The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by nurfadhilah8520, 2023-05-12 20:19:00

MAT 2023

Buku Program 2023

1 ATURCARA PROGRAM TARIKH : 13 MEI 2023 HARI : SABTU BIL MASA PERKARA 1. 8.00 pagi Kedatangan dan pengesahan kedatangan ibu bapa Ibu bapa mengambil tempat 2. 8.30 pagi Bacaan doa (Ustaz Daing Muhammad Azmi bin Bachok) 3. 8.50 pagi Ucapan Guru Besar (En. Rostam bin Yahmin) Ucapan alu-aluan dan perasmian oleh Yang DiPertua PIBG (Pn. Hjh Hasrunizah binti Hj. Hassan) 4. 10.00 pagi Rehat & minum pagi 5. 10.30 pagi MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-34 Amanat dan pesanan pengerusi mesyuarat Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat kali ke-33 Pembentangan penyata laporan aktiviti Perkara berbangkit Pembentangan dan pengesahan penyata kewangan Pembubaran AJK sesi 2021/2023 Pelantikan AJK sesi 2023/2025 Pembahasan usul atau cadangan Hal-hal lain Ucapan penangguhan 6. 12.00 tengah hari Bersurai


2 PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PONTIAN, JKR 1021, JALAN ALSAGOFF, TELEFON : 07-6876877 82000 PONTIAN, JOHOR FAX : 07-6869107 __________________________________________________________________________________________ Ruj.Kami : JBA6021/PIBG/100-9/2/1( 33 ) Tarikh : 18 April 2023 Ibu Bapa / Penjaga, Murid-murid Pra Sekolah, Tahun 1 hingga Tahun 6 Dan Pendidikan Khas SK Bandar Pontian, Jalan Alsagoff, 82000 Pontian, Johor . Tuan / Puan, NOTIS MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 SK BANDAR PONTIAN Dengan segala hormatnya, perkara di atas dirujuk. 2. Dimaklumkan bahawa, mesyuarat AJK PIBG bersama pihak pentadbiran sekolah bertarikh 11 April 2022 telah memutuskan bahawa Mesyuarat Agung PIBG akan diadakan sebagaimana ketetapan berikut: Tarikh : 13 Mei 2023 ( Sabtu ) Masa : 8.00 pagi hingga 12.00 tengah hari Tempat : Dewan Persada SK Bandar Pontian 3. Justeru, tuan / puan dijemput hadir bagi melancarkan agenda mesyuarat. Sekian untuk makluman dan tindakan tuan / puan. Terima kasih. “BERKHIDMAT UNTUK NEGARA” Saya yang menjalankan amanah, ................................................................... (HJH. HASRUNIZAH BT HJ. HASSAN) Yang Dipertua PIBG, Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian. S.K 1. Guru Besar SK Bandar Pontian 2. Fail 3. PPD


3 CARTA ORGANISASI PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU SK BANDAR PONTIAN SESI 2021/2023 EX-OFFICIO EN. ROSTAM BIN YAHMIN GURU BESAR YANG DIPERTUA PN. HJH HASRUNIZAH BT HJ HASSAN NAIB YANG DIPERTUA EN. NUR AZLI BIN NORDIN SETIAUSAHA PN. NUR FADHILAH BINTI MD RAPIK BENDAHARI PN. ROZIAH BT MARSOM AJK IBU BAPA AJK GURU EN. MUHAMAD SUFIAN BIN DINDIK EN. ANWAR HUSNIE BIN OMAR EN. MOHD HAMID BIN DAUD EN. DAING MUHAMAD AZMI B. BACHOK EN. AHMAD SYUKRI BIN IBRAHIM EN. OMAR KHAIR BIN ABDUL LATIF EN. AHMAD RADZI BIN MOHD REDZUAN EN. ALI BIN SALBI EN. ABDULLAH THANI BIN BACHOK EN. AMIN KHAIR BIN KATIMAN EN. MOHD TAUFIK BIN HAURI PN. HASNAH BT OTHMAN PN. SHAHLIZA AZLAH BT ABDULLAH PN. NORAZAH BINTI AHMAD HUSSIN PN. SARINA BT MOHD SALLEH PN. NOR SYAHIRAH BT MOHD YUSOF PN. ASMAWATI BT IBRAHIM PN. JAMAIAH BT MD ARIFF PN. NURUL FAIZAA BT MOHAMOD PN. INTAN SYAMIMI BINTI DARWIS PN. HAFIZAH BINTI MOHAMED PN. NORAINI BT A. SAMAD PN. WAN ZURAIDAH BINTI WAN ABU BAKAR PN. HASHIMAH BINTI ZAKARIA PN. SITI ZAMILA BINTI MD SHAHIR PN. INSIRA BINTI MOHD JURUAUDIT 1 EN. HAIRIL ANUAR BIN AHMAD KHAIR JURUAUDIT 2 EN. HAIRULAYDEL BIN MAROF


