EDUP2073
Falsafah Pendidikan
NOR AZIRAH BINTI MISBAH
UNIT PI1 PDP
Falsafah Pendidikan
kebangsaan
Pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
Untuk memupuk individu pintar dan berbakat dengan fikiran ingin tahu
untuk menyumbang bakti sebagai pemimpin dunia, pemikir dan pencipta
masa depan yang menghayati nilai-nilai kemanusiaan
Untuk menjadi pelopor dalam menginspirasikan
pendidikan STEM dan penyelidikan kepada pelajar
pintar dan berbakat.
Teroka, Cipta, Bitara.
Nilai-nilai berikut, yang dikongsi bersama oleh setiap warga
kerja, merupakan tulang belakang semua aktiviti yang dijalankan di
pusat ini.
Passionate (bersemangat dan mempunyai iltizam yang tinggi)
Inspirational (menjadi sumber inspirasi kepada yang lain)
Nurturing (sentiasa memberi panduan, bantuan dan tunjuk ajar)
Teamwork (kerja berpasukan, tidak mementingkan diri sendiri)
Awareness (peka terhadap alam sekeliling)
Respectful & Responsible (sentiasa hormat menghormati dan
bertanggugjawab)
Nilai-nilai berikut, yang dikongsi bersama oleh setiap warga
kerja, merupakan tulang belakang semua aktiviti yang dijalankan di
pusat ini.
Passionate (bersemangat dan mempunyai iltizam yang tinggi)
Inspirational (menjadi sumber inspirasi kepada yang lain)
Nurturing (sentiasa memberi panduan, bantuan dan tunjuk ajar)
Teamwork (kerja berpasukan, tidak mementingkan diri sendiri)
Awareness (peka terhadap alam sekeliling)
Respectful & Responsible (sentiasa hormat menghormati dan
bertanggugjawab)
1- “Pendidikan suatu usaha berterusan”. Pendidikan merupakan suatu proses
yang berterusan sepanjang hayat iaitu bermula dari bayi sehinggalah kita
meninggal dunia.
2- Memperkembangkan potensi individu. Potensi individu ini boleh dibahagikan
pula kepada 4 iaitu unsur intelek, jasmani, emosi dan rohani.
-Unsur Jasmani (unsur fizikal yang bekaitan anggota tubuh badan)
-Unsur Emosi (berkaitan dengan jiwa individu yang memberi kawalan kuat
kepada semangat perpaduan).
-Unsur Rohani (berkaitan kalbu iaitu hubungan antara manusia dengan
penciptanya).
-Unsur Intelek (berkaitan daya fikiran).
3- Perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu yang
merangkumi perkembangan individu yang maksima .
4- Insan yang seimbang dan harmonis ialah insan yang berilmu
pengetahuan, mempunyai akhlak mulia, percaya dan yakin kepada
tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram dan sihat tubuh
badan.
5- Kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan seperti mengakui
wujudnya pencipta.
Falsafah Pendidikan
guru
Dengan adanya Falsafah Pendidikan Guru, guru-guru akan lebih bersedia
bagi mempersiapkan diri dengan memupuk kualiti-kualiti diri yang
diperlukan selaras dengan Falsafah Pendidikan Guru. Falsafah Pendidikan
Guru digubal berdasarkan model Pendidikan guru dengan menekankan
tiga dimensi utama yang menjadi landasan pengubalannya iaitu
ketuhanan, kendiri dan kemasyarakatan.
Matlamat falsafah Pendidikan guru adalah untuk melahirkan guru yang
berkualiti dari segi peribadi, professional, social, menguasai ilmu dan
kemahiran serta amalan keguruan. Seseorang guru cemerlang perlu
mempunyai ciri-ciri dalaman iaitu peribadi yang seimbang terlebih
dahulu.
• Dengan adanya FPG, guru-guru akan lebih bersedia bagi
mempersiapkan diri dengan memupuk kualiti-kualiti diri yang
diperlukan selaras dengan FPG.
• FPG dibentuk berdasarkan model Pendidikan guru dengan
menekankan 3 dimensi utama yang menjadi landasan
pembentukannya iaitu :-
1-Ketuhanan
2-Kendiri
3-Kemasyarakatan
KETUHANAN – Penghayatan, amalan dan peningkatan ilmu individu
dilakukan berteraskan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada ajaran
agama.
