mengatakan bahawa isu tekanan sememangnya
boleh menjejaskan kesihatan mental dari segi mempengaruhi cara berfikir, tingkah laku, perasaan
dan emosi seseorang.
Justeru, para pelajar yang mengalami tekanan sering menyalahkan diri serta berasa diri tidak
berguna. Akibatnya, individu tersebut akan berfikiran negatif dan mudah berputus asa. Sekiranya
keadaan ini berterusan dan tidak diberi bantuan motivasi dan sokongan emosi, maka kesihatan
mental akan terjejas dan boleh berkembang menjadi gangguan mental. Hal ini menunjukkan
bahawa isu tekanan tidak boleh diambil mudah meskipun isu ini telah lama wujud.

HUJAH DAN PERBINCANGAN

Selain itu, seharusnya setiap individu, berusaha menghayati serta memastikan aspek emosi,
pemikiran, tindakan dan spiritual serta cara hidup keseluruhannya berada dalam keadaan
yang baik bagi melalui fasa sukar wabak ini dengan jayanya sekaligus menjadikan seseorang
itu memiliki jati diri yang kental, ketahanan dalaman dan luaran yang kukuh, elemen adaptasi
dan dinamik dengan perubahan supaya tidak mudah terkesan dengan apa jua keadaan atau
musibah yang berlaku. (Artikel 5)
Seterusnya, tindakan untuk berjumpa pakar dan pegawai perubatan yang berkaitan dalam
bidang bagi mendapatkan bantuan perundingan dilihat mampu mengurangkan gangguan
emosi dan perasaan yang dihadapi. Malahan, ia boleh dilaksanakan pada bila-bila masa
walaupun dalam tempoh kawalan pergerakan berlangsung. Ini kerana, tempoh kawalan
pergerakan tidak sesekali membatasi individu untuk mendapatkan sebarang rawatan atau
berjumpa pakar terutama apabila beberapa simptom awal melibatkan tekanan yang dihadapi
mula dikenalpasti.

Menurut laporan data yang dikeluarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia , mendapati
bahawa percubaan bunuh diri berlaku setiap tiga saat, manakala kematian akibat bunuh diri
berlaku setiap empat puluh saat yang mencatatkan hampir satu juta kematian membabitkan
bunuh diri setiap tahun . (Artikel 6). Bunuh diri adalah isu yang berkait rapat dengan
kesihatan mental individu. Walau bagaimanapun, masih ada kecenderungan berfikir ke arah
tersebut berdasarkan skor jawapan responden. Jika tanda-tanda ini dapat dikenal pasti,
maka remaja itu sendiri, keluarga atau masyarakat boleh merujuk, mendapatkan rawatan
dan khidmat nasihat daripada kaunselor atau pakar psikiatri agar penyakit tersebut boleh
disembuhkan dan tidak melarat sehingga mengakibatkan idea dan pemikiran yang
berkecenderungan untuk membunuh diri.

HUJAH DAN PERBINCANGAN

Di samping itu, tahap motivasi pelajar semasa menjalani pembelajaran atas talian ini terjejas apabila
dilihat daripada aspek fizikal, persekitaran, emosi dan refleksi pelajar. Dorongan dan sokongan ibu bapa,
guru dan rakan-rakan amat penting bagi setiap pelajar sewaktu menjalani e-pembelajaran (Artikel 7).
Pelajar yang mendapat sokongan dan dorongan daripada orang yang terdekat akan berpotensi untuk
mendapatkan motvasi yang tinggi. Penglibatan ibu bapa dalam memberi sokongan kepada anak jelas
menunjukkkan bahawa mereka sangat prihatin dengan perkembangan pembelajaran dan anak mereka
menjadi lebih bersemangat ketika belajar. Tambahan pula, para guru juga bertanggungjawab untuk
sentiasa membimbing pelajar menggunakan aplikasi semasa kelas atas talian kepada pelajar yang kurang
mahir tentang teknologi. Jika tidak dibimbing, pelajar akan mudah putus asa dan kemungkinan berpotensi
untuk tercicir. Hal ini akan menyebabkan pelajar akan kurang bermotivasi untuk belajar secara atas
talian.

Akhir sekali, tahap kesihatan mental semasa pengajaran dan pembelajaran di rumah akan
terganggu apabila wujudnya kebimbangan dan kemurungan. Umum mengetahui, sesi
pembelajaran secara bersemuka tidak dapat dilakukan semasa pandemik dan mesti
dilaksanakan dengan menggunakan alternatif lain iaitu secara maya. Oleh sebab itu, masalah
kebimbangan muncul apabila pelajar tidak boleh beradaptasi dengan pembelajaran secara atas
talian (Artikel 8). Sebilangan masyarakat menganggap bahawa pembelajaran atas talian
memberikan kesan negatif dan membawa kepada kerisauan mengenai masa hadapan kerjaya
anak-anak mereka. Tambahan lagi, kebimbangan terhadap prestasi akademik bagi para
graduan juga amat tinggi kerana mereka sangat memikirkan tentang prospek pekerjaan. Bukan
itu sahaja, bagi pelajar-pelajar universiti yang perlu tinggal di kolej juga menghadapi
kebimbangan memikirkan tentang sumber makanan dan kewangan yang sangat terhad.
Mereka yang sebelum ini mencari duit poket dengan pekerjaan sampingan semasa belajar
tidak boleh meneruskan aktiviti apabila kebanyakan sektor ditutup akibat pandemik.

