The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurulakma_taharin, 2021-09-19 10:34:50

BukuProgram MABA 2020.docx

BukuProgram MABA 2020.docx

SEKAPUR SIRIH

Daripada Pengetua SM Sains Batu Pahat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Alhamdulillah, bersyukur ke hadhrat Allah SWT kerana
kita dapat bersama-sama meraikan Majlis Anugerah
Bitara Akademik 2020 meskipun secara maya. Khusus
kepada penerima Anugerah Bitara Akademik tahun
2020 iaitu bekas pelajar tingkatan lima yang telah
memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
SPM yang lalu, setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan.

GPS 2.06 SPM 2020 iaitu pengurangan sebanyak 0.32 kembali meletakkan
Sehebat pada landasan yang sewajarnya. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua pelajar
tingkatan 5 2020 dan barisan pendidik. Sasaran SPM 2021 Sehebat iaitu GPS 1.72 pasti
dapat dicapai seandainya kesungguhan dan iltizam berterusan terhadap
kecemerlangan sentiasa diletakkan pada landasannya yang sebenar.

Dunia Abad ke-21 amat mencabar, lebih – lebih lagi dengan cabaran
pandemik Covid -19 telah menyebabkan pengajian secara maya (PdPR) menggantikan
medium bersemuka. Pelbagai perubahan terpaksa kita hadapi demi kelangsungan
sistem pendidikan negara. Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada pihak PIBG
kerana sentiasa memberikan sokongan moral dan material yang tidak berbelah bahagi.
Tanpa kerjasama ini kami tentu tidak mampu bergerak sendirian dan kejayaan pasti
sukar dicapai.

Perjalanan anak-anak pelajar bagi mencapai kegemilangan akademik
mahupun kokurikulum masih jauh dan terbentang luas. Berbekalkan sijil yang diterima
dalam majlis ini, serta diiring dengan doa dan harapan daripada ibu bapa, guru-guru
dan rakan-rakan, saya yakin Insya-Allah anda bakal menjadi insan yang cemerlang.

Sebelum saya mengundurkan diri, saya ingin mengucapkan tahniah kepada
ahli jawatankuasa pelaksana MABA dan Selamat Maju Jaya kepada seluruh warga SM
Sains Batu Pahat.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah, wasalammualaikum, wrt.wb.

ENCIK ZAILI AZMI BIN MUSTAFA ALFANDI
Pengetua,
Sekolah Menengah Sains Batu Pahat

1

SEUNTAI KATA

Daripada Ydp PIBG SM Sains Batu Pahat

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam
Sejahtera dan Salam Perpaduan

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin
dan hidayah-Nya, Majlis Anugerah Bitara Akademik
dapat diadakan secara atas talian. Saya mewakili pihak
Persatuan Ibu bapa dan Guru SEHEBAT mengucapkan
syabas dan tahniah kepada anak-anak pelajar yang telah berjaya dalam Sijil Pelajaran
Malaysia (SPM) 2020.

Alhamdulillah, Sekolah Menengah Sains Batu Pahat telah berjaya mengorak
langkah mencipta kecemerlangan dan kehebatannya dalam bidang akademik
walaupun dalam polemik pandemik Covid-19 yang telah melanda dunia.
Sesungguhnya, usaha mencari ilmu memerlukan banyak pengorbanan dan
kesungguhan. Anggaplah cabaran yang melanda kita umpama proses kejadian berlian
di perut bumi. Semakin banyak proses alam dilalui, semakin bernilai harga berlian itu.
Begitulah kita warga SEHEBAT, semakin banyak dugaan dan ujian yang ditempuh
dalam proses pencarian ilmu, semakin bernilai ilmu yang diperoleh.

Permuafakatan antara ibu bapa dan guru merupakan tunjang penting
melahirkan kejayaan anak-anak. Semangat kerjasama ibarat aur dengan tebing akan
menyediakan landasan yang kukuh untuk anak-anak meletakkan diri mereka sebelum
mereka melakar kejayaan pada peringkat yang lebih tinggi lagi.

