Rasulullah SAW sebagai Ketua Keluarga NOR AZIRAH BINTI MISBAH NURUL SYAZWANIE BINTI NAZAM Penulis: Membina keluarga bahagia seperti cara Rasulullah SAW?
Biografi Penulis NURUL SYAZWANIE BINTI NAZAM NOR AZIRAH BINTI MISBAH 03 2022142380029 2022142380027
Penghargaan NOR AZIRAH BINTI MISBAH Assalamualaikum, Alhamdulillah bersyukur ke hadrat ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya yang dianugerahkan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan penuh jayanya. Pertama sekali, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah pengajian Sirah dan Nabawiyah yang dihormati, Ustaz Mohd Fu'ad Bin Mohamad Seleh kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya telah membuka ruang untuk saya menjayakan tugasan ini. Selain itu, saya juga mahu mengucapkan penghargaan terima kasih yang tidak terhingga kepada sahabat-sahabat saya khususnya seunit dengan saya kerana banyak memberi pendapat dan peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa sepanjang tugasan ini disiapkan. Mereka juga telah membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka. Tidak lupa juga, ucapan penghargaan terima kasih ini saya tujukan kepada ahli kumpulan saya iaitu Nurul Syazwanie Binti Nazam yang juga bekerjasama dan sebagai pemudahcara dalam menyiapkan rislah ini. Akhir madah, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau sebaliknya dalam pembikinan risalah sirah ini. Terima kasih.
Penghargaan NURUL SYAZWANIE BINTI NAZAM Assalamualaikum dan Bismillahirahmanirahim Alhamdullilah, bersyukur saya kehadrat ilahi kerana dengan limpahan rahmat dan limpah rahmat yang dikurniakan olehNya, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekalung penghargaan ingin saya ucapkan kepada penyelia saya, Ustaz Mohd Fuad Bin Salleh kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripadanya membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan ini tepat pada masanya. Jutaan terima kasih juga ingin saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya yang banyak memberikan sokongan moral dan galakan sepanjang proses menyiapkan kerja kursus ini. Tidak lupa juga, ucapan penghargaan ini saya tujukan kepada ahli kumpulan saya iaitu Nor Azirah Binti Misbah, serta rakanrakan yang turut memberi peringatan dan sebagai pemudahcara. Akhir kata, saya ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang pembikinan kerja kursus ini. Terima kasih setinggi langit. Saya amat menghargainya.
Isi Kandungan Konsep Kepimpinan Dalam Islam Pengenalan Cara Rasulullah Membina Keluarga Bahagia 7 Sunnah Nabi Dalam Berkeluarga Khutbah Jumaat: Tanggungjawab Dalam Tumahtangga Isu Semasa Contohi sifat Rasulullah Rumusan 1 2 3-5 6-9 10-11 12-15 16 17
1 PENGENALAN Sebagaimana firman Allah SWT: ْزَواًجا ِلَتْس ُكُنوا ْنُفِس ُكْم َأ ْن َخَلَق َل ُكْم ِمْن َأ َوِمْن آَياِتِه َأ ِلَك آَلَياٍت ِإَّن ِفي َٰذ ۚ ْيَها َوَجَعَل َبْيَن ُكْم َمَوَّدًة َوَرْحَم ًة َل ُروَن ِإ َّك ِلَقْوٍم َيَتَف Maksudnya: “Dan di antara tandatanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir”. صىل هللا نبى محمد عليه وسلم Dalam kehidupan berumah tangga Rasulullah saw, Baginda adalah seorang suami dan bapa yang sangat mengambil berat terhadap kebajikan keluarga. Dalam membina keluarga sejahtera dan bahagia, keperibadian Rasulullah terhadap isteri dan anak-anak sangat wajar dicontohi Seperti yang kita sedia maklum, sejarah telah membuktikan bahawa sifat tanggungjawab yang ada pada Nabi Muhammad SAW telah membuktikan Baginda mendapat keuntungan yang banyak dan berlipat kali ganda ketika berniaga membantu isterinya iaitu Saidatina Khadijah Hal ini berkait lagi apabila kita menyedari bahawa hasil daripada pendapatan itulah yang akan menjadi sumber rezeki yang halal dan punca kepada kebahagiaan untuk diri dan kesejahteraan keluarga.
