The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

LAPORAN POSTER INFOGRAFIK KUMPULAN 8

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by aisyahhashim664, 2022-12-07 19:12:38

FALSAFAH PEMIKIRAN PLATO

LAPORAN POSTER INFOGRAFIK KUMPULAN 8

Keywords: PLATO

UPU 3122 PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN

DR SARA SHAKILLA BINTI MOHD SALIM

TUGASAN ESEI BERKUMPULAN: 08

SESI PENGAJIAN SEM 1 2022/2023

TAJUK TUGASAN:

POSTER INFOGRAFIK: FALSAFAH PEMIKIRAN- PLATO

SENARAI AHLI KUMPULAN

NAMA AHLI NO MATRIK NO TELEFON NAMA IJAZAH
MUHAMMAD IZHAR D20221102644 01114023572 ISMP PENDIDIKAN
FALQIF BIN AZHAR D20221102655 01114241042 ISLAM
KAMARUL AEQIFF ISMP PENDIDIKAN
SHAH BIN KAMARUL D20221102620 0143200590 ISLAM
D20221102638 01111252267
AZIZUL D20221102625 0196304381 ISMP PENDIDIKAN
NUR AISYAH BINTI ISLAM
D20221102648 01164246282 ISMP PENDIDIKAN
HASHIM D20221102616 01156562412 ISLAM
NUR FARHANAH ISMP PENDIDIKAN
BINTI MAHMUD ISLAM

NIK FARAH ISMP PENDIDIKAN
SHAMIRA BINTI ISLAM
MOHD RAZALI ISMP PENDIDIKAN
NURAIN AFFIZA ISLAM
BINTI MAHADI
NURHIDAYATUN
NAJIHA BINTI

SAZANI

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT
3
BIL PERKARA 3
1.0 OBJEKTIF KAJIAN
2.0 KAEDAH KAJIAN 4
3.0 HASIL DAPATAN 4
5-6
3.1 PENGENALAN 7-8
3.2 SEJARAH HIDUP PLATO 8-9
3.3 FALSAFAH PEMIKIRAN PLATO
3.4 SUMBANGAN PLATO 9
3.5 KARYA-KARYA PLATO 10
11-13
4.0 KESIMPULAN
5.0 RUJUKAN
6.0 LAMPIRAN

2

1.0 OBJEKTIF POSTER

Objektif utama kajian:
untuk memenuhi keperluan dan kehendak sukatan mata pelajaran (UPU 3312) Etika dan
Peradaban.

Objektif khusus kajian:

a) Mengetahui Biografi atau sejarah tentang ahli falsafah iaitu Plato

b) Mengetahui Falsafah Plato.

c) Mengetahui sumbangan-sumbangan Plato.

d) Mengetahui karya-karya dan isi di dalamnya.

2.0 KAEDAH PEMBUATAN POSTER
Kami telah menggunakan beberapa kaedah untuk mendapat serta menganalisis maklumat,
iaitu:

(a) Rujukan buku /jurnal kajian
Kami merujuk kepada buku dan jurnal kajian dengan mengkaji dan meneliti serta mencatatkan
isu-isu dan gambar-gambar yang diperlukan.

(b) Kaedah perbincangan
Kami berbincang dengan ahli kumpulan menyiapkan poster ini.

(c) Internet
Kami membuat carian di internet untuk mendapatkan maklumat dan gambar- gambar menarik
sebagai rujukan dan lampiran kerja kursus ini. Kami juga menggunakan platform “canva”
untuk membuat poster ini lebih menarik.

3

3.0 HASIL DAPATAN

3.1 PENGENALAN

Falsafah ditakrifkan sebagai satu penyelidikan ilmu yang berasaskan renungan dan pentaakulan
yang merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam yang dilihat secara keseluruhan. Ilmu
Falsafah mengambil kira data dan bahan kajian daripada semua aspek alam semesta hasil kajian
terhadap pelbagai bidang ilmu sains. Contohnya seperti sains kemanusiaan, kemasyarakatan,
kesenian, ekonomi, politik, dan lain-lain.