4 SEKAPUR SIREH EX-OFFICIO (GURU BESAR SK BANDAR PONTIAN) Assalamualaikum w.b.t Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana atas limpah kurnia-Nya, diiringi dengan segala perancangan dan usaha yang jitu, maka Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-34 ini dapat dijalankan. Terima kasih kepada semua ibu bapa yang dapat hadir pada hari ini. Kehadiran ibu bapa menunjukkan komitmen yang tinggi bagi merealisasikan visi dan misi sekolah untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang akademik, kokurikulum dan sahsiah pelajar. Tidak dilupakan juga sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua guru yang bersama-sama memastikan program ini berjalan sebaik-baiknya dan komitmen yang tinggi dalam menjayakan majlis kali ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, SK Bandar Pontian menggalas visi menjadi sekolah cemerlang dengan misinya membangunkan potensi pelajar secara holistik ke arah kecemerlangan melalui pendidikan berkualiti berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaaan. Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) yang diperkenalkan merupakan sebahagian daripada usaha KPM ke arah meningkatkan kemenjadian murid dan sekolah berkualiti dengan mengaplikasikan amalan terbaik dalam pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan serta pedagogi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Anak-anak pada masa kini bukan sahaja perlu dididik untuk mencapai kejayaan dalam bidang akademik dan ko-kurikulum tetapi juga harus cemerlang dari segi pekerti dan sahsiah. Hal ini adalah untuk memastikan mereka mampu bersaing dan menempatkan diri di posisi terbaik dalam arena masing-masing bak kata pepatah ‘Di tempat yang tinggi dialah bintang, di tempat yang rendah dialah intan’. Hadirin yang dihormati sekalian, Dengan perkembangan semasa yang kita semua sedia maklum, PIBG menghadapi pelbagai cabaran membantu pihak sekolah dalam semua aspek khasnya kemajuan dan kecemerlangan pendidikan anak-anak dari semasa ke semasa. Tanpa kesepakatan dan kerjasama yang jitu, amat sukar bagi kita bagi mencapai kejayaan yang diharapkan. Hasrat ini lebih mudah dicapai apabila semua pihak termasuk ibu bapa dan ahli komuniti bersatu dan menyokong satu matlamat, iaitu membantu murid berjaya. Malah, penglibatan komuniti ini juga merupakan salah satu elemen penting dalam pelaksanaan TS25. Apabila ibu bapa dan komuniti terlibat sama,


5 sekolah mendapat banyak manfaat. Antaranya, pencapaian murid meningkat, kes disiplin dalam kalangan murid berkurangan dan hubungan pihak sekolah dengan ibu bapa menjadi lebih baik. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Saya bagi pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama yang baik dalam melaksanakan pelbagai program sekolah. Hanya dengan kerjasama yang berterusan, maka anak-anak didik sekolah ini dapat dibentuk menjadi insan yang cemerlang dari segi sahsiah, akademik dan kokurikulum. Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada barisan AJK PIBG 2021-2023 yang sentiasa menyokong program-program sekolah sama ada dalam bentuk kewangan mahupun idea, moral dan tenaga. Saya juga berharap agar barisan AJK PIBG 2023-2025 akan terus memberikan kerjasama yang jitu dan komited dalam membantu sekolah mencapai hala tuju dan kecemerlangan. Akhir kata, semoga Allah memberkati kerjasama dalam menjalankan tanggungjawab masing-masing bagi membina insan yang berilmu dan cemerlang seterusnya menjadi rakyat yang berjasa kepada agama, bangsa, dan negara. Sekian sahaja, saya sudahi dengan wabillahi taufik walhidayah, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekian, terima kasih. ‘MALAYSIA MADANI’ ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ……………………………… (EN. ROSTAM BIN YAHMIN) Guru Besar SK Bandar Pontian