2 Konsep Kepimpinan Dalam Islam Menurut perspektif Islam, kepimpinan merupakan sesuatu amanah yang wajib dilaksanakan dengan sebaik-baiknya, manakala pemimpin pula adalah bertanggungjawab dalam mengurus, mentadbir dan menjaga apa yang diamanahkan kepadanya. Antara yang perlu dijaga oleh seseorang pemimpin ialah menjaga dirinya daripada melakukan perbuatan mungkar dan menunaikan kewajipan syarak dan tugastugas yang dipikulkan kepadanya dengan baik dan adil. Bapa adalah ketua dalam keluarga dan rumahtangga yang sepatutnya bertanggungjawab memberi nafkah, kasih sayang, perlindungan, pendidikan dan bimbingan kepada anak-anak dan isteri dalam keluarga Peranan dan tanggungjawab sebagai seorang bapa dalam sesebuah keluarga adalah sangat penting terutama memimpin dan membimbing keluarga ke jalan yang diredhai Allah SWT. Maksud firman Tuhan: "Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan." (At Tahrim 66:6).
Baginda Rasulullah SAW merupakan seorang bapa yang sangat mencintai serta mengasihi putera dan puterinya, Qassim, Abdullah, Ibrahim, Fatimah, Zainab, Umi Kalthum dan Ruqaiyah. Antara riwayat menceritakan, setiap kali Fatimah ingin masuk ke dalam bilik, Baginda akan bangun dan memimpin tangan puterinya itu dan didudukkan di sebelahnya. Sesungguhnya Nabi SAW juga sangat peka dan memahami sikap setiap anak-anaknya. Nabi Muhammad SAW sangat sedih ketika Ibrahim yang ketika itu masih kecil meninggal dunia sehinggakan mengalirkan air mata Baginda. 3 Cara Rasulullah Membina Keluarga Bahagia B a p a y a n g s a n g a t p e n y a y a n g, le m b u t & & p e n u h k a sih s a y a n g S elalu m e m b a n t u is t e ri d ala m u r u s a n r u m a h t a n g g a Baginda sangat bersikap adil kepada para isterinya, bahkan dapat menguruskan kehidupan rumah tangga dengan sempurna. Baginda juga seorang suami yang ringan tulang dengan sering membantu isterinya dalam menguruskan rumah tangga tanpa diminta. Saidatina Aisyah pernah ditanya tentang apa yang dilakukan Nabi SAW di rumahnya? Aisyah menjawab, “Baginda selalu melayani (membantu) isterinya.” Setiap kali pulang ke rumah, apabila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum Baginda menyinsing lengan baju lalu membantu isterinya di dapur tanpa sedikit pun marah atau merungut.
B e r bin c a n g b e r s a m a is t e ri & k elu a r g a Rasulullah SAW tidak pernah keberatan mendengar serta menerima pendapat isterinya dala menetapkan sebarang keputusan. Contohnya, Baginda pernah meminta pendapat Ummu Salamah semasa berlakunya Perjanjian Hudaybiyah. Ketika itu, Baginda memerintahkan para sahabat untuk mencukur rambut dan menyembelih binatang korban, namun ada dalam kalangan mereka tidak bersetuju melakukannya. Melihat keadaan tersebut, Baginda menemui Ummu Salamah dan menceritakan kepadanya akan hal yang berlaku, lalu berkata Ummu Salamah ; “Keluarlah, ya Rasulullah, kemudian bercukurlah, lalu sembelilhlah binatang korban itu.” Lalu Baginda pun melakukan hal itu,melihat sahaja Rasulullah bercukur dan menyembelih korban, para sahabat segera bangun dan melakukan apa yang dilakukan oleh Baginda. Bahkan diceritakan dalam Sahih Bukhari dan Muslim; “Rasulullah apabila datang waktu malam, Baginda berjalan bersama Aisyah dan berbincang-bincang dengannya.” 4 Cara Rasulullah Membina Keluarga Bahagia B e rle m a h le m b u t & s o p a n w ala u m a r a h Rasulullah SAW bukanlah seorang suami yang mudah memarahi isteri Baginda, jauh sekali bersikap ringan tangan. Tetapi Baginda sangat lembut dan bijak menangani perselisihan dengan isteri-isteri Baginda. Ketika kemarahan Baginda agak tinggi, Baginda akan menjauhi isteri untuk sementara waktu sehingga kemarahan tersebut menjadi reda. Sesungguhnya ketika marah sekalipun, Baginda tetap seorang yang sopan, lembut dan penuh kasih sayang.
