CADANGAN LAPORAN
RAHMAN TALIB (1960)
MEMBERI KESAN
KEPADA
PEMBENTUKAN
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Disediakan oleh
Zulaikha binti Ahmad Kamal Azira
Nur Naim Nabila binti Mohd Sariff
NUr Auni binti MD. Azman
KATA ALUAN
Assalamualaikum warahamatullahi wabarakatuh dan salam
sejahtera.
Terlebih dahulu terima kasih kepada Puan Zakirah Imana Ho binti Abdullah
atas bimbingan dan tunjuk ajar sehingga berjaya menghasilkan naskhah
Cadangan Laporan Rahman Talib (1960) Memberi kesan kepada
pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sekalung penghargaan
diucapkan kepada Zulaikha binti Ahmad Kamal Azira, Nur Naim Nabila binti
Mohd Sariff dan Nur Auni binti Md.Azman atas kerjasama menghasilkan
produk ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk mencoretkan
sepatah dua kata dalam naskah ini.
Pada tahun 1979, selepas terbitnya laporan Jawatankuasa Kabinet yang
meneliti Pelaksanaan Dasar Negara, berdasarkan dokumen dasar dan
berdasarkan tiga ideologi negara iaitu Rukun Negara, Dasar Ekonomi Baru
(Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980), dan Dasar Pendidikan Kebangsaan,
tercetusnya idea menggubal Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Laporan ini
mengkaji Pelaksanaan Dasar Negara, berdasarkan dokumen dasar dan
berdasarkan tiga ideologi negara (1999). Semasa penggubalan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan , aspek yang diambil kira adalah keperluan manusia,
masyarakat, dan negara secara keseluruhannya. Maka, segala usaha
pendidikan dan kesarjanaan di Malaysia hendaklah dijalankan mengikut
Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Dalam naskah ini, kami akan menganalisis kesan Laporan Rahman Talib
terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Kepada pembaca naskhah
ini, semoga beroleh manfaat yang tidak terhingga.
Sekian, terima kasih.
ISI
KANDUNGAN
LAPORAN 2-3
RAHMAN
TALIB (1960)
PENGENALAN
CADANGAN LAPORAN
RAHMAN TALIB (1960)
FALSAFAH 4-7
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
PENGENALAN
KANDUNGAN FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
PERKAITAN LAPORAN 8-20
RAHMAN TALIB (1960) DAN
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN)
CADANGAN PENEKANAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
LAPORAN RAHMAN DAPAT MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU SELARI
TALIB (1960) MELAHIRKAN TENAGA MAHIR YANG BERKUALITI
MEMBERI KESAN
KEPADA PELUANG PENDIDIKAN DIBERIKAN SECARA AUTOMATIK
PEMBENTUKAN MELAHIRKAN RAYAT MALAYSIA YANG BERILMU
FALSAFAH PENGETAHUAN
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN BAHASA KEBANGSAAN MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG
BERILMU PENGETAHUAN SERTA MEMBERI SUMBANGAN
TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN
PENDIDIKAN MORAL DAN KEAGAMAAN MELAHIRKAN RAKYAT
YANG BERAKHLAK MULIA SERTA RAKYAT YANG PATUH DAN
PERCAYA KEPADA TUHAN.
RUMUSAN 21-24
LAPORAN
RAHMAN
TALIB (1960)
1
LAPORAN RAHMAN TALIB (1960)
JUN 1960 , JAWATANKUASA
PENYEMAK DASAR PELAJARAN
KEBANGSAAN DITUBUHKAN
DIPENGERUSIKAN OLEH ABDUL
RAHMAN TALIB , MENTERI
PELAJARAN PERSEKUTUAN TANAH
MELAYU
MENYEMAK SEMULA PELAKSANAAN
DASAR PELAJAR KEBANGSAAN
SEPERTI TERMAKTUB DALAM
PENYATA RAZAK
MEMPERBAIKI SISTEM PENDIDIKAN
DI PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
2
CADANGAN LAPORAN RAHMAN
TALIB 1960
Pemulaan ke arah pelaksanaan bahasa Malaysia
sebagai bahasa pengantar utama dan proses
penukaran bahasa pengantar .
Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang
sama walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah ,
menengah dan menengah atas
Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan
vokasional untuk memenuhi keperluan tenaga mahir
Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan
keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai
teras
Mewujudkan kelas peralihan bagi membantu
meningkatkan penguasaan bahasa bagi pelajar dari SJK
(C) dan Tamil (T)
Kenaikan pelajar ke darjah berikutnya secara
automatik
3
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
4
FALSAFAH PENDIDIKAN
KEBANGSAAN (FPK)
PENDIDIKAN DI MALAYSIA ADALAH SUATU USAHA
BERTERUSAN KE ARAH MEMPERKEMBANGKAN LAGI
POTENSI INDIVIDU SECARA MENYELURUH DAN
BERSEPADU UNTUK MEWUJUDKAN INSAN YANG
SEIMBANG DAN HARMONIS DARI SEGI INTELEK,
ROHANI,EMOSI DAN JASMANI BERDASARKAN
KEPERCAYAAN DAN KEPATUHAN KEPADA TUHAN.
USAHA INI ADALAH BAGI MELAHIRKAN RAKYAT
MALAYSIA YANG BERPENGETAHUAN,
BERKETRAMPILAN, BERAKHLAK
MULIA, BERTANGGUNGJAWAB DAN BERKEUPAYAAN
MENCAPAI KESEJAHTERAAN DIRI SERTA MEMBERI
SUMBANGAN TERHADAP KEHARMONIAN DAN
KEMAKMURAN KELUARGA, MASYARAKAT DAN
NEGARA.
5
Pendidikan adalah satu usaha berterusan
Pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu dan kemahiran serta
penyerapan nilai murni.
Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan
sepanjang hayat.
Memperkembangkan lagi potensi induvidu
Potensi ialah bakat dan kebolehan yang dimiliki oleh manusia sejak
dilahirkan.
Bakat dan kebolehan meliputi aspek-aspek seperti intelek, rohani,
emosi dan jasmani seseorang.
Insan yang seimbang dan harmonis
Merupakan insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir,
mempunyai kepercayaan kepadaTuhan, mempunyai jiwa dan
fikiran yang tenteram, tubuh badan sihat dan cergas, serta
kematangan emosi dan sosial.
Perkembangan Potensi Secara Menyeluruh dan Bersepadu
Semua potensi diri dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
disepadukan bagi menguasai kemahiran dan bidang ilmu.
Nilai-nilai murni juga perlu disepadukan demi memenuhi
keperluannya kehidupan.
Kepercayaan dan Kepatuhan kepada Tuhan
Menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas
perbuatan diri sendiri
Melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan;.
6
Rakyat Malaysia yang Berilmu Pengetahuan
Mencintai ilmu pengetahuan
Sentiasa berusaha menyebarkan dan meningkatkan ilmu
pengetahuan
Berusaha menambah ilmu pengetahuan
Rakyat Malaysia yang Berakhlak Mulia
Menyedari kesan dan akibat;
Menghayati nilai kerohanian kemanusiaan dan kewarganegaraan
Mempunyai keyakinan terhadap nilai murni;
Mengamalkan perlakuan baik
Rakyat Malaysia yang Bertanggungjawab
Menyedari tugas dan tanggungjawab
Sentiasa berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa,
agama dan negara]
Meningkatkan daya pengeluaran
Rakyat Malaysia yang Berketrampilan
Berilmu pengetahuan dan berkelayakan
Mempunyai kemahiran yang sesuai dalam pelaksanaan tugasnya
Dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna
Rakyat Malaysia yang Berkeupayaan Menikmati
Kesejahteraan Diri
Berfikiran waras dengan tubuh badan yang sihat dan jiwa yang
tenang;
Mempunyai kemahiran untuk mewujudkan perhubungan baik.
Rakyat Malaysia yang Dapat Memberi Sumbangan
Memupuk keharmonian dan kerjasama keluarga.
