The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

UPSI OUTREACH MISSION 2.0 @ CAMBODIA

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by sathiswaran94, 2017-07-26 03:43:41

UPSI OUTREACH MISSION 2.0

UPSI OUTREACH MISSION 2.0 @ CAMBODIA

BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0

PENGENALAN SUKARELAWAN

Projek Outreach Mission 2.0
yang telah dijalankan selama
8 hari adalah untuk
mewujudkan budaya kesu-
karelawan berkomitmen
tinggi dalam kalangan belia
dan sebagai satu alternatif
FAKTA MISI : penjagaan responsif kepada
 14 ORANG aspek sosial masyarakat
setempat. Budaya kesu-
SUKARELAWAN karelawan perlu dipupuk
 4 KLUSTER YANG dalam diri setiap individu
kerana budaya ini dapat ter utama iaitu kluster pen- pengendalian tugasan,
DIDEDAHKAN melengkapkan diri dengan didikan, kluster komuniti, projek dan aktiviti yang
 8 HARI MISI ilmu pengetahuan yang tidak kluster kesihatan dan klus- telah memberi manfaat
akan dapat diperolehi di ter kebudayaan. Semua kepada masyarakat
ISI KANDUNGAN dalam bilik kuliah atau kelas. aktiviti dalam setiap kluster setempat. Diharapkan misi
Ilmu dan pengalaman dapat telah berjaya dil- murni berimpak tinggi
KATA-KATA ALUAN juga diperolehi apabila kita aksanakan mengikut seperti ini dapat
PERANCANGAN DAN terlibat dalam aktiviti kesu- perancangan awal kami dilaksanakan lagi pada
karelawan seperti ini. Pelajar sebelum tiba di bumi masa akan datang.
PELAKSANAAN yang melibatkan diri dalam Kemboja. Kehadiran kami
URGENT DEPLOYMENT aktiviti kesukarelawan juga di Kemboja khususnya di
dapat mengasah bakat Kg. Pray-Bis, Chnang telah
JAWATANKUASA 2 kepimpinan untuk memben- menjadi platform untuk
PELAKSANA
tuk jati diri yang unggul melatih dan
PRE DEPATURE TRAINING 5 sebagai persediaan kerjaya membangunkan sahsiah
FLAG OFF pada masa hadapan. Justeru diri untuk menjadi seorang
itu, 14 orang pelajar telah sukarelawan bertaraf dunia
4 KLUSTER 6 dipilih untuk menjayakan serta membuka minda kami
LAWATAN KE KEDUTAAN misi ini selama 8 hari yang tentang teknik-teknik
7 berfokuskan kepada 4 klus- pengurusan dan
PASCA MISI
DIARI RINGKAS MISI 8

10 OBJEKTIF MISI

12  Untuk membantu komuniti ASEAN terutamanya Kemboja yang
memerlukan bantuan dan khidmat sukarelawan.

19  Melatih pelajar dalam aktiviti sukarelawan yang sesuai dan lantas memberi
manfaat kepada pelajar dalam pembentukan dan perkembangan diri yang
unggul.

19  Untuk membangunkan Malaysia sebagai hab bagi sukarelawan pelajar dan
menghasilkan Ikon Sukarelawan Global.

20  Membina hubungan dan rangkaian di peringkat antarabangsa.

MUKA SURAT 2 BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0

KATA ALUAN PENASIHAT KELAB FASILITATOR BITARA (KEFB), UPSI

Assalamualaikum Warahmatullahi Tahniah sekali lagi kerana anda telah
Wabarakatuh, memilih untuk menjadi satu kelompok ma-
Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia dan Salam Pe- hasiswa yang boleh memberi impak kepada diri
rak Amanjaya. anda sendiri, warga UPSI dan UPSI itu sendiri
serta masyarakat di luar sana.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya
tujukan kepada kumpulan sukarelawan UPSI Adalah diharapkan agar usaha
Outreach Mission 2.0 kerana memberikan ruang sebegini akan diteruskan dan disebar luaskan
kepada saya menzahirkan sepatah dua kata dalam kepada seluruh pimpinan mahasiswa di UPSI
penerbitan ini. Tahniah kerana telah berjaya dan universiti awam yang lain. Diharapkan juga
menerbitkan makalah ini dan usaha ini amatlah agar perkongsian pengalaman melalui penulisan
dihargai dan disanjung tinggi. ini terus menjadi budaya kepada seluruh ma-
hasiswa UPSI dan universiti awam dalam setiap
Dalam mencapai aspirasi mahasiswa program yang dilaksanakan.
unggul, proses membina ilmu perlulah seiring
dengan usaha meningkatkan modal insan dan ke- Akhir kata, saya mendoakan
mahiran-kemahiran insaniah. Oleh yang demikian, kesejahteraan buat semua sukarelawan khu-
terlaksanalah projek UPSI Outreach Mission 2.0 susnya dan warga UPSI amnya untuk terus
kesinambungan dari UPSI Outreach Mission 1.0 berusaha mencapai kecemerlangan diri dan
pada 2016 yang berlangsung pada 01 Julai sehingga organisasi. Bersama-samalah kita
08 Julai 2017 yang menyemarakkan semangat membulatkan tekad dan berusaha gigih dalam
kesukarelawanan mahasiswa di peringkat global. memartabatkan profesion sukarelawan di
puncak kegemilangan.
Penerbitan ini adalah satu langkah dan

usaha dalam menyempunakan misi ini kerana sega-

la pengalaman yang yang ditempuh akan dikongsi Sekian, terima kasih.
“Bergerak seiring menyahut cabaran”
kepada seluruh warga UPSI melalui penulisan. Ia

bertujuan membuka minda dan hati setiap pembaca

agar lebih prihatin dengan isu global masa kini. Ia

juga boleh dijadikan rujukan kepada misi-misi akan

datang untuk seluruh pimpinan mahasiswa UPSI

dan semestinya sebagai satu sumber kenangan

kepada kumpulan sukarelawan yang terlibat

dan sekaligus akan menaikkan semangat sukarela-

wan di kalangan mereka.

