PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
FAKULTI PENGURUSAN DAN EKONOMI
SEMESTER 3 2020/2021
PPP60504
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
KUMPULAN KULIAH
KOHORT 5 PROGRAM PESISIR SIBU
TUGASAN KUMPULAN
(KUMPULAN 6)
Pengurusan Pembayaran (Penggunaan Dana Sekolah):
Pengurusan sekolah melibatkan pelbagai perbelanjaan. Dengan mengambil kira
akta-akta kewangan berkaitan, bincangkan proses pembayaran yang perlu diikuti
oleh pengurusan sekolah-sekolah di Malaysia dan isu-isu berkaitan pengurusan
pembayaran.
DISEDIAKAN OLEH:
RAYMOND GALAN (M20191000218)
Hp: 011-25087944 | Emel: [email protected]
WILLIE ANAK THOMAS MUNDAM (M20191000228)
Hp: 019-8777141 | Emel: [email protected]
PENSYARAH:
PROFESOR MADYA DR. NORLIA BINTI MAT NORWANI
Emel:[email protected]
TARIKH SERAH:
13 DISEMBER 2020
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
SENARAI KANDUNGAN
MUKA SURAT
1.0 PENGENALAN 1
2.0 OBJEKTIF 2
3.0 LATAR PENGURUSAN PEMBAYARAN 3
4.0 DASAR PENGURUSAN KEWANGAN 4-6
5.0 PERATURAN PENGURUSAN KEWANGAN 7
6.0 AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KESAMARATAAN, 8-9
KECUKUPAN DAN KECEKAPAN 10 - 12
7.0 ISU BERKAITAN DENGAN KEWANGAN 13
8.0 KAJIAN KES 14
15 - 16
8.1 Pengenalan 17
8.2 Pernyataan Masalah 17
8.3 Tujuan Kajian 18 - 20
8.4 Objektif Kajian 21 - 24
8.5 Metadologi Kajian 25 - 27
8.6 Analisis Dapatan Data 28
8.7 Dapatan Kajian 29 - 30
8.8 Implikasi Kajian 31
8.9 Rumusan 32
9.0 KESIMPULAN 33 - 38
RUJUKAN
LAMPIRAN
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
1.0 PENDAHULUAN
Kewangan merupakan nadi bagi setiap individu dan organisasi untuk meneruskan
kelangsungan dan fungsi kehidupannya. Begitulah halnya dengan peranan kewangan
di institusi pendidikan di peringkat sekolah. Pengurusan kewangan adalah penting di
sekolah kerana tanpa peruntukan kewangan yang mencukupi, program dan aktiviti
sekolah tidak dapat dijalankan secara lebih berkesan. Pengurusan kewangan
merujuk kepada peruntukan yang terdapat dalam Akta Pendidikan (Akaun dan Audit),
1962 yang dikeluarkan di bawah Akta Pendidikan 1996. Oleh yang demikian,
pengurusan kewangan perlu ditadbir dengan cekap dan berhemat, agar kewangan
boleh diperolehi secukupnya, dibelanja dan diurus mengikut tatacara yang betul serta
dapat memenuhi matlamat organisasi.
Berdasarkan sistem yang ada sekarang, PGB dan PGB selaku pentadbir sekolah
adalah bertanggungjawab penuh untuk merancang, mengurus, mengawal serta
menentukan pengurusan kewangan di sekolahnya dengan cekap dan berkesan.
Peraturan Akaun dan Audit dalam Akta Pelajaran 1961, menetapkan supaya PGB
atau PGB (PGB) menyimpan rekod-rekod kewangan sekolah secara teratur dan
semua akaun sekolah bagi tahun semasa mesti dihantar untuk diaudit sebelum tahun
berikutnya. PGB perlu mentadbir kewangan sekolah mengikut panduan yang
ditetapkan oleh Buku Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakuanan Kumpulan
Wang Sekolah, 2005, surat-surat Pekeliling yang dikeluarkan oleh Bahagian
Kewangan, Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri Sarawak.
Pernyataan ini memberi tanggungjawab mengendalikan urusan akaun dan kewangan
sekolah dengan sempurna termasuk rekod-rekod kewangan.
PGB juga dikatakan bertanggungjawab dalam menentukan pentadbiran kewangan
sekolah dikendalikan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam
Perintah Kewangan. PGB dikehendaki mengkaji dan mematuhi segala prosedur
kewangan bagi menentukan kelicinan pengurusan kewangan sekolah. Sejauhmana
pengurusan kewangan di sekolah dapat dilaksanakan dengan sistematik adalah
bergantung kepada kemahiran, kepimpinan dan sikap PGB dan PGB. Adi
Badiozaman Tuah (2001), menghuraikan amalan menjelaskan bahawa seseorang
PGB bertanggungjawab untuk memenuhi kehendak perundangan dengan
menguruskan kewangan sektor awam secara ‘check and balance’. Perundangan atau
peraturan yang digubal bertujuan untuk menjamin pengurusan kewangan awam
diuruskan secara cermat, amanah dan berakauntabiliti.
1
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
2.0 OBJEKTIF
Pengurusan kewangan merupakan satu konsep yang merangkumi prinsip-prinsip
pengurusan biasa yang melibatkan kegiatan merancang, mengatur, mengurus,
mengarah, melaksana, mendorong, mengawal dan melapor (Mahashim Bajuri, 1994).
Pengurusan kewangan sesungguhnya melibatkan pentadbiran kewangan ditadbir
secara bijaksana, agar mencapai matlamat organisasi. Dalam konteks pengurusan
kewangan di peringkat sekolah ianya ditadbir bagi mencapai objektif tertentu iaitu;
pertama, untuk mengadakan kawalan yang ke atas pungutan dan perbelanjaan yang
dilakukan oleh sekolah dengan cara teratur supaya tidak berlaku kesilapan dan
kehilangan. Keduanya adalah untuk menyenangkan pelaksanaan tugas PGB
terhadap perakaunan kewangan sekolah. Ketiganya pula adalah untuk membolehkan
kedudukan sebenar perakaunan dan kewangan sekolah diketahui pada masa-masa
tertentu (Zaidatol Akmaliah, 2001). Sehubungan dengan itu Mahashim Bajuri (1994),
menegaskan bahawa fungsi utama pengurusan kewangan iaitu meliputi merancang
penggunaan dan keperluan kewangan, memperolehi sumber kewangan,
mendapatkan wang dengan syarat-syarat yang ditentukan dan melaporkan prestasi
kewangan. Di Malaysia, pengurusan kewangan adalah proses bagaimana sumber
kewangan awam diuruskan oleh jentera kerajaan menerusi kaedah-keadah tertentu
dimana dana untuk membiayai perkhidmatan awam diperolehi, dibelanja dan
diakaunkan. Kerajaan berperanan mengurus peruntukan kewangan pendidikan
menerusi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM).
Muhammad Faizal A.Ghani, Norfariza Mohd Radzi & Saedah Siraj (2013)
menyatakan bagi mengekalkan kualiti pendidikan, kerajaan Malaysia telah
memperuntukkan sejumlah wang yang tinggi untuk sektor pendidikan. KPM
memastikan setiap tahun semua sekolah mendapat bantuan persekolahan. Menurut
Husaina Banu Kenayathulla (2014), sejak kemerdekaan, kerajaan Malaysia telah
mengekalkan tahap pelaburan yang tinggi dalam pendidikan. Secara umumnya,
sekolah merupakan input kepada pembangunan Malaysia. Pembiayaan dalam
pendidikan semakin ditekankan kerana ia dapat meningkatkan pencapaian prestasi
pelajar dan pertumbuhan ekonomi (Saedah Siraj, Muhammad Faizal A. Ghani,
Norfariza Mohd. Radzi, 2008). Oleh itu, kerajaan persekutuan memperuntukkan
pembiayaan yang tinggi dalam bidang pendidikan. Di Malaysia, Kerajaan memberi
peruntukan persekolahan berdasarkan bilangan murid. Menurut Shahril @ Charil
Marzuki (2005), peruntukan wang kerajaan adalah berdasarkan bilangan pelajar
sesebuah sekolah dan tidak menurut keperluan sekolah.
2
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
3.0 LATAR PENGURUSAN PEMBAYARAN
Di Malaysia, penyediaan pendidikan kepada masyarakat merupakan tanggungjawab
utama kerajaan persekutuan. Kerajaan memberi tumpuan yang tinggi terhadap
bidang pendidikan yang merupakan pemacu pembentukan modal insan yang
berinovatif dan berdaya saing menjelang wawasan 2020. Sekolah ialah institusi
awam yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan program pendidikan
negara berlandaskan dasar dan falsafah yang telah ditetapkan. Pembiayaan
pendidikan di Malaysia adalah tanggungjawab kerajaan pusat melalui Kementerian
Pelajaran Malaysia. Pada peringkat sekolah, kerajaan pusat menyalurkan peruntukan
tahunan melalui Jabatan Pelajaran Negeri ataupun melalui Ketua Bahagian
Kementerian Pelajaran Malaysia. Pengurusan kewangan organisasi sekolah adalah
proses penggunaan wang secara optimum supaya organisasi itu dapat mencapai
objektif pendidikan yang ditetapkan. Bagi memastikan objektif ini tercapai PGB perlu
mengurus kewangan sekolah mengikut panduan yang dinyatakan dalam Buku
Panduan Kewangan Sekolah, arahan perbendaharaan, surat-surat pekeliling yang
dikeluarkan oleh bahagian kewangan, Kementerian Pendidikan Malaysia dan Jabatan
Pelajaran Negeri.
Menurut Zaidatol Akmaliah (2000) PGB selaku pentadbir sekolah bertanggungjawab
dalam menentukan pengurusan kewangan sekolah secara cekap dan berkesan.
Manakala, menurut Suriyati Baharin & Suhaida Abdul Kadir (2013) pengurusan
kewangan di sekolah rendah kerajaan melibatkan aspek perancangan, penggunaan
sumber kewangan, penerimaan sumber kewangan, perbelanjaan, perolehan dan
pengurusan asset. Setiap tahun kerajaan Malaysia menyalurkan peruntukan yang
besar untuk menjalankan pelbagai aktiviti dan program sekolah. Hal ini kerana tanpa
peruntukan kewangan, sukar untuk setiap sekolah menjalankan aktiviti-aktiviti dalam
bidang pendidikan. Walau bagaimanapun, kerajaan memberikan bantuan kewangan
sekolah mengikut bilangan murid, bukannya berdasarkan keperluan sekolah.
Mengikut Surat Pekeliling Bilangan 8 tahun 2012 peruntukan bantuan persekolahan
adalah berdasarkan enrolmen murid (Bahagian Kewangan, 2012).
3
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
4.0 DASAR PENGURUSAN KEWANGAN
Kumpulan Wang Sekolah merupakan sejumlah wang yang dipertanggungjawabkan
kepada Pengurus Sekolah untuk diuruskan secara cekap, berkesan dan amanah.
Wang yang dipertanggungjawabkan ini adalah berpunca daripada sumber kerajaan
dan sumber-sumber lain. Wang tersebut hendaklah diuruskan mengikut peraturan
yang telah ditetapkan. Jenis-jenis Kumpulan Wang Sekolah boleh dikategorikan
kepada 3 kumpulan iaitu:
(1) Kumpulan Wang Kerajaan (KWK)
(2) Kumpulan Wang SUWA (KWS)
(3) Kumpulan Wang Asrama ( KWA )
Setiap kumpulan wang diselenggarakan secara berasingan dan satu akaun bank
dibuka bagi setiap kumpulan wang tersebut. Bagi sekolah yang bilangan muridnya
kurang daripada 100 orang dan urusniaganya terlalu sedikit, hanya perlu mempunyai
satu akaun bank bagi menguruskan semua Kumpulan Wang Sekolah.
i. Kumpulan Wang Kerajaan
Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) bertujuan mengakaunkan terimaan dan bayaran
daripada sumber Kerajaan termasuk biasiswa daripada lain-lain agensi kerajaan dan
faedah bank serta dibelanjakan mengikut maksud setiap terimaan kecuali berkaitan
dengan asrama. Sumber kewangan yang diperakaunkan ke dalam KWK termasuklah
Bantuan Persekolahan daripada KPM, Bantuan Biasiswa, Faedah Bank dan
Pemberian lain bagi program khas Kementerian Pelajaran Malaysia dan lain- lain
agensi Kerajaan. Walau bagaimanapun, sumber kewangan KWK adalah tertakluk
kepada pekeliling atau surat edaran yang berkuat kuasa dari semasa ke semasa.
ii. Kumpulan Wang Suwa
Kumpulan Wang SUWA (KWS) bertujuan mengakaunkan terimaan dan bayaran
daripada sumber awam termasuk terimaan daripada murid/pelajar/orang
awam/agensi bukan kerajaan dan faedah bank serta dibelanjakan mengikut maksud
setiap terimaan kecuali berkaitan dengan asrama. Sumber kewangan yang
diperakaunkan ke dalam KWS termasuklah:
(1) Semua kutipan daripada murid/pelajar/ibu bapa/penjaga yang telah mendapat
kelulusan daripada Pendaftar atau bayaran-bayaran yang dibenarkan
mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan
4
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
dan Surat-Surat Siaran berkaitan Bayaran Persekolahan yang masih
berkuatkuasa kecuali yuran PIBG.