Menghayati dan mengamalkan prinsip- prinsip Rukun Negara
Bersemangat patriotik dan cintakan negara
7
PERKAITAN LAPORAN
RAHMAN TALIB (1960)
DAN FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
8
BAHASA KEBANGSAAN MELAHIRKAN
MASYARAKAT YANG BERILMU
PENGETAHUAN SERTA MEMBERI
SUMBANGAN TERHADAP
KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN
LAPORAN RAHMAN FALSAFAH
TALIB PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Bahasa Melayu
berfungsi sebagai Melahirkan
bahasa pengantar di masyarakat Malaysia
semua peringkat yang berilmu
sekolah menengah pengetahuan
kebangsaan dan Rakyat Malaysia yang
institusi pengajian Dapat Memberi
tinggi Sumbangan
9
1) BAHASA KEBANGSAAN MELAHIRKAN MASYARAKAT YANG
BERILMU PENGETAHUAN SERTA MEMBERI SUMBANGAN
TERHADAP KEHARMONIAN DAN KEMAKMURAN
Berdasarkan cadangan daripada Laporan Rahman Talib yakni bagi
menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di semua peringkat
sekolah kebangsaan, sekolah menengah kebangsaan dan di institusi
pengajian tinggi. Justeru bagi merealisasikan matlamat itu, dalam
peperiksaan awam dijalankan dalam Bahasa Melayu dan kertas Bahasa
Melayu diwajibkan lulus sebelum masuk ke sekolah menengah. Jika diteliti
dalam kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang mana
pendidikan ingin melahirkan masyarakat Malaysia yang berilmu
pengetahuan serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
skyMaaeemnbnLgacaoenVorm.lienvgumsaHessemacniuaputaeesrlstuiniruanmLarcsiaapcdeddopokbinelpoaosaimrsenrcgcsaitiniatenksgatiiuimeaRsbrltnieaaute.trh,hkmnmaae.srpaaaennpraTse,eanpklgieobamlnayahtbanaurgnddadsayeinparaaapkgneaapiimlemdr,auipklasedmanaaglaAngmkustneakkaePoahenlaildahbujaayphraaaannnsga1961
akan menjadikan kemasyarakatan menjadi lebih utuh dan harmonis
(Subiyakto & Mutiani, 2019) di samping menyemai perpaduan dengan
menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar (Bin, 2011).
Buktinya, berdasarkan Kerangka Standard Bahasa Melayu (KSBM)
dibangunkan untuk mengadakan piawaian Bahasa Melayu bagi
menentukan tahap pemerolehan dalam kalangan pengguna sama ada
penutur jati atau sebagai bahasa kedua, dalam Sijil Pelajaran Malaysia
(SPM) berlaku peningkatan 5.6% daripada tahun 2013 berbanding 2020.
Dalam sistem pendidikan di Malaysia, seperti yang termaktub dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) kurikulum dibina agar melahirkan
masyarakat majmuk yang memberi sumbangan terhadap keharmonian
dan kemakmuran masyarakat dan negara melalui pelaksanaan
penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Pengantar khususnya di
semua peringkat pengajian.