Terima kasih kepada semua yang terlibat (Najidah Binti Yahaya)
dalam melaksanakan misi ini termasuk pihak pena- Penasihat Projek UPSI Outreach
ja, UPSI dan lain-lain lagi. Tanpa sokongan anda, Mission 2.0
misi ini tidak akan menjadi realiti dan moga Kelab Fasilitator Bitara, UPSI
sokongan ini akan terus diberikan untuk misi-misi
akan datang. Tahniah dan syabas kepada kumpulan “Ada sebuah jenis kebahagiaan yang
sukarelawan UPSI Outreach Mission 2.0 kerana hanya akan dirasakan oleh orang yang
berjaya mengharungi segala cabaran dalam suka menolong orang lain dan itulah
menyempurnakan misi ini dari awal hingga ke kebahagiaan sejati”.
penghujung.

BBUULLEETITNINKHKAHS AUSPSUI OPUSTIROEAUCTHRMEIASCSIHONM2I.S0SI O N 2. 0 MUKA SPUARGAET 3

Inside SKtAoTrAyAHLUeAaNdPlRinESeIDEN KELAB FASILITATOR BITARA (KEFB), UPSI

TwhoAirssdsssat.olarmy cuaanlafiikt u1m50d-a2n00Salam Negacalcercsaekosurs.ifningdth“feillWero”rladrtWicildees by Akhir sekali, saya berharap objektif

tnOoenkoweel sribsaleenttnhateeafrmtitayiAoossiuflahucsapsuamriknnodagmrrueeyoluolitalsuilowearnhaa,nl Web. You can write aboutetrakhir program ini untuk melangsungkan pro-
syukurvarkietyhoafdtroapticsilabhuit try tgoram sukarelawan sama ada dalam mahupun di
UPSI kOeeuptryeoauchr aMrtiicslseisonshort.luar negara dapat diteruskan lagi.
co2n.t0enktaflriominiotbheerrjamlaanrkdeet-ngan lanMcuarc.hToefrtihmeacoknatseinht you put
inkgempaadtearsiaelms,usaucphihaask pyraensgs sudi mienmyobuerinseuwmsbleatntegrancan aSlseokian, terima kasih.
resleacasreas,ikmhalarksedtasltaumdiemse, lancarkanbesuumsebdanfogranyokuerpWa-eb site.
andda rmepaosrytasr.akat Kemboja yang mMemicerrolsuokfatnPubbalnistuhaenr offe“rsBeargerak seiring menyahut cabaran”
WtbsfuAureseimsdyghlbreuaritnvufeleoknieuestclaaiagalwsenytrnkte,ogsebowasltlluule.aahaayrydntwoeyontmiauemSuatekkorranraweaariiypyasnnnseardlt.apmegooaddatodmataesuaueskuraslcerssiknneotbum.aafgfaocunhigdcrgilteaihsdisit-ansr-iispaasldeadahtstaniasiepiyneohmraawnd,serp.ecsdaploSoleuoewrnoppstaw,vrtetanieewnatyigirrtyynha.ttugetoiotmnysautockboynouWouatanrnuuaevdng’kWbreeerepwtbfuisynbosle-liuittcer-a-

ctooowkndnateleaivnrettliocstoalpeyysaaoM,nuoderrtnwnienyerrceliwtilnebustadulyeteohtutateredrneitsnagnagnsuksuarkealraewlaawn,anpertsaamyaa (Nor Dia Binti Ismail)
cadleibnedraikraonf uapycaotmbianhgaewvaen“tsAllah s.w.t memberikan
oCarnpaitkisomnpeadtceisayclraionbfigfnegrstpehimcattpurpuerono-ar gkraepphaidc.a setiap hambanya
mtoetteaspia neapwapkraohducbt.ukti kita bersyukur sebagai Presiden Kelab Fasilitator Bitara (KeFB), UPSI

Yohuamcabnanaylsao. rTesaenaprachkaerltein- gkapan yang selesa kami

turun menyampaikan ilmu. Sebagai hamba Allah

Insyidae nStgoryhHienadali,ne kami menghayun langkah untuk me- “To catch the reader's attention, place an interesting sentence or quote from the story here.”

nyumbang”.

TwTpasthhleodkmloyeiarsaarderiempsesssmnuast.iidotbbntblrmjeheeynarasceneicsttrtwap.i8MufmnnoseYgmlchnaeofeauiasgutttentksrtaen1eickijorpda0ara7snurtann0hapnmic-nsaib1anua.tetv5cprlabDirmla0aruepatmriudnan-ahne-taykfrsaaaauanmpktgaisdrdedaemnieoIitnifnltirdewaagteKsihsnpsimnasneeegntw.dtmkpgenuSiieruklrbepmoallnniuowovsltaegeaejnhssnal.srmloleyggnefwbb,aehietgaytanawehuonyndtrouryayspaewinaasrpmtskgkooiydociogtierhsuhdteertruaicbbbrroeuuunmssst--ii--- an editorial. You can also
tepcehlnboalgoagiesrionrtainngoanvat,ionmsereka mneesnsghisagdraopwi insge.tiap profile new employees or top
incyaobuarrafinenldy.a secara kolektif. SalinSgomennoelownsgledttaelrasminclude a
ftbYorouemsyrusnuayiedknomlasgeuaar,ksreyosscldraaauoinwmrlsrsaataoeankonckcamwoeaniaennpnriogss.rtmeetotdomiirciacnceptloniioetjekanndlstusis. tteurnjdaicclanseoongstlltuuueeammkrk,efnntfrjioo,avtrmayhitiaanbiattsohnitsoseaeknuppmrcpereeeirdsvts,aiiiiaedtenwed,naated,vvoeicrrey customers or vendors.

