The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Nabi Ayub A.S
Nabi Shu'aib A.S

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by hhhazatuladawia, 2020-07-01 21:30:18

kisah para nabi siri 6

Nabi Ayub A.S
Nabi Shu'aib A.S

SK DATUK HAJI BAGINDA
MERLIMAU MELAKA.

Nabi Ayub A.S
Nabi Shu’aib A.S

SILA CATATKAN DALAM FAIL NILAM



[12/25] - Nabi Ayub ‘Alaihissalam

1) Nabi Ayub lahir dari keturunan nabi Ishak dan isterinya, Rahma lahir dari
keturunan nabi Yusuf. Ibu nabi Ayub pula lahir dari keturunan nabi Luth. Ini
menunjukkan mereka semua adalah daripada keturunan nabi Ibrahim atau
dipanggil ‘The House of Abraham’ oleh orang inggeris.

2) Nabi Ayub dikurniakan dengan kekayaan, tubuh badan yang sihat, anak
yang ramai, keimanan yang teguh dan baginda sangat dihormati oleh
kaumnya. Apabila baginda berdakwah, semua orang akan berebut untuk
mendengar bahkan semua orang mahu mendampinginya.

3) Ditakdirkan nabi Ayub ditimpa ujian Allah satu persatu. Pertama, Allah
menarik kembali kekayaannya. Segala harta, rumah, haiwan ternakan,
semuanya musnah dan hilang.

4) Nabi Ayub jatuh miskin dengan sekelip mata. Kemudian Allah tarik
semula zuriatnya. Nabi Ayub mempunyai ramai anak namun satu persatu
anaknya mati di hadapan matanya sehingga tidak ada lagi anak yang
hidup.

5) Setiap kali anaknya meninggal, baginda cuma berkata, “Segalanya milik
Allah dan setiap manusia akan pulang kepada-Nya.”

6) Kemudian Allah tarik pula kesihatannya. Nabi Ayub jatuh sakit yang
amat teruk sehinggakan tinggal lidah baginda sahaja yang boleh bergerak
dan baginda menggunakan untuk memuji Allah.

7) Organ dalamannya menjadi rosak dan baginda mendapat penyakit kulit
yang merosakkan kulit di seluruh badannya sehingga rupanya susah untuk
dikenali.

8) Disebabkan penyakit kulitnya, orang ramai mula menjauhinya sehingga
tidak ada lagi yang ingin mendampinginya. Nabi Ayub sangat penyabar.

9)Walaupun satu persatu ujian datang melanda, hatinya tetap teguh
beriman kepada Allah.

10)Nabi Ayub tidak pernah merungut atau meminta Allah hilangkan
kesengsaraannya, baginda sangat sabar dan menerima sahaja ketentuan
Allah.

11) Nabi Ayub kehilangan segalanya kecuali satu iaitu isterinya. Rahma
bersama-sama mengharungi segala ujian yang ditimpa suaminya dan
menjaga suaminya ketika sakit.

12) Dia menghabiskan hartanya untuk membeli ubat-ubatan dan makanan
buat suaminya. Apabila duitnya juga telah habis, dia terpaksa mencari
kerja.

13) Semua orang tahu tentang penyakit nabi Ayub. Apabila Rahma pergi
mencari kerja, mereka enggan menerimanya kerana takut berjangkit
penyakit kulit nabi Ayub.

14)Tidak ada sorang pun yang mahu mengambil dia bekerja. Rahma sedih
dan mengeluh kepada nabi Ayub. Dia bertanya, “Sampai bila kita mahu
seperti ini?”

15) Nabi Ayub bertanya, “Berapa lama telah aku hidup dalam
kesenangan?” Rahma menjawab, “80 tahun.”

16) Nabi Ayub bertanya lagi, “Dan berapa lama telah aku hidup dalam
kesusahan?” Rahma menjawab, “7 tahun.”

17) Kemudian Nabi Ayub membalas, “Maka bagaimana aku mahu
mengeluh jika kesengsaraanku amat kecil berbanding kesenangan yang
telah Allah berikan kepada aku?

