Nama : Alvin Foo Tin Li Foo @ John
Nombor Matrik : D20201094556
Nama Kursus : Pengurusan Pembelajaran (KPS3014)
Nama Pensyarah : Dr. Mohd Syaubari bin Othman
TOPIK 6 – PENGURUSAN BILIK DARJAH
PENGENALAN
Pengurusan bilik darjah merupakan sebuah proses yang melibatkan suatu tindakan ataupun
penyusunan fizikal sesebuah bilik darjah ataupun sesebuah kelas. Pengurusan bilik darjah ini
bertujuan agar aktiviti ataupun sesi pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan
dapat memberi kesan yang mendalam semasa sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung.
Terdapat beberapa pandangan yang telah diutarakan oleh beberapa tokoh antaranya ialah
Lemlech (1988), menurut beliau pengurusan bilik darjah merupakan sebuah okestra yang
memerlukan beberapa pembentukkan dari segi kurikulum, penyelenggaran, prosedur dan sumber
pengajaran. Beliau juga menekankan mengenai kepentingan penyusunan bilik darjah bagi
meningkatkan keberkesanan, pemantauan terhadap perkembangan pelajar, dalam masa yang sama
ianya adalah tanggungjawab seorang guru dalam memikirkan masalah-masalah yang mungkin
akan timbul dan membantu menyelesaikan dan menggelakan masalah tersebut. Seterusnya,
pandangan daripada Lee Shok Mee (1995), beliau menjelakan bahawa pengurusan bilik darjah
adalah melibatkan semua tindakan guru dalam mengendalikan kelas agar dapat mewujudkan
suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakan pembelajaran. Oleh itu, Tindakan dan
strategi guru adalah bertujuan dalam mengekalkan peraturan bilik darjah, mewujudkan sebuah
bilik darjah yang kondusif, menghadapi tingkah laku pelajar dan menarik perhatian pelajar. Dan
secara langsung, memastikan sesi pembelajaran berjalan dengan lancar. Terdapat beberapa aspek
yang terdapat dalam pengurusan bilik darjah. Antaranya ialah aktiviti pengajaran berkumpulan,
aktiviti pengajaran individu, pusat pembelajaran, penyediaan bahan, dan pengurusan sumber.
Namun pada perbincangan ataupun ulasan ini, kita hanya membincangkan 3 aspek ataupun isi
utama daripada topik pengurusan bilik darja ini.
1. AKTIVITI PENGAJARAN BERKUMPULAN
Aktiviti pengajaran berkumpulan merupakan sebuah kaedah pengajaran dimana
memerlukan pelajar menjalankan aktiviti dalam kumpulan. Pelaksanaan aktiviti pengajaran
berkumpulan dilaksanakan dengan membahagikan murid kepada beberapa kelompok ataupun
kumpulan. Pembahagian murid dalam kumpulan dibuat berdasarkan peringkat kebolehan dan
minat. Murid dikelompokkan sama ada dalam kumpulan sama kebolehan atau berbeza kebolehan.
1.1 Tujuan Pengajaran Berkumpulan
➢ Memudahkan guru membimbing murid
➢ Menggalakkan penglibatan aktif individu
➢ Kerjasama antara murid
➢ Memupuk rasa bertanggungjawap
➢ Murid yang cerdas boleh membantu murid yang lemah
➢ Guru beri tumpuan kepada pelajar yang sama peringkat kebolehan
1.2 Prinsip Pengajaran Berkumpulan
➢ Pelajar dilatih mengambil, mengguna dan menyimpan peralatan
➢ Guru bersedia menghadapi pelbagai situasi
➢ Perhatian sama rat kepada semua kumpulan
➢ Penerangan bagi tugasan
1.3 JENIS DAN BENTUK KUMPULAN
Jenis dan bentuk kumpulan ini dapat dilihat pada 3 aspek iaitu mengikut kebolehan,
pelbagai kebolehan, dan mengikut minat. Pertama, murid-murid yang dibahagikan dalam
kumpulan yang mengikut kebolehan, adalah terdiri daripada pelajar yang sama kebolehan. Dan
ianya akan dilabelkan sebagai kumpulan cerdas, sederhana, dan lemah. Jenis dan bentuk kumpulan
ini dapat memudahkan penguasaan sesuatu kemahiran asas dalam mata pelajaran. Seterusnya,
kumpulan pelbagai kebolehan. Jenis dan bentuk kumpulan ini pula terdiri daripada pelajar pelbagai
kebolehan dalam satu kumpulan ataupun kelompok tersebut. Bentuk kempulan pula sering
dilabelkan mengikut nama aktiviti, tugasan, atau sebagainya. Jenis dan bentuk kumpulan ini
dibentuk berasaskan tugasan yang diberi, suatu kumpulan terdiri daripada murid yang cerdas,
sederhana dan lemah. Dengan ini, ianya dapat membari impak yang berkesan dalam meningkatkan
interaksi dan perkembangan ilmu dalam kalangan pelajar. Kumpulan megikuti minat pula dibentuk
mengikuti kesegaraman minat ataupun bakat pelajar. Sebagai contoh, dalam kelas aliran ataupun
subjek musik dan seni. Dan ianya adalah bersifat kekal ataupun sementara bergantung dengan
aktiviti pelajaran, kehendak serta keperluan guru dan murid itu sendiri.
