The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

PENCALONAN TOKOH NILAM PERINGKAT ZON PPDHL 2020 SMK JALAN BUKIT TIERNEY EVAN TEH AO YANG

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by norfadhilahidris, 2020-09-23 21:48:09

PENCALONAN TOKOH NILAM PERINGKAT ZON PPDHL 2020 SMK JALAN BUKIT

PENCALONAN TOKOH NILAM PERINGKAT ZON PPDHL 2020 SMK JALAN BUKIT TIERNEY EVAN TEH AO YANG

CERTIFIC
ATE

CERTIFIC
ATE



CERTIFIC
ATE

SIJIL KOKURIKULUM

CERTIFIC
ATE



CERTIFIC
ATE

CERTIFIC
ATE







CERTIFIC
ATE





SIJIL KOKURIKULUM

CERTIFIC
ATE



CERTIFIC
ATE

CERTIFIC
ATE



CERTIFIC
ATE

CERTIFIC
ATE

SIJIL KOKURIKULUM

CERTIFIC
ATE

NILAM

#PENCAPAIAN NILAM
#AKTIVITI GALAKAN MEMBACA
#RESENSI BUKU
#SIJIL-SIJIL NILAM

NILAM PENGIKTIRAFAN
perak
TAHUN
2017 2 dan 3 bintang
2018 4 bintang
2019 5 bintang
2020

KOMPOSISI BUKU YANG DIBACA

JENIS BUKU BILANGAN
BAHASA MELAYU 1100
BAHASA INGGERIS 714

KARYA AGUNG 15
JUMLAH BUKU 1829

AKTIVITI GALAKAN MEMBACA

1 2019 Pertandingan Scrabble Melayakkan Sekolah

Diri Ke

Peringkat

Akhir

2 2019 Pertandingan Public Tempat Sekolah

Speaking Bahasa Inggeris Keempat

3 2017 Pertandingan Choral Johan Daerah

Speaking MSSD

4 2017 Pertandingan Choral Naib Johan Negeri

Speaking MSSS

5 2017 Pertandingan Choral Konduktor Selangor

Speaking Smart Selangor Terbaik

6 2018 Pertandingan Choral Naib Johan Daerah

Speaking MSSD

7 2018 Pertandingan Choral Johan Kebangsaan

Speaking Anjuran MyCC

8 2018 Persembahan Choral Persembahan Kebangsaan

Speaking NIE The Star Khas Majlis

Penutup NIE

The Star

9 2019 Pertandingan Choral Tempat Daerah

Speaking MSSD Keempat

RESENSI BUKU 1

Landasan Kereta Api Maut

Pengarang : Sidang Pengarang
Penerbit : Pustaka Printis
Tahun Terbitan : 2009
Bil. Muka Surat : 180
Jenis Buku : Fiksyen

Buku ini bermula dengan askar-askar Jepun yang

menghantar tawanan-tawanan perang mereka ke sempadan
Thai-Burma untuk membina satu landasan kereta api yang
bertujuan menghantar kelengkapan perang ke Burma. Banyak
tawanan telah terkorban di sana termasuklah Mejar Andrew
yang telah ditangkap oleh askar Jepun selepas beliau
mengebom suatu jambatan. Bagi menuntut belanya, Sarjan
Ibrahim bersama pasukannya telah mengebom lagi sebuah
jabatan dan berjaya melarikan diri ke Negeri Thai dan Pahang
sehinggalah Jepun menyerah kalah. Masa kemudiannya
teleport ke masa Pak Mat Paijan berada di Malaysia. Beliau
merupakan seorang pekerja pembinaan asing yang berasal dari
Indonesia dan mempunyai 5 orang anak. Anak sulungnya
bernama Jamilah dan dia terpaksa tinggal bersama Cikgu
Haniza disebabkan oleh pelajaran dan cita-citanya untuk
menjadi seorang doktor. Pada suatu hari, rumah kongsi Pak
Mat Paijan berlaku kebakaran yang teruk. Isterinya, Puan
Sulastri yang ingatkan anak bongsunya berada di dalam rumah
menyuruh suaminya untuk menyelamatkan anak mereka.
Disebabkan itu, Pak Mat Paijan mati dibakar. Puan Sulastri
bersama anak-anaknya termasuklah Jamilah terpaksa pulang
ke Jawa Tengah. Jamilah selepas beberapa tahun telah pun
berjaya menjadi seorang doktor seperti yang dicita-citakannya.

