The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

Garis Panduan MyPPB_MPKPM222018 - (31.7.18)(1)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by azizippdjeli, 2019-01-14 23:18:50

Garis Panduan Pelaksanaan Mata Kredit MyPPB

Garis Panduan MyPPB_MPKPM222018 - (31.7.18)(1)

SULIT

LAMPIRAN 1

GARIS PANDUAN MATA KREDIT
PEMBANGUNAN PROFESIONALISME BERTERUSAN (MyPPB)

PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN (PPP)
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. TUJUAN

Garis Panduan ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada
semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di sektor pendidikan
asas KPM dalam melaksanakan Mata Kredit Pembangunan
Profesionalisme Berterusan (MyPPB).

2. LATAR BELAKANG

2.1 Kerajaan Malaysia telah melaksanakan pelbagai usaha transformasi
membangunkan modal insan yang merupakan asas penting ke arah
sebuah negara maju. Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 6 Tahun
2005 Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA)
menetapkan setiap pegawai perkhidmatan awam mengikuti latihan

1

SULIT

SULIT

sekurang-kurangnya tujuh hari setahun. Hal ini adalah untuk
melengkapkan diri pegawai perkhidmatan awam dengan
pengetahuan, kemahiran dan amalan nilai profesionalisme yang
bersesuaian melalui program pembangunan sumber manusia yang
terancang berteraskan pembangunan kompetensi dan
pembelajaran berterusan.

2.2 Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membangunkan
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025
dengan matlamat untuk mencapai pendidikan bertaraf dunia. Satu
daripada strategi penting untuk mencapai matlamat tersebut ialah
dengan mengekalkan kualiti guru melalui Anjakan Keempat, iaitu
Transformasi Keguruan Sebagai Profesion Pilihan.

2.3 Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) merupakan satu
usaha ke arah membangunkan PPP profesional yang
berketerampilan daripada segi pengetahuan, kemahiran dan
amalan nilai profesionalisme bagi kemenjadian murid secara holistik
yang memenuhi enam aspirasi murid dalam PPPM 2013-2025.

2.4 PPB perlu dilaksanakan secara tekal, berfokus dan menyeluruh.
Selaras dengan itu, KPM telah merangka satu kaedah pengukuran
yang memberi mata kredit untuk setiap aktiviti PPB. KPM berhasrat
melahirkan guru berkualiti dan kekal berkualiti sepanjang
perkhidmatan, mata kredit dibangunkan bagi tujuan memperaku
penyertaan PPP dalam setiap aktiviti PPB terutamanya yang

2

SULIT

SULIT

berbentuk inisiatif kendiri agar hasrat KPM untuk setiap PPP
menerajui pembangunan profesionalisme mereka dapat dicapai.

2.5 Mesyuarat Profesional KPM Bil. 36/2017 bertarikh 07 Disember
2017 telah meluluskan kertas cadangan pelaksanaan Mata Kredit
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (MyPPB), Pegawai
Perkhidmatan Pendidikan (PPP) KPM.

3. OBJEKTIF

MyPPB bertujuan untuk:
i. mengiktiraf dan memperaku penyertaan PPP dalam PPB
dengan menganugerahkan mata kredit bagi aktiviti yang disertai
atau dilaksanakan; dan
ii. menggalakkan PPP mencari pelbagai platform yang bersesuaian
dengan profesion dan kompetensi diri untuk PPP meningkatkan
kualiti perkhidmatan.

4. DEFINISI OPERASI

4.1 Aktiviti berulang merujuk kepada aktiviti PPB yang sama tetapi
dilaksanakan berulang kali kepada kumpulan yang berbeza;

4.2 Dashboard MyPPB merujuk kepada pelaporan mata kredit melalui
SPL KPM;

4.3 Fasilitator/Pemudah cara merujuk kepada orang yang
dilantik/dilatih untuk memberi bimbingan dan pementoran aktiviti
PPB;

3

SULIT

SULIT

4.4 Inisiatif Kendiri merujuk kepada sebarang inisiatif atau aktiviti PPB
yang dilakukan sendiri oleh PPP dalam usaha mereka untuk
meningkatkan tahap profesionalisme masing-masing. Amalan ini
bagi membudayakan pembelajaran terarah kendiri dan memberi
autonomi pembangunan profesionalisme yang digerakkan melalui
perancangan kendiri, kawal selia sendiri, penilaian kendiri dan
peningkatan kendiri.

4.5 Institusi Pendidikan merujuk kepada institut pendidikan guru, kolej
matrikulasi, kolej vokasional, sekolah menengah kebangsaan dan
sekolah rendah;

4.6 Jawatankuasa Induk Pembangunan Staf (JIPS) merujuk kepada
jawatankuasa tertinggi yang bertanggungjawab membuat sebarang
keputusan dasar, program dan isu berkaitan latihan bagi PPP;

4.7 Jawatankuasa Latihan Pembangunan Profesionalisme
Keguruan (JKLPPK) merujuk kepada jawatankuasa yang
bertanggungjawab menyelaras dasar pengoperasian dan
pelaksanaan latihan dalam perkhidmatan bagi PPP;

4.8 Kemahiran generik merujuk kepada aspek-aspek kognitif yang
berkaitan dengan kemahiran bukan akademik seperti kepimpinan,
kerja berkumpulan, komunikasi, dan menyelesaikan masalah.

4.9 Ketua Jabatan merujuk kepada seseorang yang boleh memberi
pengesahan dan kelulusan aktiviti yang disertai/dilaksanakan;

4.10 Ketua Pasukan merujuk kepada pemimpin/yang mengetuai
sesuatu kelompok atau pasukan aktiviti PPB;

4

SULIT

SULIT

4.11 Kompetensi merujuk kepada pengetahuan, kemahiran dan nilai
profesionalisme yang diperlukan bagi melaksanakan tugas dan
tanggungjawab sesuatu pekerjaan atau jawatan;

4.12 Mata Kredit merujuk kepada nilai mata yang diberi untuk aktiviti
PPB yang selesai disertai/dilaksanakan/dihasilkan mengikut kaedah
yang ditetapkan;

4.13 Mata Kredit Tambahan merujuk kepada pemberian nilai mata kredit
bagi aktiviti secara kendiri dan peranan dalam aktiviti PPB yang
selesai disertai/dilaksanakan/dihasilkan;

4.14 Modul Individu merujuk kepada modul untuk kegunaan PPP
di bawah KPM untuk merekod aktiviti PPB dan dilaksanakan di luar
KPM di samping merekod aktiviti PPB yang lain;

4.15 Modul SULDP merujuk kepada modul untuk kegunaan SULDP
mendaftar dan mengesahkan semua aktiviti PPB yang dilaksanakan
di peringkat institusi masing-masing;

