The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by acik tehaa, 2024-01-30 10:54:33

kajian kes rasuah

kajian kes rasuah

MPU34102 Page 1 of 16 UNIVERSITI KUALA LUMPURMALAYSIASPANISH INSTITUTETUGASAN MPU34102 INTEGRITI DAN ANTI RASUAHSEMESTER OCT 2023 TAJUK: KES RASUAH SRC INTERNATIONAL(1MBD)


MPU34102 Page 2 of 16 AHLI KUMPULAN NURUL FATEHAH BINTI RODZI 54215223066 BACHELOR OF ENGINEERING TECHNOLOGY( HONS ) IN APPLIED ELECTRONICS MOHAMMAD AZEEM DANIAL BIN SUZARI. 54220122067 BACHELOR OF MECHANICAL ENGINEERING


MPU34102 Page 3 of 16 Rubrik Penilaian Tugasan MPU34102 Semester Oktober 2023 Kriteria Penilaian Format Penulisan (Muka Depan, Isi Kandungan, Muka Surat, nombor muka surat, format APA dan lainlain/ Keselarasan penulisan dalam tugasan Kualiti isi kandungan Rumusan Sumber RujukanPemberat 1.5 4 1 1 Lemah 1 Terdapat banyak format yang tidak tepat. Maklumat sedikit dan tidak berkaitan dengan topik utama Rumusan tidak dinyatakan Sebahagian sumber rujukan tidak didokumenkan Sederhana 2 Terdapat sedikit format yang tidak tepat. Maklumat jelas dan berkaitan dengan topik utama tetapi tidak mempunyai maklumat dan contoh Rumusan dinyatakan dengan ringkas Semua sumber rujukan (maklumat dan grafik) didokumenkan tetapi banyak tidak mengikut format sebenar Baik 3 Kebanyakan format yang digunakan tepat. Maklumat jelas dan berkaitan dengan topik utama dan mempunyai 1-2 maklumat dan contoh Rumusan yang baik tetapi kurang menyeluruh Semua sumber rujukan (maklumat dan grafik) didokumenkan tetapi sedikit tidak mengikut format sebenar Cemerlang 4 Semua format tepat. Maklumat jelas dan berkaitan dengan topik utama termasuk beberapa contoh yang menyokong maklumat Rumusan dinyatakan secara menyeluruh dan tepat Semua sumber rujukan (maklumat dan grafik) didokumenkan danmengikut format sebenar JUMLAH /6 /16 /4 /4 JUMLAH BESAR /30


MPU34102 Page 4 of 16 ISI KANDUNGAN Muka surat hadapan ----------------------------------------------------------------------------------1Maklumat pelajar ---------------------------------------------------------------------------------------2Rubrik penilaian Tugasan-----------------------------------------------------------------------------3isi kandungan -------------------------------------------------------------------------------------------4Definisi ----------------------------------------------------------------------------------------------------5Rasuah dalam persektif islam-----------------------------------------------------------------------7Agensi Rasuah Negara-------------------------------------------------------------------------------8Latar belakang SPRM-----------------------------------------------------------------------8Fungsi SPRM----------------------------------------------------------------------------------9Bidang Kuasa SPRM-----------------------------------------------------------------------10Carta Organisasi SPRM-------------------------------------------------------------------11Kes Rasuah SRC International (1MBD)--------------------------------------------------------12Siasatan SPRM-----------------------------------------------------------------------------13Pertuduhan dan Perbicaraan------------------------------------------------------------14Status Kes -----------------------------------------------------------------------------------15Kesimpulan --------------------------------------------------------------------------------------------16Bibliografi------------------------------------------------------------------------------------------------17


