KOLEJ Buletin Pengajian
VOKASIONAL Malaysia
SUNGAI
PETANI 1
Pendudukan jePun di tanah Melayu
1941 - 1945
Latar Belakang Sejarah Awal
Negara
Faktor-faktor Jepun Berjaya
Menakluki Tanah Melayu
Corak Pentadbiran Jepun Di
Tanah Melayu
Kesan-Kesan Pendudukan
Jepun
Iktibar Daripada Peristiwa
Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu
Sesebuah negara atau bangsa itu perlu sentiasa bekerjasama untuk mempertahankan
negara tercinta dan identiti sendiri daripada jajahan negara luar walaupun masa dan
persekitaran sentiasa berubah.
Sidang Pengarang
Nama: Micheal Suthid A/L Suchib
Kursus: 1 DVM ISK
Kolej: Kolej Vokasional Sungai Petani 1
Penghargaan
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan kesyukuran terhadap Tuhan kerana telah
mengurniakan saya kesihatan dan petunjuk untuk menyediakan buletin ini dengan
sempurna.
Hak Cipta
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenar mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel,
ilustrasi dan isi kandungan buletin ini dalam apa juga bentuk dengan cara apa jua sama ada
secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin
bertulis.
Maklum Balas
Sebarang maklum balas dan cadangan boleh dihantar melalui email di alamat
[email protected]
Latar Belakang Sejarah
Awal Negara
- Pendudukan Jepun
Penjajahan Jepun di Tanah Melayu merupakan satu turutan
pertempuran yang singkat tetapi sengit dan merupakan satu detik
perubahan antara pemerintah British kepada pemerintah Jepun. Ini
merupakan konsep baru yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran
orang-orang Melayu umum iaitu pemerintahan bangsa lain selain
daripada mereka yang berkulit putih sebelum ini. Pertempuran ini
membabitkan tentera negara-negara Komanwel, terdiri daripada
British, India, Australia dan penduduk Melayu dari pasukan Negeri-
negeri Melayu Bersekutu, dengan Tentera Empayar Jepun bermula
dari 8 Disember 1941 sehingga 31 Januari 1942 semasa Perang Dunia
II. Pemerintahan Jepun telah meninggalkan kesan yang mendalam
terhadap penduduk di Tanah Melayu akibat daripada dasar-dasar yan
telah dilaksanakan oleh tentera Jepun di negara ini.
vv
Sikap Pihak Barat
Perang Dunia Persediaan Dan
Kedua Perancangan
Jepun
Faktor-Faktor Jepun
Berjaya Menakluki
Tanah Melayu
Penyebaran Anti- Semangat Juang
Dakyah British Yang Tinggi
Kelengkapan Kelemahan
Senjata Perang Tentera British
Jepun
Faktor-faktor Jepun Berjaya
Menakluki Tanah Melayu
Perang Dunia Kedua Sikap Pihak Barat Persediaan dan Perancangan Jepun
British lebih menumpukan perhatian British begitu yakin dengan Penubuhan Perisikan Khas telah
kemampuan tentera laut dan udara berjaya mendapatkan maklumat
kepada perperangan di Eropah. mereka yang dianggap bahawa ianya kekuatan tentera British di Tanah
boleh menandingi kekuatan tentera Melayu dan memudahkan pihak
British membantu Rusia, Perancis Jepun dengan mudah. British cukup Jepun untuk merancang strategi.
yakin dengan adanya kedua-dua Jepun telah menghantar perisik
dan Belanda. Tanah Melayu terbiar kapal perang mereka. Pihak Jepun untuk menjalankan pengintipan.
telah berjaya menenggelamkan Maklumat ini digunakan oleh tentera
dan membuka peluang kepada Jepun kapal-kapal tersebut, ianya telah Jepun untuk mengkaji kedudukan
mengaibkan pihak British yang pertahanan Tanah Melayu sebelum
menyerang. Menyerahkan terkenal sebagai kuasa laut pada melakukan serangan.