RESENSI BUKU 1

Masa kemudiannya kembali ke zaman Portugis menyerang

Melaka. Ahmad tinggal di sebuah kampung yang aman bersama
keluarganya. Keadaan di Melaka tidak berubah sehinggalah suatu
hari di mana bunyi meriam telah muncul di negeri tersebut. Ayah
Ahmad terpaksa bergerak ke pelabuhan Melaka untuk
menentang askar Portugis yang ada di situ. Selepas beberapa
hari, Ahmad dan Jali meninggalkan kampung mereka secara
senyap-senyap untuk menyelamatkan ayah mereka. Setelah
mengharungi pelbagai rintangan, akhirnya ayah Ahmad dapat
diselamatkan. Selepas suatu waktu yang lama berperang,
akhirnya askar Melayu berjaya memaksa askar Portugis berundur
dari Melaka. Masa kemudiannya bergerak lagi ke kehidupan
seorang tokoh yang bernama Alexander Fleming. Beliau
mempunyai dua orang abang dan seorang kakak. Beliau juga
merupakan seorang yang amat cerdik. Alexander atas cadangan
ibunya telah bergerak ke London untuk melanjutnya pelajaran.
Setelah lama belajar, beliau telah berjaya menjadi seorang doktor
pada masa yang sama menyertai Jabatan Kaji Kuman di Hospital
St. Mary. Selepas seketika, WWI tercetus dan banyak askar mati
disebabkan jangkitan kuman. Disebabkan ini, Alexander telah
berusaha mencari ubat dan beliau berjaya menemui ubat
bernama penisilin secara tidak sengaja yang berjaya
menyelamatkan berjuta-juta orang.

RESENSI BUKU 1

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN BUKU INI

Buku ini merupakan sebuah buku yang amat menarik dan

berfaedah untuk dibaca oleh semua orang. Buku ini merangkumi
enam buah cerita yang menceritakan berkaitan perkara yang
berbeza seperti cerita berkaitan sejarah dan cerita berkaitan
kehidupan seseorang. Dengan ini, pembaca akan dapat
menambahkan ilmu pengetahuan sejarah mereka ataupun
mendapatkan motivasi daripada seseorang tokoh yang telah
memberi sumbangan yang amat besar bagi manusia. Ini akan
mendorong kepada seseorang itu untuk bekerja dengan lebih
keras lagi untuk mengejar cita-cita mereka. Walau
bagaimanapun, buku ini amat tebal kerana mengandungi 180
muka surat. Jadi, buku ini tidak sesuai kepada pembaca yang
hanya mempunyai sedikit masa ataupun tiada masa langsung
yang boleh digunakan untuk membaca.

PENUTUP

Secara keseluruhannya, buku ini amatlah sesuai dibaca untuk

semua golongan umur kerana bahasa yang digunakan dalam
buku ini mudah difahami. Buku ini juga amat tebal yang pastilah
menjadi satu pilihan yang baik kepada pembaca yang mempunyai
masa lapang yang banyak dan suka membaca. Plot buku ini pula
amatlah terus-terang yang dapat menyampaikan info yang
diperlukan kepada pembaca dalam masa yang pendek. Secara
ringkasnya, saya memberi buku ini 8.5/10.