Terdapat juga pelbagai falsafah iaitu antaranya falsafah nazari atau theoria iaitu penggunaan
akal atau fikiran, falsafah amali iaitu praktis atau teknik untuk membentuk peradaban manusia.
Antara tokoh yang melahirkan idealogi atau pelbagai fahaman-falsafah adalah seperti Plato
yang dianggap sebagai pencetus idea dalam falsafah barat.

3.2 SEJARAH HIDUP PLATO

Plato adalah ahli falsafah dari zaman Greek Klasik atau lebih dikenali sebagai Athens.
Berpengetahuan luas dalam pelbagai bidang antaranya adalah sains kemanusiaan,
kemasyarakatan, kesenian, ekonomi, politik, dan lain-lain. Nama Plato didapati daripada
bentuk bahu yang lebar dan terdapat juga andaian nama Plato dijulukkan disebabkan oleh
bentuk kepalanya yang berotot.

Nama sebenar Plato adalah Aristocles dan dilahirkan pada sekitar 428-427 Sebelum Masihi,
namun dalam penulisan Sarjana-sarjana lain mendapati ahli falsafah Plato dilahirkan pada
tahun 428 Sebelum Masihi di Pulau Aegina, Athena. Plato datang daripad keluarga yang giat
dan terkenal alam politik di Athena.

Ayahnya bernama Ariston berketurunan Kodrus iaitu Raja terakhir Athena manakala ibunya
bernama Solon yang berketurunan daripada keluarga peletak dasar hukum di Athena pada suatu
ketika dahulu. Plato meninggal dunia diantara 348-347 Sebelum Masihi pada usia 80 tahun.
Sebelum menjadi salah satu murid kepada ahli falsafah terkenal di waktu itu, iaitu Socrates,
Plato telah mencuba pelbagai bidang dalam olaraga di Pekan Isthmian namun gagal ke
Olimpiade di Olympia.

Selepas itu, Plato mencuba menjadi penyair namun gagal dan hampir putus asa dan sekadar
ingin menjadi pegawai negeri. Namun setelah berjumpa dengan Socrates, Plato mendapat
pendidikan daripadanya dan mengkagumi hasil karya Socrates. Plato selalu mendengarkan
pengajaran daripada Socrates. Kaedah pengajaran yang dilakukan oleh Socrates adalah dengan
menekankan Plato untuk menyedari kemampuan intelektual sepenuhnya dan membuka
matanya dalam pemasalahan-permasalahan yang ia tidak sedari.

Selepas Socrates ditangkap dan dibunuh oleh pemerintahan atas tuduhan menghasut golongan
muda agar tidak percaya kepada dewa-dewa, Plato telah mengambil keputusan untuk pergi
daripada Athena untuk keselamatan dirinya. Maka bermulalah jelajah perjalanan hidup Plato
ke dunia luar. Plato telah melakukan pembelajarannya di wilayah Megara, dan tinggal bersama
temannya selama 3 tahun iaitu Euklides. Euklides seorang pakar geometri dan juga merupakan
salah satu yang meminati dan mendengarkan pengajaran Socrates.

4

Setelah itu, ia melanjutkan perjalanannya ke Kyrene di Afrika Utara untuk belajar daripada
pakar matematik iaitu Theodorus. Pada tahun 386 SM, Plato telah membeli sebidang tanah di
satu kawasan hutan kecil Akademe. Tempat tersebut terletak di barat laut Athena dan wilayah
tersebut merupakan sebuah taman yang dipenuhi pepohon dengan dihiasi sejumlah patung dan
kuil. Daripada adanya pembukaan tempat pembelajaran iaitu Akademia, ia dapat
mengumpulkan sekumpulan pengikut yang juga terdiri daripada sejumlah perempuan.

3.3 FALSAFAH PLATO

Plato mempunyai pelbagai falsafah sepanjang hayat hidupnya. Antara falsafah beliau ialah
berkaitan idealisme. Bagi fahaman kami berkaitan idealisme menurut Kamus Dewan Edisi Ke-
3 halaman 476 bermaksud sifat iaitu sikap atau perbuatan untuk melihat danmencita-citakan
sesuatu dalam bentuk yang ideal.

