KERTAS KONSEP & PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (SEKOLAH RENDAH) LIMBANG KALI KE-52 TAHUN 2023 ANJURAN PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LIMBANG KELOLAAN SEKOLAH-SEKOLAH ZON E DAN ZON A TARIKH 31 JULAI 2023 - 01 OGOS 2023
2 KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (SR) LIMBANG KALI KE-52 TAHUN 2023 PENGELOLA • Sekolah-Sekolah Zon E & Zon A MAKLUMAT KEJOHANAN • Tarikh : 31 Julai 2023 - 01 Ogos 2023 (Isnin & Selasa) • Masa : 7:30 Pagi • Tempat : Kompleks Sukan, Limbang MATLAMAT Pengelolaan kejohanan ini adalah bermatlamatkan: 1. Pengelolaan yang berkualiti 2. Mengawal mutu pengelolaan ke arah pengurusan yang standard dengan meminimumkan kesilapan. 3. Mengeratkan perpaduan serta integrasi nasional dalam kalangan peserta dari pelbagai kaum melalui penyertaan dalam kejohanan yang diadakan. 4. Dapat memilih atlet-atlet yang berkualiti untuk mewakili Pasukan MSSD(SR) Limbang ke peringkat MSS Bahagian (MSSB). OBJEKTIF 1. Membentuk murid yang sihat dari segi mental dan fizikal serta menjadi sukan yang dapat membentuk anak yang baik lagi cerdik. 2. Menanamkan semangat berpasukan serta memupuk nilai integrasi dan kemenjadian murid selaras dengan konsep Malaysia dan Dasar 1 Murid 1 Sukan. 3. Memberi pendedahan kepada atlet muda yang berpotensi dan berbakat supaya: • Meningkatkan tahap disiplin • Kemahiran bermain • Ketahanan mental dan fizikal 4. Mencungkil bakat murid sekolah rendah bagi meneruskan kecemerlangan sukan Olahraga di peringkat Daerah, Bahagian dan Negeri.
3 PERATURAN-PERATURAN KEJOHANAN OLAHRAGA MAJLIS SUKAN SEKOLAH DAERAH (SEKOLAH RENDAH) LIMBANG KE-52 TAHUN 2023 1. UNDANG-UNDANG PERTANDINGAN Kejohanan ini dijalankan mengikut Undang-Undang Olahraga Dunia(WA), Undang-undang Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) 2020/ 2021, Peraturan–Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah Malaysia(MSSM) dan Peraturan-Peraturan Pertandingan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia(MSSM) yang terkini. 2. ACARA–ACARA DAN UKURAN SERTA TIMBANGAN ALAT–ALAT PERTANDINGAN KOD ACARA ACARA LELAKI PEREMPUAN 12 TKB 12 TKB 01 100 M / / 02 200 M / / 03 80 M LARI BERPAGAR / 0.762 M / 0.762 M 04 LOMPAT TINGGI / / 05 LOMPAT JAUH / / 06 MELONTAR PELURU / 2.72Kg / 2.72Kg 07 4 X 100M / LSK / PSK 08 4 X 200M / LSK / PSK 2.1 KOD 03 : Acara 80 M Lari Berpagar Kategori Bil. Pagar Tinggi Pagar Garisan Permulaan ke Pagar Pertama Pagar ke Pagar Pagar Terakhir Ke Garisan Penamat 12 TKB 8 0.762 M 12.00 M 8.00 M 12.00 M
4 2.3 KOD 08 : Acara 4 x 200m 2.3.1 Pelari Pertama akan gunakan lorong sendiri dan akan bermula di garisan 1 ½ stagger – seperti pelari pertama dalam acara 4 X 400 M. 2.3.2 Pelari Kedua akan bersedia di garisan 1 stagger yang akan disediakan. 2.3.3 Pelari Ketiga akan bersedia di garisan ½ stagger (seperti pelari kedua dalam acara 4 X 400 M . Selepas menerima baton daripada pelari kedua, pelari ketiga mestilah berlari di lorong masing – masing sehingga ke selekoh pertama dan kemudiannya, dia boleh memotong masuk ke lorong pertama. 