RESENSI BUKU 2

ANGKASAWAN MALAYSIA DI ANGKASA

Pengarang : Muhamad Al Hafis Zakaria
Penerbit : Pustaka Minda Aktif
Tahun Terbitan : 2011
Bil. Muka Surat : 44
Jenis Buku : Bukan Fiksyen

Kajian terhadap astronomi oleh golongan Islam

telah pun berkembang dengan maju sejak 830 Masihi
lagi oleh al-Khawarizmi. Beliau telah berjaya menemui
satu kitaran jadual pergerakan matahari dan bulan serta
lima buah planet pada ketika itu. Semenjak itu, ramai
pakar astronomi Islam lain yang muncul seperti al-
Farghani. Selepas satu jangka masa yang sangat
panjang, akhirnya umat manusia berjaya menghantar
manusia ke angkasa dan mendarat di bulan pada tahun
1969. Tugas untuk menghantar angkasawan ke angkasa
bukanlah senang kerana kejuruteraan angkasa lepas
perlu dibangunkan terlebih dahulu disebabkan oleh
ruang angkasa yang mempunyai banyak unsur atau
elemen yang tidak sesuai dengan kehidupan manusia
seperti ketiadaan oksigen. Sebuah Stesen Angkasa
Antarabangsa (ISS) juga dibina untuk membolehkan
para angkasawan menjalani penyelidikan yang lebih
lama di angkasa.

RESENSI BUKU 2

Pada tahun 2003, tawaran telah dibuka untuk

menjadi angkasawan pertama Malaysia dan telah
mendapat reaksi yang amat baik kerana berjaya menarik
minat 11 275 orang selepas program angkasawan
diumumkan. Matlamat utama program tersebut adalah
untuk menarik minat golongan masyarakat akan
kepentingan menguasai ilmu berkaitan angkasa lepas.
Akhirnya, dua calon berjaya terpilih untuk menjalani
latihan dan dua orang calon tersebut masing-masing
merupakan Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Faiz. Sebelum
mereka terpilih, mereka telah menjalani pelbagai ujian
beserta saringan yang berbeza seperti Pemeriksaan
Perubatan Asas dan ujian sinar-X. Setelah keputusan
latihan dan pemeriksaan Dr. Sheikh Muszaphar dari setiap
aspek menepati kriteria seorang angkasawan, akhirnya
beliau telah berlepas ke angkasa pada tanggal malam 10
Oktober 2009. Di ISS, beliau bersama beberapa
angkasawan lain telah membuat beberapa penyelidikan
seperti penyelidikan mengenai mikrob, kajian terhadap
sel leukemia dan juga sel kanser hati.

Dari segi kaedah beribadat di angkasa,

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia buat pertama kalinya
telah menghasilkan sebuah buku kecil garis panduan
pelaksanaan ibadah di angkasa lepas. Garis panduan ini
mengandungi pelbagai aspek seperti waktu solat, arah
kiblat, cara berwuduk dan amalan berpuasa di angkasa.

RESENSI BUKU 2

Selain itu, kejayaan Dr. Sheikh Muszaphar Shukor berlepas ke
angkasa telah mendatangkan banyak faedah terhadap masyarakat

Malaysia itu sendiri. Antaranya termasuklah pertambahan minat

rakyat dalam menimba ilmu pengetahuan berkaitan angkasa. Beliau
juga telah menjadi ikon golongan muda yang merupakan satu tanda
yang baik bagi negara kita kerana ini membuktikan bahawa
terdapat penambahan bilangan rakyat yang menaruh minat
terhadap angkasa. Disebabkan ini juga, muncullah peluang yang
lebih besar pada masa hadapan untuk menghantar lebih lagi
angkasawan Malaysia ke angkasa lepas.

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN BUKU INI

Setelah buku ini habis dibaca, saya mendapati bahawa buku ini

amat menarik dan menerangkan setiap aspek berkaitan
angkasawan serta angkasa lepas dengan terperinci. Dengan
membaca buku ini, seseorang individu itu akan dapat mempelajari
banyak ilmu pengetahuan yang tidak akan diajar oleh guru di
sekolah. Menerusi buku ini juga dapat menanam semangat
patriotisme yang tinggi dalam kalangan pembaca kerana
penghantaran seorang angkasawan ke angkasa lepas bukanlah
sesuatu yang dapat dicapai oleh sesiapa dan merupakan suatu
perkara yang harus dibanggakan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Walaupun demikian, struktur ayat atau perkataan di dalam buku ini
mungkin akan menimbulkan keliruan pada sesetengah pihak kerana
terdapat pengulaan kata di sesetengah muka surat ataupun
pembinaan ayat yang sukar difahami.

