SK LA SALLE 2 JINJANG
JALAN TEBING TIMUR.
JINJANG UTARA, KUALA LUMPUR
MESYUARAT
AGUNG PIBG
KALI KE-40
DIRASMIKAN OLEH:
ENCIK AMILUDIN BIN JAMIL
YANG DIPERTUA PIBG
SK LA SALLE 2 JINJANG
SESI 2020/2021
SABTU, 10 APRIL 2021
9.30 PAGI
SECARA ATAS TALIAN
1
Isi Kandungan
PERKARA MUKA SURAT
1 ATURCARA MAJLIS DAN AGENDA MESYUARAT 3
AGUNG KALI KE -40
4
2 KATA-KATA ALUAN YANG DIPERTUA PIBG SESI 2020/2021 5
3 SENARAI NAMA AJK PIBG SESI 2020/2021 6
4 MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 39 15
5 LAPORAN TAHUNAN SETIAUSAHA PIBG SESI 2020/21 17
6 LAPORAN PENYATA KEWANGAN PIBG 18
7 JAWATANKUASA PENYELARASAN MESYUARAT AGUNG
19
KALI KE-40 20
8 KEPUTUSAN PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2021/2022 22
9 CADANGAN USUL MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE -40
10 PENGHARGAAN
2
ATURCARA MAJLIS & AGENDA
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG KALI KE – 40
MASA ACARA
9.00 PAGI PENDAFTARAN (MELALUI GOOGLE FORMS)
9.30 PAGI UCAPAN ALU-ALUAN OLEH PENGERUSI MAJLIS (CIK NURUL JANNAH)
9.40 PAGI BACAAN DOA (EN. AHMAD KHAIRUDDIN)
9.45 PAGI UCAPAN TUAN GURU BESAR (EN EU TENG HUAT)
10.00 PAGI UCAPAN PERASMIAN OLEH YANG DI PERTUA PIBG
(EN. AMILUDIN BIN JAMIL)
10.30 PAGI PENYAMPAIAN SIJIL KEPADA AJK PIBG 2020/2021
10.40 PAGI MESYUARAT AGUNG BERMULA
12.30 TGH HARI NYANYIAN LAGU NEGARAKU
12.40 TGH HARI BERSURAI
********************************************************************************************
AGENDA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
PIBG KALI KE – 40
1. UCAPAN PENGERUSI
2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG KALI KE–39
3. PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
4. LAPORAN KEGIATAN AJK PIBG
5. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN LAPORAN KEWANGAN
6. PERBAHASAN USUL
7. PEMBUBARAN AHLI JAWATANKUASA PIBG SESI 2020/2021
8. PEMILIHAN AHLI JAWATANKUASA (WAKIL IBU/BAPA) PIBG SESI 2021/22
9. UCAPAN PENANGGUHAN
3
Sekapur Sirih Seulas Pinang
KATA-KATA ALUAN
Yang Di Pertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sesi 2020/2021
Bismillahirrahmanirrahim.
Yang Berusaha En Eu Teng Huat, (Guru Besar SK La Salle 2 Jinjang), Pn Najihah binti
Ibrahim (Guru Penolong Kanan Tadbir & Kurikulum), En Ridhauddin bin Hasbullah (Guru
Penolong Kanan Hal Ehwal Murid), En Nik Zuraidee bin Nik Mohamed (Guru Penolong
Kanan KoKurikulum), guru-guru, barisan AJK PIBG sesi 2020/2021 dan ibu bapa yang
dihormati sekalian.
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat dan izinNya,
dapat kita sama-sama berjumpa lagi dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-40.
Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ribuan terima kasih kerana memberi
kepercayaan kepada saya untuk menerajui PIBG bagi sesi 2020 sehingga sesi 2021. Di
sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih di atas
sokongan tuan-tuan dan puan-puan para ibu bapa terhadap kami barisan AJK PIBG SK
La Salle 2 Jinjang.
Saya memanjatkan rasa syukur kepada ALLAH SWT kerana kita semua dikurniakan
kesihatan yang baik dan diberikan kesempatan untuk menghadiri mesyuarat kali ini.
Terima kasih diatas kesudian ibu bapa yang sentiasa menghadirkan diri setiap tahun.
Ucapan terima kasih juga juga kepada semua guru SK La Salle 2 Jinjang, atas
usaha gigih mendidik anak-anak kami.