6 KATA ALU-ALUAN YANG DIPERTUA PIBG Assalamualaikum w.b.t Syukur alhamdulillah kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berjumpa dan mengadakan Mesyuarat Agung PIBG dalam suasana Syawal pada tahun ini. Pada hari yang penuh keberkatan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengalu-alukan dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan penjaga yang hadir. Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan juga diucapkan kepada AJK Persatuan dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan mesyuarat pada kali ini. Saya amat berharap agar semangat kerjasama antara kita dapat diteruskan dan diperkukuhkan lagi bagi kecemerlangan pendidikan sekolah ini. Dengan adanya penyatuan usaha dan matlamat, kita akan dapat membentuk dan mempersiapkan anak-anak bagi menangani cabaran yang akan datang. Saya penuh yakin dan percaya, dengan sokongan guru besar, guruguru, AJK PIBG, ibu bapa dan murid-murid yang komited, memahami peranan dan tanggungjawab masing-masing, InsyaAllah prestasi anak-anak didik di sekolah ini akan dapat dipertingkatkan. Di sini saya menyeru agar ibu bapa mempertingkatkan sokongan dan bertindak lebih proaktif terhadap apa jua aktiviti yang dijalankan oleh pihak sekolah. Ibu bapa digalakkan menyalurkan pendapat dan pandangan yang bernas bagi kecemerlangan akademik dan sahsiah pelajar sekolah ini. Seterusnya ibu bapa juga perlu membantu sekolah dengan mengawasi dan memberikan tunjuk ajar semasa di rumah. Secara tidak langsung, kita sebagai ibu bapa dan penjaga dapat membantu untuk kecemerlangan Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian. Akhir kata, saya bagi pihak AJK PIBG sesi 2021/2023 mengharapkan agar AJK PIBG sesi 2023/2025 akan bergiat lebih aktif lagi untuk kepentingan pelajar sekolah ini dan menjadikan sekolah ini cemerlang, gemilang dan terbilang. Sekian, terima kasih. ‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’ ………………………………………… (HJH. HASRUNIZAH BINTI HJ. HASSAN) Yang Dipertua PIBG SK Bandar Pontian


7 SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PONTIAN MINIT MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) KALI KE-33 TAHUN 2022 Tarikh : 25 Jun 2022 (Sabtu) Masa : 9.00 hingga 11.00 pagi Tempat : Dewan Persada Pengerusi : Pn Hjh Hasrunizah bt Hj Hassan (YDP PIBG) Pencatat : Pn. Salwa binti Mohammad Pn. Paridah binti Jamari Kehadiran : 185 orang Turut Hadir (jika ada) : BIL PERKARA TINDAKAN 1. 1. UCAPAN ALU-ALUAN DARIPADA PENGACARA MAJLIS (Pn. Nor Syahirah binti Yusof) Makluman 1.1 Ucapan selamat datang dan terima kasih kepada Encik Rostam bin Yahmin (Guru Besar SK Bandar Pontian), Puan Hjh Hasrunizah binti Hj. Hassan (YDP PIBG), barisan guru penolong kanan, AJK PIBG, guru-guru, ibu bapa dan penjaga yang hadir. 2. BACAAN DOA (Ustaz Daing Muhammad Azmi Bin Bachok) Makluman 3. UCAPAN OLEH YDP PIBG (Puan Hjh Hasrunizah binti Hj Hassan) Makluman 3.1 Mengucapkan terima kasih dan selamat datang kepada ibu bapa yang hadir pada hari ini. 3.2 Memperkenalkan jawatankuasa PIBG yang baru. 3.3 Mengalu-alukan ibu bapa untuk menyumbang dengan ikhlas memandang sekolah dalam era TS25. 3.4 Menyatakan tentang penyediaan smart TV untuk setiap kelas (jenama Samsung anggaran harga RM3K) – menyatakan idea jika setiap ibu/bapa dalam kelas menyumbangkan RM 100, program ini lebih mudah untuk direalisasikan.


