The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by kama mat, 2022-01-30 02:57:46

PERTANDINGAN MEMANCING PeLauT 2022

PERTANDINGAN MEMANCING PeLauT 2022

PERSATUAN REKREASI LAUT BESUT TERENGGANU
(PeLauT)

No. Pendaftaran : 1234-11 TRG
BALAI NELAYAN TANJUNG LALI
22200 KAMPUNG RAJA, BESUT, TERENGGANU

PERTANDINGAN MEMANCING
TERTUTUP ANJURAN PERSATUAN
REKREASI LAUT BESUT TERENGGANU

(PeLauT) 2022

1. PENGENALAN

1.1 Pertandingan memancing tertutup anjuran Persatuan Rekreasi Laut Besut
Terengganu (PeLauT) bersama YB Haji Mohd Nurkhuzaini Bin Ab. Rahman (Pengerusi
Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro Dan Hal Ehwal Penjaja)
merangkap ADUN Kota Putera.

2. TUJUAN

2.1 Disediakan untuk memberi maklumat berkenaan program yang akan diadakan
serta memohon peruntukan daripada pejabat penyelaras Dun Kota Putera dan mereka
yang berkepentingan untuk menampung perbelanjaan program.

3. OBJEKTIF

3.1 Pertandingan ini akan dapat memupuk semangat kerjasama terutamanya di
kalangan ahli persatuan dan mengeratkan ukhuwwah diantara ADUN Kota Putera
Selaku Penaung persatuan PeLauT .

3.2 Menggalakkan dan menjadikan aktiviti memancing sebagai satu aktiviti yang
berfaedah serta menarik minat masyarakat tentang aktiviti memancing.

3.3 Mempromosikan tempat yang menarik di sekitar Daerah Besut terutamanya
Pengkalan Tanjung Lali sebagai satu tarikan baru aktiviti laut dan memenuhi kalendar
aktiviti Tahunan Daerah Besut.
3.4 Sebagai agenda utama untuk mempromosikan Pertandingan “Tenggiri Challenge”
peringkat antarabangsa yang akan dianjurkan Persatuan pada bulan September nanti.

4. TARIKH DAN TEMPAT KEJOHANAN
4.1 Tarikh yang dicadangkan adalah pada 26 Februari 2022 ( Sabtu ) bermula pada
jam 7.00 pagi (waktu pelepasan bot) hingga 4.00 Petang.
4.2 Pertandingan akan diadakan di sekitar laut Daerah Besut (KATEGORI LAUT) dan
sekitar sungai Tanjung Lali (KATEGORI DARAT) .

5. PENDAFTARAN PASUKAN / INDIVIDU
5.1 (KATEGORI LAUT)
Terbuka dan keutamaan kepada ahli PeLauT. BUKAN AHLI boleh menyertai
pertandingan dengan menghubungi ahli yang mempunyai bot sebagai kru atau peserta.
6 peserta sahaja dibenarkan dalam sebuah bot termasuk tekong.
5.2 (KATEGORI DARAT)
Terbuka kepada semua penduduk di Daerah Besut dan terhad kepada 150 orang sahaja
yang berminat untuk menyertai acara ini.

6. PENDAFTARAN DAN KELAYAKAN PESERTA
6.1 Hanya ahli yang telah berdaftar pada tahun 2022 sahaja layak untuk menyertai
pertandingan memancing ini dan mana-mana AHLI yang melanggar peraturan yang
ditetapkan oleh penganjur tidak dibenarkan menyertai.
6.2 Penyertaan bagi peserta luar akan dibuka sekiranya masih terdapat kekosongan.

7. FORMAT PERTANDINGAN
7.1 Pemenang akan ditentukan mengikut kategori di pertandingkan
(KATEGORI LAUT)
● Ikan terbesar (mengikut berat timbangan)
● Jumlah tangkapan terbanyak (mengikut berat timbangan)
● Tekong terbaik (kriteria ditentukan pengadil pertandingan)

(KATEGORI DARAT)
● Ikan terbesar (mengikut timbangan)

8. BAYARAN PENYERTAAN
(KATEGORI LAUT)
8.1 AHLI yang menyertai pertandingan ini akan dikenakan bayaran sebanyak RM
10.00 ( Sepuluh ringgit Sahaja ).
8.2 Peserta Luar akan dkenakan yuran penyertaan sebanyak RM50.00
8.3 Tarikh tutup penyertaan adalah sebelum@pada 31 Januari 2022
8.4 Setiap peserta akan diberikan baju pertandingan

(KATEGORI DARAT)
8.5 Bayaran penyertaan ketegori darat dikenakan sebanyak RM 10.00 ( Sepuluh
ringgit Sahaja ) bagi setiap joran dan perlu dibayar semasa pendaftaran pertandingan
26/02/2022 kepada urusetia.