Bagi pihak PIBG, saya yakin dengan kehadiran ibu bapa akan dapat menyemarakkan
lagi semangat kami untuk terus memberikan sumbangan dengan lebih aktif untuk
program-program pendidikan, dimana kita semua sedar dunia pendidikan mengalami
banyak perubahan dari masa ke semasa. Peluang pendidikan harus
digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu kemahiran dan membina personaliti yang
cemerlang, ini bermakna peluang pendidikan yg ada harus dimanfaatkan sepenuhnya,
kita mahukan anak-anak kita cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya melanjutkan
pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Saya mewakili PIBG mengharapkan sokongan moral dari ibu bapa bagi mencapai
prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek. Saya juga mengambil kesempatan
ini untuk sama-sama menjemput ibu bapa ke laman Facebook dan channel Telegram
sekolah dimana disini kita dapat mengetahui acara-acara sekolah, laporan PIBG serta
notis sekolah menerusi paparan yang terpapar di laman tersebut.
Akhir kata, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru, AJK PIBG
sesi 2020/2021 dan para ibu bapa yang telah memberikan sumbangan dan kerjasama
kepada pihak PIBG sekolah.
Sekian, terima kasih.
En. Amiludin bin Jamil
4
SENARAI AJK PIBG SESI 2020/2021
Penasihat : En. Eu Teng Huat (Guru Besar)
Yang Di Pertua
Naib Yang Di Pertua : En. Amiludin bin Jamil
Setiausaha
Bendahari : En. Ravi Selvam A/L Ganesan
AJK Guru
: Cik Nurul Jannah binti Mustafa
AJK Ibu Bapa (dilantik oleh sekolah)
: Cik Dalinda Melati binti Muhamad
(dilantik pihak sekolah)
: En. Mohammad Farez bin Mahmud
Cik Logheswaary a/p Subramaniam
Cik Siti Nadiah binti Ahmad
Pn. Yeo Ai Hua
Pn. Siti Mustaqimah binti Abd Rahman
(Guru Bimbingan & Kaunseling)
: En. Irwan Razly bin Harun
En. Ismail bin Md Zakaria
En. Mohd Ariff bin Iberahim
Pn. Haszalina binti Abdullah
Pn. Nazirah binti Ariffin
Pn. Norizan binti Ahmat
Pn. Roslin @Ana binti Adan
Juru Audit : En. Erick Lim Wee Lik
(dilantik pihak sekolah)
5
MINIT MESYUARAT AGUNG
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE -39 SESI 2020/2021
SEKOLAH KEBANGSAAN LA SALLE 2 JINJANG, KUALA LUMPUR.
TARIKH : 29 Februari 2020
MASA
TEMPAT : 8.00 pagi – 12.30 tengah hari
KEHADIRAN
: Dewan Terbuka SK La Salle 2 Jinjang
: Ibu bapa : 101 orang
Guru : 25 orang
1.0 Ucapan
1.1 Ucapan Yang Dipertua PIBG
1.1.1 En. Amiludin bin Jamil mempengerusikan Mesyuarat Agung
PIBG kali ke-39. Beliau mengucapkan terima kasih dan
mengalu-alukan kehadiran ibu bapa dan AJK PIBG ke
Mesyuarat Agung kali ini.
1.2 Ucapan Penasihat
1.2.1 En. Eu Teng Huat selaku Penasihat PIBG mengucapkan
setinggi-tinggi penghargaan kepada hadirin yang
sanggup meluangkan masa bersama keluarga demi
menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Dalam ucapan
tersebut, beliau menekankan betapa pentingnya
kerjasama dua hala antara pihak sekolah dan ibu bapa
dalam menyumbang ke arah kemenjadian murid. Beliau
berharap agar para ibu bapa boleh datang dan
berbincang bersama pihak sekolah jika terdapat apa-apa
permasalahan, supaya isu tersebut dapat ditangani
sebaiknya.
2.1 Mengesahkan minit mesyuarat
2.2 Minit mesyuarat disahkan tanpa pindaan
Cadangan pengesahan: Puan Mumtaz Begum binti Said Khan
Sokongan : Puan Nor Azura
3.0 Perkara Berbangkit
-Tiada perkara berbangkit-
6
4.0 Laporan Kegiatan AJK PIBG sesi 2019/2020
4.1Cik Nurul Jannah binti Mustafa telah membentangkan laporan
kegiatan AJK PIBG sesi 2019/2020. Menurut beliau pihak PIBG telah
diberikan amanah untuk merancang program dan aktiviti bagi
meningkatkan pencapaian sekolah. Beliau juga memaklumkan
segala aktiviti yang dirancangkan telah berjaya dilaksanakan
dengan sempurna dan menggunakan sejumlah sumbangan PIBG
Tahun 2019.
