AKTIVITI
Prestasi dan pengurusan aktiviti syarikat
• Prestasi - KPI, pencapaian output dan outcome aktiviti
• Pengurusan aktiviti - Keutamaan bagi pemilihan aktiviti
untuk diaudit adalah berdasarkan:
a. Aktiviti yang selaras dengan objektif penubuhan
syarikat
b. Aktiviti yang menyumbang kepada pendapatan
utama syarikat
c. Aktiviti yang menggunakan peruntukan geran/
pinjaman Kerajaan yang signifikan
51
2.2.3 KEDUDUKAN KEWANGAN
52
KEDUDUKAN KEWANGAN
4 indikator analisis digunakan untuk menilai prestasi dan kedudukan
kewangan sesebuah syarikat berdasarkan penyata kewangan beraudit bagi
tempoh tiga (3) tahun iaitu:
i. Analisis Trend Pendapatan, Perbelanjaan dan Untung Rugi;
ii. Analisis Aset dan Liabiliti;
iii. Analisis Nisbah Kewangan; dan
iv. Analisis Aliran Tunai.
Hasil analisis yang dibuat, juruaudit akan merumuskan sama ada kedudukan
kewangan syarikat secara keseluruhan adalah kukuh, stabil atau kurang
stabil.
53
ELEMEN PENGUKURAN KEDUDUKAN KEWANGAN
ANALISIS TREND PENDAPATAN, PERBELANJAAN & UNTUNG/RUGI
1 Pendapatan operasi tahunan meningkat/menurun.
2 Pendapatan operasi melebihi /kurang berbanding perbelanjaan operasi tahun tersebut.
3 Mencatatkan keuntungan/kerugian sebelum cukai dan zakat.
4 Peningkatan keuntungan terkumpul atau penurunan kerugian terkumpul bagi tempoh 3
tahun.
ANALISIS ASET DAN LIABILITI
1 Jumlah aset melebihi/kurang daripada liabiliti.
2 Pinjaman dan/atau pendahuluan menurun/meningkat
ANALISIS NISBAH KEWANGAN
1 Nisbah Kecairan, Nisbah Kecekapan, Nisbah Keuntungan dan Nisbah Kestabilan
ANALISIS ALIRAN TUNAI
1 Tunai dan kesetaraan tunai pada akhir tahun positif/defisit.
2 Trend aliran tunai meningkat /menurun dalam tempoh 3 tahun.
54
2.3 CONTOH ISU BERKAITAN PENGAUDITAN
SYARIKAT KERAJAAN
55
AKTIVITI 4
Sumber: Berita Harian (16 Julai 2019)
56
Berpandukan kepada keratan akhbar di atas, senaraikan isu yang
dibangkitkan berkaitan GLC?
• Peserta dikehendaki menyenaraikan isu yang dikenalpasti
daripada keratan akhbar di atas.
• Jawapan akan diberi di akhir sub modul ini.
57
Berikut adalah contoh-contoh isu yang
berkaitan GLC dalam Laporan Ketua Audit
Negara
58
ISU BERKAITAN TADBIR URUS KORPORAT
BIL. ISU AUDIT
1. Pengerusi baharu tidak dilantik dalam tempoh yang lama selepas Pengerusi
tamat perkhidmatan.
2. Pelantikan Pengerusi tidak mempunyai latar belakang bidang berkaitan
perniagaan syarikat.
3. Piagam Lembaga Pengarah, kod tatalaku dan etika Lembaga Pengarah tidak
diwujudkan.
Pengerusi syarikat juga merupakan pengerusi Jawatankuasa lain di peringkat
4. Lembaga Pengarah seperti Jawatankuasa Audit, Jawatankuasa Pencalonan
dan Jawatankuasa Imbuhan.
Setiausaha Syarikat tidak memainkan peranan menasihati Lembaga Pengarah
5. berhubung keperluan pindaan terhadap Perlembagaan Syarikat berkaitan
perubahan aktiviti yang dilaksanakan oleh syarikat.
59
ISU BERKAITAN TADBIR URUS KORPORAT...
Samb.
BIL. ISU AUDIT
6. Standard Operating Procedures bagi pelaksanaan aktiviti utama syarikat tidak
disediakan/tidak lengkap atau disemak semula.
7. Pelan Strategik Perniagaan dan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) tidak
disediakan.
8. Pemantauan bagi pencapaian KPI tidak dibuat bagi mengukur pencapaian dan
prestasi syarikat.