18) Aku berjanji, apabila aku sihat nanti aku akan merotanmu sebanyak
100 kali”. Nabi Ayub marah kerana isterinya mengeluh dengan ketentuan
Allah.

19) Makin hari, Rahma menjadi semakin terdesak mencari duit. Dia
perlukan duit untuk membeli makanan dan ubat untuk suaminya.

20) Rahma membuat keputusan untuk memotong rambutnya yang panjang
dan menjualnya. Maka daripada duit yang sikit itu dapatlah dia membeli
makanan untuk suaminya.

21) Apabila nabi Ayub bertanya dari mana dia mendapatkan duit, Rahma
takut untuk memberitahu perkara sebenar kerana dia tahu suaminya akan
marah.

22) Maka Rahma mengatakan bahawa dia bekerja dan mendapat upah.
Rambutnya adalah satu-satunya harta yang tinggal maka dia
membotakkan sebahagian kepalanya sedikit demi sedikit dan menjual
rambutnya.

23) Nabi Ayub tidak sedar akan keadaan rambut isterinya kerana dia
sentiasa menutupi kepalanya.

24) Sehingga satu hari, Rahma terpaksa membotakkan seluruh kepalanya
untuk membeli makanan buat suaminya.

25) Kali ini, nabi Ayub bertegas untuk mengetahui dari mana Rahma
mendapatkan duit kerana baginda tahu bahawa orang ramai enggan
mengambilnya bekerja.

26)Rahma membuka kain di kepalanya dan menunjukkan kepalanya yang
sudah botak.

27) Selepas nabi Ayub melihat keadaan isterinya, akhirnya baginda berdoa
kepada Allah untuk meminta pertolongan - Rujuk al Quran (21:83).

28) Allah menurunkan wahyu kepada nabi Ayub yang terlantar sakit itu
untuk menghentakkan kakinya ke tanah.

29) Apabila nabi Ayub menghentak kakinya, keluar memancut air yang
sejuk dari bawah tapak kakinya untuk nabi Ayub minum dan mandi - Rujuk
al Quran (38:42).

30) Selepas nabi Ayub meminum air yang sejuk itu, semua organ
dalamannya kembali pulih dan kulitnya diganti dengan kulit yang baru.

31)Kesihatannya kembali pulih, malah lebih sihat dari sebelumnya. Apabila
Rahma pulang, nabi Ayub tiada di tempat biasa lalu dia mencari suaminya.

32) Apabila nabi Ayub datang kepada isterinya, Rahma tidak mengenali rupa
suaminya kerana sudah terlalu lama sakit sehingga dia lupa rupa asal
suaminya.

33) Dia pun bertanya kepada lelaki yang tidak dikenalinya itu ada ternampak
suaminya atau tidak. Nabi Ayub berkata, “Ini aku, Ayub, suamimu. Allah telah
mengurniakan aku kesihatan.”

34) Allah telah menurunkan ujian ke atas nabi Ayub untuk menguji
kesabaran dan keimanannya. Sebagai ganjaran, Allah mengurniakan kepada
nabi Ayub zuriat dua kali ganda lebih ramai dari sebelumnya - Rujuk al Quran
(38:43).

35) Dan sebuah hadis ada menceritakan, ketika nabi Ayub sedang mandi,
Allah menurunkan belalang emas dari syurga menghujani tempat mandinya.
Nabi Ayub mengumpulkan belalang emas itu dan bersyukur ke atas kurniaan
Allah.

36) Kegembiraan kembali keoada nabi Ayub. Namun baginda ada satu lagi
perkara yang belum selesai. Baginda telah bernazar untuk merotan isterinya
sebanyak 100 kali.

37) Allah menurunkan wahyu kepada nabi Ayub untuk mengumpulkan 100
batang lalang dan merotan isterinya sebanyak satu kali, dan hutang
nazarnya akan selesai - Rujuk al Quran (38:44).