9. TEMPAT PENGINAPAN
9.1 Pihak penganjur tidak akan menyediakan tempat penginapan. Segala urusan dan
kos ditanggung oleh masing-masing. (Penganjur akan memberikan segala maklumat
tentang tempat penginapan).

10. KUASA JAWATANKUASA PERTANDINGAN
10.1 Jawatankuasa pertandingan berkuasa dan berhak dari masa ke semasa
menambah dan meminda mana-mana peraturan yang dirasakan perlu bagi melicinkan
pertandingan tersebut dan keputusan jawatankuasa pertandingan adalah muktamad.
10.2 Sekiranya terdapat sebarang bantahan, peserta layak membuat bantahan rasmi
kepada pihak penganjur dengan mengisi borang bantahan rasmi dalam masa 1 jam
selepas keputusan hakim diumumkan. Setiap bantahan akan dikenakan cagaran
sebanyak RM200.00 tunai dimana sekiranya bantahan diputuskan gagal maka wang
cagaran bantahan tidak akan dikembalikan.
10.3 Jawatankuasa bantahan terdiri daripada;

- Pengerusi Pertandingan
- Ketua Hakim Pertandingan
- Pengerusi Persatuan
- 2 orang individu yang tidak berkepentingan

11. HADIAH

(KATEGORI LAUT)- IKAN TERBERAT

- JOHAN - WANG TUNAI RM 700.00
- N/JOHAN - WANG TUNAI RM 300.00
- KETIGA - WANG TUNAI RM 100.00

(KATEGORI LAUT)- JUMLAH IKAN TERBERAT

- JOHAN - WANG TUNAI RM 500.00
- N/JOHAN - WANG TUNAI RM 200.00
- KETIGA - WANG TUNAI RM 100.00

(KATEGORI LAUT)- TEKONG TERBAIK

- JOHAN - WANG TUNAI RM 200.00 & MEDAL

(KATEGORI DARAT)

- PERTAMA - WANG TUNAI RM 300.00
- KEDUA - WANG TUNAI RM 150.00
- KETIGA - WANG TUNAI RM 50.00

KE 4 HINGGA 8 – SAGUHATI

(CABUTAN BERTUAH )

Semua peserta pada hari pertandingan akan berpeluang mendapat hadiah cabutan
bertuah yang diadakan semasa majlis perasmian penutup.

12. ATURCARA PROGRAM

25.2.2022 (JUMAAT)
(Balai Nelayan, Tanjung Lali)

3.30 petang - Taklimat Akhir Pertandingan
- Pengesahan Penyertaan (Tekong-peserta)
- Penyerahan T-Shirt Pertandingan dan Kad Pelepasan

25.2.2022 (SABTU)- Kategori Laut

6.30 – 7.00 Pagi - Tekong menyerahkan kad pelepasan
7.00 Pagi - Berlepas dari jeti Tg Lali
7.30 - 4.00 ptg - Berlangsungnya pertandingan
4.00 ptg - Peserta menyerahkan hasil tangkapan untuk pemarkahan

4.00 - 5.00 Ptg (Perlu diserahkan sebelum jam 4.00 petang)
5.30 Ptg - Timbangan dan penjurian
- MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

25.2.2022 (SABTU)- Kategori Darat

7.00 – 8.30 pagi - Pendaftaran peserta
8.30 - 4.00 ptg - Berlangsungnya pertandingan
4.00 ptg - Peserta menyerahkan hasil tangkapan untuk pemarkahan

4.00 - 5.00 Ptg (Perlu diserahkan sebelum jam 4.00 petang)
5.30 Ptg - Timbangan dan penjurian
- MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH

URUSETIA PERTANDINGAN MEMANCING TERTUTUP ANJURAN PERSATUAN
REKREASI LAUT BESUT TERENGGANU (PeLauT) 2022

Dan Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi :
I. En. Yuspha Ziladin Bin Yusoff - 012-7646203 (pengerusi PeLauT)
II. En. Mohd Fadzli bin mustafa - 017-9197525(setiausaha)

PERATURAN PERTANDINGAN MEMANCING PERSATUAN REKREASI
LAUT BESUT TERENGGANU (PELAUT) 2022

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KATEGORI LAUT

● Terbuka dan keutamaan kepada semua AHLI PeLaut.

● yuran pendaftaran RM 10.00 kepada ahli.

● Bukan ahli (KRU) yang menyertai pertandingan dikenakan bayaran RM 50.00.

● BAJU pertandingan disediakan urusetia dan WAJIB dipakai semasa hari
pertandingan.

● Peserta Bebas Memilih Lokasi Memancing kecuali kawasan larangan Taman Laut
dan Pelantar Minyak.