4.16 Pegawai Latihan/ Setiausaha Latihan/ Setiausaha LDP merujuk
kepada penyelaras latihan di bahagian KPM, JPN, PPW/PPD dan
institusi pendidikan/ agensi tempat bertugas masing-masing;

4.17 Pegawai Sangkutan/Kader merujuk kepada jawatan yang dipunyai
oleh sesebuah kementerian/jabatan yang diwujudkan di pelbagai
agensi berdasarkan keperluan tetapi pengisiannya dilakukan dan
dikawal oleh ketua perkhidmatan yang berkenaan;

4.18 Penceramah merujuk kepada orang yang bertauliah/dilantik/dilatih
untuk memberi ceramah;

4.19 PPP merujuk kepada pegawai yang dilantik secara tetap dalam skim
perkhidmatan pendidikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran

5

SULIT

SULIT

(SPP), masih berkhidmat dan bertugas di institusi
pendidikan/bahagian KPM/JPN/PPW/PPD di dalam dan di luar KPM
yang boleh diberikan mata kredit dalam SPL KPM.
4.20 Program sangkutan merujuk kepada program yang dilaksanakan
dalam satu tempoh yang khusus untuk peserta menimba
pengalaman secara terancang dan disertai dengan penyeliaan di
organisasi. Peserta akan melaksanakan kerja-kerja sebenar
bersesuaian dengan bidang yang perlu dikuasai di samping
membiasakan diri dengan keperluan serta amalan di organisasi.
Pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari akan digunakan
di tempat kerja sebenar sebaik sahaja selesai menghadiri program
ini;
4.21 SPL KPM merujuk kepada sistem perekodan dan pelaporan aktiviti
PPB secara dalam talian;
4.22 Tugas Hakiki merujuk kepada senarai tugas dalam sasaran kerja
tahunan yang ditetapkan oleh organisasi;

5. PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Bil Peranan Tanggungjawab

1. Jawatankuasa Induk Rujuk Lampiran - Pekeliling

Pembangunan Staf (JIPS) Perkhidmatan KPM Bil. 4 Tahun 2016

2. Jawatankuasa Latihan – Dasar Latihan Sumber Manusia

Pembangunan KPM.

Profesionalisme Keguruan

(JKLPPK) KPM

6

SULIT

SULIT

3. Jawatankuasa Teknikal Membincangkan sebarang isu yang
MyPPB (JKTM) berkaitan dengan MyPPB sebelum
diputuskan dalam JIPS.
4. Ketua Jabatan
i. Memastikan pelaksanaan MyPPB
5. Pegawai Latihan/ dan PPP melepasi tahap mata kredit
Penyelaras Latihan/ minimum yang ditetapkan.
Setiausaha LDP
ii. Memperaku dan mengesahkan
aktiviti PPB yang layak diberikan
mata kredit.

Mendaftar, merekod dan
mengesahkan aktiviti PPB dalam SPL
KPM melalui menu Kehadiran Kursus
Luar (KKL)/ Pembelajaran Kendiri
(PK)/ aktiviti lain PPB dalam Modul
Individu dan Modul SULDP.

6. PPP i. Memastikan aktiviti PPB, KKL dan
PK / aktiviti lain PPB yang diperakui
oleh ketua jabatan direkodkan dalam
Modul Individu SPL KPM.

ii. Memastikan aktiviti PPB direkodkan
serta disahkan oleh Pegawai Latihan

7

SULIT

SULIT

/ Penyelaras Latihan / SULDP dalam
SPL KPM.

6. KAEDAH PELAKSANAAN MyPPB

6.1 Semua PPP diberi peluang menyertai/melaksanakan PPB sama
ada yang dianjurkan oleh KPM / JPN / PPW / PPD, institusi
pendidikan dan secara kendiri. Setiap aktiviti PPB yang disertai /
dilaksanakan akan diberi mata kredit. Prinsip utama yang digunakan
untuk pemberian mata kredit ialah aktiviti yang dapat meningkatkan
kompetensi, potensi, prestasi dan profesionalisme PPP. Mata kredit
tambahan diberi kepada usaha kendiri dan peranan PPP dalam
aktiviti PPB.

6.2 Bersesuaian dengan prinsip ini, PPB yang diberi mata kredit adalah
kepada aktiviti seperti yang disenaraikan dalam Pelan
Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPPB) Guru dan
Pemimpin Sekolah KPM 2014 dan juga terkandung dalam Dokumen
Awal Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan
(PIPPK) 2016:

6.3 Aktiviti PPB yang diberikan mata kredit terbahagi kepada tiga
kaedah:
6.3.1 Mengikut bilangan jam aktiviti dilaksanakan:
Pengiraan mata kredit adalah berdasarkan satu jam
pelaksanaan aktiviti bersamaan satu mata kredit. Contoh, PPP

8

SULIT

SULIT

menghadiri enam jam PPB, maka mata kredit yang akan
diberikan ialah enam mata kredit yang ditetapkan dalam garis
panduan ini (aktiviti 10.1, 10.2, 10.3,10.4, 10.5 dan 10.6).
.
6.3.2 Mengikut jangka masa sesuatu aktiviti:
Pengiraan mata kredit adalah berdasarkan secara one off
setelah selesai aktiviti PPB pada tahun semasa. Contoh, PPP
yang tamat pengajian ijazah sarjana muda akan menerima
mata kredit yang ditetapkan dalam garis panduan ini (aktiviti
10.7, 10.8 dan 10.9).

6.3.3 Mengikut bilangan hasil sesuatu aktiviti:
Pengiraan mata kredit adalah berdasarkan kepada bilangan
hasil aktiviti PPB. Contoh, PPP yang berjaya menghasilkan
satu inovasi akan diberikan mata kredit yang ditetapkan dalam
garis panduan ini (aktiviti 10.10, 10.11, 10.12, 10.13).

7. PEREKODAN
MyPPB dikira secara automatik melalui perekodan aktiviti PPB dalam
SPL KPM.

8. JUMLAH MATA KREDIT MINIMUM

Jumlah mata kredit minimum yang perlu dicapai setahun oleh PPP
ialah sebanyak 42 mata, iaitu bersamaan dengan latihan sekurang-
kurangnya tujuh hari setahun atau seperti yang dinyatakan dalam

9

SULIT

SULIT
Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA) Bil. 6 Tahun
2005 atau mengikut ketetapan semasa kerajaan.

9. KEGUNAAN MyPPB
9.1 Mata kredit daripada pelaksanaan PPB menyokong keperluan tujuh

hari latihan setahun (sila rujuk pelaksanaan Pekeliling Perkhidmatan
Bilangan 6 Tahun 2005 Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor
Awam (DLSMSA)).
9.2 Mata kredit daripada pelaksanaan PPB dapat memantapkan
perancangan pengurusan sumber manusia.
9.3 PPB dapat meningkatkan pengetahuan dan kemahiran terkini.

