BENGKEL SPM BAHASA MELAYU KERTAS 1 (1103/1) TAHUN 2023 DISEDIAKAN OLEH: WONG LEE CHIN
Bahagian A (Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan) Jawab satu soalan (kombinasi kepelbagaian bahan rangsangan) Markah: 30 Markah Cadangan Masa: 30 minit Kenal pasti FOKUS. Panjangnya huraian antara 150 – 200 patah perkataan. WAJIB sentuh semua bahan. ( Bahan 1, Bahan 2, Bahan 2) 1 pengenalan, 2 isi, 1 penutup
Bahagian A (Karangan Berdasarkan Bahan Rangsangan) Karangan Tidak Berformat : Huraikan pendapat Karangan Berformat: e-mel surat kiriman resume wawancara laporan dialog rencana
Bahagian B (Karangan Respons Terbuka) Empat soalan esei. (4 Domain: Peribadi, Awam, Kerjaya & Pendidikan) Pilih dan jawab SATU daripada empat soalan Panjangnya karangan antara 350 – 500 pp 1 pengenalan, cadangan 4 isi, 1 penutup Markah: 70 Markah Cadangan Masa: 1 jam30 minit
TEMA YANG PERLU DIKUASAI TEMA DSKP TEMA DSKP 1. Kesihatan dan Kebersihan (sept2022) 10. Pelancongan (sept2022) 2. Keselamatan (2022) 11. Sejarah dan Warisan(sept2022) 3. Perpaduan (2021) 12. Sukan & Rekreasi (2021) 4. Kebudayaan, Kesenian & Estetika (2022) 13. Perindustrian. (Sept2022) 5. Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan 14. Pendidikan (2022, sept2022) 6. Sains dan Teknologi & Inovasi (2021) 15. Bahasa dan Kesusasteraan (2021) 7. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau (2022) 16. Kerjaya (2021) 8. Pertanian, Penternakan & Perikanan 17. Integriti 9. Ekonomi, Keusahawanan & Pengurusan Kewangan (B;2022) 18. Pentadbiran dan Politik
Karangan Bahagian A Kata Kunci: 4444 4 Ayat Perenggan Pengenalan 4 Ayat Perenggan Isi 1 4 Ayat Perenggan Isi 2 4 Ayat Perenggan Penutup Bolehkah saya tulis 3 ayat saja? Boleh…. Asalkan tidak melebihi 200 patah perkataan.
Pengenalan (4 ayat) 1. Ayat tema (masa+ tema) 2. Ayat isu/masalah 3. Mengapa/Bagaimana/Contoh/Fakta 4. Persoalannya../Ayat fokus/ tugasan soalan *Ungkapan menarik boleh dimasukkan ke dalam mana-mana ayat mengikut kesesuaian.
Perenggan Isi (4 ayat) 1. Ayat Topik/Isi Utama/Jawapan 2. Ayat Huraian: Mengapa/Bagaimana? 3. Ayat Contoh 4. Ayat Penyimpul/Penegas/Kesan *Ungkapan menarik boleh dimasukkan ke dalam mana-mana ayat mengikut kesesuaian
Perenggan Penutup (4 ayat) 1. Ayat Merumus Keseluruhan Idea 2. Cadangan 3. Ungkapan Menarik 4. Harapan *Ungkapan menarik boleh dimasukkan ke dalam mana-mana ayat mengikut kesesuaian
Penanda Wacana Penggunaan penanda wacana penting untuk menunjukkan KESINAMBUNGAN idea-idea supaya idea dapat disampaikan dengan berkesan. Penggunaan penanda wacana hendaklah SESUAI mengikut konsep ideaidea yang hendak disambung.
UJI DIRI
Contoh Soalan Arahan: Keratan berita dan grafik di bawah berkaitan dengan keracunan makanan. Huraikan pendapat anda tentang keracunan makanan. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 150-200 patah perkataan
Pengenalan (4 ayat) Isu keracunan makanan yang berlaku baru-baru ini di sekolah menimbulkan kebimbangan ibu bapa. Menurut Datuk Seri Dr. Dzulkelfly Ahmad, sebanyak 213 kejadian keracunan makanan dilaporkan di sekolah. Perkara ini berpunca daripada kelalaian dalam penyediaan makanan di kantin sekolah. Oleh itu, Langkahlangkah perlu diambil untuk mencegah keracunan makanan di sekolah. 39pp
Perenggan Isi 1 Untuk mencegah keracunan makanan, pengendali makanan hendaklah menjaga kebersihan semasa mengendalikan makanan. (Ayat Topik) Mereka sepatutnya mencuci tangan sebelum dan selepas mengendalikan bahan mentah, memasak dan membuang sampah.(Ayat Huraian) Semasa mencuci tangan, sabun dan air yang bersih hendaklah digunakan untuk mencegah jangkitan penyakit seperti Corona Virus. (Ayat Contoh) Jelasnya, langkah ini penting kerana mencegah lebih baik daripada mengubati. (Ayat Penyimpul + UM) 44pp
Perenggan Isi 2 Selain itu, murid-murid hendaklah mengamalkan prinsip ‘lihat, hidu dan rasa’ untuk mencegah keracunan makanan. (Ayat Topik) Hal ini penting kerana deria-deria membantu manusia menjauhi bahaya. (Ayat Huraian) Misalnya, murid-murid tidak patut mengambil makanan dan minuman yang kelihatan tidak segar dan berbau basi kerana fenomena itu tanda-tanda makanan tersebut sudah rosak. (Ayat Contoh) Oleh itu, murid-murid hendaklah percayakan deria mereka untuk menjauhi keracunan makanan. (Ayat Penyimpul) 53 pp
Penutup Kesimpulannya, semua pihak bertanggungjawab untuk mencegah keracunan makanan di sekolah agar impian ‘Sekolahku Sejahtera’ menjadi realiti. (Merumus) Oleh itu, PIBG perlu sentiasa memantau kualiti perkhidmatan kantin di sekolah untuk menangani isu ini.(Cadangan) Dengan usaha pelbagai pihak, diharapkan isu ini dapat ditangani sebelum terlambat, bak kata pepatah ‘ sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna’. (Harapan + Peribahasa) Sesungguhnya, Sekolah yang selamat akan menjamin kualiti pendidikan negara. (Kesan) 49 pp 185 pp
Iklan di bawah berkaitan dengan tawaran kerja. Sediakan sebuah resume yang lengkap untuk memohon satu daripada jawatan di bawah. Panjangnya resume anda hendaklah antara 150 hingga 200 patah perkataan.