10
PENEKANAN KEPADA PENDIDIKAN
TEKNIK DAN VOKASIONAL DAPAT
MEMPERKEMBANGKAN POTENSI
INDIVIDU SELARI MELAHIRKAN
TENAGA MAHIR YANG BERKUALITI
LAPORAN RAHMAN
TALIB
Penekanan kepada
pendidikan teknik
dan vokasional untuk
memenuhi keperluan
tenaga mahir
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Memperkembang
kan lagi potensi
individu
11
2) PENEKANAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
DAPAT MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU SELARI
MELAHIRKAN TENAGA MAHIR YANG BERKUALITI
Laporan Rahman Talib (1960) turut mengemukakan
cadangan bagi memberikan penekanan kepada
pendidikan teknik dan vokasional bertujuan memenuhi
keperluan tenaga mahir. Hal ini , dapat diperkaitkan
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang membawa
kandungan iaitu bagi memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh . Potensi seseorang individu
dapat didefinisikan sebagai satu bakat atau kebolehan
,yraonhLcogVoarienvnmsaaemicidputdessatuuaamrcnacdddooinialponsirselctacsitientemgatlumeerliekut.tdr,.niar. i mereka dari segi jasmani , emosi
Menurut Khairul (2011) dalam rancangan Malaysia kedua
(1971-1975) negara kita telah menumpukan bagi
memperbaiki kualiti pelajaran bertujuan melahirkan
masyarakat yang maju yang membawa asas sains dan
teknologi moden . Perkara ini , jelas menunjukkan bahawa
pelajaran yang diorientasikan dalam Pendidikan Teknik
dan vokasional dapat memperkembangkan potensi
individu sepenuhnya sejurus memenuhi isi kandungan
yang dikemukakan dalam Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
12
2) PENEKANAN KEPADA PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL
DAPAT MEMPERKEMBANGKAN POTENSI INDIVIDU SELARI
MELAHIRKAN TENAGA MAHIR YANG BERKUALITI
Selain itu , impak yang positif yang dapat dilihat daripada
penekanan pendidikan teknik dan vokasional ini terhadap
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menginginkan
potensi individu diperkembangkan adalah telah ramai
graduan lulusan tvet ini berjaya menempatkan diri dalam
dunia industri. Sebagai contoh , menurut Zairulniza (2020)
,sebanyak 3.6 peratus potensi pasaran graduan
meningkat pada tahun 2019 berbanding 2018 dengan
dmmaeenLnncoVormgiienvnmsaaemgecimputklessatuabuamnrctiackjdlduooainlpotsinrskeccksaitinteignkartumeaerlieputm.tr,enaan.ghgraairdjaiaunna.nkepayadnag sudah bekerja ,
bidang lebih spesifik
Data statistik telah menunjukkan bahawa , perkara yang
dibawa dalam Laporan Rahman Talib (1960) berkaitan
memfokuskan pendidikan tvet ini memberikan kesan
menyeluruh kepada perkara yang terkandung dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ini mempergiatkan
lagi potensi individu supaya mampu menyeimbangkan
dari segi jasmani ,emosi , rohani dan intelek . Hal ini
malahan memberi kesan positif terhadap sistem
pendidikan di Malaysia yang menyasarkan dapat
melahirkan individu yang berkemahiran tinggi dalam
pelbagai bidang.
13
PELUANG PENDIDIKAN DIBERIKAN
SECARA AUTOMATIK MELAHIRKAN
RAKYAT MALAYSIA YANG BERILMU
PENGETAHUAN
LAPORAN RAHMAN
TALIB
Kenaikan pelajar ke
darjah berikutnya
secara automatik
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Pendidikan ialah
satu usaha
berterusan
Melahirkan rakyat
beilmu
pengetahuan
14
3) PELUANG PENDIDIKAN DIBERIKAN SECARA AUTOMATIK
MELAHIRKAN RAYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN
Seterusnya, Laporan Rahman Talib (1960) juga turut
mencadangkan supaya kenaikan secara automatik
dilakukan dalam bidang pendidikan. Cadangan ini
menerangkan bahawa , kenaikan murid – murid ke darjah
berikutnya boleh dilaksanakan secara automatik jika
mereka belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah
bantuan kerajaan. Peluang yang diberikan di sekolah
rendah dan menengah diberikan secara automatik iaitu
StsieegmlaaLcoibtVornaienvimsalhemaciiuputntessuntuuamrctbacadjdouoehinlposgriursepcacsintintee,gatulmeurpmlieuta.ter,nenlaun.gaudnnigtsuetpkeodllaiajhsaermkoteelnalaehhnrgedanihbd.earhikamnanseackaarlaa
percuma kepada semua sekolah rendah tanpa mengira
bahasa pengantarnya sama ada bahasa melayu , cina atau
bahasa inggeris. Perkaitan yang dapat dilihat daripada
cadangan yang dikemukakan dalam laporan ini dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah isi kandungan
falsafah ini membawa aspek bahawa pendidikan ialah
satu usaha berterusan. Hal ini, jelas menunjukkan bahawa
Laporan Rahman Talib (1960) membawa cadangan ini bagi
membentuk satu peluang pendidikan yang secara terus
akan berlaku bagi melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan.