MPU34102 Page 5 of 16 1.0 DEFINISI INTERGRITI DAN ANTI RAHSUAH Integriti adalah prinsip moral yang melibatkan kejujuran, ketelusan, dan kepercayaandiri dalam tindakan dan tingkah laku seseorang atau entiti. Ini merangkumi kepatuhan kepada nilai-nilai moral dan etika yang tinggi, serta keberanian untukbertindak dengan betul tanpa memandang kepada kepentingan diri sendiri ataupihak lain. Integriti melibatkan kesepaduan antara kata-kata dan tindakan, di manaindividu atau organisasi menunjukkan konsistensi dalam prinsip-prinsip moral mereka dalam segala keadaan. Anti-rasuah pula merujuk kepada usaha untuk melawan dan mencegah tindakanrasuah, yang melibatkan penerimaan atau pemberian sesuatu yang bernilai sebagai ganjaran untuk mendapatkan faedah atau mempengaruhi tindakan seseorangatauentiti. Usaha anti-rasuah meliputi pelbagai langkah, termasuk penguatkuasaanundang-undang yang tegas, peningkatan kesedaran dan pendidikan tentang bahayarasuah, serta penubuhan sistem kawalan dalaman dan prosedur yang cekap untukmencegah dan mengesan aktiviti rasuah. Kedua-dua konsep ini sangat penting dalam menjaga integriti dalampentadbiranawam, sektor swasta, dan masyarakat secara keseluruhan. Mereka membentukasas untuk sistem yang adil, beretika, dan berdaya saing, serta menyumbangkepada kestabilan, pembangunan, dan keadilan dalam sebuah negara


MPU34102 Page 6 of 16 Jadual 1 : Statistik Kes Rasuah Lima Tahun Terakhir Berdasarkan statistik dalam Jadual 1, kes tertinggi dilaporkan adalah pada tahun2023. Namun begitu angka ini masih tinggi jika dibandingkan dengan kes pada3tahun lepas. Ini membuktikan perlakuan rasuah semakin membarah dalammasyarakat. Justeru, permasalahan ini perlu dipandang serius oleh semua pihak. Gejala ini bukan sahaja merencatkan pertumbuhan negara dalamaspek politik, ekonomi dan sosial, bahkan merosakkan akhlak serta budaya masyarakat.


MPU34102 Page 7 of 16 2.0 RASUAH DARI PERSPEKTIF ISLAM Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, rasuah ialah pemberian untukmenumbuk rusuk iaitu perbuatan yang bertujuan untuk menyogok ataumenyuap.Dalam Kamus Bahasa Arab, rasuah berasal daripada perkataan rasyaalrisywah . Dari sudut bahasa, Ibn Manzur menjelaskan risywah bermaksud anakburung atau ayam yang menjulurkan kepalanya agar disuapkan makanan .Risywahjuga boleh membawa maksud perantara untuk mencapai tujuan dengan carapujukan. Manakala dari sudut istilah, risywah bermakna pemberian yang bertujuanmenegakkan kebatilan. Dalam al-Qur’an, tiada penggunaan istilah al-risywah. Namun, termiologi yangdigunakan bagi merujuk kepada rasuah di dalam al-Qur’an ialah Seperti dalamfirmanNya, yang bermaksud: Terjemahan: “Mereka sangat suka mendengar berita bohong, banyak memakan(makanan) yang haram. Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (Muhammaduntuk meminta putusan), maka berilah putusan di antara mereka atau berpalinglahdari mereka, dan jika engkau berpaling dari mereka maka mereka tidak akanmembahayakanmu sedikit pun.Tetapi jika engkau memutuskan (perkara mereka), maka putuskanlah dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yangadil.” (Surah Maidah: Ayat 24) Ayat ini berkait rapat dengan sifat orang Yahudi yang sering mendengar perkataanbohong dan memakan harta daripada hasil yang haram.Menurut Ibn Mas’ud danIbnAbbas perkataan kepada harta wang suap (wang sogok), di mana ia diberiuntukmenutup bicara seseorang, tidak menegur kesalahan yang dilakukan dan mengelakdaripada menegakkan keadilan. Dengan pemberian wang suap kepada hakim, hakim mendengar hujah daripada satu belah pihak sahaja. Namun begitu, perkataanini umum dan merangkumi riba, harta curian dan semua harta yang diperolehi daripada sumber yang haram.