RESENSI BUKU 2

PENUTUP

Pada keseluruhannya, buku ini merangkumi banyak ilmu

pengetahuan yang dapat dipelajari oleh para pembaca.
Bukan itu sahaja, terdapat glosari serta latihan kefahaman
di muka surat paling belakang untuk menambahkan
kefahaman pembaca berkaitan buku ini sekali gus
memudahkan pembaca untuk mencari maksud sesetengah
perkataan yang tidak biasa dijumpai. Kesannya, pembaca
akan dapat mengukuhkan bahasa kebangsaan kita iaitu
Bahasa Malaysia dalam proses pembacaan. Buku ini amat
sesuai dibaca oleh golongan remaja untuk menaikkan
semangat mereka dalam terus berusaha untuk mencapai
cita-cita mereka terutamanya kepada mereka yang ingin
menjadi seorang angkasawan pada masa hadapan. Sebagai
penutup, saya akan memberi buku ini 7/10

RESENSI BUKU 3

TIGA PEMUDA TAMAK

Pengarang : Nor Aziz
Penerbit : Edumark Distributors Tahun Terbitan : 2011
Bil. Muka Surat : 44 Jenis Buku : Fiksyen

Aina dan Sulaiman merupakan sepupu dan pada setiap

kali cuti panjang, mereka pasti akan pulang ke kampung
dengan gembira kerana ibu bapa mereka sentiasa sibuk
bekerja. Cuti sekolah pada kali itu adalah pada musim
buah dan Sulaiman beserta Aina sedang mengait buah-
buahan di sekeliling rumah datuk dan mereka. Mereka
mula bergaduh sehingga kedengaran oleh Mak Su Aisya.
Selepas beliau siap membasuh pinggan, beliau menuju ke
arah dua orang kanak-kanak itu dan mencadangkan untuk
bercerita agar dapat memberhentikan pergaduhan
mereka. Mereka lalu duduk di atas pangkin dan Mak Su
Aisyah pula memulakan ceritanya yang bertajuk ‘Nabi Isa
Dengan Tiga Pemuda Tamak’. Pada suatu hari, seorang
pemuda menegur Nabi dengan tiba-tiba yang
mengatakan bahawa mereka hanya memerlukan harta
kerana hanya harta yang boleh menjamin kebahagiaan
mereka bukannya agama. Nabi tidak bersetuju dengan
mereka tetapi telah memberikan mereka sekeping peta
harta karun.

RESENSI BUKU 3

Mak Su Aisyah kemudiannya berhenti untuk membancuh teh

serta menghidangkan pisang goreng. Selepas beberapa minit, Mak Su
Aisyah kembali semula untuk bersambung cerita. Ketiga-tiga pemuda
itu pula bersiap sedia untuk menjejaki harta karun itu. Harta karun itu
disimpan di sebuah gua yang tersembunyi di sebuah bukit yang
curam. Setelah mereka bertiga berusaha menghadapi pelbagai
rintangan tersebut, mereka berjaya sampai ke dalam gua itu.
Disebabkan ketamakan mereka, harta karun tersebut telah
dipindahkan sedikit demi sedikit ke sebuah rumah lama yang berada
di dalam hutan yang berhampiran dengan bukit tersebut. Seorang
daripada mereka itu mula kelaparan dan mereka bersetuju untuk
menghantar seorang untuk membeli makanan manakala dua orang
lagi menjaga harta karun tersebut di rumah lama itu. Salah seorang
daripada mereka pun bergerak untuk membeli makanan.