4.2Beliau mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa kerana telah
memberikan sumbangan tenaga, kewangan dan buah fikiran serta
kerjasama yang baik dalam menjayakan kegiatan yang telah
dirancang.
5.0 Laporan Kewangan PIBG sesi 2019/2020
5.1Laporan Kewangan Tahunan bagi tahun tersebut telah
dibentangkan oleh Cik Dalinda Melati binti Muhammad selaku wakil
Bendahari PIBG.
5.2Penyata kewangan telah diaudit oleh Encik Erick Lim Wee Lik dan
disemak oleh Encik Amiludin bin Jamil.
5.3Pengesahan laporan kewangan
Cadangan pengesahan : Puan Izura Binti Nordin
Sokongan : Puan Nor Azura Binti Mohamad Baseri
6.0 Pembubaran Ahli Jawatankuasa PIBG 2019/2020.
6.1Majlis dengan ini membubarkan Ahli Jawatankuasa PIBG 2019/2020.
7.0 Perlantikan Pengerusi Sementara
7.1En Nik Zuraidee bin Nik Mohamed telah dilantik menjadi pengerusi
sementara.
7.2En. Nik Zuraidee mengharapkan agar calon yang bakal dipilih
mampu untuk memegang tampuk ahli jawatankuasa yang baru,
kerana ibu bapa merupakan tunggak kepada PIBG. Calon ahli
jawatankuasa perlulah seorang individu yang boleh memberikan
komitmen dalam PIBG.
7
8.0 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG 2020/2021
8.1Setelah undian dijalankan, Ahli Jawatankuasa PIBG bagi sesi
2020/2021 adalah seperti berikut :
Penasihat : Encik Eu Teng Huat (Guru Besar)
Yang Di Pertua
Naib Yang Di Pertua : En. Amiludin bin Jamil
Setiausaha
Bendahari : En. Ravi Selvam A/L Ganesan
AJK Guru
: Cik Nurul Jannah bt Mustafa
AJK Ibu Bapa (dilantik oleh sekolah)
: Cik Dalinda Melati binti Muhamad
(dilantik pihak sekolah)
: Cik Logheswaary a/p Subramaniam
Cik Siti Nadiah binti Ahmad
En. Mohammad Farez bin Mahmud
Pn. Yeo Ai Hua
Pn. Siti Mustaqimah Binti Abd Rahman
(Guru Bimbingan & Kaunseling)
: En. Mohd Ariff bin Iberahim
En. Irwan Razly bin Harun
En. Ismail bin Md Zakaria
Pn. Haszalina binti Abdullah
Pn. Nazirah binti Ariffin
Pn. Roslin @ Ana binti Adan
Pn. Norizan binti Ahmat
Juru Audit : En Erick Lim Wee Lik
(dilantik pihak sekolah)
8
9.0Yuran dan Sumbangan PIBG
9.1En. Eu Teng Huat memaklumkan kepada ibu bapa tentang jumlah
kutipan yang akan dibuat. Sumbangan yang ditetapkan adalah
RM80 setiap keluarga. Jika bilangan murid melebihi 2 orang dalam
satu keluarga, keluarga tersebut perlu membayar RM160.
9.2Yuran tambahan untuk setiap darjah seperti berikut :
Tahun Yuran Tambahan
Tahun 1 hingga 4 Tiada
Tahun 5 RM150
Tahun 6 RM220
10.0 Pembentangan dan Pembahasan Usul-usul
10.1 Aspek Akademik & LPS
a) Guru perlu menyatakan buku aktiviti yang perlu dibawa sahaja.
Ini akan membantu meringankan beg sekolah anak-anak.
Komen En. Eu Teng Huat (Penasihat)
En Eu Teng Huat memaklumkan bahawa guru akan
memaklumkan penggunaan buku yang berkenaan sekiranya
diperlukan lebih awal.
Maklumbalas En Eu Teng Huat (Penasihat) secara keseluruhan
En Eu Teng Huat memaklumkan bahawa sekolah ini merupakan
sekolah berkongsi bersama SK La Salle 1 Jinjang. Oleh itu, beliau
meminta para ibu bapa agar memahami situasi sekolah yang
mempunyai murid yang ramai di dalam sesebuah kelas, di mana
kemudahan tambahan seperti loker untuk setiap murid agak
sukar untuk disediakan. Tambahan pula, susun atur di dalam kelas
perlu mematuhi susunan Pembelajaran Abad ke-21.