Abstract
Abstract
Bahagian B (Karangan Respons Terbuka) Empat soalan esei. (4 Domain: Peribadi, Awam, Kerjaya & Pendidikan) Pilih dan jawab SATU daripada empat soalan Panjangnya karangan antara 350 – 500 pp 1 pengenalan, cadangan 4 isi, 1 penutup Markah: 70 Markah Cadangan Masa: 1 jam30 minit
Karangan Respons Terbuka
Abstract
Abstract
Abstract
Abstract
Diagrams Struktur Perenggan Pengenalan 35 1. Ayat Tema (+masa) 2. Isu semasa/masalah 3. Ayat Huraian (Sebab) 4. Ayat Huraian (Kesan) 5. Ayat Peribahasa 6. Ayat Fokus /Tugasan 7. Ayat Kesan
Pada zaman pasca kemerdekaan, semangat patriotik dalam kalangan generasi muda semakin lenyap akibat dihanyut oleh arus pemodenan. Jika diimbas kembali tanggal 31 Ogos 1957 merupakan tarikh yang penuh dengan sejarah yang hanya dapat dihayati oleh generasi yang telah berjuang membebaskan negara daripada belenggu penjajah. Semangat patriotik merupakan jiwa yang cinta akan negara yang perlu ditanam dalam diri bangsa Malaysia untuk membina negara bangsa yang disegani dunia. Akan tetapi, ideologi yang bercanggah dengan ideologi negara kita begitu bebas berlegar di alam maya sehingga meracuni pemikiran rakyat Malaysia, khususnya dalam kalangan generasi muda. Implikasinya, generasi muda sudah hilang jati diri dan melupakan titik peluh pejuang-pejuang zaman dahulu ‘bagai kacang lupakan kulit’. Untuk melestarikan pembangunan negara bangsa yang dapat terus berdiri kukuh di pentas dunia, semangat patriotik hendaklak dipupuk dalam kalangan generasi muda. Persoalannya apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk mencapai hasrat ini?
Diagrams Struktur Perenggan Isi 37 1. Ayat Topik 2. Ayat Huraian 3. Ayat Huraian 4. Ayat Contoh 5. Ayat Huraian Contoh 6. Ayat Peribahasa 7. Ayat Kesan 8. Ayat Penyimpul/Penegas
Diagrams Struktur Perenggan Penutup 38 1. Merumus idea (Tema+fokus) 2. Saranan/cadangan 3. Harapan 4. Ungkapan menarik 5 . Seruan (mengajak) 6 . Kesan(impak besar)
Kesimpulannya, semua pihak hendaklah berganding bahu dan 39 bergerak sederap untuk menyuburkan semangat patriotik agar semangat ini mekar menyelubungi jiwa generasi muda. Perkara ini penting untuk membina sebuah bangsa dan negara yang disegani kerana generasi muda bakal memegang pucuk kepimpinan negara. Perkara ini bersinonim dengan pepatah ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Walau bagaimanapun, kita perlu berhadapan dengan pelbagai cabaran, khususnya ledakan maklumat yang berimpak negatif di alam maya kerana ‘dunia mana tidak ditimpa hujan’. Dunia tanpa sempadan yang dihuni oleh generasi muda telah menguji kekuatan jati diri dan keteguhan jiwa cinta akan negara. Oleh hal yang demikian, generasi muda diharapkan dapat memupuk semangat patriotik untuk memartabatkan maruah bangsa dan negara. Sesungguhnya, bangsa yang bermaruah akan disegani dan digeruni oleh bangsa dunia.
Abstract
Abstract
Abstract
Abstract
KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG, MANAKAN DAPAT SAGUNYA. KALAU TIDAK DIDALAMI SEGALA ILMU, MANAKAN DAPAT KEJAYAAN SPM 45