PENGAPLIKASIAN TEORI

Pengaplikasian teori motivasi instrinsik dapat diihat dengan cara guru-guru
menginovasikan cara pengajaran untuk menarik minat para pelajar. Guru-

guru menggunakan
pelbagai pendekatan seperti membuat latihan

berasaskan "game" untuk memberikan rangsangan kepada minat pelajar.
Apabila pelajar tidak mengalami stress atau tekanan yang melampau akibat
pembelajaran secara atas talian ini, maka, tahap kesihatan mental mereka
juga akan meningkat. Selain itu, gaya penyampaian ketika mengajar juga
menunjukkan para guru berusaha untuk meningkatkan tahap motivasi
pelajar. Sebagai contoh, guru-guru sedaya upaya memberikan ilmu secara
santai dan tidak menggunakan bahasa-bahasa kasar. Oleh yang demikian,
proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih teratur.

Tambahan lagi, bagi teori motivasi ekstrinsik pula, para guru meningkatkan
tahap motivasi pelajar dengan cara memberikan ganjaran selepas mereka
menyelesaikan tugasan. Pelajar akan lebih bersemangat jika usaha yang
telah dilakukan oleh mereka mendapat perhatian dan ganjaran daripada
guru-guru. Apabila hasil usaha mereka mendapat pulangan maka mereka
akan terus berusaha untuk memajukan diri. Hal ini sangat berkait rapat
dengan kesihatan mental mereka. Oleh kerana mereka bermotivasi, mereka
akan cuba hadir ke kelas, menghasilkan sesuatu dan bersaing secara sihat
untuk mendapatkan ganjaran daripada usaha mereka.

CADANGAN PENYELESAIAN

PENDIDIK

Pihak guru atau pendidik merupakan pihak yang memainkan peranan penting dalam mendorong
tahap kesihatan mental pelajar supaya kekal dalam keadaan yang baik. Hal ini kerana, guru

merupakan antara individu yang banyak berinteraksi dengan pelajar dalam tempoh pandemik melalui
sesi PdPR yang dijalankan.

Perubahan drastik dalam sistem pendidikan malah berlaku dalam tempoh yang lama
menyebabkan pelajar semakin tumpul semangat untuk mengikuti kelas secara atas talian. Oleh itu,
guru-guru perlu meningkatkan motivasi para pelajar dengan kaedah yang dirasakan sesuai dan
situasi ini sememangnya menuntut kreativiti para guru di tahap maksimum. Tahap motivasi pelajar
boleh dipertingkatkan oleh guru dengan cara mewujudkan suasana PdP yang lebih menarik
walaupun sesi PdP diadakan secara atas talian. Guru boleh memanfaatkan kemahiran dan
pengetahuan teknologi sedia ada contohnya dengan menghasilkan video pengajaran dalam bentuk
dialog, nyanyian dan sebagainya. Guru juga boleh menggantikan tugasan bertulis kepada bentuk
tugasan yang lebih menyeronokkan contohnya dengan meminta pelajar menghantar tugasan dalam
bentuk video ataupun audio. Kelainan yang cuba dipraktikkan oleh guru ini secara tidak langsung
dapat mengajak pelajar untuk meneroka kemudahan teknologi disamping mencungkil minat pelajar
dalam aplikasi Web 2.0.

Selain itu, bagi mengekalkan tahap kesihatan mental dan mengelakkan tekanan dalam
kalangan pelajar, guru hendaklah menjadi individu yang peka dan dekat di hati pelajar. Pelajar diusia
remaja biasanya mengalami pelbagai konflik dan keinginan dalam diri yang sukar dicapai. Dalam
keadaan ini, mereka memerlukan individu yang boleh mendengar dan memahami rentak mereka. Jika
guru bersikap tidak ambil endah malah menekan emosi pelajar dengan kata-kata dan tindak- tanduk
yang melulu, risiko untuk pelajar tersebut berada dalam tekanan yang melampau adalah amat tinggi.
Justeru itu, guru perlulah bijak dalam menilai dan mengawal situasi.

CADANGAN PENYELESAIAN

IBU BAPA

Ibu bapa adalah individu yang paling hampir dengan anak-anak. Tekanan atau masalah kesihatan
mental dalam kalangan pelajar ini perlu diambil serius oleh ibu bapa bagi mengelakkan berlakunya
perkara-perkara yang tidak diingini .