10.2 Keselamatan Luar Sekolah & Pengawal Keselamatan
Maklumbalas En Eu Teng Huat (Penasihat) secara keseluruhan
En Eu Teng Huat mengucapkan kepada pengawal keselamatan
dan AJK PIBG atas kerjasama menjaga keselamatan sekolah.
10.3 Kemudahan dan Penyelenggaraan Tandas
Maklumbalas En Eu Teng Huat (Penasihat) secara keseluruhan
En Eu Teng Huat memaklumkan kemudahan dan
penyelenggaraan tandas akan dipantau dan ditambahbaik dari
semasa ke semasa.
9
10.4 Kantin
Maklumbalas En Eu Teng Huat (Penasihat) secara keseluruhan
En. Eu Teng Huat memaklumkan bahawa pihak kantin pada
tahun ini adalah tender yang baru, dan tiada masalah
dilaporkan setakat ini.
10.5 Kedai Buku Sekolah
a) Maklumkan kepada ibu bapa tentang kegunaan buku latihan
no.9. Buku latihan banyak dibeli tetapi ibu bapa tidak tahu untuk
kegunaan subjek apa.
Komen En. Eu Teng Huat (Penasihat)
En. Eu Teng Huat memohon maaf atas kesilapan ini. Beliau akan
berjumpa dengan pihak kedai buku untuk tindakan lanjut.
10.6 Komunikasi
a) Surat makluman bagi sebarang program sekolah diberikan
sekurang-kurangnya seminggu lebih awal untuk memudahkan
ibu bapa membuat persediaan.
Komen En. Eu Teng Huat (Penasihat)
En Eu Teng Huat memohon maaf atas kesilapan ini. Beliau akan
mencuba sebaik mungkin untuk memperbaiki hal ini di masa
akan datang.
b) Adakan Whatsapp group untuk ibu bapa
Komen En. Eu Teng Huat (Penasihat)
En. Eu Teng Huat menyarankan agar para ibu bapa untuk
berunding dengan guru kelas anak masing-masing untuk tujuan
ini.
c) Guru harus mempunyai nombor telefon ibu bapa murid dan
menghubungi mereka supaya maklumat dapat disampaikan
dengan lancar.
Komen En. Eu Teng Huat (Penasihat)
En. Eu Teng Huat memaklumkan bahawa pihak sekolah sudah
sedia ada mempunyai data nombor telefon para ibu bapa di
dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM).
Walaubagaimanapun, berlaku ketidaksampaian maklumat
berikutan nombor telefon yang diberikan tidak boleh dihubungi.
Oleh itu, beliau menyeru ibu bapa agar memberikan nombor
telefon yang betul dan terkini kepada pihak sekolah demi
mengelakkan perkara ini terjadi pada masa akan datang.
10
10.7 Lain-Lain Usul
a) Mengadakan acara sukan untuk para ibu bapa semasa
Kejohanan Sukan Olahraga Sekolah.
Maklumbalas En. Eu Teng Huat (Penasihat)
Tuan Penasihat memaklumkan Kejohanan Merentas Desa akan
diadakan pada 7 Mac 2020 dan kategori terbuka turut diadakan.
Oleh itu, para ibu bapa digalakkan untuk menyertai acara larian
semasa Kejohanan tersebut.
b)Mengurangkan bayaran sumbangan PIBG
Maklumbalas En. Eu Teng Huat (Penasihat)
Sumbangan PIBG adalah bukan paksaan.
Walaubagaimanapun, segala aktiviti murid memerlukan dana
untuk dijalankan. Salah satu sumber dana tersebut datangnya
daripada sumbangan PIBG itu sendiri. Oleh itu, Tuan Penasihat
memohon pengertian daripada ibu bapa berkaitan hal ini.
c) Tabung kutipan diwujudkan bagi setiap kelas.
Maklumbalas En. Eu Teng Huat (Penasihat)
Guru kelas tidak boleh mengutip duit daripada murid-murid.
Sebarang kutipan duit perlu mendapat kelulusan daripada pihak
atasan. Tuan GB juga mengalu-alukan para ibu bapa yang ingin
memberikan sumbangan dan boleh terus berurusan dengan
guru kelas masing-masing.
11.0 Hal-hal Lain
Tiada hal-hal lain.
11
12.0 Penangguhan mesyuarat
12.1 En Nik Zuraidee bin Nik Mohamed mengucapkan terima kasih
atas kerjasama semua pihak dalam menjayakan mesyuarat
agung kali ini. Ucapan terima kasih kepada semua bekas AJK
PIBG atas sumbangan dan kerjasama sepanjang sesi 2019/2020.
