T4B9 : LATIHAN MENJAWAB SOALAN ESEI
SEJARAH KERTAS 2 BAHAGIAN B
1 ) Gambar di bawah menunjukkan, peristiwa pengisytiharan tarikh
kemerdekaan oleh Tunku Abdul Rahman sebaik sahaja tiba dari
London di Banda Hilir, Melaka.
Mengapakah tarikh kemerdekaan ini penting kepada rakyat
negara kita? (8 markah)
JAWAPAN 1 :
Hari Kemerdekaan Malaysia, juga dikenali sebagai Hari Kebangsaan atau 'Hari Merdeka'
dalam bahasa Melayu disambut pada 31 Ogos dan memperingati Deklarasi
Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Ia ditakrifkan dalam Perkara 160
Perlembagaan Malaysia sebagai hari kemerdekaan rasmi ketika ia memperoleh
kebebasan dari pentadbiran kolonial Inggeris. Biasanya, sambutan bermula dari awal
bulan Ogos dengan pelbagai program dan pertandingan kebangsaan. Oleh kerana
perayaan itu, bulan Ogos juga dikenali sebagai Bulan Kebangsaan. Hari Kemerdekaan
adalah penting kerana memperingati keberanian dan semangat pejuang kemerdekaan
yang memperjuangkan kemerdekaan negara dari pemerintahan Inggeris. Hari ini diiktiraf
sebagai kebanggaan dan kehormatan nasional, dengan Perdana Menteri mengibarkan
bendera dan memberi ucapan kepada negara dari Benteng Merah setiap tahun.
JAWAPAN 2:
31 Ogos 1957, tarikh yang amat bermakna buat rakyat Malaysia kerana pada
64 tahun yang lalu, Malaysia mencapai merdeka tanda bebas daripada
campur tangan kuasa luar dan asing. Waktu itu juga telah menjadi titik tolak
pembentukan negeri-negeri Melayu Bersekutu seperti Pulau Pinang dan
Melaka untuk membentuk sebuah persekutuan, dan sekarang menjadi 14
buah negeri.
Tarikh ini juga telah mengajar erti bebas dan juga erti bersyukur kerana kita
tidak perlu bersusah payah menanggung kesakitan berperang untuk
keharmonian sesuatu negara, malah dilayan seperti raja. Tarikh ini juga
mempunyai nilai sentimental yang tersendiri bagi rakyat Malaysia.
JAWAPAN 3 :
Tarikh kemerdekaan ini penting kepada rakyat negara kita kerana ia
merupakan tarikh rasminya merdeka setelah pelbagai penggubalan
perlembagaan persekutuan Tanah Melayu dilaksanakan. Hal ini
dipersetujui oleh pelbagai pihak, negara kita mencapai kemerdekaan
dengan membentuk negara yang maju dan harmoni.
JAWAPAN 4 :
Tarikh kemerdekaan ini penting kepada rakyat di negara kita.Hal ini kerana,Ia dapat
menyuarakan hasrat untuk memastikan kedudukan semua pihak terjamin di negara
ini.Selain itu,tarikh kemerdekaan juga penting membina azam atau perjuangan baharu
untuk negara baharu akan bermula selepas tarikh kemerdekaan diumumkan kelak.
Seterusnya,tarikh kemerdekaan penting untuk merangka strategi.Di samping itu,Ia
dapat menunjukkan kejayaan perjuangan pemimpin.Sehubungan itu,Ia dapat merangka
upacara untuk meraikan detik kemerdekaan kelak.Tambahan pula,tarikh kemerdekaan
penting untuk rakyat mulai menampakan hasil.Akhir sekali,Ia dapat membantu dalam
perkembangan dan kemajuan negara.Tuntasnya,dapat menjamin hidup yang harmoni.
PENAMBAHBAIKAN JAWAPAN 4 :
Tarikh kemerdekaan ini penting kepada rakyat di negara kita kerana ia merupakan
langkah bermulanya perjuangan baharu bagi negara kita yang baharu. Dengan ini
kedudukan semua pihak terjamin di negara sendiri. Contohnya kedudukan Raja-raja
Melayu, hak istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum lain dilindungi.
Seterusnya, tarikh kemerdekaan penting untuk merangka strategi dalam
membangunkan negara. Hal ini menunjukkan kejayaan perjuangan pemimpin yang
mengamalkan pemuafakatan dalam mencapai matlamat negara. Kesimpulannya
melalui sifat terbuka inilah menjadikan tarikh ini penting terpahat dalam sejarah
pembinaan negara bangsa kita Malaysia.