(2) Sewa kantin sekolah dan kedai buku sekolah.
(3) Sumbangan daripada kedai buku sekolah/ koperasi sekolah.
(4) Sumbangan daripada orang awam.
(5) Caj yang dikenakan ke atas penggunaan harta dan kemudahan sekolah.
(6) Deposit diterima.
(7) Faedah bank.
(8) Terimaan-terimaan lain yang berkaitan.
Wang SUWA ada pelbagaian kegunaan yang penting iaitu wang yang dikutip khas
untuk sesuatu tujuan apabila pihak sekolah membuat kutipan daripada murid atau
orang awam untuk sesuatu tujuan seperti bayaran tambahan di Sekolah Agama
Bantuan Kerajaan (SABK), Penerbitan Majalah Sekolah, dan lain-lain kutipan yang
diluluskan oleh Pendaftar. Selain daripada itu wang wang dikutip secara am kutipan
seperti sewa kantin, derma am, pendapatan daripada kedai buku sekolah, caj yang
dikenakan ke atas penggunaan harta dan kemudahan sekolah, faedah bank dan
pelbagai merupakan kutipan yang tidak dikhaskan untuk sesuatu tujuan. Wang yang
diterima daripada punca ini boleh digunakan oleh pihak sekolah untuk perbelanjaan
menjalankan aktiviti-aktiviti murid, perbelanjaan membawa murid mendapatkan
rawatan kecemasan, dan perbelanjaan yang memberi manfaat secara langsung
kepada murid. Perbelanjaan selain daripada perkara (a) dan (b) diwajibkan mendapat
kelulusan daripada Ketua ((PTj)) sebelum sebarang perolehan dibuat.
iii. Kumpulan Wang Asrama
Kumpulan Wang Asrama (KWA) bertujuan mengakaunkan terimaan dan bayaran
berkaitan dengan asrama daripada sumber kerajaan dan awam termasuk terimaan
daripada pelajar,orang awam,agensi bukan kerajaan dan faedah bank serta
dibelanjakan mengikut maksud setiap terimaan. Sumber kewangan yang
diperakaunkan di bawah KWA termasuklah:
(1) Bantuan Geran Per Kapita Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun untuk
asrama (LPBT Asrama).
(2) Bantuan Makanan Asrama (BMA)
(3) Bayaran Kokurikulum Asrama (BKKA)
(4) Derma/Sumbangan dari orang ramai/Agensi Kerajaan/Badan Berkanun
(5) Faedah bank
(6) Pelbagai pemberian/kutipan lain berkaitan asrama yang diluluskan oleh
5
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
Pendaftar dan bayaran-bayaran yang dibenarkan mengikut peruntukan Akta
Pendidikan 1996, Peraturan-Peraturan Pendidikan dan surat-surat siaran yang
berkaitan bayaran persekolahan yang masih berkuatkuasa.
Bagi asrama yang disediakan berasingan daripada sekolah (Asrama Pusat), sekolah
yang dilantik oleh Ketua ((PTj)) hendaklah mengurus serta mengendalikan kewangan
dan perakaunan berkaitan dengan KWA. Ketua Warden bertanggungjawab membuat
kutipan bayaran makanan asrama dan pelbagai pemberian/kutipan lain berkaitan
asrama yang dibenarkan mengikut peraturan-peraturan sedia ada.
Pemberian Bantuan Per Kapita ( Per Capita Grant - PCG )
Peruntukan ini hendaklah dibelanjakan pada tahun semasa dan tidak melebihi 10%
daripada jumlah asal PCG yang diterima dalam tahun berkenaan yang dibenarkan
dibawa ke tahun hadapan. Peruntukan ini hendaklah diakaunkan ke dalam Buku
Tunai Kumpulan Wang Kerajaan.
6
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
5.0 PERATURAN PENGURUSAN KEWANGAN
Buku Tunai merupakan dokumen yang sangat penting. Jika Buku Tunai gagal
dikemaskini, PGB tidak akan dapat mengetahui kedudukan kewangan semasa,
kedudukan kewangan sekolah, kutipan yang diterima , penerimaan dan pembayaran
dan sistem kawalan. Penyalahgunaan wang mudah berlaku jika Buku Tunai tidak
dikemaskini setiap masa. PGB mestilah memastikan penyata kewangan di bank
sama dengan baki wang di buku tunai. Mengikut peraturan kewangan, PGB
hendaklah memastikan semua pungutan wang tunai diakaunkan ke dalam buku tunai
dan dimasukkan ke bank. Peraturan ini penting dari segi kawalan dalaman untuk
memastikan semua pungutan telah diakaunkan dengan betul dan sempurna. Wang
belum bank ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori pertama adalah kutipan
yang sudah diterima dan dikeluarkan resit murid tetapi tidak diserahkan ke pejabat
untuk direkodkan dalam Buku Tunai dan dimasukkan ke bank. Kategori kedua pula
adalah kutipan yang telah diserahkan ke pejabat dan dikeluarkan resit pejabat serta
direkodkan dalam Buku Tunai tetapi belum dimasukkan ke bank. Perkara ini berlaku
kerana kurang penyeliaan oleh PGB yang bertanggungjawab. Keadaan ini boleh
memberi ruang kepada penyalahgunaan wang pungutan sekolah. Oleh itu, PGB
hendaklah membuat penyeliaan yang rapi bagi memastikan segala pungutan
diakaunkan dan dibankkan tepat pada masanya.
Pihak sekolah adalah bertanggungjawab bagi memungut, menyimpan selamat dan
mengakaunkan semua terimaan wang sekolah dengan tepat mengikut prosedur.
Memastikan semua perbelanjaan yang dilakukan daripada kumpulan wang sekolah
adalah sahih, tepat, teratur, sah & disokong dengan dokumen sokongan yang
lengkap. Menjawab laporan dan pertanyaan Audit dengan cepat iaitu tidak lewat dari
1 bulan dari tarikh laporan/pertanyaan dialamatkan kepada sekolah. Menyedia dan
mengemukakan semua dokumen dan rekod kewangan kepada BAS untuk
pengauditan, memberi maklumat/ penjelasan yang diperlukan, membenar dan
memberi kerjasama keatas pengauditan atau pemeriksaan. Menyelenggarakan dan
menyimpan akaun dan rekod kewangan sekolah dengan sempurna teratur dan
kemaskini. Menyelenggarakan dan menyimpan akaun dan rekod kewangan sekolah
dengan sempurna teratur dan kemaskini. Mengelakkan sebarang kes penyelewengan
atau penyalahgunaan wang sekolah. Menyediakan penyata kewangan tahunan bagi
tahun berakhir 31 Disember setiap tahun mengikut prinsip perakaunan yang diterima
umum dan mengemukakannya kepada K(PTj)/BAS tidak lewat dari 31 Mac tahun
berikutnya.
7
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
6.0 AKAUNTABILITI, INTEGRITI, KESAMARATAAN, KECUKUPAN DAN
KECEKAPAN
Akauntabiliti merujuk kepada kewajipan penjawat awam dalam menjalankan tugas
yang dipertanggungjawabkan mengikut undang-undang, prosedur dan arahan yang
berkuat kuasa yang ditetapkan. Akauntabiliti penting bagi memastikan tugas-tugas
yang dilaksanakan mencapai objektif yang telah ditetapkan dan tiada pembaziran
yang menjejaskan sumber-sumber awam. Integriti pula dikaitkan dengan nilai-nilai
murni seperti jujur, amanah, telus, tulus, adil dan saksama, berkecuali dan
kebolehpercayaan. Penjawat awam yang mempunyai dan mengamalkan prinsip ini
tidak bersikap mementingkan diri sendiri sebaliknya lebih mengutamakan
kepentingan orang ramai. Prinsip akauntabiliti dan integriti penting dan perlu dihayati
dan dijadikan amalan oleh setiap penjawat awam.
Sekiranya prinsip-prinsip ini tidak dititikberatkan dalam pengurusan kewangan, maka
penyelewengan, salah laku, penipuan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan
mudah berlaku. Prinsip akauntabiliti dan integriti memainkan peranan utama dan
menyumbang ke arah kualiti dan imej sesuatu agensi Kerajaan. Ia juga merupakan
pra syarat bagi mendapatkan keyakinan orang awam ke atas perkhidmatan yang
dilaksanakan oleh Kerajaan. Dalam menentukan akauntabiliti, Pengurus Sekolah
perlu:
a. Mematuhi Akta Tatacara Kewangan 1957,Arahan Perbendaharaan,Pekeliling
dan Surat Pekeliling Perbendaraan, Tatacara Pengurusan Kewangan dan
Perakaunan Kumpulan Wang Sekolah serta arahan- arahan dari KPM.
b. Mewujudkan struktur organisasi yang sesuai dan mengadakan sistem
kawalan dalaman untuk menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.
Dalam pengurusan kewangan tradisional, tiga komponen utama yang perlu diberi
perhatian iaitu belanjawan, pembiayaan dan kawalan termasuk perakaunan, laporan
dan auditan. Selain daripada itu, PGB juga berdepan dengan dua prinsip utama
dalam menjalankan tugasnya iaitu legaliti dan akuntabiliti. Legaliti bermaksud
pengurusan kewangan mestilah mematuhi semua undang-undang dan peraturan
yang digubal olehnya. Legaliti yang terpaksa dipikul oleh seseorang PGB termasuk
terimaan wang awam, simpanan wang awam, pengeluaran wang awam, bayaran
wang awam dan perakaunan wang awam. Akauntabiliti yang bermaksud memikul
amanah untuk menjalankan aktiviti yang ditentukan secara bertanggungjawab atas
kejayaan atau kegagalannya. Aspek yang perlu dipikul oleh PGB ialah:
8
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
i. Akauntabiliti Fiskal – dari segi integriti kewangan, maklumat, pematuhan kepada
undang-undang dan peraturan pentadbiran awam.
ii. Akauntabiliti Pengurusan – dari segi penggunaan tenaga manusia dan
sumber-sumber lain secara cekap dan ekonomik.
iii. Akauntabiliti Program – dari segi impak program, iaitu sama ada sesuatu
program mencapai objektif yang dirancangkan dan opsyen yang terbaik telah
dipilih untuk mencapai objektif berkenaan dengan mengambilkira jumlah kos dan
output (Farzeli Che Mat, 2000).
Zaidatol Akmaliah (2001), menyentuh tentang peranan PGB sebagai pengurus
kewangan. Antara lain beliau menyatakan seperti berikut:
1. Menyediakan anggaran belanjawan.
2. Mengurus tuntutan pembayaran per kapita dan peruntukan-peruntukan yang lain.
3. Menentukan segala kutipan yuran dan sewa serta lain-lain sumber dibuat dengan
sempurna.
4. Mengurus segala perbelanjaan dan pembayaran.
5. Mengurus dan menyempurnakan urusan pembayaran gaji.
6. Mengurus dan menyelenggarakan buku Tunai untuk akaun dana Kerajaan,
akaun Suwa, dan akaun Asrama (jika ada) serta panjar wang runcit.
7. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa atau bantuan
pelajar.
8. Menentukan buku stok diselenggarakan dan dikemas kini.
9. Menentukan tatacara hapuskira stok dibuat dengan sempurna.
10. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang
runcit dan lain-lain.
11. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender atau sebutharga sekolah.