En Nik Zuraidee juga mengucapkan tahniah kepada AJK yang
baru dilantik serta mengharapkan kerjasama antara semua AJK.
12.2 En Amiludin bin Jamil, YDP PIBG menangguhkan mesyuarat pada
pukul 12.00 tengah hari.
12
SENARAI KEHADIRAN GURU
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE - 39
TARIKH : 29 FEBRUARI 2020 / MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : DEWAN TERBUKA, SK LA SALLE 2 JINJANG
1. En. Eu Teng Huat 14. Pn Kamarosshalina binti Noh
2. Pn. Najihah binti Ibrahim 15. Cik Lee Poh Lin
3. En. Nik Zuraidee b. Nik Mohamed 16. Cik Logheswaary a/p Subramaniam
4. En Abdul Hadi bin Md. Kassim 17. Pn Noor Aini binti Arman
5. En Ahmad Khairuddin bin Azam 18. Pn Noralina binti Mee
6. En. Anual bin Husin 19. Pn Nursuraya binti Ya’akob
7. En. Erick Lim Wee Lik 20. Pn Nurul Diyanah binti Mohd Radzi
8. En. Mohammad Farez bin Mahmud 21. Cik Nurul Jannah binti Mustafa
9. 22. En Punithan a/l Shanmugam
10. Pn Ayu Amirosemini binti Yusoff 23. Pn Silanuwani binti Awang Ngah
11. Cik Dalinda Melati binti Muhamad 24. Pn Siti Mustaqimah binti Abd Rahman
12. 25. Pn Siti Zanariah binti Abdullah
13. Pn Hasnida binti Abd Ghani 26. Pn Yeo Ai Hua
SENARAI KEHADIRAN IBUBAPA
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE – 39
1. Indrazaky bin Khalib 27. Jamariah binti Asab
2. Mumtaz bt Said Khan 28. Siti Salwah binti Hamzah
3. Geeva 29. Zainab binti Habib
4. Suhaiza Othman 30. Qudralailah Safahasmi
5. Sulastri 31. Norliza Ibrahim
6. K. Puvaneswary 32. Siti Zanariah binti Abdullah
7. Nor Azizah 33. Maimon binti Ali
8. Abdul Manaf Mawson 34. Juliah binti Salih
9. Haszalina Abdullah 35. Maslinawati binti Masidar
10. Mike Harrisamanto bin Hussin 36. Ena Yusnita binti Darwis
11. Saiti binti Hamat 37. Samiyah Mawardi
12. Salina binti Abdullah 38. Nor Azlina
13. Ravi Selvam 39. Devi Priya a/p Muniandy
14. Zurhana Awang 40. Abd Wahab bin Yusuf
15. Rozanah Hasyim 41. Nor Mas Amira bt Asari
16. Norhafizah Mat Nayan 42. Irwan Razly bin Harun
17. Aminah binti Ayob 43. Ismail bin Zakaria
18. Amiludin bin Jamil 44. Zimastika binti Liun
19. Tuan Khairul Hayaiyah 45. Salmah Zainuddin
20. Nor Hashidah Md Hassan 46. Hafisah Adli
21. Siti Hasnah bt Lahman 47. Nazirah binti Ariffin
22. Hidayah bt Romli 48. Norizan Ahmat
23. Hazlina Md Yatim 49. Jamiah Hamid
24. Norzana binti Naam 50. Afifah binti Ab Razak
25. Zainun binti Mohamed Zain 51. Zana Nadhirah bt Farouk
26. Hasnida binti Abd Ghani 52. Aminah bt Mohd Isa
13
53. Nor Azmida binti Shari 99. Nor Zamrina
54. Norhasyemah bt Shari 100. Ridhauddin bin Hasbullah
55. Rozidah binti Amran 101. Ayu Amirosemini
56. Nor Azura Mohamad Baseri
57. Zurainah binti Jon
58. Norhaliza binti Ismail
59. Norharyanti binti Abd Rahman
60. Norfatihah bt Ibrahim
61. Nurbaiti Abdullah
62. Sri Lastari
63. M. Megala
64. Nurul Nazirah bt Mohd Sharif
65. Wan Normawati Wan Hassan
66. Sopia
67. Siti Fatimah binti K.A. Mohamed
Haniffa
68. Rahmawati
69. Noridayu binti Mohd Yunus
70. Izura binti Nordin
71. Hadijah binti Jahari
72. Mohd Azwan bin Mawardy
73. Nurdin bin Ibrahim
74. Siti Zalea bt Roslan
75. Mohd Khairul bin Abd Wahab
76. Nuriyati bt Tajudin
77. Rusdiana binti Aripin
78. Hairul Aini Hussin
79. Roslin binti Adan
80. Zarina Mat Zin
81. Rafizah binti Samad
82. Noor Hafiza A. Rahman
83. Nurfarahin bt Mohd Yusop
84. Nor Fazlyana bt Jamrus
85. Robiah bt Mamat
86. Zai @ Asiah Khalid
87. Mohamad Sani
88. Masdalena binti Masduki
89. Dalinda Melati Muhamad
90. Fauziah bt. Mohd. Fauzi
91. Noorul Amilin bt Saidin
92. Nafisah binti Majid
93. Lizamalinda binti Anisrizal
94. Siti Rahima binti Asid
95. Masniza bt Johari
96. Noralina Mee
97. Zil Azam b. Mohd Nor
98. Raja Mohd Faizal
14
LAPORAN KEGIATAN PIBG SK LA SALLE (2) JINJANG
SESI 2020/2021
Sepanjang sesi 2020/2021 pihak jawatankuasa telah diamanahkan untuk menerajui
PIBG bagi menjayakan pelbagai program yang telah dirancang untuk kemajuan dan
kecemerlangan sekolah dan juga murid-murid. Kebanyakan aktiviti telah berjaya
dijalankan mengikut perancangan.