Semasa pemuda itu membeli makanan, dia telah

meletakkan racun ke dalam makanan tersebut agar dia dapat
menikmati harta kanun itu sendiri. Sebaik sahaja pemuda itu sampai
ke rumah lama itu, dua orang lagi pemuda telah memukul dia
sehinggalah mati. Rupa- rupanya dua orang pemuda itu juga berpakat
untuk membunuh pemuda yang membeli makanan itu supaya harta
kanun tersebut hanya akan dibahagikan kepada 2 orang.
Selepas mayat itu berjaya dicampakkan ke dalam perigi buta, maka
mereka pun mula makan makanan yang mengandungi racun itu lalu
mati akibat keracunan makanan. Ceritanya berakhir di situ dan Mak
Su Aisyah memberitahu mereka bahawa ketamakan hanya akan
membawa kerugian kepada seseorang serta akan membawa petaka
kepada kita. Mereka bertiga kemudiannya berbual-bual dan
seterusnya meneruskan aktiviti mereka masing-masing dengan
gembira.

RESENSI BUKU 3

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN BUKU INI

Setelah buku ini habis dibaca, fikiran pertama yang timbul di

minda saya ialah penggunaan kata atau perkataan di dalam buku ini.
Terdapat beberapa perkataan yang tidak biasa dijumpai dan ini
boleh membantu pembaca untuk mempelajari perkataan yang
baharu semasa membaca. Malangnya, buku ini tidak mempunyai
glosari untuk menerangkan maksud perkataan-perkataan yang lebih
complex tersebut. Kesannya, pembaca perlulah melayari Internet
atau merujuk kamus untuk mencari maksud sesetengah perkataan
tersebut. Nilai-nilai moral beserta pengajaran juga diterapkan ke
dalam buku ini secara tidak langsung menerusi cerita yang
diterangkan. Dengan ini, pastilah pembaca akan mempunyai fikiran
untuk menjadi seorang yang berakhlak mulia dalam kehidupan
sehariannya. Dalam kata pendek, buku ini dapat memantapkan
penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan pembaca sekaligus
menerapkan nilai-nilai murni dalam diri mereka.

PENUTUP

Tuntasnya, buku ini tidak terlalu tebal dan mudah dibaca oleh

semua orang kerana setiap perkataan di dalam buku ini agak besar
saiznya. Ini akan dapat memudahkan warga emas untuk membaca
buku tersebut terutamanya yang mempunyai masalah penglihatan.
Plot buku ini juga tidak terlalu rumit sehingga akan menyebabkan
ketidakfahaman atau keliruan di kalangan pembaca. Kesannya,
pembaca yang tidak terlalu mahir dalam membaca bahasa Melayu
juga akan dapat membaca buku ini tanpa sebarang masalah kecuali
beberapa perkataan yang mungkin lebih susah difahami. Secara
keseluruhannya, buku ini amat sesuai untuk semua orang dan saya
akan memberi buku ini 8/10

RESENSI BUKU 4

UDARA

Pengarang : Noor Hajidah Hassan Penerbit :
Creative Artwork Design Tahun Terbitan : 2011
Bil. Muka Surat : 38 Jenis Buku : Fiksyen

Buku yang saya baca ini menerangkan semua info yang

berkaitan udara beserta ciri- cirinya. Sebelum itu, gas
merupakan udara yang kita sedut dan hembus pada
kehidupan harian kita. Udara di sekeliling kita
mengandungi berbagai-bagai gas seperti karbon
dioksida, oksigen, nitrogen, wap air dan lain-lain tetapi
badan kita hanya memerlukan oksigen untuk
meneruskan kehidupan. Udara tidak dapat dilihat secara
umumnya kecuali bercampur dengan bahan kimia
seperti asap yang keluar dari ekzos motor. Ajaibnya,
udara juga boleh memenuhi ruang sesebuah objek
mengikut bentuknya. Sebagai contoh, udara yang ditiup
ke dalam sebuah plastik serta sebuah belon akan
mempunyai bentuk yang berbeza. Ini membuktikan
bahawa udara memenuhi ruang mengikut bentuk objek
tersebut. Bukan itu sahaja, udara juga dapat
menggerakkan objek serta memberi tekanan kepada air.