JAWAPAN 5:
Tarikh kemerdekaaan ini penting kepada rakyat kerana Perlembagaan telah diluluskan
oleh Majlis Perundangan Persekutuan. Perlembagaan yang membincangkan hal
kewarganegaraan dan kedudukan istemewa orang Melayu telah menarik minat rakyat
berkumpul untuk menunjukkan rasa syukur kerana telah pertimbangkan memorandum
mereka. Hal ini akan dapat menjalinkan hubungan yang teguh antara pemimpin dan
rakyat. Dengan ini dapat menimbulkan rasa hormat antara rakyat dan pemimpin.
Selain itu, atas keterbukaan menerima pandangan orang awam dan pelbagai pihak
menjadikan rakyat memandang tinggi kepada langkah penggubalan ini. Hal ini
membawa kepada keteguhan ikatan hubungan rakyat. Tuntasnya, dasar Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu dapat menstabilkan negara sejurus mengharmoni
JAWAPAN 6:
Tarikh kemerdekaan ini penting kepada rakyat negara kita kerana
sebagai tanda negara menuju ke arah berkerajaan sendiri . Contohnya
dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu . Hal ini dapat secara
tidak langsung memupuk perpaduan dan kerjasama antara kaum .
Dengan ini , negara kita akan bersifat berdikari tanpa sebarang bantuan
daripada orang luar . Selain itu , dapat menghargai jasa dan pengorbanan
tokoh terdahulu yang berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan di
negara kita . Seperti mendidik generasi yang akan datang tentang
sejarah negara kita . Hal ini dapat meningkatkan kualiti nasionalisme
kepada rakyat dan generasi yang akan datang . Oleh itu , sejarah negara
kita haruslah dikekalkan supaya tidak lapuk dek zaman
JAWAPAN 7:
Pengisythiharan tarikh kemerdekaan penting kepada rakyat negara kita kerana ianya
merupakan tanda untuk mencapai kemerdekaan.Ianya sebagai tempat berhenti setelah
perjuangan yang lama oleh semua tokoh kemerdekaan. Selain itu, ianya penting kerana negara
kita akan mula ditadbir oleh rakyat sendiri.Kebergantungan terhadap kuasa luar akan
dihilangkan secara beransur-ansur dan diambil alih oleh rakyat kita.
Seterusnya, tarikh kemerdekaan penting kerana akan menjadi satu penanda dalam sejarah
pembentukan negara yang akan dikenang sehingga generasi akan datang.Tarikh ini juga akan
disambut setiap tahun sebagai tanda negara kita yang bebas dan merdeka. AKhir sekali, ianya
penting kerana rakyat akan bebas dan tidak dikekang oleh penguasaan barat lagi.Rakyat akan
bebas daripada pelbagai cukai yang dikenakan oleh penjajah
JAWAPAN 8 :
Tarikh kemerdekaan penting kerana tarikh ini merupakan tarikh di mana rakyat
negara kita bebas daripada penjajah. Ini bermaksud kita tidak lagi dijajah atau
dikuasai oleh orang lain. Sebagai contoh, kita boleh membuat keputusan tanpa
memerlukan kebenaran daripada pihak penjajah. Oleh itu, kita dapat memajukan
negara kita dengan cara kita sendiri.
Seterusnya, tarikh kemerdekaan juga penting kerana untuk mengenang jasa
pemimpin kita yang berjuang untuk memberikan kemerdekaan kepada negara. Hal
ini demikian kerana pemimpin negara dahulu sanggup berkorban diri pergi ke
London untuk memohon kemerdekaan daripada British. Ini memberi kesan yang
baik kepada negara kita kerana permohonan kemerdekaan diterima. Oleh itu, negara
kita dapat hidup dengan lebih harmoni.
JAWAPAN 9:
Tarikh kemerdekaan ini penting kepada rakyat negara kita. Peristiwa ini
mengenang jasa perjuangan tokoh-tokoh tempatan untuk membebaskan
negara daripada penjajahan. Seterusnya, dapat dijadikan iktibar dan
pengajaran kepada rakyat negara kita. Dengan ini, rakyat akan lebih
menghargai erti sebenar kemerdekaan negara.
Selain itu, mengukuhkan perpaduan bangsa melalui identiti negara yang satu
kerana sikap kompromi antara masyarakat. Justeru itu, kita dapat
mewujudkan keharmonian dalam proses bersosialisasi. Tuntasnya, negara
dan bangsa akan disegani serta dipandang tinggi di persada dunia.
JAWAPAN 10 :
Tarikh kemerdekaan ini penting kepada rakyat negara kita adalah kerana ia
merupakan lembaran baharu negara kita. Hal ini menjadikan negara kita
bebas daripada penjajahan. Ini menunjukkan bahawa kita mampu
berkerajaan sendiri. Kesannya negara kita akan menjadi sebuah negara yang
berdaulat.