Selain itu idealisme juga bermaksud hasrat atau cita-cita yang unggul tetapi tidak realistik iaitu
sesuatu yang tidak berkemungkinan untuk tercapai atau menjadi kenyataan. Serta konsep
idealisme adalah bertumpu kepada aliran yang bersifat kebanyakkan atau impian yang
berlainan sama sekali daripada kenyataan. Ini dapat dilihat apabila aliran ini lebih memaparkan
tentang kesungguhan, kesempurnaan, dan keindahan tentang falsafah yang dinyatakan oleh
beliau. Keadaan ini dapat dilihat apabila tumpuan ajaran beliau adalah lebih tertumpu
berkenaan konsep idea.

Dapat kami tafsirkan idea merupakan buah fikiran atau gagasan pemikiran seseorang iaitu
Plato. Ini dapat dilihat bahawa Plato percaya bahawa idea merupakan realiti yang sebenarnya
daripada segala perkara yang lain dan ia dapat dikenal pasti melalui pancaindera yang berfungsi
untuk melihat, mendengar, merasa dan sebagainya. Keadaan ini dapat dilihat apabila Plato
mengambil contoh tentang bunga, pohon, manusia dan haiwan yang pada pandangan beliau
disifatkan akan mati dan berubah.

Walaupun begitu idea Plato berkenaan bunga, pohon, manusia dan haiwan tidak akan pernah
berubah. Dengan itu beliau turut mengatakan bahawa idea merupakan suatu realiti yang
sebenarnya yang lebih bertumpu seperti perkara yang dinyatakan, tetapi bukan sekadar
gambaran tentang perkara itu yang hanya terkongkong di dalam pemikiran manusia.

Selain itu, antara pemikiran Plato dalam satu dialognya yang mengatakan "Both woman and
man may have the same nature fit for guarding the city". Apa yang dimaksudkan daripada frasa
tersebut adalah lelaki dan perempuan mempunyai kedudukan yang sama terutama dalam
pendidikan dan pekerjaan. Pemikirannya itu menyangkal pemikiran manusia pada masa itu dan
pemikiran masyarakat Yunani berpendapat lelaki dan perempuan berbeza tarafnya.

Pemikirannya yang kedua pula, diambil daripada satu dialog dalam karya “Republic” yang
mengatakan “All of you in the city are brothers”. Pernyataan Plato untuk menghapuskan
perkahwinan keluarga supaya dapat membentuk negara yang besar iaitu bersaudara dengan
semua masyarakat. Hal ini bertujuan untuk meningkatkan pembangunan manusia dan
membentuk negara yang bersatu serta mempelihara tali persaudaraan.

Menurut Plato juga, kekuasaan politik harus dipegang oleh ahli falsafah itu sendiri. Hal ini
supaya peningkatan ilmu pengetahuan dapat dipegang oleh para cendekiawan. Beliau juga
berpendapat bahawa kerajaan yang ideal ialah kerajaan yang diperintah oleh ahli falsafah. Ini

5

kerana menurut pandangan beliau, ahli falsafah dapat menguruskan pentadbiran negara dan
politik berdasarkan prinsip-prinsip etika dan akhlak.

6

3.4 SUMBANGAN PLATO

1- Akademia

Nama Akademia diambil daripada perkataan Akademe iaitu kawasan hutan kecil yang dibeli
oleh Plato. Manakala nama Akademe berasal daripada seorang yang bernama Hekademos iaitu
seorang tokoh setengah dewa dalam mitologi Attika. Berkat Plato daripada mengambil nama
Akademe menjadikan Hekademos tetap diingati dan diabadikan di mana-mana. Plato telah
menghasilkan pelbagai jenis karya dalam bentuk dialog menggunakan gaya bahasa yang indah
dan menarik.

Bagi Plato, jiwa manusia ini terbahagi kepada 3 unsur terpilih satu sama lain. Pertama unsur
intelek mengajar kebijaksanaan, unsur kehendak mengejar penaklukan dan penghormatan dan
unsur nafsu mengejar kepuasan. Ketiga unsur ini tercermin dalam unsur masyarakat seperti
yang dipaparkan oleh Plato dalam Republika. Selain itu, Plato juga menganggap eros(cinta)
sebagai dorongan jiwa menuju kebaikan, Bentuk eros paling rendah ditunjukkan dalam nafsu
terhadap peribadi yang cantik dan tampan, demi mengabdikan diri dengan menghasilkan
keturunan.

