SK DATUK HAJI BAGINDA
MERLIMAU MELAKA.
Artikel 2
Sumber:
FB JOHN MOHAMED
SILA CATATKAN DALAM FAIL NILAM
Tajuk Artikel 1 : KEPULAUAN RAJA AMPAT
Indonesia memiliki pelbagai tempat tarikan pelancong,
mungkin korang biasa pergi ke Bali, namun apa kata
korang tukar selera dan pergi ke satu kawasan yang
dikenali sebagai Raja Ampat.
Raja Ampat ni sebenarnya kawasan kepulauan yang terdiri
daripada 1500 buah pulau kecil yang terletak di Papua
Barat, kawasan ini juga mempunyai penduduk sekitar
50,000 orang.
Kawasan pulau ini mendapat nama apabila seorang wanita
menjumpai 7 biji telur, dari 7 biji telur tersebut 4 menjadi
raja yang bernama Waigeo, Batanta, Salawati, dan Misool
yang juga merupakan nama 4 buah pulau utama disana.
Manakala 3 lagi jadi hantu, perempuan dan batu.
Tajuk Artikel 2: PULAU FAROE
Faroe Islands yang terletak di dalam negara Denmark ini merupakan sebuah
pulau yang cukup indah, keindahan alam semulajadi memukau sesiapa yang
berkunjung ke pulau ini.
Faroe Islands ini merupakan satu gugusan pulau yang terdiri daripada 18 buah
pulau yang lain, keluasan keseluruhan kawasan ini menjangkau 1400 kilometer
persegi dan mempunyai penduduk seramai 52,000 orang.
Kawasan pulau ini mempunyai suhu yang rendah iaitu sekitar 3 hingga 10
darjah celcius, selalunya akan berangin, sejuk dan berawan sepanjang tahun
menjadikan pulau ini kelihatan begitu tenang dan nyaman.
Bilangan biri biri disini mengatasi bilangan penduduk tempatan, jumlah biri biri
disini dianggarkan sebanyak 70,000 ekor dan memenuhi di kawasan berbukit
sekitar kepulauan ini.
Bandar terbesar di Faroe Islands ini dikenali sebagai Tórshavn yang
mempunyai penduduk seramai 20,000 orang. Nama bandar ni diambil
bersempena nama tuhan orang Norse iaitu Thor.
Industri utama di kawasan ini ialah perikanan, pelancongan serta perkapalan
yang membawa ekonomi pulau ini ke arah yang lebih maju, meskipun
ekonominya yang agak pesat kadar jenayah di sini sangatlah rendah
sehinggakan tiada penjara yang dibina di kawasan kepulauan ini.
Tajuk Artikel 3: GUNUNG K2
Gunung yang bernama K2 merupakan gunung yang kedua tertinggi
didunia,gunung ini terletak di Banjaran Karakoram yang sepanjang 500
kilometer. Berketinggian 8611 meter dari aras laut gunung ini pertama
kali puncaknya ditawan pada 1954 oleh dua pendaki dari Itali iaitu Lino
Lacedelli dan Achille Compagnoni.
K2 yang terletak diantara sempadan China dan Pakistan hanya berjaya
ditawan oleh 367 orang dan seramai 86 pendaki telah mati semasa
mendaki gunung kedua tertinggi ini. Nama K2 ini sebenarnya datang
dari hasil kajian pasukan peninjau Eropah pada 1856, Thomas
Montgomerie telah letakkan tanda pergunungan dikawasan Karakoram
yang ditandakan dengan K1 sehingga K5.
Tajuk Artikel 4: GREENLAND
Keadaan suhu yang meningkat pada bulan Mei sehingga
Julai di Greenland setiap tahun menyebabkan ais cair dan
membentuk sungai yang jernih, gaung yang terbentuk boleh
mencapai 30-40 meter dalam dan merupakan salah satu
kawasan yang mesti dilawati kalau datang ke Greenland ni.
Tajuk Artikel 5: AYACUCHO
Terdapat satu kawasan di Peru yang bernama Ayacucho mempunyai
satu 'permata' yang tersembunyi dari pandangan orang ramai.
Seseorang perlu mendaki selama 30 minit untuk sampai ke satu
kawasan yang dikenali sebagai Millpu.
Sepanjang perjalanan tersebut pendaki disajikan dengan panorama
gunung ganang yang indah. Kawasan ni mempunyai hampir 20
takungan air yang seperti kolam, airnya sangat jernih dan sejuk
serta air yang berwarna kehijauan.
Tajuk Artikel 6: PULAU BORACAY
Boracay merupakan antara 7,641 buah pulau yang dimiliki oleh
negara Filipina, pulau yang cantik ni hanyalah 7 kilometer panjang
dan 1 kilometer lebar. Pulau yang menjadi tarikan pelancong ini
juga mempunyai penduduk seramai 30,000 orang. Kawasan pantai
yang dikenali sebagai White sand yang sepanjang 4 kilometer
merupakan antara tarikan utama dikawasan ini
Tajuk Artikel 7: SUNGAI YANGTZE
Yangtze merupakan nama bagi sebuah sungai yang paling panjang
di Asia. Terletak di negara China dan sungai ini bermula dari
pergunungan Tanggula di Tibet, perkataan Yangtze membawa
maksud anak kepada lautan.