Selain itu , pengisytiharan tarikh kemerdekaan ini adalah lambang kejayaan
sifat pemuafakatan pelbagai kaum. Hal ini menunjukkan bahawa kita boleh
berkongsi kuasa. Ini merupakan langkah bagi mengukuhkan perpaduan
negara. Kesannya negara akan menjadi harmoni.
JAWAPAN 11 :
Tarikh kemerdekaan penting kepada rakyat negara kita kerana untuk memperingati
kejayaaan perjuangan pemimpin dan rakyat. Hal ini kerana pemimpin dan rakyat
dahulu saling bekerjasama untuk menjadikan negara kita tidak akan dijajah oleh
kuasa luar.Kesannya,negara kita menjadi lebih aman dan harmoni.Dengan ini dapat
membuat negara kita akan mendapat pandangan yang tinggi oleh negara lain.
Selain itu, dapat membina azam atau perjuangan baharu untuk negara .Hal ini kerana
kewujudan tarikh kemerdekaan telah melahirkan sesuatu matlamat kepada rakyat
iaitu azam untuk mempertahankan tarikh kemerdekaan itu.Kesimpulannya,sebagai
rakyat Malaysia kita wajarlah berjuang untuk mejaga keamanan negara kerana
kemerdekaan bukanlah sesuatu yang mudah untuk didapati.
JAWAPAN 12 :
Tarikh kemerdekaan ini penting kepada rakyat kita kerana tarikh ini menjadi titik
permulaan negara kita yang bebas daripada penjajah.Hal ini untuk memperingatkan kita
tentang para pejuang kemerdekaan yang berhempas pulas untuk menjadikan negara kita
merdeka.Kesannya,rakyat dan pemimpin perlu menunjukkan sifat patriotik dalam diri
sejak dari kecil.Oleh itu,negara akan menjadi harmoni dan menjadi negara yang bersatu
padu.
Selain itu, dapat dijadikan sebagai penanda aras untuk negara menjadi lebih progesif.
Pemimpin dan rakyat perlu bekerjasama untuk memajukan negara kita daripada pelbagai
aspek seperti ekonomi,sosioekonomi dan banyak lagi. Kesannya negara kita akan
dipandang tinggi oleh negara lain.Kesimpulannya,tarikh ini amat penting kepada rakyat
kerana kisah disebalik susah payah rakyat dan pemimpin kita untuk mengecapi
kemerdekaan.
1 ) Gambar menunjukkan, pengisytiharan tarikh kemerdekaan oleh
Tunku Abdul Rahman sebaik sahaja tiba dari London di Banda Hilir,
Melaka.
Mengapakah tarikh kemerdekaan ini penting kepada rakyat negara
kita? (8 markah)
1 ) Tarikh kemerdekaan ini penting kepada rakyat
negara kita adalah kerana ia merupakan lembaran PANDUAN JAWAPAN ISI 1:
baharu sejarah negara kita. Hal ini menjadikan • Lembaran sejarah
negara kita bebas dari penjajahan. Hal ini juga baharu
• Bebas
menunjukkan kita mampu berkerajaan sendiri • Berkerajaan sendiri
dengan identiti tersendiri. Kesannya kita menjadi • Negara berdaulat
sebuah negara yang berdaulat.
Selain itu tarikh kemerdekaan ini menjadi lambang
kejayaan sifat pemuafakatan pelbagai kaum. Hal ini PANDUAN JAWAPAN ISI 2:
menunjukkan kita boleh berkongsi kuasa dalam • kejayaan
mentadbir negara. Di samping itu, hal ini
merupakan satu langkah mengukuhkan perpaduan pemuafakatan
negara. Kesannya dapat mewujudkan negara yang • berkongsi kuasa
harmoni. • langkah mengukuh
perpaduan
• keharmonian
(8 markah)
TAHNIAH DAN TERIMA KASIH
KERANA ANDA BERUSAHA MENJAWAB
SOALAN LATIHAN ESEI KERTAS 2 (BAB 9)
EMIRA ADRIANA BINTI SAZALI MOHAMMAD SULTAN ALBANY BIN HUSNUL AFIF
HARITH NAZRIN BIN KHAIRUL NAZMIE DANISYA DANIA BINTI MOHD SYARIFFUDDIN
NURRUL NAJMA AQEELAH BINTI MOHD ROSDI SAIYIDATUL RAHMAH BINTI SHAMSUL HADI
ALYSSA BINTI MUHAMMAD HAFIDZ SHARANYA A/P VALACHANSAMY
GHAAYATTRI A/P GOPAL MUHAMMAD FAIZAL HARIS BIN AIDI
NURDAMIA BATRISYIA BINTI ASHRAF ZUWAIRI AISYAH NURSHAHIDA BINTI MUSTAFA KAMAL