12. Menjadi setiausaha Lembaga Kewangan dan Lembaga Pengurus Sekolah.
13. Berikhtiar mendapatkan punca-punca kewangan sekolah.
14. Pengurusan setiap jenis dana yang ada di sekolah termasuk tatacara dan proses
pungutan wang, pembelian dan pembayaran.
15. Penyelenggaraan buku-buku akaun.
16. Menyelenggara dan menjaga tatacara menyimpan stok atau alatan untuk pusat
sumber, pejabat, makmal, bengkel dan lain-lain.
17. Pengurusan kewangan di kedai buku, kedai koperasi serta tender kantin.
18. Keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh juruaudit akaun sekolah.
9
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
7.0 ISU BERKAITAN DENGAN KEWANGAN
Pengurusan kewangan merupakan satu pengurusan yang memerlukan kecekapan
seseorang PGB untuk menguruskannya. Adi Badiozaman Tuah (2010) menjelaskan
bahawa seseorang PGB bertanggungjawab untuk memenuhi kehendak perundangan
dengan menguruskan kewangan sektor awam. PGB harus bertanggungjawab dalam
memastikan aspek pengurusan kewangan sekolah dijalankan mengikut prosedur dan
peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan melalui surat-surat Pekeliling Kewangan dan
Perakaunan Sekolah, Arahan Perbendaharaan dan Akta Pendidikan 1996 (Mokhtar
Ibrahim , 2008). Ada beberapa isu yang telah dipersoalkan yang berkaitan dengan
Pengurusan Kewangan di sekolah.
Peruntukan wang kerajaan ini adalah berdasarkan bilangan pelajar sesebuah sekolah
ataupun sebagai Bantuan Per Kapita Geran (PCG) bagi mata pelajaran tertentu.
Terdapat mata pelajaran yang mendapat peruntukan PCG yang banyak dan ada
mata pelajaran mendapat kurang peruntukan di bawah PCG. Peruntukan kewangan
diperlukan dalam menyelenggara kemudahan pembelajaran yang dapat menjamin
proses pengajaran dan pembelajaran dengan baik (Alias Mat Saad, Nik Mohd.
Rahimi Nik Yusof & Ruhizan Mohd. Yassin, 2001). Menurut Norsiah Abdul Aziz
(2001), bagi mengatasi masalah seperti ketiadaan peralatan ICT untuk pembelajaran
interaktif, keceriaan sekolah, bilik darjah dan penganjuran program pembangunan
akademik atas inisiatif sekolah. Oleh yang demikian, wujudnya jurang pencapaian
akademik di antara murid-murid di bandar dengan murid-murid di luar bandar.
Mengikut tinjauan, beberapa sekolah didapati kebanyakannya membuat kutipan
yuran seperti yuran kertas ujian, yuran perpustakaan dan yuran sukan kerana tidak
mencukupi bagi menampung perbelanjaan sekolah (Subathiran Ramaloo, 2000).
Dalam kajian kes di salah sebuah sekolah menengah, PGBnya menerima derma
sebanyak RM 1500.00 setiap tahun dari PIBG untuk menganjurkan sukan tahunan
sekolah. Bagi menampung perbelanjaan, sekolah dibenarkan membuat kutipan yuran
khas. Namun demikian, kebanyakan sekolah menghadapi masalah yang sama iaitu
masalah dalam kutipan yuran sekolah. Kebanyakan sekolah tidak berjaya mengutip
semua yuran khas dari semua pelajarnya (Loo Bee Lin, 1999). Beberapa PGB
menyatakan di antara sebab-sebabnya adalah keadaan ibu bapa yang kadang kala
mempunyai bilangan anak bersekolah yang ramai. Sekolah terpaksa bergantung
kepada sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).
10
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
Seperti yang kita sedia maklum kebanyakan PGB tidak mengikut prosedur pembelian.
Dalam membuat pemilihan pembekal, ia perlu dibuktikan dengan keputusan
Jawatankuasa Kewangan Sekolah dan ia perlu bukti berdasarkan sebut harga antara
pembekal dan dapat memenuhi tempahan dengan sempurna. Dalam tatacara
pembelian, setiap pembelian perlu dibuat melalui penyenaraian barangan dan perlu
dibuat dalam buku Pesanan Tempahan bagi setiap pembelian melebihi RM50.00
(Kementerian Pelajaran Malaysia: 2020). Ini perlu sebagai bukti yang menyokong
sekiranya timbul sebarang keraguan dari segi kualiti barang, nama barang, harga dan
tempoh khidmat pembekal. Namun begitu ada PGB yang mengingkari arahan dengan
membuat pembelian secara tunai tanpa mengisi buku ‘Local Order’ (LO) terlebih
dahulu. Malah kebanyakan PGB mengisi buku LO setelah pembelian dibuat. Sikap
PGB yang tidak membuat semakan ke atas barang yang dipesan samada betul atau
tidak juga menjadi isu dalam pengurusan pembelian dan pesanan.
Masalah utama ini adalah guru melakukan pembelian tanpa mengikut tatacara
pembelian. Sebagai contoh, terdapat guru yang membuat pembelian barang atau
peralatan tanpa menggunakan borang pesanan dan ada juga yang mengisi borang
pesanan selepas beberapa bulan. Selain itu , terdapat juga guru yang mengutip yuran
khas dari pelajar tetapi tidak menyerahkan wang kutipan kepada pihak sekolah.
Masalah ini biasa berlaku di sekolah-sekolah rendah yang kecil di luar Bandar, kerana
ketiadaan kerani kewangan. Sebaliknya, PGB terpaksa melakukan kerja kerani
kewangan. Masalah ini bertambah rumit apabila PGB atau PGB tidak mempunyai
kemahiran dan pengetahuan dalam pengurusan kewangan sekolah terutamanya
PGB yang baru dilantik dan belum pernah menghadiri kursus pengurusan kewangan
(Abdul Rahim Affandi, 2003).
Selain itu, terdapat kerani di sebuah sekolah yang dinaik taraf sebagai (PTj) mengadu
beliau terpaksa menguruskan banyak akaun sekolah iaitu wang SUWA, wang
kerajaan, peruntukan pendidikan khas, akaun asrama dan akaun (PTj). Masalah ini
biasanya berlaku di Sabah dan Sarawak di mana peruntukan wang kerajaan di
sekolah diurus oleh Pejabat Pelajaran Daerah yang bertindak sebagai (PTj). Oleh itu,
segala pembelian barang keperluan sekolah perlu melalui PPD yang mewujudkan
sistem pembelian melalui kontrak pusat (Liong Shou Chuan, 2005). Tinjauan
daripada kajian yang pernah dijalankan menunjukkan pengurusan kewangan yang
kurang mahir adalah salah satu masalah utama dalam pengurusan kewangan
sekolah dalam kalangan sekolah di Malaysia (Mohd Mahmod, 2007). Hal ini akan
merugikan sumber kewangan sekolah yang tidak dapat diuruskan dengan cekap.
11
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
Terdapat juga PGB ataupun kerani lama tetapi masih belum mempunyai kemahiran
dalam pengurusan kewangan sekolah. Akibatnya, terdapat masalah seperti rekod
kewangan yang tidak lengkap dan perbelanjaan dilakukan tanpa mengambil kira baki
peruntukan (Abdul Rahim Affandi, 2003). Masalah AP 58 biasanya banyak dihadapi
oleh sekolah bertaraf (PTj). Ini disebabkan sekolah membuat pembelian manakala
proses pembayaran dibuat oleh Akauntan Negara. Kelewatan sekolah dalam
menguruskan pembelian ataupun mengemukakan baucar pembelian berserta LO dan
sijil akaun penerimaan yang agak lewat di akhir tahun menyebabkan proses
pembayaran tidak dapat dilaksanakan dengan menggunakan peruntukan tahun
semasa (Azizah Hassan , 2004). Oleh itu, PGB perlu mengisi borang AP 58 bagi
membolehkan pembayaran dibuat dengan menggunakan peruntukan kewangan
sekolah di masa akan datang. Ini menunjukkan ketidakcekapan PGB dalam
pengurusan kewangan sekolah.
Terdapat sekolah yang bertaraf Pusat Tanggungjawab ((PTj)) diberi peruntukan
sebanyak RM10,000 setahun bagi penyelenggaraan sekolah terutama bagi kerja
yang melibatkan penyelenggaraan kecil-kecilan (Azizah Hassan, 2004).
Bagaimanapun, sekolah yang bukan bertaraf (PTj) tidak diberi peruntukan
penyelenggaraan seperti mana sekolah bertaraf (PTj). Ada beberapa cadangan bagi
mengatasi isu kewangan dan masalah pengurusan kewangan ini iaitu Kerani
kewangan diwajibkan bagi setiap sekolah, menambah pembekal bagi di bawah
kontrak pusat dan kelonggaran memperoleh barangan dari pembekal lain, dan
Pemberian peruntukan penyelenggaraan bagi sekolah bukan (PTj). Pengurusan
kewangan adalah salah satu aspek yang penting dalam pengurusan sekolah di
negara kita kerana pengurusan kewangan yang tidak cekap dapat menimbulkan
banyak masalah. Selain dari menggangu pengurusan sekolah ia turut menjejaskan
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Oleh hal yang demikian, pengurus sekolah
perlu mengambil tindakan yang tegas bagi memastikan supaya pengurusan
kewangan sekolah dapat dilaksanakan dengan berkesan.
12
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
PENGURUSAN KEWANGAN DI SEKOLAH RENDAH KERAJAAN LUAR
BANDAR DI BAHAGIAN SIBU, SARAWAK: KAJIAN KES
Raymond Galan
Willy Anak Thomas Mundam
Fakulti Pengurusan Dan Ekonomi
Universiti Pendidikan Sultan Idris
[email protected]
[email protected]
13
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
8.0 KAJIAN KES
8.1 Pengenalan
Sekolah merupakan institusi pendidikan yang dipertanggungjawabkan khas untuk
melaksanakan program-program pendidikan berlandaskan kepada dasar dan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) yang telah ditetapkan oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia (KPM). KPM telah melancarkan Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) (2006-2010) yang telah menggariskan enam teras strategik bagi
melahirkan modal insan yang cemerlang, produktif dan kreatif ke arah membantu misi
nasional menjadikan Malaysia sebuah negara yang berstatus maju. Enam teras
tersebut adalah; membina negara bangsa, membangunkan modal insan,
memperkasa sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan
profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan di Malaysia.
Sebagai sebuah institusi pendidikan yang terletak di bawah KPM, pengurusan aset
dan kewangan di sekolah tertakluk kepada peruntukan yang terdapat dalam Akta
Tatacara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan, Peraturan-Peraturan Pendidikan
(Akaun dan Audit) 2002 di bawah Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) serta peraturan
kewangan yang sedang berkuatkuasa. Pengurusan kewangan yang cekap dan
berkesan di sekolah merupakan salah satu elemen yang sangat penting dalam
pengurusan sekolah untuk membentuk budaya sekolah cemerlang. Menurut Zaidatol
Akmaliah (2000), pengetua dan PGB selaku pentadbir di sekolah merupakan individu
yang bertanggungjawab bagi mempertingkatkan akauntabiliti dan kecekapan dalam
menguruskan kewangan dan perakaunan kumpulan wang sekolah. Pengetua dan
PGB merupakan pengurus sekolah yang dilantik oleh KPM dan mempunyai
akauntabiliti terhadap pengurusan kewangan di sekolah.
Menurut Suriyati Baharin & Suhaida Abdul Kadir (2013), pengurusan kewangan di
sekolah rendah kerajaan melibatkan aspek perancangan perbelanjaan, perbelanjaan
sumber kewangan, penerimaan sumber kewangan, perolehan dan pengurusan aset
sekolah. Berdasarkan kepada Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8 Tahun 2012,
peruntukan bantuan kewangan ke sekolah adalah berdasarkan per kapita dan
enrolmen murid. Peruntukan kewangan ini merangkumi; Bantuan Geran Per Kapita
(PCG), Yuran Khas Sekolah (YKS), Bantuan Kokurikulum Pra Sekolah (BKKP),
Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKP), Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA),
Bantuan Sukan Sekolah (BSS), Bantuan Makanan Prasekolah (BMP), Bantuan
Makanan Asrama (BMA) dan Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP).