Rasulullah SAW sangat menunjukkan rasa cintanya pada para isterinya di hadapan umum. Diceritakan, Shafiyah binti Huyay mendatangi Rasulullah SAW sewaktu Baginda beritikaf di masjid, tidak berapa lama kemudian Rasulullah menghantarkan Shafiyah pulang. Dua orang Anshar melalui mereka dan memberi salam kepada Rasulullah. Lalu Baginda berkata, “Perhatikanlah baik-baik oleh kamu berdua, dia ini tidak lain Shafiyah binti Huyay.” Sungguh indah keperibadian Rasulullah SAW yang menunjukkan cinta dan kemesraannya terhadap para isteri Baginda. Sifat mulia ini sangat sesuai dipraktikkan dalam keluarga bagi melahirkan kasih sayang antara suami isteri serta anak-anak. 5 Cara Rasulullah Membina Keluarga Bahagia R o m a n tik Betapa romantisnya Rasulullah sehinggakan setiap isterinya sentiasa mendapat kucupan mesra ketika Baginda ingin ke masjid. Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, “Rasulullah tidaklah setiap hari melainkan Baginda selalu mengunjungi isteri-isterinya seorang demi seorang. Rasulullah menghampiri dan membelai mereka secara bergantian.” Berkata Saidatina Asiyah, ‘Aku minum, ketika itu aku sedang haid, lalu aku memberikannya kepada Nabi. Baginda meletakkan mulutnya pada tempat (bekas) mulutku lalu minum. Aku menggigit daging, ketika itu aku sedang haid, lalu memberikannya kepada Nabi SAW, lalu Baginda meletakkan mulutnya pada tempat (bekas) mulutku’. Begitulah romantisnya Rasulullah SAW dalam kehidupan berumah tangga Baginda. M e m p e r k e n alk a n & b e r b a n g g a d e n g a n is t e ri
6 7 Sunnah محمد Nabi Dalam Berkeluarga Tidak membenci pasangan yang beriman 1. Dalam melayari alam rumahtangga, sudah pasti ada beberapa perkara yang kadang membangkitkan emosi atau ego antara kedua pasangan, terutama daripada pihak suami. Masing-masing mahu mempertahankan pandangan sehingga kadang ‘terbenci’ dengan sikap pasangan yang tidak mahu menyokong pandangannya. Justeru, dalam hal ini beringatlah akan sabda Rasulullah S.A.W, Abu Hurairah R.A berkata, Rasulullah S.A.W bersabda; “Janganlah seorang mukmin membenci wanita yang beriman. Jika dia membenci salah satu perangainya, maka masih ada perangai lain yang menyenangkannya.” (Hadis Riwayat Muslim) Walaupun ada satu sikap isteri atau suami yang kurang disenangi oleh pasangan, ingatlah ada sikap lain yang lebih baik padanya. Ini kerana boleh jadi kita membenci sesuatu itu, padahal ia amat baik bagi diri kita.
