PERKEMBANGAN MILESTONES
KANAK-KANAK :
PERKEMBANGAN AWAL
MATEMATIK DAN
PEMIKIRAN LOGIK
[Type text] Page 1
NAMA FAKULTI : FAKULTI PENDIDIKAN DAN SAINS SOSIAL
NAMA PROGRAM : DIPLOMA PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
TAJUK TUGASAN : EBOOK MILESTONE KANAK-KANAK 0-4 TAHUN -
(KUMPULAN) PERKEMBANGAN AWAL MATEMATIK DAN
PEMIKIRAN LOGIK
NAMA PELAJAR & NO. : 1. NUR AIRIN SHAH BINTI MOHD
MATRIKS SHAHFARUDDIN (3202038341)
KUMPULAN 2. ERIKA DAYANA AMINAH BINTI MOHD
KOD KURSUS TARMIZI (3202030901)
NAMA KURSUS
NAMA PENSYARAH 3. NURUL SYAHIRAH BINTI MOHD SABRI
TARIKH SERAHAN (3202029221)
4. AIN NATASYA BINTI MOHD NAZRI
(3202001321)
5. NUR AIN NABILAH BINTI KABLAN
(3202035841)
6. NUR HIDAYAH AREESA BINTI AHMAD
ROZALI (3202001601)
7. LOGESWAARY A/P POOBALAN (3202034721)
8. DEEVYAA A/P THANASEKAR (3202033341)
: K49 (G2)
: EED 2113
: ASUHAN DAN DIDIKAN AWAL KANAK-KANAK
: MADAM MASITAH BINTI MUSA
: MINGGU KE-9
2
ISI KANDUNGAN
MUKA SURAT
PENGENALAN 4
PERKEMBANGAN MILESTONES AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK
KANAK-KANAK
0-1 TAHUN 6
1-2 TAHUN 7
2-3 TAHUN 8
3-4 TAHUN 9
RUJUKAN 11
3
PENGENALAN
Di dalam Kurikulum PERMATA Negara, pembelajaran Awal Matematik sangatlah ditekan
kerana ia merupakan matlamat negara untuk melahirkan generasi yang dapat mencapai objektif
Perkembangan Awal Matematik dan Pemikiran Logik.
Kanak-kanak yang berusia 1-2 tahun kebiasaannya telah mula menggunakan kemahiran
Awal Matematik mereka dalam aktiviti harian mereka contohnya ketika mereka berada di
TASKA. Kanak-kanak akan mula belajar untuk menghayati nombor sekiranya mereka menyertai
aktiviti-aktiviti yang melibatkan bilangan seperti guru memberikan lima biji bola pingpong
kepada kanak-kanak. Oleh itu, jelaslah bahawa, kanak-kanak sudahpun terdedah dengan
Kemahiran Awal Matematik sejak awal usia lagi.
DEFINISI AWAL MATEMATIK
Matematik bermaksud satu bidang yang melibatkan kuantiti, pengiraan, bilangan, persamaan,
perbezaan, pembahagian, susunan, bentuk, masa dan sukatan. Daripada pengiraan yang mudah
sehingga pengiraan yang kompleks. Bagi kanak-kanak, Kemahiran Awal Matematik adalah
fahaman yang hanya melibatkan bentuk, kuantiti, masa dan ruang. Namun ianya berbeza pula
dengan pelajar sekolah. Ramai pelajar merasakan bahawa Matematik merupakan satu subjek
yang sukar untuk dipelajari dan dikuasai kerana formula yang digunakan semasa pengiraan
adalah sukar dan terlalu kompleks. Kemahiran Awal Matematik ini penting untuk dikuasai
kerana dengan penguasaan Awal Matematik ini, seorang kanak-kanak dapat membina asas-asas
pemikiran Matematik dan Pemikiran Logik mereka.
4
DEFINISI PEMIKIRAN LOGIK
Pemikiran Logik bermaksud satu proses berfikir yang melibatkan penguasaan penaakulan iaitu
menyatakan sebab mengapa atau alasan atau memberikan kesan atau akibat sesuatu perkara itu
berlaku. Pada umunya, Pemikiran Logik merupakan suatu yang boleh diterima oleh akal fikiran
kerana ianya melibatkan perkara-perkara yang melibatkan fakta dan bukti.
Pemikiran Logik dalah perkara yang sangat penting dalam membentuk diri kanak-
kanak. Ianya dapat membolehkan kanak-kanak untuk membuat penaakulan yang betul dan
rasional. Kemahiran Pemikiran Logik adalah asas kepada pemahaman Matematik dan Saintifik.
Pemikiran Logik juga membolehkan kanak-kanak untuk memahami persekitaran mereka dan
mahir dalam menyelesaikan masalah.