14
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
8.2 Pernyataan Masalah
Setiap tahun, sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan menerima sejumlah
peruntukan kewangan untuk tujuan pengurusan di sekolah. Menurut Dzuwati Harun,
Mohd farid Hassan & Mohd Yusri Ismail (2012), KPM memperuntukkan Bantuan PCG
kepada semua murid warganegara Malaysia yang menuntut di sekolah kerajaan atau
sekolah bantuan kerajaan. Pernyataan masalah yang dikemukakan ini berdasarkan
kepada sekolah yang terletak di kawasan luar bandar, bahagian Sibu. Melalui
kajian-kajian terdahulu yang telah dijalankan di sekolah rendah, sekolah menengah
dan sekolah berasrama telah menunjukkan bahawa kesemua kajian menghadapi isu
dan pernyataan masalah yang lebih kurang sama iaitu; peruntukan kewangan yang
tidak mencukupi, kutipan yuran (SUWA) dan khas, pembelian tidak mengikut
prosedur, kekurangan pegawai kerani kewangan, masalah kontrak pusat dan
pengurusan kewangan yang kurang mahir.
Sekolah rendah di luar bandar juga dikenali sebagai sekolah kurang murid (SKM)
(Zainudin Abu Bakar, 2010). Bilangan peruntukan yang diterima oleh sekolah kategori
SKM tidak banyak kerana enrolmen murid yang tidak ramai. Peruntukan yang tidak
mencukupi ini merupakan masalah utama yang dihadapi oleh sekolah di kawasan
luar bandar dalam pengurusan kewangan sekolah yang cekap dan berkesan.
Menurut Sharil Marzuki (2008), penerimaan peruntukan kewangan yang tidak cukup
atau kurang di sekolah menyebabkan pengetua dan PGB tidak dapat membuat
perbelanjaan sebagaimana yang dirancang. Untuk mengatasi masalah ini mereka
perlu menilai semula belanjawan untuk memastikan kelancaran pengurusan
kewangan dapat dijalankan di sekolah. Peruntukan PCG mata pelajaran mata
pelajaran teras, wajib, tambahan dan elektif kebiasaannya mendapat lebih
peruntukan berbanding PCG bukan mata pelajaran (Azizah Hassan, 2004).
Selain daripada itu, didapati juga Lain Peruntukan Berulang Tahun (LPBT) dan Lain
Peruntukan Khas (LPK) juga tidak mencukupi untuk menjelaskan bil utiliti,
perbelanjaan pejabat, alat tulis dan bekalan sekolah kerana faktor kenaikan harga
barang setiap tahun. Menurut Sharil Marzuki (2008), peruntukan dan pemberian KPM
adalah pada kadar yang tetap setiap tahun namun kos operasi semakin bertambah
setiap tahun. Oleh yang demikian, Pengetua atau PGB (PGB) terpaksa mencari
sumber kewangan yang lain bagi menampung kekurangan tersebut. Langkah
pengurangan dan pembatalan perbelanjaan dilihat sebagai cara yang ideal bagi
pengurus sekolah untuk mengatasi isu tersebut.
15
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
Di samping itu juga, sekolah didapati turut menghadapi masalah dalam urusan
kutipan akaun wang SUWA. Dalam kajian Subathiran Ramaloo (2000), kebanyakan
kutipan yuran seperti; yuran kertas ujian, yuran perpustakaan, yuran kokurikulum
tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mengurus. Penilaian semula sering
dilakukan oleh PGB untuk mengimbangkan perbelanjaan agar sekolah dapat
meneruskan operasi demi kepentingan murid-murid. Bagi menampung perbelanjaan,
sekolah dibenarkan untuk mengutip yuran khas namun kelewatan pembayaran yuran
tersebut merupakan isu yang terpaksa dihadapi oleh pengurus sekolah. Ibu bapa
yang mempunyai jumlah tanggungan yang ramai didapati sering menangguhkan
pembayaran yuran kerana faktor sosio ekonomi. Kebanyakan sekolah tidak berjaya
mengutip semua yuran khas daripada semua pelajarnya (Loo Bee Lin, 1999).
PGB telah diberikan akauntabiliti oleh KPM untuk menjadi pemegang amanah dan
pengurus sekolah dalam perbelanjaan dana sekolah. Kerana inilah, PGB perlu
mewujudkan Jawatankuasa Kewangan Sekolah. Namun, perkara sebaliknya berlaku
apabila PGB tidak mengikut prosedur tatacara pembelian yang betul. Jawatankuasa
Kewangan tidak dimaklumkan dan wujudnya keraguan dari segi kualiti, kuantiti dan
harga. Pembelian berdasarkan keputusan tanpa jawatankuasa dan tanpa penilaian
akan mewujudkan pembaziran dana kerajaan (Shahril Marzuki, 2005). Selain
daripada itu, didapati juga PGB dan guru; tidak mengisi Local Order (LO) sebelum
pembelian dibuat, tidak mengisi borang pesanan sebelum melakukan pembelian,
tidak membuat semakan ke atas barangan yang diterima daripada pembekal dan
tidak menyerahkan resit dan invois pada tarikh yang telah ditetapkan.
Ketiadaan kerani kewangan yang bertauliah di sekolah luar bandar juga
menyebabkan isu pengurusan pembayaran berlaku. PGB terpaksa melantik staff
yang tiada pengalaman dalam bidang kewangan dan perakaunan untuk
menggantikan tugas pengkeranian di sekolah. Masalah ini bertambah rumit apabila
PGB tidak mempunyai kemahiran dan pengetahuan dalam pengurusan kewangan
sekolah kerana baru dilantik. Menurut Abdul Rahim Affandi (2003), PGB yang
menghadapi masalah dalam pengurusan kewangan merupakan PGB yang baru
dilantik dan belum pernah mengikuti kursus pengurusan kewangan. Di samping itu,
sekolah di Sabah dan Sarawak tidak dibenarkan untuk membuat pembelian dari
syarikat yang tidak tersenarai dengan kontrak pusat. Lantaran daripada ini, terdapat
pembelian yang tidak menepati kriteria dari segi kualiti, kuantiti dan harga dari
pembekal semasa pembelian dibuat kerana peruntukan wang kerajaan diuruskan
oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) yang bertindak sebagai PTJ.
16
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
8.3 Tujuan Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti sumber kewangan dari segi peruntukan
bagi sebuah sekolah rendah di luar bandar bahagian Sibu yang mendapat
peruntukan kewangan daripada KPM. Kajian ini juga bertujuan untuk mengenal pasti
kemahiran dan pengetahuan PGB dalam pengurusan kewangan. Seterusnya,
pengkaji ingin mengenal pasti apakah isu-isu lain yang berkaitan dalam pengurusan
kewangan di sekolah.
8.4 Objektif Kajian
Kajian ini dilaksanakan untuk untuk mencapai objektif berikut:
1. Mengenal pasti sumber kewangan dari segi peruntukan bagi sebuah sekolah
rendah di luar bandar bahagian Sibu.
2. Mengenal pasti kemahiran dan pengetahuan pengurus sekolah dalam
pengurusan kewangan sebuah sekolah rendah di luar bandar bahagian Sibu.
3. Mengenal pasti isu-isu yang berkaitan dalam pengurusan kewangan di sebuah
sekolah rendah di luar bandar bahagian Sibu.
17
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
8.5 METADOLOGI KAJIAN
8.5.1 Pengenalan
Dalam kajian kes ini, pengkaji telah memilih kaedah penyelidikan kualitatif. Selain
daripada itu, pengkaji mendapatkan maklumat-maklumat tambahan berkaitan dengan
tajuk kajian daripada perpustakaan, dokumentasi dan laman web.
8.5.2 Lokasi Kajian
Kajian ini dijalankan di Sekolah Kebangsaan Batu 15, Sibu yang terletak di bahagian
Sibu. Sekolah ini merupakan sebuah sekolah yang dikategorikan sebagai sekolah
luar bandar. Sekolah ini mengamalkan satu sesi persekolahan sahaja iaitu sesi pagi.
Pada tahun 2020, SK Batu 15 mempunyai seramai 247 murid lelaki dan 271 murid
perempuan dan jumlah keseluruhan murid adalah 518 orang. Jumlah guru adalah
sebanyak 42 orang dan Ahli Kumpulan Pelaksana (AKP) pula adalah seramai 14
orang. Ini menjadikan jumlah staff keseluruhan adalah 56 orang. Bagi taburan
demografi murid, 160 (27.53%) orang murid adalah anak tentera yang bertugas di
Kem 3 Renjer Batu 14 manakala 421 (72.46%) orang murid terdiri daripada anak
penduduk tempatan dari kawasan Batu 11 sehinggalah ke kawasan Batu 21. SK Batu
15 merupakan sekolah berasrama dan bilangan murid yang tinggal di asrama adalah
seramai 48 orang. Jadual 1 menunjukkan bilangan murid mengikut tahun di SK Batu
15, Sibu.
Jadual 1: Bilangan Murid Mengikut Tahun
Tahap Tahun Bilangan
Pra Sekolah Pra 1&2 46
Tahun 1-3 180
Tahap 1 Tahun 4-6 292
Tahap 2 518
Jumlah
Sumber: Unit Hal Ehwal Murid SK Batu 15
8.5.3 Reka Bentuk Kajian
Kajian ini merupakan kajian kes, pengkaji telah menggunakan kajian secara
pendekatan kualitatif. Menurut Locke & Golden-Biddle (2004), kajian kualitatif sesuai
digunakan untuk; kajian tindakan, kajian kes, kajian etnografi dan ‘gounded theory’.
Kajian kes ini bertujuan untuk mengenal pasti pengurusan kewangan di sekolah
rendah yang terletak di luar bandar bahagian Sibu. Kaedah pengumpulan data dibuat
melalui temu bual, pemerhatian dan analisis data.
18
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
8.5.4 Sampel Kajian
Kajian ini hanya melibatkan satu sampel daripada 16 buah sekolah rendah di
bahagian Sibu yang terletak di luar bandar. Kajian ini merupakan kajian kes,
pemilihan sebuah sekolah rendah kerajaan adalah bersesuaian dengan konteks
kajian. Menurut Locke & Golden-Biddle (2004), pemilihan seorang responden boleh
dijustifikasikan mengikut kepentingan tajuk kajian. Responden bagi kajian ini adalah
seorang PGB sekolah rendah di luar bandar bahagian Sibu. Sampel kajian ini
merupakan sebuah sekolah rendah kerajaan di luar bandar dan bertaraf bukan Pusat
Tanggungjawab (PTj). Sekolah ini mendapat peruntukan kewangan dari KPM dalam
bentuk Bantuan Geran Per Kapita (PCG)..
8.5.6 Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan kaedah triangulasi dengan menggunakan temu bual, analisis
dokumen dan pemerhatian sebagai instrumen kajian. Penggunaan lebih daripada
satu kaedah pengumpulan data dapat memperkukuhkan kesahan kajian yang akan
dijalankan (Noraini Idris, 2010). Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan data
kualitatif untuk mengenal pasti sumber kewangan sekolah, pengetahuan dan
kemahiran pengurus sekolah dalam pengurusan kewangan dan isu-isu yang
berkaitan dalam pengurusan kewangan sekolah.
8.5.7 Temu Bual
Dalam kajian ini, temu bual telah dijalankan terhadap responden untuk mendapatkan
maklumat mengenai; sejarah sekolah, bilangan guru dan AKP, bilangan murid dan
pengurusan kewangan di sekolah. Menurut Noraini Idris (2010), temu bual penting
untuk memahami persoalan, proses dan situasi yang ingin diselidik. Seterusnya
Kadushin (1993) pula menjelaskan temu bual bermaksud perbualan yang mempunyai
matlamat. Setiap temu bual yang dilakukan bersama responden kajian adalah
bertujuan untuk mendapatkan pengakuan atau kenyataan lisan secara jujur dan
benar daripada responden.
Pengkaji telah menjalankan temu bual semi-struktur bagi mendapatkan maklumat
tambahan daripada beberapa aspek yang kurang jelas atau kurang menjawab soalan
kajian bagi maksud ‘in-depth’ (mendalam). Pengkaji telah mengemukakan
soalan-soalan tambahan semasa sesi temu bual dilakukan selepas melihat
19
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
perkembangan jawapan responden untuk meminta penjelasan yang lebih mendalam
berkaitan dengan objektif kajian pengkaji. Pengkaji telah meminta kebenaran untuk
dari PGB terlebih dahulu sebelum sesi temu bual dijalankan.
