masyarakat india
kumpulan 4
ahli nurin adlina nur izza
kumpulan siti aisyah
Jadual kerja
Week 1 Week 2
Menyediakan soalan soal
selidik
Menemu ramah responden
Membuat flipbook
aspek yang dikaji
1.Pakaian Tradisional
2.Perayaan Tradisional
3.Makanan Tradisional
4.Alat Muzik Tradisional
5.Tarian Tradisional
6.Bahasa pertuturan
7.Adat dan Tradisi
8.Agama
proses kajian
01 02 03
Menyediakan temu bual mengolah
borang soal maklumat
daripada dapatan
selidik temu bual
Sejarah kedatangan india ke malaysia
1.Kedatangan masyarakat India ke Malaysia dapat dilihat dengan ketara pada abad ke
18 & 19
2.Kebanyakkan penghijrahan berlaku disebabkan menginginkan pekerjaan seperti
peladang di kawasan-kawasan tertentu
3.90% penghijrahan daripada golongan ini datangnya dari Tamil
4.Sehingga kini orang Tamil lebih banyak daripada Telugu, Punjabi dan Malayalam
Pakaian tradisional
umum mengetahui masyarakat India bagi lelaki memakai Dhoti manakala wanita memakai sari
Menurut responden yang kami temui:
1. Dr.Sankar
Pakaian tradisional kaum India semasa perayaan adalah Dhoti (Jippa) bagi lelaki manakala
Saree bagi perempuan
2. Puan Nithia
Pakaian tradisional kaum India bagi perempuan terbahagi kepada dua kumpulan iaitu yang berumur
melebihi 17 tahun dan kanak-kanak perempuan
Remaja yang berumur 17 tahun ke atas boleh memakai Punjabi yang dipakai bersama seluar atau
Saree.Sebagai pengetahuan umum,Saree mempunyai panjang sebanyak 6 meter.Namun pada masa
kini,ramai wanita kaum India lebih memilih memakai Punjabi yang dipakai bersama seluar kerana lebih
selesa dan mudah terutamanya kepada kaum wanita India yang berkerjaya.
Bagi kanak kanak perempuan kaum India,mereka biasanya memakai Pavadai.
Golongan lelaki kaum India pula majoritinya di Malaysia memakai Dhoti tetapi pakaian tradisional
lelaki kaum India berbangsa Tamil ialah Vesti.
Pakaian tradisional india
Dhoti Saree Punjabi Pavadai Vesti
Perayaan tradisional
Umum mengetahui perayaan tradisonal yang terkenal di Malaysia ialah Deepavali dan Thaipusam
Menurut responden yang kami temui:
1.Dr Sankar
Perayaan yang disambut oleh masyarakat India di Malaysia kebiasaannya ialah Deepavali dan Thaipusam.
2.puan nithia
Perayaan utama semua masyarakat kaum India yang berbilang ras ialah Deepavali yang bermaksud barisan cahaya.
Deepavali merupakan sambutan perayaan yang meriah bagi masyarakat kaum India seperti orang Melayu iaitu Hari
Raya Aidilfitri. Makanan tradisional yang wajib semasa perayaan ini ialah Muruku selain daripada Tose, idli dan
Kari. Aktiviti yang wajib bagi mereka lakukan semasa perayaan ini adalah memohon restu orang tua dan menyalit
minyak lengah (seismic oil) di kepala mereka. Kebiasaannya pada waktu pagi mereka akan bersalaman dan meminta
maaf daripada ibu bapa mereka dengan memakai pakaian baru mereka.
