The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by jkazn01, 2021-11-24 11:28:47

PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

Keywords: 030624131189

KURSUS : PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN
KOD : MPU 21032
TAJUK : KEBUDAYAAN DAN PERPADUAN

NAMA PELAJAR NOMBOR PENDAFTARAN

MOHAMMAD AIMAN NAZDRIN BIN KALABAK 31DKB21F1016
MOHAMMAD KHAIRUL AIZAN BIN ABDULLAH 31DKB21F1009
ASHRAF WARREN NORMAN 31DKB21F1004
KALAIARASSHI A/P SUPPIAH 31DKB21F1007

SEMESTER 1 SESI 2021/2022

Mohammad Khairul Aizan Mohammad Aiman
Bin Abdullah Nazdrin Bin Kalabak

Ashraf Warren Norman Kalaiarasshi A/P Suppiah

2

PENGHARGAAN

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Bersyukur kepada Ilahi dengan limpah rahmat yang 333333567jnb
dianugerahkan kepada saya dan rakan-rakan seperjuangan untuk menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Pertama sekali, kami ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih dan memberikan penghargaan ini
kepada pensyarah kami, Ustaz Abdul Fattah Bin Hamden kerana telah memberi tunjuk ajar kepada kami
sehingga kami berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan.

Selain itu, tidak lupa juga kepada rakan seperjuangan, Mohammad Aiman Nazdrin Bin Kalabak, Ashraf
Warren Norman dan Kalaiarasshi A/P Suppiah. Terima kasih atas segala kerjasama dan usaha yang telah
diberikan. Walaupun berlainan agama dan bangsa tetapi kami tetap Bersatu hati dalam menjalankan tugasan
secara berkumpulan bak kata pepatah “ibarat telur sesangkak pecah sebiji,pecah semua”.

Di samping itu, ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan sekelas yang sentiasa bertanya
dan memberikan peringatan mengenai tugas yang telah diberikan. Sikap begini juga dapat mengeratkan
hubungan kami di dalam kelas walaupun berbeza agama dan budaya bak kata pepatah “bulat air kerana
pembetung,bulat manusia kerana muafakat”.

3

ISI KANDUNGAN

BIL. PERKARA MUKA SURAT

1. PENGHARGAAN 3
2. ISI KANDUNGAN 4
3. PENGENALAN 5
4. OBJEKTIF 6
5. MATLAMAT 7
6. DAPATAN KAJIAN
6.1 MUZIK 8 – 12
6.2 KESENIAN 13 – 17
6.3 SUKAN/PERMAINAN 18 – 23
6.4 SENI BINA 24 - 29

7. KESIMPULAN 30
8. RUJUKAN 31
9. LAMPIRAN 32 & 33

4

Di Malaysia terdapat banyak kaum dan etnik yang berbeza antaranya
ialah Melayu, Cina dan India. Perpaduan kaum di Malaysia sudah lama
terbentuk tapi masih lagi terdapat isu mengenai perpaduan kaum. Oleh itu, isu
ini dapat diatasi dengan memahami kebudayaan kaum lain. Apakah itu
kebudayaan ? Kebudayaan merupakan satu cara kehidupan. Kamus Dewan
(2006) mendefinisikan budaya sebagai kemajuan fikiran iaitu cara berfikir,
kelakuan dan sebagainya. Justeru, budaya boleh didefinisikan sebagai satu
cara hidup yang diamalkan oleh suatu kaum dan cara hidup setiap kaum
adalah berbeza.

Cara hidup suatu kaum atau masyarakat itu sukar difahami melainkan
melalui kebudayaan. Selain itu, kaum lain juga perlu memahami kebudayaan
kaum lain untuk menambah pengetahuan mengenai suatu kaum dan ini dapat
mengeratkan lagi hubungan antara kaum di Malaysia.

5

Untuk mengenal pasti contoh
kebudayaan yang ada di
Malaysia.

Untuk mengetahui kesan Untuk mengetahui maksud
kebudayaan terhadap kebudayaan
perpaduan kaum

Dapat mengenal pasti
ciri-ciri kebudayaan di

Malaysia

6

Matlamat kami membuat E-folio ini ialah :

✓ Memupuk semangat perpaduan kaum dalam diri masyarakat.
✓ Memastikan rakyat hormat menghormati antara satu sama lain tanpa mengira agama dan budayaa.

