Tajuk cerita : Si Hodoh yang berjasa
Tahun terbit / Tahun ditulis : 2019
Penerbit : Tiada
Nama Pengarang / penulis : Hanizah Mojini
Bilangan muka surat :4
Jenis bahan : Buku digital
Nun di hujung desa, kelihatan sekumpulan
kerbau. Mereka sedang berendam di dalam
lumpur. Mak Bau dan Pak Bau sangat terkenal
dalam kumpulan itu. Mereka ada dua ekor
anak. Anak yang pertama bernama Jelai
manakala yang kedua bernama Jolo. Mak Bau
menghitung hari untuk melahirkan anak yang
ketiga.
Tiga minggu kemudian, Mak Bau selamat
melahirkan anak yang ketiga. Mak Bau sangat
terkejut kerana anaknya itu berwarna hitam
bertompok putih. Hal ini membuatkan hati Mak
Bau gundah gulana. Mak Bau berasa sangat
sedih dan malu. Anak yang ketiga ini
dinamakan Si Hodoh. Si Hodoh semakin
membesar dan pandai berdikari.
Si Hodoh selalu menjadi bahan ejekan.
Walaupun begitu, Si Hodoh tidak berkecil hati.
Ibunya juga tidak melayan Si Hodoh dengan
baik. Namun, Si Hodoh tetap sabar.
1
Si Hodoh sangat sayang dan hormat akan
ibunya. Mak Bau selalu meninggalkan Si Hodoh
sendirian di dalam hutan. Si Hodoh juga tidak
dibenarkan keluar dari kawasan itu.
Mak Bau, Pak Bau , Jelai dan Jolo keluar
mencari makanan. Mereka menikmati
makanan yang sangat enak. Jelai dan Jolo
semakin jauh meninggalkan Mak Bau dan Pak
Bau. Mak Bau dan Pak Bau tidak sedar akan
kehilangan Jelai dan Jolo. Tiba-tiba ,
kedengaran bunyi tembakan yang kuat. “
Pom...pom..pom”. Mak Bau dan Pak Bau
terkejut. Mereka mulai sedar bahawa Jelai dan
Jolo sudah hilang. Mereka bergegas mencari
Jelai dan Jolo.
2
Kelihatan dua orang pemburu berdiri tegak
di hadapan Pak Bau dan Mak Bau. Pemburu
menghalakan senapang tepat ke arah mereka.
“Pom” sedas tembakan terkena pada badan
Mak Bau. Pak Bau cuba menanduk pemburu.
Tiba-tiba , seekor kerbau datang dari arah
belakang pemburu. Kerbau itu menanduk
badan pemburu. Sedas tembakan terkena
tepat pada leher kerbau itu.
Pemburu bergegas berlari meninggalkan
kawasan itu. Jelai dan Jolo sudah lemah dan
menjadi tawanan pemburu. Nasib Mak Bau dan
Pak Bau ibarat sudah jatuh ditimpa tangga.
Mak Bau tidak berhenti meratapi nasibnya.
Rupa-rupanya kerbau yang ditembak itu
ialah Si Hodoh. Si Hodoh telah mengekori Pak
Bau, Mak Bau , Jelai dan Jolo. Si Hodoh cedera
teruk lalu mati. Mak Bau berasa terkejut, sedih
dan sangat menyesal. Kini, sedarlah Mak Bau
bahawa Si Hodoh sangat berhati mulia.
3
Sayang seribu kali sayang, masa yang lalu
tak mungkin kembali lagi. Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.
Pengajaran dalam cerita ini ialah:
Kita sebagai anak mesti hormat akan ibu dan
bapa. Selain itu, kita harus menyesal atas
kesalahan yang dilakukan. Akhirnya, jika kita
menjadi ibu dan bapa janganlah
membezakan kasih sayang kepada anak-
anak.
4