8 AGENDA MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-33 BIL PERKARA TINDAKAN 1. UCAPAN ALU- ALUAN YANG DIPERTUA PIBG YDP PIBG 1.1 Mengucapkan terima kasih sekali lagi atas kehadiran semua ibu bapa yang dapat meluangkan masa untuk hadir ke mesyuarat agung PIBG kali ke-33. 1.2 YDP berharap dapat menjalankan mesyuarat dan menyelesaikannya dengan kadar yang segera. 2. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-32 TAHUN 2021 Setiausaha 2.1 Pn. Nur Fadhilah binti Md. Rapik selaku Setiausaha Kehormat PIBG SK Bandar Pontian membentangkan minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-32 tahun 2021 untuk makluman dan pengesahan daripada ahli- ahli mesyuarat seperti yang diedarkan untuk disemak dan seterusnya disahkan. 2.2 Dicadang untuk disahkan : En Ahmad Radzi bin Mohd Redzuan Disokong untuk pengesahan: En Nur Azli bin Nordin 3. LAPORAN AKTIVITI PIBG SKBP BAGI TAHUN 2021 Setiausaha 3.1 Laporan aktiviti PIBG SK Bandar Pontian dibentangkan oleh Pn. Nur Fadhilah binti Md. Rapik, Setiausaha PIBG untuk makluman dan pengesahan daripada ahli-ahli mesyuarat seperti yang diedarkan. 3.2 Dicadang untuk disahkan : En Nur Azli bin Nordin Disokong untuk pengesahan: Sebulat suara 4. MEMBENTANGKAN PENYATA KEWANGAN Bendahari 4.1 Pembentangan dan pengesahan Penyata Kewangan PIBG SK Bandar Pontian berakhir 31 Mei 2022 oleh Bendahari PIBG iaitu Pn. Roziah bt Marsom untuk makluman, penyemakan dan pengesahan ahli- ahli mesyuarat. 4.2 Dicadang untuk disahkan : Pn Salina Disokong untuk pengesahan: Sebulat suara


9 5. PERBAHASAN USUL DAN CADANGAN 5.1 YDP PIBG meminta pembentangan usul dimulakan dan boleh disemak pada muka surat 22. YDP PIBG USUL DARIPADA PIBG SK BANDAR PONTIAN BIL USUL 1. Bayaran RM24.50 untuk BAYARAN TAMBAHAN kepada BUKAN WARGANEGARA perlu dijelaskan kepada pihak sekolah. Dicadang untuk disahkan : En. Nur Azli bin Nordin Disokong untuk pengesahan : Sebulat suara 2. Menetapkan kadar sumbangan sekeluarga untuk tabung PIBG sebanyak RM 70.00 dan sumbangan untuk Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian Tahun 2023 seperti berikut: BIL PERKARA RM TAHUN 1 2 3 4 5 6 1. *Sumbangan kepada Tabung PIBG (sekeluarga) 70.00 X X X X X X 2. Kertas 25.00 X X X X X X 3. Tanda Nama (3 keping) 5.00 X X X X X X 4. Keceriaan kelas 20.00 X X X X X X JUMLAH SUMBANGAN (RM) 120.00 120.00 120.00 120.00 120.00 120.00 Dicadang untuk disahkan : En Rasman bin Sapri Disokong untuk pengesahan : Sebulat suara