10

SULIT

SULIT

10. DESKRIPSI AKTIVITI PPB

10.1 KURSUS

(a) Takrifan
Kursus ialah aktiviti yang bersifat formal dan berstruktur yang

merangkumi bengkel, seminar, konvensyen, kolokium, forum, dan
persidangan meja bulat. Kebanyakan kursus yang dilaksanakan
secara berpusat dan bersemuka. Jangka masa kursus ialah tidak
melebihi tiga bulan dibaca bersama Surat Pekeliling Perkhidmatan
(SPA) Bil.6 Tahun 2005 atau mengikut ketetapan semasa kerajaan.

(b) Kaedah Pemberian Mata
i) Satu jam bersamaan satu mata kredit.
ii) Mata kredit maksimum setahun bersamaan 15 mata
kredit.
iii) Dua mata kredit tambahan diberikan bagi usaha kendiri
yang dihadiri dengan kebenaran Ketua Jabatan atau
luar waktu tugas rasmi dan atas tanggungan individu.
iv) Penceramah/Fasilitator/Panel diberi dua mata kredit
tambahan untuk kali pertama.
v) Tiada mata kredit bagi penceramah/fasilitator/panel
untuk sesi ceramah yang sama / berulang.

11

SULIT

SULIT

(c) Bukti
i) Sijil; atau
ii) Surat Akuan; atau
iii) Surat Arahan; atau
iv) Surat Jemputan; atau
v) Penulisan Refleksi / Laporan disahkan oleh ketua
jabatan.

(d) Bagi aktiviti inisiatif kendiri hendaklah dibuktikan dengan
slip/sijil kehadiran/ sijil penyertaan/ surat jemputan/ sijil
penghargaan/ resit pembayaran yuran.

10.2 WACANA ILMU

(a) Takrifan
Wacana ilmu merujuk kepada perbincangan atau pertukaran

idea secara lisan (bersemuka atau dalam talian) yang merangkumi
sesi dialog, taklimat, perhimpunan mingguan/ bulanan. Aktiviti ini
boleh diikuti pada peringkat organisasi, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa. Pelibatan sama ada sebagai peserta, pembentang
atau ahli panel untuk perkongsian, kepakaran/pengalaman/amalan
terbaik akan memberikan perspektif yang lebih meluas atau
perspektif baharu dalam bidang pendidikan.

12

SULIT

SULIT

i) “Sesi Dialog” ialah sesi perbincangan berfokus untuk
mengatasi isu-isu tertentu berdasarkan data dan fakta
serta diakhiri dengan tindakan susulan dan
penyelesaian masalah.

ii) “Taklimat” ialah penerangan tentang sesuatu tajuk/
perkara melibatkan peningkatan kompetensi dan
melibatkan sesi soal jawab.

iii) “Perhimpunan mingguan / bulanan” ialah aktiviti yang
melibatkan perkongsian ilmu oleh ketua jabatan /
pentadbir / guru / ibu bapa / komuniti. Sesi perkongsian
melibatkan peningkatan kompetensi, dasar KPM dan
kemahiran generik.

(b) Kaedah Pemberian Mata
i) Peserta wacana ilmu mendapat satu mata kredit untuk
setiap jam program.
ii) Penceramah / Fasilitator / Panel diberi dua mata kredit
tambahan.
iii) Tiada mata kredit bagi penceramah/fasilitator/panel
untuk sesi ceramah yang sama / berulang.
iv) Jumlah mata kredit maksimum setahun adalah 15 mata
kredit.
v) Dua mata kredit tambahan bagi inisiatif kendiri yang
dihadiri di luar waktu tugas rasmi dan atas tanggungan
individu.

13

SULIT

SULIT

vi) Setiap enam jam pembelajaran bersamaan satu hari
berkursus;

(c) Bukti yang diperlukan untuk mendapat mata kredit;
i) Surat Lantikan; atau
ii) Surat Arahan, atau
iii) Surat Jemputan, atau
iv) Kertas Pembentangan, atau
v) Sijil Penghargaan; atau
vi) Sijil Penyertaan; atau

(d) Bagi aktiviti inisiatif kendiri hendaklah dibuktikan dengan
slip/sijil kehadiran/ sijil penyertaan/ surat jemputan/ sijil
penghargaan/ resit pembayaran yuran.

10.3 LAWATAN PENANDA ARAS

(a) Takrifan
Aktiviti penandaarasan ke organisasi yang dikenal pasti

melaksanakan amalan terbaik berkaitan pelbagai perkara yang
relevan untuk penambahbaikan organisasi.

Aktiviti ini perlu dirancang secara strategik dan berfokus untuk
mencontohi kejayaan pihak lain dalam melaksanakan sesuatu
program. Dapatan daripada lawatan ini akan dijadikan asas untuk
melaksanakan tindakan susulan peringkat organisasi.

14

SULIT

SULIT
(b) Kaedah Pemberian Mata
i) Satu mata kredit bersamaan jumlah jam sesi lawatan
di tempat lawatan tersebut sahaja.
ii) Mata kredit maksimum setahun ialah 10 mata kredit
iii) Dua mata kredit tambahan bagi usaha kendiri dan atas
tanggungan individu.
iv) Dua mata kredit tambahan sebagai ketua pasukan.

(c) Bukti:
i) Surat Arahan; atau
ii) Surat lantikan; atau
iii) Kertas cadangan/kertas kerja; atau
iv) Sijil; atau
v) Dokumen yang disahkan ketua jabatan (bagi
penandaarasan atas usaha kendiri); atau
vi) Laporan penandaraasan.

(d) Bagi aktiviti inisiatif kendiri hendaklah dibuktikan dengan
slip/sijil kehadiran/ sijil penyertaan/ surat jemputan/ sijil
penghargaan/ resit pembayaran yuran.