Sebagai pengetahuan tambahan umum, masyarakat kaum India wajib memakai pakaian tradisional yang baharu pada setiap tahun untuk
setiap kali perayaan Deepavali. Selepas itu,mereka akan menyalit minyak pada ubun ubun kepala mereka yang bertujuan membersihkan
diri mereka. Kemudian,mereka akan menuju ke kuil untuk sembahyang. Duit raya juga akan diberi kepada anak anak mereka namun
bukanlah wajib seperti masyarakat Cina. Kolam juga akan dihias di halaman rumah masing-masing sebagai perhiasan semasa perayaan
Deepavali ini. Kolam tidak mempunyai saiz tertentu dan dihias dengan menggunakan beras putih. Hal ini bertujuan untuk memberi makan
kepada haiwan seperti semut dan burung sebagai tanda kesyukuran dan mendapatkan rahmat daripada Tuhan. Kolam yang berwarna
warni dan bercorak dikenali sebagai Ranggoli.
Perayaan Thaipusam merupakan perayaan keagamaan yan disambut oleh masyarakat kaum India etnik Tamil beragama Hindu
sahaja.Perayaan ini biasanya disambut setiap tahun pada hujung bulan Januari atau awal bulan Februari berdasarkan Kalendar
India.Kebiasaannya akan ada masyarakat kaum India yang akan menjunjung bekas susu di atas kepala dan ada juga yang akan membawa
Kavadi.Sesiapa yang akan membawa Kavadi dikehendaki berpuasa selama sebulan dengan hanya makan sayur sahaja.
Jenis perayaan tradisional
Deepavali THAIpusam
Makanan tradisional
Umum mengetahui kari merupakan juadah utama masyarakat India
Menurut responden yang kami temui:
1.dr Sankar
Memang kari merupakan makanan ruji dalam kalangan masyarakat kaum India sejak dahulu lagi disebabkan
anutan dan ikutan daripada turun temurun terutamanya dalam aspek campuran rempah ratus.
2.puan nithia
Antara kuih tradisional masyarakat kaum India ialah Muruku,Athirasam dan kuih Bunga Ros.Hidangan
utama mereka ialah kari,Tose dan Idli.Kari yang dimasak oleh mereka tidak menggunakan santan seperti
masyarakat Melayu dan terdapat pantang larang bahawa masyarakat kaum India beragama Hindu dilarang
sama sekali makan daging lembu.
Contoh makanan tradisional masyarakat india
Kari Muruku Athirasam
Bunga ros Tose Idli
Alat tradisional masyarakat india
Dua alat muzik tradisional yang sering dimainkan dalam kalangan masyarakat kaum
India di Malaysia dalam apa-apa upacara ialah gendang dan Nadaswaram iaitu sejenis
seruling yang panjang.
Contoh alat tradisonal masyarakat india
ELEM
EN
NAMA
Dhol
ak Tabla d
an Baya
FUNGS
I
mengiringi mu
zik rakyat dimainkan dalam muzik
karnatik
dan muzik
sinkretik seperti dangdut
Nadaswaram
Tarian tradisional masyarakat india
1.tarian Bharata Natyam
Tarian ini berasal dari Selatan India dan kebanyakkan dipersembahkan oleh penari
wanita.tarian ini mempunyai enam peringkat yang bermula dari alarippu dan diakhiri dengan
thillana.peringkat ini telah meggabungkan elemen nritta atau tarian tulen dan nritya.
2.tarian bhangra
Tarian ini terkenal dalam kalangan komuniti sikh di malaysia.tarian ini dianggotai lelaki dan
perempuan yang mengenakan pakaian yang berwarna cerah.tujuan diadakan tarian ini adalah untuk
persembahan di majlis hari jadi,perkahwinan dan perayaan kekeluargaan.
Bahasa masyarakat india
Di Malaysia,bahasa yang sering dipertuturkan ialah bahasa Tamil kerana majoritinya
ras Tamil.Di Malaysia,masyarakat India mempunyai pelbagai ras dan bahasa yang
berbeza.Antaranya ras Telugu,Malayalam,Malabar dan Punjabi.Kebiasaannya orang
India ras Telugu dan Malayalam boleh berbahasa Tamil tetapi orang India ras Tamil
belum tentu dapat berbahasa Telugu atau Malayalam.Negara India mempunyai lebih
daripada 1000 bahasa dan bahasa Inggeris ialah bahasa kedua di negara India.
