NAMA : NG SEAN YIN NOMBOR MATRIKS : 2021242340273 PROGRAM : PISMP JUN 2021 UNIT : X12 KUMPULAN : KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA (KLM 22) IPG KAMPUS IPOH, PERAK PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA KUMPULAN LATIHAN MALAYSIA INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
BIODATA DIRI NAMA : NG SEAN YIN NO. PENGENALAN : 030704-08-1310 NAMA PENSYARAH : PUAN ZAHARAH BINTI ABD MANAF INSTITUT PENDIDIKAN GURU : IPOH ANGKA GILIRAN: 2021242340273 AMBILAN: 2021/ 2026
BIL TAJUK MUKA SURAT 1. PENGENALAN PENGAKAP 4 2. LAMBANG, BENDERA, COGAN KATA, IKRAR DAN LAGU UNIT 5 -12 3. SEJARAH PENGAKAP MALAYSIA DAN DUNIA 13 -18 4. PERLEMBAGAAN DAN UNDANG-UNDANG PERSEKUTUAN 19-26 5. PENGASAS, SEJARAH PENUBUHAN DAN TUJUAN PENUBUHAN 27 - 34 6. ISTIADAT RASMI 35 - 61 7. STRUKTUR ORGANISASI PENGAKAO PERINGKAT NEGARA PERINGKAT NEGERI PERINGKAT DAERAH PERINGKAT KUMPULAN / SEKOLAH PERINGKAT INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA 62 - 84 8. DASAR KEAGAMAAN 85 - 86 9. PENGURUSAN DAN PENTADBIR KUMPULAN 87 - 93 10. PAKAIAN SERAGAM PENGAKAP, PROTOKOL DAN PEMAKAIAN LENCANA DAN TANDA PANGKAT 94 - 104 11. SKIM LATIHAN PENGAKAP KANAK-KANAK 104 - 119 12. MERANCANG PROGRAM 120 - 129 ISI KANDUNGAN
Pergerakan pengakap didefinisikan sebagai sebuah pergerakan sukarela yang bebas dariapada pengaruh politik dalam usaha untuk melatih generasi muda serta terbuka kepada semua golongan masyarakat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunannya. Pengakap Kanak-Kanak adalah ahli pergerakan Pengakap di seluruh dunia, dan disertai terutamanya kanak-kanak lelaki yang berumur kira-kira 7 hingga 11. Di sesetengah negara mereka dikenali dengan nama asal mereka iaitu ‘Wolf Cubs’ (anak serigala) tetapi sering dirujuk dengan panggilan yang lebih mudah iaitu sebagai ‘Cubs’ sahaja. Asalnya, seperti Budak Pengakap, Pengakap Kanak-Kanak terbuka hanya untuk kanak-kanak lelaki sahaja kerana kanak-kanak perempuan dijangka akan menyertai ‘Brownies’ (Pandu Puteri). Tetapi sejak kira-kira tahun 1990, ‘Cubs’ telah dibuka kepada ke dua-dua lelaki dan perempuan di beberapa negara, tetapi di Amerika Syarikat, ia masih eksklusif untuk kanak-kanak lelaki sahaja. Sesetengah negara juga mempunyai versi Pengakap Laut Kanak-Kanak. Dalam Persatuan Pengakap, Pengakap Kanak-Kanak akan dibahagi kepada kumpulan berenam atau lebih dikenali sebagai 6 Sekawan. 6 sekawan dipimpin oleh ‘Ketua Patrol‘ dan mempunyai ‘Penolong Ketua Patrol‘ sebagai pembantu. Ketua patrol memakai lencana dua jalur di seragam (dada sebelah kiri di atas poket) manakala Penolong Ketua Patrol memakai lencana satu jalur. Ahli-ahli kumpulan 6 sekawan ini dibezakan dengan kumpulan yang lain melalui warna lencana yang ditampal di lengan sebelah kiri. Manakala bagi Ketua Pasukan Pengakap Kanak-Kanak pula akan memakai lencana tiga jalur di seragam mereka. PENGENALAN PENGAKAP MATLAMAT Untuk menggalakkan perkembangan sikap dan peribadi yang cemerlang ke arah pencapaian tahap fizikal dan mental yang maksimum selain daripada untuk menanam semangat individu yang rajin berusaha untuk memberikan sumbangan yang positif keoada agama, keluarga, masyarakat dan negara, khususnya serta kepada dunia secara amnya.
Lambang/Logo Pengakap Dunia KELOPAK SEBELAH KIRI Melambangkan perkhidmatan intuk orang lain KELOPAK TENGAH Melambangkan tanggungjawab kepada Tuhan KELOPAK SEBELAH KIRI Melambangkan perkhidmatan intuk orang lain DUA BUTIR BINTANG PECAH LIMA Melambangkan Undang-Undang Pengakap IKATAN PUTIH PADA KELOPAK Melambangkan ikatan kekeluargaan di kalangan ahli Pengakap yang kukuh LINGKARAN TALI BERWARNA PUTIH Melambangkan kesatuan dan persaudaraan Pengakap Sedunia IKATAN BUKU SILA Tidak mudah terurai apabila ditarik bermaksud kekuatan dan perpaduan persaudaraan Pengakap Sedunia Warna Putih : Melambang Kesucian Warna Ungu : Melambang Perkhidmatan / Kepimpinan
Lambang/Logo Pengakap Malaysia PECAHAN 3 KELOPAK Melambang Persetiaan Pengakap yang 3 iaitu : 1.Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara 2.Menolong orang pada setiap masa 3.Menurut Undang-undang Pengakap DUA BUTIR BINTANG PECAH LIMA Melambang Undang-undang Pengakap IKATAN HIJAU PADA KELOPAK Melambang ikatan persaudaraan Pengakap yang kukuh LINGKARAN TALI BERWARNA KUNING Melambang perpaduan rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Sedunia BINTANG PECAH 14 BERWARNA KUNING Melambang 14 buah negeri termasuk Wilayah Persekutuan yang terkandung dalam Malaysia ANAK BULAN DAN BINTANG Melambang agama rasmi Malaysia ialah Agama Islam WARNA KUNING PADA ANAK BULAN DAN BINTANG Melambang warna Di-Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja WARNA KUNING : UNIT PENGAKAP KANAK-KANAK WARNA HIJAU : UNIT PENGAKAP MUDA WARNA MERAH : UNIT PENGAKAP REMAJA
Bendera Persekutuan Pengakap Malaysia telah mula diperkenalkan sejak pendaftarannya dengan Biro Antarabangsa Pengakap dan dengan sedikit perubahan ia digunakan sehinggalah sekarang. Rupa bentuk pembuatannya adalah hasil gabungan Bendera Malaysia dan lambang Persekutuan. Keseluruhan bendera tidak termasuk Bendera Malaysia dan Lambang Persekutuan adalah berwarna hijau gelap. Bendera Persekutuan berukuran 183 cm panjang dan 91.5 cm lebar. Bendera-bendera ini dikibarkan di semua Ibu Pejabat, Pusat/Institut Latihan dan Pasukan-Pasukan Persekutuan. Bendera ini dikibarkan setiap hari mulai jam 08.00 sehinggalah 18.30 mengikut tatacara dan penghormatan tertentu BENDERA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Rupa bentuk dan pembahagian keseimbangan Bendera Rasmi Persekutuan tidak boleh diubahsuai.
