UNDANG UNDANG DAN PERATURAN KEJOHANAN BOLING TENPIN MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH NEGERI SEMBILAN 2024 Disediakan oleh : Nurul Ain binti Abdul Rahman Pengerusi Teknik Permainan Sukan ( PTPS) Seremban 1 012 – 6080084
UNDANG UNDANG DAN PERATURAN PERMAINAN TENPIN BOLING MAJLIS SUKAN SEKOLAH-SEKOLAHDAERAH SEREMBAN 1 1. UNDANG-UNDANG PERMAINAN 1.1 Selain daripada peraturan-peraturan yang terkandung, maka pertandingan ini akan dijalankan mengikut Peraturan Peraturan Pertandingan Kongres Tenpin Bowling Malaysia (MTBC). 1.2 Sekiranya timbul perselisihan dari segi pentafsirannya, undang-undang dalam bahasaInggeris yang terkini akan dipatuhi. 1.3 Kejadian diluar dugaan dan tidak terdapat dalam peraturan berkenaan akan diputuskanseperti berikut :- 1.3.1 Semua peraturan am akan diputuskan berasas kepada PERATURAN AM MSSM. 1.3.2 Sebarang perselisihan teknikal akan diputuskan berasas kepada peraturanMTBC. 1.4 Semua keputusan diputuskan oleh Jawatankuasa Teknikal dan Pertandingan MSSDdanMSSNS. 2. ACARA DIPERTANDINGKAN. 2.1 Individu Lelaki dan Perempuan Had Umur 12 tahun dan ke bawah. 15 tahun dan ke bawah. 18 tahun dan ke bawah. 3. PENDAFTARAN PEMAIN/ PEMBENTUKANPASUKAN 3.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua pasukan sekolah dalam daerah NegeriSembilan. 3.2 Setiap sekolah hanya boleh mendaftarkan 4 pemain lelaki dan 4 pemain perempuan bagi setiap kategori. 3.3 Senarai nama peserta yang mengambil bahagian hendaklah ditandatangani oleh Pengurus Pasukan dalam borang pendaftaran, surat kebenaran ibu bapa Salinan surat beranak / MyKid dan Salinan kad pengenalan semasa pendaftaran.
3.4 Pelajar mesti berdaftar dengan sekolah tersebut. 3.5 Pendaftaran pasukan yang lengkap dan terawal diberi keutamaan untuk kedudukanlane. 4. SISTEMPERTANDINGAN 4.1 Setiap pemain akan bermain 3 permainan bagi kategori 12 tahun (SR), 4 permainanbagi kategori 15 & 18 tahun (SM). 4.2 Jumlah jatuhan pin daripada permainan tersebut akan menentukan pemenang bagi acaraindividu dan berpasukan. 4.3 Sekiranya terdapat seri dalam menentukan pemenang, maka keputusan ditentukan berdasarkan jumlah jatuhan pin pemainan terakhir dalam semua acara. Jika masih seri jumlah pemainan kedua terakhir diambil kira dan seterusnya. 4.4 Undian lorong akan dilakukan pada hari pertandingan. 5. PAKAIAN 5.1 Semua pasukan mesti memakai baju T sekolah masing-masing. 5.2 Peserta lelaki dikehendaki memakai seluar panjang sekolah atau seluar hitam ( jeans tidak dibenarkan ) , baju berkolar ( tuck-in) dan kemas. Seluar yang mempunyai banyak poket, seluar paras lutut dan seluar pendek tidak dibenarkan sama sekali. Pelajar perempuan dibenarkan menggunakan seluar trek hitam (tidak ketat) manakala pelajar sekolah rendah dibenarkan menggunakan baju berkolar bulat. Pelajar tidak akan dibenarkan mengambil bahagian jika tidak mematuhi peraturan ini. 5.3 Baju dan seluar sesuatu pasukan haruslah mempunyai warna yang seragam. 5.4 Pelajar yang berambut ’punk’ , mewarnakan rambut dan memakai topi, bersubang tidak dibenarkan sama sekali menyertai pertandingan. 5.5 Pelajar dikehendaki mematuhi semua peraturan sebagai seorang pelajar dan peraturanpertandingan. 6. MELAPOR DIRI 6.1 Semua peserta esti melapor diri selewat-lewatnya 30 minit sebelum sesuatu acara bermula. Peserta yang lewat akan kehilangan kelayakan dalam sesuatu acara. Peraturanini berkuatkuasa dalam acara yang dipertandingkan.