MPU34102 Page 8 of 16 3.0 AGENSI RASUAH NEGARA PESURUHJAYA PENCEGAHANRASUAHMALAYSIA ( SPRM ) 3.1 Latar belakang SPRM Kewujudan entiti pencegahan rasuah di Malaysia bermula dengan sebuah unit kecil di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang bertanggungjawab menjalankanaktiviti pencegahan rasuah. Ketika itu, siasatan kes rasuah dijalankan oleh JabatanSiasatan Jenayah (Jenayah Khas) di bawah pasukan Polis DiRaja Malaysiamanakala pendakwaan kes rasuah pula dikendalikan oleh Bahagian Pendakwaan, Jabatan Peguam Negara. Kerajaan kemudiannya telah menggabungkan usahapencegahan rasuah oleh ketiga-tiga agensi itu dengan mewujudkan BadanPencegah Rasuah pada 1 Oktober 1967. Pada 29 Ogos 1973, entiti pencegahanrasuah negara diwujudkan secara undang-undang apabila Akta Biro SiasatanNegara diperkenan, sekaligus mengubah entiti BPR kepada Biro Siasatan Negara(BSN). Perubahan itu telah meluaskan kuasa perundangan BSN dengan mandat untuk menyiasat kes berkaitan kepentingan negara, disamping kes rasuah. Bagaimanapun, perubahan sekali lagi berlaku apabila Akta Badan Pencegah Rasuah1982 diluluskan oleh Parlimen pada 13 Mei 1982. Akta ini meletakkan semula tugaspencegahan rasuah kepada BPR yang secara rasminya juga menggantikan BSN. Perubahan ini memartabatkan peranan BPR sebagai entiti tunggal yangdipertanggungjawabkan khusus untuk mencegah jenayah rasuah.Seterusnya padatahun 1997, Parlimen telah meluluskan Akta Pencegahan Rasuah 1997 bagi memperkasakan peranan Badan Pencegah Rasuah sebagai agensi penguatkuasapencegahan rasuah negara.Pada tahun 2008, Parlimen telah bersetuju supayasatuSuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwujudkan bagi menggantikanBadan Pencegah Rasuah (BPR), selaras dengan hasrat masyarakat yang mahukanentiti pencegahan rasuah yang lebih bebas, telus dan profesional.


MPU34102 Page 9 of 16 3.2 Fungsi SPRM Fungsi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia diperuntukkan di bawah Seksyen7 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 iaitu : Menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang pelakuan kesalahandi bawah Akta SPRM 2009 dan menyiasat mana-mana aduan itu sebagaimanayang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya atau pegawai-pegawai itu; Mengesan dan menyiasat; I. Apa-apa kesalahan yang disyaki di bawah Akta SPRM 2009 II. Apa-apa percubaan yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawahAkta SPRM 2009; dan III. Apa-apa komplot yang disyaki untuk melakukan apa-apa kesalahan di bawahAkta 2009; Meneliti amalan, sistem dan tatacara badan-badan awam untuk memudahkanpenemuan kesalahan di bawah Akta SPRM 2009 dan untuk menghasilkan kajiansemula amalan, sistem atau tatacara itu yang pada pendapat Ketua Pesuruhjayamungkin membawa kepada rasuah; Mengarahkan, menasihati dan membantu mana-mana orang, atas permintaanorang itu, tentang cara-cara bagaimana rasuah dapat dihapuskan oleh orangitu; Menasihati ketua badan-badan awam tentang apa-apa perubahan dalamamalan, sistem atau tatacara yang sesuai dengan penunaian berkesankewajipan-kewajipan badan-badan awam itu sebagaimana yang difikirkan perluoleh Ketua Pesuruhjaya untuk mengurangkan kemungkinan berlakunya rasuah; Mendidik orang ramai untuk menentang rasuah; dan Mendapatkan dan memelihara sokongan orang ramai dalam memerangi rasuah