Bagi melaksanakan program yang telah dirancang dengan sempurna, pihak AJK
PIBG telah meluangkan masa untuk bermesyuarat dan berbincang tentang program-
program tersebut. Berikut adalah tarikh-tarikh mesyuarat AJK PIBG yang telah dijalankan
sepanjang sesi 2019/2020.
1. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-39 29 Februari 2020
2. Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-1 4 Julai 2020
3. Mesyuarat AJK PIBG Kali Ke-2 20 Mac 2021
Selain itu PIBG juga telah terlibat secara langsung di dalam pelbagai program yang
telah dirancang oleh pihak sekolah. Selain daripada sumbangan tenaga dan buah fikiran,
PIBG juga telah menyediakan peruntukan yang diperlukan oleh sekolah untuk
melaksanakan pelbagai program. Antara program tersebut ialah:
1. Keceriaan dan Kebersihan Kelas.
Pihak PIBG telah memperuntukkan sejumlah wang sebagai dana bagi membantu para
guru kelas untuk tujuan keceriaan kelas masing-masing. Peruntukan ini diberikan pada
awal tahun 2020 sebanyak sekali setahun.
2. Program PPDA
Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) telah dilaksanakan di sekolah dengan
tujuan memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru,
kakitangan sekolah dan akan bahaya dadah agar mereka menjauhinya dan berupaya
menentang ancaman dadah. Sasaran utama program ini ialah kepada murid, guru
dan kakitangan sekolah. Pelbagai pertandingan telah diadakan dan peruntukan PIBG
digunakan untuk memberikan hadiah kepada para pemenang.
3. Mesyuarat Agung PIBG kali ke 39/2020
Mesyuarat Agung PIBG diadakan setiap tahun dengan menggunakan peruntukan
daripada kewangan PIBG. Mesyuarat Agung PIBG kali ke-39 ini diadakan pada 29
Februari 2020. Pembubaran jawatankuasa yang lama dan pelantikan jawatankuasa
yang baru telah diadakan. Selain itu, Mesyuarat Agung PIBG juga membahaskan usul-
usul yang dicadangkan oleh ibu bapa.
4. Insentif A Dalam Peperiksaan UPSR (RM10/A)
RM10 diberikan kepada setiap bilangan A yang diperolehi oleh murid dalam
peperiksaan UPSR. Insentif ini merupakan penghargaan dari pihak PIBG dalam
meraikan kecemerlangan murid supaya lebih berjaya pada masa akan datang.
15
5. Tuisyen Malam Tahun 6
Kelas tambahan Tahun 6 ini telah diadakan pada setiap hari Isnin, Selasa dan Khamis
bagi mempersiapkan para calon UPSR tahun 2020 untuk menghadapi peperiksaan
sebenar. Peruntukan digunakan untuk membiayai bayaran tenaga pengajar semasa
kelas tersebut diadakan.
6. Kejohanan dan Pertandingan
Pihak PIBG juga telah menyumbangkan peruntukan berupa wang ringgit untuk
membiayai kos penghantaran dan makanan peserta pertandingan dan atlet sekolah
ke tempat pertandingan masing-masing.