38) Maka nabi Ayub pun merotan Rahma sebanyak satu kali menggunakan
100 batang lalang. Sampai tahap itu Allah kasih dan bantu nabi Ayub.

39 ) Pengajaran yang boleh diambil adalah seteruk mana pun keadaan
hidup kita, bersabarlah. Allah sedang menguji kita. Dan ganjaran untuk
sabar itu sangatlah besar, hanya tunggu dan lihat.

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
Saudara Syed Muzzamil Syed Anuar.



[13/25] - Nabi Shu’aib ‘Alaihissalam

1) Nabi Shuaib tinggal di kota Madyan, di mana penduduknya sangat bijak
dalam perniagaan. Disebabkan mereka ahli perniagaan, mereka sentiasa
berfikir cara untuk mendapatkan keuntungan tanpa memikirkan soal
undang-undang. Korupsi sana sini.

2) Kaum Madyan juga dikenali dengan kepercayaan mereka yang
menyembah sebuah pokok yang digelar Al-Ayka. Oleh kerana penyembahan
pokok ini, nama lain bagi kaum Madyan ialah kaum Ayka.

3) Kaum Madyan ini suka menipu dalam perniagaan. Antara contoh penipuan
yang biasa dilakukan adalah mereka menipu timbangan - contohnya mereka
mengenakan harga 3 kilo gandum tetapi menipu dengan hanya memberi 2
kilo sahaja.

4) Mereka mencampurkan air ke dalam susu supaya menjadi banyak
kemudian dijual susu tersebut.

5) Mereka mengenakan cukai kepada setiap orang yang lalu atau singgah di
kota mereka.

6) Mereka memaksa kaum nabi Shuaib untuk ‘bend the rules’ dan ikut
peraturan mereka dan banyak lagi.

7) Nabi Shuaib berusaha mengajak kaum Madyan kembali ke jalan Allah.
Nabi Shuaib berkata, “Sempurnakanlah sukatan dan timbangan, dan
janganlah kamu kurangkan bagi seseorang sesuatu yang menjadi haknya.

8) Dan janganlah membuat kerosakan di muka bumi kerana Allah telah
menjadikannya sebaik-baiknya.” - Rujuk al Quran (7:85).

9) Dan jangan lah kamu duduk di setiap jalan dan mengugut atau
menghalang orang daripada beriman kepada Allah, dan kamu mahu
mereka untuk membengkokkan peraturan Allah untuk mengikut peraturan
kamu pula. Ingatlah semasa bilangan kamu sedikit, Allah telah
menggandakan bilangan kamu sehingga menjadi ramai.” (7:86)

10) Selepas nabi Shuaib mengajak mereka untuk kembali ke jalan Allah,
baginda pula diajak untuk menyertai mereka membuat pelaburan kerana
mereka boleh menjadikan nabi Shuaib kaya.

11) Nabi Shuaib berkata kepada mereka, “Walaupun hartaku tidak
sebanyak kekayaan kamu namun harta yang aku ada ini halal.

12) Jika kamu fikir kamu boleh membeli aku dengan kekayaan, kamu
salah. Tujuanku hanyalah untuk berbuat sebanyak mungkin kebaikan.”

13) Nabi Shuaib terus-terusan berdakwah namun kaum Madyan membenci
dengan tawaran nabi Shuaib yang mengajak mereka untuk berniaga secara
jujur dan menggunakan harta untuk kebaikan.

14) Mereka merasakan nabi Shuaib ini bagaikan menjaga tepi kain orang.
Mereka mahu menikmati harta kekayaan itu ke arah kemaksiatan dan
mereka percaya bahawa agama dengan perniagaan tidak ada kaitan.
Mereka berkata, rugilah sesiapa yang ikut nabi Shuaib - Rujuk al Quran
(7:90).

15) Nabi Shuaib berpesan kepada kaum Madyan untuk takut kepada
hukuman Allah dan mengingatkan mereka tentang apa yang terjadi kepada
kaum Ad, kaum Thamud dan paling dekat dengan mereka ketika itu, kaum
Luth.

