1
PELAN OPERASI LATIHAN (POL) SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MAT SALLEH
1. PENGENALAN
Selaras dengan Pekeliling Pekhidmatan Bilangan 6 Tahun 2005 (Dasar Latihan Sumber Manusia Unit
Awam), Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2005 ( Pelaksanaan Pelan Latihan Sumber
Manusia Unit Awam) dan Surat Pekeliling KPM (Dasar Latihan Sumber Manusia Kementerian
Pendidikan Malaysia), setiap anggota perkhidmatan di Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh (SKTMS)
perlu dilengkapi dengan sikap (attitude), kemahiran (skills) dan pengetahuan (knowledge) yang
bersesuaian melalui program latihan yang terancang dan pembelajaran yang berterusan. Dasar ini
telah menetapkan setiap anggota perkhidmatan awam perlu mengikuti kursus sekurang-kurangnya
lima (5) hari setahun.
Dasar Latihan ini mampu dijadikan satu mekanisme penilaian bagi tujuan penilaian prestasi, kenaikan
pangkat, melanjutkan pelajaran dan pengurusan pelapis kepimpinan.
2. DEFINISI
2.1 Bagi maksud Pelan Operasi Latihan Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh ini,
i. “Struktur Latihan” merujuk kepada peringkat-peringkat latihan yang perlu diikuti
oleh guru dan staff SKTMS
ii. “Peringkat” merujuk kepada tahap-tahap latihan yang boleh diikuti oleh guru dan
staff SKTMS
iii. “Standard Umum” merujuk kepada tahap pencapaian yang ditetapkan oleh guru dan
staff SKTMS dan
iv. “Institusi Latihan Awam” merujuk kepada Institut Aminuddin Baki (IAB), Institut-
institut latihan lain yang diwujudkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia,
Pejabat, Bahagian, Pejabat Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala
Muda/Yan, Institut-institut latihan awam tempatan yang lain yang menjalankan
kursus-kursus bagi anggota Kementerian Pendidikan Malaysia.
2
3. LATAR BELAKANG PEJABAT
Sekolah Kebangsaan Tok Mat Salleh beralamat di Kampung Ruat, 06900 Yan, Kedah ini diterajui oleh
Cikgu Roslina binti Ahmad. Di bawah pentadbiran sekolah ini, terdapat 15 orang guru dan 3
orang staf sokongan seperti berikut:
Bil. Nama Jawatan
1. ROSLINA BINTI AHMAD Guru Besar
2. SANURI BIN OTHMAN Pen. Kanan Pentadbiran
3. MOHAMAD FUAD BIN MOHAMAD SHUKUR Pen. Kanan Hal Ehwal Murid
4. AHMAD FARIZ BIN MOHAMED Pen. Kanan Kokurikulum
5. ZAKIROH BINTI ABDUL HALIM Guru Data
6. HUSSALWA BINTI HUSSAIN Guru Pengurusan Media
7. AMIZAR BIN MD. ZAIN Guru Penyelaras Bestari
8. UMMI KALSOM BINTI AHMAD Guru Akademik
9. YUSNYTA BINTI YUSUF Guru Akademik
10. MOHD AZAHAR BIN SUDIN Guru Akademik
11. NABILLAH BINTI AHMAD Guru Akademik
12. MERANI BINTI ABDULLAH Guru Akademik
13. SOFIAH BT HAMID Guru Akademik
14. A'LAWIAH BT ISMAIL Guru Prasekolah
15. LAILA BINTI ABU BAKAR Guru Akademik
16. NAFISHAH BINTI HAMID Pembantu Tadbir
17. SAUDI BIN MOHD YUSOFF Pembantu Operasi
18. SURIA MAYA BINTI MOHD NAZLY Pembantu Pengurusan Murid
4. VISI
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
5. MISI
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkuaiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi
Memenuhi Aspirasi Negara
6. OBJEKTIF SEKOLAH KEBANGSAAN TOK MAT SALLEH
Melestarikan Sistem Pendidikan yang Berkuaiti untuk Membangunkan Potensi Individu bagi
Memenuhi Aspirasi Negara
3
7. OBJEKTIF LATIHAN
7.1. Latihan adalah diperlukan untuk membentuk sumber manusia di SKTMS yang berprestasi
tinggi dan cemerlang bagi memenuhi keperluan perkhidmatan pendidikan. Sehubungan
dengan itu, SKTMS telah menggariskan beberapa objektif latihan sebagaimana berikut:
i) menyediakan anggota SKTMS yang berkelayakan, berkebolehan dan berkompetensi;
ii) mencapai hasil kerja yang berkualiti/ bermutu tinggi;
iii) meningkatkan kompetensi dan produktiviti;
iv) membentuk nilai-nilai murni dan sikap positif;
v) mewujudkan nilai cipta (value creation) dan nilai tambah (value added) di SKTMS
vi) menyediakan hala tuju kemajuan kerjaya anggota SKTMS.