8.5.8 Pemerhatian
Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan kaedah pemerhatian membuat catatan
tambahan semasa sesi temu bual bagi melihat aspek gerak geri, bahasa badan dan
reaksi semasa menjawab soalan temu bual. Menurut Noraini Idris (2010),
pemerhatian juga dilakukan dalam aspek gerak geri, komunikasi badan dan mimik
muka semasa sesi temu bual. Selain daripada itu, pemerhatian juga dapat
memberikan pandangan yang jelas tentang amalan PGB dalam mengurus kewangan
sekolah (Marzita Abu Bakar, 2010). Pemerhatian juga dijalankan apabila pengkaji
melihat aktiviti pengurus sekolah dalam pengurusan kewangan di sekolah.
8.5.9 Analisis Dokumen
Pengkaji juga telah membuat semakan dokumen untuk menjawab soalan kajian bagi
mengukuhkan kesahan dan kebolehpercayaan data kajian. Analisis dokumen adalah
penting bagi membuat triangulasi antara kaedah pengumpulan data dalam kajian
pengkaji kerana ianya dapat menyokong bukti daripada pelbagai sumber bagi
membantu mengesahkan dapatan data kajian melalui temu bual. Analisis dokumen
menjadi data asas kajian dan perlu dianalisis dengan teliti dan secara kualitatif
(Noraini Idris, 2010). Analisi dokumen pengkaji dalam kajian ini adalah daripada Buku
Tunai dan Penyata Kewangan Bank yang melibatkan rekod pengurusan kewangan di
sekolah.
20
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
8.6 ANALISIS DAPATAN KAJIAN
8.6.1 Pengekodan Data
Jadual 2: Pengekodan Data Temu Bual Responden KOD
RESPONS
Soalan 3 …bolehkan tuan menerangkan sumber kewangan yang
diterima daripada sekolah ini?
Responden SK Batu 15 menerima peruntukan PCG Mata pelajaran
sebanyak RM 24856.00, PCG Bukan Mata Pelajaran
1
sebanyak RM 31880.00, PCG Asrama sebanyak RM 2880.00
dan Bantuan Per Kapita Pra Sekolah sebanyak RM
4600.00..peruntukan SK Batu 15 datang daripada KPM
secara lansung dan sekolah ini bukan bertaraf (PTj) kerana
setiap urusan pembelian dan pembayaran adalah melalui
Pejabat Pelajaran Daerah Sibu yang bertindak sebagai (PTj)
Pusat Tanggungjawab.
Soalan 3 Selain daripada itu, adakah terdapat sumber kewangan lain
(Tambahan) yang turut diperolehi oleh SK Batu 15?
Responden Ya..selain dari itu..sekolah juga menerima Bantuan
Kokurikulum Pra Sekolah (BKKP) sebanyak RM 1150.00, 1
Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) sebanyak RM 3776.00, 1
Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA) sebanyak RM 720.00,
Bantuan Sukan Sekolah (BSS) sebanyak RM 1888.00,
Bantuan Makanan Pra Sekolah (BMP) sebanyak RM
18,860.00, Bantuan Makanan Asrama (BMA) sebanyak RM
96000.00 untuk Bekalan Makanan Mentah dan Bantuan
Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) iaitu sebanyak RM
24.50 yang ditanggung oleh KPM mengikut enrolmen
murid..kesemua bantuan ini adalah secara lansung dari
KPM..selain daripada itu..sekolah juga mendapat sumber
kewangan daripada Yuran PIBG dimana hanya seorang
pelajar dari satu keluarga membayar Yuran PIBG berjumlah
RM 10.00
Soalan 4 Adakah SK Batu 15 menerima sumber kewangan daripada
pihak luar?
Responden Sekolah ada menerima bantuan untuk pembayaran 1
Tuisyen Pelajar Tahun 6 daripada ADUN Nangka untuk
Program Pembangunan Pendidikan Sekolah dari YB Dr. Anuar
Rapie namun ianya ditanggung sepenuhnya oleh pihak DUN
Nangka.
Soalan 5 Adakah tuan pernah menerima pendedahan..kursus atau
bengkel mengenai pengurusan kewangan sebelum ini?
Responden Saya pernah mengikuti kelas pengurusan kewangan 2
21
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
semasa menjalani latihan (NPQEL) di INTAN, Kuching sebagai
syarat kelayakan untuk memohon jawatan PGB namun saya
merasakan pengurusan kewangan lebih susah dari yang saya
jangkakan di sekolah..maksud saya apakah situasi sebenar
berlaku di sekolah
Soalan 7 Adakah pihak PPD menyediakan bengkel..seminar atau
kursus untuk menguruskan kewangan di sekolah?
Responden Pihak PPD akan mengadakan Bengkel Kewangan 2
Pentadbir dan Pegawai Tadbir (PT) setiap bulan Jun dan
Oktober bagi melihat perkembangan urusan kewangan di
sekolah. Seminar hanya dijalankan secara berpusat di
Kuching dan kebiasaannya hanya dihadiri oleh Pegawai
Tadbir (PT).
Soalan 7 Adakah tuan merasakan bengkel..seminar atau kursus untuk
(Tambahan) pengurusan kewangan di sekolah perlu diadakan untuk
guru-guru?
Responden Ini merupakan cadangan yang baik..guru-guru perlu tahu 2
apakah prosedur pengurusan kewangan yang betul agar 2
tidak timbul isu dalam perbelanjaan peruntukan PCG di
sekolah. Guru-guru patut didedahkan dengan pengurusan
kewangan.
Soalan 8 Adakah terdapat masalah dalam urusan perbelanjaan
peruntukan PCG sebelum ini di SK Batu 15?
Responden Taklimat mengenai peruntukan PCG tahunan sekolah akan
diadakan pada Mesyuarat Staff bagi menjelaskan jumlah 3
peratusan yang diterima setiap panitia mata pelajaran..namun 3
setelah perbelanjaan dilakukan..terdapat guru yang 3
berbelanja melebihi peruntukan..malah ada yang guru 3
yang membuat pembelian tanpa mengisi borang pesanan
(LO)..ada juga guru yang langsung tidak membuat
pesanan selaku ketua panitia kerana terlupa..malah ada
juga guru tidak membuat semakan dan rekod penerimaan
ke atas barangan yang dihantar oleh pembekal..ini
merupakan isu utama dalam perbelanjaan peruntukan PCG
sekolah.
Soalan 9 Adakah terdapat isu-isu lain dalam pengurusan kewangan di
SK Batu 15?
Responden Isu-isu lain yang timbul adalah daripada pihak pembekal itu
sendiri..ramai daripada guru menyatakan barangan yang 3
diterima dari pembekal tidak mengikut spesifikasi dan
kualiti tetapi kos pembelian kekal sama dalam borang 3
pesanan..alasan yang diberikan adalah baranga yang dipesan 3
tidak ada stok semasa dan terpaksa digantikan dengan stok
sedia ada..pembekal ini pula merupakan pembekal yang
dilantik oleh PPD dan bukannya pihak sekolah..sekolah ini
bukan bertaraf (PTj) dan sebarang urusan pembelian dan
pembayaran adalah melalui PPD..selain dari itu ada juga kes
22
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
dimana pembekal terlewat membekalkan barangan yang
diminta sedangkan keperluan untuk menggunakannya amat
mendesak contohnya bagi keperluan alat tulis dan pejabat..isu
ini yang kita perlu hadapi setiap tahun.
Soalan 9 Adakah tuan pernah mengutarakan masalah ini kepada pihak
(Tambahan) PPD untuk tindakan seterusnya?
Responden Saya pernah bertanya..mengapa..kenapa hal ini
berlaku..jawapan yang diterima adalah masalah pembayaran 3
lewat PPD kepada pembekal merupakan punca
mengapakah hal ini berlaku..pembekal tidak mahu 1
menghantar barangan ke sekolah sebelum pembayaran 2
3
dilakukan..kelewatan ini berlaku kerana peruntukan dari 3
pusat iaitu KPM belum lagi diterima oleh PPD..dan ini
merupakan luar bidang kuasa PPD..kita kena akurlah.
Soalan 10 Apakah pandangan tuan mengenai cadangan
penambahbaikan pengurusan kewangan di SK Batu 15?
Responden Saya merasakan jumlah peruntukan PCG yang diterima
dari KPM dapat ditingkatkan kerana kita sedia maklum ianya
sangat penting dalam merancang perbelanjaan melibatkan
keperluan murid-murid di sekolah bagi peningkatan akademik
sekolah ini..sudah agak lama juga jumlah peruntukan ini tidak
dikaji semula rasanya..pihak JPN dan PPD pula harus
memperluaskan bengkel atau kursus melibatkan
pengurusan kewangan kepada guru-guru di sekolah agar
mereka lebih peka terhadap pengurusan kewangan di
sekolah..mana tahu suatu hari nanti mereka juga akan
menjadi pentadbir seperti saya..saya juga berharap
sekolah-sekolah di luar bandar dapat ditukar kepada
status sekolah (PTj) untuk memudahkan perbelanjaan
mengurus dilakukan..pihak PPD juga harus memantau
pembekal yang bermasalah agar tiada isu yang timbul
dalam urusan pesanan, pembelian dan pembayaran di sekolah
kerana setiap sen yang dibelanjakan adalah amanah yang kita
pegang selaku pengurus di sekolah.
8.6.2 Penentuan Kod
Jadual 3: Penentuan Kod Data Temu Bual Responden
PENENTUAN KOD KEKERAPAN
1 Sumber Kewangan 5
2 Kemahiran Pengurusan Kewangan 5
3 Isu-Isu Pengurusan Kewangan 9
23
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
8.6.3 Peruntukan Geran SK Batu 15
Jadual 4: Peruntukan Kewangan SK Batu 15
PERUNTUKAN KATEGORI JUMLAH MURID JUMLAH
PCG Mata Pelajaran Teras 472 RM 6676.00
472 RM 944.00
Bahasa Asing 472 RM 14384.00
Wajib 292 RM 2852.00
Tambahan
PCG Bukan Mata Pelajaran PSS 472 RM 8664.00
B&K 472 RM 2916.00
LPBT/LPK Sekolah 472 RM 17412.0
PCG Asrama LPBT/LPK Asrama 48 RM 2880.00
Bantuan Per Kapita Pra Sekolah 46 RM 4600.00
JUMLAH GERAN SK BATU 15 RM 61336.00
Sumber: Unit Pentadbiran SK Batu 15
24
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
8.7 DAPATAN KAJIAN
Merujuk kepada analisis data kajian, responden merupakan seorang PGB lelaki di
sekolah rendah kebangsaan yang terletak di luar bandar. Responden mempunyai
ijazah sarjana muda pendidikan Matematik dari Open University Malaysia (OUM).
Berdasarkan analisis data kajian di Jadual 2, responden menyatakan bahawa sumber
kewangan utama di SK Batu 15 adalah Bantuan Geran Per Kapita (PCG) yang
diperolehi terus daripada pihak KPM melalui PPD Sibu yang bertanggungjawab
sebagai Pusat Tanggungjawab (PTj). PCG merupakan bantuan kewangan yang
diperuntukkan kepada setiap murid yang bersekolah di SK Batu 15. Responden juga
menyatakan bahawa SK Batu 15 merupakan sekolah yang bukan bertaraf (PTj) dan
setiap urusan pembayaran kewangan adalah melalui PPD Sibu.
Hasil dari analisis data kajian juga menunjukkan bahawa Responden mempunyai
pengalaman selama 31 berkhidmat dalam dunia pendidikan dan pernah mengikuti
Kursus Pengurusan Kewangan di INTAN, Kuching semasa menjalani Kursus NPQEL
(National Professional Qualification for Educational Leaders) pada tahun 2008.
Responden menyatakan bahawa PCG yang diterima oleh SK Batu 15 terbahagi
kepada 3 iaitu; PCG Mata Pelajaran yang berjumlah RM 24856.00, PCG Bukan Mata
Pelajaran yang berjumlah RM 28,992.00 manakala PCG Asrama yang berjumlah RM
2880.00 dan menjadikan keseluruhan Bantuan PCG adalah berjumlah RM 61336.00
Responden juga menyatakan selain daripada Bantuan Geran Per Kapita (PCG), SK
Batu 15 juga mendapat sumber kewangan daripada Yuran PIBG yang berjumlah RM
3210.00 namun ianya tidak dapat menampung perbelanjaan mengurus sekolah
secara keseluruhannya.
