NAMA: KATA HUBUNG PANCANGAN KOMPLEMEN BAHAWA & UNTUK
Kata hubung pancangan komplemen Kata hubung pancangan komplemen ialah kata yang menghubungkan klausa komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Kata jenis ini hanyalah ‘bahawa’ & ‘untuk’.
Contoh ayat: Bahawa 1. Cikgu Amin menyatakan bahawa murid-muridnya sangat rajin belajar. 2. Umum mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah saudagar besar. 3. Mereka telah berikrar bahawa perjuangan menentang musuh akan diteruskan. 4. Kita harus sentiasa ingat bahawa hidup di dunia ini adalah sementara sahaja. 5. Murid-murid telah mengetahui bahawa Cikgu Ali akan bertukar ke sekolah lain.
Contoh ayat: Untuk 1. Untuk memaksa dia membayar hutang adalah sangat sukar. 2. Untuk banduan itu melepaskan diri adalah sangat sukar. 3. Baju itu dibuat untuk ibu. 4.Ahmad pergi ke kedai untuk membeli roti. 5. Kami membeli tiket untuk pergi ke Pulau Pangkor.
BACA LAGI /