Akhir kata, saya berharap anak-anak pelajar dan guru-guru akan terus
mengorak langkah yang proaktif bagi menyemarakkan budaya ilmu dan seterusnya
memartabatkan institusi pendidikan dalam usaha melahirkan generasi yang
berwawasan. Semoga anak-anak pelajar Sekolah Menengah Sains Batu Pahat akan
terus menerajui kecemerlangan dan terus sentiasa menunjukkan kehebatan dalam
pelbagai bidang,

Sekian, terima kasih.

TUAN HAJI SHANUSI BIN AHMAD
Yang Dipertua PIBG
Sekolah Menengah Sains Batu Pahat

2

PENDAHULUAN

Sekolah Menengah Sains Batu Pahat (SEHEBAT) merupakan salah sebuah
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang diwujudkan untuk memberi peluang
para pelajar yang berpotensi meneruskan pendidikan yang lebih baik dengan
adanya barisan pentadbir dan para pendidik yang berpengalaman di samping
budaya proaktif dan progresif yang diterapkan di sekolah. SEHEBAT juga
sentiasa berusaha memberi pendidikan yang berkualiti, menyeluruh dan
seimbang dalam usaha melahirkan modal insan cemerlang pada masa depan
lebih-lebih lagi apabila wabak pandemik Covid-19 menular seluruh pelusuk
dunia.

Justeru, Majlis Anugerah Bitara Akademik (MABA) diadakan bagi
meraikan kejayaan dan memberi penghargaan kepada barisan calon SPM 2020
yang berjaya mendapat keputusan yang cemerlang walau pelbagai rintangan
perlu diharungi akibat penularan wabak Covid-19 ini. Majlis ini berhasrat untuk
memberi pengiktirafan kepada para pelajar yang cemerlang ini dengan
berlandaskan kriteria penilaian dari aspek akademik dan bakat kepimpinan.

OBJEKTIF

 Memberi penghargaan terhadap pencapaian cemerlang bagi pelajar
SPM tahun 2020.

 Memberi penghargaan kepada panitia yang menunjukkan
peningkatan gred purata mata pelajaran atau melepasi KPI SBP

3

ATUR CARA MAJLIS

2.00 petang : Menunggu ketibaan hadirin
2.15 petang
: Lagu Bangsa Johor
: Lagu SM Sains Batu Pahat
: Persembahan Tarian Zapin Fusion
: Bacaan doa
: Ucapan Alu-aluan Pengetua SM Sains Batu Pahat
: Ucapan oleh Yang Dipertua PIBG SM Sains Batu Pahat
: Ucapan Wakil Batch
: Majlis Penyampaian Anugerah Bitara Akademik 2020

Kategori Guru

1. Anugerah Peningkatan Gred Purata Mata Pelajaran
2. Anugerah Gred Purata Mata Pelajaran Melepasi Sasaran

SBP
3. Anugerah Khas Lonjakan Saujana Gred Purata Mata

Pelajaran

3.30 petang Kategori Pelajar

1. Anugerah Kepimpinan Pelajar
Ucapan Penerima Anugerah

2. Anugerah Kecemerlangan Bahasa Antarabangsa 2020
3. Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM 2020
4. Anugerah Bitara (9A) SPM 2020

Ucapan Penerima Anugerah
5. Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2020

Ucapan Penerima Anugerah

: Selayang Pandang Xanthrons G2 / SPM 2020
: Lagu ‘Negaraku’
: Majlis Bersurai

4

JAWATANKUASA INDUK

PENGERUSI : CIKGU ZAILI AZMI BIN MUSTAFA ALFANDI
Pengetua SM Sains Batu Pahat

NAIB PENGERUSI 1 : CIKGU HJH ZORIAH BINTI ABD GHAFFAR
GPK Pentadbiran SM Sains Batu Pahat

NAIB PENGERUSI 2 : CIKGU ZALEHA BINTI YAACOB
GPK Hal Ehwal Murid SM Sains Batu Pahat