● Ketegori dipertandingkan terbahagi kepada 3 ketegori iaitu tangkapan ikan
terbesar(dikira berat), tangkapan terbanyak(dikira berat), dan tekong terbaik.

● Semua jenis ikan diambil kira kecuali ikan larangan(seperti layaran,mersuji dan yu).

● Tangkapan ikan yang dipertandingkan adalah mengunakan pancing sahaja.
Sebarang penangkapan ikan menggunakan jaring, jala, bubu, menembak, bom dan
lain-lain aktiviti selain pancing adalah tidak dikira.

● Pihak juri berhak menentukan kaedah penangkapan jika terdapat keraguan. Peserta
yang cuba Menipu Dengan Membawa Ikan Dari Luar Atau Mengambil Ikan Daripada
Peserta Lain Akan Dibatalkan Penyertaan.

● Acara bermula jam 7.00pg(waktu berlepas) dan tamat pada jam 4.00 ptg. Ketibaan
selepas pukul 4.00 petang di meja urusetia adalah tidak dikira. Pasukan yang
berlepas awal sebelum masa yang ditetapkan akan terbatal secara automatik.

● Setiap pasukan bot WAJIB menyerahkan KAD PELEPASAN dimeja urusetia
sebelum bertolak ke destinasi masing-masing. Kegagalan menyerahkan kad
pelepasan boleh menyebabkan penyertaan ditolak/terbatal.

● Bantahan terhadap keputusan hendaklah dibuat secara bertulis kepada penganjur
15 minit selepas pertandingan dengan bayaran RM 200.00. wang tidak akan
dikembalikan jika bantahan ditolak.

● Semua peserta perlu mengutamakan aspek keselamatan diri dan ahli peserta
dibawah tanggungjawabnya sepanjang pertandingan berlangsung. Pihak penganjur
tidak akan bertanggungjawab diatas keselamatan peserta.

● Jaket keselamatan diwajibkan dipakai diatas bot sepanjang tempoh pertandingan ini.

● Kaedah Pengiraan Markah;

Kategori Ikan Terberat
- Setiap bot/pasukan hanya perlu menhantar 1 (SATU) ekor ikan paling berat

yang diperolehi untuk dipertandingkan.

Kategori Jumlah Ikan Terberat
- Setiap bot/pasukan menghantar semua hasil tangkapan yang diperolehi

untuk ditimbang dan dicatatkan markah timbangan.(Tidak termasuk ikan
terberat dalam kategori Ikan Terberat). Formula pengiraan jumlah ikan
terberat ialah ;

Jumlah Ikan Terberat (kg) = Purata Jumlah Berat Ikan
Jumlah ahli bot/pasukan

- Peserta boleh mengambil kembali hasil tangkapan selepas para juri
mencatat markah timbangan.

Kategori Tekong Terbaik
- Keputusan pemenang bagi tekong terbaik adalah ditentukan oleh para juri

dan jawatankuasa pertandingan berdasarkan prestasi tekong semasa hari
pertandingan.

PERATURAN PERTANDINGAN MEMANCING PERSATUAN REKREASI
LAUT BESUT TERENGGANU (PELAUT) 2022

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

KATEGORI DARAT

● Terbuka dan keutamaan kepada semua penduduk sekitar Besut sahaja.

● yuran pendaftaran RM 10.00 untuk setiap Joran. Tiada had Joran dikenakan.

● Setiap joran yang didaftarkan akan dilekatkan sticker pertandingan.

● Peserta Bebas Memilih Lokasi Memancing disepanjang kawasan Tanjung Lali.

● Semua jenis ikan diambil kira untuk dipertandingkan

● Tangkapan ikan yang dipertandingkan adalah mengunakan pancing sahaja.
Sebarang penangkapan ikan menggunakan jaring, jala, bubu, menembak, bom dan
lain-lain aktiviti selain pancing adalah tidak dikira.

● Pihak juri berhak menentukan kaedah penangkapan jika terdapat keraguan. Peserta
yang cuba Menipu Dengan Membawa Ikan Dari Luar Atau Mengambil Ikan Daripada
Peserta Lain Akan Dibatalkan Penyertaan.

● Acara bermula jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 4.00 ptg. Ketibaan selepas pukul
4.00 petang di meja urusetia adalah tidak dikira.

● Peserta terhad menghantar 1 ekor ikan paling berat yang diperolehinya untuk
dipertandingkan ke meja juri.

● Bantahan terhadap keputusan hendaklah dibuat secara bertulis kepada penganjur
15 minit selepas pertandingan dengan bayaran RM 200.00. wang tidak akan
dikembalikan jika bantahan ditolak.

● Semua peserta perlu mengutamakan aspek keselamatan diri sepanjang
pertandingan berlangsung. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas
keselamatan peserta.


Click to View FlipBook Version