15

SULIT

SULIT

10.4 BIMBINGAN DAN PEMENTORAN

(a) Takrifan
Bimbingan dan pementoran ialah proses bimbingan

berterusan yang melibatkan interaksi dan pembelajaran dua hala
antara pembimbing dengan yang dibimbing berkaitan dengan
tugas dan tanggungjawab. Interaksi ini merangkumi kompetensi
profesional, budaya, sosial dan peribadi. Potensi dan peningkatan
prestasi dapat dikenal pasti secara strategik dan lebih berfokus
melalui interaksi berterusan.

i) Bimbingan dan pementoran merujuk kepada aktiviti
perhubungan memberi bimbingan, sokongan dan
bantuan secara profesional oleh mentor bagi
pembangunan diri mentee.

ii) Mentor merujuk kepada seorang pegawai yang dilantik
oleh ketua jabatan untuk membimbing dalam
perkembangan kerjaya seorang pegawai. Mentor adalah
seorang yang lebih berpengalaman dan boleh dijadikan
contoh dalam kalangan rakan sekerja.

iii) Mentee merujuk kepada pegawai yang dipilih oleh ketua
jabatan untuk Program Pementoran. Mentee ialah
seorang pegawai yang memerlukan bantuan dalam

16

SULIT

SULIT

pembangunan diri, perkembangan dan pemantapan
kerjaya serta penyesuaian dalam kehidupan harian.

iv) Kompetensi profesional merujuk kepada kecekapan dan
kemahiran dalam melaksanakan prosedur penyampaian
perkhidmatan. Kecekapan dan kemahiran melaksanakan
kerja dalam sesebuah organisasi contohnya, amalan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

v) Kompetensi Budaya merujuk kepada kecekapan
pengamalan budaya kerja kelas pertama dan berprestasi
tinggi dalam sesuatu organisasi yang mengutamakan
pencapaian. Amalan responsif, mesra budi bahasa dan
integriti menjadi asas kecemerlangan perkhidmatan
awam berkelas dunia.

vi) Kompetensi Peribadi merujuk kepada kecekapan
mengurus pemikiran, emosi, sikap dan tingkah laku dalam
menyampaikan perkhidmatan. Pengurusan diri
merupakan faktor utama dalam memastikan seseorang
pegawai atau pemimpin itu mampu menyumbang secara
efektif kepada kecemerlangan diri dan juga organisasi.

17

SULIT

SULIT

vii) Kompetensi Sosial merujuk kepada kecekapan
mengendalikan aspek perhubungan antara ketua dan
anggotanya termasuklah cara berkomunikasi dan
kemahiran melayan pelanggan luar dan dalam.

(b) Kaedah Pemberian Mata
i) Mata kredit diberikan bagi setiap jumlah jam sesi
bimbingan dan pementoran.
ii) Jumlah mata kredit maksimum setahun ialah 10 mata
kredit.
iii) Mentor dan mentee akan memperoleh mata kredit yang
sama.
iv) Tiada mata kredit bagi mentor untuk sesi yang
melibatkan tugas hakiki.
v) Setiap enam jam proses bersamaan satu hari berkursus.

(c) Bukti untuk perekodan adalah seperti yang berikut:
i) Surat Lantikan; atau
ii) Surat Arahan, atau
iii) Buku Log; atau
iv) Rekod Sesi Pementoran,atau
v) Laporan refleksi (mentor dan mentee).

18

SULIT

SULIT
10.5 e-PEMBELAJARAN

(a) Takrifan

e-Pembelajaran didefinisikan sebagai satu proses

pembelajaran yang menggunakan sistem atau komponen elektronik

bagi mempelbagaikan penggunaan teknologi untuk meningkatkan

keboleh capaian dan keberkesanan pembelajaran. Secara

dasarnya, e-pembelajaran ini melibatkan penggunaan komputer

atau komponen elektronik dan bahan pembelajaran melalui dalam

talian (online). e-Pembelajaran ini secara langsung membolehkan

proses pembelajaran yang canggih dilaksanakan tanpa mengira

jarak dan bilangan ahli yang melayarinya. Contoh pembelajaran

secara maya seperti Portal e-Guru, Kursus i-Think dalam Talian

(KiDT), Virtual Learning Environment (Frog VLE), e-

Pembelajaran Sektor Awam (EPSA), Portal e-Pembelajaran

National Profesional Qualifications for Educational Leadership

(eNPQEL) dan portal lain yang dapat meningkatkan profesionalisme

keguruan.

(b) Kaedah Pemberian Mata
i) Satu mata kredit diberikan mengikut jumlah jam yang
tercatat dalam Sijil Kehadiran / Sijil Penghargaan / Surat
Akuan / Surat Pengesahan.
ii) Bagi portal pembelajaran dalam talian yang tidak
menyatakan jumlah jam berkursus, kiraan enam jam
diambil kira bagi satu kursus yang lengkap.

19

SULIT

SULIT

iii) Mata kredit maksimum setahun sebanyak 15 mata
kredit;

iv) Dua mata kredit tambahan akan diberikan bagi setiap
sumbangan video sendiri atau bahan ilmiah yang dimuat
naik;

v) Dua mata kredit tambahan bagi usaha kendiri bagi
setiap e-pembelajaran / kursus yang dilaksanakan
di luar waktu tugas rasmi / atas tanggungan individu;

(c) Bukti Pelaksanaan Latihan;
i) Sijil; atau
ii) Surat Akuan; atau
iii) Surat Pengesahan; atau
iv) Perakuan Ketua Jabatan; atau
v) Video dalam talian (disahkan); atau
vi) Resit Pembayaran yuran pengajian (bagi aktiviti inisiatif
kendiri)

10.6 PEMBACAAN BUKU

(a) Takrifan
Pembacaan buku dan perkongsian ilmu merupakan salah satu

aktiviti Pembangunan Profesionalisme Berterusan (PPB) (Rujuk
Surat Siaran KP(PP)0022/252 Jilid 2(7) bertarikh 15 April 2015).

20

SULIT

SULIT
PPP dikehendaki membaca buku-buku dalam bidang pengetahuan,
kemahiran serta nilai dan amalan profesionalisme.
Ulasan buku ialah proses mendapat idea utama kandungan
buku atau menulis sinopsis. Penilaian dan kritikan juga digalakkan
dalam proses menulis sinopsis. Aktiviti ini dapat meningkatkan
pengetahuan dan pemahaman melalui penulisan sinopsis atau
pembentangan.

(b) Kaedah Pemberian Mata
i) Satu pembacaan buku ialah enam mata kredit.
ii) Jumlah mata kredit maksimum setahun ialah 20 mata
kredit.