NAIB PENGERUSI 3 : CIKGU FARIDAH BINTI YUNOS
GPK Kokurikulum SM Sains Batu Pahat

SETIAUSAHA : CIKGU NOR AZIMAH BINTI MOHAMAD

PEN. SETIAUSAHA : CIKGU ROSMIN BIN KAMARI

BENDAHARI : CIKGU SAZILAWATI BINTI SAIM
Bendahari PIBG SM Sains Batu Pahat

PEN. BENDAHARI : PUAN HANIFAH BINTI ABD RAZAK
Ketua Pembantu Tadbir N22

5

JAWATANKUASA KERJA

1. JK PEMILIHAN PENERIMA ANUGERAH
Penasihat: Cikgu Hjh. Zoriah binti Abd. Ghaffar

1.1 KATEGORI PELAJAR 1.2 KATEGORI GURU

 Cikgu Siti Asmah binti Ahmad (K)  Ustazah Ummi Khalthum binti
 Cikgu Nurasikin Maulad Maiasin
 Cikgu Norizan binti Md Said Abdul (K)
 Ustazah Siti Mazura binti Misran
 Cikgu Merina binti Selamat

2. JK PERSEDIAAN PLATFORM MAJLIS ONLINE
Penasihat: Ustaz Yusri bin Yusuf

2.1 JK GAMBAR PENERIMA E. Ucapan Terima Kasih, Cikgu
ANUGERAH  Cikgu Mastynna Wati binti

 Cikgu Suziana binti Muhammad Ahmad

(K)  Ketua Batch SPM 2020

 Dr. Norlia binti Harun 2.3 REKAAN GRAFIK
 Cikgu Jamaliah binti Kasbi  Cikgu Noraini binti Jaafar

2.2 JK PERSEMBAHAN 2.4 PENGACARA MAJLIS
A. Bacaan Doa
 Cikgu Mohd Halim bin Mohd Dom
 Ustaz Yunus bin Rajuli  Cikgu Siti Umairah binti Abdul

B. Ucapan Rasid

 Cikgu Nureliza binti Saadun 2.5 PEMBINAAN PLATFORM ONLINE
 Cikgu Gloria Anak Kling
 Cikgu Siti Zubaidah binti Engan  Cikgu Rosmin bin Kamari (K)
 Cikgu Azmee bin Sarayon
C. Koir  Cikgu Amani binti Ma' Radzi
 Ustaz Amiruddin bin Zaki
 Cikgu Harris bin Mohd. Yusof  Cikgu Faezy bin Ab. Hadi

D. Tarian Tradisional

 Cikgu Mohd Shahrizan bin
Shamsuddin

6

3. JK JEMPUTAN & BUKU PROGRAM

Penasihat: Cikgu Faridah binti Yunos

3.1 JEMPUTAN VIP 3.3 JK BUKU PROGRAM

 Cikgu Noranisa binti Zainal Abidin  Cikgu Nurul Suhada binti Sulaiman

(K) (K)
3.2 JEMPUTAN PENERIMA ANUGERAH
 Cikgu Mohd Faqih bin Mahdi
 Cikgu Nor Azua binti Mohamed

Yassin

4. JK PENYEDIAAN SIJIL, HADIAH &CENDERAMATA
Penasihat: Cikgu Hanitah binti Husin

4.1 PENGUMPULAN MAKLUMAT 4.4 PENYEDIAAN CENDERAMATA
PELAJAR PENERIMA
ANUGERAH • Cikgu Nor Azura binti Hasnawi (K)
 Ustazah Russeedah binti Abu
 Cikgu Ummi Syahira binti Jemsari
Bakar
(K)
 Cikgu Nur Syazwani binti Jasmani
 Cikgu Rohila binti Saidon
 Cikgu Muhammad Yusuf bin  Cikgu Nurul Fasehah binti Zulkifli
 Cikgu Mohamed Adzimi bin
Mahmood Dean
Mohamed
 Cikgu Ws Irwan Suryadi bin
 Ustaz Mohd. Nur Hafizat
Ahmad
4.5 PENGHANTARAN SIJIL &
 Dr. Salihuddin bin Md. Suhadi CENDERAMATA
 Ustazah Hjh. Siti Mazura binti
 Cikgu Fairul Azli bin Jalil (K)
Misran
 Cikgu Loh Soon Nyap
4.2 PENYEDIAAN SIJIL
 Pemandu Van Sekolah Bertugas
• Cikgu Izzatul Farha binti Abdul
4.6 REKOD PENERIMAAN SIJIL &
Latif (K) CENDERAMATA