2.3.4 Pelari Akhir akan bersedia di tempat penerimaan baton mengikut "start list", dan menerima baton dengan syarat dia tidak menghalang atau menolak peserta lain. 3. CARA PERTANDINGAN Setiap sekolah dibenarkan menghantar tiga (3) orang peserta bagi setiap acara individu (Acara Balapan) dan dua (2) orang peserta bagi setiap acara individu (Acara Padang). Bagi acara berpasukan lari berganti-ganti, hanya satu (1) pasukan sahaja untuk setiap sekolah. Seorang peserta dibenarkan mengambil tidak lebih daripada 3 acara individu dan 2 acara berpasukan. KATEGORI ACARA PENYERTAAN Acara Individu (Balapan) 3 orang peserta setiap sekolah Acara Individu (Padang) 2 orang peserta setiap sekolah Acara Berpasukan (Lari Berganti-ganti) 1 Pasukan setiap sekolah (Tiada had maksimum peserta bagi pendaftaran berpasukan) 4. PENDAFTARAN PESERTA-PESERTA 4.1 Pendaftaran peserta hendaklah dibuat dengan pendaftaran secara online di https://smis.events/index.php yang mana kata pengguna dan kata laluan disediakan oleh Jawatankuasa Pengelola. Semasa membuat pendaftaran atlet, sila pastikan TARIKH LAHIR, NO. KAD PENGENALAN dan JANTINA peserta adalah BETUL. Semua maklumat perlu diisi dengan lengkap. Setiap kontigen juga diminta untuk mencetak SLIP PESERTA di atas kertas putih 80gsm ke atas. 4.1.1 Tarikh tutup pendaftaran : 24 JULAI 2023 (ISNIN) 4.1.2 Tiada Pindaan Acara (Pendaftaran peserta baru tidak dibenarkan) 4.1.3 Selepas 24 Julai 2023, sebarang pindaan TIDAK AKAN DITERIMA.
5 4.2 Hanya peserta yang mempunyai Sijil Lahir, Kad Pengenalan Sementara (resit permohonan K/P yang bergambar dan tarikh Lahir), pasport dan Kad Pengenalan yang asal diterima. 4.3 Sekiranya Sijil Lahir yang asal telah digunakan untuk permohonan Kad Pengenalan maka salinan fotostat yang sudah disahkan oleh Guru Besar dengan cop rasmi sekolah diterima sah untuk menentukan penyertaan. 4.4 Peserta-peserta yang hanya menyertai acara Lari berganti-ganti dikehendaki mendaftar juga. 4.5 Sebarang pertanyaan berkaitan dengan pendaftaran secara online, sila hubungi Encik Franklin Harisson Anak Sampai di talian 013-8040910. 5. MESYUARAT PENGURUS PASUKAN Tarikh : 27 Julai 2023 (Khamis) Masa : 2:30 Petang Tempat : Mini Auditorium PKP, Limbang 6. KELAYAKAN PENYERTAAN DAN HAD UMUR PESERTA 6.1 Pelajar Warganegara Malaysia yang belajar sepenuh masa di sekolah-sekolah rendah di Daerah Limbang layak menyertai pertandingan. 6.2 Had Umur peserta : KUMPULAN UMUR LAHIR PADA @ SELEPAS 12 TKB Lahir pada 2011 atau selepasnya (Hanya untuk murid Sekolah Rendah) 6.3 Peserta-peserta setiap sekolah hendaklah menyertakan salinan Sijil Lahir/ MyKid/ Kad Pengenalan (pelajar sekolah rendah) yang telah disahkan oleh Guru Besar sekolah peserta yang berkenaan dan dibawa semasa Mesyuarat Pengurus Pasukan. 7. HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA 7.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut masa dan tarikh yang telah ditetapkan tetapi Jawatankuasa Pengelola dengan persetujuan Pengerusi Teknik Olahraga berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika berlaku pemindaan, penguruspengurus pasukan akan diberitahu. 7.2 Jawatankuasa Pengelola berhak memutuskan sebarang perkara yang tidak tercatat dalam Undang-undang Olahraga KOM terkini, Peraturan-peraturan Am MSSM atau Peraturan-peraturan Pertandingan Olahraga MSSM.