RESENSI BUKU 4

Selain itu, gas juga mempunyai jisim. Ini dapat

dibuktikan melalui sebuah eksperimen di mana dua
buah belon digantung pada sebuah kayu berbentuk
‘T’. Sebuah belon akan ditiup dan kita akan dapat
melihat bahawa belon yang ditiup itu akan menarik
kayu tersebut ke bawah. Seterusnya, udara
berkebolehan untuk mengembang dan mengecut
apabila diletakkan di dalam persekitaran yang panas
atau sejuk. Sekarang tibalah masa untuk sebuah
soalan.

Kita sudah tahu bahawa gas mempunyai jisim,

tetapi adakah jisim gas sama? Jawapannya tidak.
Contoh yang paling ringkas adalah belon panas.
Belon panas boleh terbang ke atas langit
disebabkan oleh gas hasil daripada pembakaran
lampu minyak. Gas ini lebih ringan berbanding
dengan udara di luar belon yang menyebabkan
belon tersebut terbang. Tekanan udara juga
merupakan salah satu ciri yang dapat dilihat setiap
hari dan terdapat banyak alat yang dicipta melalui
aplikasi tekanan udara seperti jarum suntik dan pam
basikal. Akhir sekali, pembakaran juga memerlukan
udara. Tanpa udara, pembakaran tidak akan dapat
diteruskan dalam jangka masa yang panjang.

RESENSI BUKU 4

Secara kesimpulannya, gas menepati ruang

dan mempunyai jisim, berubah bentuk, berada di
mana-mana, mempunyai tekanan, dapat dimampatkan
dan kuantiti gas bergantung pada persekitarannya.
Udara atau gas amat penting untuk semua hidupan di
bumi ini. Tanpa udara atau gas, kita tidak akan dapat
bernafas seperti biasa. Tumbuh-tumbuhan juga tidak
dapat menjalankan proses pendebungaan dengan baik.

Kehidupan kita amat bergantung kepada

udara. Walaupun udara memberi banyak kesan baik
kepada kita, ia juga mempunyai kesan buruk.
Contohnya, angin boleh menyebabkan berlakunya
angin taufan yang boleh mengakibatkan kerosakan yang
sangat dasyat. Walau bagaimanapun, bersyukurlah kita
kerana mempunyai udara atau gas yang memberi kesan
yang sangat besar kepada kehidupan kita tak kira baik
atau buruk.

RESENSI BUKU 4

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN BUKU INI

Setelah membaca buku ini, saya mendapati buku ini sesuai

dibaca oleh semua peringkat umur kerana buku ini tidak terlalu
tebal dan menggunakan perkataan yang mudah difahami.
Terdapat juga glosari di muka surat terakhir buku ini sekiranya
terdapat perkataan yang tidak difahami. Selain itu, banyak ilmu
pengetahuan yang dapat diperolehi kerana terdapat beberapa
eksperimen yang menarik dimasukkan ke dalam buku ini. Setiap
muka surat buku ini juga mempunyai gambar yang dapat
menjelaskan lagi ilmu yang hendak disampaikan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa muka surat di mana
pengarang buku ini hanya mentanyakan soalan kepada pembaca
dan tidak memberi penjelasan. Ini mungkin akan menyebabkan
munculnya keliruan di sesetengah pembaca termasuklah saya.

PENUTUP

Sebagai penutup, buku ini merupakan salah satu buku yang

amat menarik yang telah saya baca. Ini adalah kerana buku ini
mempunyai banyak info yang patut diketahui oleh semua orang
kerana tajuk buku ini iaitu ‘Udara’ merupakan satu benda yang
berada di sekeliling kita pada setiap saat dalam kehidupan kita.
Saya amat mencadangkan buku ini kepada semua orang kerana
ilmu yang disampaikan dalam buku ini amat berguna kepada diri
kita. Secara keseluruhannya, saya akan memberi buku ini 7/10.

