The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by Nurul Ain SKS2A, 2021-03-23 00:01:29

BUKU SKRAP ISRA' MIKRAJ

BUKU SKRAP ISRA' MIKRAJ

‫إسراء دان معراج‬



Peristiwa Israk Mikraj adalah hadiah daripada Allah untuk mengubati

hati dan kesedihan Nabi Muhammad saw setelah melalui ujian besar

dengan kematian isteri baginda, Siti Khadijah dan bapa saudara

baginda , Abu Thalib. Ini sekaligus menunjukkan bahawa Allah SWT

sebaik-baik sandaran ketika sedih dan kecewa.

Firman Allah :‫سبحانه وتعالى‬
ُ‫ا ْْلَ ْق َصى الَّ ِذي بَا َر ْك َنا َح ْولَه‬ ‫ا ْل َح َر ِلا ِنُم ِر ِإيََلهُى ِما ْلْنَم آ ْسيَاِتِج َنِدۚا‬ ‫ا ْل َم ْس ِج ِد‬ ‫لَ ْي اًل‬ ‫أَ ْس َر ٰى‬ ‫الَّ ِذي‬
١﴿ ‫إِنَّهُ ُه َو ال َّس ِمي ُع ا ْلبَ ِصي ُر‬ ‫ِّم َن‬ ‫بِعَ ْب ِد ِه‬ ‫ُس ْب َحا َن‬

“Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu

malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami

berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian

dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha

Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).



Isra’

Nabi Muhammad S.A.W dibawa oleh Malaikat Jibril a.s. dari Masjidil Haram ke Masjidil
Aqsa dengan menunggang Buraq. Sebelum baginda memulakan perjalanannya, hati
baginda dibersihkan oleh Malaikat Jibril a.s. dengan air suci Zam Zam.

Sepanjang perjalanan apabila sampai tempat-tempat yang tertentu (tempat-tempat yang
mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan
bersembahyang sebanyak dua rakaat.

Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

❖ Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
❖ Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah.
❖ Baitul-Laham (tempat Nabi ‘Isa A.S. dilahirkan).
❖ Semasa dalam perjalanan, baginda telah melalui pelbagai peristiwa antaranya ialah

baginda melihat Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman
mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi
dituai.

Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W diberitahu oleh Jibrail: Itulah kaum
yang berjihad “Fisabilillah” yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda
bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

Diringkaskan kisah ini Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun daripada Buraq.

Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan
segala anbia dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan
susu. Rasulullah S.A.W memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat
pilihan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Mikraj

Peristiwa Mikraj pula bermula daripada Masjid Al-Aqsa kemudian
baginda diangkat ke langit dengan menaiki tangga daripada syurga.

Rasulullah SAW bersama Malaikat Jibril A.S naik ke atas tangga
pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

Baginda menaiki daripada langit pertama hingga ke sepuluh dan
disetiap langit baginda bertemu dengan para-para nabi dan melalui
pelbagai peristiwa antaranya Baginda dapat melihat umat baginda
sendiri yang ramai, termasuk 70 ribu orang yang masuk syurga tanpa
hisab.

Di langit Kesepuluh (tanpa ditemani malaikat Jibril) Rasulullah SAW
dapat menyaksikan Allah SWT dengan matanya sendiri, lalu baginda
sujud.

Dari pertemuan itu, baginda menerima wahyu dan perintah dari Allah
s.w.t. iaitu penerimaan ibadah solat. (Yang mana ketika itu, baginda
diperintahkan solat sebanyak 50 waktu.) Kemudian dikurangkan
menjadi 10 waktu.
Akhirnya, dikurangkan sebanyak 5 waktu. 5 waktu yang kini kita
lakukan setiap hari iaitu Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Isyak.

Selepas Mikraj

Setelah itu, baginda pulang ke Masjidil Haram.
Kemudian, baginda menyampaikan wahyu dan perintah Allah
solat 5 waktu itu kepada umat di Mekah.
Ketika itu ada yang percaya dan ada yang tidak percaya
sehingga ada yang murtad dari Islam.
Tetapi, sahabat baginda Saidina Abu Bakar As-Siddiq apabila
dikhabarkan kepadanya tentang peristiwa ini, beliau sedikit
pun tidak ragu bahkan membenarkan malah lebih
membenarkan sekiranya ada yang lebih hebat lagi dari
peristiwa Isra’ dan Mikraj ini.
Sejak itu beliau diberi gelaran ‘As-Siddiq’ yang memberi
maksud ‘Yang Membenarkan’.




Click to View FlipBook Version