KENDIRI – Menekankan peranan guru sebagai pendidik, pemimpin dan
agen perubahan kepada masyarakat dan negara.
KEMASYARAKATAN – Kendiri memberi penekanan kepada pembinaan
daya kefahaman dan patriotisme, pemupukan budaya ilmu serta
pembentukan sahsiah murni dan berpekerti mulia.
Berteraskan dimensi-dimensi ini, Model Konseptual Pendidikan guru
merangkumi 3 aspek asas :-
• Pengetahuan dikaitkan dengan perkembangan dan kepentingan
Pendidikan dalam kehidupan.
• Kemahiran ikhtisas yang merangkumi kemahiran menggunakan bahan-
bahan.
• Nilai-nilai murni merujuk kepada pengamalan guru yang penyayang
dan mempunyai nilai integriti yang tinggi.
Falsafah Pendidikan
KHAS
Pendidikan khas bererti program yang dirancang khusus untuk
memenuhi pelbagai keperluan murid khas. Ini termasuk penggunaan
bahan-bahan khas, perlatan khas, teknik pengajaran dan pembelajaran
mengikut tahap kebolehan dan keupayaan murid. Ia bertujuan untuk
medidik dan membentuk murid melalui :-
• Perkembangan mental
• Kestabilan emosi
• Integrasi sosial
• Untuk memastikan bahawa OKU di Malaysia mempunyai hak yang
sama di bawah undang-undang seperti masyarakat lain.
• Untuk menghapuskan sejauh mana yang boleh, diskriminasi terhadap
seorang atas sebab kurang upaya dalam beberapa aspek hidup.
• Menggalakkan pengiktirafan serta penerimaan prinsip bahawa OKU
diberi peluang yang sama dan penyertaan sepenuhnya dikalangan
masyarakat untuk membolehkan mereka hidup sebagai rakyat yang
berhak di negara ini.
• Akta Pendidikan 1996, Bab 8
• Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997
• Keputusan Jawatankuasa Dasar, KPM
• Deklarasi Antarabangsa (Salamanca Declaration 1994)
MENCEGAH/MENGURANGKAN KEMUNGKINAN SESUATU
‘DIASABILITY’ MENJADI SESUATU ‘HANDICAP’
Kategori Murid Pendidikan Khas
• Bermasalah penglihatan
• Bermasalah pendengaran
• Bermasalah pembelajaran
• Pintar cerdas
MENCEGAH/MENGURANGKAN KEMUNGKINAN SESUATU
‘DIASABILITY’ MENJADI SESUATU ‘HANDICAP’
Kategori Murid Pendidikan Khas
• Bermasalah penglihatan
• Bermasalah pendengaran
• Bermasalah pembelajaran
• Pintar cerdas
Falsafah Pendidikan
Tvet
• TVET adalah proses Pendidikan dan Latihan yang mempunyai hala
tuju pekerjaan dengan penekanan utama terhadap amalan industry.
• Pendidikan yang memberikan pengetahuan teknikal yang berkaitan
dengan matapelajaran matematik dan sains yang kukuh.
• TVET diperkenalkan bagi memenuhi permintaan industry dan
menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi selaras dengan globalisasi
yang berasaskan kemajuan teknologi dan mobility tenaga kerja global.
• TAHUN 1906-1934 – Sekolah Teknik dibina untuk melatih
juruteknik JKR dan KTM seterusnya dinaik taraf.
• TAHUN 1945-1960 – Laporan Razak (TVET) diberi keutamaan
dalam sistem Pendidikan.
• TAHUN 1965 – Jurusan yang ditawarkan ditambah baik dan
diperbanyakkan.
• Sistem TVET berubah sejajar dengan keperluan ekonomi bagi
memastikan modal insan yang dilatih mempunyai nilai, kemahiran dan
pengetahuan yang relevan.
• Sistem TVET disetiap negara adalah untuk mengikut pembangunan
dan sejarahnya sendiri.
• Guru memainkan peranan penting dalam peningkatan semangat murid
mengutamakan Pendidikan TVET yang boleh meningkatkan Teknik dan
kemahiran mereka pada masa hadapan.
SEKIAN, TERIMA
KASIH.