(c) Bukti Pelaksanaan
Pembentangan atau Ulasan buku Rujuk Surat Siaran
KP(PP)0022/2252 Jilid 2(7) bertarikh 15 April 2015 dan
pengesahan/ perakuan ketua jabatan;

10.7 PENINGKATAN AKADEMIK

(a) Takrifan
Program peningkatan akademik akan meningkatkan

profesionalisme keguruan PPP. Program ini merujuk kepada

21

SULIT

SULIT

peringkat sijil / sijil lanjutan profesional, diploma, diploma lanjutan,
ijazah sarjana muda, sarjana dan doktor falsafah secara sepenuh
masa atau sambilan sama ada di dalam atau di luar negara.
Program ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi yang mendapat
pengiktirafan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) atau Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA).

i) Penajaan:
a. Hadiah Latihan Persekutuan (HLP);
b. Hadiah Latihan Persekutuan Sambilan (HLPS);
c. Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBPTB);
d. Mana-mana agensi dan institusi yang diiktiraf oleh
Kerajaan; dan
e. Cuti belajar bergaji penuh dengan tajaan asing.

ii) Inisiatif kendiri:
a. Setiap kursus yang diikuti (sijil, diploma, ijazah lanjutan)
dibiayai sendiri oleh individu berkenaan.
b. Mendapat kelulusan ketua jabatan
c. Cuti Belajar Tanpa Gaji (CBTG)

(b) Kaedah Pemberian Mata

i) Mata kredit diberi selepas mendapat Sijil / Diploma / Ijazah

/ Sarjana / PhD secara one-off pada tahun

penganugerahan seperti berikut:

(a)Sijil = empat mata kredit

(b)Diploma = lapan mata kredit

22

SULIT

SULIT

(c) Ijazah Sarjana Muda / Diploma Lanjutan = 12 mata
kredit

(d)Sarjana = 16 mata kredit
(e)PhD = 20 mata kredit
ii) Dua mata kredit tambahan bagi inisiatif kendiri.

(c) Bukti Pelaksanaan:
Transkrip akademik dan/atau skrol akademik sijil, diploma,
diploma lanjutan, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana, ijazah
doktor falsafah.

(d) PPP bertanggungjawab mengisi maklumat aktiviti ini dalam
Modul Individu. SULDP organisasi PPP berkenaan
bertanggungjawab menyemak dan mengesahkan aktiviti ini
dalam Modul SULDP SPLKPM.

10.8 PROGRAM SANGKUTAN DI ORGANISASI DALAM DAN LUAR
KPM

(a) Takrifan
Penyertaan PPP dalam program pembangunan

profesionalisme secara sangkutan di organisasi di dalam atau di luar
KPM dilaksanakan di dalam atau di luar negara. Program sangkutan

23

SULIT

SULIT

ini boleh melibatkan bidang kerja masing-masing atau di luar tugas
rasmi tanpa mengira bidang kerja yang khusus.

“Sangkutan” (Attachment) bermaksud satu tempoh yang khusus
untuk peserta menimba pengalaman secara terancang dan disertai
dengan penyeliaan di organisasi. Peserta akan melaksanakan kerja-
kerja sebenar bersesuaian dengan bidang yang perlu dikuasai
di samping membiasakan diri dengan keperluan serta amalan
di organisasi. Pengetahuan dan kemahiran yang telah dipelajari
akan digunakan di tempat kerja sebenar setelah menghadiri
program ini. Tujuannya adalah untuk:

i. mendedahkan PPP kepada persekitaran kerja, teknik-

teknik pengurusan dan pemikiran sektor korporat atau

agensi kerajaan;

ii. menjalin rangkaian perhubungan dan kerjasama dengan

sektor korporat dan agensi kerajaan;

iii. Contoh Program sangkutan:

a. Dalam KPM: Program sangkutan Pegawai BPPDP

selama enam bulan di PADU.

b. Dalam KPM: Program sangkutan guru Pendidikan Khas

(integrasi pendidikan khas ke sekolah pendidikan khas)

c. Luar KPM: Program sangkutan pegawai KPM dalam

latihan industri (guru Kolej Vokasional)

d. Luar KPM: Program sangkutan Pegawai KPM selama

tiga bulan di MOSTI.

e. Luar Negara: Program Sangkutan PPP di syarikat

swasta Republik Persekutuan Jerman.

24

SULIT

SULIT

iv. Mata kredit akan diberikan kepada PPP setelah kembali
bertugas ke jabatan asal.

v. PPP interim tidak dikira sebagai program sangkutan.

(b) Kaedah Pemberian Mata
i) Satu program sangkutan ialah lima mata kredit.
ii) Jumlah mata kredit maksimum setahun ialah 10 mata
kredit.

(c) Bukti pelaksanaan;
i) Surat tawaran program sangkutan; atau
ii) Surat Arahan; dan
iii) Pengesahan/ perakuan ketua jabatan/ pegawai yang
diberi tanggungjawab/ kuasa.

10.9 SUMBANGAN LAIN BERBENTUK PROFESIONAL DAN BUKAN
PROFESIONAL

(a) Takrifan
Aktiviti / program / tugasan yang dilaksanakan / disertai oleh

PPP di luar bidang tugas hakiki (Contoh: ahli Majlis Penasihat
Persatuan / Badan / Panel, ahli pemikir KPM, ahli task force).

25

SULIT

SULIT

1. Contoh sumbangan berbentuk profesional

i. Task Force
Sekumpulan PPP daripada pelbagai bidang dalam satu
kumpulan untuk melaksanakan sesuatu tugasan khas
yang diberikan oleh organisasi.

ii. Jawatankuasa / Panel
PPP yang dilantik untuk membuat keputusan bagi
organisasi tertentu. (Contoh: Panel Temu Duga / Panel
Penilai / Panel Pemilih / Panel Penggubal)

iii. Petugas
PPP yang dilantik oleh KPM atau mana-mana institusi
pendidikan di bawah agensi kerajaan atau agensi bukan
kerajaan untuk menguruskan atau melaksanakan tugas
khas. (Contoh: petugas /pemeriksa kertas peperiksaan
awam,urus setia program, pengelola pertandingan /
aktiviti, dan lain-lain tugasan yang
dipertanggungjawabkan.)

2. Contoh sumbangan bukan profesional
i. Sumbangan lain di luar bidang tugas profesional; atau
ii. NGO yang berdaftar dan diiktiraf oleh kerajaan;
iii. Badan sukarela untuk komuniti setempat.

Semua program dan aktiviti mendapat kebenaran ketua jabatan.
Sebarang aktiviti yang tidak bertentangan dengan dasar kerajaan,
peraturan dan perintah am.

26

SULIT

SULIT

(b) Kaedah Pemberian Mata
i) Satu sumbangan ialah lima mata kredit.
ii) Dua mata kredit tambahan akan diberikan bagi setiap
sumbangan sebagai ketua / penyelia.
iii) Jumlah mata kredit maksimum setahun ialah 10 mata
kredit.

(c) Bukti yang diperlukan untuk mendapat mata kredit;
i) Surat jemputan; atau
ii) Surat lantikan; atau
iii) Surat arahan; atau
iv) Sijil penghargaan/ penyertaan; dan
v) Pengesahan ketua jabatan

10.10KOMUNITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL (PROFESIONAL
LEARNING COMMUNITIES – PLC)

(a) Takrifan
PLC kerap dirujuk sebagai sekumpulan guru yang bertemu

secara kerap, berkongsi pengalaman dan kepakaran untuk
mempertingkatkan kemahiran pengajaran dalam usaha
meningkatkan pencapaian pelajar. Amalan kolaboratif dan
perkongsian dalam komuniti guru ini juga bagi membantu guru
menyelesaikan masalah PdP secara in-situ. Antara amalan ini ialah

27

SULIT

SULIT
pengajaran bersama rakan guru (team teaching), tunjuk cara dalam
pengajaran (lesson demonstration), sistem sokongan rakan sekerja
(buddy support system), perkongsian pintar antara komuniti sekolah
dengan komuniti di luar sekolah dan pengajaran secara kolaboratif
(collaborative teaching).

