ISI KANDUNGAN
BIL. PERKARA MUKA SURAT
1. Dari Tinta Pena. 1
2. Pengenalan. 3
3. Copywriting vs. Content Writing. 10
4. Bina Trust dari Facebook Profile Dahulu. 13
5. Struktur Asas Copywriting. 17
6. Headline. 19
7. Subheadline. 23
8. Body Copy. 27
9. Tail. 33
10. A.I.D.A 35
11. Sumber Idea Penulisan. 38
12. Tips Pemilihan Bahan-Bahan Iklan . 47
13. 10 Kesilapan Lazim Peniaga Lakukan Ketika 55
Menulis Copywriting Iklan. 67
14. Tips Konsis Menulis Copywriting. 72
15. Tips Menulis Copywriting Padu. 74
16. Penutup.
DARI TINTA PENA
Setinggi-tinggi syukur ke hadrat Illahi kerana dengan izinNya,
akhirnya ebook ‘Copywriting 101: Demi Pena Dan Apa Yang Mereka
Tulis’ ini berjaya diterbitkan.
Ebook ini sebagai panduan dan rujukan pada para peniaga online di
luar sana untuk belajar dan tahu teknik betul dalam menghasilkan
sesebuah copywriting iklan yang berkesan.
Ebook ini adalah ebook terbaru saya yang diterbitkan selepas ebook
‘Zero Cost Marketing’, ‘Bangkit Selepas Krisis’ dan ‘Teknik Jana Income 5
Angka’. Terima kasih kepada pembeli yang pernah melanggan ebook saya
sebelum ini.
Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih tidak
terhingga kepada ibubapa saya yang tidak pernah jemu mendoakan
kebaikan saya, seluruh ahli keluarga yang banyak memberi sokongan, ahli
gerak kerja pasukan saya dan tidak lupa kepada semua follower yang tidak
putus-putus memberikan sokongan kepada saya secara langsung
mahupun tidak langsung. Jasa anda semua amat saya hargai.
Saya percaya bahawa ‘tidak akan wujudnya kesempurnaan tanpa
pengalaman dan pembelajaran’. Jadi jika ada sebarang kekurangan dalam
penyampaian dan mesej ebook ini, mohon anda berikan komen, saranan
atau nasihat untuk saya perbaiki dan tambah baik pada masa akan datang.
Semoga ebook ini memberi manfaat kepada anda semua dalam
meningkatkan jualan, mengubah pendapatan anda jadi lebih baik dan
menaikkan perniagaan anda ke peringkat yang lebih baik.
Dari Tinta Pena,
Muhamad Faisal
(Penulis yang tidak pernah jemu menulis).
1
2
PENGENALAN
Sejarah Copywriting.
Kata Pollay (1987) – “Iklan memaparkan bagaimana manusia menjalani
kehidupan mereka setiap hari pada zaman dahulu dan bagaimana
keadaan mereka sekarang”.
Sebenarnya copywriting sudah ada sejak dari zaman dulu lagi. Teknik
copywriting telah digunakan sejak tahun 1870-an. Di bawah ini contoh
bentuk copywriting yang digunakan pada zaman dulu.
1. Piktograf (gambar).
3
2. Ideografik (huruf-huruf seperti di negara Tiongkok).
3. Silabik (suku kata, seperti huruf Jepun).
4. Fonetik (lambang fonem).
4