15
3) PELUANG PENDIDIKAN DIBERIKAN SECARA AUTOMATIK
MELAHIRKAN RAYAT MALAYSIA YANG BERILMU PENGETAHUAN
Di samping itu, kesan Laporan Rahman Talib kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan adalah lahirnya individu yang berpotensi
seperti yang terkandung dalam falsafah tersebut yang merujuk
kepada perkembangan potensi secara menyeluruh dan
bersepadu dari segi jasmani, rohani, intelek dan emosi yang
disatukan bertujuan memudahkan penguasaan dalam bidang
kemahiran dan juga bidang ilmu. Hal ini kerana, apabila
seseorang individu tersebut didedahkan sepenuhnya kepada
bidang pendidikan mereka berupaya untuk meningkatkan ilmu
pengetahuan dan potensi diri mereka selari dengan penerapan
nilai – nilai murni dalam kehidupan seharian sekaligus juga dapat
pdmiererilkamLahcoVroeriienarvrmsakeemyacikputanesastunuamsrcgineacddoonsdinlpaotisitrseinaiccsnitinsteggyataumegarlmieanut.trl,gnakaaj.usnekidmei hbbaaednlaagkpadannagn.
harmonis di mana tiada
mereka bagi memastikan
Secara keseluruhannya, kita dapat melihat bahawa apabila
berlakunya kenaikan secara automatik dalam skop persekolahan
dan pendidikan diberikan secara percuma tanpa mengira bahasa
pengantar , setiap individu berpeluang menumpukan pelajaran
mereka dengan lebih konsisten. Hal yang demikian dapat
dibuktikan dalam Laporan Tahunan 2020 berkaitan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia di mana terdapat penurunan
peratus keciciran murid dari tahun 2016 – 2020 ( Yusran ,2021).
Ini jelas menunjukkan bahawa cadangan yang dibawa oleh
Laporan Rahman Talib ini telah menjadikan sistem pendidikan
pada masa kini disama ratakan kepada setiap individu dan
menunjukkan pendidikan itu seharusnya berlaku secara terus
menerus.
16
PENDIDIKAN MORAL DAN KEAGAMAAN
MELAHIRKAN RAKYAT YANG
BERAKHLAK MULIA SERTA RAKYAT
YANG PATUH DAN PERCAYA KEPADA
TUHAN.
LAPORAN RAHMAN
TALIB
Mata pelajaran
akhlak.
Penekanan kepada
Pendidikan Moral
dan keagamaan.
FALSAFAH
PENDIDIKAN
KEBANGSAAN
Melahirkan rakyat
yang berakhlak
mulia.
Kepercayaan dan
kepatuhan
kepada Tuhan.
17
4) PENDIDIKAN MORAL DAN KEAGAMAAN MELAHIRKAN RAKYAT
YANG BERAKHLAK MULIA SERTA RAKYAT YANG PATUH DAN
PERCAYA KEPADA TUHAN.
Akhir sekali, Laporan Rahman Talib 1960 memberi penekanan
kepada pendidikan moral dan keagamaan untuk keperluan
kerohanian sebagai teras dalam hidup. Penekanan kepada
pendidikan moral dan keagamaan ini sangat penting bagi
membentuk rakyat yang berakhlak mulia, patuh dan percaya
kepada tuhan selari dengan objektif Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK).