✓ Memastikan rakyat memahami antara satu sama lain.
✓ Memastikan rakyat tidak hidup berkelompok dalam budaya sendiri sahaja.
✓ Memastikan rakyat hidup aman dan damai walaupun hidup dalam negara yang mempunyai pelbagai Malaysia.
✓ Dapat menambah serba sedikit pengetahuan masyarakat tentang kaum lain.

7

Muzik ialah seni mengubah susun turutan bunyi mencakupi unsur-unsur irama,
rentak dan harmoni yang diterima oleh inividu yang menerima bergantung kepada masa,
tempat, budaya dan citarasa. Seni persembahan tradisional Melayu muncul di rantau
Kelantan-Pattani dengan pengaruh dari India, China, Thailand dan Indonesia. Muzik ini
berasaskan instrument perkusi, yang paling penting ialah gendang. Terdapat sekurang-
kurangnya 14 jenis gendang tradisional. Gendang dan alat perkusi tradisional yang sering
digunakan adalah diperbuat dari bahan semula jadi seperti cangkang. Seperti yang kita
tahu, muzik digunakan untuk bercerita, meraikan upacara atau majlis keramaian dan pada
acara hujung tahun seperti menuai. Selain itu, muzik juga pernah digunakan sebagai satu
bentuk komunikasi jarak jauh. Sebagai contoh, zaman dahulu tidak wujud penggera
kecemasan, tetapi mereka mengggunakan gong sebagai alat penggera kecemasan kerana
bunyinya yang kuat. Oleh itu, muzik dapat digunakan komunikasi jarak jauh.

8

Selain itu, di Malaysia Timur,perkumpulan berasaskan gong seperti
agung dan kulintang biasanya digunakan dalam upacara seperti
pengebumian dan majlis perkahwinan. Ini juga biasa diamalkan di selatan
Filipina, Kalimantan di Indonesia dan dan di Malaysia Brunei. Namun
begitu, setiap suku kaum asli di Malaysia mempunyai bentuk muzik mereka
sendiri dan instrument muzik yang unik. Di negara-negara seperti
Singapura, Malaysia dan Indonesia dipercayai bahawa persembahan di
rumah semasa hari raya adalah kepercayaan yang baik kerana ia membawa
kebaikan dan kekayaan kepada penghibur dan tuan rumah. Dahulu, di
Malaysia, kebanyakan peralatan alat muzik hanya dimainkan oleh golongan
bangsawan sahaja. Namun, pada era globalisasi ini,alat muzik boleh
dimainkan oleh rakyat biasa agar mereka kenal dan tahu cara bermain alat
muzik terutamanya alat muzik tradisional. Di Malaysia, tempat seni
persembahan terbesar iaitu Dewan Filharmonik Petronas.

9

CONTOH ALAT MUZIK MELAYU

DRUM DARBUKA KOMPANG DRUM JIMBE

ARKODION BEBANO

10

Contoh alat muzik cina

BO ERHU

PIPA LIU QIN

11

Contoh alat muzik india

MANJIRA SITAR
DHOLAK
TABLA

12

Seni merupakan julat yang berlainan untuk aktiviti menusia,produk serta Orang Asli Malaysia Timur
aktiviti mereka. Rencana ini menumpukan perkara terutamanya seni visual Kain Songket
termasuklah penciptaan imej atau objek dalam bidang seni lukis seni arca,
pembuatan percetakan, fotografi dan media visual yang lain serta terdapat Kain Pua Kumbu
banyak kesenian yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah, seni tradisinya
sangatlah unik dalam kraf ukiran, tenunan dan perak. Kesenian tradisional
terdiri daripada keranjang tangan dari kawasan luar bandar hingga ke kerajinan
kayu Melayu. Contohnya kerajinan keramaian termasuk keris kerantaian.
Tekstil mewah yang dikenali sebagai songket yang sepenuhnya dicorak
menggunakan corak batik tradisional dan sepenuhnya kraf tangan.Selain itu,kita
juga ada kain batik dan pua kumbu serta tekstil ini akan digunakan sebagai
perhiasan ataupun alat dalam tarian tradisional seperti kain pua kumbu. Dalam
pada itu, orang asli Malaysia Timur juga terkenal dengan topeng kayu mereka
yang sangat mistik dan unik.