7 2. Saling menghormati 3. Memberi nafkah kepada keluarga “Aku pernah bertanya kepada Rasulullah S.A.W, ‘Apakah hak isteri terhadap suaminya?’ Rasulullah S.A.W menjawab, ‘Memberi makan jika kamu makan, memberi pakaian jika kamu berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menghina dan tidak pula meninggalkan isteri melainkan dia tetap berada di rumahnya’.” (Hadis Riwayat Abu Daud) Dalam konteks ‘menghormati’ kaum wanita ini bukanlah bermaksud para suami perlu menjadi ‘hamba’ kepada pasangannya. Tidak sama sekali. Hadis ini merupakan panduan buat para suami supaya tidak mensia-siakan kaum wanita terutama para isteri. Tahukah kita, Rasulullah S.A.W amat menghormati dan melayani para isterinya dengan cara yang cukup mulia. Rasulullah S.A.W bersabda; “Sesungguhnya nafkah yang kamu keluarkan kerana mengharap keredaan Allah S.W.T nescaya akan dibalas dengan pahala, termasuk apa yang kamu masukkan ke dalam mulut isterimu.” (Hadis Riwayat Bukhari) Nafkah keluarga adalah satu kewajipan buat setiap ketua keluarga terutama suami. Namun begitu, haruslah diingat serta diteliti sumber bagi memperolehinya. Ini kerana apa-apa yang diberikan kepada ahli keluarga itu terutama dalam soal pemakanan kelak akan menjadi darah daging dalam tubuh mereka. Jika baik sumbernya, maka baiklah seluruhnya.
8 4. Menjaga rahsia & maruah pasangan 5. Perintahkan ahli keluarga untuk solat ““Maka, perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemuliharaan Allah dan pertolongannya.” (Surah An-Nisa, ayat 34) Perkahwinan adalah satu ikatan yang suci. Oleh itu, berusahalah untuk memelihara ikatan tersebut daripada perkara-perkara yang boleh merosakkannya, antaranya dengan menceritakan perihal yang menjatuhkan maruah suami atau isteri di hadapan kepada rakan, ahli keluarga dan sebagainya. (Jika berlaku pertikaian, rujuk kepada yang pakar, bukan disebar) Firman Allah S.W.T yang bermaksud; “Dan, perintahkanlah kepada keluargamu mendirikan solat dan bersabarlah kamu dalam mengerjakannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu. Dan, akibat itu adalah bagi orang yang bertakwa.” (Surah Taha : 132) Solat yang menjadi tiang atau asas dalam agama juga perlu dititikberatkan. Ini kerana salah satu kelebihan bagi mereka yang memelihara ibadah solat ini adalah ia dapat menghindarkan diri daripada perkara yang keji dan mungkar. Seterusnya memberi ketenangan kepada seisi rumah. Adapun, jika solat tidak dipelihara, dibimbangi ia akan memberi kesan buruk dalam kehidupan keluarga itu sendiri.
9 6. Tidak membawa perkara yang bertentangan masuk ke dalam rumah 7. Menggembirakan hati pasangan dengan memberi gelaran yang baik Abu Talhah meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda; “Malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang di dalamnya ada anjing dan gambar (patung atau lukisan).” (Muttafaqun Alaih) Bagi mewujudkan rumah tangga yang harmoni, hal ini juga haruslah dititikberatkan. Sebagai ketua keluarga, para suami hendaklah memastikan tiada perkara yang bertentangan dengan syariat Islam ada di dalam rumah masing-masing. Gantikanlah keadaan tersebut dengan perhiasan yang tidak bertentangan dengan syariat serta isilah rumah dengan perkara yang lebih berfaedah untuk seisi keluarga seperti solat berjemaah atau bacaan AlQuran. Diriwayatkan oleh Aisyah RA bahwa, Nabi SAW adalah orang penyayang lagi lembut. Dan beliau akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sedang sakit. (H.R. Bukhari dan Muslim) Seringkali Rasulullah memanggil Aisyah dengan ucapan “wahai Humaira” (panggilan sayang untuk Aisyah). Perkara ini juga perlu dilakukan sebaliknya buat para isteri untuk memanggil suami dengan gelaran yang baik-baik.