RESENSI BUKU 5

MALAYSIA DAN BRUNEI DARUSSALAM

Pengarang : Adam Hakimi Abidin
Penerbit : Penerbitan D E
Tahun Terbitan : 2016 Bil. Muka Surat : 56
Jenis Buku : Bukan Fiksyen

Buku ini menerangkan tentang negara Malaysia dan

Brunei Darussalam yang merupakan negara ASEAN yang
ditubuhkan pada 8 Ogos 1967. Malaysia terdiri daripada
13 buah negeri iaitu Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak,
Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan,
Pahang, Terengganu, Sabah dan Sarawak serta tiga buah
wilayah persekutuan iaitu Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Wilayah
Persekutuan Labuan. Bendera Malaysia dinamakan Jalur
Gemilang dan mempunyai warna merah, putih, kuning
dan biru. Negara Malaysia ini mempunyai asal usul atau
sejarah yang sangat menarik. Malaysia telah mencapai
kemerdekaannya pada 31 Ogos 1957 sebelum penyertaan
Sabah, Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963.
Namun begitu, Singapura telah menarik diri daripada
menjadi sebahagian daripada Malaysia pada tahun 1965.
Sepanjang tahun 1980-an hingga 1990-an pula, Malaysia
telah mengalami pertumbuhan ekonomi yang pesat di
bawah pentadbiran Tun Mahathir bin Mohamad yang
menyebabkan sesetengah bangunan kita mencapai
bangunan komersil tertinggi di dunia.

RESENSI BUKU 5

Dari segi geografi pula, Malaysia mengalami

iklim Khatulistiwa dan mempunyai purata hujan tahunan
sebanyak 250 cm. Suatu kebanggaan Malaysia merupakan
banjaran Crocker yang terletak di Gunung Kinabalu.
Ketinggian gunung ini adalah setinggi 4,095.2 meter dan
merupakan gunung tertinggi di Malaysia. Dua pertiga
tanah di negara ini pula dilitupi hutan dan hutan hujan di
negara kita mempunyai bunga terbesar di dunia iaitu
bunga Rafflesia.

Malaysia mempunyai pelbagai kaum seperti

kaum Melayu, Cina, India, Sikh, Iban dan banyak lagi.
Disebabkan negara kita berbilang kaum, kita mempunyai
pelbagai agama, bahasa, budaya, seni, pakaian, makanan
dan perayaan. Antara agama yang paling ramai
penganutnya adalah agama Islam yang merupakan agama
rasmi Malaysia, agama Buddha, agama Hindu serta agama
Kristian. Bahasa kebangsaan kita pula merupakan Bahasa
Malaysia manakala sesetengah makanan yang terkenal di
Malaysia adalah seperti nasi lemak, kuih bulan, kari dan
hinava. Akhir sekali, negara ini juga merupakan salah
sebuah negara yang terkenal di mata dunia dari segi
pelancongan.

RESENSI BUKU 5

Bagi negara Brunei pula, ia merupakan sebuah

negara kecil yang terletak di sebelah utara pulau Borneo.
Negara ini mencapai kemerdekaannya pada 29
September 1984 setelah kerajaan Brunei dan United
Kingdom menandatangani satu perjanjian iaitu Perjanjian
Kerjasama dan Persahabatan pada 4 Januari 1979. Brunei
dibahagikan kepada empat buah daerah iaitu daerah
Belair, Tutong, Brunei Muara serta Temburong dan
daerah-daerah ini dibahagikan lagi kepada 40 buah
mukim lagi seperti Sengkurong dan Gadong. Pusat
pemerintahan Brunei adalah di Bandar Seri Bagawan yang
mendapat namanya dengan tujuan untuk mengenang
jasa Sultan Omar Ali Saifuddien III terhadap Brunei.
Sistem politik di negara ini pula ditetapkan oleh
perlembagaan dan berdasarkan konsep Melayu Islam
Beraja yang merangkumi 3 komponen iaitu kebudayaan
Melayu, agama Islam serta system politik di bawah
pemerintahan beraja.