10 USUL DARIPADA IBU/ BAPA/ PENJAGA/ AHLI PIBG SK BANDAR PONTIAN USUL BERTULIS BIL USUL PEMBAWA USUL/ TINDAKAN 1. 1) Saya cadangkan agar cikgu memberi arahan kepada murid untuk meninggalkan buku yang tiada kerja rumah di laci meja sahaja. Ini dapat mengurangkan beban beg berat. Atau pun cikgu kumpul duit untuk membeli tempat simpan buku untuk mengelakkan buku hilang semasa ditinggalkan. 2) Perbaiki cara pengawal keselamatan mengawal lalu lintas semasa waktu balik sekolah. Siti Norazizah binti Bakrun No 58-1 Lorong Abu Shah, Jln Dato Ali Kg Dalam, 82000 Pontian, Johor. 019-3022097 Pembawa usul tidak hadir. Usul tidak dibincangkan. 2. Sediakan tempat berteduh bagi murid yang menunggu van atau ibubapa di pintu belakang. Izuwati Abd Razak 109, Lorong Sri Semerah, Parit Semerah, 82000 Pontian, Johor. 013-9676774 Pembawa usul tidak hadir. Usul tidak dibincangkan. 3. Saya berharap pihak sekolah tidak akan naikkan duit PIBG lagi. Roziana Binti Nordin No.57, Jalan Harta Permai 5, Taman Harta Permai, 82000 Pt. Semerah, 82000 Pontian, Johor. Pembawa usul tidak hadir. Usul tidak dibincangkan. 4. Kedudukan kelas bagi pelajar Tahap 1. Saya difahamkan ada kelas-kelas darjah 2 ditempatkan di tingkat 3 bangunan sekolah dan anak-anak tahun 3 berada di tingkat bawah. Rasanya susun atur pelajar mengikut tahun perlu diambil kira faktor keselamatan, kemudahan dan usia anak-anak. Saya pasti faktor-faktor yang saya nyatakan telah pun pihak sekolah ambil kira, jadi ia hanya sebatas cadangan yang lebih kondusif untuk keselamatan anak-anak. Terima kasih. Jawapan Guru Besar Pihak sekolah telah bertindak berdasarkan keadaan fizikal sekolah. Tahun 3 terpaksa dipecahkan kepada dua blok berbeza kerana bilangan kelas di Blok Cerdik tidak mencukupi. Jadi, ada 2 kelas tahun 3 yang ditempatkan di Insira binti Mohd No. 59, Kampung Melayu, Pontian Besar Kiri, 82000 Pontian, Johor. 018-7649064


11 Blok Jauhari. Tahun 5 dan 6 diletakkan di blok tengah (Blok Arif) untuk memudahkan kawalan kerana pihak sekolah sentiasa mengutamakan keselamatan murid. Permohonan sumbangan daripada pihak PPD juga telah dibuat untuk mengecat semula blok pentadbiran. 5. Saya mohon waris / penjaga jangan merokok masa menunggu anak-anak di kawasan sekolah. Siti Aishah binti Abd Rahman No 12, Jalan Megah 28, Taman Megah, 82000 Pontian, Johor. 013-7304053 Pembawa usul tidak hadir tetapi usul tidak diterima atas faktor kesihatan anak-anak. 6. Anak datang sekolah boleh masuk dari mana-mana pagar. Rusydan bin Zakaria No 70, Jln Saujana 8, Tmn Saujana, Pt Semerah, 82000 Pontian, Johor. 013-6040120 Pembawa usul tidak hadir. Usul tidak dibincangkan. USUL YANG HADIR 1. Tambah baik sistem keselamatan anak-anak iaitu memasang CCTV untuk pantau kes seperti kemalangan, penculikan dan lain-lain untuk semakan. Cadangan pemasangan sekurang-kurangnya 2 unit (1 unit di depan dan 1 unit di belakang sekolah). Jawapan Guru Besar Sekolah pernah ada CCTV di beberapa tempat sebelum ini (dengan syarikat keselamatan sebelum ini). Apabila kontrak baru ditandatangani 2 tahun lepas, kemudahan CCTV tiada dalam kontrak perjanjian dengan syarikat keselamatan yang baru. Walau bagaimanapun, perkara ini akan dibincangkan semula dengan pihak PIBG. En Roslan bin Hasim (Bapa Nazhan, 5 Ibnu Qayyum) 2. Wujudkan ‘mobile apps’ untuk peringatan kerja sekolah anak-anak. En Ammar (Bapa Nuha Zinnirah, 3 Ibnu Battuta dan Umar Fahmi 1Ibnu Qayyum)


