MANUAL PERMAINAN
RICH DAD!
PENGENALAN
Nama permainan kewangan yang telah direka cipta bertajuk “Rich Dad!” merupakan
permainan yang melibatkan wang dalam kehidupan seharian. Ia merangkumi perancangan
pelaburan, simpanan dan pengurusan kredit untuk meningkatkan kemahiran pengurusan
kewangan peribadi. Permainan dinamakan “Rich Dad!” kerana permainan ini
mengetengahkan peranan seorang ketua keluarga dalam mengurus kehidupan dalam dunia
nyata. Permainan juga direka dalam bentuk rumah kerana berdasarkan satu pepatah
Inggeris yang mengatakan “To buy a nice home is to buy a better way of life. To choose a
better way of life is to work toward well being. Hence, the key of well being is the knowledge
you have”. Oleh itu di sepanjang permainan, pemain akan didedahkan dengan pelbagai ilmu
kewangan yang bersifat realistik supaya ilmu pengetahuan tersebut boleh diaplikasikan
dalam kehidupan sebenar.
Permainan ini sesuai kepada murid tahap dua, peringkat menengah, institut pengajian tinggi
dan juga orang dewasa agar terlahir generasi celik kewangan. Aktiviti yang dijalankan dalam
permainan ini adalah urusan perbankan, simpanan, pelaburan, kredit, pendapatan serta
pembelian aset. Kemahiran yang akan dipelajari melalui permainan ini ialah kemahiran
pelaburan, merancang simpanan, mengurus kredit dan hutang serta risiko kewangan.
Permainan ini mempunyai unsur “Fun Learning” di mana terdapat unsur permainan
tradisional yang menggunakan permainan Batu Seremban untuk mendapatkan giliran undian
dan bilangan tapak untuk berjalan. Ia juga mempunyai tapak “Assets Many Penny” yang
membolehkan pemain melihat secara jelas aset-aset pemain supaya mereka lebih
bersemangat untuk bermain dan menambahkan aset. Selain itu, dari sudut kebolehmainan,
syarat dan peraturan permainan adalah sangat mudah difahami serta bahan permainan
yang tahan lama dan kukuh.
Pencipta: Farha Addina binti Masazhar
Peralatan Bilangan
Permainan
Pemain
· Board RICH DAD!
· Kad MUST HAVE Permainan memerlukan Kelebihan
· Kad OOPS! minimum 2 hingga
· Kad CHANCE maksimum 4 orang
· Kad FATE pemain dan 1 orang
· Duit Banker.
· Buah pemain
· 5 buah Batu Seremban
· 1 biji dadu
· Assets Many Penny
· Cip Kuning
· Cip Merah
· Cip Hitam
· Daftar aliran tunai peribadi
· Pen marker kecil
· Kalkulator
Pemain
Setiap pemain diberikan RM 1500 di awal
pusingan dan RM 500 di pusingan
seterusnya. Setiap pemain juga diberikan
Daftar Aliran Tunai Peribadi untuk
memantau kewangan masing-masing.
CARA BERMAIN BATU SEREMBAN
Pemain boleh merujuk cara bermain Batu Seremban menerusi QR Code di atas.
Batu Seremban digunakan dengan cara imbang-tangkap untuk:
• menentukan giliran pemainan
Dan digunakan dengan cara bermain Batu Lima untuk
• menentukan FATE iaitu takdir baik atau buruk ketika berada di tapak FATE dengan
pusingan pertama bermain Batu Satu, pusingan kedua bermain Batu Dua dan seterusnya.
Kemudian pada pusingan keenam, pemain hanya mengulang kembali cara bermain Batu
Satu dan diikuti juga yang seterusnya.
PERATURAN
PERMAINAN
RICH DAD
1. Setiap pemain akan diberikan:
- 1 buah dalam papan permainan
- 1 pen marker kecil
- 1 daftar aliran tunai
- RM 1500 sebagai duit poket di awal pusingan
• RM 500 – 2 keping
• RM 100 – 4 keping
• RM 50 – 2 keping
- RM 500 untuk pusingan yang seterusnya
2. Permainan dimulakan dengan undi giliran melalui
bilangan imbang-tangkap Batu Seremban dari tinggi ke
rendah.
3. Semua pemain bersedia di kotak Start di pintu Rumah
RICH DAD!.
4. Pemain dikehendaki membaling 1 dadu untuk
mengetahui jumlah tapak yang perlu didaki.
PERATURAN PERMAINAN RICH DAD
5. Terdapat 4 jenis tapak berwarna di dalam permainan iaitu:
Warna Merah: Tapak MUST HAVE
·Pemain perlu mengira dan menjawab soalan berkaitan
keperluan dalam kehidupan dan pengurusan kewangan.
·Soalan pengiraan akan menyebabkan duit ditolak/ diberi
ke bank atau mendapat wang.
·Jawapan yang betul akan diberikan satu point
Warna Biru: Tapak OOPS!
• Pemain perlu mengira dan menjawab soalan berkaitan kehendak
dalam kehidupan dan kesalahan dalam pengurusan kewangan.
• Soalan yang melibatkan pengiraan menyebabkan duit ditolak/
diberi ke bank atau mendapat wang.