PENGAKAP KANAKKANAK COGAN KATA : BUAT HABIS BAIK PENGKAP MUDA COGAN KATA : SELALU SEDIA COGAN KATA PENGAKAP Untuk menjadi seorang Pengakap Kanak-Kanak, seorang kanak- kanak itu mestilah telah berumur 8 tahun tetapi belum sampai umur 13 tahun. Dia tidak boleh menyambung sebagai Pengakap Kanak- Kanak apabila dia telah sampai umur 13 tahun Untuk menjadi seorang Pengakap KanakKanak, seorang kanak- kanak itu mestilah telah berumur 12 tahun, tetapi belum sampai 16 tahun. Apabila seorang pengakap muda sampai umur 15 tahun dalam keengakapannya, satu Istiadat Meningkat Naik hendaklah diadakan dan dia akan melafazkan semula Persetiaan Pengakap. Untuk menjadi seorang Pengakap Remaja seorang kanak-kanak itu mestilah telah berumur 15 tahun, tetapi belum sampai umur 18 tahun. Dia mesti berumur sekurang-kurangnya 17.5 tahun dan seeluk-eluknya 18 tahun. Sebuah krew Pengakap Kelana adalah sekumpulan belia berumur diantara 18 hingga 40 tahun yang mempunyai minat yang sama. PENGAKAP KELANA COGAN KATA : BERKHIDMAT PENGAKAP REMAJA COGAN KATA : PANDANG LUAS
PERSETIAAN PENGAKAP UNDANG-UNDANG PENGAKAP PENGERTIAN (UNTUK TANGAN) BAGI PERSETIAAN PENGAKAP IKRAR PENGAKAP
Hormat Pengakap dilakukan apabila : Menemui penfakap lain, sama ada dalam atau luar negeri, iaitu menandakan persaudaraan dan penghormatan 1. Menemui pemimpin, penolong pemimpin pengakap dan ketua patrol 2. Berada di dalam istiadat-istiadat menerima anugerah, sijil dan sebagainya 3. 4.Lagu Kebangsaan dan lagu negeri dinyayikan Selesai menaikkan bendera Malaysia, bendera negeri dan bendera pengakap 5. HORMAT PENGAKAP CARA HORMAT Cara Hormat Pengakap dilakukan dengan mengangkat tangan kanan dengan 3 jari (jari telunjuk, hantu & manis) dirapatkan hampir dengan kening mata kanan. Ibu jari menindih jari kelingking.
Kami Pengakap Malaysia Harapan nusa dan bangsa Berikrar setia Pada pertiwi tercinta Melatih generasi muda Menjadi insan yang berguna Persetiaan pengakap Teras dipegang bersama Menolong orang setiap masa Menabur bakti di mana sahaja Demi Tuhan, Raja dan negara Berbudi, bersaudara Taat, menurut perintah Kami bangga junjung cita-cita Pengakap Malaysia Kami bangga junjung cita-cita Pengakap, Pengakap Malaysia Lagu- Lagu Pengakap Lagu Rasmi Persekutuan Pengakap Malaysia
Di Sini Senag, Di Mna Senang Di Mana-mana Hatiku Senang Di Sini Senang Di Sana Senang Di Mana-mana Hatiku Senang La La La La La-La-La La La La La La-La-La La La La La La-La-La La La La La Lagu- Lagu Pengakap Di Sini Senang Di Sana Senang Lagu- Lagu Pengakap Anak Itik Anak itik tok wi Mandi dalam kolam Sakit ape tok wi Sakit sendi tulang Ubat ape tok wi Ubat limau lelam Sakit ape tok wi Sakit sengal tulang
Sejarah Pengakap Di Malaysia Mula diperkenalkan di Malaysia (atau Semenanjung Tanah Melayu/Malaya ketika itu) oleh Frank Copper Sands, seorang pendidik dan jaguh pengakap dari Nottingham, England di Institut Victoria (Victoria Institution), Singapura pada tahun 1910, iaitu dua tahun selepas pergerakan pengakap dimulakan di Great Britain. Seramai 30 orang kanak-kanak telah menyertai pergerakan tersebut FRANK COOPER SANDS DAN PERGERAKAN PENGAKAP DI SINGAPURA Dipercayai bahawa Pulau Pinang merupakan negeri yang paling awal menubuhkan pergerakan pengakap di Semenanjung Tanah Melayu, iaitu pada tahun 1908 diikuti Selangor pada tahun 1909 tetapi tidak bergerak cergas. Pahang menubuhkan Pergerakan Pengakap Pahang pada tahun 1912 oleh G.M.Laidlow. Dikuti Sabah pada tahun 1913. Pada tahun 1915, pengakap telahditubuhkan di Sarawak, manakala H.R. Cheesman telah menubuhkan pengakap di Penang Free School, Pulau Pinang
Bergerak dari tarikh itu, pada tahun 1919 Pasukan Pengakap untuk budak-budak Melayu telah diasaskan oleh Kapten N.M. Hashim dan Encik A.Z.Alsagoff di Singapura. Perak 1920 oleh I.R.Wheeler di Maktab Melayu Kuala Kangsar. Dikuti Kedah dan Perlis pada tahun 1922. Melaka dan Negeri Sembilan pada tahun 1925 oleh Brunstone. ABDULLAH AHMAD BADAWI (GAMBAR KANAN) SEMASA MENYERTAI PASUKAN PENGAKAP SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT MERTAJAM Pada tahun 1926, pengakap telah ditubuhkan di Selangor oleh Ameen Akbar, manakala Terengganu oleh A.J. Gracle pada tahun yang sama. Kelantan pada tahun 1927 oleh YM Tengku Ahmad Temenggong dan Johor pada tahun 1928 di Maktab Abu Bakar, Johor Bahru, Johor. Dipercayai jumlah keahlian pengakap pada masa ini melebihi 85,000 orang. Sebelum merdeka, semua pergerakan pengakap di seluruh Semenanjung Tanah Melayu, termasuk Singapura disatukan di bawah satu persekutuan dikenali sebagai Persekutuan BudakBudak Pengakap Kawasan Malayadan diletakkan di bawah Persekutuan Budak-Budak Pengakap Great Britain dengan setiap negeri sebagai satu Daerah Pengakap. Sabah dan Sarawak menjadi ahli cawangan Great Britain.