Selain daripada itu, SK Batu 15 juga turut menerima Bantuan Kokurikulum Pra
Sekolah (BKKP) sebanyak RM 1150.00, Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK)
sebanyak RM 3776.00, Bantuan Kokurikulum Asrama (BKKA) sebanyak RM 720.00,
Bantuan Sukan Sekolah (BSS) sebanyak RM 1888.00, Bantuan Makanan Pra
Sekolah (BMP) sebanyak RM 18,860.00, Bantuan Makanan Asrama (BMA) sebanyak
RM 96000.00 untuk Bekalan Makanan Mentah dan Bantuan Bayaran Tambahan
Persekolahan (BBTP) iaitu sebanyak RM 24.50 yang ditanggung oleh KPM mengikut
enrolmen murid. Walaupun responden menyatakan terdapat bantuan diterima dari
pihak 3RRD iaitu tentera namun bantuan itu bukanlah dalam bentuk kewangan.
Bantuan yang dimaksudkan adalah dalam bentuk peralatan pembelajaran dan baik
pulih atau naik taraf fizikal sekolah.
25
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
Dapatan analisis dokumen pula menunjukkan SK Batu 15 mempunyai tiga Kumpulan
Wang Sekolah iaitu:
a) Kumpulan Wang Kerajaan (KWK)
b) Kumpulan Wang Suwa (KWS)
c) Kumpulan Wang Asrama (KWA)
Urusan kewangan KWK yang melibatkan sumber kewangan dari KPM seperti;
Bantuan Persekolahan, Bantuan Biasiswa, Faedah Bank dan Pemberian Program
Khas telah direkod dengan teliti di Buku Tunai. Pengkaji juga mendapati bahawa
responden telah melaksanakan tanggungjawab sebagai pengurus sekolah apabila
beliau telah merancang, mengurus, mengawal dan menentukan pengurusan
kewangan di SK Batu 15. Responden juga turut dibantu seorang Pegawai Tadbir (PT)
Kewangan yang berpengalaman luas dalam pengurusan kewangan di sekolah.
Pemerhatian yang dijalankan pengkaji juga menunjukkan bahawa responden turut
mempunyai Carta Organisasi untuk Jawatankuasa Kewangan di SK Batu 15. Analisis
dokumen juga menunjukkan bahawa setiap Minit Mesyuarat berkaitan dengan
kewangan telah difailkan di Fail Kewangan dan disimpan pada kabinet tertutup di
pejabat.
Pengkaji juga mendapati bahawa responden telah memaklumkan mengenai Bantuan
Geran Per Kapita (PCG) yang diperolehi terus daripada pihak KPM kepada para
guru-guru pada Mesyuarat Staff Bilangan 2/2020. Guru-guru telah dimaklumkan
bahawa agihan peruntukan PCG Mata Pelajaran dibuat mengikut peratusan yang
sepatutnya dari pihak KPM. Walau bagaimanapun, responden mendapati bahawa
terdapat beberapa isu yang melibatkan perbelanjaan PCG Mata Pelajaran berlaku di
sekolah. Responden mendapati bahawa terdapat guru yang melakukan pembelian
melebihi peruntukan yang telah diagihkan dan hal ini akan menyebabkan berlakunya
kekurangan peruntukan untuk panitia mata pelajaran lain.
Selain daripada itu, responden juga mendapati bahawa terdapat guru yang tidak
mengisi Borang Pesanan (LO) semasa membuat pembelian dan menyatakan
bahawa tatacara pembelian sebegitu adalah salah menurut Pekeliling Kewangan
Bilangan 8. Pelanggaran pekeliling boleh menyebabkan guru tersebut dikenakan
tindakan tata tertib dan surcaj. Responden juga mendapati bahawa terdapat juga
guru yang tidak membuat pesanan kerana terlupa dan menganggap ianya tidak
penting. Responden juga menyatakan ada juga guru yang tidak membuat semakan
ke atas barangan yang diterima daripada pembekal.
26
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
Analisis dapatan data juga menunjukkan bahawa terdapat isu sampingan yang wujud
dalam pengurusan kewangan di SK Batu 15. Responden menyatakan bahawa
barangan yang diterima dari pembekal tidak mengikut spesifikasi dan kualiti tetapi kos
pembelian kekal sama dalam borang pesanan. Apabila guru-guru mereka membuat
semakan ke atas penerimaan barangan dari pembekal, didapati bahawa barangan
yang diterima tidak mengikut Borang Pesanan (LO) sehingga menyebabkan guru
tersebut tidak mahu menandatangani invois yang diberikan oleh pembekal.
Responden turut menyatakan bahawa pembekal juga terlewat menghantar barang
yang dipesan walaupun kegunaan barang tersebut adalah mendesak terutamanya
keperluan alat tulis dan pejabat.
Responden juga turut menyatakan bahawa sesetengah pembekal sengaja
melewatkan penghantaran barang kerana menunggu pembayaran dari pihak PPD.
Kelewatan ini disebabkan kelewatan saluran peruntukan kewangan daripada pihak
KPM. Sebagaimana yang responden nyatakan, SK Batu 15 bukan sekolah bertaraf
(PTj) dan urusan pembayaran akan dikendalikan oleh PPD Sibu sebagai Pusat
Tanggungjawab (PTj) untuk semua sekolah rendah kerajaan di luar bandar Sibu.
Melalui analisis dapatan kajian juga, responden menyatakan bahawa peruntukan
kewangan yang diterima dari KPM tidak mencukupi bagi menguruskan perbelanjaan
mengurus di sekolah apabila agihan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan Bukan
Mata Pelajaran terpaksa dilakukan dengan mengambil kira aspek keperluan pelajar di
sekolah. Menurut Bahagian Kewangan: KPM (2012), pengurus sekolah dibenarkan
membuat pindah peruntukan di antara kumpulan PCG Mata Pelajaran sahaja.
Keutamaan responden adalah pada mata pelajaran Teras A seperti; Bahasa Inggeris,
Matematik dan Sains untuk mencapai target CGPA yang telah ditetapkan SK Batu 15.
Selain daripada itu, responden juga menyatakan pihak JPN dan PPD harus
memperluaskan bengkel, kursus atau Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) yang
khusus untuk memberi pendedahan mengenai pengurusan kewangan kepada
guru-guru di peringkat sekolah. Hal ini sangat penting untuk membolehkan guru-guru
lebih peka mengenai cara mengendalikan pengurusan kewangan dengan tatacara
yang betul di sekolah. Responden turut menyuarakan agar pihak PPD memantau
pembekal-pembekal yang sering menimbulkan masalah seperti; kelewatan
penghantaran barangang, barangan tidak menepati spesifikasi, barangan tidak
berkualiti, barangan tidak mengikut Borang Pesanan (LO) dan barangan tidak
mengikut kuantiti yang telah dipesan. Tindakan tegas patut diambil kerana responden
menyatakan bahawa pembekal dilantik oleh pihak PDD Sibu selaku (PTj).
27
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
8.8 IMPLIKASI KAJIAN
Kajian ini memberikan gambaran sebenar kepada pengkaji mengenai tatacara
pengurusan kewangan dan sumber peruntukan kewangan di peringkat sekolah.
Melalui kajian ini, pengkaji merasakan pengurusan kewangan akan menentukan
keberkesanan perancangan strategik sekolah dalam bidang kurikulum dan
kokurikulum mengikut keperluan pelajar di sekolah dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. PGB bertindak sebagai pengurus sekolah yang diberikan akauntabiliti
dalam pengurusan kewangan oleh KPM. Selaku pengurus kewangan sekolah,
Pengetua dan PGB (PGB) bertanggungjawab penuh bagi merancang, mengurus dan
mengawal serta menentukan pengurusan kewangan di sekolah dengan cekap dan
berkesan (Zaidatol Akmaliah, 2003). Kajian ini juga membolehkan pengkaji melihat
bagaimana pengurusan kewangan dijalankan bermula dari peringkat penerimaan,
perbelanjaan dan perekodan di Buku Tunai melalui akaun wang kerajaan, akaun
wang (SUWA) dan akaun wang asrama.
Melalui kajian ini, pengkaji dapat melihat bagaimanakah organisasi jawatankuasa
kewangan berfungsi untuk menjalankan peranannya dalam pengurusan kewangan di
sekolah. Dalam kajian ini , pengkaji dapat mengenal pasti apakah isu-isu yang timbul
dalam pengurusan kewangan di sekolah. Isu-isu ini merangkumi faktor dalaman dan
luaran. Faktor dalaman adalah daripada guru-guru yang kurang berpengetahuan
dalam pengurusan kewangan dan juga sikap guru-guru dalam pengurusan kewangan.
Pengkaji merasakan kemahiran guru-guru dalam pengurusan kewangan dapat diatasi
melalui penganjuran bengkel, kursus dan seminar mengenai pengurusan kewangan
di sekolah. Faktor luaran pula adalah daripada pihak pembekal dan isu ini wujud
kerana sekolah terlalu bergantung sepenuhnya kepada PPD Sibu sebagai Pusat
Tanggungjawab (PTj) untuk sekolah-sekolah rendah kerajaan di luar bandar
bahagian Sibu. Pengkaji merasakan isu ini dapat diatasi sekiranya sekolah rendah
kerajaan di luar bandar dapat dinaik taraf kepada sekolah (PTj) untuk mendapat
kuasa autonomi dalam perbelanjaan mengurus di sekolah.
Sampel kajian pengkaji merupakan sebuah sekolah rendah kerajaan di luar bandar
bahagian Sibu. Oleh yang demikian, generalisasi tidak mewakili tatacara dan isu-isu
pengurusan kewangan sekolah-sekolah kawasan luar bandar di seluruh Malaysia.
Pemilihan sampel kajian juga perlu diperbanyakkan merangkumi sekolah luar bandar
di Zon Tengah Sarawak untuk populasi kajian yang lebih rawak bagi meningkatkan
kesahan dan kebolehpercayaan data kajian.
28
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
8.9 RUMUSAN
Kajian ini didapati telah menjawab persoalan kajian yang telah ditetapkan oleh
pengkaji. Daripada dapatan kajian ini, pengkaji mendapati terdapat beberapa isu
yang timbul dalam pengurusan kewangan di sekolah. Dalam kajian ini, responden
menyuarakan pandangan bahawa peruntukan Bantuan Geran Per Kapita PCG perlu
dikaji semula oleh pihak KPM. Hal ini kerana sebelum ini, peruntukan Bantuan Geran
Per Kapita PCG adalah berdasarkan kepada enrolmen murid yang dihantar pada 1
Oktober 2019. Sampel kajian terletak di kawasan luar bandar yang berada di dalam
Kem Tentera 3 Rejimen Renjer Diraja, dan didapati bahawa pertukaran murid sering
berlaku terutamanya bagi anak-anak tentera yang berpindah kerana mengikut
perpindahan keluarga.
Dapatan kajian juga menunjukkan responden menyatakan peruntukan kewangan
PCG yang diterima tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mengurus
sekolah secara keseluruhannya. Peruntukan kewangan diperlukan dalam
menyelenggara kemudahan pembelajaran yang dapat menjamin proses pengajaran
dan pembelajaran dengan baik (Alias Mat Saad, Nik Mohd. Rahimi Nik Yusof &
Ruhizan Mohd. Yassin, 2001). Menurut Norsiah Abdul Aziz (2001), bagi mengatasi
masalah seperti ketiadaan peralatan ICT untuk pembelajaran interaktif, keceriaan
sekolah, bilik darjah dan penganjuran program pembangunan akademik atas inisiatif
sekolah. Sekolah terpaksa bergantung kepada sumbangan Persatuan Ibu Bapa dan
Guru (PIBG). Manakala Saedah Siraj, Muhammad Faizal A.Ghani & Norfariza Mohd.
Radzi (2001), menyatakan bahawa prinsip ekuiti dalam pendidikan sukar untuk
diatasi sekiranya pihak sekolah bergantung kepada pembiayaan kerajaan
persekutuan.
Pengkaji mendapati bahawa kebanyakan ibu bapa dan penjaga di luar bandar
berpendapatan rendah. Mereka tidak mampu atau kurang mampu menyediakan
kemudahan pembelajaran untuk kegunaan anak-anak. Oleh yang demikian,
wujudnya jurang pencapaian akademik di antara murid-murid di bandar dengan
murid-murid di luar bandar. Pencapaian murid di bandar lebih baik berbanding
pencapaian murid di luar bandar dan pedalaman disebabkan murid di bandar mudah
mendapat kemudahan untuk sumber pengajaran (Yee Pui Leng, 2005). Kerana inilah
pengkaji mendapati Bantuan Geran Per Kapita PCG yang diberikan ke sekolah
kerajaan patut ditambah bagi menampung keperluan pembelajaran murid di luar
bandar untuk meningkatkan prestasi akademik mereka secara total.