RESENSI BUKU 5

Dari segi ekonomi pula, Brunei merupakan

sebuah negara yang amat kaya kerana mempunyai
minyak mentah dan gas asli yang banyak untuk
dieksportkan ke negara lain. Kegiatan pertanian,
perikanan dan perbankan turut menjadi penggerak
kepada pertumbuhan ekonomi negara ini. Sama seperti
Malaysia, negara Brunei juga berbilang kaum dan
mempunyai pelbagai perayaan dan makanan yang
berbeza-beza mengikut kaum. Contohnya, umat Islam
di negara tersebut menyambut Hari Raya Aidilfitri serta
Hari Raya Aidiladha manakala penduduk beragama lain
turut meraikan perayaan keagamaan masing-masing.

Makanan yang dapat dijumpai di Brunei

pula termasuklah nasi katok, baulu dan ambuyat yang
merupakan bubur kanji yang diperbuat daripada sagu.
Seterusnya, Brunei juga mempunyai banyak tempat
yang menarik seperti Kampung Ayer. Penduduk di sana
tinggal di atas rumah yang dibina di atas air yang bersih
dengan teratur dan terancang. Akhir sekali, sistem
pendidikan di Brunei menggunakan dasar pendidikan
dwibahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Malaysia.
Sebelum saya berakhir, percayakah anda, persekolahan
di peringkat sekolah rendah sehingga ke universiti
adalah percuma bagi rakyat Brunei!

RESENSI BUKU 5

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN BUKU INI

Secara ringkasnya, buku ini merupakan sebuah buku yang sangat

teratur dan menarik kerana buku ini merangkumi hampir kesemua
info yang perlu diketahui oleh pembaca dari asal usul negara
tersebut sehinggalah ke sistem pendidikan negara tersebut. Info
yang diterangkan dalam buku ini juga amat teliti dan mudah
difahami. Selain itu, saya mendapati bahawa buku ini merupakan
satu platform yang sangat baik kepada masyarakat untuk
mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan negara sendiri dan
juga negara yang berhampiran dengan kita.
Telah diselitkan juga banyak gambar-gambar yang menarik
berkaitan negara tersebut seperti tempat pelancongan, bendera
negara tersebut serta budaya sesebuah negara itu. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa gambar di dalam buku ini yang
memberi maklumat yang kurang tepat jika dibaca pada tahun ini
kerana buku ini telah diterbitkan banyak tahun yang lalu. Ini
mungkin akan mengelirukan sesetengah pembaca.

S PENUTUP
ecara keseluruhannya, saya amat mencadangkan buku ini

kepada seluruh anggota masyarakat kerana ia bukan sahaja dapat
menambahkan ilmu pengetahuan tentang sesebuah negara, malah
ia juga dapat menanam semangat cinta akan negara yang tinggi
pada diri kita. Pada pendapat saya, buku ini lebih sesuai dibaca oleh
golongan remaja dan dewasa disebabkan oleh kandungan buku ini
yang mengandungi unsur-unsur politik, ekonomi dan lain-lain yang
mungkin sukar difahami oleh golongan kanak-kanak. Sebagai

penutup kata, saya akan memberi buku ini 8/10.









PENCAPAIAN
KHAS

PENCAPAIAN KHAS

1 2018 Kelab Siber Pengerusi Sekolah

D Bukit

2 2018 St. John AJK Sekolah

Ambulans

Sesi Petang

3 2018 Pengawas Pengawas Sekolah

Sekolah

4 2019 Kelab Ahli Sekolah

Pencegahan

Jenayah

5 2019 Pengawas Pengawas Sekolah

Sekolah

6 2019 Kenaikan Kenaikan Daerah

Pangkat St. Pangkat

John Menjadi

Ambulans Kadet Lance

Korporal

CERTIFIC
ATE


Click to View FlipBook Version