• Cikgu Juliana binti Hamsin  Cikgu Rahizon binti Sirat (K)
• Cikgu Siti Norain binti Rusiman
• Cikgu Farah Muhaiza binti Mohd  Cikgu Fatimah Sham binti Matt@

Yusoff Ahmad
4.3 HADIAH WANG TUNAI
 Ustazah Nurun Najaha binti Mad
 Cikgu Sazilawati binti Saim (K)
Sanusi

 Cikgu Rohani binti Muhammad

 Cikgu Muslimah binti Shawan

7

1. JK PROTOKOL & TERTIB CARA 2. JK DOKUMENTASI
Penasihat: Cikgu Zaleha binti Yaacob Penasihat: Cikgu Narima binti Sahuri

PK Pentadbiran Cikgu Loh Pei Wen (K)
PK Kokurikulum Cikgu Ruhaziana binti Ruzeman
GKMP Bahasa Cikgu Nurhafifah binti Baharom
GKMP Sains & Matematik
GKMP Teknik & Vokasional
GKMP Sains Kemanusiaan
Cikgu Nor Azimah binti Mohamad
Cikgu Rosmin bin Kamari

8

PENERIMA ANUGERAH GURU

ANUGERAH PENINGKATAN GRED PURATA MATA PELAJARAN

1 BAHASA INGGERIS CIKGU LOH PEI WEN
2 PEND. ISLAM CIKGU SITI ZUBAIDAH BINTI ENGAN
3 MATEMATIK CIKGU SUZIANA BINTI MUHAMMAD
USTAZ YUSRI BIN YUSOFF
MODEN USTAZ AMIRUDDIN ZAKI BIN SAHDON
4 SEJARAH USTAZAH UMMI KHALTHUM BINTI ABDUL
5 BIOLOGI CIKGU NOR AZUA BINTI MOHAMED YASSIN
CIKGU NOR MASTURA BINTI ABDUL AZIZ
6 KIMIA CIKGU MISLINA BINTI KHAMIS
7 FIZIK CIKGU NURUL FASEHAH BINTI ZULKIFLI
CIKGU HANITAH BINTI HUSSIN
CIKGU NURULLIYANA BINTI MUSTAPHA
CIKGU SITI ASMAH BINTI AHMAD
CIKGU NURUL SUHADA BINTI SULAIMAN
CIKGU NORANISA BINTI ZAINAL ABIDIN
CIKGU MUHAMMAD YUSUF BIN MAHMOOD
DEAN
CIKGU NORAINI BINTI AB GHANI
CIKGU RAHIZON BINTI SIRAT
CIKGU UMMI SHAHIRA BINTI JEMSARI

CIKGU MERINA BINTI SELAMAT
CIKGU NUR SYAZWANI BINTI JASMANI
CIKGU DR. SALIHUDDIN BIN MD SUHADI

9

ANUGERAH GRED PURATA MATA PELAJARAN MELEPASI
SASARAN SBP

1 BAHASA INGGERIS CIKGU LOH PEI WEN
2 BAHASA MELAYU CIKGU SITI ZUBAIDAH BINTI ENGAN
CIKGU SUZIANA BINTI MUHAMMAD
3 KIMIA CIKGU ZALEHA BINTI YAACOB
4 MORAL CIKGU NARIMA BINTI SAHURI
CIKGU JAMALIAH BINTI KASBI
CIKGU NURELIZA BINTI SAADUN
CIKGU ZAINUDDIN BIN DIRIN
CIKGU AZMEE BIN SARAYON
CIKGU GLORIA ANAK KLING
CIKGU NORAINI BINTI AB GHANI
CIKGU RAHIZON BINTI SIRAT
CIKGU UMMI SHAHIRA BINTI JEMSARI
CIKGU SITI ASMAH BINTI AHMAD