Antara cadangan Laporan Rahman Talib 1960 bagi memberikan
penekanan kepada pendidikan moral dan keagamaan adalah
msmkeeeekpLwmocoaVorldaienavpmsajaheeimbcip.rutmekskstuaueamurcnnaLrcdadoioadinllpopkssi-rsemaoeccsitinnkrteugaatoumernrlliiaemutd.trh,Rnaaba.theamrmaeagpmnaemblTaeaajarliirIkbsaalnan1m96ap0akephmnaladbekiindlagikdeatlaeunlraadmrakapaganaptmae1kan5tdaiodIysrilaakaannmngg
murid atau lebih yang beragama Islam di sekolah tersebut.
Cadangan ini direalisasikan dengan membuka kelas mata
pelajaran Pendidikan Islam bagi murid yang beragama Islam dan
Pendidikan Moral bagi murid yang bukan beragama Islam. Setiap
murid wajib mengikuti salah satu kelas tersebut mengikut kategori
mereka.
Berpandukan Laporan Rahman Talib 1960, Falsafah Pendidikan
Kebangsaan turut menekankan aspek jasmani,rohani,emosi dan
intelek. Antara salah satu usaha bagi melahirkan rakyat Malaysia
yang berakhlak mulia, FPK telah menggariskan aspek kepercayaan
dan kepatuhan kepada tuhan dalam sistem pendidikan.
18
4) PENDIDIKAN MORAL DAN KEAGAMAAN MELAHIRKAN RAKYAT
YANG BERAKHLAK MULIA SERTA RAKYAT YANG PATUH DAN
PERCAYA KEPADA TUHAN.
Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan ini sangat penting bagi
setiap individu agar mempunyai panduan dalam hidup mereka. Hal ini
dapat menerapkan nilai positif dalam masyarakat terutamanya pelajar
untuk mengawal diri mereka daripada melakukan perkara yang tidak
baik dan sentiasa bermotivasi untuk melakukan kebaikan. Menurut
Siti Khadijah et al (2021), sahsiah pelajar yang berkualiti dapat
dilahirkan apabila sekolah menerapkan etika dan nilai murni ketika
sesi pembelajaran abad ke-21 (PAK-21) terutamanya ketika sesi
pendidikan agama dan moral. Individu yang mempunyai kepercayaan
dykkaeeanppngeeLcorrkVorcceienvaalmsapeeyymacibaaputtesisaautuhuannmhrc acdadodobndinlpaosaairsenikcncskitinetegkatpumekeralbeieputd.terp,anaraatb.uttauhunhahdanainnnkgekmpeeampmdaeadpraeutkunathyuaahinyaaaniknn.hgilJaawkdtaiidj,dajaearkllnaashblamudhdeitmiebrppaaeuhpknakewyarantaii
dalam diri semua individu dan hal ini juga turut terkandung dalam
prinsip Rukun Negara.
Selain itu juga, pembukaan kelas Pendidikan Islam dan Pendidikan
Moral iaitu cadangan daripada Laporan Rahman Talib, dapat
melahirkan rakyat yang berakhlak mulia. Hal ini seiring dengan hasrat
yang terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Rakyat yang
berakhlak mulia pasti mempunyai semangat kewarganegaraan dan
perpaduan yang tinggi. Jadi, keamanan dan persepaduan negara
dapat dicapai dengan lebih mudah apabila adanya persefahaman
dalam kalangan rakyat. Menurut Sabilan et al (2018) nilai ini perlulah
diterapkan di sekolah agar negara kita dapat melahirkan rakyat yang
berdisiplin, berakhlak mulia dan juga rakyat yang cintakan negara
dimana mereka dapat mengamalkan sikap hormat-menghormati
19
4) PENDIDIKAN MORAL DAN KEAGAMAAN MELAHIRKAN RAKYAT
YANG BERAKHLAK MULIA SERTA RAKYAT YANG PATUH DAN
PERCAYA KEPADA TUHAN.
antara satu sama lain. Nilai-nilai ini sangat penting bagi membentuk
rakyat yang bersopan santun dan berbudi bahasa tanpa mengira
perbezaan kaum,agama dan bangsa. Jadi, Pendidikan Islam dan Moral
memainkan peranan yang sangat penting dalam menerapkan nilai-
nilai murni dalam diri murid dan masyarakat.
