MMMEEERRRDDDEEEKKKAAA!!!
31OG19O5S7 TOKOH
KEMERDEKAAN
MALAYSIA
Biodata diri
NAMA : HUSNA ALEEYA BINTI HUSLIZAIN
UMUR : 12 TAHUN
KELAS : 6 ANGGERIK
TEMPAT LAHIR : 14 OGOS 2009
MATA PELAJARAN : BAHASA MELAYU
GURU : PUAN SHAHIZA BINTI ISMAIL
Penghargaan
TERLEBIH DAHULU SAYA INGIN MENGUCAPKAN
KESYUKURAN KEPADA ALLAH S.W.T KERANA TELAH
MENGURNIAKAN SAYA KESIHATAN DAN PETUNJUK
UNTUK MENYIAPKAN FOLIO INI DENGAN SEMPURNA.
HASIL KERJA INI ADALAH ATAS BANTUAN DARI
PELBAGAI PIHAK. MEREKA YANG DIMAKSUDKAN IALAH
IBU BAPA SAYA YANG MEMBANTU DALAM MENYIAPKAN
TUGAS INI. DALAM KESEMPATAN INI SAYA JUGA INGIN
MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA GURU
BAHASA MELAYU SAYA PUAN SHAHIZA BINTI ISMAIL
KERANA BANYAK MEMBIMBING DALAM MENYIAPKAN
KERJA FOLIO INI. AKHIR SEKALI, SAYA DAPAT
MEMPELAJARI BANYAK ILMU PENGETAHUAN
SEPANJANG SAYA BELAJAR DI SEKOLAH INI IAITU
SEKOLAH KEBANGSAAN BANDAR LAGUNA MERBOK.
Pengenalan
Negara Malaysia ini mencapai Kemerdekaan
setelah melalui suatu proses yang panjang.
Pengalaman Negara dijajah oleh beberapa kuasa
asing selama beratus-ratus tahun menjadikan
semangat sebahagian besar rakyat tanah air
untuk memiliki Negara sendiri yang berdaulat
kian menebal. Oleh itu, semangat dan kesedaran
ini mula disalurkan melalui pelbagai cabang
sehingga berjaya memberi kesedaran secara
menyeluruh kepada rakyat.
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj
Beliau memainkan peranan penting dalam usaha membebaskan
Negara daripada belenggu penjajah tanpa pertumpahan darah pada
1957 dan pembentukan Malaysia pada 1963. Beliau telah membawa
pelbagai perubahan kepada Malaysia dengan membentuk strategi
pembangunan jangka panjang bagi tempoh lima tahun bermula
dengan Rancangan Malaysia Pertama 1956 hingga 1960 dan
Rancangan Malaysia Kedua 1961 hingga 1965. Tunku Abdul Rahman
juga telah membawa Malaysia ke arena antarabangsa dengan
menubuhkan Pertubuhan Asia Tenggara (ASA) pada 1961 yang kini
dikenali sebagai ASEAN.
Dato Bahaman
Dato Bahaman ialah anak kepada Tuanku Imam Nuh yang berasal dari
Kota Raja, Acheh, dan Rokiah Abdul Rahman, anak perempuan Tok Setia
Perkasa Semantan. Seorang yang pandai bersilat dan mempunyai ilmu
kebal, kelebihan ini telah menyebabkan Bahaman digelarkan 'Seman Tahan'
oleh penduduk di sekitar kawasan itu sehingga sungai yang tidak bernama
ketika itu diberi nama Sungai Seman Tahan dan seterusnya menjadi
tempat persinggahan British. Beberapa versi tentang tempat kelahiran
Dato' Bahaman, antaranya beliau berasal dari Acheh. Terdapat juga versi
mengatakan beliau berasal dari Kampung Rantau Panjang di Lanchang.
Pada hari ini, terdapat sebuah sekolah yang dinamakan SMK Datuk
Bahaman di Lanchang. Dato’ Bahaman juga dikatakan pernah menjadi anak
angkat kepada Bendahara Ali dan menjadi rakan sepermainan kepada
Sultan Ahmad ketika mudanya. Apabila Sultan Ahmad menaiki takhta,
Dato’ Bahaman terus menabur bakti kepada tanah airnya.