1.3.1 Corak Interaksi Murid Dalam Kumpulan
Dalam aktiviti pengajaran berkumpulan terdapat beberapa coral interaksi yang wujud iaitu
interaksi satu hala, interaksi dua hala, dan interaksi dua hala antara kumpulan. Interaksi satu hala
ini, lebih mengutama pandangan dan arahan ketua berbanding ahli kumpulannya yang lain. Lebih
mudahnya, seorang ketua dilantik untuk melicinkan aktiviti berkumpulan. Hal ini kerana,
perbincangan antara ahli kumpulan kurang berlaku dan tidak memerlukan masa yang panjang. Di
samping itu, interaksi dua hala pula lebih mengutamakan interaksi dan komunikasi diantara ketua
kumpulan dan ahli kumpulan. Corak ini lebih mengalakkan komunikasi dan interaksi berlaku
diantara ahli kumpulan. Sebagai contoh, setiap ketua kumpulan dan ahlinya akan bertukar-tukar
pendapat dalam membuat suatu kata putus ataupun keputusan dalam menyelesaikan sesuatu tugas.
Corak ini lebih mengalakkan perkembangan murid dalam menjelaskan dan menyatakan pendapat
mereka dengan lebih yakin. Corak interaksi murid dalam kumpulan yang seterusnya ialah interaksi
dua hala antara kumpulan. Corak interaksi ini lebih berlaku dalam sebuah kumpulan yang besar.
Beberapa kumpulan kecil akan diwujudkan dalam sebuah kumpulan besar tersebut. Komunikasi
dan interaksi dua hala yang berlaku dalam corak ini adalah seperti ketua kumpulan besar tersebut
akan berkomunikasi dengan ketua-ketua kumpulan kecil tersebut dan kemudiannya ketua-ketua
kumpulan kecil tersebut akan berbincang dan berkomunikasi diantara ahli-ahlinya, dalam
kumpulan kecil masing-masing.
1.4 Pengurusan Fizikal Kelas
Pengurusan fizikal kelas pula dapat dilihat pada dua aspek iaitu bilik darjah KBSR dan
bilik darjah KBSM. Pengurusan fizikal kelas bagi darjah KBSR lebih menekankan mengenai
pendekatan pengajaran yang berpusatkan murid. Struktur susunan meja dan kerusi adalah
berbentuk kumpulan. Seterusnya, bilik darjah KBSM, juga sama seperti bilik darjah KBSR dimana
susunan meja dan kerusinya juga berstrukturkan kumpulan. Hal ini kerana, ianya dapat
memudahkan guru untuk membantu murid dalam pelajaran mereka.
1.5 Kekangan Aktiviti Pengajaran Berkumpulan
Terdapat juga beberapa kekangan ataupun halangan yang dihadapi oleh guru-guru dalam
pelaksanaan aktiviti pengajaran berkumpulan ini. Antaranya ialah guru tidak dapat memberi
perhatian yang saksama kepada setiap kumpulan. Dan seterunya ialah pembelajaran rakan sebaya
kurang berlaku, khasnya dipembelajaran mengikut kebolehan.
2. PUSAT PEMBELAJARAN
Pusat pembelajaran adalah merujuk kepada sebuang ruangan dalam bilik darja yang dilengkapi
dengan pelbagai bahan sumber dan ianya dibina berdasarkan kreativiti guru dan murid. Pusat
pembelajaran ini diwujudkan bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
secara formal mahupun tidak formal. Dengan ini sesi ataupun persekitaran yang kondusif dan
postif dapat diwujudkan dan akan memberi impak yang positif semasa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Dan dalam masa yang sama guru dapat menjalankan sesi pengajaran dengan
menggunakan pelbagai teknik, kaedah dan pendekatan yang sesuai. Pusat pembelajaran ini juga
memainkan peranan yang penting, kerana ianya berfungsi dalam menyediakan ruang, peluang dan
bahan kepada murid untuk menggunakan lebih daripada satu deria semasa sesi pembelajaran.
Selain itu, guru dapat memberikan penekanan terhadap penglibatan secara maksimum dan guru
juga dapat menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar semasa menjalankan sesuatu aktiviti.
Pusat pembelajaran juga dapat berfungsi sebagai tempat khas untuk meletakkan dan
mempamerkan hasil kerja murid bagi membina kreativiti dan keyakinan murid.