Kepada sukarelawan diharapkan program

InsidneiStodryapHeaatdlinme emberi impak positif kepada setiap

sukarelawan. Semoga apa yang kita perolehi akan

disampaikan kepada mahasiswa lain dan

Thmisasstyoarryackaant fditi 7l5u-a1r25sana agar rfraosma wbehriscyhuykouur ciatnu choose
woterdruss. menundukkan kita dari maennddiomnpgoarkt indteongyoaunr newslet-
Sesleegcatilnagkpesicetluerseasanorhari ini. ter. There are also several
graphics is an important part tools you can use to draw
of adding content to your
shapes and symbols.

newsletter. Once you have chosen an

Think about your article and image, place it close to the
ask yourself if the picture article. Be sure to place the
caption of the image near
supports or enhances the
message you’re trying to the image.

convey. Avoid selecting imag- Caption describing

es that appear to be out of

context. picture or graphic.

Microsoft Publisher includes

thousands of clip art images

MUKA SURAT 4 BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0

KATA ALUAN PENGARAH PROJEK UPSI OUTREACH MISSION 2.0

Salam Santun Berbudi dan Salam Sukarelawan. Intipati silang budaya tidak hanya
tertumpu kepada pengisian aktiviti seperti
Syukur kepada Yang Esa kerana hasil pertukaran makanan Kemboja- Malaysia sahaja
daripada pelaksanaan UPSI Outreach Mission 2.0 namun turut berfokus kepada cara sukarelawan
anjuran Kelab Fasilitator Bitara (KeFB) Universiti melakukan kerja harian tamsilnya memasak
Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dengan kerjasama menggunakan dapur kayu dan mandi di perigi.
Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPSI, Secara tidak langsung, para sukarelawan siswa
Kerajaan Negeri Perak, Kementerian Kerja Raya berpeluang menyelami kehidupan dan budaya
telah berjaya didokumentasikan sebagai rujukan komuniti setempat.
dan panduan am bagi badan-badan pelajar UPSI
khususnya. Melalui pendekatan ini, saya dan
pasukan sukarelawan dapat berkongsi
Sedikit sorotan ringkas berkenan UPSI pengalaman secara tidak langsung dan memberi
Outreach Mission 2.0 ini merupakan inspirasi kepada yang mahasiswa lain supaya
kesinambungan daripada misi pertama yang turut serta bersama menyemarakkan semangat
dijalankan pada Januari 2016 yang memfokuskan kesukarelawan dalam kalangan mahsiswa
kepada kluster pendidikan, kluster kesihatan dan seterusnya bertindak sebagai penanda aras
kluster komuniti. UPSI Outreach Mission 2.0 dalam melahirkan Ikon Sukarelawan.
melibatkan seramai 14 orang sukarelawan siswa
bersama seorang pengawai pengiring daripada Akhir kata, saya ingin merakamkan
pelbagai latar belakang program pengajian ucapan syabas dan tahniah kepada
bergabung tenaga, kemahiran dan idea menjayakan Jawatankuasa Pelaksana yang terlibat secara
misi yang berfokuskan kepada empat kluster iaitu langsung atau tidak langsung dari awal
kluster pendidikan, kluster khidmat komuniti, pelaksanaan misi ini hinggalah buletin khas ini
kluster kesihatan, dan kluster kebudayaan. Lebih dihasilkan. Setinggi penghargaan juga kepada
menariknya, UPSI Outreach Mission 2.0 kali ini penaja sama ada dalam bentuk tunai dan
mempunyai perancangan projek yang telah harapan dalam merealisasikan UPSI Outreach
dirangka secara lebih sistematik. Mission 2.0 ini dengan jayanya.
Sekian, terima kasih.
Para sukarelawan siswa menetap dan
berkampung selama seminggu di Sekolah Naza, “Bergerak seiring menyahut cabaran”.
Kampung Pray Bis yang terletak di Wilayah
Chhnang, Kemboja dengan mengaplikasikan
“immersion concept’ sebagai rutin harian. Konsep
ini memberi peluang kepada sukarelawan siswa
untuk menyelami kehidupan dan budaya komuniti
setempat.

(Elyssa Heinzie
Anak Josin)

Pengarah Projek UPSI Outreach Mission 2.0

BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0 MUKA SURAT 5

PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN UPSI OUTREACH MISSION
2.0

Mei 2017 Kertas kerja mula dirangka dan diberi nama UPSI
Outreach Mission 2.0.

Mei 2017 Kertas kerja dihantar ke Bahagian Pembangunan Sahsiah UPSI.