Manakala bentuk eros yang lebih tinggi ditunjukkan dalam keupayaan menyatukan diri dengan
harapan yang lebih bersifat kerohanian untuk meningkatkan kebaikan sosial. Pemikiran Plato
yang berkaitan dengan cinta memberikan pengaruh yang sangat mendalam dan dijadikan
sebagai sumber inspirasi dalam balada cinta yang dipopularkan oleh penyair daripada Perancis
Selatan dan Sepanyol Utara sekitar abad ke-11 sampai 13.

Pada usia yang ke 80 tahun, Plato meninggal dunia dan dimakamkan di Akademia. Selepas
kematian Plato, Akademia Plato semakin bekembang di Athena sebelum akhirnya ditutup oleh
Kaisar Justinianus di tahun 529 Masihi untuk menghapuskan budaya Hellenistik bagi
mengantikan ajaran Kristian. Peristiwa ini menandakan berakhirnya budaya Yunani-
Romanawi dan bermulalah kepada Zaman Kegelapan.

2- Matematik

Plato dipandang sebagai orang penting dalam sejarah matematik sebahagian besar alasannya
kerana peranan yang dimainkannya sebagai pencetus ilham dan pengarah kepada ahli
matematik lain dan kerana dia sendiri pernah membuat perbezaan yang nyata dalam zaman
kuno Yunani antara aritmetik (dari segi teori nombor) dengan logistik (teknik pengiraan). Plato
menganggap logistik sebagai teknik pengiraan yang sesuai untuk digunakan oleh ahli
perniagaan dan tentera yang "mesti mempelajari seni nombor kerana jika tidak, dia tidak
mengetahui bagaimana menyusun trupnya." Sebaliknya, ahli falsafah mestilah menjadi ahli
aritmetik "kerana dia terpaksa timbul dari lautan perubahan dan berpegang teguh kepada
kebenaran." Tambahan pula. Plato pernah berkata dalam Republic, "Aritmetik mempunyai
kesan yang amat besar dan mendalam. mendorong minda untuk membuat taakulan tentang
nombor niskala." Oleh itu, tingginya pemikiran Plato tentang nombor dikatakan sehingga dapat
mencapai alam mistisisme dan fantasi yang nyata. Dalam buku terakhir tentang Republic. dia
merujuk nombor yang dinamainya "raja kepada segala kelahiran yang baik dan buruk. Terdapat
banyak spekulasi tentang "nombor Plato" ini, dan saru teori mengatakan ia adalah nombor 60
12.960,000--penting dalam kajian. angka Babylon dan mungkin disampaikan kepada Plato
melalui pengikut golongan Pythagoras. Dalam Laws, bilangan rakyat dalam negara unggul
diberikan sebagai 5040 (iaitu, 7-6-5-4-3-2-1).

7

Pythagoras dianggap mewujudkan matematik sebagai subjek liberal, tetapi Plato terpengaruh
untuk menjadikan subjek tersebut sebagai bahagian yang penting dalam kurikulum untuk
pendidikan para negarawan. Ada kemungkinan pengaruh sedemikian datangnya daripada
Archytas. Plato telah menambahkan subjek baru, iaitu stereometri, kepada subjek asal dalam
kuadrivium kerana dia percaya geometri pepejal tidak diberikan penekanan yang mencukupi.
Plato juga membincangkan tentang asas matematik.

Peranan Plato dalam sejarah matematik masih lagi menjadi satu pertikaian. Sesetengah orang
menganggapnya sebagai ahli fikir, yang sangat luar biasa dengan memiliki akal yang tajam.
Ada juga yang menggambarkan Plato sebagai wira puisi matematik yang dapat menarik orang
keluar daripada belenggu masalah yang berkaitan dengan karya dunia dan menggalakkan
mereka membuat spekulasi yang unggul. Dalam sebarang kes, ada segelintir orang yang
menafikan bahawa Plato telah memberikan kesan besar terhadap perkembangan matematik.
Akademik Plato di Athens telah menjadi pusat matematik dunia, dan dari sekolah inilah
lahirnya guru ternama dan para penyelidik pada pertengahan abad keempat S.M. Antara
mereka, muncul seorang yang amat masyhur, iaitu Eudoxus dari Cnidus (408-335 S.M.), orang
yang pada suatu ketika menjadi anak murid kepada Plato dan ahli matematik serta ahli
astronomi yang termasyhur pada zamannya.