Selepas Perang Dunia II, Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah menjadi dua cawangan yang berasingan daripada Great Britain. Setiap cawangan mempunyai Persekutuan Negeri yang dibahagikan kepada beberapa Daerah Pengakap yang mempunyai Persekutuan-persekutuan Tempatan yang dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Budak-Budak Pengakap Kawasan Malaya kemudiannya telah menjadi satu badan bebas dan berasingan dan dikenali sebagai Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu. Pada 1 September 1957, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu telah dinaikkan taraf menjadi satu cawangan penuh kepada Persidangan Pengakap Sedunia dan seterusnya diterima menjadi anggota Kawasan Asia Pasifik. Pada tahun 1964, selepas Malaysia diwujudkan, Persekutuan Budak-Budak Pengakap Persekutuan Tanah Melayu dikenali sebagai Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia meliputi Pergerakan-pergerakan Budak-budak Pengakap Semenanjung Tanah Melayu, Singapura, Sabah, dan Sarawak. IBU PEJABAT PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA
Maka inilah diperbuat Undang-undang oleh Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen dan dengan kuasa daripadanya seperti berikut : Akta ini bolehlah dinamakan sebagai Akta Persekutuan Pengakap Malaysia 1974. 1. (1) Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang diperbadankan di bawah Seksyen 3(1) Akta (Perbadanan) Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, 1968. (kemudian daripada ini disebut “persekutuan” itu hendaklah selepas akta ini berkuat kuasa dikenali sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia dan semua sebutan di dalam akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis lain mengenai persekutuan ini hendaklah ditaksirkan sewajarnya.” 2. Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia yang dianggotai 14 Majlis Pengakap Negeri, termasuk Majlis Pengakap Wilayah Persekutuan (selepas tahun 1972) tertakluk di bawah Akta Parlimen No. 38 tahun 1968, Pindaan Akta Parlimen No. 143 -Akta Persekutuan Pengakap Malaysia Tahun 1974 AKTA PARLIMEN N0.38 TAHUN 1968 PINDAAN AKTA PARLIMEN NO.143 - AKTA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA TAHUN 1974 Akta ini telah menggugurkan perkataan Budak-budakyang terdapat pada nama Persekutuan Budak-budak Pengakap Malaysia, lalu dikenali dengan nama baru sebagai Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM). Persekutuan Pengakap Malaysia diperbadankan melalui Akta Persekutuan Pengakap Malaysia (Pemerbadanan) 1968, dan (Semakan) 1989. Dengan keistimewaan ini Duli-duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja Melayu serta Tuantuan Yang Terutama merupakan penaung pergerakan pengakap di peringkat negeri dan nasional
SEJARAH PENGAKAP DUNIA Pergerakan Pengakap telah diasaskan oleh Robert Stephenson Smyth Baden-Powell atau Lord Baden-Powell (of Gilwell), seorang tentera Inggeris (British) berpangkat Leftenan Jeneral. Lord Baden-Powell juga dikenali sebagai “BP” , dilahirkan pada 22 Februari 1857 di Hyde Park, London. Bapanya, Reverend H.H. Baden-Powell merupakan seorang pensyarah di Universiti Oxford, London. Manakala ibunya pula adalah anak kepada Laksamana British yang bernama W.T. Smyth. Semasa BP berumur tiga tahun, ayahnya meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama ibunya dalam keadaan yang sederhana. Nama Penuh : Robert Stephenson Smith Baden Powell Nama Singkatan : BP Tarikh Lahir : 22 Februari 1857 Tempat Lahir : London, England Pendidikan Awal : Charter House, London Pekerjaan : Bekas Mejar Tentera British Nama Bapa : Reverend H.G Baden Powell Nama Isteri : Lady Olive Baden Powell Tarikh Meninggal Dunia : 8 Januari 1941 PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP Dalam masa cuti sekolah Baden-Powell bersama-sama tiga orang abangnya selalu pergi mengembara berjalan kaki berkhemah, belayar dan berperahu. Setelah berjaya dalam peperiksaan tentera, BP telah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dan mula berkhidmat dalam tentera di India dan Afghanistan dalam tahun 1876, kemudian ke Natal (Zululand) dan Malta sebagai penolong Setiausaha Tentera. 1897 1857
Beberapa tahun kemudian beliau dihantar bertugas di Afrika Barat untuk menamatkan satu peperangan di Ashanti, Ghana. Dalam peperangan Baden-Powell sentiasa berhati-hati terhadap pergerakan musuh hinggakan beliau digelar IMPEESA yang bermaksud Serigala yang tak pernah tidur. Dalam tahun 1897, BP dinaikan pangkat menjadi Kolonel dan ditempatkan di India untuk memimpin Dragoon Guard ke 5. Beliau telah memberi hadiah kepada askar-askar yang menunjukkan kebolehan yang baik dengan satu lencana bergelar SCOUTS (Peninjau). Sejarah pengakap telah dicetuskan oleh Robert Stephenson Smyth Baden-Powell yang bermula pada tahun 1907 di Pulau Brownsea, England. Pada ketika itu, Baden Powell telah menganjurkan satu perkhemahan kepada budak-budak lelaki selama 10 hari di pulau berkenaan. Mereka diajar