Jun 2017 Kertas kerja disokong dan diluluskan oleh Prof Madya. Dr Md
Jun-Julai 2017 Amin Bin Md Taff (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
20—21 Jun 2017 dan Alumni, UPSI)
22 Jun 2017 Gerak kerja mula dilaksanakan terutamanya untuk mendapatkan
1—8 Julai 2017 sumber kewangan.
9 Julai 2017 Pre Depature Training bagi sukarelawan UPSI Outreach
10-17 Julai 2017 Mission 2.0.
Majlis Flag-Off disempurnakan oleh Prof. Dr. Shatar Bin
Sabran
(Naib Canselor UPSI)
Misi berlangsung di Sekolah Naza, Kg Pray Bis, Wilayah
Chnang, Kemboja.
Pasca nilai UPSI Outreach Mission 2.0 bersama Penasihat
KeFB.

Dokumentasi projek.

MUKA SURAT 6 BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0

AKTIVITI URGENT DEPLOYMENT ( 17 JUN 2017)

Program Urgent Diployment merupakan usaha murni yang dianjurkan oleh Kelab F asilitator Bitara (KeF B), UPSI
untuk mendidik dan melahirkan mahasiswa proaktif dalam konteks kesukarelawanan serta memupuk kemahiran
insaniah dalam diri mahasiswa. Program ini dijalankan sempena misi sukarelawan UPSI Outreach Mission 2.0 yang
bakal dijalankan pada 1 Julai—8 Julai 2017.
Tarikh: 17 Jun 2017
Hari : Sabtu
Masa : 8.00 Pagi - 12.00 Tengahari
Tempat : Bitarasiswa

Sekalung penghargaan kepada komuniti Taman
Perumahan Proton City yang telah memberikan
kerjasama dan sokongan kepada sukarelawan.

BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0 MUKA SURAT 7

JAWATANKUASA PELAKSANA UPSI OUTREACH MISSION
2.0

Penaung
Prof. Madya Dr. Md Amin bin Md Taff
Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni)

Universiti Pendidikan Sultan Idris

Penasihat
Cik Najidah Binti Yahaya

Pengarah
Elyssa Heinzie Anak Josin

Penolong Pengarah
Sathiswaran A/L Sivagnam

Setiausaha
Siti Suhaila Binti Ibrahim

Bendahari
Nor Dia Binti Ismail

Unit Penerbitan, Maklumat dan Dokumentasi
Muhd Khalifah Sani Bin Abdul Latif
Zulfadhli Zaim Bin Ismail

Unit Makanan dan Minuman
Nur Afifah Binti Khalid

Unit Protokol dan Jemputan
Alexender Anak Demong

Unit Aktiviti
Umi Shafiqah Binti Johari
Muhammad Fakhrullah Bin Farrok

Unit Pengangkutan dan Penginapan
Fakharuddin Aiman Bin Jamal

MUKA SURAT 8 BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0

PRE DEPARTURE TRAINING (20 JUN 2017)

Pre Depature Training atau Latihan Pra Perlepasan (PDT) merupakan program persediaan kepada para sukarelawan
sebelum menjalankan misi sukarelawan di lapangan sebenar. PDT bertujuan mendedahkan para sukarelawan dengan
segala maklumat berkaitan dengan misi yang bakal dijalankan disana.
SLOT 1 : Slot pengenalan Sekolah UPSI di Kemboja oleh Puan Tuan Tat
Anis Sofea Binti Tuan Mohd Arif daripada UCTC UPSI.

SLOT 2 : Slot bersama Cik Najidah Binti Yahaya selaku Penasihat
Projek UPSI Outreach Mission 2.0.
Antara perkongsian:
1) menetapkan niat yang betul
2) Perkongsian mengenai bumi Kemboja
SLOT 3 : Slot Media di Lapangan bersama Dr. Ghazali Din. Para sukarelawan diberikan pendedahan berkaitan:
1) Cara menulis artikel berkaitan misi di akhbar.
2) Cara mengambil gambar yang menarik dan bermakna di lapangan.
3) Bagaimana untuk mewar-warkan misi bertaraf antarabangsa di peringkat nasional?

BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0 MUKA SURAT 9

PRE DEPARTURE TRAINING ( 21 JUN 2017 )

SLOT 4 : Slot Pusat Kesihatan oleh Klinik
Kesihatan UPSI yang mendedahkan bantu-
an awal kecemasan dan teknik First Aid
kepada para sukarelawan.

SLOT 5 : Perkongsian bersama dengan Alumni UPSI Outreach
Mission oleh Siti Suhaila Binti Ibrahim.
SLOT 6 : Slot Brainstorming STEM Module oleh
semua sukarelawan yang terlibat dalam misi ini.

MUKA SURAT 10 BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0

PERASMIAN FLAG OFF UPSI OUTREACH MISSION 2.0

Perasmian Flag Off ini berlangsung di Lobi Utama Can-
selori pada 22 Jun 2017 oleh Naib Canselor UPSI Prof Dr.
Shatar Bin Sabran.

Para sukarelawan sedang mendengar amanat ringkas dan Pengarah Projek iaitu Saudari Elyssa sedang men-
padat daripada Prof Dr. Shatar Bin Sabran. erangkan kepada Naib Canselor UPSI tentang misi yang
bakal dijalankan di Kemboja.

BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0 MUKA SURAT 11

LENSA LAPANGAN TERBANG UTAMA PHNOM PENH

“Di sini, kau ajar hati mu tunduk menyembah bumi, kau latih diri menyangkal
harta duniawi, kau kikis prejudis dan hasad dengki dan kau memartabatkatkan

makna rendah diri”.

PANORAMA KG. PRAY BIS WILAYAH CHNANG

Rumah yang didiami oleh sukarelawan semasa misi Masjid yang tersergam indah di Kampung Pray Bis.
berlangsung di kampung tersebut.