(b) Kaedah Pemberian Mata
i) Lima mata kredit bagi setiap amalan terbaik yang
dihasilkan dan dikongsi bersama.
ii) Jumlah mata kredit maksimum setahun ialah 20 mata
kredit

(c) Bukti yang diperlukan untuk mendapat mata kredit;
i) Laporan, atau
ii) Dokumentasi dalam pelbagai bentuk.

 PPP yang berperanan sebagai Ketua Kumpulan aktiviti
ini bertanggungjawab mengisi maklumat dalam SPL
KPM. SULDP organisasi PPP berkenaan
bertanggungjawab menyemak dan meluluskan aktiviti ini
dalam SPL KPM. *** rujuk garis panduan SPL KPM

28

SULIT

SULIT

10.11 INOVASI

(a) Takrifan
Inovasi dalam perkhidmatan awam adalah hasil cetusan idea

yang kreatif dan inovatif dalam mana-mana aspek kerja yang dapat
meningkatkan kualiti dan produktiviti organisasi. (PKPA Bil. 1 Tahun
2016)

Inovasi ialah penghasilan sesuatu yang baharu atau
menambah nilai kepada sesuatu yang sedia ada. Inovasi
merangkumi idea, prosedur kerja, sistem, kaedah, teknologi dan
seumpamanya yang merupakan hasil cetusan pemikiran kreatif dan
inovatif.

Inovasi berterusan dapat meningkatkan daya kreativiti dan
kualiti diri serta meningkatkan daya saing organisasi. Inovasi boleh
dilaksanakan secara individu atau berkumpulan seperti Kumpulan
Inovasi dan Kreativiti (KIK).

(b) Kaedah Pemberian Mata
i) Satu inovasi yang dihasilkan bersamaan 20 mata kredit.
ii) Dua mata kredit tambahan untuk ketua pasukan / fasilitator
/ mentor / konsultan / penyelaras.
iii) Jumlah mata kredit maksimum setahun ialah 20 mata
kredit.

(c) Bukti yang diperlukan untuk mendapat mata kredit;
i) Laporan; atau

29

SULIT

SULIT

ii) Anugerah / Sijil Penghargaan / Sijil Penyertaan; dan
iii) Pengesahan Ketua Jabatan

10.12 PENYELIDIKAN

(a) Takrifan –
PPP digalakkan untuk menjalankan penyelidikan/kajian

tindakan bagi meningkatkan amalan pengurusan/PdPc. Aktiviti ini
dapat memantapkan pentadbiran atau menyelesaikan masalah
pembelajaran murid.

i) Penyelidikan bermaksud mencari maklumat lebih lanjut
mengenai sesuatu perkara, menyelami lebih lanjut,
menjalankan kajian menyeluruh atau menyiasat dengan
lebih mendalam.

ii) Kajian Tindakan ialah kajian yang berbentuk inkuiri refleksi
kendiri yang dilakukan oleh peserta iaitu pengamal
pendidikan, guru atau pendidik sebagai penyelidik dalam
situasi sosial. Sebagai penyelidik, mereka melaksanakan
intervensi yang bertujuan untuk memperbaiki atau
meningkatkan kualiti amalan masing-masing.

(b) Kaedah Pemberian Mata
i) Satu penyelidikan lengkap ialah 10 mata kredit.

30

SULIT

SULIT

ii) Jumlah mata kredit maksimum setahun ialah 20 mata
kredit.

iii) Dua mata kredit tambahan sebagai ketua pasukan /
penyelidik.

iv) Tiada mata kredit diberikan yang melibatkan tugas hakiki
PPP.

(c) Bukti yang diperlukan untuk mendapat mata kredit;
i) Laporan penyelidikan; atau
ii) Dokumen penyelidikan; dan
iii) Pengesahan ketua jabatan.

13. PENULISAN DAN PENGKARYAAN

(a) Takrifan
Aktiviti merekodkan pengalaman, amalan terbaik, kepakaran,

idea baharu, inovasi, hasil penyelidikan dan sebagainya secara
bertulis sama ada dalam bentuk buku, jurnal atau artikel dalam
terbitan berkala atau pengkaryaan kreatif. Proses penulisan
melibatkan aktiviti membaca, memahami dan menganalisis literatur
profesional. Aktiviti ini dapat menjana keupayaan berkarya secara
ilmiah dan kreatif.

31

SULIT

SULIT

i) Penulisan Buku
a. Penulisan buku yang dibuat merupakan bukan tugas
hakiki penulis tersebut.
b. Mata kredit diberikan kepada buku yang diterbitkan pada
tahun semasa sama ada secara e-book atau bercetak.
c. Mata kredit diberikan sekali sahaja untuk sesuatu judul
buku (one-off).

ii) Penulisan Artikel/ Jurnal/Bab
a. Artikel yang diterbitkan dalam organisasi atau luar
organisasi (tidak termasuk buku laporan tahunan).
b. Jurnal yang diterbitkan dalam organisasi atau luar
organisasi.
c. e-jurnal yang diterbitkan dalam organisasi atau luar
organisasi.
d. Penulisan satu atau beberapa bab dalam buku yang
diterbitkan pada tahun semasa sama ada secara e-book
atau bercetak.

iii) Penulisan Buletin
Penulisan buletin yang diterbitkan secara bercetak atau
dalam talian dalam / di luar organisasi dimanfaatkan untuk
organisasi/ sekolah dan disahkan oleh ketua jabatan.

32

SULIT

SULIT

iv) Penghasilan Modul
Modul yang diterbitkan mesti lengkap, dalam bentuk
bercetak atau dalam talian serta dimanfaatkan untuk
organisasi / sekolah yang dihasilkan sendiri.

v) Pengkaryaan Seni Kreatif
Seni kreatif terdiri daripada kepelbagaian bidang seni,
seperti seni visual, seni muzik, seni rupa, seni tari dan
pecahan lain yang melibatkan kreativiti.

(d) Kaedah pemberian mata dan bukti yang diperlukan untuk
mendapat mata kredit;

i) Buku
a. Satu buku lengkap yang diterbitkan ialah 20 mata
kredit.
b. Jumlah mata kredit maksimum setahun ialah 20 mata
kredit.
c. Bukti yang diperlukan untuk mendapat mata kredit ialah
buku yang diterbitkan.

ii) Artikel/ Jurnal / Bab
Artikel / Jurnal / Bab yang diterbitkan ialah 10 mata
kredit.