ANUGERAH KHAS
LONJAKAN SAUJANA GRED PURATA MATA PELAJARAN

1 BAHASA INGGERIS CIKGU LOH PEI WEN
CIKGU SITI ZUBAIDAH BINTI ENGAN
CIKGU SUZIANA BINTI MUHAMMAD

SM Sains Batu Pahat telah menerima Anugerah Peningkatan
Tertinggi Mata Pelajaran Teras daripada Pejabat Pendidikan

Daerah Batu Pahat.

MATA PELAJARAN SPM 2020 2PM 2019 BEZA
0.73
Bahasa Inggeris 1.72 2.45

10

PENERIMA ANUGERAH PELAJAR

Anugerah Kepimpinan Pelajar
MUHAMMAD DANISH IRFAN BIN AZMI

Anugerah Kecemerlangan Bahasa Antarabangsa 2020

BIL MATA PELAJARAN PENERIMA
MUHAMAD AQEEF SUFYAN BIN MD
1 BAHASA JEPUN AZANI
NUR FITRI IZZATI BINTI NORDIN
2 BAHASA ARAB NUREEN AFANIN BINTI KHAIROL AMALI
3 BAHASA PERANCIS

Anugerah Mata Pelajaran Terbaik SPM 2020

BIL MATA PELAJARAN PENERIMA

1 BAHASA MELAYU MUHAMMAD AMSYAR DANIAL BIN
MOHD NAZRI

2 BAHASA INGGERIS MUHAMMAD ADAM DANIAL BIN
MOHD NASIR

3 PENDIDIKAN ISLAM MUHAMMAD KHABIR BIN MOHHAR

4 PENDIDIKAN MORAL YAJNA A/P KALAIVENTHAN

5 SEJARAH NUR FATIHAH BINTI MOHD NASIR

6 MATEMATIK MARLIA NURAISYAH BINTI SAMSIR

7 MATEMATIK TAMBAHAN MUHAMAD AQEEF SUFYAN BIN MD
AZANI

8 FIZIK NUR LYYAVIQQA BINTI MAHRIZ

9 KIMIA NUR LYYAVIQQA BINTI MAHRIZ

10 BIOLOGI NUR FATIHAH BINTI MOHD NASIR

11

Anugerah Bitara (9A) SPM 2020

Bil. Nama
1. KAMARUL AZFAR SYAHMI BIN KAMARUL AZHAR
2. LUQMANULHAKIM BIN MD TOHID
3. MUHAMAD AQEEF SUFYAN BIN MD AZANI
4. MUHAMMAD ADAM DANIAL BIN MOHD NASIR
5. MUHAMMAD NURHAKIM BIN OTHMAN
6. ADRIANA BINTI MOHAMMAD ZAMRI
7. FARAH AZREEN BINTI BADRUL HURRAIRI
8. NUR FARAH NAHEEDA BINTI KHAIRIL ANUAR
9. SITI QHAIRUNISSA BINTI SAHARUDIN
10. MUHAMAD ISYRAF HAMIZAN BIN MUHAZIM
11. MUHAMMAD AMSYAR DANIAL BIN MOHD NAZRI
12. MUHAMMAD IMRAN THAQIF BIN EHISAM
13. MUHAMMAD KHABIR BIN MOHHAR
14. ANIS NAFISHA BINTI SUHAIRI
15. ILI TIHANI BINTI IKHWAN
16. MARLIA NURAISYAH BINTI SAMSIR
17. NADIRA ARISSA BINTI AZMAN
18. NUR FARISHA NAJIHA BINTI JAMIL
19. NUR FATIHAH BINTI MOHD NASIR
20. NUR LYYAVIQQA BINTI MAHRIZ
21. NURAIN SUHAILA BINTI BAKRI
22. NURAMIRA AISYA BINTI MUZAINI
23. SITI KHAIRUNNISA BINTI KAMARUL AZLAN
24. AHMAD DANIAL BIN AHMAD FAISAL
25. NURHIDAYU BINTI MANSOR

Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2020

MUHAMMAD AQEEF SUFYAN B MD AZANI

12

BIOGRAFI

MUHAMMAD AQEEF SUFYAN

B MD AZANI

Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan
SPM 2020

Merupakan anak bongsu daripada enam orang adik-
beradik kepada pasangan Md Azani bin Sham dan
Rozitah binti Mohd Sarkawi. Beliau dilahirkan pada
18 Disember 2003 bertempat di hospital Batu Pahat,

Johor.

Muhamad Aqeef Sufyan memulakan zaman persekolahannya di SK Seri Molek, Batu
Pahat pada tahun 2010 dan berjaya memperolehi keputusan 5A dalam peperiksaan
UPSR 2015. Beliau mencapai impiannya untuk ke Sekolah Berasrama Penuh apabila
diterima masuk ke Sekolah Menengah Sains Batu Pahat pada 6 Januari 2016 dan
memperoleh keputusan 10A dalam peperiksaan PT3 2018.

Berikut merupakan penyertaan Muhamad Aqeef Sufyan dalam bidang Akademik dan
Kokurikulum:

2017 - Anugerah Emas dalam pertandingan Choral Speaking sempena World
Ocean Week peringkat Zon Selatan

- Sijil Kepujian dalam Kangaroo Math Competition peringkat
antarabangsa

2018 - Pingat gangsa Pertandingan Kawad Kaki Pengakap daerah Batu Pahat
- 10 Terbaik Pertandingan Sugoroku Festival Bahasa Jepun peringkat
- kebangsaan
Tempat Ke-3 Pertandingan Oendan Festival Bahasa Jepun peringkat
- kebangsaan
Anugerah Perak Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri HKSBP
- peringkat kebangsaan
- Anugerah Emas Karnival Bersepadu Badan Beruniform peringkat
kebangsaan

13

30 Pembahas Terbaik di Asian English Olympics Debate Competition
peringkat antarabangsa di Jakarta

2019 - Naib Johan Pertandingan Oendan Festival Bahasa Jepun Negeri Johor
- Pemain utama Kejohanan Bola Keranjang HKSBP Zon Selatan
Ke peringkat suku akhir International Islamic University Malaysia
- Interschool Debating Championship peringkat kebangsaan
- Pemain utama Peak 3 by 3 Basketball Tournament peringkat
kebangsaan
- Tempat ke-5 Pertandingan Yosakoi Fiesta Kokurikulum SSIJB peringkat
kebangsaan
Anugerah Perak Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri HKSBP
Zon Selatan

2020 - Anugerah Perak Bahas Bahasa Inggeris Piala Perdana Menteri HKSBP
Zon Selatan dan layak ke peringkat kebangsaan

- Sijil Kepujian Kuiz Kimia Kebangsaan
- Anugerah Emas Nurturing Future Leaders 2020 Yayasan Tenaga

Nasional peringkat kebangsaan

Muhamad Aqeef Sufyan memegang jawatan Ketua Exco Akademik Majlis Hal Ehwal
Murid (Maher) bagi sesi 2019/2020. Beliau juga pernah memegang jawatan Pengerusi
Persatuan Pengakap, Ketua Kamar Zamrud 1 dan Naib Pengerusi Kelab Debat Bahasa
Inggeris. Beliau berjaya membuktikan bahawa kesibukannya memegang jawatan
tersebut dan juga aktif dalam bidang kokurikulum sememangnya bukan penghalang
untuk berjaya dalam pelajaran. Muhamad Aqeef Sufyan berjaya mendapat keputusan
semua A dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2020. Beliau bercita-cita untuk
menjadi seorang ahli ekonomi satu hari nanti. Beliau telah mendapat biasiswa tajaan
Bank Negara Malaysia dan sedang menjalani kursus A levels di kolej Yayasan UEM
sebelum melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tahniah! daripada kami warga
Sehebat.