Sungai yang sepanjang 6300 kilometer ini akan mengalir keluar ke
lautan China timur di sebelah Shanghai, penduduk tempatan
menggunakan perkataan Chang Jiang yang bermaksud sungai
panjang.
Penduduk disekitar sungai tersebut mendapat manfaat yang besar
dari aliran sungai ini membantu untuk menyuburkan tanaman dan
juga perjalanan ke daerah lain di China.
Merangkumi kawasan seluas 448 juta ekar ini mempunyai pelbagai
corak flora dan fauna yang sangat menarik. Terdapat 378 jenis ikan,
166 jenis reptilia, 280 jenis mamalia dan 145 jenis amphibia.
Kawasan disekitar sungai ini juga disifatkan sebagai jelapang padi
bagi negara China, sebanyak 70 peratus tanaman yang di tanam
sekitar sungai ini merupakan padi, tidak lupa juga penduduk
setempat yang menjadikan tanah subur itu untuk menanam jagung,
gandum dan juga kapas.
Tajuk Artikel 8: PULAU TUVALU
Tuvalu atau nama lamanya Ellice Island
merupakan sebuah negara yang berada di
lautan Pasifik. Negara yang mempunyai
penduduk seramai 11,000 orang ni hanya
berkeluasan 26 kilometer persegi.
Negara yang keempat terkecil di dunia ini
juga sedang diancam kenaikan paras air
laut yang disebabkan oleh pemanasan
global. Tuvalu ni sebenarnya mempunyai
cerita yang agak menarik dari segi
ekonominya.
Kalau internet di Malaysia, kita akan guna
MY tapi di Tuvalu mereka akan guna .TV,
negara ni sebenarnya dapat hasil yang
agak lumayan apabila sebuah syarikat yang
bernama DotTV membeli hak tanda nama
.TV dari negara tersebut dengan jumlah 50
juta dollar selama 12 tahun.
Melalui hasil tersebut, kerajaan Tuvalu
berjaya menyediakan bekalan elektrik yang
lebih baik di pulau berhampiran, perkataan
TV ketika itu merupakan satu nama yang
semua orang akan kenal.
Suhu dinegara ini sekitar 27-29 darjah
celcius dengan taburan hujan sebanyak
2500 milimeter. Kebanyakan penduduk di
sini akan menangkap ikan, penanaman
pisang dan membela haiwan namun
kerajaan negara mereka meningkatkan
bahan makanan yang diimport untuk
menjamin bekalan makanan rakyatnya.
Kawasan kerajaan terletak di kawasan yang
dikenali sebagai Funafuti Atoll, 1/3 rakyat
Tuvalu menetapkan dikawasan ini. Tuvalu
juga merupakan sebuah negara yang
'kurus' kerana faktor geografi yang unik,
negara ini kalau dilihat dari udara hanya
memanjang sahaja, dipenuhi oleh pokok
kelapa.
Tajuk Artikel 9: LENCOIS MARANHENSES
Sebuah taman negara yang dikenali sebagai Lençóis
Maranhenses terletak di negara Brazil, kawasan seluas 1550
kilometer persegi ini mempunyai satu kawasan gurun yang
unik di mana pada bulan Mei hingga September, hujan akan
turun dan memenuhi kawasan ini dengan air yang jernih.
Tajuk Artikel 10: GUNUNG BERAPI OI DOINYO LENGAI
Sebuah gunung berapi yang bernama Oi Doinyo Lengai terletak di
Tanzania mengeluarkan lava berwarna hitam berbeza apa yang
kita tahu tentang gunung berapi yang mempunyai lava warna
merah.
Gunung berapi yang setinggi hampir 3 kilometer ini juga
merupakan satu-satunya gunung berapi yang memancutkan lava
berwarna hitam. Ini disebabkan oleh satu bahan yang dikenali
sebagai Carbonatite yang terhasil dalam ruangan magma.
Oi doinyo lengai juga mempunyai lava yang paling sejuk jika
dibandingkan dengan yang lain. Purata suhu lava mencecah 1000
darjah celcius, tetapi disini suhunya berkurangan hampir separuh
dan tidak melebihi 600 darjah celcius.
Dikatakan seorang lelaki telah terjatuh didalam lava tersebut pada
2008 dan dia kemudiannya naik ke permukaan dengan kaki dan
tangannya melecur.
Panduan Catatan Nilam.
1. Judul atau tajuk cerita. (Boleh tulis untuk ke semua tajuk
cerita)
2. Tandakan (/) pada bahagian ini. (Artikel ini merupakan bahan
bukan buku)
3. Tandakan (/) pada bahagian ini. (Artikel ini di dalam Bahasa
Melayu)
4. Tuliskan 1 untuk ke semua tajuk cerita.
5. Contoh aktiviti yang bersesuaian dengan anak-anak ialah
mengeja, bercerita semula atau mencari makna perkataan.
(Aktiviti dipilih mengikut kesesuaian tahap penguasaan
murid).
Selamat Membaca.
Terima kasih.
Puan Hazatuladawia Habu Hassan.
Guru Bahasa Melayu
SK Datuk Haji Baginda.
#PerintahKawalanPergerakan
#DudukdiRumah
#COVID-19