13

Selain itu, keramik juga telah berkembang pesat di
banyak Kawasan. Begitu juga dengan Labu Sayong yang
merupakan tong tanah liat yang berbentuk seperti labu,
angular terenang tempat untuk menyimpan air, belanga
tempat memasak yang berbentuk seperti mangkuk dengan
pangkalan yang luas membolehkan haba diserap dengan
mudah Sebaliknya, kayu yang diukir pula akan dijadikan
hiasan pada barangan seperti pintu dan panel tingkap. Seni
ukiran mungkin tidak didapati dalam industri tetapi ianya
merupakan satu kesenian yang sangat unik. Sebagai
contoh, orang yang mengukir kayu bukanlah orang
sembarangan. Seorang pengukir kayu perlu bersemadi
dengan kayu yang diukir kerana setiap ukiran membawa
maksud dan tidak boleh diukir sesuka hati serta ukiran
juga perlu mengikut kehendak dan kemahuan pembeli.

14

CONTOH UKIRAN KAYU

UKIRAN LARIK UKIRAN ARCA

UKIRAN KAYU HANYUT

CONTOH UKIRAN KAUM CINA

Ukiran kayu Jian Chuan Ukiran Bata Elemen

CONTOH UKIRAN KAUM INDIA

Ukiran berkaitan sejarah Pembuatan patung dewa

Seterusnya, seni bukan hanya mengukir bahkan tarian juga merupakan satu seni. Setiap kaum di Malaysia mempunyai tarian
tradisional tersendiri. Namun begitu ada juga tarian yang bertindih iaitu ada sedikit Gerakan ataupun maksud tarian yang
disampaikan adalah sama dan kebanyakkan seni Melayu mengalami bertindihan tersebut. Sebagai contoh satu bentuk seni yang
dipanggil mak yong. Kesenian ini menggabungkan tarian dan drama yang masih dipersembahkan di Kelantan. Walau
bagaimanapun, seni pertunjukkan mak yong ini mula merosot di seluruh negara kerana asal-usul Hindu-Buddha mereka. Ini
berlaku sejak tempoh Islamisasi dimana kementerian seni dan pelancongan telah menumpukan perhatian pada tarian Portugis,
Timur Tengah atau Mughal serta tarian tradisional Malaysia termasuk joget Melayu dan zapin. Seterusnya dikir barat juga telah
berkembang popular dan ianya dipromosikan secara aktif oleh kerajaan negeri sebagai ikon kebudayaan.

TARIAN ZAPIN TARIAN BUGIS TARIAN MAK YONG

18

Seterusnya, seni mempertahankan diri. Di Malaysia, setiap kaum mempunyai seni mempertahankan diri yang tersendiri
sebagai contoh kaum Melayu iaitu silat dan kungfu dari kaum Cina. Seni ini akan menambahkan pengetahuan seseorang
tentang bagaimana cara untuk melindungi diri daripada bahaya serta dapat meningkatkan kekuatan rohani seseorang. Pada
zaman dahulu, belum lagi wujud televisyen tapi mereka menayangkan wayang kulit sebagai hiburan orang zaman dahulu.
Namun begitu, wayang kulit masih dilakukan pada masa kini. Boneka yang digunakan dalam wayang kulit adalah diperbuat
daripada kulit lembu dan kerbau. Ini juga merupakan satu kesenian yang terdapat di Malaysia. Biasanya, dalam wayang kulit,
mereka akan menceritakan tentang kisah-kisah tradisional terutamanya kisah dari Ramayana dan Mahabharata serta akan
terselit nyanyian dan pantun semasa kisah tersebut disampaikan.

Oleh itu, seni juga dapat melambangkan identity sesebuah kaum.