9. Jawatankuasa Audit tidak ditubuhkan.
10. Pengerusi JKA merupakan Pengarah Bukan Eksekutif Bukan Bebas.
11. Audit Dalam tidak ditubuhkan.
12. Pengauditan oleh Audit Dalam tidak dibuat secara berkala setiap tahun
merangkumi aktiviti utama syarikat.
13. Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan tidak ditubuhkan.
14. Pembayaran bonus dan kenaikan gaji tiada kelulusan Lembaga Pengarah.
60
ISU BERKAITAN PENGURUSAN AKTIVITI
BIL. ISU AUDIT
1. KPI aktiviti utama tidak mencapai sasaran ditetapkan.
2. Projek lewat disiapkan berbanding tempoh kontrak.
3. Pembayaran bonus tanpa mengambilkira kedudukan kewangan
syarikat.
4. Projek usaha sama dengan pihak ketiga mengalami kerugian.
5. Pemantauan terhadap pelaksanaan projek tidak dibuat.
61
ISU BERKAITAN KEDUDUKAN KEWANGAN
BIL. ISU AUDIT
1. Aliran tunai negatif.
2. Liabiliti melebihi aset syarikat.
3. Purata tempoh kutipan hutang melebihi polisi kredit ditetapkan.
4. Syarikat bergantung pada geran Kerajaan.
5. Syarikat mengalami kerugian 3 tahun berturut-turut.
62
Berikut adalah antara isu Audit dalam keratan akhbar bagi Aktiviti 4:
• Geran Kerajaan dilaburkan tanpa kelulusan Kementerian Kewangan
(Isu ketidakpatuhan terhadap peraturan Kerajaan).
• Ketiadaan penetapan hasil (outcome) bagi program yang dilaksanakan
untuk menilai keberkesanan program tersebut.
• Kelewatan penyediaan kontrak perjanjian/tiada kontrak bagi program
yang dilaksanakan (Isu ketidakpatuhan terhadap SOP yang telah
diluluskan berkaitan pentadbiran kontrak).
• Dana program pembiayaan masih tidak dimanfaatkan sepenuhnya
(Menunjukkan kelemahan tadbir urus korporat dari segi pemantauan
Lembaga Pengarah terhadap pencapaian KPI).
63
2.4 CABARAN PENGAUDITAN
64
CABARAN PENGAUDITAN SYARIKAT
• KERJASAMA SYARIKAT • POLISI/PERATURAN DI
• KEMAHIRAN PEGAWAI AUDIT/
SYARIKAT KURANG JELAS
PEGAWAI BAHARU
ATAU TIADA
• PENGURUSAN MAKLUMAT
• BILANGAN SYARIKAT YANG
SYARIKAT
BANYAK
• KEPELBAGAIAN AKTIVITI
• TEMPOH MASA PENGAUDITAN
SYARIKAT/ INDUSTRI DICEBURI
VS PERKARA YANG DISEMAK
• KURANG PENDEDAHAN
TENTANG ASPEK PENGURUSAN
AKTIVITI PERNIAGAAN
SYARIKAT
65
2.5 KUIZ KESELURUHAN
66
KUIZ
Soalan 1:
Nyatakan 1 daripada 3 skop bagi pengauditan syarikat
Kerajaan.
________________________
Jawapan: Mana-mana 1 daripada 3 skop berikut:
Tadbir Urus Korporat
Pengurusan Aktiviti
Kedudukan Kewangan
67
Soalan 2:
Nyatakan 3 daripada 9 aspek penilaian tadbir urus korporat yang diaudit oleh Jabatan
Audit Negara.
i. _____________________________
ii. _____________________________
iii. _____________________________
Jawapan: Mana-mana 3 daripada 9 aspek berikut:
i. Pengerusi
ii. Lembaga Pengarah
iii. Setiausaha Syarikat
iv. Ketua Pegawai Eksekutif
v. Standard Operating Procedures
vi. Pelan Perniagaan dan Petunjuk Prestasi Utama
vii. Jawatankuasa Audit
viii. Audit Dalam
ix. Jawatankuasa Pencalonan dan Imbuhan
68
KUIZ
Soalan 3:
Berikut merupakan mandat pengauditan terhadap syarikat Kerajaan kecuali:
A. Perlembagaan Persekutuan, Perkara 106(2)
B. Seksyen 5 (1) (d) dan (f), Akta Audit 1957
C.Seksyen 5, Akta Syarikat 2016
D.Warta Kerajaan Persekutuan
Jawapan: C
69
3. KUIZ
70
1. Berikut adalah GLC KECUALI:
A. Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB)
B. Petrolium Nasional Berhad (PETRONAS)
C. Small Medium Enterprise Development Bank Malaysia Berhad (SME Bank)
D. Malayan Banking Berhad (Maybank)
Jawapan: D
2. Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) ditakrif sebagai syarikat yang mempunyai objektif
komersil utama dan di mana ____________ mempunyai kepentingan mengawal
langsung di dalamnya.
