PROGRAM GOSLIB (GO STEM IN LIBRARY) PUSAT SUMBER AL – KHWARIZMI, SMK KUNDASANG 1.0 PENGENALAN Pusat Sumber Sekolah (PSS) merupakan pusat perkhidmatan akses maklumat bersepadu yang mengandungi pelbagai sumber pendidikan dalam bentuk bahan cetak, bukan cetak dan digital. Matlamat utama pusat sumber sekolah adalah untuk memupuk tabiat membaca, literasi maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat selaras dengan aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Walaubagaimana, keadaan dan keceriaan pusat sumber sekolah menjadi faktor untuk mencorak jumlah penggunaan pusat sumber dalam kalangan murid. Kegagalan memenuhi ciri asas ini menyebabkan jumlah murid menggunakan pusat sumber adalah rendah. Menyedari peri pentingnya aspek ini, pihak pengurusan pusat sumber telah merancang dan melaksanakan satu program khusus untuk meningkatkan jumlah penggunaan pusat sumber dalam kalangan murid yang dinamakan GOSLIB. Program ini merupakan program kolaboratif diantara Pusat sumber SMK Kundasang dengan pihak Duta Guru Sabah. GOSLIB merupakan kata akronim bagi Go STEM In Library yang mana pelaksanaan Program STEM dalam pusat sumber merupakan strategi utama yang dijalankan bertujuan untuk meningkatkan jumlah penggunaan pusat sumber dalam kalangan murid. Program ini menyaksikan perubahan fizikal secara menyeluruh termasuk aspek keceriaan dan pelan lantai pusat sumber. Disamping itu, pembudayaan aspek STEM menerusi media pusat sumber turut dijalankan dan pusat sumber tidak hanya tertumpu kepada program membaca sahaja malah, pelbagai aktiviti yang bermotifkan STEM dan menyeronokan turut dijalankan di pusat sumber SMK Kundasang. 2.0 ISU Isu utama yang dihadapi oleh pihak pusat sumber sekolah ialah jumlah penggunaan PSS dalam kalangan murid sekolah mencatat angka yang rendah. 3.0 OBJEKTIIF 3.1 Meningkatkan peratus penggunaan pusat sumber sekolah dalam kalangan murid sekolah. 3.2 Menjadikan pusat sumber sebagai tempat untuk menjalankan pelbagai aktivit STEM. 4.0 RASIONAL Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk meningkatkan peratus penggunaan pusat sumber sekolah dalam kalangan murid menerusi projek naik taraf PSS dengan penekanan aspek STEM in Library. Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menjadikan pusat sumber sebagai tempat untuk menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan STEM.
5.0 JUMLAH PENGGUNAAN MURID KE PUSAT SUMBER TAHUN 2019 DAN 2022 TAHUN BILANGAN MURID KESELURUHAN JUMLAH MURID MENGGUNAKAN PSS PERATUS MURID YANG MEGGUNAKAN PSS JUMLAH MURID TIDAK MENGGUNAKAN PSS PERATUS MURID YANG TIDAK MEGGUNAKAN PSS 2019 728 410 56% 318 44% 2020 2021 PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN 2022 810 564 70% 246 30% Jadual 1 : Jumlah Murid yang Menggunakan Pusat Sumber 2019 dan 2022 Graf 1 : Perbandingan Jumlah Murid Yang Menggunakan Dan Tidak Pernah Menggunakan Pusat SumberBagi Tahun 2019 Dan 2022 410 564 318 246 0 100 200 300 400 500 600 2019 2022 JUMLAH MURID MENGGUNAKAN PSS JUMLAH MURID TIDAK PERNAH MENGGUNAKAN PSS
6.0 STRATEGI PELAKSANAAN Sebagaimana yang telah disebutkan dalam bahagian pengenalan. Program GOSLIB ini adalah satu dalam pengenalan, program ini diadakan untuk meningkatkan peratus penggunaan murid ke Pusat sumber sekolah. Pada tahun 2019, daripada 728 orang murid tingkatan 1 sehingga tingkatan 5, hanya 410 (56%) orang murid sahaja yang pernah menggunakan pusat sumber. Pelbagai program telah dijalankan antaranya mempelbagaikan aktiviti pusat sumber untuk menarik kedatangan murid ke Pusat Sumber. Namun, program ini menunjukkan keberkesananya dan meningkatkan peratus kunjungan murid ke pusat sumber sekolah Strategi pelaksanaan bagi program ini ialah Program menaik taraf fizikal pusat sumber, mengadakan promosi dan iklan untuk menguar-uarkan program pusat sumber dan pelaksanaan STEM in Library yang bertujuan untuk meningkatkan interaksi murid dengan bahan-bahan STEM secara Hand On. Projek menaik taraf persekitaran pusat sumber ini telah bermula pada tahun 2021 yang mana ianya mendapat sokongan penuh daripada seluruh warga sekolah. Selain itu, projek ini juga mendapat suntikan dana daripada pihak PIBG. Pusat sumber akhirnya dapat ditampilkan dengan persekitaran fizikal dan pelan lantai yang lebih teratur, suasana yang lebih kondusif dengan kepelbagaian sudut yang menjanjikan pelbagai informasi dan ilmu. Antara sudut yang diketengahkan dalam pusat sumber SMK Kundasang ialah sudut STEM in Library. Dalam sudut ini pelbagai bahan bercirikan STEM yang boleh digunakan oleh murid untuk menghasilkan pelbagai bahan dan rekaan untuk mencungkil bakat dan kreativiti murid. Selain itu juga, pihak pengurusan pusat sumber juga mengadakan pelbagai mempromosikan yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah murid yang menggunakan pusat sumber. Antaranya dengan cara menguarkan keunikan pusat sumber menerusi media Whatsapp dan Telegram. Sebagai tambahan, iklan dan brosur juga turut diedarkan ke kelas-kelas untuk memastikan murid-murid cakna akan peranan pusat sumber sebagai pusat ilmu di sekolah.