SILAT WAYANG KULIT KUNG FU

Di Malaysia, sukan yang popular adalah badminton, boling, bola sepak, skuasy dan hoki padang. Sebagai contoh, sukan
seperti badminton yang di peringkat antarabangsa yang sangat popular di Malaysia telah menarik ribuan penonton dari dalam dan
luar negara. Ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan perpaduan kaum serta hubungan dengan negara lain dan Malaysia
bersama dengan Indonesia dan China secara konsisten memegang Piala Thomas sejak tahun 1949. Di Malaysia, pemain terkenal
badminton ialah Dato Lee Chong Wei.

Namun begitu, permainan tradisional juga tidak pernah dilupakan bahkan sentiasa dimainkan. Sebagai contoh wau. Wau
adalah bentuk tradisional layang-layang yang dibuat dengan reka bentuk yang rumit tetapi unik dan ada yang lebih besar dari
layang-layang biasa. Justeru itu, wau merupakan layang-layang yang boleh diterbangkan setinggi hampir 500 meter bersamaan
dengan 1640 kaki dan menghasilkan bunyi apabila diterbangkan kerana lampiran buluh yang ada pada wau.

Selain itu, permainan sepak takraw di mana bolanya diperbuat sepenuhnya dari rotan. Disebabkan permainan ini tidak
menggunakan tangan maka, bola takraw tersebut dilambung di udara dan disambut dan dihantart menggunakan kaki dengan
Teknik tertentu. Di samping itu, permainan yang dimainkan semasa musim menuai padi iaitu gasing yang merupakan puncak
besar dengan berat sekitar 5 kilogram.

Sukan seperti badminton yang di peringkat antarabangsa yang sangat popular di Malaysia telah menarik ribuan penonton
dari dalam dan luar negara. Ini sekaligus dapat mengeratkan hubungan perpaduan kaum serta hubungan dengan negara lain dan
Malaysia bersama dengan Indonesia dan China secara konsisten memegang Piala Thomas sejak tahun 1949. Di Malaysia,
pemain terkenal badminton ialah Dato Lee Chong Wei.

Permainan tradisional masyarakat Cina pula ialah mahjong. Permainan ini dimainkan oleh 4 orang individu dan
permainan ini membabitkan kemahiran, strategi dan pengiraan termasuk juga satu tahap nasib. Selain itu,xiang qi. Xiang qi
merupakan sebuah permainan papan Cina yang dimainkan oleh 2 orang individu serta permainan ini sama dengan permainan
catur. Permainan ini mula didapati telah mula dimainkan seawal abad ke-4 selepas Masihi di China dan sangat popular dan
sering dimainkan disebabkan pergerakannya yang unik.

Seterusnya, permainan masyarakat India ialah kho-kho. Permainan ini merupakan satu permainan tradisional yang
popular di kalangan kaum India. Pada mulanya, permainan ini dimainkan menggunakan kereta kuda. Kebanyakkan ahli
sejarah India mengatakan bahawa kho-kho meerupakan hasil pengubahsuaian daripada satu permainan lari dan kejar di mana
seorang pemain akan berlari dan mengejar serta menyentuh pemain lain. Peremainan ini memerlukan kecergasan fizikal
pemain serta pergerakan yang fleksibel untuk mengelak peserta-peserta lain.

Selain itu, permainan kabadi. Permainan ini sangat terkenal di Selatan Asia dan tersebar luas di di Tenggara Asia, Jepun
dan Iran. Ia adalah permainan bangsa Bangladesh dan juga meluas di Tamil Nadu, Andura Pradesh, Punjab dan Maharasutran
di India. Permainan ini juga dijadikan oleh tentera British untuk tujuan hiburan menjaga kemampatan badan.

Apabila setiap rakyat tahu permainan tradisional setiap kaum maka rasa ingin tahu dan mencuba dalam diri tinggi yang
menyebabkan kita akan lebih mengetahui tentang sesuatu dengan lebih dalam dan terbentuknya perpaduan kaum. Seterusnya,
apabila rakyat Malaysia mengikuti sukan ke peringkat antarabangsa yang melibatkan negara lain. Selain dapat menyatukan
perpaduan, ini juga membolehkahkan kita untuk tahu akan perkembangan semasa orang luar dan dapat kawan baru dari luar
negara.