untuk memasang khemah, memasak, menyelamat nyawa, mengesan jejak dan sebagainya berdasarkan idea beliau yang berpandukan kepada pengalamannya dalam pepereangan Mafeking dan buku “Aids To Scouting”. Perkhemahan ini telah membuahkan kejayaan kerana semua budak-budak lelaki yang menyertainya bersa seronok dan minat. Rentatan itu, pergerakan Pengakap telah tersebar luas melalui peneroka dan pedagang British. Pergerakan pengakap telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada negara-negara Eropah, Asia dan Amerika dalam masa beberapa tahun sahaja ia ditubuhkan. Pada tahun 1912, beliau telah mengelilingi dunia untuk menemui beberapa pergerakan pengakap di seluruh dunia. Pada tahun 1920, Jambori Pengakap Dunia yang pertama telah diadakan di Olympia, London. Beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengakap Dunia manakala kerajaan British pula menganugerahkan “Lord Baden Of Gillwell” kepada beliau. 1920 1912 1907
Program latihan untuk pemimpin merupakan program yang diberikan keutamaan disebabkan segala didikan dan asuhan, mutu latihan dan aktiviti yang akan diterima oleh ahli-ahli pengakap dan golongan belia bergantung kepada pemimpin yang mempunyai kemahiran, kecekapan, berkebolehan tinggi, berdaya usaha dan berdisiplin. PERLEMBAGAAN DAN UNDANGUNDANG PERSEKUTUAN PENGAKAP RASIONAL Objektif Persekutuan Pengakap Malaysia dalam urusan kepemimpinan adalah untuk membolehkan setiap pemimpin berupaya untuk mendidik, mengasuh, membimbing dan memimpin golongan kanak-kanak dan belia-remaja dari segi pertumbuhan intelek, rohani, emosi, jasmani (IREJ) dan sosial. Untuk mencapai objektif tersebut, pemimpin perlu diberikan galakan dan latihan untuk membolehkan mereka menggunakan kaedah kepengakapan (Scout Method) melalui sistem yang progresif dengan berasaskan kepada Persetiaan Pengakap dan Undang-undang Pengakap. Dasar latihan keguruan yang menitikberatkan kemahiran asas dan menjurus ke arah matlamat 4K, iaitu KEPENGURUSAN, KEPIMPINAN, KEPEGAWAIAN dan KEJURULATIHAN, merupakan satu matlamat untuk menyediakan pemimpin yang mampu menjayakan hasrat negara untuk membentuk warganegara yang berguna dan berdisiplin
Perlembagaan merupakan satu dokumen atau himpunan dokumen undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara, negeri, organisasi atau pertubuhan. Perlembagaan diwujudkan adalah untuk menyelaraskan sistem pengurusan dan pentadbiran dalam sesebuah organisasi atau pertubuhan. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan untuk membentuk undangundang, sama ada di pihak pemimpin mahupun di pihak ahli. Perlembagaan juga bermatlamat untuk memberikan jaminan dan perlindungan, khususnya kepada ahli. PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA Oleh itu, perlembagaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-undang dan peraturan asas bagi sesebuah organisasi seperti Persekutuan Pengakap Malaysia. Dengan kata lain, perlembagaan ialah undang-undang. Sehubungan dengan itu, setiap persatuan atau pertubuhan yang ditubuhkan di institusi pendidikan, sama ada di sekolah, institut pendidikan guru atau di institusi pengajian tinggi perlu mempunyai perlembagaan dan undang-undang tubuhnya yang tersendiri. Mengikut Akta Perdaftar Pertubuhan, setiap persatuan atau pertubuhan yang ditubuhkan di luar institusi pendidikan perlu mendaftar secara rasmi dengan Pendaftar Pertubuhan atau ROS Pergerakan pengakap yang ditubuhkan di institusi pendidikan tidak perlu menyediakan perlembagaan kerana PPM selakubadan induk telah pun mempunyai perlembagaan. Oleh itu, persatuan tersebut perlu merujuk dan mematuhi perlembagaan yang telah ditetapkan oleh PPM
JENIS PERLEMBAGAAN : Perlembagaan Bertulis Perlembagaan bertulis ialah perlembagaan yang dikumpul dan disusun dalam satu kanun atau dokumen. Perlembagaan bertulis sukar dipinda kecuali wujud peruntukan dalam perlembagaan yang membenarkan dilakukan pindaan Perlembagaan tidak bertulis Perlembagaan tidak bertulis pula ialah semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu kanun atau dokumen, misalnya adat resam dan pantang larang Fungsi sesebuah perlembagaan dan undang-undang kecil persatuan atau pertubuhan adalah sebagai panduan dan pedoman untuk menggerakkan persatuan atau pertubuhan berkenaan. Perlembagaan dan Undang-undang Kecil juga bertujuan untuk melancar dan melincinkan perjalanan sesebuah persatuan atau pertubuhan kerana perlembagaan akan dapat menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa serta ahli biasa yang menganggotai persatuan atau pertubuhan yang berkenaan Justeru itu, PPM amat memerlukan Perlembagaan dan Undangundang Tubuhnya yang tersendiri untuk memasti dan menentukan dasar dan arah tuju perjalanan PPM dengan cara yang betul, teratur dan berkesan. Ada dua jenis perlembagaan, iaitu : Dalam konteks Persekutuan Pengakap Malaysia, Perlembagaan persekutuan yang telah digubal dan diterima pakai sejak PPM ditubuhkan adalah Perlembagaan Bertulis, bukannya perlembagaan lisan.