Dol Said
Beliau dilahirkan dalam tahun 1733. Beliau berasal daripada suku
Semelenggang dan dilantik menjadi Penghulu Naning pada tahun 1799.
Beliau tidak bersetuju Naning diletakkan di bawah wilayah British yang
menjadi takluknya. Beliau dan pengikut-pengikutnya dikalahkan oleh
British dan dibawa ke Melaka. Dari sudut sejarah penentangan ini
merupakan penentangan yang paling awal di Tanah Melayu iaitu berlaku
dalam tahun 1831. Selepas Dol Said menyerahkan diri, kerajaan British
telah memberinya pencen sebanyak 200 rupee sebulan. Beliau telah
membeli sebidang tanah untuk mengusahakan tanaman padi di samping
melibatkan diri dalam perubatan. Beliau telah berjaya menghasilkan wang
yang mencukupi untuk memakai kasut, membeli sebuah kereta kuda dan
mengunakan khidmat tukang emas. Dol Said meninggal dunia pada awal
Ogos 1849 dan disemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning
bersebelahan Masjid Dato' Dol Said, Taboh Naning.
Mat Kilau
Nama diberi ialah Mat Kilau bin Imam Rasu. Beliau berasal daripada
Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan lahir pada tahun
1865. Atas dasar pungutan cukai yang menindas dan keangkuhan pihak
penjajah, Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersekutu berganding
bahu memulakan pemberontakkan ke atas pihak British. Pemberontakkan
itu menyebabkan pihak British telah menggelarkan beliau 'Ketua
Penderhaka'. Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh
Inggeris, maka terpaksalah Mat Kilau mengasingkan diri dan berpindah
dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bermastautin di Batu 5,
Jalan Kuantan-Gambang. Dalam bulan Disember 1969, Tuhan telah
menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu bernama Mohamad bin
Ibrahim, memperkenalkan dirinya yang sebenar. Pada hari Ahad 16 Ogos
kira-kira pukul 6.45 pagi, 10 hari selepas pengumuman terhadap beliau,
Mat Kilau meninggal dunia di rumahnya di Batu Lima, Paya Besar, Jalan
Kuantan–Gambang kerana keuzuran.
Yamtuan Antah
Yamtuan Antah ibni Almarhum Yamtuan Radin merupakan Yang di-Pertuan
Besar Negeri Sembilan yang keenam. Memerintah dari 1869 hingga 22
Oktober 1888 dan memperjuangkan Negeri Sembilan daripada dijajah oleh
British pada tahun 1876. Merupakan anakanda Yamtuan Radin dan
mempunyai anakanda yang memodenkan Negeri Sembilan iaitu Tuanku
Muhammad Shah. Kedatangan British itu seolah-olah mencabar kedaulatan
Seri Menanti lalu Yamtuan Antah mengerahkan pasukannya seramai kira-
kira 4000 orang supaya bersedia untuk menghadapi peperangan.
Kebangkitan Yamtuan Antah untuk mengusir penjajah itu turut mendapat
sokongan beberapa pembesar antaranya Datuk Siamang Gagap, Tunku
Besar Tampin, penduduk Rembau, Jelebu dan Johol. Selepas dua tahun
berundur ke Johor, akhirnya Yamtuan Antah kembali ke tanah airnya, Seri
Menanti. Beliau hanya sempat tinggal di bandar diraja itu hanya 11 tahun
apabila pada 1888 beliau meninggal dunia dan beliau dimakamkan di Seri
Menanti.
Mat Salleh
Datu Paduka Mohammad Salleh bin Datu Balu, lebih dikenali dengan mudah
sebagai Mat Salleh, merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam
penentangan terhadap penjajahan British di Sabah. Datu Paduka Mohammad
Salleh bin Datu Balu dilahirkan di Inanam, Sabah dan berketurunan Bajau-
Suluk. Beliau memang terkenal dengan sifat kepahlawanan dan keberanian
berperang. Beliau dikatakan pernah dilantik menjadi Wakil Kesultanan Sulu di
Sungai Sugut dan daerah Tambunan ialah sebahagian daripada daerah di
bawah kekuasaannya. Sebelum kedatangan British, beliau ialah seorang
pemimpin tempatan yang berpengaruh. Kepimpinan beliau meliputi kekuasaan
terhadap sistem perdagangan dan ekonomi penduduk tempatan. Kesan
kedatangan British menyebabkan wilayah kesultanan Brunei semakin lama
semakin mengecil dan kesultanan Sulu ditamatkan atas dasar perjanjian yang
dimeterai dengan British.