16) Nabi Shuaib juga mengingatkan kembali bagaimana Allah telah
menghancurkan mereka. Nabi Shuaib berkata, “Bertaubatlah sebelum
terlambat! Sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun dan Maha Pengasih.”
- Rujuk al Quran (11:90).

17 ) Kaum Madyan menjawab kepada nabi Shuaib, “Kami rasa kau sama
sahaja seperti kami. Tidak kuat malah tiada yang istimewa pun. Kami tidak
hormat pada kau.

18) Jika bukan disebabkan keluarga dan pengikut kau, sudah lama kami
rejam kau sehingga mati.

19) ” Nabi Shuaib mempunyai ramai pengikut. Jika mereka membunuh
nabi Shuaib, pengikutnya akan memberontak dan perniagaan mereka akan
lingkup.

20) Kemudian mereka mencabar nabi Shuaib, “Jika kau benar nabi yang
diutuskan Tuhan, minta sahaja Tuhan kau hukum kami!”

21) Oleh itu, nabi Shuaib pun berdoa, “Wahai Tuhan kami, hukumlah
antara kami dan kaum kami dengan keadilan, kerana Engkau sebaik-baik
Hakim.” - Rujuk al Quran (7:89).

22) Kemudian Allah menurunkan kemurkaan-Nya yang amat menyeksakan.
Allah datangkan cuaca panas yang melemaskan. Kaum Madyan tidak
dapat bernafas dalam kepanasan yang kurang udara itu.

23) Mereka bagaikan mendidih akibat kepanasan yang amat sangat.
Kemudian dalam kepanasan itu, Allah datangkan sebuah awan.

24) Mereka berlari-lari ke bawah awan itu untuk berteduh namun mereka
tidak tahu apa yang Allah akan turunkan daripada awan tersebut. Allah
menurunkan bunyi Al-Saihah yang terlalu kuat seperti letupan sehingga
menggoncang bumi di bawah awan tadi. Lalu matilah seluruh kaum
Madyan dan jadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat
masing-masing. - Rujuk al Quran (11:94).

25) Sebelum itu, Allah telah menyelamatkan Nabi Shuaib dan pengikutnya.
Apabila nabi Shuaib kembali ke Madyan dan melihat apa yang telah terjadi,
baginda berkata, “Wahai kaumku! Sesungguhnya aku telah menyampaikan
kepada kamu perintah-perintah Tuhanku, dan aku telah memberi nasihat
kepada kamu. Oleh itu, tidaklah aku merasa sedih terhadap orang-orang
kafir (yang telah binasa itu).” - Rujuk al Quran (7:93).

26) Seperti kaum Ad, kaum Thamud dan kaum Luth, binasalah kaum
Madyan akibat mencabar kemurkaan Allah. Betapa bijaknya kita rasa kita
ini sehingga boleh memutar belit undang-undang namun ingatlah Allah itu
jauh lebih bijaksana dan Allah sentiasa memerhati.

Karya asal:
Saudari Sharifah Syazreen Syed Agail.
Saudara Syed Muzzamil Syed Anuar.

Panduan Catatan Nilam.

2 4
5
3

1

1. Judul atau tajuk cerita. (Boleh tulis untuk ke semua tajuk
cerita)

2. Tandakan (/) pada bahagian ini. (Kisah ini merupakan bahan
bukan buku)

3. Tandakan (/) pada bahagian ini. (Kisah ini di dalam Bahasa
Melayu)

4. Tuliskan bilangan muka surat mengikut ke semua tajuk
cerita.

5. Contoh aktiviti yang bersesuaian dengan anak-anak ialah
mengeja, bercerita semula atau mencari makna perkataan.
(Aktiviti dipilih mengikut kesesuaian tahap penguasaan
murid).
Selamat Membaca.
Terima kasih.

Puan Hazatuladawia Habu Hassan.
Guru Bahasa Melayu
SK Datuk Haji Baginda.

#PerintahKawalanPergerakan
#DudukdiRumah
#COVID-19


Click to View FlipBook Version