KONSEP-KONSEP KEMAHIRAN AWAL MATEMATIK :-
1. Kuantiti
2. Persamaan, perbezaan, perbandingan, mengelas
3. Awal nombor dan perwakilan nombor
4. Padanan satu ke satu
5. Urutan
6. Bentuk, corak ruang, masa
7. Sukatan / ukuran
8. Nombor mengira dan operasi nombor
9. Perkiraan mudah
5
PERKEMBANGAN MILESTONES AWAL MATEMATIK DAN PEMIKIRAN LOGIK
KANAK-KANAK
UMUR PERKEMBANGAN MILESTONES KANAK-KANAK
0-1 TAHUN 1) Bayi dapat mengecam warna contohnya: hitam dan putih.
2) Bayi dapat mengenal bentuk botol susu mereka; bentuk silinder.
3) Bayi bermain dan bercakap dengan cermin.
4) Boleh memegang objek pelbagai bentuk seperti: bulat, segi empat
sama, segi empat tepat, segi tiga dll.
5) Boleh mengira 1 hingga 5 menggunakan jari dengan bantuan.
6) Dapat memadankan objek mengikut warna dan bentuk.
7) Dapat membandingkan objek seperti: objek tinggi, rendah, besar,
kecil.
8) Dapat mengenal bunyi seperti: bunyi kenderaan, bunyi haiwan dan
bunyi alat muzik.
9) Boleh menyebut nombor 1, 2, 3.
10) Menepuk tangan dengan sendiri.
11) Boleh memberi tindak balas kepada arahan contohnya: bayi/ kanak
kanak menoleh ke arah bunyi yang didengari.
12) Membina binaan daripada blok.
13) Memeriksa bahagian mainan yang bergerak seperti: roda/ pintu trak
mainan.
14) Berkomunikasi dengan anak patung mengikut imaginasi mereka.
15) Menunjukkan perasaan seperti: menangis, ketawa dll.
16) Suka berpura-pura. Contohnya, bayi yang menangis tanpa sebab
tertentu.
17) Mula mempelajari cara untuk membezakan sesuatu dengan cara
mudah. Contohnya, beberapa mainan membuat bising dan yang lain
tidak.
18) Mula memahami perkataan yang menggambarkan kuantiti seperti
6
1-2 TAHUN lebih banyak, lebih besar, cukup.
19) Dapat memberikan reaksi. Contohnya, bayi terkejut apabila melihat
boneka melompat-lompat.
20) Bayi dapat membuat perbezaan seperti periuk yang penuh dengan air
dan periuk setengah penuh.
21) Mula memahami konsep urutan melalui rutin.
22) Meniru intonasi suara yang sering digunakan orang dewasa ketika
bercakap.
23) Bergerak balas terhadap isyarat dan ekspresi wajah.
24) Membuat bunyi seperti cooing atau babbling atau mengoceh.
25) Memberi reaksi ketika bermain permainan seperti "peek-a-boo" dan
"pat-a-cake".
26) Mampu untuk mengendalikan objek seperti buku papan dan blok abjad
dalam permainannya.
27) Mula mengecam suara ibu bapa.
28) Memberi respon ketika nama mereka dipanggil.
29) Mula mengecam muka. Contohnya, bayi akan tersenyum kepada ibu
bapa mereka dan bayi akan menangis kepada orang yang tidak
dikenali.
30) Mula menepuk dan bermain dengan pantulan gambar pada cermin.
1) Boleh memahami rutin harian.
2) Mula memahami hubungan antara dua objek contoh: sikat untuk
rambut.
3) Boleh mengingat perkara yang telah berlaku seperti pergi pasar raya
atau kelmarin hujan.
4) Boleh membezakan kuantiti banyak, sedikit, penuh, kosong, separuh,
besar atau kecil.
5) Boleh menyebut konsep seperti besar, kecil, jauh, dekat, tinggi, rendah
dan sebagainya.
6) Boleh berfikir pada peringkat pra logik.
7) Boleh menyusun ikut urutan.
7
2-3 TAHUN 8) Boleh membuat padanan satu ke satu.
9) Meneka bunyi dalam kotak.
10) Menyusun blok kecil ke besar.
11) Melengkapkan jiksaw puzzles.
12) Membina 3 dimensi struktur menggunakan satu item.
13) Boleh mengubungkan antara dua objek.
14) Boleh membezakan blok yang berlainan.
15) Boleh mengenal persamaan, perbezaan dan corak.
16) Boleh memahami bentuk dan nombor.
17) Boleh mengasingkan blok mengikut warna yang sama.
18) Boleh menyusun blok dari bawah ke atas.
19) Boleh melihat dirinya dalam cermin.
20) Boleh mengetahui bentuk wajah sendiri ketika melihat ke dalam
cermin.
21) Boleh menyebut anggota mukanya.
22) Merasa gembira ketika melihat wajahnya di dalam cermin.
23) Boleh melukis garis-garis atau apa-apa cakaran di atas kertas.
24) Dapat mengenal dan menamakan kedudukan arah sesuatu objek di
ruang tertentu.
25) Menyusun objek mengikut objek yang bersesuain.
26) Dapat membezakan masa seperti siang, malam atau petang.
27) Mula mengenali corak.
28) Dapat memahami bentuk apabila mereka bermain dengan objek.
29) Mengetahui bentun-bentuk lazim.
30) Boleh menyebut nombor 1-3.