Bagi mengekalkan kesihatan mental anak-anak, ibu bapa yang berkerja perlulah
meluangkan lebih banyak masa bersama anak-anak di rumah. Walaupun tempoh kawalan
pergerakan ini telah menyekat pergerakan masyarakat dan memberi tekanan kepada anak-anak
kerana mereka banyak menghabiskan masa dirumah dan tidak dapat berinteraksi atau berjumpa
dengan rakan-rakan, namun ibu bapa perlu bijak mengambil alih peranan ini agar anak-anak tidak
merasa tersisih. Anak-anak juga akan rasa lebih disayangi dan dihargai apabila ibu bapa ini
menjadi pendengar setia kepada mereka. Aktiviti bersama anak-anak penting untuk mengelakkan
mereka berasa bosan dan akhirnya boleh menyebabkan kemurungan. Ibu bapa juga perlu elakkan
diri daripada membanding-bandingkan anak-anak. Perbuatan ini amat membahayakan kesihatan
mental mereka dan boleh menjurus kepada perkara yang tidak diingini.

Seterusnya, ibu bapa perlu lebih peka dengan keperluan pembelajaran anak-anak. Kemudahan
untuk menyertai PdPR penting agar anak-anak tidak patah semangat tatkala berdepan dengan
situasi pembelajaran secara maya yang menjadi norma baharu dalam kehidupan pelajar dan
pendidik. Kemudahan peranti yang bersesuaian, rangkaian internet yang baik, ruang belajar yang
jauh dari bunyi bising adalah antara elemen yang penting dalam proses pembelajaran secara atas
talian. Kekurangan fasiliti ini akan menyebabkan anak-anak gagal untuk mengikuti PdPR dan
ketinggalan dalam pelajaran. Keadaan ini akhirnya akan memberi tekanan dan motivasi untuk
belajar turut hilang. Justeru itu, peranan ibu bapa sangat penting dalam memastikan keberhasilan
dan kelangsungan pendidikan anak-anak

abc

PENUTUP

Kesimpulannya, banyak kajian-kajian yang dilakukan oleh para ilmuan
di Malaysia khususnya berkaitan dengan tahap kesihatan mental
pelajar dalam tempoh pandemik covid-19 ini. Kita dapat lihat melalui
artikel yang dibincangkan ini, tahap kesihatan mental pelajar masih
pada tahap yang membimbangkan. Hal ini kerana, terdapat banyak
kajian yang dilakukan mendapati terdapat banyak pelajar yang
mengalami tekanan dalam diri mereka di sebabkan oleh norma baharu
dalam Pendidikan ini. Hal ini adalah berpunca daripada pelbagai faktor-
faktor yang boleh di elakkan atau ditambah baikkan lagi.
Semua pihak perlu memainkan peranan dalam membendung masalah
kesihatan mental pelajar dalam tempoh pandemik covid-19 dengan
tidak menunding jari kepada satu pihak sahaja. Hal ini bagi memastikan
pelajar-pelajar atau anak-anak ini mempunyai emosi yang positif dan
menjamin kesejahteraan hidup mereka. Seperti mana yang kita selalu
dengar, mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Anak-anak atau
pelajar ini merupakan pewaris masa hadapan negara, oleh itu, masalah
ini harus dibendung sehabis baik

RUJUKAN

Abdul Rashid Abdul Aziz, N. A. (2021). Tinjauan terhadap tahap tekanan pelajar universiti semasa
pandemik COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(10), 15
- 24.

Abdul Rashid Abdul Aziz & Nor Hamizah Ab Razak. (2021). Satu tinjauan terhadap pemikiran dan idea
bunuh diri dalam kalangan pelajar. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities
(MJSSH), 6(7), 12-26.

Abdul Rashid Abdul Aziz1, Nurhafizah Mohd Sukor & Nor Hamizah Ab Razak. (2020). International
Journal of Social Science Research (IJSSR), 2(4), 156-174.

Haizvanie Muhamed Ganasan & Norzaini Azman. (2021). Kesihatan mental dan motivasi pelajar
semasa pembelajaran dalam talian sepanjang pandemik Covid-19. Malaysian Journal of Social
Sciences and Humanities, 6(10), 25-40. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i10.1100.

Izyan Izzati Kamsani & Aishah Mahat. (2021). Covid-19: Impak e-pembelajaran terhadap kesihatan
pelajar Universiti. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 53-60.

Norfatmazura Che Wil & Nooraini Othman. (2021). Tahap resilien dan kesihatan mental individu di era
pandemik Covid-19: Satu kajian empirikal dalam kalangan remaja di Malaysia. Malaysian Journal
of Social Sciences and Humanities, 6(9), 26-34. https://doi.org/10.47405/mjssh.v6i9.1003

Norhazirah Mustafa. (2020). Mengatasi kebimbangan semasa pandemik Covid-19 dengan pendekatan
Teori Rational Emotive Behaviour Theraphy (REBT). Malaysian Jurnal of Social Sciences and
Humanities, 5(11), 10-16. htps://doi.org/10.47405/mjssh.5

Soon Mui Peng, S. S. (2021). Kajian tinjauan sistematik: Pandemik Covid-19: Impak terhadap kesihatan
mental pelajar. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and
Education (ARISE), 1(2), 98-108.

SGDY 4022 APPLICATION OF EDUCATIONAL PSYCHOLOGY
PM DR. FAUZIAH MD JAAFAR
2021


Click to View FlipBook Version