The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by SDAR, 2022-05-20 14:27:34

PELANCARAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN

PELANCARAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN

PELANCARAN DEKAD MEMBACA KEBANGSAAN
&

PEMBUGARAN PROGRAM NILAM
PERINGKAT SEKOLAH

SEKOLAH DATO’ ABDUL RAZAK, SEREMBAN
25 MEI , 2022


Latar Belakang
1. Kempen menggalakkan dan menanam minat membaca dalam kalangan
masyarakat Malaysia telah dilaksanakan lebih dua dekad menerusi pelbagai
program dan aktiviti merentas khalayak untuk meningkatkan budaya dan amalan
membaca kepada rakyat Malaysia, namun;
a) masih kurang memberi impak dan;
b) penglibatan yang tidak menyeluruh.
2. Laporan Kajian Interim Tabiat Membaca Rakyat Malaysia 2014 yang dijalankan
oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) menunjukkan bahawa rakyat Malaysia
membaca 15 naskhah setahun berbanding dengan negara maju yang membaca
40 judul setahun.

Objektif
1. Melestarikan amalan membaca dalam kalangan murid di Malaysia.
2. Memastikan penglibatan murid-murid dalam pelaksanaan kempen
galakan membaca (NILAM) secara berterusan.
3. Mengekalkan momentum budaya membaca yang berkualiti dalam
kalangan murid untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Memupuk sikap suka membaca dan menarik minat murid-murid kepada
konsep pencarian ilmu sepanjang hayat.
5. Menjadi panduan kepada sekolah dalam menghasilkan kepelbagaian
pendekatan dan aktiviti sama ada di dalam atau di luar kelas selari
dengan program Dekad Membaca Kebangsaan 2021 – 2025.

Kumpulan Sasaran
Semua murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana di Sekolah Dato’ Abdul
Razak, Seremban.

Tema
#malaysiamembaca (selaras dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai negara
membaca dan melahirkan masyarakat berilmu bertaraf dunia

1

Pelaksanaan Program
1. Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan (25 April, 2022)
2. Pelancaran JOM Baca Bersama untuk 10 minit sehari (21 April,2022)
3. Program NILAM setiap hari Khamis bagi Ting. 1 dan T 2 ( 2:00-3:00 ptg)
4. Minggu Pusat Sumber (4 hingga 8 Julai, 2022)

Aktiviti Pembacaan
1. Program NILAM (setiap hari Khamis) .
2. Laluan Iqra’.
3. Membaca di perpustakaan dan sudut NILAM kelas.
4. Literasi maklumat bahan paparan di perpustakaan.
5. Pameran buku baharu dan aktiviti membaca di ruang santai.
6. Program pinjaman berkelompok dari Perbadanan Perpustakaan Negeri.
7. Read-Write-Redeem Token.
8. Menggunakan bahan bacaan bukan buku di dalam channel e-NILAM .

Rakan Strategik

Perpustakaan Sultan Abdul Samad, UPM

Impak

Budaya membaca yang diterapkan kepada semua warga sekolah
mampu mengupayakan sekolah untuk melahirkan kemenjadian murid
pada masa akan datang. Pendekatan dan pengisian aktiviti galakan
membaca juga perlulah sesuai dan seiring dengan perkembangan dan
pendekatan corak pembelajaran sekarang yang terarah kepada
Pembelajaran Abad ke-21 yang berfokuskan kepada pembinaan
kemahiran berfikir aras tinggi, literasi digital, komunikasi berkesan dan
penghasilan kerja bermutu (produktiviti) bertujuan membina modal
insan berkemahiran dan cemerlang.

Penutup

Adalah diharapkan dengan pelaksanaan Pelancaran Dekad Membaca
Kebangsaan ini, warga SDAR amnya dan murid-murid khususnya
mampu menerapkan budaya membaca yang konsisten dan menjadi
sebahagian warga Malaysia pembaca tertinggi di dunia pada 2030
kelak.

Disediakan oleh,
( ZALITA BINTI MD LASSIM)
Setiausaha Program
Sekolah Dato’ Abdul Razak
Disemak oleh,
( SHARIAH BINTI SHARIFF)
Guru Penolong Kanan
Sekolah Dato’ Abdul Razak
Disahkan oleh,
( Mohd Noor Hakim bin Ismail)
Pengetua
Sekolah Dato’ Abdul Razak

2

ATUR CARA

3:00 ptg Pelajar dan guru – guru masuk ke dewan.
3.15 ptg Ketibaan Tuan Pengetua dan Guru Penolong Kanan

4.30 ptg Nyanyian lagu Negaraku

Bacaan doa ( Ustaz Kamarulshahrizat )

Persembahan montaj

Persembahan pelajar

Ucapan oleh:
Yang Berusaha En. Noor Hakim bin Ismail
Pengetua SDAR

Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan & Pembugaran
Program NILAM
Peringkat Sekolah

Bersurai

JAWATANKUASA PELAKSANA

PENGERUSI
En. Mohd Noor Hakim bin Ismail

TIMBALAN PENGERUSI
Pn. Shariah binti Mohd Shariff

NAIB PENGERUSI

En. Noorshahriman Pearl bin Hashim
Pn. Noraishah binti Sharif

SETIAUSAHA
Pn. Zalita binti Md Lassim

PENOLONG SETIAUSAHA
Pn. Ain Zulaikha Syafiza binti Zulkeflee

AHLI JAWATANKUASA

Buku Program & Backdrop Pengacara Majlis

Pn. Ramlah binti Muda Pn. Farah Nadia binti Asmady
Cik Khaleeda binti Kamrul Azhan Bacaan Doa

En. Kamarulshahrizat Bin Muhammad
Razali

Siar Raya Fotografi

En. Mohd Nasrul Syafiq bin Mohd Noor En. Wan Muhamad Taufik bin Wan
Montaj Yusoff

Hiasan Pentas

En. Mohamad Naqiuddin bin Mohd Borhan YM Pn.Tengku Nur Shahirah
Cik Nur Izzati binti Zulkifly Cik Logeswari a/p Saravanan

Persembahan Persiapan Dewan

Pn. Fizzy Sherani binti Mohd Izhar En. Mohd Azmi bin Sakimin
Cik Norhayati binti Mamat En. Muhamad Yusof bin Muhamad Fauzi


Click to View FlipBook Version