Khutbah Jumaat : “Tanggungjawab Dalam Rumahtangga” “Tanggungjawab Dalam Rumahtangga” Keluarga adalah anugerah dan amanah daripada Allah SWT. Peranan dalam membentuk peribadi isteri dan anak-anak merupakan tanggungjawab ketua keluarga. Firman Allah SWT sebagaimana yang disebutkan di awal khutbah yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” Oleh itu, suami semestinya bertanggungjawab dalam menyempurnakan tugas sebagai ketua keluarga sama ada suami atau bapa, yang merupakan pemimpin dalam rumahtangga. Firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa’ ayat 34 : “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orangorang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka..” Ketua keluarga juga mestilah menjadi orang yang amanah terhadap diri sendiri, sempurna penghayatan agamanya dan sentiasa bertanggungjawab. Setiap isteri diwajibkan taat kepada suami manakala anak-anak wajib taat kepada ibu bapa dan penjaga mereka. Sebagai ketua keluarga, suami mestilah bertanggungjawab dan memelihara amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas diri kita dan ahli keluarga kita keseluruhannya. Tanggungjawab terhadap diri sendiri ialah dengan menunaikan perintah Allah dan menjauhi segala larangan-Nya. Manakala tanggungjawab terhadap keluarga pula, hendaklah memimpin dan membimbing mereka mengikut syariat yang telah ditetapkan, memberikan didikan yang seimbang untuk kejayaan di dunia dan akhirat, bertanggungjawab melindungi keselamatan mereka, memberikan nasihat, memberikan layanan yang baik serta kasih sayang yang sewajarnya dan bertanggungjawab terhadap nafkah isteri dan anak-anak. Firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 233 :“Dan kewajipan keatas bapa (suami) memberikan nafkah (makan minum) dan pakaian kepada para ibu (isteri) dengan cara yang baik.” Hari ini terdapat sebahagian isteri yang bernasib malang kerana dizalimi oleh suami mereka. Terdapat segelintir suami yang mementingkan diri sendiri. Membiarkan isteri bersusah-payah mencari nafkah untuk diri dan anak-anaknya, ada suami yang memaksa isteri bekerja, tetapi hasil gajinya diambil oleh suaminya sehingga isteri tiada wang perbelanjaan untuk diri sendiri. Isteri adalah pasangan yang mesti dijaga maruah dan perasaannya. Bergaullah bersama mereka dengan cara yang baik, agar suami berjaya membina kehidupan penuh berkasih sayang, keluarga sakinah, rumahtangga bahagia dan umat yang cemerlang. Hadis daripada Ibnu Umar Radhiallahu Anhuma bahawa Rasulullah SAW bersabda :“Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu bertanggungjawab keatas rakyat yang dipimpinnya. Setiap lelaki (suami) adalah pemimpin rumahtangganya, dan dia akan bertanggungjawab keatas ahli rumahnya, dan para isteri juga ada tanggungjawab, dia bertanggungjawab keatas rumah suaminya”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Setiap ketua keluarga mestilah melaksanakan tanggungjawab dalam rumahtangga dengan sempurna. Lebih-lebih lagi yang melibatkan perkahwinan anak-anak perempuan mereka. Oleh itu, setiap ketua keluarga atau wali yang ingin mengahwinkan anak perempuannya mestilah memastikan bakal pasangan mereka yang ingin mendirikan rumahtangga itu memahami dan bersedia memikul tanggungjawab selepas berkahwin. Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2013 telah menetapkan umur minima perkahwinan bagi lelaki adalah 18 tahun dan bagi perempuan adalah 16 tahun. Walau bagaimanapun, sekiranya wujud keaadan yang menyebabkan perkahwinan di bawah umur tersebut perlu dilaksanakan, maka ianya mestilah mendapat kebenaran secara bertulis daripada Hakim Syarie. 10
Khutbah Jumaat : “Tanggungjawab Dalam Rumahtangga” 11 Mengakhiri khutbah hari ini, adalah diharapkan agar kita semua dapat menghayati perkara-perkara berikut: 1. Umat Islam hendaklah meyakini bahawa setiap ketua keluarga bertanggungjawab penuh terhadap ahli keluarganya dan akan dihisab dihadapan Allah di hari akhirat kelak 2. Setiap ketua keluarga wajib memberikan pendidikan yang sempurna kepada anakanak dan tanggungannya. 3. Umat Islam mestilah mematuhi hukum syarak dan peraturan serta undang-undang yang telah ditetapkan demi menjamin kemaslahatan ummah. 4. Ketua keluarga hendaklah melaksanakan tanggungjawab bagi mewujudkan keluarga bahagia dan berkasih sayang. “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa ia menciptakan untuk kamu (Wahai kaum lelaki), isteriisteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keteranganketerangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir. (al-Ruum : 21).