Pertanian merupakan aktiviti utama mereka dalam Sukarelawan berkesempatan menghadiri kenduri yang di-
mencari rezeki. adakan oleh penduduk Kampung Pray Bis.

MUKA SURAT 12 BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0

4 KLUSTER UTAMA

Kluster Pendidikan :

Siti Suhaila Binti Ibrahim
Zulfadhli Zaim Bin Ismail
Amirul Ashraf Bin Rozali

Akman Bin Azmi

Kluster Kesihatan :

Sathiswaran A/L Sivagnam
Nur Afifah Binti Khalid

Muhd Khalifah Sani Bin Abdul Latif
Umi Shafiqah Binti Johari

Kluster Kebudayaan :

Elyssa Heinzie Anak Josin
Muhammad Fakhrullah Bin Farrok

Kluster komuniti :

Nor Dia Binti Ismail
Fakharuddin Aiman Bin Jamal
Muhammad Syahmi Aiman Bin Sulaiman

Alexender Anak Demong

BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0 MUKA SURAT 13

KLUSTER PENDIDIKAN

Kluster pendidikan merupakan aspek utama yang kami tekankan dalam misi kali ini. Konsep pembelajaran berasaskan
STEM MODULE (Science, Technical, Engineering, Mathematics) telah diterapkan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran di sana. Antara subjek yang kami terapkan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Agama Islam dan
Pendidikan Seni.

1) Projek STEM Module

Proses pembelajaran dan pengajaran berasaskan STEM MODULE ternyata dapat menarik minat pelajar di sana. Mereka
kelihatan sangat gembira dan bersemangat belajar berkonsepkan pengajaran yang menyeronokkan yang baru di-
perkenalkan di Malaysia.

2) Projek Perpustakaan Mini

Sukarelawan sedang menyusun buku-buku yang menarikg telah dibeli di Malaysia. Projek Perpustakaan Mini merupakan
perancangan awal yang dibuat dan merupakan teras utama dalam kluster pendidikan untuk menggalakkan pelajar
membaca. Oleh itu, para sukarelawan berusaha untuk menghias perpustakaan mini ini agar dapat menyemarakkan
semangat pelajar untuk menggunakan perpustakaan ini sebaik mungkin.

3) Hari Sukan Tradisional

Pengurus Projek Saudara Zulfadhli Zaim
sedang memberi penerangan kepada para
sukarelawan.

Sukarelawan turut mengambil bahagian dalam
sukan tradisional sebagai pemudah cara di dalam
kumpulan pelajar tersebut.

MUKA SURAT 14 BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0

KLUSTER KESIHATAN

Projek Doktor Kebersihan atau Dr. Hygine Project memperlihatkan usaha sukarelawan yang dipertanggungjawabkan
dalam kluster ini untuk menerapkan amalan menjaga kebersihan dalam diri pelajar.
1) Jom Gosok Gigi

2) Jom Basuh Tangan dengan Betul Aktiviti menggosok gigi telah dilakukan oleh kumpulan
kluster kesihatan bagi menekankan kebersihan dan
penjagaan gigi.

Membasuh tangan sangat penting kerana
kuman mudah merebak melalui sentuhan.

3) Teach The Trainer

Projek Teach The Trainer ini merupakan
projek penerangan kepada guru dan ustaz di
sekolah tersebut mengenai cara penggunaan
First Aid Kit dengan betul.

BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0 MUKA SURAT 15

KLUSTER KEBUDAYAAN

1) Projek Seni Batik

Salah seorang pelajar kelihatan teruja
mempamerkan hasil batik yang
dilaksanakan olehnya sendiri.

Terpancar ketekunan pelajar Sekolah UPSI mencanting
batik yang dikendalikan oleh Saudara Fakhrullah dan
Saudari Elyssa.

2) Malam Kebudayaan ( Silang Budaya ) Projek ini bukan sahaja dapat mempamerkan kebudayaan
Malaysia di Asia, malah dapat mengasah bakat dan
kreativiti mereka melalui aktiviti mewarna.

Projek silang budaya ini bukan sekadar bertukar juadah tetapi
juga sebagai tanda terima kasih atas layanan baik yang diberikan.

Tetamu yang hadir antaranya ialah ket-
ua kampung, imam masjid, cikgu-cikgu
Sekolah UPSI dan keluarga tuan rumah.

MUKA SURAT 16 BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0

KLUSTER KOMUNITI

1) Projek Batas Suci Masjid

2) Projek Keceriaan Tandas Beberapa orang pelajar sedang membantu
sukarelawan membuat batas suci di masjid.

3) Projek Dapur Bitara Projek ini dilaksanakan bagi mengambil
kira keselesaan komuniti kampung ter-
sebut di tempat beribadah.

Sukarelawan sedang mengecat dinding
dapur yang dahulunya kusam.

4) Projek Pembinaan Bekas Sampah

BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0 MUKA SURAT 17

KLUSTER KOMUNITI

5) Projek Kebersihan dan Keceriaan Kelas

Beberapa orang pelajar sedang membantu sukarelawan dalam Projek Kebersihan dan Keceriaan Kelas.
Projek ini dapat memupuk semangat cintakan kebersihan dalam diri pelajar supaya sentiasa menjaga
kebersihan sama ada diri sendiri atau kawasan sekeliling.
6) Projek Papan Tanda

Sukarelawan melukis papan
tanda dan membuat tanda
kelas.