Adat dan tradisi
Adat dan tradisi yang popular dalam kalangan masyarakat kaum India di malaysia ialah adat dalam upacara
perkahwinan dan adat semasa kelahiran bayi.Terdapat juga adat upacara pengebumian apabila berlaku kematian.
Jika seseorang meninggal dunia,pelbagai upacara akan diadakan seperti berikut.:
1. Memandikan jenazah
2. Memakaikan pakaian dan perhiasan yang disukai oleh arwah
3. Menyembahyangkan jenazah
4. Jenazah akan diletakkan di dalam keranda di tengah tengah rumah ahli keluarga si mati
5. Jasad akan dibakar atau dikebumikan bergantung kepada kehendak ahli keluarga si mati
6. Upacara sembahyang atau doa kepada arwah pada hari ke 7,16 dan 30
7. Upacara sembahyang untuk arwah sebanyak 4 kali setiap kali keluar anak bulan atau semasa Deepavali
Namun begitu,terdapat juga adat dalam masyarakat kaum India yang
semakin dilupakan dan kurang diamalkan pada masa kini. Antaranya
ialah nasihat dan teguran yang diberikan oleh orang orang tua dahulu
seperti didikan anak, kepercayaan, anutan agama dan penghormatan
kepada si mati. Hal ini berlaku disebabkan ada segelintir masyarakat
kaum India yang menganggap hal itu ketinggalan zaman atau kurang
berkesan.
Contoh adat dan tradisi masyarakat india
Upacara perkahwinan
Upacara kelahiran bayi
Agama yang dianuti oleh masyarakat india
Majoriti agama yang diamalkan oleh masyarakat kaum India di Malaysia ialah agama Hindu
kerana satu-satunya agama yang diikuti turun temurun mengikut generasi ibu bapa mereka.
Penyebaran agama berlaku adalah disebabkan faktor didikan daripada ibu bapa. Selain itu,
terdapat faktor kedatangan orang India dari
negara India Selatan. Mereka bukan sahaja
datang ke Malaysia untuk mencari nafkah, malah membawa dan menyebarkan agama dan
kepercayaan mereka di Malaysia.
kesimpulan
pada pendapat saya, kaum india mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri dan berbeza dari
kaum lain. Kesemua masyarakat India mempunyai jenis budaya, bahasa, adat dan tradisi serta agama
yang berbeza. Masyarakat India di malaysia juga mempunyai pelbagai etnik seperti Punjabi, Tamil, Telugu
dan Malayalam. Kesemua etnik ini mempunyai budaya tersendiri yang mesti dihormati oleh masyarakat.
dan semua faktor ini penting kerana melambangkan identiti sesuatu masyarakat. kita mengenal sesuatu
kaum daripada pengamatan budaya,tradisi lain-lain terutamanya cara berpakaian dan bahasa. hasil
daripada kajian ini, kami semua berjaya mendapat banyak ilmu pengetahuan tentang kaum india di
malaysia.
1.Sumber Primer rujukan
Dapatan daripada temu bual bersama responden:
Sankar Ariskrishnan, (2022, Ogos 30), Masyarakat India
Nithiavani Subramaniam, (2022, Sept 1), Masyarakat India
2.Sumber Sekunder
Ibrahim, N. (2020, November 15). Pengaruh masyarakat India dalam kehidupan. Selangorkini.
https://selangorkini.my/2020/11/pengaruh-masyarakat-india-dalam-kehidupan/
Kartheges, P. (2017). Pemikiran kritis dan amalannya dalam masyarakat India berpendidikan Tamil di Malaysia berpandukan teks
Tirukkuṟaḷ / Kartheges Ponniah. Studentsrepo.um.edu.my. http://studentsrepo.um.edu.my/7218/
Thaarmaa raj. (2019). ADAT RESAM ORANG INDIA. Academia.edu. https://www.academia.edu/31747008/ADAT_RESAM_ORANG_INDIA
lampiran
Gambar di atas menunjukkan kami telah menemu bual kedua-dua responden kami
borang soal
selidik
sekian terima
kasih