Perang Dunia Pertama.
pertahanan di Timur kepada
Penyebaran Anti-Dakyah British
Amerika Syarikat. Pengeboman
Jepun telah berjaya menyebarkan
Pearl Habour telah melumpuhkan dakyah anti-British dalam kalangan
askar India yang berkhidmat dengan
terus pertahanan di Timur British di Tanah Melayu untuk
meninggalkan khidmat mereka
melalui Doro Nawa. Jepun telah Kelengkapan Senjata Perang Jepun
berjaya untuk menarik orang India
untuk bekerjasama dan berjanji Jepun mengadun kekuatan tentera
untuk membebaskan India dari
jajahan British. Jepun berjaya laut, udara dan darat. Tentera udara
mempengaruhi golongan nasionalis
radikal daripada Kesatuan Melayu Jepun mengambil kira jarak dan
Muda (KKM) di bawah pimpinan
Ibrahim Hj. Yaakob. sasaran, menggunakan kapal terbang
Kelemahan Tentera British pejuang yang lebih moden daripada
Tentera British di Tanah Melayu dan British, meberi perlindungan kepada
Singapura kurang terlatih dan kurang
berpengalaman. Mereka bukan orang kapal pengebom, bantuan
tempatan dan tidak mempertahankan
Tanah Melayu dengan besungguh- perlindungan kepada pesawat-
sungguh. British hanya bergantung
kepada dua buah kapal perangnya pesawat pengangkut dan logistik,
iaitu Prince of Wales dan Repulse.
Pertahanan British hanya bergantung tembakan meriam daripada kapal-
kepada tiga pasukan tentera 89,000
orang berbanding Jepun yang kapal pemusnah dan diperkuat
memiliki sebanyak 150,000 orang
tentera. dengan bekalan peluru, makanan dan
ubat-ubatan.
Semangat Juang Yang Tinggi
Unsur moral dan semangat juang
yang tinggi dalam kalangan tentera
Jepun. Pihak Jepun bukan sahaja
memiliki kekuatan dari segi bilangan
tetapi mereka sangat terlatih dan
mempunyai semangat juang yang
dan disiplin yang tinggi. Tentera
Jepun juga menganggap perjuangan
mereka itu adalah perjuangan untuk
Negara dan Maharaja.
Corak Pentadbiran Jepun di
Tanah Melayu
1. Dalam bidang politik, Jepun telah menyatukan pentadbiran Tanah Melayu dengan Sumatera
dengan ditadbirkan menerusi ibu pejabat mereka di Singapura. Bagi memastikan agar tidak
berlaku pemberontakan sebuah lagi pasukan tentera telah dibentuk. Satu pasukan polis tentera
yang dikenali sebagai ‘kempetei’ telah ditubuhkan bagi mengambil tugas polis.
2. Sebuah mahkamah tentera ditubuhkan pada 1943 unutk membicarakan kes politik.
3. Bagi mendapatkan sokongan rakyat, kedudukan raja-raja Melayu telah dikekalkan dan
dijadikan penasihat berhubung dengan hal-ehwal agama. Mereka dijanjikan elaun sepertimana
sebelum perang, walaupun bayaran tersebut tidak pernah dibuat sepenuhnya.
4. Satu Majlis Penasihat Negeri telah ditubuhkan dengan keanggotaannya terdiri daripada
wakil semua kaum. Sultan hanya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi atau penasihat kepada
residen Jepun yang menjadi pengerusi. Bagi mendapat sokongan penduduk Tanah Melayu,
pelbagai pertubuhan kebajikan bagi kaum berlainan ditubuhkan tetapi tidak mendapat
sokongan.
5. Bagi meraih sokongan pemerintah Siam, tentera Jepun telah menyerahkan negeri Kedah,
Perlis, Kelantan dan Terengganu kepada Siam.
6. Dalam usaha untuk memastikkan orang Melayu memberi sokongan kepada pemerintah
Jepun, tentera Jepun telah membebaskan tahanan politik yang ditahan semasa pemerintahan
British yang telah kembali menghidupkan Kesatuan Melayu Muda (KKM) yang dipimpin
Ibrahim Yaacob. Walaupun begitu, pihak Jepun telah mengharamkan KKM pada 1942 kerana
gerakan ini mula menunjukkan sikap penentangan terhadap pemerintah Jepun.