Oleh itu, permainan tradisional dan terkini mestilah sentiasa dimainkan terutamanya permainan tradisional agar tidak
ditelan zaman serta dapat mendekatkan diri masyarakat terutama golongan belia dengan permainan tradisional. Justeru itu,
dapat memupuk semangat perpaduan kaum apabila permainan tradisional tersebut dimainkan secara bersama tidak kira bangsa
atau budaya.

GASING WAU

CONGKAK

XIANG QI YO-YO CINA

MAHJONG

KABADI

KHO-KHO

Seni bina merupakan seni dan sains merancang reka bentuk sesebuah bangunan dan perancangan bandar ,perkotaan ,
seni bina lanskap hingga reka – reka bentuk bangunan, perabot dan produk. Penerapan nilai seni bina Melayu ke dalam bahasa
seni bina moden pada tahun 1960-an dan 1970-an perlu dijadikan pengajaran dalam penafsiran semula seni bina Melayu yang
lebih berkualiti pada masa akan datang.

Sebelum ini, telah diberi dua contoh penerapan nilai seni bina Melayu ke dalam seni bina moden, iaitu Masjid
Negara dan bangunan Parlimen. Selain itu, terdapat banyak lagi bangunan yang menunjukkan penerapan nilai seni bina Melayu
ke dalam bentuk modennya. Masjid Seremban yang dibina pada 1967 telah menonjolkan tata bahasa seni bina masjid yang
berbeza berdasarkan latar belakang geografi Negeri Sembilan dan nilai seni bina Melayu di negeri tersebut.

Seterusnya, reka bentuk pelan masjid yang berbentuk bulat dibahagikan kepada sembilan bahagian untuk
melambangkan sembilan daerah di negeri itu. Masjid tersebut juga tidak mempunyai kubah, sebaliknya ia digantikan dengan
sembilan bilah bumbung yang melengkung yang diadaptasi dari reka bentuk bumbung rumah tradisional Negeri Sembilan.

Penerapan nilai seni bina Melayu ke dalam bentuk moden pada Masjid Seremban itu boleh dianggap sebagai antara
yang terbaik dari segi penampilan gaya rupa, bukan sahaja di zaman ia dibina tetapi juga di zaman ini.

CONTOH SENI BINA KAUM melayu

MASJID NEGARA PARLIMEN

MASJID NEGERI SEMBILAN

SENI BINA KAUM INDIA 272 anak tangga

Salah satu dari seni bina india ialah Batu Caves merupakan bukit batu kapur, yang Patung Dewa
mempunyai satu siri gua dan kuil gua, di Daerah Gombak, Selangor, Malaysia. Bukit dan gua di tempat Muruga
ini mengandungi banyak jenis flora dan fauna termasuk haiwan terancam seperti labah-labah pintu
perangkap.Gua utama di Batu Caves adalah salah satu kuil Hindu yang paling popular dan , khusus
kepada Dewa Subramanam. Ia merupakan titik tumpuan Hindu semasa perayaan Thaipusam di
Malaysia.

Di ketinggian hampir 100 Meter dari dasar laut, kompleks kuil Batu Caves terdiri daripada
tiga gua utama dan beberapa gua kecil. Gua yang terbesar dikenali sebagai Cathedral Cave atau Gua
Kuil. Didalamnya tedapat sebuah kuil Hindu.Untuk sampai ke gua ini pengunjung perlu menaiki 272
anak tangga.

Batu kapur yang membentuk di Batu Caves dikatakan terhasil sekitar 400 juta tahun
dahulu. Beberapa pintu masuk gua telah digunakan sebagai tempat perlindungan oleh orang asli
Temuan yang turut mengaitkan Batu Caves dengan kisah Si Tenggang. Sebuah patung 42,7 meter (140
kaki) tinggi Dewa Muruga telah dilancarkan pada Januari 2006, setelah mengambil 3 tahun untuk
membina. Ia adalah patung Tuhan Muruga yang tertinggi di dunia.