7. MENARIK DIRI. 7.1 Pemain yang ’walk over’ atau menarik diri atas sebab yang dibenarkan akan diberi blind score seperti berikut : KATEGORI LELAKI PEREMPUAN B 12 50 40 B 15 60 50 B 18 70 60 8. GANGGUAN PERMAINAN 8.1 Pengerusi teknik pengelola mempunyai kuasa muktamad untuk membuat arahan permainan yang terganggu disambung pada sepasang lorong di mana permainan itu berlangsung ditimpa kerosakan mesin. Permainan yang terganggu itu mesti disambungdari frame di mana gangguan itu berlaku di lorong yang lain. 9. BERMAIN DIATAS LORONGYANG SALAH 9.1 Bila pemain bermain di atas lorong yang salah dan kesalahan ini ditemui sebelum pemain lain membuat balingan, maka ia dianggap bola mati (dead ball) Pemainan tersebut dikehendaki bermain di frame kemudianya pada lorong yang salah tadi. 9.2 Jika ia ditemui selepas pemain lain membuat balingan, maka mata yang diperolehi itu akan diambil kira dan pemain tersebut dikehendaki bermain semula frame yang kemudianya pada lorong yang salah tadi. 9.3 Sekiranya kesalahan itu hanya ditemui sebelum pemain kedua membaling, skor akan dibatalkan dan pemain tersebut dikehendaki membaling semula pada lorong yang sebenarnya. 10. MEMPERLAHANKAN PERMAINAN ( SLOW BOLING ) 10.1 Seseorang pemain harus mengetahui hak dan etika pemainan boling. Hak dan obligasinya adalah seperti berikut : Apabila seorang pemain mendapati pemain di sebelah kiri dan kanannya sudah bersedia untuk membuat balingan maka ia harus memberi laluan pemain pemain tersebut membuat balingan. (right of way). Ia akan menjadi gangguan jika sekiranya pemain bermain serentak. Semua pemain tidak harus melambatkan permainan dan bersedia untuk membuat balingan. Sekiranya ada pemain yang tidak mematuhi peraturan di atas
dia akan diberi amaran dengan isyarat kad putih untuk kesalahan pertama. Kad kuningdengan amaran dan kad merah dengan sifar untuk frame tersebut. 11. KEHILANGAN SKOR KETIKAGANGGUAN LETRIK. 11.1 Sekiranya berlaku ”black out ’ dalam tv monitor di mana skor sesuatu permainan yang berlangsung itu hilang dan tidak dapat dipulihkan maka pemain - pemain itu akan bermain semula game tersebut. Akan tetapi jika skor telah dicatatkan maka permainan akan bersambung dari frame di mana permainan tersebut berhenti sebelum ini. 11.2 Permainan yang mana skornya telah direkodkan itu akan kekal. 11.3 Pengurus, jurulatih atau pemain tidak boleh mengambil kesempatan ini untuk meminta sesuatu permainan itu dibatalkan atau dimainkan semula pada waktu punca elektrik terganggu seumpama ini. 11.4 Pengurus, jurulatih atau pemain dilarang sama sekali mengubah skor pada tv monitor. Jika didapati berbuat demikian maka penyertaannya dibatalkan. 12. LARANGAN (PROHIBITION) 12.1 Pemain - pemain adalah dilarang merokok, minum minuman keras atau di bawah pengaruh alkohol atau dadah. Jika didapati ada pelajar terlibat maka penyertaannya dibatalkan. 12.2 Pengerusi Teknik pertandingan akan membawa kes ini kepada jawatankuasa teknikal supaya peserta ini digantung daripada seluruh pertandingan. Pemain tersebut akan dikenakan tindakan disiplin dan akan dimaklumkan secara bertulis kepada pengurus pasukan, pengetua sekolah dan pengarah pendidikan negeri. 13. BANTAHAN 13.1 Sebarang bantahan bertulis hendaklah dibuat selepas 15 minit sesuatu kategori selesaidipertandingkan. Bantahan lisan tidak akan diambil kira. Surat bantahan hendaklah ditandatangani oleh pengurus pasukan dan diserahkan kepada pengarah kejohanan. 13.2 Sebarang bantahan mestilah diiringi dengan yuran RM100.00 untuk satu bantahan. Wang bantahan tidak akan dikembalikan jika sebab bantahan tidak berasas. 14. PERKARAYANG TIDAK DINYATAKAN.* 14.1 Semua perkara yang tidak nyatakan dalam peraturan ini akan diputuskan oleh jawatankuasa teknikal kejohanan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.
15. PEMBENTUKANPASUKAN KE PERINGKATNEGERI MSSN 15.1 Pembentukan pasukan ke peringkat negeri bagi daerah Seremban 1 hanya 2 pemain yang LAYAKdari setiap kategori