MESYUARAT AJK PIBG BIL.03 SESI 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BERNAM Tarikh : 3 Mei 2024 (Jumaat) Masa : 09.00 Pagi. Tempat : Bilik Gerakan SK. Ulu Bernam Agenda Mesyuarat : 1. Ucapan Pengerusi 2. Ucapan Penasihat 3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.(2) 2023/2024 4. Perkara berbangkit 5. Pembentangan Laporan Kewangan PIBG 6. Laporan Aktiviti Tahunan PIBG 7. Mesyuarat Agung PIBG SKUB 2024/2025 8. Hal-hal lain
MINIT MESYUARAT AJK PIBG BIL.02 SESI 2023/2024 SEKOLAH KEBANGSAAN ULU BERNAM TARIKH : 19 Januari 2024 (Jumaat) MASA : 9.00 Pagi TEMPAT : Bilik Gerakan, SK Ulu Bernam KEHADIRAN: 1. En. Abdul Hamid Bin Abdul Manaf (Penasihat PIBG) 2. En. Anuar Bin Yazid (YDP PIBG) 3. En. Muhamad Hairol Nizam Bin Abd Aziz (Naib YDP PIBG) 4. En. Mat Nawi Bin Kadir (SU PIBG) 5. En. Mohd Syafiq Bin Mohd Ghause (Naib SU PIBG) 6. En. Mohamad Azri Bin Ma’on 7. En. Mohd Hafiz Bin Ab Roni 8. Pn. Nor Asikin Binti Mustafa 9. Pn. Nur Adibah Binti Ahmad Zamri 10. En. Zulkifli Bin Abdullah 11. Pn. Siti Zuluiha Binti Ithnin 12. Pn. Suzana Binti Husin 13. Pn. Noor Idayu Akmal Binti Abu 14. Pn. Nur Aznida Binti Suradi TURUT HADIR: 1. En. Muhamad Azri Bin Abd Rahman TIDAK HADIR: 1. En. Muhammad Ridzamir Bin Ridzuddin (Bendahari PIBG) 2. Pn. Rozaima A/P Bah Peri 3. Pn. Dayang A/P Ah Phong 4. Pn. Neela A/P Indran 5. En. Loganathan A/L Veerasamy 6. Mohd Fadzlur Rahman Bin Armain
AGENDA MESYUARAT: 1. Ucapan Pengerusi 2. Ucapan Penasihat 3. Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Bil.1 sesi 2023/2024 4. Perkara berbangkit 5. Pembentangan Laporan Kewangan PIBG 6. Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah 7. Gotong-royong Madani 8. Majlis Persaraan En. Nahar bin Noordin dan En. Samsul Kamal bin Nopiah 9. Hal-hal lain 1. UCAPAN PENGERUSI 1.1. Ucapan alu-aluan daripada pengerusi. 1.2. Pengerusi PIBG En. Anuar bin Yazid mengucapkan terima kasih kepada semua AJK kerana dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat kali ini. 1.3. Beliau memaklumkan banyak perkara penting untuk dibincangkan dalam mesyuarat pada kali ini. Tindakan: Makluman 2. UCAPAN PENASIHAT 2.1. Ucapan alu-aluan daripada En. Abdul Hamid Bin Abdul Manaf (Guru Besar / Penasihat PIBG). 2.2. Ucapan terima kasih kepada semua AJK kerana dapat meluangkan masa untuk menghadiri mesyuarat pada kali ini. 2.3. Beliau berharap ahli jawatankuasa mempertingkatkan bekerjasama dalam menjayakan apa- apa program yang dirancang. Banyak program sekolah yang perlu dimaklumkan dan dipersetujui bersama. 2.4. Beliau menyatakan pilihan mengadakan mesyuarat pada waktu pagi Jumaat adalah bersesuaian kerana ramai AJK cuti bekerja pada hari tersebut. Tindakan: makluman