Seni bina kaum india yang seterusnya ialah Brickfields sebuah perbandaran Brickfields (Little India)
dan kawasan penempatan di pinggir pusat bandar Kuala Lumpur, Malaysia. Brickfields
juga terkenal sebagai "Little India" oleh kerana kebanyakan penduduk yang
berbangsa India. Pada 17 Oktober 2009, Brickfields secara rasmi akan diisytiharkan
sebagai Little India bermula awal tahun 2010.

Pada zaman kedatangan British, pihak pemerintah telah membina depoh
asal Keretapi Tanah Melayu di sini. Orang India telah dibawa masuk dari India oleh pihak
British untuk membantu bina rel kereta api dan bekerja di depoh ini. Mereka tinggal di
kuarters di sekeliling Brickfields terutama di Jalan Rozario.Lokasi penting yang lain
ialah Jalan Tun Sambanthan.

Jalan ini asalnya bernama Jalan Brickfields. Kaum India tersebut terus
menetap di sini setelah kerja-kerja telah siap dan memulakan hidup baru di negara asing.
Mereka mula membina kuil-kuil dan kedai-kedai makanan India. Kini, depoh KTM telah
ditukar menjadi KL Sentral .

Brickfields juga dikenali kerana mempunyai banyak tempat beribadat untuk
pelbagai agama. Pada hari ini, terdapat beberapa kuil Hindu, kuil Buddha, kuil Cina,
Masjid, dan juga gereja di sekitar Brickfields.

SENI BINA kaum CINA

Seni bina masyarakat cina terbahagi kepada 2 jenis iaitu senibina tradisional dan seni bina Baba-
Nyonya.Kebanyakan masyarakat cina mempunyai kepercayaan terhadap sesuatu ukiran ataupun senibina yang
digambarkan. Contoh seni bina tradisional adalah tokong-tokong cina di seluruh negara,seperti Tokong Chen Hong Teng
yang dibina pada tahun1646 manakala senibina Baba-Nyonya banyak terdapat di negeri pulau pinang dan melaka.

Pembinaannya dibina dengan halaman terbuka di bahagian dalam rumah dan pemasangan jubin yang cantik
dan mempunyai corak serta berwarna-warni.Tambahan pula,terdapat juga senibina masyarakat cina yang
menggabungkan unsur Cina dan Barat.Senibina seumpama ini jarang ditemui dan dapat dilihat di masjid Tengkera
Melaka yang hampir sama dengan menara pagoda yang menunjukkan unsur senibina cina di bumbung dan digabungkan
dengan tirai dan kisi-kisi berunsur barat.

CONTOH SENI BINA KAUM CINA

Baba-Nyonya Tokong Chen Hong Teng

Perpaduan kaum memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan
penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi. Hal ini demikian kerana masyarakat yang
bersatu padu merupakan asas yang penting untuk membangunkan dan mengembangkan lagi
negara.Malaysia kaya dengan kepelbagaian budaya, bahasa, adat resam dan agama. Masyarakat luar
sering memandang Malaysia sebagai negara model perpaduan atas keharmonian dan kesejahteraan
rakyatnya yang terdiri daripada pelbagai perpaduan antara kaum dan latar belakang.

1. https://ms.wikipedia.org/wiki/Kebudayaan_Malaysia
2. https://ms.wikipedia.org/wiki/Seni
3. https://www.hmetro.com.my/nuansa/2019/08/483625/muzik-lambang-budaya
4. http://rafidah-maribelajar.blogspot.com/2011/12/alat-alat-muzik-masyarakat-melayu.html
5. http://rafidah-maribelajar.blogspot.com/2011/12/alat-alat-muzik-masyarakat-cina.html
6. http://rafidah-maribelajar.blogspot.com/2011/12/alat-alat-muzik-masyarakat-india.html
7. https://umlibguides.um.edu.my/pamerankayu/koleksimuzium
8. https://core.ac.uk/download/11490226.pdf
9. https://ms.wikipedia.org/wiki/Gaya_seni_bina_India
10. https://ms.wikipedia.org/wiki/Brickfields
11. http://shzack87.blogspot.com/p/seni-bina-cina.html
12. https://ms.wikipedia.org/wiki/Baba_dan_Nyonya

LAMPIRAN

MUZIK KESENIAN

LAMPIRAN

SENI BINA

SUKAN / PERMAINAN


Click to View FlipBook Version