7) Projek Sumbangan Derma

Pasukan sukarelawan telah menyampaikan sumbangan kepada 50 buah keluarga yang terdiri daripada fakir miskin,
orang tua, yatim piatu dan orang sakit seperti beras, gula, minyak dan ubat-ubatan. Proses memberi sumbangan menjadi
mudah apabila dibantu oleh beberapa orang penduduk kampung dan Ustaz Salleh.

MUKA SURAT 18 BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0

KLUSTER KOMUNITI

8) Projek “Walk With Love”

9) Projek Sumbangan Duit Raya Sumbangan kasut telah diberikan kepada pelajar sekolah mengikut
kelas. Sukarelawan telah mengukur saiz tapak kaki mereka agar
mereka selesa dengan sumbangan ynag diberikan.

Sumbangan duit raya turut diberikan kepada
kanak-kanak bagi meraikan mereka.
10) Projek Sumbangan Selimut dan Alas Tidur

Sebanyak 150 keluarga fakir miskin di 11) Projek Sumbangan kepada
Kampung Pray Bis menerima sumbangan sep- Keluarga Pelajar Sekolah Naza.
erti beras, gula, minyak, alas tidur dan selimut .

Turut disumbangkan makanan seperti beras, gula dan pakaian
kepada keluarga pelajar semasa majlis penutup berlangsung.

BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0 MUKA SURAT 19

LAWATAN KE KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI KEMBOJA

Sukarelawan berasa teruja mendengar penerangan mengenai fungsi dan Pasukan sukarelawan sempat
peranan pihak Kedutaan oleh Ybhg. Tuan Ruzaimi Mohamad selaku Menteri bergambar bersama TYT Dato’ Seri
Kaunselor di sana. Hasan Malik di Kedutaan Malaysia
sebelum pulang ke tanah air.

Para sukarelawan turut bertuah
kerana berkesempatan beramah
Pengarah Projek iaitu Saudari Elyssa mesra bersama beliau.
membentangkan dan membuat per- Sukarelawan dibawa melawat ke
kongsian mengenai perjalanan aktiviti kawasan sekitar Kedutaan Besar
kepada TYT Dato’ Seri Hasan Malik. Malaysia di Kemboja.

PERJUMPAAN PASCA MISI UPSI OUTREACH MISSION 2.0 ( 9 JULAI 2017 )

Perjumpaan pasca nilai misi dilaksanakan dan beberapa aspek telah disentuh bagi membuat cadangan penambahbaikan
untuk misi yang akan datang. Akhir sekali, majlis penutupan disempurnakan oleh Cik Najidah Yahaya dengan sesi
penyerahan sijil penghargaan kepada para sukarelawan.

MUKA SURAT 20 BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0

CATATAN DIARI RINGKAS MISI UOM 2.0

HARI PERTAMA ( 1 JULAI 2017 )

Alhamdulillah, hari pertama pasukan sukarelawan UPSI Outreach Mission 2.0 yang diketuai oleh Saudari Elyssa
Heinzie Anak Josin selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh, Kemboja bersama Cik Najidah
Binti Yahaya selaku Penasihat Projek. Sukarelawan tiba disana kira-kira jam 9 pagi waktu Malaysia. Setibanya di
sana, Ustaz Salleh selaku wakil guru Sekolah Naza menyambut kedatangan pasukan sukarelawan dengan berbesar
hati. Perjalanan diteruskan lagi apabila pasukan sukarelawan menaiki sebuah bas pelancong di Phnom Penh menuju
ke Kampung Pray Bis, Wilayah Chnang yang memakan masa lebih kurang 2 jam dari Phnom Penh. Sepanjang
perjalanan sukarelawan ke kampung, sukarelawan dihidangkan dengan cerita-cerita mengenai sejarah Phnom Penh
oleh Ustaz Salleh di dalam bas. Tiada masalah komunikasi antara para sukarelawan dan Ustaz Salleh kerana beliau
sangat fasih berbahasa Melayu. Para sukarelawan menginap di rumah komuniti setempat yang berdekatan dengan
Sekolah Naza. Encik Yusof yang merupakan tuan rumah disitu menyambut kedatangan sukarelawan dengan baik
sekali.

HARI KEDUA ( 2 JULAI 2017 )

Hari kedua pasukan sukarelawan dimulakan dengan senaman pagi yang diketuai oleh Saudara Akman Bin Azmi.
Fokus aktiviti pada hari kedua ialah projek berkaitan Kluster Komuniti antaranya ialah Projek Batas Suci Masjid,
Projek Keceriaan Tandas, Projek Dapur Komuniti dan Projek Pembinaan Bekas Sampah. Murid-murid turut
membantu para sukarelawan dalam melaksanakan aktiviti tersebut. Penglibatan mereka ini dapat memberikan peluang
pendidikan langsung dan praktikal daripada sukarelawan kepada murid-murid. Projek yang dirancang secara adhock
ini sebenarnya mengambil kira tentang kepentingan komuniti setempat dalam memastikan keselesaan mereka ketika
berada di tempat beribadah iaitu masjid. Objektif misi sukarelawan ini bukan sahaja untuk memberi keselesaan na-
mun juga bertujuan untuk mendidik komuniti Kampung Pray Bis berkaitan kebersihan dan keceriaan tempat. Kebetu-
lan, majoriti penduduk Kampung Pray Bis ini adalah beragama Islam. Islam sangat mementingkan kebersihan kepada
penganutnya. Malah, semua agama menggalakkan penganutnya mencintai kebersihan. Mendidik melalui teladan
merupakan kaedah yang penting ketika berada di kampung ini kerana kebanyakan penduduk kampung di sini tidak
faham perkara yang kami sampaikan kepada mereka. Diharapkan melalui contoh teladan ini mereka mampu untuk
menjadi ikutan mereka bukan sahaja pada satu tempoh masa sahaja tetapi menjadi satu tradisi sepanjang masa.