6 8. SARINGAN / SEPARUH AKHIR 8.1 Semua pengundian lorong semasa kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kecil Pertandingan dan Perangkaan dengan pengawasan / Penyeliaan oleh Wakil Teknik. 8.2 Semua acara balapan akan dijalankan dalam separuh akhir dan seterusnya lapan (8) peserta berdasarkan catatan masa terbaik daripada kesemua saringan akan bertanding/layak untuk ke peringkat akhir. 8.3 Semua pengundian lorong untuk acara akhir, semasa kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kecil Pertandingan dan Perangkaan dengan pengawasan / Penyeliaan oleh Wakil Teknik. 9. LARI BERGANTI-GANTI 9.1 Tiada had penggantian bagi acara Lari berganti-ganti. Peraturan ini meliputi penyertaan di separuh akhir dan akhir. Hanya peserta yang berdaftar dalam acara ini sahaja yang boleh mengganti atau mengambil bahagian. 9.2 Senarai nama 4 orang peserta untuk lari berganti-ganti hendaklah dihantar oleh Pengurus Pasukan kepada Penyelia Peserta 30 minit sebelum pertandingan dimulakan. 9.3 Setiap pasukan yang mengambil bahagian dalam acara ini perlu menggunakan set baju yang sama untuk semua pelari. Jika tidak, penyertaan pasukan akan dibatalkan. 10. MELAPORKAN DIRI PESERTA 10.1 Semua peserta mesti melaporkan diri sekurang-kurangnya 30 minit bagi acara balapan dan 45 minit bagi acara padang, sebelum waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu, mereka akan diiringi ke tempat pertandingan oleh Penyelia Peserta. 10.2 Peserta-peserta TIDAK DIBENARKAN melaporkan diri terus kepada Pegawai Teknik dalam arena pertandingan. 10.3 Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan diri bagi acara-acara mereka TIDAK AKAN DIBUAT. Maklumat meminta peserta melaporkan diri hanya disiarkan dipapan kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan dibuat sekiranya terdapat sebarang pindaan dalam susunan acara atau program kejohanan. 10.4 Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombor-nombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru di baju larian masing-masing. 10.5 Apabila melaporkan diri untuk tiap-tiap acara, seseorang peserta mesti menunjukkan ’Kad Peserta’ kepada Penyelia Peserta berkenaan. Sekiranya arahan ini tidak dipatuhi, peserta berkenaan TIDAK AKAN DIBENARKAN menyertai acara itu. 10.6 Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri, iaitu 15 minit sebelum acara mereka dimulakan, TIDAK AKAN DIBENARKAN mengambil bahagian dalam acara tersebut dan akan dianggap sebagai telah menarik diri.
7 11. RAYUAN Semua rayuan dan bantahan hendaklah dibuat oleh Pengurus Pasukan dalam masa 30 minit selepas keputusan diumumkan. Semua bantahan bertulis hendaklah disertai dengan wang taruhan RM 50.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh) dan diajukan kepada Juri Rayuan. 12. PEGAWAI KEJOHANAN Pihak pengelola berhak memilih dan melantik pegawai-pegawai kejohanan berdasarkan kepada pengalaman dan kebolehan/kepakaran masing-masing. 13. KIRAAN MATA / PENENTUAN KEDUDUKAN 13.1 Mata akan diberikan kepada sekolah yang pesertanya mendapat tempat Pertama, Kedua, Ketiga, Keempat, Kelima dan Keenam dalam pertandingan akhir acara individu serta acara berpasukan. Pemberian mata adalah seperti berikut: Acara Individu Mata Acara Berpasukan Mata Pertama 7 Pertama 12 Kedua 5 Kedua 9 Ketiga 4 Ketiga 7 Keempat 3 Keempat 5 Kelima 2 Kelima 3 Keenam 1 Keenam 1 14. PINGAT KEJOHANAN / HADIAH 14.1 Pingat-pingat akan diberikan kepada pemenang-pemenang bagi setiap acara yang dipertandingkan (Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga) di peringkat akhir. 14.2 Piala Pasukan Terbaik Lelaki dan Perempuan 14.3 Piala Olahragawan dan Olahragawati. 14.4 Piala Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga keseluruhan. 15. KRITERIA PEMILIHAN ATLIT Berdasarkan kepada catatan masa dan jarak yang terbaik. 16. KAD PESERTA 16.1 Setiap peserta mesti mempunyai kad peserta untuk tujuan penyeliaan peserta sebelum acara dimulakan. 16.2 Setiap pasukan hendaklah menyediakan kad peserta sendiri. 16.3 Setiap pasukan hendaklah mencetak KAD PESERTA di atas kertas warna PUTIH 80gsm ke atas. 16.4 Kad peserta boleh dicetak melalui laman web https://smis.events/index.php 16.5 Kad Peserta hendaklah disahkan oleh Guru Besar terlebih dahulu di bahagian petak ruangan sebelum disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Kejohanan.