12 Jawapan Guru Besar Buat masa ini, ‘Group Whatsapp’ adalah yang paling mesra pengguna dan sesuai diguna pakai oleh ibu bapa dan guru sebagai medium saluran maklumat , kerja sekolah dan lain-lain. Walau bagaimanapun, pihak pentadbiran akan menyemak semula sekiranya ada medium yang lebih baik untuk tujuan penyebaran maklumat dan makluman kerja sekolah pada masa akan dating. 3. Buka pagar belakang sekolah supaya murid-murid yang menunggang basikal tidak perlu melalui jalan besar dan boleh meletakkan basikal mereka di belakang Blok Cerdik seperti sebelum ini. Jawapan Guru Besar Pintu masuk hanya pagar A (depan) sahaja kerana masih lagi memikirkan faktor keselamatan. Ramai murid dijangkiti HFMD (berjangkit) dan situasi tidak dapat dipastikan akan berlarutan atau tidak. Menurut KKM, jika lebih 20 murid dijangkiti, sekolah perlu ditutup dan penutupan kelas adalah di bawah kuasa guru besar. Jika banyak pagar dibuka, banyak isu akan timbul. Jadi, buat masa ini, sekolah hanya buka pagar belakang pada waktu balik sekolah sahaja . Untuk tempat laluan basikal, sekolah bercadang untuk buat satu jalan khas agar murid dapat masuk sekolah tanpa melalui jalan besar. Walau bagaimanapun, projek ini perlu diteliti sekali lagi sebelum dilaksanakan. En Mohd Hamid bin Daud 6. LAIN-LAIN 6.1 UCAPAN GURU BESAR 6.1.1 Mengalu-alukan kedatangan Dato’ Seri Ahmad bin Hj Maslan ke mesyuarat PIBG. 6.1.2 Komitmen ibubapa diperlukan untuk memberikan khidmat sekolah yang terbaik. 6.1.3 SKBP berwawasan untuk melahirkan murid-murid yang holistik – Sifar Iqra’ apabila mencapai Tahap 2. 6.1.4 Matlamat sekolah adalah untuk melahirkan 80% murid Khatam Al-Quran sebelum tamat sekolah rendah pada Tahun 2025. 6.1.5 Walaupun tiada peperiksaan, namun pentaksiran di peringkat sekolah adalah lebih holistik dari pelbagai aspek . 6.1.6 Sekolah juga mempunyai barisan SLB (Student Leaders Board) yang melahirkan pemimpin kecil. 6.1.7 Perancangan PIBG dan sekolah adalah untuk Guru Besar


13 berusaha mendapatkan sebuah Android TV untuk setiap kelas. 6.2 UCAPAN YDP PIBG 6.2.1 Berharap agar semua perancangan pihak sekolah dapat dijalankan dengan baik, dengan kerjasama dari semua pihak. 6.3 UCAPAN PERASMIAN OLEH DATO’ SERI AHMAD BIN HJ MASLAN, AHLI PARLIMEN PONTIAN 6.3.1 Memohon maaf kerana hadir lewat disebabkan hal yang tidak dapat dielakkan. 6.3.2 Mengumumkan sumbangan PA System untuk seluruh sekolah bernilai RM35 000 dan seterusnya pengumuman sumbangan untuk Pertubuhan Guru- guru Pendidikan Khas Daerah Pontian bernilai RM5000. 6.3.3 Menekankan tentang pendidikan ‘menyaratakan’ – iaitu pendidikan yang membolehkan anak-anak diberi peluang yang sama rata untuk mencapai cita- cita. Oleh itu, ibubapa dicabar untuk mendidik anak- anak supaya tiada berlaku keciciran dari segi pendidikan. YDP PIBG YB Dato’ Ahmad bin Hj Maslan PENUTUP Mesyuarat Agung PIBG ditangguhkan pada jam 11.00 pagi. Disediakan oleh, Disemak Oleh, ..........................................…… ……...............................………. (NUR FADHILAH BINTI MD RAPIK ) ( ROZIAH BINTI MARSOM ) Setiausaha PIBG Ahli Mesyuarat Tarikh: 2 Julai 2022 Tarikh: 2 Julai 2022