MPU34102 Page 10 of 16 3.3 Bidang Kuasa SPRM Selaras dengan kewujudannya sebagai entiti tunggal pencegahan rasuahdi Malaysia, bidang kuasa perundangan SPRM di bawah Akta SuruhanjayaPencegahan Rasuah Malaysia 2009 adalah khusus untuk menyiasat dan mencegahsebarang bentuk perlakuan rasuah serta salahguna kuasa. Akta SPRM 2009, juga memperuntukkan kuasa kepada SPRM untuk menyiasat mana-mana kesalahan di bawah akta-akta lain yang disenaraikan sebagai “Kesalahan Ditetapkan” seperti berikut:- i. Kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 161, 162, 163, 164, 165, 213, 214, 215, 384, 385, 386, 387, 388, 389, 403, 404, 405, 406, 407, 408, 409, 417, 418, 419, 420, 465, 466, 467, 468, 469, 471, 472, 473, 474, 475, 476 dan 477AKanun Keseksaan; ii. Kesalahan yang boleh dihukum di bawah seksyen 137 Akta Kastam1954; iii. Kesalahan di bawah Bahagian III Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954; iv. Sesuatu percubaan untuk melakukan mana-mana kesalahan yang disebut dalam perenggan (a) hingga (c); atau v. Sesuatu persubahatan atau komplot jenayah untuk melakukan (sebagaimanaistilah itu ditarifkan dalam Kanun Keseksaan) mana-mana kesalahan yangdisebut dalam perenggan (a) hingga (c), sama ada atau tidak kesalahanitudilakukan berbangkit daripadanya.


MPU34102 Page 11 of 16 3.4 Carta Organisasi SPRM


MPU34102 Page 12 of 16 4.0 Kes Rasuah SRC International (1MBD) Kes rasuah SRC International, yang juga berkait rapat dengan skandal 1MDB(1Malaysia Development Berhad), adalah salah satu daripada kes rasuah terbesar dan paling rumit dalam sejarah Malaysia. SRC International merupakan sebuahsyarikat subsidiari penuh 1MDB yang beroperasi dalam sektor kewangandanperniagaan. Kes rasuah SRC International melibatkan dakwaan penyelewengan dana yang besar dari SRC International, yang semestinya terikat dengan 1MDB. Dalamkes ini, terdapat dugaan bahawa sejumlah besar wang, yang disalahgunakan melalui pelbagai saluran, termasuk melalui transaksi dan pelaburan yang meragukan, telahdisalurkan daripada SRC International ke akaun peribadi individu yang berkaitandengan pihak-pihak tertentu. Beberapa individu penting, termasuk tokoh politik dan individu berpengaruh dalamkerajaan Malaysia ketika itu, dituduh atau disabitkan dengan pelbagai tuduhantermasuk pengubahan wang haram, pecah amanah, dan penyelewengan danaawam. Ini termasuk beberapa individu yang memiliki hubungan rapat dengan bekasperdana menteri Malaysia, Najib Razak. Kes rasuah SRC International dan 1MDB menjadi subjek siasatan dan perbicaraanyang meluas di Mahkamah Malaysia, serta menarik perhatian dunia atas skalapelbagai penyelewengan dan rasuah yang didakwa. Penyiasatan oleh pihakberkuasa tempatan dan antarabangsa masih berlanjut, dengan kesan politik, kewangan, dan perundangan yang luas terhadap landskap politik Malaysia sertaimej negara di peringkat antarabangsa.