• Jawapan yang betul akan diberikan satu point
Warna Kuning: Tapak CHANCE
• Pemain perlu menjawab soalan berkaitan pelaburan,
simpanan dan kredit dengan memilih jawapan yang betul
antara A/B/C/D
• Jawapan yang betul akan diberikan satu point
PERATURAN PERMAINAN RICH DAD
Warna Hijau: Tapak FATE
• Pemain berhadapan dengan takdir sama ada buruk atau baik. Untuk
menentukan takdir, pemain perlu bermain Batu Seremban dengan cara
bermain Batu Lima
• Cara bermain: Sekiranya berada di pusingan pertama, pemain akan bermain
Batu Satu, pusingan kedua bermain Batu Dua dan seterusnya. Kemudian pada
pusingan keenam, pemain hanya mengulang kembali cara bermain Batu Satu
dan diikuti juga yang seterusnya. Sekiranya berjaya dikira FATE BAIK,
sekiranya gagal, dikira FATE BURUK.
• FATE yang buruk akan menyebabkan anda kerugian.
• FATE yang baik membolehkan anda melabur dalam aset emas Public Gold
atau Hello Gold dan aset hartanah.
• Sekiranya anda melabur untuk emas Public Gold, masukkan Cip berwarna
kuning di dalam Assets Many Penny anda.
• Sekiranya anda melabur untuk emas Hello Gold, masukkan Cip berwarna
merah di dalam Assets Many Penny anda.
• Sekiranya anda melabur untuk aset hartanah, masukkan Cip berwarna hitam
di dalam Assets Many Penny anda dan anda boleh memilih mana-mana tapak
yang ingin dibeli.
• Setelah membeli tapak, anda perlu meletakkan tanda rumah berwarna biru
di tapak tersebut dan boleh mengambil sewa apabila pemain lain singgah di
tapak anda.
- Harga sewa: RM300
6. Fungsi Assets Many Penny ialah untuk melihat bilangan
aset pemain yang paling banyak.
PERATURAN PERMAINAN RICH DAD
7. Cara menamatkan permainan
- Permainan dimainkan maksimum 12 pusingan sahaja yang
menunjukkan bilangan 12 bulan dalam setahun.
- Setiap pemain perlu mengira bilangan simpanan, wang
pelaburan dan kredit masing-masing dengan disahkan oleh
Banker.
8. Pemenang RICH DAD! akan diberikan gelaran:
- Winner RICH DAD OF ALL TIME!
CARA MENGIRA ALIRAN
TUNAI PERIBADI
1.Setiap pemain perlu mengira bilangan simpanan, wang pelaburan
dan kredit masing-masing dengan disahkan oleh Banker.
2. Banker akan menyebut keuntungan setiap jenis pelaburan yang
dilabur.
Wahed Investment: RM 200 setahun
Amanah Hartanah Bumiputera: RM 150 setahun
- Banker juga akan mengira bilangan aset emas Public Gold, Hello
Gold dan aset hartanah masing-masing untuk dimasukkan ke dalam
Daftar Aliran Tunai
1 Public Gold: RM 1000
1 Hello Gold: RM 900
1 Aset Hartanah: RM 800 000
- 1 Point jawapan yang betul bersamaan
1 Point: RM 10
3. Apabila terdapat pemain yang tidak dapat membayar hutang,
maka diisytiharkan pemain tersebut muflis dan bankrap.
Jawapan Kad
KAD MUST HAVE
1. Labur RM100 di Wahed Investment
2. Simpan RM250
3. Membuat Kad Kredit, melabur di ASB dsb. (Betul: 1 point)
4. Diskaun Cukai Pintu Rumah Kos Rendah, Program Kesihatan
Wanita, Inisiatif Asuhan Anak dan Skim Air 20m3 Padu Percuma
(Betul: 1 point)
5. Simpan RM 100
6. Labur RM 100
KAD OOPS!
1. Bayaran minimum RM 50 kepada bank
2. Bayaran minimum RM 100 ke bank
3.Tolak RM 50 daripada simpanan
4.Beri RM 50 kepada bank
5.Tolak RM 100 daripada simpanan
6.Tolak RM 200 daripada simpanan
Jawapan Kad
KAD CHANCE
1. A. I dan II
2. C. Amanah Saham
3. C. Emergency Funds dan Reverse Charge
4. C. Simpanan
5. D. Pembelian bon kerajaan
6. B. Kad caj
7. A. Pinjaman Pelajaran
8. C. Membuat pembayaran sebelum tarikh akhir penyata
9. B. Saham
10. C. Hartanah
KAD FATE
1. Melabur Emas Public Gold
2. Melabur aset hartanah berbentuk sewaan
3. Melabur Emas Hello Gold
4. Tolak RM50 daripada simpanan
5.Tolak RM 200 daripada simpanan
6. Hilang 1 giliran
PENUTUP
Di hujung permainan, setiap pemain akan mendapat ilmu baharu berkaitan kewangan yang
berkait dengan kehidupan sebenar. Setiap elemen di dalam permainan berjaya menyentuh
minda pemain dari aspek simpanan masa hadapan seperti KWSP, pelaburan seperti Wahed
Investment dan pengurusan kredit seperti penggunaan kad caj. Dengan ini, maka terlahirlah
generasi celik kewangan yang mempu mengurus kewangan dengan baik.
Pencipta Permainan RICH DAD!:
Farha Addina binti Masazhar