14 LAPORAN AKTIVITI PIBG SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR PONTIAN TAHUN 2022/2023 1. Antara aktiviti dan penglibatan PIBG ialah : 1.1 4 Mac 2022 – Pembelian kerusi plastik untuk Dewan Persada 1.2 13 Mac 2022 – Penambahan sengkuap Dewan Al-Amin 1.3 24 April 2022 – Program Bubur Lambuk dengan kerjasama komuniti JMS 1.4 16 Mei 2022 – Majlis jamuan Hari Raya murid-murid. 1.5 19 Mei 2022 – Majlis Sambutan Hari Raya warga SK Bandar Pontian bersama PIBG 1.6 7 Jun 2022 – Menambak padang 1.7 20 Jun 2022 – Pemasangan LCD di bilik tayang 1.8 3 Julai 2022 – Menyempurnakan pembinaan bilik PA sistem Dewan Persada 1.9 17 Ogos 2022 – Membaik pulih dataran bata merah 1.10 4 Disember 2022 – Hari Kanak-Kanak 1.11 7 Januari 2022 – Pemasangan Android TV di semua kelas tahun 1. 1.12 13 dan 14 Februari – Majlis Apresiasi Bandar Holistik 1.13 16 Februari 2023 – Sumbangan kalkulator digital kepada murid-murid tahun 6 2022/2023


15 PENYATA KEWANGAN PIBG BERAKHIR PADA 31 DISEMBER 2022


16


17 USUL DARIPADA PIBG/IBU BAPA/PENJAGA/AHLI PIBG SK BANDAR PONTIAN USUL DARIPADA PIBG DAN SEKOLAH BIL USUL 1. Bayaran RM24.50 untuk BAYARAN TAMBAHAN kepada BUKAN WARGANEGARA perlu dijelaskan kepada pihak sekolah. 2. Menetapkan kadar sumbangan sekeluarga untuk tabung PIBG sebanyak RM 70.00 dan sumbangan untuk Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Bandar Pontian tahun 2024 seperti dilampiran muka surat 20. USUL DARIPADA IBU BAPA/PENJAGA BIL USUL PEMBAWA USUL 1. Anak saya lemah membaca. Saya cadangkan agar diwujudkan program yang boleh membimbing muridmurid yang lemah membaca seperti anak saya. Nurul Masisma Ezzaty No 13, Lorong Baru (Kanan) Jalan Parit Mesjid, 82000 Pontian, Johor. 016-4347101 2. Mewujudkan rak buku bagi memudahkan murid meletak buku teks supaya murid tidak membawa beg yang terlalu berat. Suhaila binti Abdul Kadir No 10, Jalan Mohsin, Kayu Ara Pasong, 82010 Pontian, Johor. 019-7901976 3. Menyediakan laluan motor bagi menghantar/menjemput anak-anak di Pintu A. Besi penghadang hendaklah dipasang supaya kereta tidak masuk di laluan motosikal. Ini bagi menjaga keselamatan anak-anak. Norbe binti Hj Haron No 1, Jalan Jasa 7, Taman Jasa, 82000 Pontian, Johor. 07-6862134 4. i. Saya cadangkan untuk pakai tudung hitam apabila memakai baju karektor Johor. ii. Saya cadangkan untuk buka pagar B pada waktu pagi kerana anak-anak tahap 1 perlu berjalan jauh jika melalui pagar A. Siti Norazizah No 58-1, Lorong Abu Shah, 82000 Pontian, Johor. 019-302209700