MPU34102 Page 13 of 16 4.1 Siasatan SPRM Pasukan Penjejakan Aset 1MDB diwujudkan pada tahun 2018 bagi menjejak danmemperoleh semula dana negara yang hilang akibat skandal 1MalaysiaDevelopment Berhad (1MDB). Pasukan ini dianggotai SPRM, Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Pusat Pencegahan Jenayah KewanganNasional. Proses menjejak dan memperoleh semula dana 1MDB dilaksanakan dengankerjasama beberapa agensi antarabangsa iaitu Department of Justice AmerikaSyarikat (DOJ), The International Anti-Corruption Coordination Centre (IACCC) United Kingdom, Attorney General of Switzerland, dan pihak berkuasa negaraSingapura, Indonesia, Belanda, Perancis, Luxembourg, Barbados, Seychelles, Chinadan Hong Kong. Usaha ini turut menggunakan platform rejim pengubahan wang haram(moneylaundering regime) di bawah The Financial Action Task Force (FATF), The UnitedNations Office on Drugs and Crime (UNODC), The United Nations Asia and Far East Institute for the Prevention of Crime and the Treatment of Offenders (UNAFEI) danbeberapa kesepakatan lain.


MPU34102 Page 14 of 16 4.2 Pertuduhan dan Perbicaraan Pada 22 dan 24 Mei 2018, bekas Perdana Menteri Najib Razak memberi keterangankepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu SRCInternational Sdn Bhd (SRC International). Pada 3 Julai 2018, Pasukan Petugas Khas 1MDB menahan bekas Perdana Menteri itu di rumahnya di Langgak Duta, Kuala Lumpur, kira-kira jam 3 petang. Beliaukemudian ditahan di lokap Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM) di Putrajaya. Pendakwaan pertama dilaksanakan pada 4 Julai 2018 apabila Najib dituduhataskesalahan salah guna kuasa dan penyelewengan. Najib dan beberapa individu telah didakwa mengikut Akta Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (ASPRM) 2009, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram(AMLATFPUAA) 2001 dan Pecah Amanah (CBT) sepanjang tahun 2018. 4.3 Status Kes Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan beliau didenda RM210 juta dan sedang menjalankanhukuman penjara 12 tahun.


MPU34102 Page 15 of 16 5.0 Kesimpulan Rasuah merupakan perbuatan mungkar yang perlu dicegah daripada peringkat awal sebelum menjadi barah dalam masyarakat. Pengharamannya diwartakan secaranyata di dalam kedua wahyu, yakni al-Quran dan Sunnah Nabawiah. Implikasinyabukan sekadar terpalit kepada individu, malah menjatuhkan maruah keluarga, masyarakat, malah merosakkan organisasi dan negara. Bahana kerosakan yangdiakibatkan oleh rasuah adalah sangat besar. Maka, pencegahan rasuah mesti bermula daripada pembentukan integriti setiap individu. Hal ini telah ditunjukkanRasulullah SAW sendiri sepanjang pemerintahan baginda SAWyang adil dan bebaskorupsi. Islam berkembang baik dan disanjung tinggi ketika itu, tanpa sebarang salahlaku. Pengharaman dan bahaya rasuah mesti disebar luaskan supaya mendorongkepada pelaksanaan tanggungjawab dengan penuh amanah. Jika perlu, hukumanyang lebih berat perlu dicadangkan agar salah laku rasuah dapat dihentikansepenuhnya. Contohnya, kes rasuah SRC International memainkan peranan pentingdalam membangunkan kesedaran tentang isu rasuah dan pentingnya integriti dalampentadbiran awam dan perniagaan. Siasatan dan tindakan undang-undang yangdiambil memberikan harapan untuk penguatan institusi dan penegakan undang- undang yang lebih efektif dalam masa depan.


MPU34102 Page 16 of 16 6.0 Bibliografi 1. Portal rasmi SPRM www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=103&contentid=2878&cat=TOC2. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka online, https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=Rasuah 3. Ibn Manzur, Lisan al-Arab, Dar al-Shodir, Beirut, t.t, Juz 14, 322 4. https://www.malaysianow.com/my/news/2020/12/28/keputusan-kes-1mdb-najibrazak-tarik-perhatian-masyarakat-antarabangsa


Click to View FlipBook Version