PERLEMBANGAAN PENGAKAP 1. NAMA DAN ALAMAT Nama Persatuan : Pergerakan Pengakap Malaysia Alamat : SK Medan Jaya, 21080 Marang, Terengganu 2. MATLAMAT Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengembangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek 3. KEAHLIAN Dibuka kepada semua murid dari Tahun 3 hingga Tahun 6 sekolah ini Permohonan menjadi ahli adalah dengan cara mengisi borang yang disediakan Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan tujuan pesatuan ini. 4. AHLI JAWATANKUASA Dilantik semasa Mesyuarat Agung Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai Ahli Jawatankuasa Pemilihan ahli jawatankuasa secara undian Ahli Jawatankuasa Kecil boleh dilantik oleh Guru Penasihat tanpa mengadakan mesyuarat. Ahli Jawataknkuasa yang hendak meletakkan jawatan hendaklan menghantar surat perletakan jawatan kepada Guru Penasihat. Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri daripada : - - Pengerusi - Naib Pengerusi -Setiausaha - Penolong Setiausaha - Bendahari -Penolong Bendahari - Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan - Pemeriksa (2 orang)
6. PEMBUBARAN PERSATUAN Guru Besar diberi kuasa untuk membubarkan persatuan jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara. Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar 7. PINDAAN PERLEMBAGAAN Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, Guru Penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis. Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh Guru Penasihat dan Ahli Jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu. Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamirkan dan disahkan oleh Pengetua. 5. KEWANGAN Sumber utama kewangan persatuan adalah melalui derma yang diputuskan semasa Mesyuarat Agung dan telah diputuskan sebanyak RM 3.00 seorang setahun. Persatuan juga boleh memperolehi kewangan melalui kepelbagaian aktiviti Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut. 8. HAL-HAL LAIN Setiap ahli perlu mengetahui sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan. Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikut aktiviti dengan penuh minat. Ahli-ahli yang ingin menyertai sebarang aktiviti di luar kawasan sekolah mestilah mendapat kebenaran bertulis daripada penjaga terlebih dahulu dengan mengisi borang berkaitan.
BIL TUJUAN / FUNGSI 1. Untuk mewujudkan suatu bentuk pengurusan dan pentadbiran yang adil dan bersih. 2. Untuk mengelak daripada berlakunya penyalahgunaan kuasa. 3. Mengawal pergerakan pemimpin dan ahli (orang bawahan) 4. Sebagai alat untuk menyelesaikan konflik atau masalah dalaman, khususnya kerana perlembagaan merupakan dokumen dan sumber rujukan yang tepat. 5. Melindungi hak ahli. 6. Menyatakan peranan individu, sama ada pemimpin mahupun ahli 7. Menjamin keharmonian dan kestabilan pertubuhan. TUJUAN ATAU FUNGSI PERLEMBAGAAN : Setiap PPM Negeri mempunyai Undang-undang Kecil yang tersendiri untuk menggerakkan PPM Negeri. Namun semua Undang-undang Kecil ini tertakluk di bawah Perlembagaan PPM yang dijadikan sebagai undang-undang tertinggi dalam PPM. Sekiranya Perlembagaan PPM atau Undang-undang Kecil PPM Negeri ingin dipinda, maka ia boleh dilakukan sekiranya memperoleh kelebihan suara dua pertiga (majoriti) daripada ahli Majlis Pengakap Negara atau Majlis Pengakap Negeri. Seandainya pada peringkat tertentu pindaan perlembagaan berkenaan gagal untuk memperoleh sokongan kelebihan suara majoriti, justeru pindaan perlembagaan akan terhalang Perlembagaan perlu sentiasa kemas kini dan diubah suai supaya sesuai dan selaras dengan keperluan persatuan atau pertubuhan berkenaan dari semasa ke semasa
Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang- undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan sertabersepadu dari segi intelek, rohani dan jasmani dengan berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan Prinsip-prinsip berpengakap dan ekpresi mereka dalam perjanjian dan undang-undang. Prinsip pergerakan Pengakap terdapat dalam Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap, iaitu: a. Menghayati kepercayaan dan ketaatan kepada Tuhan b. Tanggungjawab kepada agama, masyarakat dan Negara c. Bertindak dan bertimbang rasa terhadap hak-hak asasi manusia serta mengelakkan diri daripada bersifat kejam Berkeyakinan menggunakan kebolehannya untuk diri sendiri, keluarga dan masyarakat di sekelilingnya. UNDANG-UNDANG PENGAKAP Undang- undang perlu diamalkan dan dilaksanakan untuk melatih anggota pengakap patuh pada peraturan, khususnya pada PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAP. Prinsip-prinsip ini merupakan suatu nilaian yang positif dengan mematuhi setiap intisari yang terkandung didalamnya dan tidak boleh diubah-ubah.
PENGASAS 1857 Robert Stephenson Smyth Baden Powell (BP) telah dilahirkan di London, England. Bapanya, Reverend H.G. Baden Powell, seorang professor di Universiti Oxford. Ibunya, Henrietta Smyth adalah anak seorang Laksamana British bernama W.T. Smyth. BP mempunyai tujuh orang adikberadik. Pada tahun 1860 semasa BP berusia tiga tahun, bapanya meninggal dunia.