HARI KETIGA ( 3 JULAI 2017 )

Hari ketiga sukarelawan berada di bumi Kemboja diteruskan lagi dengan aktiviti dan projek mengikut keempat-empat

kluster yang dirancang. Bagi Kluster Komuniti, sukarelawan meneruskan aktiviti yang dirancang sejak kelmarin. Pada

waktu pagi, sukarelawan yang mengambil alih bahagian Kluster Pendidikan diberi tanggungjawab mengajar murid

sekolah dengan teknik pembelajaran dan pengajaran berasaskan Modul STEM (science, technical, engineering, math-

ematics). Selain itu, projek Perpustakaan Mini juga dilakukan untuk menggalakkan pelajar di Sekolah Naza mem-

baca. Bahan-bahan bacaan yang menarik seperti bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan Agama Islam telah diletak-

kan di dalam perpustakaan tersebut yang dibawa dari Malaysia. Projek Doktor Kebersihan dibawah Kluster Kesihatan

telah dijalankan dimana para sukarelawan mendidik pelajar cara membasuh tangan dengan betul. Akhir sekali, Projek

Seni Batik di Bawah Kluster Kebudayaan bukan sahaja mampu mempromosi kebudayaan Malaysia di Kemboja ma-

lah dapat merangsang daya kreativiti pelajar sekolah. Pada waktu malam, para sukarelawan giat membungkus

barang sumbangan untuk didermakan kepada penduduk kampong Pray Bis yang terpilih.

BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0 MUKA SURAT 21

HARI KEEMPAT ( 4 JULAI 2017 )

Misi diteruskan lagi dengan projek dibawah setiap kluster yang telah dirancang. Pada waktu pagi, Kluster Kesihatan
telah melaksanakan Projek Teach The Trainer yang melibatkan ustaz dan guru di Sekolah UPSI. Wakil sukarelawan
iaitu Saudari Nur Afifah telah menerangkan kepada tenaga pengajar tersebut cara mengendalikan peti kecemasan
dengan betul jika berlaku kecemasan. Projek Doktor Kesihatan juga diteruskan lagi dengan mendedahkan kepada para
pelajar mengenai kaedah menggosok gigi dengan betul. Projek-projek dibawah Kluster komuniti juga diteruskan sep-
erti biasa. Antara projek baharu pada hari keempat misi adalah Projek Kebersihan dan Keceriaan Kelas dan Projek
Papan Tanda yang bertujuan memberi kefahaman kepada komuniti khususnya pelajar serta mendidik pelajar
menggunakan bahan yang disediakan sebaiknya. Pada waktu malam selepas Daily Post Moterm, para sukarelawan
giat berlatih persembahan tarian tradisional sebagai persediaan untuk Majlis Penutupan untuk disajikan kepada tetamu
yang hadir pada majlis tersebut.

HARI KELIMA ( 5 JULAI 2017 )

Misi sukarelawan telah memasuki hari kelima di bumi Kemboja. Projek pada hari ini melibatkan Kluster Komuniti
dan Kluster Kebudayaan. Pada waktu pagi selepas senaman dan sarapan, para sukarelawan gigih menyiapkan ba-
rangan sumbangan dibawah Projek Sumbangan Derma yang melibatkan 50 buah keluarga fakir miskin, yatim piatu
dan orang-orang tua di Kampung Pray Bis. Pasukan sukarelawan dibantu oleh Ustaz Salleh dan segelintir penduduk
kampung memudahkan lagi urusan untuk menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terpilih. Kebanyakan
daripada keluarga yang menerima bantuan tersebut dapat diumpamakan seperti kais pagi makan pagi, kais petang
makan petang. Kehidupan kita di Malaysia jauh lebih indah daripada mereka yang bersusah payah mencari sesuap
nasi disini. Antara barang sumbangan yang diberikan merangkumi beras, gula, minyak masak dan ubat-ubatan. Pada
waktu malam, Projek Malam Kebudayaan di bawah Kluster Kebudayaan telah dilaksanakan. Para sukarelawan
menggembleng tenaga menyediakan juadah seperti Roti Puri, Kari Ayam, Serunding Daging, Nasi Impit, Kuah
Sardin, Kuih Raya dan Bubur Kacang. Silang budaya berlaku apabila tetamu jemputan yang hadir telah menjamu para
sukarelawan dengan makanan tradisi mereka.

HARI KEENAM ( 6 JULAI 2017 )

Pada hari keenam UPSI Outreach Mission 2.0 berlangsung, aktiviti yang telah dirancang diteruskan lagi dengan
Projek Hari Sukan Tradisional di bawah Kluster Pendidikan. Hari Sukan ini dikendalikan oleh Saudara Zaim, Unit
PDI. Antara permainan sukan rakyat yang disediakan ialah isi air dalam botol, bowling kelapa, tiup gula-gula dalam
tepung dan banyak lagi. Para sukarelawan turut menyertai kumpulan pelajar sebagai pemain dan sebagai pemudah
cara dalam kumpulan terbabit. Selain itu, aktiviti di bawah Kluster kesihatan juga telah dilaksanakan seperti biasa
iaitu Projek Doktor Kebersihan yang menekankan cara membasuh tangan, menggosok gigi, menjaga tinggi dan berat
badan yang ideal. Berus gigi dan ubat gigi diberikan secara percuma kepada pelajar.

