BANGUNAN
WARISAN DI
MALAYSIA
SAN YEA JING
6S
Tugu Negera
Tugu Peringatan Negara ini atau dikenali sebagai Tugu Negara di Taman Tasik
Perdana, Kuala Lumpur.
Tugu Peringatan atau Tugu Negara ini telah dibina pada tahun 1963 dan siap
sepenuhnya pada 8 Februari 1966 iaitu selama 3 tahun.
Ianya dibina sebagai satu penghormatan kepada lebih 11 ribu parajurit yang
gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914), Perang Dunia Kedua (1935-1942)
dan semasa Darurat (19488-1960)
Monumen bersejarah ini mempunyai ketinggian 15 meter diperbuat
daripada gangsa dan direka oleh Felix de Weldon, seorang pengukir daripada
Austria. Tugu Negara juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.
Tujuh patung gangsa melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia,
kekuatan, keberanian, dan pengorbanan dalam menghadapi musuh.
Bangunan Sultan Abdul Samad
Bangunan Sultan Abdul Samad adalah ibarat ‘icing on the cake’ untuk
bandaraya Kuala Lumpur. Bangunan ini tersergam indah di hadapan Dataran
Merdeka, anda boleh bersantai untuk menikmati pemandangannya yang
lebih-lebih lagi memukau jiwa pada waktu malam sambil menikmati angin
bandar.
Dibina pada abad yang ke-19 iaitu pada tahun 1893, bangunan ini memiliki
reka bentuk Moghul dan Moorish dengan pengaruh Islam berdasarkan 3
buah kubah yang terdapat padanya.
Pada awalnya bangunan ini dikenali sebagai Pejabat Baru Kerajaan, namun,
pada tahun 1948, setelah Persekutuan Tanah Melayu terbentuk, Bangunan
Sultan Abdul Samad dinamakan sebagai Sekretariat Persekutuan.
Pada tahun 1974 pula, pejabat-pejabat Kerajaan Negeri Selangor telah
dipindahkan ke Shah Alam, dan sejak dari itu, bangunan ini telah diberikan
nama yang baru bersempena dengan nama Sultan Selangor yang
memerintah dari tahun 1857 ke 1898, Sultan Abdul Samad.
Kota A Famosa
Kota A Famosa adalah sebuah kota yang telah dibina pada tahun 1511
menggunakan buruh-buruh paksaan sewaktu dibawah taklukan Portugis.
Namun begitu, kini, bukan keseluruhan kota ini dalam keadaan yang
sempurna, kerana satu-satunya struktur yang masih dalam bentuk asal
hanyalah pintu gerbang kota ini iaitu Pintu Gerbang Santiago. Dikatakan
bahawa pintu gerbang ini adalah struktur Eropah yang tertua di rantau Asia.
Bangunan yang telah pun berusia lebih daripada 500 tahun ini masih teguh
berdiri kerana menggunakan antara jenis batuan yang paling kukuh iaitu Batu
Lada ataupun Batu Letrik yang agak sukar untuk dicari.
The Stadthuys
The Stadthuys adalah antara tarikan di Melaka yang tak patut anda lupa
untuk singgahi sebab kat sinilah anda dapat bergambar dengan menarik
bukan sahaja oleh kerana reka bentuk dan warna bangunan ini, tapi juga
disebabkan oleh barisan beca yang penuh warna-warni dan berbunga-bunga
yang beratur panjang di dinding luar bangunan.
Dibina pada tahun 1650, The Stadthuys pada asalnya adalah penempatan
rasmi untuk Gabenor Belanda. Jangan terkejut, sebenarnya ketika zaman
Belanda, bangunan ini berwarna putih, namun pada tahun 1911, iaitu
sewaktu zaman penjajahan British, bangunan ini telah dicatkan dengan
warna merah seperti yang dilihat sekarang.
Istana Lama Ampang Tinggi
Istana Lama Ampang Tinggi merupakan istana yang siap dibina pada tahun 1865. Sebaik
pembinaannya selesai, istana ini diduduki oleh Yamtuan Ulin sebelum dihadiahkan
kepada puteri baginda, Tunku Cindai yang berkahwin dengan Tunku Muda Chik.
Selepas itu, istana ini diturunkan pula kepada anaknya yang bernama Tunku Halijah.
Bermula daripada itu, rumah ini dijadikan tempat tinggal keluarga Tunku Muda Chik dari
masa ke masa dan diabaikan sepenuhnya bermula dari tahun 1930.
Pada tahun 1953, bangunan lama ini telah dibuka dan diangkut ke Seremban untuk
dibina semula dan siap setahun kemudian.
Pada tahun 1980 pula, istana ini sekali lagi dipindahkan untuk dibawa ke dalam
Kompleks Budaya Negeri Sembilan iaitu di dalam tapak Muzium Negeri Sembilan. Kini,
anda boleh masuk ke dalamnya untuk melihat pelbagai barangan antik dan khazanah
Negeri Sembilan.