1) Melengkapkan puzzle.
2) Meneka bunyi objek dalam kotak.
3) Boleh menghubungkan antara 2 objek.
4) Boleh mengenal saiz dan bentuk.
5) Mengenal kuantiti banyak dan sedikit.
6) Memadankan bentuk blok-blok.
8
3-4 TAHUN 7) Boleh menguasai diantara 100-200 perbendaharaan kata.
8) Boleh berlari dan melompat.
9) Boleh menyanyi lagu mengenai nombor.
10) Kanak-kanak boleh meniru bunyi.
11) Dapat mengenal nombor yang asas.
12) Kanak-kanak dapat bercakap dengan merujuk sendiri.
13) Meniru perlakuan orang dewasa.
14) Boleh mengawal diri untuk rasa lebih bebas.
15) Bercakap dalam ayat pendek.
16) Kanak-kanak dapat membezakan warna.
17) Dapat membandingkan jarak jauh dan dekat.
18) Dapat mengenal pasti kedudukan atas dan bawah.
19) Dapat mengenal objek di persekitaran.
20) Dapat mengenal pasti pola objek.
21) Dapat menguasai awal pecahan.(sebuah, separuh dan suku)
22) Dapat menguasai awal geometri.(objek 3D)
23) Dapat menguasai awal statistik.(menyusun bahan mengikut jenis)
24) Dapat menguasai awal pengukuran.(mengukur alat permainan)
25) Boleh membilang nombor secara terbalik dari 5 hingga 1.
26) Dapat mewakilkan operasi tambah dengan bahan maujud tidak
melebihi 5.
27) Dapat mencongak penambahan tanpa bantuan dengan nombor tidak
melebihi 3.
28) Dapat mewakilkan operasi tolak dengan bahan maujud tidak
melebihi 5.
29) Dapat mencongak penolakan tanpa bantuan dengan nombor tidak
melebihi 3.
30) Kanak-kanak boleh menyebut anggota mukanya.
1) Boleh memakai pakaian sendiri
2) Boleh membuka pakaian sendiri
3) Boleh memberus gigi sendiri
9
4) Boleh membasuh tangan sendiri
5) Boleh menjawap soalan mudah
6) Boleh mengambil bahagian dalam perbualan dengan aktif
7) Percakapannya lebih jelas
8) Boleh menyiapkan barangan peribadi sendiri
9) Suka membelek buku dan membuat cerita tentang gambar dalam buku
10) Boleh menyuap makanan mudah menggunakan sudu dan garfu
11) Boleh mengaup makanan menggunakan tangan
12) Boleh menyuapkan ke dalam mulut
13) Faham konsep bahan bercetak dan simbol yang selalu dilihat
14) Tiada masalah dengan pelbagai tekstur pakaian jenis jahitan,tag
pakaian dan lain-lain
15) Sangat selesa menyuap pelbagai tekstur makanan ke dalam mulut
16) Boleh berjalan naik dan turun tangga.
17) Boleh tendang, baling, dan tangkap bola.
18) Boleh berlari dengan lebih yakin dan menunggang basikal roda tiga.
19) Boleh melompat dan berdiri dengan satu kaki sehingga lima saat.
20) Boleh berjalan ke depan dan ke belakang dengan mudah.
21) Boleh selesaikan teka-teki yang sesuai dengan usia.
22) Boleh memahami masa dengan lebih baik contohnya, pagi, petang dan
malam.
23) Boleh mengira 1 hingga 10 dalam Bahasa melayu dan Bahasa inggeris
24) Mula menunjukkan rasa empati ketika orang lain terluka atau marah
dan bahkan mungkin berusaha untuk menenangkan orang itu.
25) Boleh mengenal angka dan menulis angka.
26) Faham konsep kuantiti contohnya banyak dan sedikit.
27) boleh buat representasi nombor yang lebih besar.
28) Boleh mengira jari dan objek sekurang-kurangnya 1 hingga 5 atau 10.
29) Boleh buat seriasi contohnya susunan/urutan.
30) Boleh namakan warna yang dikenali dengan betul.
10
RUJUKAN
BUKU
Universiti Putra Malaysia. (2013). Kursus Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak PERMATA
Negara. Cetakan Kesembilan (2020). Tahap Milestone Perkembangan Fizikal.
LAMAN WEB
Adilah Said [2015, Oktober 5] Matematik Awal Kanak-kanak
https://www.slideshare.net/ciklahkiter/perkembangan-pemikiran-matematik-kanak-
kanak-1
Budakpro Bapapro [2014, Oktober 29] Senarai Semak Perkembangan Kanak-Kanak 2-3 Tahun
https://www.slideshare.net/budakpro/senarai-semak-perkembangan-kanakkanak-23-
tahun
Shiekin Hassan; Peringkat Dan Ciri2 Perkembangan Awal Matematik Dan Pemikiran
https://www.scribd.com/doc/118297386/PERINGKAT-DAN-CIRI2-
PERKEMBANGAN-AWAL-MATEMATIK-DAN-PEMIKIRAN-pptx
11