8. STRATEGI LATIHAN
8.1 Strategi latihan adalah seperti berikut:
8.1.1 Mengenalpasti kepeluan latihan dengan menjalankan analisis keperluan latihan
8.1.2 (Training Needs Analysis / TNA)
8.1.3 Memberi keutamaan kepada program-program latihan yang memberi kesan
8.1.4 secara langsung ke atas output atau produktiviti anggota.
8.1.5 Mendapatkan peruntukan yang mencukupi bagi menjalankan program-program
latihan bagi anggota di bawah pejabat.
Memberi peluang anggota mendapatkan atau memilih latihan / kursus yang
dianjurkan oleh pihak luar; dan
Membuat penilaian ke atas program-program latihan / kursus yang dijalankan
(dalaman atau luar).
9. PELAKSANAAN LATIHAN
9.1 Analisis Keperluan Latihan (TNA)
9.1.1 Keperluan latihan boleh dibahagikan kepada lima peringkat iaitu:
a. Peringkat Awal Penempatan (Tahap Pendedahan Kompetensi);
b. Peringkat Asas (Tahap Penerapan Kompetensi);
c. Peringkat Pertengahan (Tahap Pembangunan dan Peningkatan kompetensi);
d. Peringkat Lanjutan (Tahap Pengukuhan Kompetensi; dan
e. Peringkat Peralihan (Tahap Peralihan Kerjaya)
9.1.2 Bidang-bidang Kursus
a. Kumpulan Pengurusan dan Profesional (DGA32-DG54)
i. Kepimpinan dan pengurusan;
ii. Pengurusan Kewangan
iii. Kemahiran Komunikasi
iv. Teknologi Maklumat;
v. Team Building dan Kecergasan
vi. Pengurusan Stress.
vii. Keselamatan Perlindungan
viii. Pengurusan Integriti
4
b. Kumpulan Pelaksana(Gred 1-27)
i. Motivasi Diri
ii. Pengurusan Kewangan;
iii. Kemahiran Komunikasi
iv. Teknologi Maklumat
v. Team Building dan Kecergasan.
vi. Pengurusan Aset
vii. Pengurusan Stress
viii. Keselamatan Perlindungan
ix. Pengurusan Integriti
Pemilihan / penetapan kursus yang sebenarnya adalah berasaskan kepada Borang Matrik
Kompetens/TNA Pegawai dan Staf Sokongan (MS ISO 9001:2008) yang diisi pada hujung tahun 2021.
9.2 Metodologi Latihan.
9.2.1 Latihan yang dijalankan akan menggunakan kaedah yang selaras dengan program
pembangunan modal insan iaitu secara:
a. Anjuran KPM / anjuran bersama dengan agensi lain akan dibuat dengan
menggunakan pendekatan:
i. kuliah termasuk ceramah (classroom method);
ii. seminar / bengkel;
iii. lawatan sambil belajar;
iv. program sangkutan;
b. Penyertaan program kursus, latihan, seminar, bengkel anjuran agensi kerajaan
yang lain; dan
c. Program yang dibeli (outsourced) daripada pihak swasta.
9.3 Tempoh Kursus
9.3.1 Anjuran Sekolah.
a. Kursus – akan diadakan maksimum tiga (3) hari tertakluk kepada kesesuaian
sesuatu bidang kursus;
b. Bengkel – akan diadakan maksimum dua (2) hari
c. Program lawatan dan sangkutan – mengikut kesesuaian tempoh waktu yang
diperlukan.
9.3.2 Anjuran PPD, JPN dan Swasta
Tertakluk kepada jumlah hari yang ditentukan oleh pihak penganjur.