A. Lembaga Pengarah
B. Kerajaan Malaysia
C. Ketua Pegawai Eksekutif
D. Kementerian Kewangan Malaysia
Jawapan: B
71
3. Berapakah bilangan syarikat yang diwartakan dalam Perintah Audit 72
(Akaun Syarikat) 2017 [P.U.(A) 294]?
A. 1,858
B. 1,855
C. 1,585
D. 1,558
Jawapan: A
4. Objektif pengauditan dijalankan adalah untuk menilai sama ada
______________ syarikat tercapai melalui amalan tadbir urus korporat
syarikat yang baik; pengurusan aktiviti telah dilaksanakan dengan cekap,
berhemat dan berkesan; dan kedudukan kewangan yang kukuh.
A. Objektif penubuhan
B. Petunjuk prestasi utama
C. Keuntungan perniagaan
D. Outcome
Jawapan: A
5. Amalan terbaik tadbir urus korporat yang dirujuk semasa pengauditan 73
termasuklah:
Malaysian Code on Corporate Governance (MCCG) 2017
The Green Book – Enhancing Board Effectiveness (April 2006)
Garis Panduan Ahli Lembaga Pengarah Lantikan Menteri Kewangan
(Diperbadankan) Disember 2014
Panduan tadbir urus daripada Chartered Institute of Internal Auditor
A. i dan ii sahaja
B. i, ii dan iii sahaja
C. i, ii dan iv sahaja
D. Semua di atas
Jawapan: D
6. Skop pengauditan bagi pengurusan aktiviti merangkumi prestasi dan
pelaksanaan aktiviti syarikat.
Betul
Salah
Jawapan: Betul
7. Terdapat 3 jenis nisbah sahaja yang dinilai semasa membuat analisis
nisbah iaitu nisbah kecekapan, nisbah keuntungan dan nisbah kestabilan.
Betul
Salah
Jawapan: Salah (Terdapat 4 jenis nisbah temasuk nisbah kecairan)
8. Pengauditan syarikat menggunakan data bukan kewangan dan
kewangan.
Betul
Salah
Jawapan: Betul
74
9. Padankan skop audit dengan contoh isu/kelemahan yang berkaitan
dengannya.
75
Lengkapkan aspek yang sepadan dengan elemen penilaian tadbir urus korporat berikut:
ASPEK ELEMEN PENILAIAN
i. ______________ Sistem dan prosedur diwujudkan, diluluskan dan
dipatuhi.
ii. ______________
iii. Menilai keberkesanan proses pengurusan risiko, kawalan
iv. Pengerusi dalaman dan tadbir urus
Pelan Perniagaan &
v. Petunjuk Prestasi Pelantikan, tugas dan peranan
vi. Utama (KPI) Pelan perniagaan dan KPI disediakan untuk mencapai
vii. ______________ objektif penubuhan syarikat
viii. Ketua Pegawai
ix. Eksekutif Tugas, peranan dan komposisi
______________
Pelantikan, tugas dan tanggungjawab
______________
Menilai dan memberi syor terhadap kawalan dalaman
Jawatankuasa
Pencalonan dan Fungsinya dalam menasihati Lembaga Pengarah
Imbuhan berkaitan tadbir urus korporat
Pelantikan dan keberkesanan Ahli Lembaga Pengarah
serta perkara berkaitan imbuhan Lembaga Pengarah dan
pengurusan kanan syarikat
Jawapan:
i= Standard Operating Procedures
ii= Audit Dalam
76
4. RUMUSAN
77
RUMUSAN
Secara keseluruhan anda telah mempelajari:
• Tujuan pengauditan terhadap Syarikat Kerajaan adalah
untuk menilai sama ada objektif penubuhan syarikat telah
dicapai.
• Pengauditan dibuat merangkumi tiga (3) skop iaitu tadbir
urus korporat, aktiviti dan kedudukan kewangan.
78
Secara kesimpulannya, apakah yang anda telah pelajari sepanjang
mengikuti kursus ini?
Selepas saya mengikuti kursus ini, maka saya telah mempelajari/
memahami beberapa perkara iaitu:
• Komen peserta (ruang komen)
79
Terima Kasih
80