12 Isu Semasa; Keruntuhan rumah tangga Setiap dari kita tidak dapat lari daripada masalah yang kecil mahupun besar. Begitu juga dengan kehidupan rumahtangga. Pasangan mana yang mahu rumahtangga yang dibina musnah di tengah jalan lagi-lagi jika perkahwinan yang di bina itu masih baru dengan merah inai belum tanggal habis di jari tangan. Zaman sekarang banyak sangat perkara kecil atau besar yang begitu mudah mengganggu kehidupan berumah tangga hingga boleh meyebabkan kepada berlakunya penceraian. Kadangkadang masalah tu terlalu remeh pada tahap yang tidak masuk akal tapi boleh menjadi salah satu punca untuk berpisah dari ikatan akad dan nikah. Makin menyedihkan apabila semakin banyak pasangan memilih untuk bercerai daripada berusaha untuk menyelamatkan rumahtangga masingmasing. Ini mungkin disebabkan oleh kurangnya ilmu rumahtangga dan ia juga mungkin terjadi disebabkan oleh sikap si pasangan itu sendiri yang terlalu mementing diri. Suami isteri mana yang mahu rumah tangga mereka musnah di tengah jalan? Namun apakan daya kerana Punca Masalah Keretakan Rumah Tangga Boleh Musnah ini ada banyak. Sedih melihat rumah tangga yang bahagia hancur.
0 2. Tid a k s e tia & b e rla k u c u r a n g di b ela k a n g p a s a n g a n 13 6 punca masalah rumahtangga yang boleh menyebabkan penceraian Curang adalah masalah yang paling kerap kita dengar sebagai punca utama yang boleh berakhir dengan penceraian. Sudah ada isteri tapi main kayu tiga di belakang isteri. Tidak puas hati dengan isteri yang ada masih ingin jalinkan hubungan baru dengan perempuan lain. Ada juga kes di mana si isteri sendiri berlaku curang dengan kembali bermesra dengan kekasih lama. Perkahwinan adalah perjanjian hidup antara dua orang insan maka jika di dalam perkahwinan sudah tidak ada komunikasi, bagaimana nak hidup bersama dengan harmoni. Masing-masing dengan hal sendiri. Tidak tahu apa yang berlaku antara suami isteri. Hanya bercakap apabila perlu dan bila bercakap ada sahaja yang tak kena dan sering berlaku salah faham. Sangat menyusahkan. 0 1. K u r a n g k o m u nik a si
0 4. B elu m b e r s e dia u n t u k m e m a s u ki ala m r u m a h t a n g g a 14 6 punca masalah rumahtangga yang boleh menyebabkan penceraian Nak berkahwin tapi tak bersedia. Bila tengok orang berkahwin, mereka pun ingin berkahwin. Walaupun bersungguh-sungguh hendak berkahwin, mereka tidak sedar bahawa mereka tidak bersedia dari segi fizikal dan mental. Akhirnya satu perkahwinan yang terbina berakhir dengan penceraian. Kerap kita dengar salah satu punca masalah penceraian lain adalah apabila suami isteri ini merasa bosan dengan pasangan masing-masing. Ini sering berlaku kepada pasangan yang telah lama bersama. Kenapa mesti ini berlaku? Tidak terfikirkan segala susah payah yang telah diharungi bersama sebelum ini. 0 3. C e p a t b e r a s a b o s a n
0 6. K e r a p b e r g a d u h hin g g a m elib a t k a n p e n d e r a a n fizik al ( p u k ul) 15 6 punca masalah rumahtangga yang boleh menyebabkan penceraian Tidak kira samaada suami atau isteri, penderaan fizikal dan metal amat menyakitkan. Akibat dari penderaan ini boleh membawa kepada petengkaran seterusnya penceraian. Tapi awas jangan mudah-mudah naik tangan ke atas isteri kerana pukul isteri sekarang sudah dianggap sebagai keganasan rumahtangga yang boleh membawa kepada kes polis. Jika isteri membuat report alamatnya si suami akan terpaksa merengkok dalam penjara. Pertelingkahan di dalam rumahtangga berlaku bila satu-satu pihak tidak ada tanggungjawab dan tidak menjalankan kewajipannya yang sempurna dalam kehidupan rumahtangga. Kasih sayang di antara suami isteri pula perlu sentiasa dipupuk supaya sentiasa mekar dan bersemarak. Jika suami isteri gagal atau tidak berusaha ke arah tersebut ia akan semakin pudar dan berkurangan. 0 5. K u r a n g r a s a t a n g g u n gj a w a b & k a sih s a y a n g