8 16.6 Warna kad peserta mengikut kategori : KATEGORI WARNA KAD PESERTA 12 TKB PUTIH 17. NOMBOR PESERTA 17.1 Semua pasukan diminta untuk menyediakan nombor peserta dan pin sendiri. Nombornombor tersebut mesti dicetak di atas kain putih atau banner putih yang berukuran 20cm x 14cm dengan tulisan berwarna hitam “Arial Narrow Bold”. 17.2 Setiap peserta diwajibkan menggunakan nombor peserta. 17.3 Nombor peserta mesti disematkan dengan empat(4) pin pada setiap penjuru di baju larian masing-masing. 18. BENDERA Tiap-tiap sekolah hendaklah membawa sehelai bendera pasukan bagi kejohanan ini. 19. PENARIKAN DIRI DAN GANTIAN. 19.1 Jika didapati seseorang peserta yang telah disahkan semasa Mesyuarat PengurusPengurus Pasukan, tidak mengambil bahagian dalam sesuatu acaranya, KECUALI jika dapat mengemukakan surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, atlet berkenaan tidak akan dibenarkan menyertai acara-acara seterusnya yang didaftarkan atas namanya. 19.2 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara selepas mengambil bahagian dalam pusingan awal, tanpa surat pengesahan sakit / cedera daripada Pegawai Perubatan Kejohanan, adalah dianggap sebagai menarik diri daripada semua acara seterusnya yang didaftar atas namanya. 19.3 Seseorang peserta yang menarik diri daripada mana-mana acara atas nasihat Pegawai Perubatan Kejohanan, hanya boleh mengambil bahagian seterusnya dalam semua acara yang didaftarkan atas namanya dengan mengemukakan surat pengesahan daripada Pegawai Perubatan Kejohanan kepada Pengurus Kejohanan 19.4 Semua nama bagi peserta-peserta yang akan mengambil bahagian hendaklah dibuat pada masa pengesahan semasa mesyuarat pengurus-pengurus pasukan yang tersebut di atas.