7. Persiapan Pembukaan Sekolah
Berikutan pandemik COVID-19 yang masih berlaku, beberapa prosedur operasi
standard perlu dipatuhi demi menjamin keselamatan para murid. Bagi mematuhi SOP
pembukaan sekolah ini, pihak PIBG telah membiayai pembelian beberapa buah tong
air basuh tangan untuk digunakan oleh semua murid untuk membasuh tangan
sebelum masuk ke kelas. Tong-tong air ini telah diletakkan di hadapan setiap kelas.
Disediakan oleh,
………………………..
(Cik Nurul Jannah binti Mustafa)
Setiausaha PIBG
Sesi 2020/2021 SK La Salle (2) Jinjang
16
LAPORAN KEWANGAN TAHUNAN 2020
PIBG SK LA SALLE 2 JINJANG, KUALA LUMPUR.
PENYATA PENERIMAAN DAN PEMBAYARAN BERAKHIR PADA 31.12.2020
Baki di bank, tunai, sumbangan dan kutipan Yuran PIBG 2019 RM 19148.39
PENERIMAAN RM 4710.00
RM 3000.00
Kutipan Yuran PIBG 2020 RM 255.59
Wang Tumpang Sukan
Wang Tumpang Pusat Pakaian Hari-Hari RM 1200.00
RM 600.00
PEMBAYARAN RM 663.00
RM 610.00
1. Keceriaan Dan Kebersihan Kelas
2. Program Ppda RM 1900.00
3. Mesyuarat Agung Pibg RM 500.00
4. Kecemerlangan UPSR “A” RM 200.00
RM 2300.00
5. Wang Tumpang Sukan RM 800.00
6. Wang Tumpang Yayasan MARA RM 2002.00
7. Wang Kecemasan RM 1095.00
8. Kertas A4 Murid RM 351.00
9. Tuisyen Malam Tahun 6 RM 420.30
10. Kejohanan Olahraga 2020 (Medal) RM 500.00
11. Aktiviti Ko-Kurikulum (Kejohanan Dan Pertandingan) RM 6.00
12. Nstp - Akhbar Didik
13. Tempat Basuh Tangan Murid (7) RM 13966.68
14. Foot Pump Sanitizer
15. Cheque Processing Fee
LEMBARAN IMBANGAN BERAKHIR 31.12.2020
_________________________
PENERIMAAN – PEMBAYARAN Baki di bank RM13966.68
RM 1100.00
Wang Tumpang Sukan RM 1105.60
- Wang Tumpang Baitulmal RM 11761.08
BAKI DUIT PIBG
17
JAWATANKUASA PENYELARASAN MESYUARAT AGUNG
PIBG KE-40
Penasihat : En Eu Teng Huat(Guru Besar)
Pengerusi : En. Amiludin bin Jamil (YDP PIBG)
Naib Pengerusi : En. Ravi Selvam A/L Ganesan (NYDP PIBG)
Setiausaha : Cik Nurul Jannah binti Mustafa
Bendahari : Cik Dalinda Melati binti Muhamad
Hadir bersama : Pn Najihah binti Ibrahim (GPK Tadbir & Kurikulum)
AJK Kecil En Ridhauddin bin Hasbullah (GPK HEM)
En Nik Zuraidee bin Nik Mohamed (GPK Kokurikulum)
:
Juruacara Pendaftaran (Google Forms)
Cik Nurul Jannah binti Mustafa Cik Nurul Jannah binti Mustafa
Bacaan Doa Siaraya / Google Meet
En. Ahmad Khairuddin bin Azam En. Erick Lim Wee Lik
Buku Program Pencatat
Cik Nurul Jannah binti Mustafa (K) Cik Logheswaary a/p Subramaniam
Cik Dalinda Melati binti Muhamad Cik Siti Nadiah binti Ahmad
Persiapan Tempat (Kerusi & Meja) Pengiraan & Pencatat Undi
En. Mohammad Farez bin Mahmud Pn. Yeo Ai Hua
Sijil Dokumentasi
Pn. Zuraidah binti Abd Najib Pn. Siti Mustaqimah binti Abd Rahman
18
KEPUTUSAN PEMILIHAN AJK PIBG SESI 2021/2022
SK LA SALLE (2) JINJANG,
52000 KUALA LUMPUR
Penasihat : En. Eu Teng Huat (Guru Besar)
Yang Di Pertua
Naib Yang Di Pertua : _______________________________________
Setiausaha
Naib Setiausaha : _______________________________________
Bendahari
Naib Bendahari : Cik Nurul Jannah binti Mustafa
AJK Guru (dilantik oleh sekolah)
AJK Ibu Bapa : Cik Siti Nadiah binti Ahmad
(dilantik pihak sekolah)
: Cik Dalinda Melati binti Muhamad
(dilantik pihak sekolah)
: Cik Logheswaary a/p Subramaniam
(dilantik pihak sekolah)
: En. Mohammad Farez bin Mahmud
Pn. Yeo Ai Hua
Pn. Siti Mustaqimah binti Abd Rahman
(Guru Bimbingan & Kaunseling)
: _______________________________________
_______________________________________
_______________________________________
_______________________________________
_______________________________________
Juru Audit : _______________________________________
En Erick Lim Wee Lik
(dilantik pihak sekolah)
19
SENARAI USUL
BIL ASPEK USUL PEMBAWA USUL
1 Akademik & LPS Matapelajaran Bahasa Arab Jagadish A/L Mariappan
dikecualikan untuk murid : Ashvitrra a/p Jagadish (4 Bestari)
berbangsa India kerana susah
difahami dan ibu bapa juga Kartiyayenee
tidak dapat membantu murid. : Janessheegen (4 Bestari)
: Seryisyaah (3 Bestari)
Pihak sekolah menganjurkan Suziana binti Azli
program motivasi untuk : Nurul Alyaa Batrisya binti Ahmad
memupuk semula semangat Azni (5 Bitara)
anak-anak.