9.4 Tempat Kursus
9.4.1 Kursus / taklimat / latihan yang dianjurkan oleh PPD akan diadakan sama ada di:
a. Makmal ICT sekolah.
b. Pusat-pusat latihan milik agensi lain di bawah KPM
i. Pejabat Pendidikan Kota Setar
ii. Jabatan Pendidikan Negeri
iii. Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP)
5
c. Pusat-pusat latihan milik agensi kerajaan yang lain
i. Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN)
ii. Institut Pengajian Tinggi Tempatan
d. Lokasi milik swasta seperti hotel dan lain-lain.
Pemilihan tempat kursus adalah mengikut kesesuaian sesuatu program yang dilaksanakan.
9.5 Kumpulan Sasaran
9.5.1 Kumpulan sasaran kursus-kursus yang disediakan mengikut angka adalah
berdasarkan perjawatan seperti berikut:
a. Kumpulan Pengurusan & Profesional – 15 orang.
b. Kumpulan Pelaksana – 3 orang.
10. PERANCANGAN LATIHAN
10.1 Perancangan Latihan tahunan SKTMS adalah dikhusus kepada bidang- bidang tertentu
sebagai pelengkap kerana pihak induk iaitu Bahagian Sumber Manusia, Kementerian
Pendidikan Malaysia juga menganjurkan pelbagai kursus bagi pegawai dan kakitangan
sokongan. Di samping itu juga peserta-peserta dihantar untuk mengikuti kursus anjuran
Institut Aminudin Baki, Institut Perguruan, INTAN, JPA dan agensi-agensi luar.
10.2 Pelaksanaan Latihan
10.2.1 Program latihan akan dijalankan seperti berikut:
BIDANG KURSUS PELAKSANAAN DALAM SETAHUN
Taklimat Pengurusan SPLKPM 1 kali
Kursus Pemantapan Pedagogi Abad ke 21 1 kali
Kursus Pengurusan Fail Sekolah 2 kali
Kursus Aplikasi ICT Dalam Pengurusan 2 kali
Pendidikan
Bengkel Pengurusan PBD 3 kali
Bengkel Pengurusan SKPMg2 1 kali
* Tertakluk kepada perubahan
6
JADUAL PELAKSANAAN LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
LATIHAN/BULAN JAN FEB MAC APR MEI
Taklimat Penataran Google *
Workspace *
Kursus Pengurusan SPLKPM ** *
Kursus Orientasi DSKP Tahun 6 ***
KSSR Semakan 2017
PLC Semua Panitia *
Latihan dari TNA
Latihan dari TNA
Cadangan Strategi Latihan 20
I JUN JUL OGO SEP OKT NOV DIS
*******
*
022 oleh pihak JPN Kedah
7
11. PENILAIAN DAN PEMANTAUAN
11.1 Satu kajian semula yang berkesan oleh pihak pengurusan terhadap POL SKTMS
hendaklah dilakukan secara berterusan. Kajian semula dan penilaian suku/ setengah
tahunan akan bertindak sebagai asas untuk mengenalpasti masalah secara lebih
mendalam dan kemajuan semasa yang dicapai. Sebarang masalah besar yang
dihadapi akan dikaji dengan teliti memandangkan ia merlukan satu set tindakan
pembetulan yang komprehensif untuk meningkatkan prestasi dengan sokongan
semua Pejabat/Bahagian/ Agensi di bawah KPM. Perkara-perkara utama untuk
dinilai dan dikawal ialah aspek-aspek berikut:
11.1.1 Peruntukan kewangan yang mencukupi
11.1.2 Tenaga kerja yang mencukupi – taburan dan pembahagian tugas;
11.1.3 Pembangunan tenaga kerja – sistem berasaskan prestasi bagi
penganugerahan, latihan dan kenaikan pangkat;
11.1.4 Peralatan teknologi dan kelengkapan yang terkini serta mencukupi;
11.1.5 Kesan ketara dalam organisasi seperti pengurangan kos.
11.2 Apabila perancangan latihan telah dilaksanakan, penilaian perlu dilakukan bagi
mengetahui keberkesanan program latihan dan pembangunan yang telah dijalankan.
Antara cara penilaian yang boleh dilakukan ialah melalui cara-cara berikut:
11.2.1 menilai hasil kerja selepas latihan; dan
11.2.2 penilaian prestasi
DISEDIAKAN OLEH: DISAHKAN OLEH:
................................................ ....................................
UMMI KALSOM BINTI AHMAD ROSLINA BINTI AHMAD
SETIAUSAHA LDP GURU BESAR
SK TOK MAT SALLEH SK TOK MAT SALLEH
8
9