Kesimpulannya, jelaslah bahawa cadangan pembukaan kelas
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral oleh Laporan Rahman Talib
(m19uLco6lVori0iaenvmsa)emscieputsessratutuamnarc agcdpdooainlpaotsirtsecucsibtintehgeatumerdrlkieuta.ter,nnsaa.pnercdaaylaamkepmadealaThuirhkaann. rakyat yang berakhlak
20
RUMUSAN
21
NUR AUNI BINTI MD. AZMAN
Secara rumusannya, ternyata Laporan Rahman Talib memberi
kesan kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dari aspek Bahasa Kebangsaan. Cadangan-cadangan ini
merupakan tunjang panduan yang melengkapkan pembentukan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yakni dalam usaha
membangun modal insan yang lengkap dari segi intelek, rohani,
emosi, serta jasmani. Isi kandungan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan mestilah dihayati dengan jelas bagi memastikan
matlamat pendidikan yang digariskan tercapai dengan jayanya.
Jika dilihat dalam sejarah Laporan Rahman Talib 1961 adalah satu
penambahbaikan selepas kemerdekaan daripada Penyata Razak
1956.Pendidikan peninggalan penjajah beransur-ansur diubah ke
arah kebangsaan apabila Bahasa Melayu diangkat sebagai
bahasa kebangsaan dan kurikulum berbentuk kebangsaan untuk
tujuan perpaduan. Hal ini demikian kerana, wujudnya kesedaran
sistem pendidikan kebangsaan bagi menggantikan sistem
pendidikan penjajah bagi mencapai aspirasi negara maju dan
bersatu. Penambahbaikan Laporan Rahman Talib berbanding
Laporan Razak adalah penting bagi menyatupadukan kaum di
Malaysia. Jelaslah, Laporan Rahman Talib memberi kesan kepada
pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang
menyumbang melalui sistem pendidikan khususnya apabila
Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di semua institusi
pengajian untuk melahirkan pemimpin generasi baru yang
berupaya mencorak kemajuan dalam negara walaupun berbeza
bangsa.
22
NUR NAIM NABILA BINTI MOHD SARIFF
Kesimpulannya, saya dapat merumuskan bahawa
Laporan Rahman Talib 1960 ini telah banyak menyumbang
kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
sekarang. Cadangan-cadangan laporan ini telah banyak
direalisasikan melalui sistem pendidikan negara kita.
Laporan Rahman Talib 1960 turut menekankan pendidikan
moral dan keagamaan dalam pendidikan di sekolah.
Aspek ini selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan bagi melahirkan rakyat yang berakhlak mulia
dan juga rakyat yang patuh dan percaya kepada Tuhan.
Hal ini dapat dilihat apabila Pendidikan Islam dan moral
sekarang telah dilaksanakan berlandaskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan bagi menyampaikan ilmu agama
dan menerapkan nilai murni dalam diri murid secara
berterusan untuk melahirkan modal insan yang lengkap
dari segi rohani, emosi, jasmani dan intelek yang
berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Tambahan
pula, Pendidikan Islam dan Moral juga banyak
menerapkan nilai kewarganegaraan dan perpaduan di
dalam pengajarannya bagi melahirkan generasi yang
bersahsiah tinggi dan cinta akan negara dengan
memupuk nilai bersatu padu dalam diri murid. Jadi,
jelaslah bahawa Laporan Rahman Talib 1960 ini telah
menjadi satu asas kepada pembentukan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan sekarang. Hal ini telah dilakukan
bagi memantapkan lagi sistem pendidikan di negara kita
agar pendidikan negara kita sejajar dengan
perkembangan dunia teknologi sekarang.