Beg sekolah murid terlalu Ponmani Manicam
berat. : Kaven (3 Bitara)
Mungkin guru-guru boleh : Prrisha (6 Bitara)
menetapkan buku yg perlu di
bawa pada hari tersebut. Izura Nordin
: Dzimaar Amsyar (5 Bestari)
: Dzaim Amzar (4 Bestari)
Jadual waktu. Sangeetha Gunaseelan
: Ruvenisha A/P Logesh (4 Bitara)
Kelas tuisyen berbayar Nur Kamalia binti Kamaruddin
kelolaan PIBG diadakan pada : Ayra Allysha Asyiffa Binti Norhisham
hujung minggu. (5 Bitara)
Kelas tambahan UPSR Srilastari
diadakan. : Puteri Anggun Lestary (5 Bitara)
20
2. Keselamatan Luar Menambah dan membuat Irwan Razly bin Harun
Sekolah/ Dalam bonggol di hadapan sekolah. : Umar Qayyum (2 Bestari)
Sekolah &
Pengawal
Keselamatan Keselamatan, kebersihan Nor Rozilawati Bt Mohd Sakry
persekitaran sekolah harus : Balqis Batrisya Bt Mohd Alif
diambil berat lebih-lebih lagi
di musim COVID-19 ini.
3. Kantin Menu secara online untuk Nor Mas Amira Binti Asari
makanan murid semasa : Nurin Dania Qaisara (6 Bestari)
waktu rehat, cara ini boleh : Muhammad Amjad Rayqal (3
memudahkan pihak sekolah Bestari)
menguruskan murid² pada
waktu rehat dan dapat
membataskan pergerakan
murid² dan lebih mematuhi
SOP. Ibubapa hanya perlu
mengisi form yg disediakan
oleh pihak sekolah utk memilih
menu beserta harga secara
seminggu sekali berdasarkan
pakej yg sekolah sediakan
secara online dan ibubapa
boleh terus membayar secara
transfer online banking atau
kutipan bayaran dibuat
kepada guru kelas masing².
4. Lain-lain Kelonggaran haruslah diberi Madjaafar bin Mohamed Isa
kepada murid yang tidak : Nurafifah Husna binti Madjaafar
sihat untuk berehat dirumah (1 Bestari)
ataupun pergi ke hospital
supaya tidak berjangkit
kepada kanak-kanak yang
lain.
21
Penghargaan..
JAWATANKUASA PELAKSANA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-40
MENGUCAPKAN:
SEKALUNG BUDI DAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA:
➢ Yang Dipertua , En. Amiludin bin Jamil, AJK Tertinggi PIBG Sesi 2020/2021 Dan
Ahli-Ahli Persatuan Ibu Bapa Dan Guru Sekolah Kebangsaan La Salle 2 Jinjang.
➢ Para Ibu Bapa Yang Hadir Ke Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-40.
➢ Para Penderma Yang Memberi Sumbangan Secara Langsung Atau Secara Tidak
Langsung Dalam Semua Program PIBG.
➢ Semua Individu Yang Menjayakan Majlis Mesyuarat Agung PIBG Ke-40.
Hubungi kami :
https://t.me/lasalle2jinjang
https://www.facebook.com/LASALLE2JINJANG
03-6251 5908
22