3. PEMBENTANGAN DAN PENGESAHAN MINIT MESYUARAT BIL.1 SESI 2023/2024 3.1. En. Mat Nawi bin Kadir, Setiausaha PIBG membentangkan minit Mesyuarat kali ke-1 sesi 2023/2024. 3.2. Puan Aznida mencadangkan Minit Mesyuarat Bil.1 sesi 2023/2024 disahkan, Puan Suzana menyokong cadangan tersebut. Tindakan: Setiausaha 4. PERKARA BERBANGKIT 4.1. Pembetulan pada perkara 3.1 Minit Mesyuarat Jawatankuasa PIBG Bil.1/2024, Encik Muhamad Azri Bin Abd Rahman telah membentangkan kertas kerja Kejohanan Balapan dan Padang 2023. Tindakan: Makluman 5. PEMBENTANGAN LAPORAN KEWANGAN PIBG 5.1. En. Mat Nawi Bin Kadir membentangkan laporan kewangan PIBG menggantikan En. Muhammad Ridzamir Bin Ridzuddin, Bendahari PIBG kerana tidak dapat hadir mesyuarat. 5.2 En. Mohd Hafiz Bin Ab Roni mencadangkan laporan kewangan PIBG disahkan, Encik Muhamad Hairol Nizam menyokong cadangan tersebut. Tindakan: Bendahari 6. MAJLIS HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SEKOLAH 6.1 En. Mat Nawi Bin Kadir membentangkan kertas Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah. 6.2 AJK sebulat suara bersetuju menggunakan dana PIBG RM1000.00 untuk melaksanakan program Majllis Hari Anugerah Kecemerlangan Sekolah. 6.3 En. Muhamad Azri Bin Abd Rahman mencadangkan agar diakan sesi bergambar bagi penerima anugerah kecemerlangan dan dikenakan bayaran sebanyak RM10.00. Duit tersebut dibahagikan kepada tabung Kelab Staf dan PIBG.
6.4 En. Abdul Hamid Bin Abdul Manaf menyarankan AJK mencari sumbangan daripada mana-mana pihak bagi menampung kos perbelanjaan program tersebut. Tindakan: Makluman 7. GOTONG-ROYONG MADANI 7.1 Pn. Nur Adibah Binti Ahmad Zamri membentangkan Gotong-royong Madani 7.2 Beliau memaklumkan sumbangan Program Gotong-royong Madani sebanyak RM5000.00. 7.3 Tarikh pelaksanaan Program Gotong-royong Madani bagi fasa pertama diadakan pada 27.1.2024 manakala fasa kedua akan ditetapkan kemudian. 7.4 Guru Besar menjelaskan bahawa Gotong-royong Madani hanya melibatkan 50 orang sahaja yang terdiri daripada guru, AJK PIBG dan pekerja Swasta sekolah. Tindakan: Makluman 8. MAJLIS PERSARAAN EN. NAHAR BIN NOORDIN DAN EN. SAMSUL KAMAL BIN NOPIAH 8.1 En. Muhamad Azri Bin Abd Rahman membentangkan kertas kerja Majlis Persaraan En. Nahar Bin Noordin Dan En. Samsul Kamal Bin Nopiah 8.2 Beliau menyarankan PIBG menyumbang sebanyak RM400.00 untuk Majlis Persaraan tersebut dan semua AJK bersetuju. 8.3 Pn. Rahayu mencadangkan sewaan pelamin pentas boleh disewa dengan harga RM150 dan ia boleh mengurangkan kos perbelanjaan majlis. Tindakan: Makluman 9. HAL-HAL LAIN. 9.1 Guru Besar memaklumkan kutipan bayaran RM 5 untuk pembelian kerusi perhimpunan akan dijumlahkan bersama dengan bayaran yuran sekolah. 9.2 Guru Besar mencadangkan pada tahun ini mengadakan Hari Kantin Sekolah dan Piala Tok Sudin. Tindakan: Makluman
PENANGGUHAN Pengerusi mengucapkan terima kasih dan berharap semua AJK PIBG dapat membawa PIBG lebih maju dan bergerak aktif dalam membantu pihak sekolah. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.00 pagi
AKTIVITI TAHUNAN PENGLIBATAN PIBG SESI 2023/2024 BIL PROGRAM TARIKH 1 Kejohanan Balapan & Padang Sekolah 13 Ogos 2023 2 Majlis Persaraan Pn. Shaharah Binti Mohd Dom 18 Ogos 2023 3 Gotong-royong Madani Sesi I 27 Januari 2024 4 Gotong-royong Madani Sesi II Mei @ Jun 2024 5 Majlis Persaraan En. Nahar bin Noordin dan En. Samsul Kamal bin Nopiah 8 Januari 2024 6 Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi Prasekolah 31 Januari 2024 7 Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 19 April 2024