33

SULIT

SULIT

iii) Buletin
Buletin yang diterbitkan ialah 10 mata kredit.

iv) Penulisan Modul
Modul yang lengkap ialah 10 mata kredit.

v) Pengkaryaan Seni Kreatif / visual
a. Seni kreatif yang diterbitkan/ direkodkan ialah 10 mata
kredit.
b. Seni visual yang diberi mata kredit hendaklah
diterbitkan / direkodkan serta disahkan oleh ketua
jabatan.
c. Seni muzik bertema yang diterbitkan / direkodkan
serta disahkan oleh ketua jabatan.
d. Seni fotografi yang diterbitkan / direkodkan serta
disahkan oleh Ketua Jabatan.
e. Seni tari yang diterbitkan/ direkodkan serta disahkan
oleh Ketua Jabatan.
f. Lain-lain karya seni / penghasilan / pengkaryaan
kreatif yang direkodkan / diterbitkan serta disahkan
oleh ketua jabatan.

34

SULIT

SULIT
11. PELAPORAN

Pengurusan data dan maklumat PPB pada peringkat KPM adalah melalui
aplikasi SPL KPM yang dijadikan sebagai indikator bagi menilai
keberkesanan output dan outcome MyPPB.

11.1 Pelaporan Individu
PPP bertanggungjawab memastikan rekod latihan dikemas kini dari
semasa ke semasa bagi aktiviti PPB dalam SPL KPM termasuk
sebarang aktiviti KKL dan PK. PPP boleh mengakses pelaporan
aktiviti dan mata kredit PPB melalui Modul Individu SPL KPM.

11.2 Pelaporan Keseluruhan (Dashboard MyPPB)
Pegawai latihan / penyelaras latihan / SULDP SPL KPM adalah
bertanggungjawab mengemas kini dan membuat pengesahan SPL
KPM bagi sebarang aktiviti yang dianjurkan pada peringkat
sekolah/agensi/institusi masing-masing. Pegawai latihan/ Penyelaras
Latihan/ SULDP boleh mengakses pelaporan keseluruhan dan mata
kredit PPB melalui dashboard MyPPB.

35

SULIT

SULIT
12. PEMANTAUAN DAN TINDAKAN SUSULAN

12.1 Bahagian KPM
Pentadbir SPL KPM bertanggungjawab untuk mengurus dan
memantau pelaksanaan SPL KPM di peringkat bahagian
masing-masing.

12.2 JPN
Penyelaras SPL KPM bertanggungjawab untuk mengurus dan
memantau pelaksanaan SPL KPM di peringkat JPN / PPW /
PPD dan sekolah.

12.3 PPW / PPD
Penyelaras SPL KPM bertanggungjawab untuk mengurus dan
memantau pelaksanaan SPL KPM di peringkat PPW / PPD dan
sekolah.

12.4 Sekolah
SULDP akan dipertanggungjawabkan untuk mengurus dan
memantau pelaksanaan SPL KPM di peringkat sekolah.

36

SULIT

SULIT

13. PENUTUP

Pelaksanaan MyPPB diharapkan agar menjadi pemangkin kepada PPP
untuk meningkatkan kompetensi masing-masing mengikut keperluan.
Tujuannya adalah untuk memastikan PPP berkualiti dan kekal berkualiti
sepanjang perkhidmatan dengan memenuhi kehendak dasar pendidikan
dari semasa ke semasa.

14. PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan berkaitan dengan garis panduan ini boleh dirujuk
kepada bahagian yang berikut:

Pengarah

Bahagian Pendidikan Guru

Kementerian Pendidikan Malaysia

ARAS 2-6, Blok E13, Kompleks E

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

62604 PUTRAJAYA

(u.p: Dr. Muhammad Zaini bin Mohd. Zain / En. Shahrir bin Samsuri)

e-mail : [email protected] / [email protected]

No. Telefon : 03-8884 1065 / 03-8884 1188

Faks : 03-8889 3492

Garis Panduan ini juga boleh dimuat turun di laman sesawang SPL KPM.

37

SULIT

SULIT

FAQ (Frequently Asked Question)

1. Apakah tujuan sistem mata kredit PPB dilaksanakan?
Tujuan sistem mata kredit dilaksanakan adalah untuk mengiktiraf dan
memperaku penyertaan PPP dalam PPB dan menggalakkan PPP mencari
peluang melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti secara kendiri.

2. Adakah penambahan mata kredit diberikan bagi aktiviti mengikut
peringkat seperti organisasi, daerah, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa?
Tidak.

3. Adakah mata kredit diberikan sekiranya PPP terlibat dengan aktiviti di luar
bidang tugas hakiki dengan tanpa kebenaran ketua jabatan?
Ya, dua mata kredit tambahan diberikan atas inisiatif kendiri yang dilaksanakan
di luar waktu tugas rasmi tetapi risiko semasa menghadiri aktiviti tersebut
adalah di bawah tanggungan PPP sendiri dan tertakluk kepada surat
pekeliling yang sedang berkuatkuasa.

4. Adakah PPP yang memainkan peranan sebagai penceramah atau
fasilitator di organisasi lain bagi tajuk ceramah atau bidang yang sama
diberikan mata kredit tambahan?
Tidak. Hanya sekali sahaja mata kredit diberikan secara one-off, bagi ulangan
tajuk ceramah atau bidang yang sama tidak ada mata kredit tambahan.

38

SULIT

SULIT

5. Adakah ditetapkan kekerapan bagi sesuatu aktiviti PLC yang
dilaksanakan?
Tidak. Mata kredit maksimum hanya akan diambil kira sebanyak 20 mata kredit
sahaja.

6. Bagaimana pengiraan mata kredit untuk aktiviti yang dilaksanakan secara
offline?
Mata kredit akan dikira seperti aktiviti yang dilaksanakan secara dalam talian
dan disahkan oleh ketua jabatan.

7. Bagi aktiviti pembacaan buku, adakah ditetapkan genre buku?
Rujuk kepada pekeliling sedia ada (KP(PP)0022/252/ Jld. 2 (7)) yang sedang
berkuatkuasa untuk maklumat lanjut.

8. Adakah penyelidikan / kajian tindakan yang dibuat semasa belajar
separuh masa / PJJ / Luar kampus boleh diambil kira untuk kiraan mata
kredit?
Kajian tindakan yang dibuat semasa belajar separuh masa boleh direkodkan
untuk pengiraan mata kredit dengan syarat kajian tersebut tidak berkaitan
dengan pengajian yang sedang diikuti.