1870 BP belajar di Sekolah CharterHouse, London. BP bukanlah mempunyai sebarang kelebihan melainkan beliau periang dan berbakat dalam bidang sukan serta bidang seni. semasa berusia 19 tahun, BP ditauliahkan sebagai Leftenan Muda dalam Pasukan Askar Hussar ke-13 dan ditempatkan di India. Dalam tahun 1883 BP telah dinaikkan pangkat sebagai Kapten. 1876 BP berada di Afrika menyertai peperangan menentang keganasan orang-orang Zulu serta peperangan dengan orang-orang Ashanti dan Matabele. Penduduk tempatan menggelarkan BP sebagai IMPEESA (binatang yang tidak pernah tidur). 1887 Semasa beumur 42 tahun, BP dinaikkan pangkat sebagai Kolonel hasil dari kecekalan hati, kepintaran mengakap dan kebolehan luarbiasa dalam kerja mengesan. Dalam tahun 1899 juga telah berlakunya huruhara di Afrika Selatan. BP telah diperintah untuk menubuhkan 2 batalion pasukan tentera berkuda dan pergi ke Mafeking, sebuah Bandar penting di tengah-tengah Afrika Selatan. 1899
1900 Peperangan meletus dari 13 Oktober 1899 hingga 18 Mei 1900 (217 hari) menyebabkan Mafeking diserang dan dikepung oleh jumlah musuh yang berlipat ganda. Selama kepungan berjalan, rakyat England berasa amat cemas. Namun setelah berita Mafeking telah diselamatkan, BP menjadi pujaan seluruh rakyat England dan telah dinaikkan pangkat menjadi Mejar Jeneral. BP pulang ke England dari Afrika Selatan sebagai hero yang dipuja dan dimuliakan oleh seluruh rakyat England, terutamanya budak-budak. Beliau juga mendapati buku karangannya AIDS FOR SCOUTING turut diminati malah dijadikan subjek pelajaran di sekolah. 1901 Bertitik tolak dari buku khas untuk budakbudak ini, semasa berusia 50 tahun, BP membawa sekumpulan budak lelaki seramai 20 orang ke Pulau Brownsea di Selat Inggeris pada mada musim panas tahun 1907 yang merupakan PERKHEMAHAN BUDAKBUDAK PENGAKAP PERTAMA DI DUNIA Melalui kejayaan perkhemahan di Pulau Brownsea itu, 1907
1908 BP telah menerbitkan sebuah buku bernama Scouting For Boys. Diterbitkan setiap 2 minggu sebanyak 6 keluaran, ia mengandungi panduan melatih budak-budak menjadi Pengakap. Buku Scouting For Boys telah dijadikan panduan untuk semua Pengakap dunia dan telah mengasaskan SUATU PERGERAKAN yang menyatukan budak-budak seluruh dunia kecuali negaranegara komunis. Pergerakan ini berkembang begitu pesat sehingga memaksa BP yang berjawatan sebagai Leftenan Jeneral ketika itu mengambil keputusan untuk berhenti dari pasukan tentera dan menumpukan sepenuh perhatian kepada Pengakap. 1910 Namun pada tahun 1920 ahli ahli Pengakap dari seluruh dunia telah berkumpul di London dalam perkumpulan Pengakap antarabangsa yang pertama kali diadakan iaitu JAMBORI PENGKAP SEDUNIA PERTAMA! Pada malam akhir Jambori tersebut iaitu pada 6 Ogos 1920, BP telah diisytiharkan sebagai PENGAKAP AGUNG DUNIA dan disambut dengan tepuk sorak gembira seluruh Pengakap yang hadir. 1920
1921 BP telah dianugerahkan darjah kebesaran oleh Kerajaan England dengan gelaran LORD BADEN POWELL of GILWELL tetapi bagi budak Pengakap seluruh dunia, beliap tetap BP yang agung. 1941 Oleh yang demikian, adalah menjadi suatu kehilangan besar kepada semua orang khususnya ahli Pengakap apabila pada 8 Januari 1941 BP meninggal dunia. Mendiang dikebumikan dengan penuh kehormatan di bawah bayang-bayang kelembutan Gunung Kenya.
NEGERI TARIKH Pulau Pinang 1908, sebuah kumpulan percubaan ditubuhkan di YMCA Pulau Pinang 1910, Kumpulan YMCA ini dirasmikan penubuhannya dengan En R Robert sebagai Pemimpin dan En Goh G H dan En George Pykett sebagai Penolong Pemimpin 1915, ditubuhkan di Sekolah Penang Free oleh En H R Cheeseman Kuala Lumpur dan Selangor 1910, ditubuhkan di Victoria Institution (dahulunya di dalam Selangor, kini Kuala Lumpur) oleh En B E Shaw Pahang 1912, Ditubuhkan oleh Mr G.M. Laidlaw sehingga beliau meninggal. 1927, dihidupkan semula oleh oleh H P Herslet Sabah 1913, diperkenalkan oleh Reverend Thomas Cecil Alexander di Sandakan Sarawak 1913, juga dibawa oleh Reverend Thomas Cecil Alexander, ke Anglican Bishop House,Kuching Kepengakapan wujud di dunia ini hasil kejayaan perkhemahan anjuran Robert Baden-Powell atau lebih dikenali sebagai BP, di Pulau Brownsea, England pada 31 Julai hingga 9 Ogos 1907. Dari situ, kegiatan berpengakap telahpun muncul di tanahair seawal 1908 lagi dianggotai oleh anak-anak pegawai-pegawai British. Pasukan pertama pengakap bagaimanapun ditubuhkan di Singapura pada 1910 oleh Sir Frank Cooper Sands, seorang pemimpin dari Nottingham, England. Untuk dua dekad seterusnya pergerakan pengakap tersebar ke seluruh Tanah Melayu dan Borneo. SEJARAH PENUBUHAN
NEGERI TARIKH Kedah 1922, diperkenalkan oleh E C Hicks, E A G Stuart, R P S Walker dan C W Bloomfield di Kolej Sultan Abdul Hamid Perak 1926, oleh L R Wheeler di Kolej Melayu Kuala Kangsar Melaka 1926, dibawa oleh R Brunstone Negeri Sembilan 1926, juga oleh R. Brunstone Terengganu 1927, ditubuhkan oleh A J Gracle Kelantan 1927, ditubuhkan oleh YM Tengku Ahmad Panglima Raja di Maktab Sultan Ismail Johor 1928, ditubuhkan oleh En H R Cheeseman di English College (kini Maktab Sultan Abu Bakar) Perlis 1931, dibawa oleh Bird dan Roger Smith bersaudara Setelah aktiviti kepengakapan tersebar luas, keperluan untuk mewujudkan badan penyelaras disedari. Sejurus selepas Perang Dunia Kedua,m pergerakan pengakap di Tanah Melayu disusun semula menjadi Persekutuan Budak Pengakap Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, persekutuan ini diterima sebagai ahli Pesekutuan Pengakap Sedunia pada 1 September 1957. Seterusnya, apabila Sabah, Sarawak dan Singapura bergabung bersama Tanah Melayu membentuk Malaysia, pergerakan pengakap negeri-negeri tersebut juga turut bergabung. Hasilnya pada November 1964 Persekutuan Pengakap Malaysia ditubuhkan.
Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Pergerakan pengakap juga bermatlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial dengan berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pergerakan pengakap bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa Pengakap percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila setiap individu: a.Boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan. b.Menghormati diri sendiri dan orang lain. c.Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan bermasyarakat. d.Menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar serta rasa hormat terhadap harta dan pemilikan. e.Beriman serta beramal soleh Ringkasnya, Pengakap bersifat Pendidikan Sepanjang Hayat TUJUAN PENUBUHAN
Mana-mana badan atau unit beruniform, seperti Pergerakan Pengakap, Pandu Puteri dan lain-lain mempunyai beberapa istiadat yang tersendiri. Terdapat beberapa istiadat yang sama tetapi kebanyakan istiadat adalah berbeza antara satu unit dengan satu unit yang lain. Antara unit-unit beruniform tersebut, Pergerakan Pengakap dan Pandu Puterilah yang memiliki paling banyak istiadat. Antaranya, ialah : (i)Istiadat Laung Agung (untuk PKK sahaja) (ii)Istiadat Bendera; (iii)Istiadat Melantik; (iv)Istiadat Meningkat Naik; (v)Istiadat Pemeriksaan Pagi; (vi)Istiadat Pengalungan Manik Kayu; (vii)Istiadat Penganugerahan Pingat dan Bintang PPM TUJUAN PELAKSANAA ISTIADAT Melatihkan diri taat kepada Tuhan Menandakan permulaan dan tamat sesuatu aktiviti atau perjumpaan Menghargai dan menghormati pemimpin Kaedah memberi hormat kepada tetamu Melatih ahli pengakap supaya lebih berdisiplin dan bersikap positif serta mematuhi peraturanperaturan yang telah ditetapkan Melahirkan semangat kerjasama, kekitaan, kejelikitan dan bertanggungjawab ISTIADAT PENGAKAP PENGENALAN
Istiadat Laung Agung merupakan satu istiadat yang penting dan hanya terdapat di dalam Unit Pengakap Kanak-kanak sahaja. Istiadat ini tidak dilakukan dalam unit-unit pengakap yang lain. 1. Istiadat Laung Agung dilakukan oleh Pengakap Kanak-kanak di seluruh dunia. 2. Laung Agung atau nama asalnya Laung Tuk Guru (Grand Howl) dilakukan sama seperti situasi keluarga serigala berhimpun mengelilingi batu untuk bermesyuarat. Dalam mesyuarat tersebut, Akela atau ketua serigala berada di tengah-tengah bulatan. 3. Istiadat Laung Agung dilakukan untuk menunjukkan bahawa mereka boleh melaksanakan sesuatu dengan “Buat Habis Baik”. 4. Istiadat Laung Agung dilaksanakan setiap kali diadakan perjumpaan PEK, iaitu semasa permulaan dan penutupan perjumpaan PEK. 5. 6.Prosedur pelaksanaan Istiadat Laung Agung : ISTIADAT LAUNG AGUNG (untuk PKK SAHAJA) AKELA (Pemimpin/Jurulatih) berdiri dalam keadaan SEDIA lalu berteriak “PEK!” (semua PKK berdiri dalam keadaan SEDIA). Setelah semua PKK dalam keadaan SEDIA) AKELA (Pemimpin/Jurulatih) berteriak “PEK! PEK! PEK!”
Semua PKK berlari-lari anak ke arah AKELA sambil menyahut“P...E....K....!” (sekitar lima harakat) lalu mengelilingi AKELA. KEADAAN PKK MENGELILINGI AKELA AKELA mengangkat (mendepakan) kedua-dua tangan hingga ke paras bahu untuk memerintahkan PKK membentuk satu bulatan besar dengan memegang tangan di antara satu sama lain dalam Sekawan yang sama (amat digalakkan berpegangan tangan sesama jantina). PKK MEMBENTUK BULATAN DENGAN AKELA BERADA DI TENGAH BULATAN
Apabila bulatan telah sempurna dilakukan, AKELA yang berada di tengah-tengah bulatan akan menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha untuk meminta PKK menjatuhkan tangan masing-masing. AKELA kemudian mengangkat/mendepakan tangan sekali lagi tetapi kali ini mengatasi sedikit paras bahu untuk meminta PKK mengangkat tumit AKELA menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha. PKK akan duduk mencangkung dengan kedua-dua belah jari tangan mencecah ke bumi sambil berteriak: “A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK!
AKELA kemudian mencabar dengan merenung seorang PKK dalam Sekawan Bertugas. PKK yang dicabar akan bangun sambil memberi Tabik Hormat Pengakap kepada AKELA dengan berteriak: “KAMUBUAT HABIS BAIK? AKELA menjatuhkan tangan rapat ke sisi paha. PKK akan duduk mencangkung dengan kedua-dua belah jari tangan mencecah ke bumi sambil berteriak: “A K E L A, KITA BUAT HABIS BAIK!
Setelah dicabar, semua PKK bangun sambil memberikan TabikHormat Pengakap kepada AKELA dengan menjawab “KAMI BUAT HABIS BAIK!” AKELA membalas Hormat Pengakap PKK. PKK menjatuhkan tangan setelah AKELA selesai membalasTabik Hormat Pengakap menandakan bahawa istiadat Laung Agung telahpun tamat
TUJUAN PENUBUHAN : Pergerakan Pengakap mempunyai tujuan untuk memberi latihan kepemimpinan yang berasaskan Prinsip dan Undang-undang Pengakap ke arah mencapai nilai murni dan mengeratkan Persaudaraan Pengakap Antarabangsa tanpa mengira warna kulit, agama dan kebudayaan. Pergerakan pengakap juga bermatlamat untuk melatih generasi muda bagi melahirkan individu pengakap yang mempunyai potensi dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani serta hubungan sosial dengan berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Pergerakan pengakap bertanggungjawab terhadap masyarakat, negaranya dan masyarakat antarabangsa. Pengakap percaya bahawa kehidupan di dunia akan menjadi lebih baik apabila setiap individu : Boleh dipercayai, mempunyai kawalan diri serta berkeyakinan Menghormati diri sendiri dan orang lain Bekerjasama untuk berkhidmat kepada orang lain demi memperbaiki suasana kehidupan bermasyarakat Menunjukkan sikap bertanggungjawab kepada alam sekitar serta rasa hormat terhadap harta dan pemilikan Beriman serta beramal soleh Ringkasnya, Pengakap bersifat Pendidikan Sepanjang Hayat
a. Istiadat Mengibarkan Bendera b. Istiadat Menaikan Bendera c. Istiadat Menurun Bendera ISTIADAT BENDERA : Istiadat ini diadakan selepas istiadat laung agung pada setiap pagi. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi. Istiadat Bendera terbahagi kepada tiga jenis istiadat, iaitu: A. Prosedur Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PKK): Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh Sekawan Bertugas. Pemimpin Pengakap atau AKELA sudah siap berdiri tegak dalam keadaan SEDIA menghadap bendera kerana baru sahaja selesai melaksanakan Istiadat Laung Agung. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap pula akan berdiri di belakang tiang bendera.