29
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
Selain daripada itu, pengkaji juga mendapati bahawa semua sekolah di luar bandar
sewajarnya diberikan taraf (PTj) untuk membolehkan pengurus sekolah mempunyai
kuasa autonomi untuk membuat perbelanjaan serta tidak terlalu bergantung kepada
JPN dan PPD dalam peruntukan kewangan untuk perbelanjaan mengurus. Walaupun
bertaraf (PTj) sekolah-sekolah di kawasan luar bandar masih menerima peruntukan
Bantuan Geran Per Kapita PCG dan Lain-Lain Perbelanjaan Berulang (LPBT).
Penubuhan PTj bertujuan untuk mengurangkan birokrasi dari peringkat pusat dalam
menguruskan kewangan di peringkat sekolah. Pengurusan kewangan PTj merupakan
alternatif untuk membuat keputusan dengan cepat dan mengurangkan birokrasi
dalam sistem kawalan berpusat (Massy, 1990). Pengkaji mendapati pengurusan
kewangan sekolah-sekolah rendah kerajaan di luar bandar Sibu bergantung
sepenuhnya kepada PPD Sibu yang bertindak sebagai Pusat Tanggungjawab (PTj).
Penarafan sekolah rendah kerajaan di luar bandar sebagai (PTj) dilihat dapat
menyelesaikan isu berkaitan dengan pembekal. Dapatan data kajian menunjukkan
isu yang berkaitan dengan pembekal adalah seperti; kelewatan penghantaran
barangang, barangan tidak menepati spesifikasi, barangan tidak berkualiti, barangan
tidak mengikut Borang Pesanan (LO) dan barangan tidak mengikut kuantiti yang telah
dipesan. Hal ini terjadi kerana pembekal menunggu pembayaran yang dilakukan oleh
PPD Sibu sebagai (PTj). Jika sekolah diberikan kuasa autonomi autonomi untuk
membuat perbelanjaan mengurus, pengkaji merasakan isu-isu sebegini dapat diatasi
dan transaksi pembayaran akan menjadi lebih cepat. Menurut Strauss dan Curry
(2002), pengurusan kewangan bertaraf Pusat Tanggungjawab (PTj) merupakan aliran
terkini dalam desentralisasi pengurusan kewangan dari peringkat pentadbiran pusat
hingga ke peringkat sekolah.
Dapatan data kajian juga menunjukkan bahawa latihan, seminar dan bengkel
berkaitan dengan pengurusan kewangan perlu diberikan kepada guru-guru agar
dapat meningkatkan kefahaman mereka mengenai tatacara pengurusan kewangan
yang cekap dan betul. Apabila guru-guru mempunyai kefahaman mengenai tatacara
pengurusan kewangan isu-isu seperti perbelanjaan melebihi peruntukan PCG, tidak
mengikut prosedur pembelian dan tidak membuat perbelanjaan PCG dapat diatasi di
peringkat sekolah. Selain daripada itu, pengkaji juga merasakan sikap guru-guru
perlu diubah agar mematuhi setiap dasar dan pekeliling yang sudah ditetapkan oleh
KPM terutamanya berkaitan dengan pengurusan kewangan. Pengurus sekolah perlu
tegas dalam perkara ini dan memasukan elemen pengurusan kewangan sebagai ‘Key
Performance Indicator’ (KPI) guru-guru di sekolah dalam penilaian tahunan.
30
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
9.0 KESIMPULAN
Pengurusan kewangan merujuk kepada peruntukan yang terdapat dalam Akta
pendidikan (Akaun dan Audit) yang dikeluarkan di bawah Akta Pendidikan 1996.
Pengurusan kewangan di sekolah tertakluk kepada Surat Pekeliling Kewangan
Bilangan 8 Tahun 2012. Pengurusan pembayaran di sekolah adalah berdasarkan
kepada Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan
Ke Sekolah Berdasarkan Per Kapita Dan Enrolmen Murid. Semua Penjawat Awam
disarankan agar teliti dalam pengurusan peruntukan kewangan persekolahan di
sekolah supaya tidak melanggar mana-mana peraturan kewangan seperti Akta
Tatacara Kewangan 1957, Arahan Perbendaharaan (AP) terutamanya AP 58(a) dan
AP 59, Surat-Surat Perkeliling Perbendaharaan dan Kewangan serta peraturan lain
yang sedang berkuat kuasa.
Pengurus sekolah hendaklah mengurus urusan akaun dan kewangan sekolah
dengan sempurna termasuklah penyimpanan rekod-rekod kewangan pada Buku
Tunai yang sentiasa dikemas kini. Pengetua atau PGB merupakan pegawai kerajaan
yang dipertanggungjawabkan sepenuhnya untuk memastikan bahawa aspek
pengurusan kewangan sekolah dijalankan mengikut prosedur dan peraturan yang
telah ditetapkan oleh kerajaan melalui surat-surat Pekeliling Kewangan dan
Perakaunan Sekolah, Arahan Perbendaharaan dan Akta Pendidikan 1996 (Mokhtar
Ibrahim, 2007). Pengurus sekolah iaitu PGB di sekolah rendah mempunyai
akauntabiliti dan tanggungjawab yang tinggi untuk menguruskan pengurusan
kewangan di sekolah dalam perbelanjaan melibatkan PCG.
Pengurus sekolah perlu mempunyai kemahiran pengurusan kewangan yang baik
untuk menguruskan pengurusan kewangan di sekolah. Segala sumber peruntukan
yang diterima oleh sekolah perlu diurus dengan cekap dan mematuhi peraturan
kewangan supaya peruntukan kewangan dapat digunakan secara efisien dan
optimum. Bagi menentukan dasar KPM dilaksanakan dengan lebih berkesan,
tatacara kewangan perlu sentiasa dikaji dan dikemas kini bagi memenuhi objektif
kewangan semasa (Bahagian Kewangan KPM, 2004). Merujuk kepada penyataan ini,
aspek kewangan adalah tugas dan bahagian penting yang perlu dikendalikan secara
sistematik di sekolah. Mengurus peruntukan kewangan dengan berkesan dapat
mengelakkan pembaziran, penyelewengan dan ketirisan di sekolah. Peruntukan itu
bertujuan untuk membolehkan sumber pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan
untuk meningkatkan kualiti pendidikan dan akademik di sekolah.
31
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
RUJUKAN
Abdullah Othman. (2001). Pengurusan Kewangan Sekolah: Perbandingan Antara
Sekolah Kerajaan Dengan Sekolah Bantuan Kerajaan di Melaka. Bahan ilmiah
yang tidak diterbitkan. Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
Ahmad Zaki Hussin. (2001). Ke arah meningkatkan akauntabiliti dan integriti
pengurusan sektor awam. Buletin Kewangan: Institut Tadbiran Awam Negara
Malaysia, 4.
A. Hamid Hussian.(2012). Amalan pengurusan kewangan sekolah PGB sekolah-
sekolah kebangsaan. Kertas Projek Sarjana Pendidikan yang tidak diterbitkan.
Universiti Teknogi Malaysia.
Ghazali Darlsalam & Sufean Hussin. (2016). Metadologi Penyelidikan Dalam
Pendidikan. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hussaina Banu Kenayathulla, Ranjeetham Subramaniam & Muhammad Faizal A.
Ghani. (2015). Pengurusan Kewangan Di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Di
Kuala Kangsar, Perak: Satu Kajian Kes. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, (62-82).
Penerbit: Fakulti Pendidikan. Universiti Malaya.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Surat Pekeliling Kewangan Bilangan 8
Tahun 2012. (Sumber:https://www.moe.gov.my/)
Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Kewangan. (1999). Garis Panduan
Perakaunan dan Kewangan Sekolah. Penerbit: Pencetakan Nasional. Kuala
Lumpur.
Muhammad Faizal A.Ghani, Norfariza Mohd Razi, Saedah Siraj & Faisol Elham.
(2002). Kepimpinan dan Kawalan Terhadap Peruntukan Kewangan Sekolah:
Perspektif Malaysia. Jurnal Internasional, (80-95).
Noraini Idris. (2010). Penyelidikan Dalam Pendidikan (Edisi-2). Penerbit: Mc Graw Hill.
Kuala Lumpur.
Sharil@Charil Bin Hj. Marzuki. (2008). Pengurus Kewangan Sekolah. Penerbit: PTS
Publication. Kuala Lumpur.
Sharil@Charil Bin Hj. Marzuki. (2008). Pengurusan Kewangan Di Sekolah Rendah
dan Menengah: Isu, Masalah dan Cadangan Untuk Mengatasinya. Jurnal
Masalah Pendidikan 2005, (143-151). Penerbit: Fakulti Pendidikan. Universiti
Malaya.
Siti Uzairiah Mohd Tobi. (2017). Kajian Kualitatif dan Analisis Temu Bual. Penerbit:
Aras Publisher. Kuala Lumpur.
Zaidatol Akmaliah. (2001). Pentadbiran Pendidikan. Penerbit: Fajar Bakti. Selangor.
32
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
LAMPIRAN
Lampiran A
Transkrip Temu Bual Responden
RESPONDEN
Tarikh : 30 Oktober 2020
Masa : 9.00 pagi.
Tempat : Bilik Komputer SK Batu 15, Sibu.
Pengkaji : Selamat pagi dan salam sejahteran tuan. Terlebih dahulu saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian tuan
meluangkan masa bagi mengikuti sesi temu bual ini. Saya ingin
memohon maaf kerana telah mengambil sedikit masa tuan bagi
melengkapkan sesi temu bual ini.
Pengkaji : Sebelum saya meneruskan sesi temu bual ini dengan lebih lanjut,
bolehkan tuan menceritakan serba sedikit mengenai biodata diri
tuan dan latar belakang kerjaya tuan sebagai seorang guru.
Responden: Terima kasih dan salam sejahtera.
Responden: Terima kasih cikgu sebab sudi menemu bual saya..mohon maaf
sebab terpaksa meminta cikgu untuk mengikut S.O.P yang telah
ditetapkan pihak sekolah..ya lah..kita sekarang masih lagi dalam
PKPP..sebagaimana cikgu lihat sekolah masih lagi ditutup sehingga
18 Disember ini atas arahan dari KPM..oh ya..menjawab persoalan
Cikgu tadi..saya telah berkhidmat di sekolah ini selama 4 tahun
bermula dari tahun 2017 dan telah berkhidmat sebagai pendidik
bermula pada tahun 1989..maksudnya saya sudah 31 tahun di
dalam dunia pendidikan..pendidikan awal di SK Nangga Nunggun,
Kanowit dan melanjutkan pelajaran ke peringkat sekolah menengah
di SMK Kanowit..selepas itu menerima tawaran untuk mengikuti
Latihan Perguruan di MPS Miri Sarawak pada tahun
1987..menyambung pengajian ke peringakat Ijazah Sarjana Muda
dalam bidang Matematik di OUM pada tahun 2003 dan mendapat
ijazah sarjana muda dalam pendidikan Matematik pada tahun 2006.
Pengkaji : Adakah Matematik merupakan opsyen pertama tuan?
Responden: Errr..tidak sebenarnya..opsyen utama di MPS Miri adalah Pengajian
Am..saya mengikuti Program KDP 14 Minggu di Maktab Perguruan
Rajang, Kampus Bintangor pada tahun 2000 untuk mengikuti
Program Pertukaran Opsyen ‘conversion’ kepada opsyen
Matematik..sebagaimana yang kita maklum PPSMI telah bermula
pada tahun 2003 mengikut dasar KPM dan ramai guru yang
menukar opsyen kepada Matematik dan Sains pada masa itu.
Pengkaji : Adakah tuan pernah menjawat jawatan PGB sebelum ini?
Responden: SK Batu 15 merupakan sekolah pertama untuk perlantikan jawatan
PGB yang saya sandang, sebelum ini saya menjawat jawatan
Pegawai Akademik Sekolah Rendah di Pejabat Pelajaran Daerah
Sibu selama 5 tahun..sebelumnya saya menjawat jawatan PK1 di
33
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
SK Sacred Heart, Sibu.