9. Adakah perkongsian ilmu melalui media sosial diambil kira dalam
pengiraan mata kredit?
Penulisan atau perkongsian ilmu melalui blog (karya asli), boleh diberi mata
kredit berdasarkan bukti.

39

SULIT

SULIT

10. Adakah KIK diambil kira dalam pengiraan mata kredit?
Ya. KIK dikira sebagai aktiviti inovasi.

11. Perlukah buku atau karya yang diterbitkan dan didaftarkan dengan ISBN?
Tidak. Tujuannya bagi mengalakkan PPP terlibat dalam penerbitan buku ilmiah
/ kreatif

12. Adakah mata kredit mempunyai tempoh sah laku tertentu?
Ya, tempoh sah laku aktiviti yang diberi mata kredit ialah pada tahun semasa sahaja.
.

Sekian.

40

SULIT

SULIT

JADUAL PENGIR

A. Kaedah pengiraan mata kredit dengan menetapka
dilaksanakan.

Bil. AKTIVITI PPB MATA KREDIT KESETARAAN MAT
MA
SE

P01 Kursus 1 mata kredit X jumlah jam 6 Jam = 1 hari 15 m
Seminar
Persidangan
Konferensi
Konvensyen
Kolokium
Bengkel
Forum

41

LAMPIRAN1

RAAN MyPPB

an nilai mata kredit mengikut bilangan jam aktiviti

TA KREDIT MATA KREDIT BUKTI JUSTIFIKASI /
AKSIMUM TAMBAHAN IMPLIKASI
ETAHUN
Jenis aktiviti:
mata kredit 2 mata kredit  Sijil/ Surat berkaitan fungsi
tambahan bagi aktiviti Akuan kerja dan dengan
atas inisiatif kendiri kebenaran ketua
 Penulisan jabatan
yang dilaksanakan di refleksi
luar waktu tugas
rasmi dan atas  Surat Arahan
tanggungan individu
 Surat
Jemputan

2 mata kredit
tambahan untuk
peranan dalam aktiviti
sebagai:

 Penceramah

 Fasilitator

SULIT

SULIT

P02 Wacana Ilmu 1 mata kredit X jumlah jam 6 Jam = 1 hari 15 m
Perkongsian
Ilmu
Taklimat

P03 Lawatan 1 mata kredit X jumlah jam 6 Jam = 1 hari 10 m
Penanda Aras sesi lawatan

42

mata kredit 2 mata kredit  Surat lantikan Jenis aktiviti:
tambahan bagi aktiviti  Surat arahan berkaitan fungsi
atas inisiatif kendiri  Surat jemputan kerja dan dengan
yang dilaksanakan di  Kertas kebenaran ketua
luar waktu tugas jabatan
rasmi dan atas pembentangan
tanggungan individu  Sijil

2 mata kredit penghargaan
tambahan untuk (mana-mana
peranan dalam aktiviti satu)
sebagai:
 Penceramah **Bagi aktiviti
 Fasilitator
inisiatif kendiri
hendaklah
dibuktikan dengan
sijil/kehadiran

mata kredit 2 mata kredit  Surat arahan/
tambahan bagi aktiviti lantikan/ Sijil
atas inisiatif kendiri Laporan

yang dilaksanakan di
luar waktu tugas
rasmi dan atas
tanggungan individu

SULIT

SULIT

P04 Bimbingan dan 1 mata kredit X jumlah jam 6 Jam = 1 hari 10 m
Pementoran

P05 eLearning 1 mata kredit X jumlah jam 6 Jam = 1 hari 15 m

(Portal e-Guru,

EPSA, ETLN,

VLE, i-Think

dsb)

43

mata kredit 2 mata kredit  Surat Lantikan Rujuk Surat
tambahan untuk Pekeliling
 Surat Arahan Perkhidmatan
peranan dalam aktiviti Bilangan 8 Tahun
sebagai:mentor  Rekod sesi 2010
pementoran Panduan
Pelaksanaan
 Laporan Pementoran
refleksi(mentor Dalam
dan mentee) Pengurusan
Sumber Manusia
Sektor Awam

mata kredit 2 mata kredit  Sijil/ surat
tambahan bagi setiap akuan
sumbangan video
dalam portal e-guru  Surat
atau bahan ilmiah Pengesahan
dalam VLE
 Video dalam
talian

2 mata kredit ***Bagi aktiviti
tambahan bagi aktiviti
atas inisiatif kendiri inisiatif kendiri
hendaklah
yang dilaksanakan di dibuktikan dengan
luar waktu tugas resit pembayaran
rasmi dan atas
tanggungan individu

SULIT

SULIT

P05 Pembacaan 6 mata kredit X 1 1 buku = 1 hari 20 m
Buku pembentangan / 1 ulasan
buku

B. Kaedah pengiraan mata kredit dengan menetapkan ni
berkala.

Bil. AKTIVITI PPB MATA KREDIT KESETARAAN MAT
MA
SE

P07 Peningkatan Mata kredit diberikan -

Akademik: mengikut tahap akademik

secara one-off pada tahun

penganugerahan

Sijil Lanjutan/

Profesional,

Diploma

Lanjutan dan

setara,

Ijazah Sarjana

Muda,

Sarjana

dan PhD

44

mata kredit  Perakuan Rujuk Surat
Ketua Siaran yang
Jabatan sedang berkuat
sijil / surat kuasa
(KP(PP)0022/252
Jld.2 (7)
bertarikh 15
April 2015

ilai mata kredit mengikut jangka masa tertentu aktiviti /

TA KREDIT MATA KREDIT BUKTI JUSTIFIKASI /
AKSIMUM TAMBAHAN IMPLIKASI
ETAHUN  Sijil/ Diploma/
Ijazah
- Sijil Lanjutan/
Profesional
= 4 mata kredit

Diploma Lanjutan

dan setara,
= 8 mata kredit

Ijazah Sarjana
Muda,
= 12 mata kredit

Ijazah Sarjana
= 16 mata kredit

dan PhD
= 20 mata kredit

SULIT

SULIT

P08 Program 5 mata kredit X 1 program - 10 m
- 10 m
Sangkutan di

organisasi luar

dan dalam

KPM

P09 Sumbangan 5 mata kredit X 1 aktiviti
lain berbentuk
profesional dan
bukan
profesional

45

mata kredit  Surat tawaran/
mata kredit arahan

 Surat jemputan Sumbangan
yang diberikan
 Surat lantikan/ sekurang-
arahan kurangnya
sebagai ahli
 Sijil yang aktif.
penghargaan
(mana-mana
satu)

 Pengesahan
Ketua Jabatan

SULIT


Click to View FlipBook Version
Previous Book
Guay
Next Book
ECHO 360 ALP