Kesan Politik Kesan-Kesan Pendudukan
Kesan Ekonomi Jepun
Kesan Sosial Pendudukan Jepun telah memberi kesedaran kepada masyarakat
tempatan untuk mencapai kemerdekaan. Hal ini kerana, Jepun
menggunakan propaganda ‘Asia untuk orang Asia’.
Orang melayu dapat banyak pengalaman dalam bidang
pentadbiran. Oleh itu, mereka berkeyakinan mentadbir negara
sendiri.
Masyarakat tempatan juga mendapat kesedaran tentang
kelemahan orang British. Kekuatan British selama ini telah
tercabar apabila dikalahkan oleh kuasa Asia.
Pendudukan Jepun telah melahirkan semangat nasionalisme
dalam kalangan masyarakat tempatan. Kaum cina juga giat
meyertai politik iaitu (PKM) kerana parti ini jelas menentang
Jepun.
Tanah melayu menghadapi kemerosotan ekonomi peringkat
individu dan juga keluarga. Harta benda terpaksa dibelanjakan
untuk memperoleh makanan dan keperluan.
Perusahaan bijih timah dan getah yang pesat sebelum ini
merosot dan hampir terhenti ekoran daripada kerosakan dan
kemusnahan yang berlaku pada lombong, ladang dan kilang.
Kerosakan ini disebabkan serangan Jepun untuk menakluki
Tanah Melayu.
Banyak barang keperluan utama tidak dapat diperolehi seperti
tekstil dan ubat-ubatan. Hal ini menyebabkan barang menjadi
mahal dan tidak mampu dimiliki orang ramai.
Nilai mata wang turut jatuh dengan pesat dan teruk. Mata wang
(Daun Pisang) yang diperkenalkan oleh Jepun pada waktu itu
adalah tidak ternilai kerana pencetakan yang tidak terkawal.
Penindasan terhadap orang cina. Hal ini kerana pada waktu itu,
Jepun sedang bermusuhan dengan negara China. Lebih-lebih lagi
masyarakat cina di negara kita masih lagi berhubungan ddengan
negara China.
Ramai pemuda negara kita terpaksa menjadi buruh paksa untuk
membina landasan kereta api maut yang menghubungkan negara
Thailand dan Burma. Ramai dari kalangan pekerja telah mati
akibat serangan penyakit dan kebuluran.
Negara mengalami masalah kekurangan beras ekoran sistem
perdagangan antarabangsa yang kacau bilau, kekurangan sumber
beras menyebabkan masyarakat di Tanah Melayu bergantung
kepada sumber makanan lain iaitu ubi kayu.
Penduduk juga mengalami masalah kesihatan kerana kekurangan
ubat-ubatan dan makanan berzat.
Iktibar Daripada Peristiwa
Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu
Sesebuah negara atau bangsa itu perlu mempertahankan identiti
sendiri, walaupun masa dan persekitaran sentiasa berubah.
Penjajahan memberikan banyak kesan negatif kepada negara
bangsa.
Rakyat yang tidak bersatu padu dan tidak taat kepada negara akan
menyebabkan negara itu dijajah.
Sesuatu bangsa itu perlu mempunyai ilmu yang secukupnya agar
minda mereka tidak mudah terpengaruh dengan dakyah asing.
Ilmu penting untuk mengangkat martabat sesuatu bangsa.
Setiap individu perlu mengetahui asal-usul bangsanya sendiri
untuk melahirkan perasaan sayang kepada negara.
Kita perlu berusaha keras untuk memastikan kedaulatan negara
sentiasa terpelihara.
Lampiran
Sumber Rujukan
https://penjajahanjepundkm1c.weebly.com/blog/penjajahan-jepun-di-
tanah-melayu
http://jajahanjepun.blogspot.com/2015/09/kesan-penjajahan-
jepun.html?m=1
https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Penjajahan_Jepun_di_Tanah_Melayu