PKK berdiri dalam bentuk bulatan dalam keadaan sedia. Pemimpin/AKELA berteriak “BENDERA!” Seorang PKK daripada Sekawan Bertugas akan berkawad ke tiang bendera. Manakala PKK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera Petugas menarik atau menyentap tali bendera sekali sahaja dengan tangan kanan. Petugas tidak perlu membetulkan bendera jika bendera tidak “pecah” selepas tali bendera ditarik atau disentap Setelah tali bendera ditarik, petugas berundur satu langkah kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh PEK dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap. Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh PEK dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap
Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal PPemimpin/AKELA kemudian berteriak “NEGARAKU!” dan PEK akan menyanyikan Lagu Kebangsaan. Dikuti Lagu Pengakap Malaysia setelah pemimpin/AKELA berteriak“LAGU PENGAKAP MALAYSIA!” Pemimpin/Akela kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PKKBertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak“AP!”. PEK dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas PKK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan menundukkan kepala.
Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal PPemimpin/AKELA kemudian berteriak “NEGARAKU!” dan PEK akan menyanyikan Lagu Kebangsaan. Dikuti Lagu Pengakap Malaysia setelah pemimpin/AKELA berteriak“LAGU PENGAKAP MALAYSIA!” Pemimpin/Akela kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PKKBertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak“AP!”. PEK dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas PKK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan menundukkan kepala.
Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan PEK serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin/AKELA memberikan arahan “PEK... SEDIA!” “KELUAR... BARIS!” sebagai menandakan Istiadat Mengibarkan Bendera selesai Pemimpin/AKELA berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG DIRI!” Pemimpin/AKELA memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan lain-lain kepada PEK.
B.Prosedur Pelaksanaan Istiadat Mengibarkan Bendera (PM/PR/PK): Istiadat ini diadakan pada setiap pagi dan dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi Bendera dilipat dan diikat di puncak tiang bendera pada awal pagi oleh Patrol Bertugas. Pemimpin memberikan arahan “TRUP! TRUP... SEDIA!” Trup berdiri tegak dalam keadaan SEDIA. Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol. Pemimpin Pengakap berdiri dalam keadaan SEDIA di sebelah tiang bendera. Manakala Penolong Pemimpin Pengakap berdiri di belakang tiang bendera
Petugas menarik atau menyentap tali bendera sekali sahaja dengan tangan kanan. Petugas tidak perlu membetulkan bendera jika bendera tidak “pecah” selepas tali bendera ditarik atau disentap Pemimpin berteriak “BENDERA!” Seorang PM/PR/PK daripada PatrolBertugas akan berkawad ke tiang bendera. Jika dalam keadaan ladam kuda, PM/PR/PK yang berdiri di sisi bendera akan berpusing untuk menghadap tiang bendera Setelah tali bendera ditarik, petugas berundur satu langkah kemudian berteriak “AP!” sambil memberikan tabik hormat pengakap kepada bendera diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap Setelah semua memberikan tabik hormat pengakap, petugas akan berteriak “AP!” lalu menjatuhkan tangan diikuti oleh Trup dan para pemimpin serta penolong pemimpin pengakap
Petugas berkawad untuk kembali ke tempat asal. Dikuti Lagu Pengakap Malaysia setelah pemimpin/AKELA berteriak“LAGU PENGAKAP MALAYSIA!” Pemimpin kemudian berteriak “NEGARAKU!” dan Trup akan menyanyikan Lagu Kebangsaan PM/PR/PK yang bukan Islam digalakkan berdoa mengikut agama dan kepercayaan masing-masing dengan cara menundukkan kepala Pemimpin kemudian berteriak “DOA!” dan seorang PM/PR/PKBertugas akan melangkah satu langkah ke hadapan sambil berteriak“AP!”. Trup dan semua yang hadir akan menadah tangan untuk mengaminkan doa yang dibacakan oleh petugas
Petugas kemudian akan berteriak “AP!” sebagai menandakan doa selesai dibacakan dan Trup serta semua yang hadir akan menjatuhkan tangan. Petugas akan berundur satu langkah ke belakang untuk kembali ke tempat yang asal Pemimpin memberi nasihat/kata-kata perangsang, taklimat dan lain-lain kepada Trup. Pemimpin berkawad lalu berdiri di sebelah kiri tiang bendera, kemudian berteriak “SENANG DIRI!” Setelah selesai memberikan ucapan, pemimpin memberikan arahan“Trup... SEDIA!” “KELUAR... BARIS!” sebagai menandakan IstiadatMengibarkan Bendera selesai
Bendera sudah siap diikat pada tali tiang bendera pada awal pagi oleh Patrol Bertugas Seperti mana Istiadat Mengibarkan Bendera, Istiadat Menaikkan Bendera juga diadakan pada setiap pagi dan hanya dilaksanakan oleh Unit Pengakap Muda, Unit Pengakap Remaja dan Unit Pengakap Kelana. Kebiasaannya selepas diadakan Istiadat Pemeriksaan Pagi Trup atau kumpulan pengakap berada di hadapan tiang bendera, sama ada dalam bentuk ladam kuda atau berbaris di hadapan tiang bendera mengikut Patrol. C.Prosedur Pelaksanaan Istiadat Menaikkan Bendera (PM/PR/PK):