23
ZULAIKHA BINTI AHMAD KAMAL AZIRA
Secara keseluruhannya ,saya dapat rumuskan adalah
terdapat beberapa cadangan yang dikemukakan dalam
Laporan Rahman Talib 1960 yang telah memberi kesan
kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan sekaligus
memberikan implikasi kepada sistem pendidikan. Cadangan
– cadangan yang dibawa oleh laporan ini sejajar dengan
matlamat yang dibawa oleh mereka , iaitu ingin memperbaiki
sistem Pendidikan di persekutuan Tanah Melayu dan hasilnya
cadangan ini dibawa ke dalam pembentukan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan . Sebagaimana yang disebut dalam
Laporan Rahman Talib , iaitu penekanan pendidikan teknik
dan vokasional memberikan implikasi yang positif terhadap
falsafah Pendidikan kebangsaan di mana ia membawa
perkembangan kepada sistem pendidikan selari
mengembangkan lagi potensi individu .Saya juga dapat
simpulkan bahawa ,apabila terdapatnya cadangan kenaikan
pelajar ke darjah berikutnya secara automatik hal ini
memberikan kesan iaitu dapat menjadikan atau
menunjukkan bahawa pendidikan adalah satu usaha
berterusan dan sekaligus dapat melahirkan rakyat berilmu
pengetahuan kerana tiada individu yang akan terabai
daripada skop pembelajaran. Oleh itu , sudah dapat
dibuktikan bahawa Laporan Rahman Talib 1960 telah menjadi
pengaruh utama dan memberikan kesan kepada Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
24
RUJUKAN
25
1.Kechik¹, A. A. (2011). Reformasi dalam TVET: Perubahan masa
hadapan. Journal of Edupres, 1, 336-341.
2. Mior Jamaluddin, M. K. A. (2011). Sistem pendidikan di Malaysia:
Dasar, cabaran, dan pelaksanaan ke arah perpaduan nasional.
Sosiohumanika, 4(1).
3. Alhabshi, S. O., Hakim, H., Pengurus, P., & Koporat, H. E. (2001).
Dasar dan pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan. Dibentangkan
di Kongres Pendidikan Melayu di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan
Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, pada, 1-2.
4. Jaludin, M. Z., Zainal, Z. I., & Nongkang, S. (2020). Pengalaman
Semasa Mengikuti Pengajian di Institusi TVET: Hubungannya
Terhadap Kebolehpasaran Graduan Bekerja di Kolej Komuniti
Sandakan. Politeknik & Kolej Komuniti Journal of Social Sciences and
Humanities, 5(1), 153-166.
5. anyflip.com. (2021, September 11). Laporan Tahunan PPPM 2020 -
hayatiyusof71 | Membalik PDF Dalam talian | AnyFlip. Retrieved
September 19, 2022, from https://anyflip.com/xaikr/miqx
26
6. Subiyakto, B., & Mutiani. (2019). Internalisasi Nilai Pendidikan
Melalui Aktivitas Masyarakat Sebagai Sumber Belajar Ilmu
Pengetahuan Sosial. Khazanah: Jurnal Studi Islam Dan
Humaniora,17(1), 137 – 166.
https://doi.org/10.18592/khazanah.v17i1.2885
7. bin Mior Jamaluddin, M. K. A. (2011). Sistem pendidikan di
Malaysia: Dasar, cabaran, dan pelaksanaan ke arah perpaduan
nasional. Sosiohumanika, 4(1).
8.Siti Khadijah Mohd Kamal, & Mohd Isa Hamzah. (2021). Penerapan
elemen nilai MURNI Dan ETIKA DALAM PEMBELAJARAN Abad Ke-21
DALAM KALANGAN guru PENDIDIKAN Islam SEKOLAH RENDAH [The
application of elements of moral values and ethics in 21st century
learning among primary school Islamic education teachers].
https://www.myedujournal.com/index.php/arise/article/view/67
9. Sabilan, S., Lip, S. M., Ishak, M. F., Abidin, S. Z., & Sulaiman, S. H.
(2018). Konsep penerapan dan penghayatan nilai-nilai murni
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). In Conference:
International Conference on Moslem Society 2016.
10.Mohd Sopah, F., Abdul Ghani, M., Buang, K., & Kayar, R. (2022).
Falsafah dan Perkembangan Pendidikan Di Malaysia. Bandar Puteri
Puchong: Local Publications.
27