The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

buku cerita kanak kanak Tahap 2 ( Siti Aishah Binti Abu Bakar)

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by BM60622 Siti Aishah Binti Abu Bakar, 2024-03-26 12:35:44

Pengembaraan si Bibi

buku cerita kanak kanak Tahap 2 ( Siti Aishah Binti Abu Bakar)

Keywords: haidi

PBIBI ENGEMBARAANPENGEMBARAANSI AISHAH ABU BAKAR BUKU CERITA KANAK KANAK


1 Di dalam hutan yang tersembunyi di sebalik bukit hijau, hiduplah sekeluarga Arnab yang bahagia. Dalam keluarga itu, terdapat ibu arnab, ayah arnab, dan anak mereka bernama Bibi. Bibi ialah seekor arnab kecil yang cergas yang sentiasa ingin meneroka dunia di sekelilingnya.


2 Suatu hari, semasa leka bermain di hutan, Bibi tersesat daripada keluarganya. “Aduhai, kemana pergi ibu dan ayah ku!” kata Bibi dengan panik. Dia berasa keliru kerana tidak tahu bagaimana cara hendak pulang. Bibi cuba mencari jalan pulang, tetapi semakin lama, dia semakin jauh sesat ke dalam hutan. “Aduhai, apalah nasibku ini.” Keluh Bibi dengan sedih.


Semasa dia berjalan di dalam hutan, Tibatiba alangkah malangnya nasib Si Arnab kecil ini apabila dia telah termasuk ke dalam perangkap binatang. “Aduh! Kakiku sudah terjerat. Apa yang harus aku lakukan.” Kata Bibi dengan panik. Lalu dia menjerit meminta pertolongan “Sesiapa tolong aku tolong aku! Aku sudah terperangkap.” 3


4 Hari sudah menjelang petang, namun Bibi takkan berputus asa. Tiba-tiba lalu seekor beruang dihadapannya. Bibi merasa amat takut kerana beruang ini mungkin akan memakannya. Namun beruang tersebut tersenyum kepadanya lalu berkata “Wahai, sang Arnab aku melihatmu seperti dalam kesusahan. Kamu jangan takut padaku aku hanya ingin membantumu. Namaku Ciko”


5 Pada mulanya Bibi tidak mempercayai beruang itu tetapi dia terlihat baik. Lalu Bibi menjawab “Wahai Ciko aku sudah terperangkap, mahukah kamu menolongku?” Lalu beruang itu pula berkata “Dengan senang hati aku akan menolongmu!” Beruang itu pun menggigit tali perangkap itu sehingga putus dan akhirnya Bibi berjaya keluar dari perangkap itu.


6 “Terima kasih Ciko! Ternyata kamu seorang yang baik. Aku berhutang budi padamu.” Kata Bibi dengan gembira. “Namun aku mempunyai satu masalah yang lain.” Keluh Bibi. “Apa itu wahai si Arnab?” Tanya beruang. “Aku telah sesat di dalam hutan ini dan tidak menjumpai jalan pulang.” Kata Bibi kepada si Beruang. “Baiklah aku akan membantumu !”.


7 Sepanjang perjalanan, mereka berborak dengan riang sekali sehingga tidak sedar bahawa mereka sudah sampai di rumah Bibi. Bibi tidak menyangka bahawa Ciko merupakan beruang yang sangat baik tidak seperti yang orang lain katakan.


8 Ibu Bibi dan Ayah Bibi yang dalam kerisauan menjerit keriangan kerana akhirnya Bibi sudah selamat pulang. “Terima kasih Ciko kerana telah menolongku!” Kata Bibi kepada Ciko. Lalu Bibi memberikan sebakul makanan yang berisi buah-buahan kepada Ciko sebagai tanda terima kasih dan sebagai tanda persahabatan mereka.


BIL ISTILAH MAKSUD/MAKNA 1. hutang wang dan lain lain yang dipinjam daripada orang lain. 2. menjelang hari atau masa yang akan tiba 3. risau perasaan yang menimbulkan gelisah dalam diri. 4. sekeliling segalanya di sekitar 5. tersembunyi tempat yang tidak terlihat 6. terperangkap terkurung 9 GLOSARI


10 RUJUKANAbdul Aziz bin Haji Mahmood. (2013). Penulisan Cerpen dan Novel. Persatuan Seniman dan Penulis Kelantan Hadijah Rahmat. (2006). Peranan dan Perkembangan Sastera Kanak-Kanak. Dewan Bahasa dan Pustaka Mohd Hanip Hassan. (2021). Perkembangan Kanak-Kanak. Dewan Bahasa dan Pustaka Sohaimi Abdul Aziz & Siti Hazneza Abdul Hamid. (2021). Modul Penulisan Kreatif Sajak Cerpen Novel Filem. Persatuan Karyawan Pulau Pinang. Tunku Halim. (2015). Si Kancil dan Buaya. Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd. Emilia Yusof. (2012). Si Pintar dan Si Bodoh. Oyez!Books Adlin Rosli. (2019). Kisah Burung Pipit yang Hilang. Karya Bestari Nor Hanim Abdul Aziz. (2020). Budi dan Amalan Baik. PTS Litera Utama Siti Khairunisa Hj. Hamzah. (2018). Seri Cerita Kanak-Kanak: Si Kembar Menyiasat. Rohani Dahari. (2017). Cikgu Tadika. Dewan Bahasa dan Pustaka Siti Hawa Mohd. Zain (2021). Buku Cerita Si Comel. PTS Litera Utama


SINOPSISKisah Bibi, seekor arnab kecil yang tersesat di dalam hutan kerana terpisah daripada ibu bapanya. Namun, dalam usaha mencari jalan pulang, terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi Bibi. Marilah kita bersama-sama mengikuti pengembaraan Bibi dalam mencari jalan pulang. Kisah Bibi, seekor arnab kecil yang tersesat di dalam hutan kerana terpisah daripada ibu bapanya. Namun, dalam usaha mencari jalan pulang, terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi Bibi. Marilah kita bersama-sama mengikuti pengembaraan Bibi dalam mencari jalan pulang.


Click to View FlipBook Version