Tok Janggut
Tok Janggut mendapat pendidikan di Mekah dan mahir bersilat. Tok
Janggut dikatakan ada pertalian dengan Sultan Muhammad IV yang
mana bonda baginda diriwayatkan ialah adik beradik ayah atau ibu Tok
Janggut. Ada riwayat menyatakan bahawa beliau ialah anak murid Tok
Ku Paloh. Selepas Perjanjian Inggeris-Siam 1909, pihak British mengambil
alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai
perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang
diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan tradisional
di negeri Kelantan .Pertempuran pada 24 Mei 1915, Tok Janggut terbunuh
dan jenazah beliau dibawa dan dikebumikan berhampiran Sungai Kelantan
yang kini dikenali sebagai Kampung Tok Janggut, Pasir Pekan.
Syarif Masahor
.Sebelum ketibaan James Brooke, beliau merupakan pemerintah
tempatan yang berkuasa dan pada masa lalu, seperti Datu Patinggi
Abdul Gapur, beliau amat berpengaruh dan dihormati kerana daya
tarikannya dalam menyatukan penduduk pelbagai kaum dan
kepercayaan dan juga lantaran keturunannya. Polisi pengembangan
James Brooke menimbulkan gangguan di kebanyakan tempat di
Borneo. Dalam perjanjian awal antara James Brooke dan Sultan
Brunei, Sarawak hanyalah jajahan yang menganjur dari Tanjung Datu
ke Sungai Maong. Wilayah Syarif adalah jauh dari kawasan yang
ditetapkan. Pencerobohan Brooke ke wilayah pemimpin tempatan
menyebabkan ramai pemimpin tempatan memberontak, termasuk
Syarif Masahor.Beliau meninggal pada tahun 1890 di Selangor.
Antanom
Nama sebenarnya Ontoros bin Endoi atau Antanom ialah pahlawan
Murut yang terkenal dan perkasa dari Borneo Utara, Malaysia yang
menurut sejarah lisan tempatan didakwa memiliki kuasa sakti. Oleh itu,
dia telah menerima sokongan daripada ketua dan penduduk dari
kampung sekitar Keningau, Tenom, Pensiangan dan Rundum lalu
mendorong kepada kebangkitan Rundum menentang Syarikat Borneo
Utara British. Pada bulan April 1915, SBUB menghantar 400 orang
tentera menyerang kubu Antanom di Sungai Selangit. Beliau dan
pengikutnya terkorban semasa mempertahankan Rundum. Pertempuran
berlangsung selama enam minggu. Penentangan ini dikenali sebagai
Kebangkitan Rundum.
Dato Maharaja Lela
Beliau merupakan seorang pembesar delapan Perak dan
berketurunan Daeng Salili. Beliau mengetuai penduduk
tempatan menentang British. Penentangan dibuat setelah
residennya memungkiri perjanjian Pangkor 1874. Beliau
mengarahkan Seputum untuk membunuh J.W.W.Birch di
Sungai Perak, Pasir Salak. Beliau, Dato' Sagor, Seputu, dan
Pandak Indut dijatuhi hukuman gantung oleh raja dan
bangsanya sendiri. Sultan Abdullah, Menteri Ngah Ibrahim,
Syahbandar dan Laksamana pula dibuang negeri ke Pulau
Seychelles.
Kesimpulan
Kita hendaklah menghargai
jasa dan pengorbanan tokoh
tokoh kemerdekaan yang
terdahulu yang mencurah
bakti dan keringat untuk
memerdekakan negara kita
daripada penjajah. Kita juga
perlu menerapkan semangat
patriotisme dalam diri kita.
Sekian, Terima
Kasih❤