9 20 PERGERAKAN KETINGGIAN PALANG BAGI ACARA LOMPAT TINGGI 20.1 Lelaki 12 Tahun Ke Bawah. LOMPATAN KETINGGIAN PALANG Percubaan 1.00m Pertandingan Sebenar 1.15m, 1.18m, 1.21m, 1.24m, 1.27m dan 2cm bagi setiap kenaikan seterusnya. 20.2 Perempuan 12 Tahun Ke Bawah. LOMPATAN KETINGGIAN PALANG Percubaan 1.00m Pertandingan Sebenar 1.05m, 1.08m, 1.11m, 1.14m dan 2cm bagi setiap kenaikan seterusnya. 21 PENENTUAN LORONG Penentuan lorong untuk acara saringan/separuh akhir dan acara akhir akan ditentukan oleh urusetia bersama dengan Jawatankuasa Teknikal mengikut peraturan KOM. 22 HAL-HAL LAIN 22.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan pegawai-pegawai. Orang yang tidak bekenaan DILARANG masuk ke tempat-tempat khas tersebut. 22.2 Selain daripada Pegawai-pegawai Teknik yang bertugas dan peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIADA SESIAPA PUN DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN. MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA
10 MAKLUMAT PENGENALAN SEKOLAH & NOMBOR PESERTA BIL SEKOLAH NOMBOR PESERTA 01 SK BANDAR LIMBANG 001 – 040 02 SK BATU DANAU 041 – 080 03 SK BATU EMPAT 081 – 120 04 SK BUKIT BATU 121 – 160 05 SK BUKIT LUBA 161 – 200 06 SK GADONG 201 – 240 07 SK KAMPUNG PAHLAWAN 241 – 280 08 SK KUALA AWANG 281 – 320 09 SK KUALA MEDALAM 321 – 360 10 SK KUALA PENGANAN 361 – 400 11 SK KUBONG 401 – 440 12 SK LIMBANG 441 – 480 13 SK LIMPAKI 481 – 520 14 SK LIMPAKU PINANG 521 – 560 15 SK LONG NAPIR 561 – 600 16 SK LUBOK TEKUROK 601 – 640 17 SK MELABAN 641 – 680 18 SK MELAYU PUSAT 681 – 720 19 SK MENUANG 721 – 760 20 SK MERAMBUT 761 – 800 21 SK MERITAM 801 – 840 22 SK NANGA MEDAMIT 841 – 880 23 SK NANGA MERIT 881 – 920 24 SK PENGKALAN JAWA 921 – 960 25 SK R.C. KUBONG 961 – 1000 26 SK ST. EDMUND 1001 – 1040 27 SK SUNGAI POYAN 1041 – 1080 28 SK TANJONG 1081 – 1120 29 SK TEDUNGAN (BAMBANGAN) 1121 – 1160 30 SK TELAHAK 1161 – 1200 31 SK TIGA KAMPONG 1201 – 1240 32 SK UKONG 1241 – 1280 33 SK ULU LUBAI 1281 – 1320 34 SJKC CHUNG HWA LIMBANG 1321 - 1360 35 SJKC YUK HIN 1361 - 1400
11 JADUAL ACARA KEJOHANAN OLAHRAGA MSSD(SR) LIMBANG KE-52 TAHUN 2023 TARIKH : 31 JULAI 2023 HARI PERTAMA HARI : ISNIN NO. ACARA MASA ACARA KATEGORI PERINGKAT 101 0800 MELONTAR PELURU L12 AKHIR 102 0800 LOMPAT JAUH P12 AKHIR 103 0800 LOMPAT TINGGI L12 AKHIR 104 0810 100M P12 SEPARUH AKHIR 105 0910 100M L12 SEPARUH AKHIR 106 1000 4 x 100M P12 SEPARUH AKHIR 107 1030 4 x 100M L12 SEPARUH AKHIR 108 1100 80M LP P12 SEPARUH AKHIR 109 1130 80M LP L12 SEPARUH AKHIR 1145 REHAT 110 1400 80MLP P12 AKHIR 111 1410 80MLP L12 AKHIR 112 1430 100M P12 AKHIR 113 1440 100M L12 AKHIR 114 1500 4X200M P12 SEPARUH AKHIR 115 1530 4X200M L12 SEPARUH AKHIR TAMAT HARI PERTAMA
12 TARIKH : 01 OGOS 2023 HARI KEDUA HARI : SELASA NO. ACARA MASA ACARA KATEGORI PERINGKAT 201 0800 MELONTAR PELURU P12 AKHIR 202 0800 LOMPAT JAUH L12 AKHIR 203 0800 LOMPAT TINGGI P12 AKHIR 204 0810 200M P12 SEPARUH AKHIR 205 0910 200M L12 SEPARUH AKHIR 206 1010 4 X 100M P12 AKHIR 207 1040 4 X 100M L12 AKHIR 1100 REHAT 208 1430 200M P12 AKHIR 209 1440 200M L12 AKHIR 210 1500 4X200M P12 AKHIR 211 1510 4X200M L12 AKHIR 212 1520 4X100M PEGAWAI LELAKI (SETIAP ZON & PPD) AKHIR MAJLIS PENUTUPAN / PENYAMPAIAN HADIAH
13
14