3.5 KARYA-KARYA PLATO

Antara penghasilan penulisannya adalah Republic, Timaios, Apologie, Kriton, Petagoras, dan
pelbagai lagi. Karya yang terbaik adalah daripada penghasilan karya Republika, merupakan
dialog terbaik muncul di era pertengahan falsafah Yunani. Dalam merangka dan merumuskan
satu masyarakat yang adil adalah Plato banyak meletakkan gagasan dalam topik yang
membincangkan mengenai kebebasan bersuara, feminisme, perancangan keluarga, hak milik
awam dan hak milik peribadi dan banyak lagi.

KARYA-KARYANYA:

USIA MUDA

1. Apologie

2. Kriton

3. lon

4. Protagoras

TEMPOH PERALIHAN DI NEGARA

1. Gorgias

2. Kratylos

3. Menon

4. Hippias

8

TEMPOH PEMATANGAN
1. Phaidros
2. Symposion
3. Phaidon
4. Politeia
USIA TUA
1. Timaios
2. Parmenides
3. Sophistos
4. Politikos

4.0 KESIMPULAN
Dalam poster ini, kami merasakan falsafah plato amat penting dan Plato juga merupakan tokoh
yang disegani dan hebat. Beliau juga menegaskan dalam sister pemerintahan dan juga politik
iaitu mengenai rasuah politik yang disebabkan kerajaan. Beliau juga menggunakan teori dan
falsafah idealisme dalam perkembangan masyarakat dan falsafahnya juga dapat dilihat
Selain itu juga, tidak dilupakan sumbangan-sumbangan Plato dari segi pendidikan dengan
membina Akademi sebagai pusat pembelajaran di Athen pada zaman tersebut. Golongan belia
berpeluang untuk mempelajari ilmu-ilmu dalam bidang politik. Beliau juga memberi
sumbangan berkaitan matematik dengan menambah teori-teori dalam geometri dan sebagainya.
Karya-karya Plato juga mempunyai input yang menarik dan karyanya yang terkenal iaitu
Republic amat terkenal sehinggalah masa kini.
Rumusan yang dapat buat adalah idea atau falsafah yang terhasil daripada pemikiran Plato ini
amat sesuai dipraktikkan dalam bidang komunikasi kerana ia adalah tentang hal kemanusiaan.
Falsafah bukan hanya untuk membantu dalam membuat keputusan yang lebih cermat tetapi
juga membantu kita menilai sesuatu perkara itu pada tahap yang lebih tinggi daripada kerangka
pemikiran masyarakat awam. perpaduan dan kerjasama adalah amat penting bagi membentuk
sebuah negara yang harmoni. Sistem pemerintahan yang bagus dan baik juga amat penting
dalam pembentukan negara bangsa yang berbilang kaum. Saya berpendapat bahawa adalah
menjadi tanggungjawab kita untuk membina jati diri serta memperkasa bangsa dan negara.

9

5.0 RUJUKAN
1. Mohammad Hatta (1982). Alam Fikiran Yunani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.
2. Lok Chong Hoe (1997). Plato dan Aristotle. Pulau Pinang: Penerbit Universiti Sains
Malaysia.
3. Zainal Abidin Bakar (1989). Falsafah Politik Plato. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
4. Onfray, M. (2005). Antimanual falsafah. Madrid: EDAF.
5. Osborne, R., & Edney, R. (2005). Falsafah untuk pemula. Buenos Aires: Era Naciente.
6. Carl. B. Boyer (2007). Sejarah Matematik. Kuala Lumpur: Institusi Terjemahan
Negara Malaysia Berhad.
7. https://anyflip.com/aiihk/nwld/basic

10

6.0 LAMPIRAN

AKADEMIA OLEH PLATO DI ATHENS
11

KARYA-KARYA PLATO
12

13

SCAN QR CODE UNTUK MENJAWAB QUIZ

14


Click to View FlipBook Version