Oleh itu, terdapat beberapa aspek yang perlu dititik beratkan seperti faktor, jenis, panduan
dalam membina pusat pembelajaran, dan lain-lain. Antara faktor yang perlu dilihat dalam
penubuhan pusat pembelajan ini ialah aspek fizikal, aspek ekonomi, serta daya usaha dan
kreativiti. Terdapat beberpa jenis pusat pembelajaran iaitu pusat pembelajaran langsung, pusat
pembelajaran terbuka, dan pusat pembelajaran kemahiran. Oleh itu, terdapat beberapa panduan
dalam membina pusat pembelajaran iaitu pastikan bilik darjah menepati ciri-ciri bilik darjah KBSR
ataupun KBSM. Struktur susunan kemudahan dalam kelas seperti meja dan kerusi perlu
mempertimbangkan ruangan kelas tersebut agar pergerakkan murid dan guru tidak terjejas, dan
dalam masa yang sama susunan meja dan kerusi juga perlu diubah dari semasa ke semasa.
Seterusnya, cari dan kenalpasti bahan-bahan sumber ataupun rujukan untuk diletakkan dalam pusat
pembelajaran dan pastikan pusat pembelajaran sentiasa dilengkapi dengan pelbagai sumber dan
bahan. Kemudian, cari tempat yang sesuai untuk ruangan tempat mempamerkan hasil kerja murid-
murid.
Seterusnya ialah panduan dalam merancang pusat pembelajaran. Pertama sekali, kenalpasti
sukatan pelajaran tertentu yang sesuai dijalankan dipusat pembelajaran. Selepas itu, guru perlu
mengenalpasti aktiviti yang telah dirancang untuk dilakukan. Dalam masa yang sama, sediakan
carta kemahiran mengikut keperluan aktiviti dan kumpulkan alat bahan pengajaran seperti bahan
cetak, bahan tayang, bahan audio, dan bahan tiga dimensi. Pengurusan pusat pembelajaran
diuruskan secara usahasama diantara guru dan murid. Antara peranan guru ialah merancang dan
menyediakan jadual waktu penggunaan pusat pembelajaran. Guru juga berperanan dalam
menyelia, membimbing, mengawal keselamatan, dan guru akan menyenaraikan bahan ataupun alat
yang perlu ada di pusat pembelajaran. Murid juga memainkan peranan dalam pengurusan pusat
pembelajaran. Murid akan melantik ketua kumpulan supaya semua tugas dapat dijalankan dengan
baik dan murid perlu mematuhi segala arahan yang guru berikan ketika menggunakan pusat
pembelajaran tersebut.
3. PENGURUSAN SUMBER
Penguruan sumber ialah sebuah proses dalam memilih, Menyusun,mengguna dan
menyimpan bahan serta alat supaya proses pengajaran dan pembelajaran dengan sempurna.
Antara tujuan dan objektif pengurusan sumber ialah mewujudkan suasana dan persekitaran
pendidikan yang hidup dan mencabar agar dapat memberi kesan yang mendalam kepada
perkembangan murid. Selain itu, ianya juga menimbulkan minat dan semangat untuk murid
terus belajar dan memastikan semua aktiviti yang dijalankan dapat dilaksanakan dengan lancar
tanpa gangguan. Dan yang terakhir ialah menjamin perkembangan pembelajaran murid. Bahan
pengajaran ataupun bahan sumber pendidikan adalah merangkumi segala bahan dan alat yang
dapat membantu guru untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Secara ringkasnya, pengurusan sumber yang baik dapat membantu guru dan murid, serta sesi
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. segala pembahagian tugas dalam
pengurusan sumber dan bahan amat perlu dititik beratkan, agar tidak berlaku perkara yang
sebaliknya dan dapat menjejaskan sesi pengajaran dan pembelajaran.
PENUTUP
Pengurusan bilik darjah yang baik adalah untuk membantu guru dalam mengendalikan dan
menguruskan pelbagai aktiviti pengajaran dan pembelajaram. Pengurusan bilik darjah yang baik
juga akan memberi kesan yang postif dan dapat meningkatkan pencapaian murid serta objektif
pendidikan. Oleh itu, diharapkan guru-guru dapat memainkan peranan dengan baik sebagai
pengurus dalam sesebuah bilik darjah, agar dapat mewujudkan persekitaran kelas ataupun bilik
darjah yang kondusif dan mampu memberi kesan yang positif terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Rujukan
1) Mohd Shahrul Helmey (2019), Pengurusan Pembelajaran. Diperolehi daripada,
https://markshah1998.blogspot.com/2019/05/mengurus-pembelajaran.html
2) Shanti Krishnan Shantikrishnan (2012), Mengurus Pembelajaran(Pengurusan
Pembelajaran. Diperolehi daripada https://www.slideshare.net/shanti2981/complete-
pengurusan-pembelajaran
3) Nur Fatin Liyana (2018), Pengurusan Pembelajaran. Diperolehi daripada
https://fatinlilyana.wordpress.com/2018/12/06/tajuk-2-pengurusan-dan-pembelajaran/