18 5. i. Saya cadangkan agar aktiviti merentas desa bagi tahap 1 dibuat secara bergilir. ii. Bolehkah anak-anak Tahap 1 turut serta dalam aktiviti di sekolah (seperti pakaian beragam Hari Kemerdekaan) – saya cadangkan 1 kelas 5 peserta. Massiza binti Maswan Kuarters JKR 960 H, Jalan Syawal, 82000 Pontian, Johor. 017-7953112 6. i. Saya cadangkan agar hanya ada maksima 5 matapelajaran dalam sehari bagi mengurangkan beban beg sekolah. ii. Saya mohon kerjasama guru untuk bertanya murid di dalam kelas jika ada kejadian memukul, kekerasan dan buli. Pesan supaya berjumpa guru selepas kelas tamat. Kadangkala, murid takut untuk memaklumkan kepada guru sewaktu beramai-ramai dalam kelas. Jika boleh, bertanya seminggu sekali minimum. Puteri Intan Zuliana 550. Jalan Saujana 22, Taman Saujana, 82000 Pontian, Johor. 017-7000781 7. i. Penambahbaikan sistem bayaran di kantin sekolah yang lebih sistematik. Perbaiki kemudahan supaya dapat memudahkan murid-murid untuk membeli makanan. ii. Membuat kelas tambahan untuk murid supaya murid lebih memahami dan mendalami apa yang diajar oleh guru dan mengurangkan stress muridmurid. Nor Zulaikha binti Md Yusof No 1321, Lorong 7, Taman Damai, 82000 Pontian, Johor. 8. i. Isu keselamatan – tiada pengawal yang mengawal pergerakan murid dan kenderaan semasa murid datang dan pulang dari sekolah. Beberapa tahun dulu, kawalan keselamatan dan lalulintas adalah baik. Namun kini, sistem kawalan keselamatan semakin lemah dan teruk. ii. Isu tandas – Mohon pihak sekolah dan murid-murid sama-sama mempertingkat kualiti tandas murid di sekolah. Tandas kotor dan tersumbat serta ada yang tidak berfungsi menjejaskan imej sekolah. Bakri bin Abd. Rahman No 178, Jalan Indah 11, Taman Indah, 82000 Pontian, Johor. 017-7086491


19 9. i. Memberi kebenaran memakai tudung sarung hitam kosong pada hari yang ada matapelajaran PJPK. ii. Membuat pusingan tempat duduk murid-murid di dalam kelas setiap minggu supaya setiap murid berpeluang untuk duduk di bahagian depan untuk lebih fokus ketika PdP berlangsung. iii. Pemberian sijil penghargaan kepada semua pelajar yang cemerlang. iv. Slip pemarkahan dan peratus pencapaian bagi pelajar Tahap 2 wajib dan perlu dimaklumkan kepada ibu bapa setiap kali ujian – bukan hanya memaklumkan TP sahaja. Nik Ihdina binti Nik Ainudin No 12, Jalan Seri Semerah 2, Taman Seri Semerah, 82000 Pontian, Johor. 011-29988353


20 CADANGAN SUMBANGAN UNTUK PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU (PIBG) SK BANDAR PONTIAN TAHUN 2024 NAMA MURID : ................................................................................................. KELAS : .................................................................................................. NAMA IBU/ BAPA/ PENJAGA: .................................................................................................. BIL PERKARA RM TAHUN 1 2 3 4 5 6 1. *Sumbangan kepada Tabung PIBG (sekeluarga) 70.00 X X X X X X 2. Kertas 25.00 X X X X X X 3. Keceriaan Kelas 20.00 X X X X X X 4. Tanda Nama (3 keping) 10.00 X X X X X X JUMLAH SUMBANGAN (RM) 125.00 125.00 125.00 125.00 125.00 125.00 Sekiranya tuan/ puan telah menyumbang perkara di atas yang bertanda (*) maka jumlahnya bolehlah ditolak daripada jumlah yang dinyatakan.


Click to View FlipBook Version