Pengkaji : Terima kasih diatas penerangan mengenai biodata diri dan latar
belakang kerjaya tuan sepanjang bergelar pendidik..berbalik pada
soalan seterusnya..bolehkan tuan menerangkan sumber kewangan
yang diterima daripada sekolah ini?
Responden: SK Batu 15 menerima peruntukan PCG Mata pelajaran sebanyak
RM 24856.00, PCG Bukan Mata Pelajaran sebanyak RM 31880.00,
PCG Asrama sebanyak RM 2880.00 dan Bantuan Per Kapita Pra
Sekolah sebanyak RM 4600.00..peruntukan SK Batu 15 datang
daripada KPM secara lansung dan sekolah ini bukan bertaraf (PTj)
kerana setiap urusan pembelian dan pembayaran adalah melalui
Pejabat Pelajaran Daerah Sibu yang bertindak sebagai (PTj) Pusat
Tanggungjawab.
Pengkaji : Selain daripada itu, adakah terdapat sumber kewangan lain yang
turut diperolehi oleh SK Batu 15?
Responden: Ya..selain dari itu..sekolah juga menerima Bantuan Kokurikulum
Pra Sekolah (BKKP) sebanyak RM 1150.00, Bantuan Kokurikulum
Sekolah (BKK) sebanyak RM 3776.00, Bantuan Kokurikulum
Asrama (BKKA) sebanyak RM 720.00, Bantuan Sukan Sekolah
(BSS) sebanyak RM 1888.00, Bantuan Makanan Pra Sekolah
(BMP) sebanyak RM 18,860.00, Bantuan Makanan Asrama (BMA)
sebanyak RM 96000.00 untuk Bekalan Makanan Mentah dan
Bantuan Bayaran Tambahan Persekolahan (BBTP) iaitu sebanyak
RM 24.50 yang ditanggung oleh KPM mengikut enrolmen
murid..kesemua bantuan ini adalah secara lansung dari
KPM..selain daripada itu..sekolah juga mendapat sumber
kewangan daripada Yuran PIBG dimana hanya seorang pelajar dari
satu keluarga membayar Yuran PIBG berjumlah RM 10.00
Pengkaji : Saya sedia maklum bahawa SK Batu 15 terletak di dalam Kem
3RRD Batu 14..adakah pihak tentera menyediakan peruntukan
kewangan untuk SK Batu 15?
Responden: Pihak tentera tidak menyediakan peruntukan kewangan untuk
sekolah tetapi mereka menyalurkan bantuan bukan kewangan
melalui Tabung Pendidikan Tentera SK Batu 15.
Pengkaji : Bolehkah tuan jelaskan..apakah bentuk sumbangan yang diterima
dari pihak tentera?
Responden: Pihak 3RRD membantu sekolah dari segi pemberian kerusi dan
meja dan baikpulih bangunan melalui kontaktor yang dilantik oleh
pihak 3RRD sendiri dan ianya tidak berkaitan dengan sekolah..kita
cuma menulis laporan kerosakan kerusi dan meja serta kerosakan
bangunan dari segi peralatan elektronik seperti kipas, lampu,
soket..selain dari itu kita juga turut melaporkan mengenai keadaan
fiskal bangunan untuk tindakan dan makluman pihak tentera.
Pengkaji : Adakah SK Batu 15 menerima bantuan kewangan daripada pihak
luar?
34
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
Responden: Sekolah ada menerima bantuan untuk pembayaran Tuisyen Pelajar
Tahun 6 daripada ADUN Nangka untuk Program Pembangunan
Pendidikan Sekolah dari YB Dr. Anuar Rapie namun ianya
ditanggung sepenuhnya oleh pihak DUN Nangka.
Pengkaji : Maksud tuan, peruntukan kewangan di SK Batu 15 adalah secara
langsung dari pihak KPM?
Responden: Ya..peruntukan tahunan adalah dari sumber kewangan KPM dan
juga melalui pembayaran Yuran Sekolah dan Yuran PIBG namun
jumlah ini tidak mencukupi sepenuhnya bagi membantu
menampung perbelanjaan sekolah secara keseluruhannya. Ini
kerana Yuran Sekolah untuk Majlis Sukan Sekolah (MSS) sebanyak
RM 1.00 perlu dikembalikan semula kepada pihak PPD, Sibu.
Pengkaji : Adakah sekolah mempunyai Pegawai Tadbir (PT) yang bertauliah
untuk menguruskan urusan kewangan di SK Batu 15?
Responden: Ya..SK Batu 15 mempunyai seorang Pegawai Tadbir (PT)
Kewangan yang menguruskan hal ehwal kewangan di sekolah.
Pengkaji : Adakah tuan pernah menerima pendedahan..kursus atau bengkel
mengenai pengurusan kewangan sebelum ini?
Responden: Saya pernah mengikuti Kursus Pengurusan Kewangan semasa
menjalani latihan (NPQEL) di INTAN, Kuching pada tahun 2008
sebagai syarat kelayakan untuk memohon jawatan PGB namun
saya merasakan pengurusan kewangan lebih susah dari yang saya
jangkakan di sekolah..maksud saya apakah situasi sebenar berlaku
di sekolah.
Pengkaji : Adakah tuan merasakan tuan dapat menguruskan kewangan
dengan baik?
Responden: Saya tidak merasakan ianya adalah ‘perfect’ kerana kita sentiasa
belajar perkara yang baru..sekiranya ada hal yang kita kurang pasti
maka bolehlah merujuk PPD untuk sebarang pertanyaan dan
soalan..tapi pengurusan kewangan ini sentiasa memerlukan
pentadbir peka dengan sebarang perubahan dan dasar KPM agar
ianya dapat diurus tadbir dengan baik.
Pengkaji : Adakah pihak PPD menyediakan bengkel..seminar atau kursus
untuk menguruskan kewangan di sekolah?
Responden: Pihak PPD akan mengadakan Bengkel Kewangan Pentadbir dan
Pegawai Tadbir (PT) setiap bulan Jun dan Oktober bagi melihat
perkembangan urusan kewangan di sekolah. Seminar hanya
dijalankan secara berpusat di Kuching dan kebiasaannya hanya
dihadiri oleh Pegawai Tadbir (PT).
Pengkaji : Adakah tuan merasakan bengkel..seminar atau kursus untuk
pengurusan kewangan di sekolah perlu diadakan untuk guru-guru?
Responden: Ini merupakan cadangan yang baik..guru-guru perlu tahu apakah
prosedur pengurusan kewangan yang betul agar tidak timbul isu
35
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
Pengkaji : dalam perbelanjaan peruntukan PCG di sekolah. Guru-guru patut
didedahkan dengan pengurusan kewangan.
Adakah terdapat masalah dalam urusan perbelanjaan peruntukan
PCG sebelum ini di SK Batu 15?
Responden: Taklimat mengenai peruntukan PCG tahunan sekolah akan
diadakan pada Mesyuarat Staff bagi menjelaskan jumlah peratusan
yang diterima setiap panitia mata pelajaran..namun setelah
perbelanjaan dilakukan..terdapat guru yang berbelanja melebihi
peruntukan..malah ada yang guru yang membuat pembelian tanpa
mengisi borang pesanan (LO)..ada juga guru yang langsung tidak
membuat pesanan selaku ketua panitia kerana terlupa..malah ada
juga guru tidak membuat semakan dan rekod penerimaan ke atas
barangan yang dihantar oleh pembekal..ini merupakan isu utama
dalam perbelanjaan peruntukan PCG sekolah.
Pengkaji : Apakah tindakan tuan untuk mengatasi isu ini?
Responden: Bagi perbelanjaan yang melebihi peruntukan..saya tidak akan
meluluskan sebab ianya melanggar arahan Pekeliling Kewangan
dan guru itu mesti mengikut peruntukan yang telah ditetapkan..saya
akan meminta guru itu merancang semula perbelanjaannya dan
berbincang dengan ahli-ahli panitia untuk menetapkan apakah
perbelanjaan yang penting dan menggugurkan perbelanjaan yang
tidak perlu..bagi isu guru yang tidak mengisi borang pesanan
(LO)..pembelian yang telah dilakukan akan ditanggung sendiri oleh
guru tersebut kerana ianya prosedur tatacara pembelian yang
salah..bagi isu terlupa untuk membuat perbelanjaan..saya akan
maklumkan dan meminta agar guru itu bertindak dengan kadar
yang segera kerana itu merupakan satu arahan dalam tugas hakiki
sebagai seorang pendidik..saya juga mengarahkan agar setiap
barangan yang diterima dari pembekal hendaklah disemak dari segi
kualiti dan spesifikasinya sebelum sign invois..kita kena maklum
peruntukan PCG yang diterima hendaklah dibelanjakan pada tahun
semasa dan tidak melebihi 10% daripada jumlah asal PCG yang
diterima.
Pengkaji : Adakah terdapat isu-isu lain dalam pengurusan kewangan di SK
Batu 15?
Responden: Isu-isu lain yang timbul adalah daripada pihak pembekal itu
sendiri..ramai daripada guru menyatakan barangan yang diterima
dari pembekal tidak mengikut spesifikasi dan kualiti tetapi kos
pembelian kekal sama dalam borang pesanan..alasan yang
diberikan adalah baranga yang dipesan tidak ada stok semasa dan
terpaksa digantikan dengan stok sedia ada..pembekal ini pula
merupakan pembekal yang dilantik oleh PPD dan bukannya pihak
sekolah..sekolah ini bukan bertaraf (PTj) dan sebarang urusan
pembelian dan pembayaran adalah melalui PPD..selain dari itu ada
juga kes dimana pembekal terlewat membekalkan barangan yang
diminta sedangkan keperluan untuk menggunakannya amat
mendesak contohnya bagi keperluan alat tulis dan pejabat..isu ini
yang kita perlu hadapi setiap tahun.
Pengkaji : Adakah tuan pernah mengutarakan masalah ini kepada pihak PPD
36
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH
PPP60504
untuk tindakan seterusnya?
Responden: Saya pernah bertanya..mengapa..kenapa hal ini berlaku..jawapan
yang diterima adalah masalah pembayaran lewat PPD kepada
pembekal merupakan punca mengapakah hal ini berlaku..pembekal
tidak mahu menghantar barangan ke sekolah sebelum pembayaran
dilakukan..kelewatan ini berlaku kerana peruntukan dari pusat iaitu
KPM belum lagi diterima oleh PPD..dan ini merupakan luar bidang
kuasa PPD..kita kena akurlah.
Pengkaji : Apakah pandangan tuan mengenai cadangan penambahbaikan
pengurusan kewangan di SK Batu 15?
Responden Saya merasakan jumlah peruntukan PCG yang diterima dari KPM
dapat ditingkatkan kerana kita sedia maklum ianya sangat penting
dalam merancang perbelanjaan melibatkan keperluan murid-murid
di sekolah bagi peningkatan akademik sekolah ini..sudah agak lama
juga jumlah peruntukan ini tidak dikaji semula rasanya..pihak JPN
dan PPD pula harus memperluaskan bengkel atau kursus
melibatkan pengurusan kewangan kepada guru-guru di sekolah
agar mereka lebih peka terhadap pengurusan kewangan di
sekolah..mana tahu suatu hari nanti mereka juga akan menjadi
pentadbir seperti saya..saya juga berharap sekolah-sekolah di luar
bandar dapat ditukar kepada status sekolah (PTj) untuk
memudahkan perbelanjaan mengurus dilakukan..pihak PPD juga
harus memantau pembekal yang bermasalah agar tiada isu yang
timbul dalam urusan pesanan, pembelian dan pembayaran di
sekolah kerana setiap sen yang dibelanjakan adalah amanah yang
kita pegang selaku pengurus di sekolah.
Pengkaji : Terima kasih di atas pandangan dan pendapat tuan berhubung
dengan persoalan yang saya ajukan sepanjang sesi temu bual ini
dijalankan. Semoga perkongian pandangan dari tuan dapat saya
manfaatkan sepenuhnya bagi dapatan data penyelidikan kajian
saya berkaitan dengan pengurusan kewangan di sekolah rendah
luar bandar di bahagian Sibu.
Responden Sama-sama dan saya juga ingin mengucapkan selamat maju jaya
kepada cikgu dalam kajian cikgu ini.
37
PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH Lampiran B
PPP60504
Analisis Dokumen Buku Tunai
38