14

BIOGRAFI

MUHAMMAD DANISH IRFAN
BIN AZMI

Anugerah Kepimpinan Pelajar

Muhammad Danish Irfan bin Azmi dilahirkan pada
2 Mac 2003 di Batu Pahat, Johor. Beliau
merupakan anak kedua daripada lima orang adik
beradik kepada pasangan Puan Sabariah binti Abu
Bakar dan En Azmi bin Mohamad Sarjan.

Muhammad Danish Irfan memulakan zaman persekolahannya di SK Seri Tiga Serangkai
pada tahun 2010 dan berjaya mencapai 5A di dalam peperiksaan UPSR 2015. Beliau
meneruskan kecemerlangan apabila ditawarkan menyambung pelajaran di SM Sains
Batu Pahat pada 6 Januari 2016.

Bakat kepimpinan Muhammad Danish Irfan terserlah semasa beliau berada di sekolah
kebangsaan lagi. Beliau telah menjadi pengawas sekolah sejak beliau berada di darjah
tiga sehinggalah beliau terpilih menjawat jawatan Ketua Pengawas ketika berada di
darjah enam. Bakat kepimpinan beliau terus menyerlah ketika di SM Sains Batu Pahat
apabila dilantik menganggotai Majlis Hal Ehwal Murid (Maher) ketika berada di
tingkatan 2 dan diberi kepercayaan sebagai Penolong Penyelaras Tingkatan 2. Bersikap
tegas, berkeyakinan tinggi, sabar dengan tekanan dan berdiplomasi melayakkan beliau
dipilih sebagai ahli Exco Disiplin Maher pada tahun 2019 seterusnya dicalonkan
sebagai ketua Pelajar 2020. Melalui sistem pilihanraya Sehebat, beliau telah sebulat
suara dipilih oleh semua warga sekolah sebagai Ketua Pelajar Sehebat 2020.

Begitu meminati dunia kepimpinan, telah mendorong Muhammad Danish Irfan
menyertai Kursus Ketua Platun dan Pelapis Ketua Platun Kadet Remaja Sekolah di
Pusat Latihan Pemimpin Muda (PULAPEM). Beliau telah menggunakan daya
kepemimpinan beliau membantu pasukan sekolah menjuarai Pertandingan Kawad
Kaki KRS peringkat daerah Batu Pahat 2018 dan 2019, Johan peringkat negeri Johor
2018 dan 2019 dan Naib Johan peringkat kebangsaan 2019.

15

Muhammad Danish Irfan juga telah terpilih mengikuti kursus Malaysia Future Leaders
School (MFLS) 2019 yang dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan dengan
kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia dan Outward Bound Malaysia. Beliau
juga telah mengikuti Forum Kepemimpinan Ketua Murid dan Penolong Ketua Murid
Sekolah Berasrama Penuh (SBP) peringkat kebangsaan 2020 anjuran Bahagian
Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dengan Kerjasama Majlis Guru Kaunseling SBP.
Sebagai seorang pemimpin, beliau sentiasa teruja menambah ilmu dan kemahiran
yang ada demi kebaikan organisasi.
SM Sains Batu Pahat sangat berbangga mempunyai pemimpin pelajar yang efektif
seperti Muhammad Danish Irfan. Beliau sentiasa menpunyai matlamat yang jelas dan
ini telah membantu merangsang dan menggerakkan semua pelajar sekolah ini untuk
menyumbang ke arah pencapaian SEHEBAT yang Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Muhammad Danish Irfan yang bercita-cita menjadi seorang jurutera kini sedang
mengikuti kursus asasi Kejuruteraan dan Sains Komputer di Universiti Islam
Antarabangsa Malaysia. Semua warga SEHEBAT mengucapkan selamat maju jaya dan
terima kasih kepada beliau.

16


Click to View FlipBook Version