KERTAS KERJA KEM IBADAH PRASEKOLAH 2020
SK KUBANG GAJAH, ARAU, PERLIS
PENDAHULUAN
Ibadah solat merupakan ibadah utama bagi seseorang muslim. Dengan kesedaran ini maka
pihak Prasekolah SK Kubang Gajah telah merancang untuk melaksanakan kem ibadah
untuk semua murid prasekolah SK Kubang Gajah tahun 2020. Kem ini memfokuskan
kepada amali dan cara yang betul untuk berwuduk dan bersolat.
Secara khususnya, program ini merupakan satu usaha penting untuk memperkasakan
amalan wuduk dan solat untuk murid-murid yang masih kurang menguasai dalam
melaksanakan perkara fardhu ain.
Penghayatan amali wuduk dan solat yang betul dan berkesan memungkinkan murid-murid
akan lebih yakin dan mantap segi rohani, jasmani dan intelek dalam penghayatan secara
berterusan.
OBJEKTIF
1. Memenuhi Standard Kurikulum Prasekolah Bahagian Pendidikan Islam fokus
kepada PI 3.0 (ibadah) dimana standard pembelajaran yang membolehkan
murid boleh melakukan ibadat yang menjurus kepada cara berwuduk dan
solat yang betul.
2. Menarik minat murid-murid terhadap amalan solat melalui pemantapan cara
berwuduk dan solat
3. Meningkatkan keupayaan murid agar dapat melaksanakan wuduk dan solat
dengan sempurna dan betul.
MATLAMAT
1. Mengembangkan daya saing yang positif di kalangan murid Islam disamping
merapatkan ukhwah islamiyyah sesama mereka.
2. Memantapkan keyakinan murid-murid tentang amalan fardhu iaitu solat dan
berwuduk.
3. Menyakinkan murid-murid tentang kewajipan solat lima waktu melalui kaedah
berwuduk dan solat dengan betul.
KUMPULAN SASARAN
Murid Islam Prasekolah (4+ dan 5+) = 47 Orang
TARIKH : 12 Mac 2020 (Khamis)
TEMPAT PERLAKSANAAN : Surau SK Kubang Gajah.
JAWATANKUASA
JAWATANKUASA PENYELARAS PROGRAM
En. Mazlan Bin Abu Bakar
Guru Besar SKKG
Pengerusi : Tn. Syed Nizamuddin
GPK Kurikulum
Naib Pengerusi 1: Pn. Murniyati Binti Ramli
GPK Hal Ehwal Murid
Naib Pengerusi 2: Pn. Ruslina Binti Senawi
GPK KoKurikulum
Penyelaras Prasekolah : Nurulhuda Binti Baharudin
Setiausaha / Bandahari : Pn Diwi Yana Binti Salim
AJK :
Pn. Nurulhuda Binti Baharudin : Sijil fasilitator / backdrop
Pn. Diwi Yana Binti Salim : Dokumentasi
En. Ahmad Fuad Bin Ayob : Penceramah / Fasilitator
Pn. Hasmawati Binti Hassan : Pengacara Majlis / Fasilitator
Pn. Noor Suhana Azila : Fasilitator
Pn. Hasni Binti Hashim : Kawalan murid / peralatan berkaitan
Pn. Fazlinda Binti Jusoh : Kawalan murid / makanan murid, guru,
jemputan)
CADANGAN ATURCARA PROGRAM
7.45 PAGI – Guru dan PPM bersedia untuk menyambut kedatangan murid.
8.00 PAGI – Sarapan pagi.
8.15 PAGI - Murid bergerak ke surau.
8.30 PAGI – Murid melaksanakan Perbualan awal pagi bersama guru agama.
8.40 PAGI – Pembahagian kumpulan oleh guru prasekolah (3 kumpulan).
9.00 PAGI – Ceramah teori wuduk dan solat oleh Ustaz Ahmad Fuad Bin Ayob.
(modul disediakan oleh penceramah berdasarkan KSPK)
9.45 PAGI – Rehat / Kudapan.
10.15 PAGI – Aktiviti kumpulan bersama fasilitator (3 kumpulan).
(disediakan oleh fasilitator berdasarkan KSPK).
11.15 PAGI – Ucapan penutup / penyampaian sijil dan cenderamata kepada
fasilitator dan murid oleh VIP jemputan (JPN/GB).
12.00 TGH – Murid pulang.
Jamuan VIP.
ANGGARAN PERBELANJAAN
Bil Butiran Sumber Anggaran Jumlah
1. Makanan Murid Perkapita makanan RM 2.00 x 47 RM 94.00
prasekolah
2. Makanan VIP dan Sumbangan RM 2.10 x 47 RM 98.70
Fasilitator RM 192.70
Perkapita Kokurikulum
3. Hadiah murid prasekolah
PENUTUP
Semoga pelaksanaan kem ibadah ini dapat memberi kesan positif kepada semua murid
prasekolah dalam meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk
melaksanakan perkara fardhu ain dalam kehidupan seharian mereka. Akhirnya, semoga
segala gerak kerja yang dilaksanakan mendapat keredhaan dan keberkatan Allah S.W.T.
Disediakan Oleh: Disemak Oleh: Disahkan Oleh:
……………………………….
…………………………… ………………………………
(Pn. Diwi Yana Bt Salim) (Pn. Nurulhuda Baharudin)
Setiausaha / Bendahari
Prasekolah SKKG 2020 Penyelaras Prasekolah
SKKG 2020