Contohi sifat Rasulullah agar rumah tangga bahagia 16 M e n g h a d a pi m ara h d e n g a n s e n y u m a n & g ura u s e n d a Rasulullah SAW terkenal dengan sikapnya yang tegas terutamanya apabila berkait dengan hal agama. Tapi dalam rumah tangga, Baginda sering menghadapinya dengan kasih sayang berupa senyuman, malah dengan gurau senda juga. Pernah satu ketika Rasulullah mencubit hidung isterinya iaitu Aisyah ketika dia marah dan baginda berkata: Wahai Aisyah, bacalah doa, “Wahai Tuhanku, Tuhan Muhammad, ampunilah dosa-dosaku, hilangkanlah kekerasan hatiku, dan lindungilah diriku dari fitnah yang menyesatkan.” (Hadis Riwayat Ibnu Sunni) M e n g a m bil h a ti & m e n g hib u r k a n S alin g b e r t ola k a n s u r s e s a m a s e n diri Rasulullah SAW juga pandai mengambil hati dan menghiburkan hati isteri Baginda. Sewaktu isterinya dalam kedukaan, Baginda hadir menghiburkan hati, mengubat kedukaan dan kesakitan. Diriwayatkan dari Aisyah RA yang bermaksud: “Nabi Muhammad SAW adalah orang yang penyayang lagi lembut. Baginda akan menjadi orang yang sangat lembut dan paling banyak menemani ketika isterinya sakit.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim) Pasangan suami isteri yang saling memahami dengan mengamalkan sokap tolak ansur akan dapat menangani krisis rumah tangga lebih baik. Pasangan yang mengikut sunnah bukan sahaja boleh bergurau ketika ceria, juga boleh bersabar dan saling memaafkan ketika berlakunya perbalahan. Pasangan suami isteri perlu memahami peranan masingmasing dalam institusi perkahwinan yang dibina. Pastikan sentiasa berkomunikasi sesama sendiri dalam apa jua keadaan. Rasulullah SAW walau sibuk bagaimana sekalipun, Baginda tetap ada waktu untuk bergurau dan berbual-bual dengan isteri Baginda.
Sebuah rumah tangga memerlukan kualiti kepemimpinan yang baik. Pemimpin yang bertanggungjawab harus ada sebagai pengurus bahtera kehidupan berumah tangga dengan tujuan ketaatan kepada Allah, tidak menyalahgunakan kekuasaan serta menggunakannya untuk bermusyawarah antara suami dan isteri dalam hal sekecil-kecil menyisihkan bayi dari susuan. Diriwayatkan daripada Saidatina ‘Aisyah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda, ُرُكْم َأِلْهِلي، َوِإَذا َماَت ا َخْي َن ُرُكْم َأِلْهِلِه َوَأ ُرُكْم َخْي َخْي ْم َفَدُعوُه ُك ُب َصاِح Maksudnya: Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku. Dan apabila salah seorang daripada ahli keluarga kalian meninggal dunia, maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia dan jangan berbicara tentang keburukannya). Oleh itu, sebagai seorang pemimpin keluarga, untuk menjadikan keluarga yang sakinah, mawwadah, sebagai pemimpin dan ahli keluarga perlulah mencontohi sifat Rasulullah serta cara Baginda dalam menguruskan rumahtangganya. Hal ini agar kita dalam membentuk keluarga yang bahagia dan harmoti hingga ke syurga. . 17 RUMUSAN