MUKA SURAT 22 BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0

HARI KETUJUH ( 7 JULAI 2017 )

Hari ketujuh merupakan hari terakhir misi sukrelawan UPSI Outreach Mission 2.0 di Kampung Pray Bis. Semua
sukarelawan dan Penasihat Projek, Cik Najidah Yahaya lengkap berpakaian tradisional kerana hari tersebut
merupakan hari penutup program di Kampung Pray Bis. Aktiviti pada hari ini melibatkan Kluster komuniti. Projek
Walk With Love merupakan projek sumbangan kasut kepada semua pelajar di Sekolah Naza. Saiz kasut diperoleh
dengan mengukur tapak kaki setiap pelajar secara teliti agar pelajar selesa menggayakan kasut tersebut. Projek ini
juga dapat mendedahkan konsep menjaga kebersihan diri dalam kalangan pelajar. Sukarelawan yang terlibat dalam
projek ini ialah Saudara Syahmi, Saudari Elyssa dan Saudari Nor Dia. Seterusnya, Projek Sumbangan Duit Raya
diberikan kepada pelajar sekolah bertujuan meraikan dan menceriakan Sambutan Hari Raya Aidil Fitri disana. Se-
terusnya, projek ad-hoc iaitu Projek Sumbangan Selimut dan Alas Tidur juga telah dilaksanakan dimana seramai 50
buah keluarga menerima sumbangan ikhlas tersebut. Majlis penutupan diserikan lagi dengan persembahan tarian
tradisional daripada para sukarelawan yang mencuti hati tetamu yang hadir. Ketua kampung berkata bahawa beliau
berlapang dada menerima kedatangan sukarelawan sekali lagi di sana dan menyuruh para sukarelawan mengajar anak-
anak disana menari tarian tradisional seperti tarian yang kami persembahkan pada hari penutupan tersebut. Majlis
Penutupan tersebut dijalankan di dewan terbuka dihadapan masjid yang dihadiri oleh Ketua Kampung, Imam Masjid
dan ibu bapa kepada murid. Sumbangan barangan seperti beras, gula, pakaian dan makanan turut diberikan kepada
keluarga pelajar tersebut. Selepas Majlis penutupan tamat, kami bergerak keluar dari Kampung Pray Bis menuju ke
Kedutaan Besar Malaysia Phnom Penh, Kemboja. Pengarah Projek UOM 2.0, Saudari Elyssa Heinzie berkesempatan
membentangkan dan memberi perkongsian mengenai perjalanan aktiviti yang dijalankan oleh sukarelawan kepada
TYT Dato’ Seri Hasan Malik. Usai perkongsian, para sukarelawan dibawa melawat kawasan sekitar Kedutaan
Malaysia.

HARI KELAPAN ( 8 JULAI 2017 )

Selepas checked-out dan bersarapan pagi, sukarelawan dibawa melawat ke Muzium Tuol Sleng (S-21) yang
mengisahkan tempat sebenar lebih 10000 orang telah diseksa dan dibunuh dengan kejam oleh rejim Pol Pot. Setelah
sejam di sana, kami di bawa ke Choueng Ek yang merupakan ladang pembunuhan mangsa-mangsa tersebut. Keadaan
di kedua-dua tempat amat tragis sehingga membuatkan para sukarelawan tergamam sepanjang lawatan dibuat.
Seterusnya, sukarelawan dibawa ke Central Market di Phnom Penh untuk membeli ole-ole sebagai tanda kenangan
sebelum pulang ke tanah air tercinta. Alhamdulillah, pada pukul 8 malam waktu Malaysia, 14 orang sukarelawan
bersama Penasihat Projek Cik Najidah Yahaya selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2
(KLIA2). Perjalanan diteruskan ke UPSI menaiki bas mini yang disediakan oleh pihak UPSI.

HARI KESEMBILAN ( 9 JULAI 2017 )

Para sukarelawan bersama Penasihat Projek UOM 2.0 meneruskan perjumpaan pasca misi yang berlangsung di
Bitarasiswa. Selepas bersarapan pagi, pos mortem dijalankan usai misi bertujuan memberi peluang kepada setiap Unit
Jawatankuasa dan Majlis Tertinggi Projek mengenalpasti kelemahan dan penambahbaikan setiap unit pada misi yang
akan datang, Insyaallah dengan izin-Nya. Sebelum berpisah, para sukarelawan berkesempatan bergambar kenang
-kenangan bersama Penasihat Projek apabila selesai perjumpaan.

BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0 MUKA SURAT 23

Coretan….

BULETIN KHAS UPSI OUTREACH MISSION 2.0

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada pihak UPSI, CARIAN KAMI:
mahasiswa UPSI, badan kerajaan dan NGO yang telah banyak
memberi sumbangan baik dari segi kewangan mahupun dari Kelab Fasilitator Bitara
segi tenaga dan barangan. Tidak dilupakan 14 orang sukarela- Universiti Pendidikan
wan serta Pegawai Pengiring, Cik Najidah binti Yahaya yang
telah mengembleng tenaga demi hasrat kesukarelawanan. Sultan Idris
Semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung 35900 Tanjung Malim
bagi menjayakan misi ini amatlah dihargai. Perak Darul Ridzuan

Kelab Fasilitator Bitara UPSI [email protected] Kelab Fasilitator Bitara UPSI

DENGAN KERJASAMA


Click to View FlipBook Version