7.0 KEBERKESANAN / IMPAK Graf 2 : Analisis Jumlah Murid yang menggunakan Pusat Sumber Al-Khawrizmi STRATEGI PELAKSANAAN Projek menaik taraf persekitaran fizikal pusat sumber Promosi dan Iklan Pelaksanaan STEM In Library 410 564 0 100 200 300 400 500 600 2019 2022 ANALISIS JUMLAH MURID YANG MENGGUNAKAN PUSAT SUMBER AL-KHAWRIZMI, SMK KUNDASANG TAHUN 2019 DAN 2023 JUMLAH MURID MENGGUNAKAN PUSAT SUMBER
Berdasarkan jadual 1, pada tahun 2019, jumlah murid yang menggunakan pusat sumber mencatat angka seramai 410 (56%) orang murid daripada 728 orang murid secara keseluruhannya. Manakala daripada jumlah tersebut seramai 318 (44%) orang murid tidak pernah menggunakan pusat sumber. Angka ini menunjukkan kumpulan murid yang menggunakan pusat sumber lebih tinggi berbanding kumpulan murid yang tidak pernah menggunakan pusat sumber. Manakala bagi tahun 2022 pula, daripada seramai 810 orang murid perdana yang didaftarkan dalam APDM SMK Kundasang, jumlah murid yang menggunakan pusat sumber adalah seramai 564 (70%). Seramai 246 (30%) orang murid tidak pernah menggunakan pusat sumber sepanjang sesi persekolahan tahun 2022 Berdasarkan data di atas, jumlah murid menggunakan pusat sumber pada tahun 2022 lebih tinggi berbanding tahun 2019. Data menunjukkan trend peningkatkan sebanyak 14% berbanding tahun 2019. Peratus murid yang tidak menggunakan pusat sumber juga berkurang daripada 318 (44%) orang murid pada tahun 2019 berbanding tahun 2022 yang hanya mencatat jumlah 246 (30%). Angka ini menunjukkan bahawa bilangan murid yang tidak menggunakan pusat sumber berkurang seramai 72 (10%) orang murid berbanding tahun 2019. Dari carta ini, dapat disimpulkan bahawa program GOSLIB berjaya meningkatkan jumlah murid yang menggunakan pusat sumber seterusnya, dapat mengurangkan jumlah murid yang tidak menggunakan pusat sumber. Berlaku juga peningkatan jumlah guru yang menggunakan pusat sumber kerana guru lebih mudah untuk mencari bahan yang boleh digunakan dalam PdP. Lebih-lebih lagi, suasana yang ceria dan kondusif menyebabkan PdP dapat dijalankan dengan lebih baik dan selesa. Walaubagaimanapun, masih terdapat murid yang yang tidak menggunakan pusat sumber disebabkan beberapa faktor. Antaranya, murid tidak berminat dan kurang kesedaran tentang kepentingan menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh pusat sumber. Selain itu, persepsi murid yang memikirkan pusat sumber hanyalah tempat untuk mengadakan program bacaan buku juga merupakan antara faktor murid tidak berkunjung ke pusat sumber. 8.0 PENAMBAHBAIKAN Sepanjang program GOSLIB ini dijalankan, terdapat beberapa penambahbaikan yang telah dilakukan. Antaranya ialah: 1. Mengadakan kempen dengan lebih giat untuk menguar-uarkan program ini. 2. Mempelbagaikan aktiviti pusat sumber, khususnya aktiviti yang bermotifkan STEM in Library. 3. Mempamerkan hasil kerja murid sebagai tanda pengiktirafan kepada kesungguhan murid menyiapkan projek-projek STEM. 4. Merancang dan melaksanakan program untuk memberi penghargaan kepada pengunjung bertuah bulanan. 5. Merancang dan melaksanakan program untuk memberi pengiktirafan kepada pembaca terbanyak bulanan. 6. Mengadakan kolaborasi bersama panitia/bidang lain untuk melaksanakan program untuk menarik murid untuk berkunjung ke pusat sumber
9.0 RUMUSAN Program GOSLIB ini merupakan program berimpak tinggi yang telah dijalankan oleh pusat sumber sekolah dengan kerjasama Duta Guru Sabah. Ternyata, program ini memberi impak yang berkesan dalam meningkatkan jumlah murid yang menggunakan pusat sumber. Oleh itu, diharapkan program ini dapat diteruskan agar pusat sumber terus relevan bukan sahaja sebagai tempat untuk menjalankan aktiviti-aktivit NILAM malahan, fungsinya lebih fleksible sebagai medan ilmu yang membantu dalam mengasah bakat murid dalam pelbagai bidang khususnya yang bermotifkan STEM. PEMPAMER, Siti Juriah Sani Japlee Bakok Mohd Ashari Bin Jahani