The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

FLIP BOOK OF ABSTRACT KONVENSYEN KUALITI BESUT 2023

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masturalmohamed, 2023-06-10 11:30:22

FLIP BOOK OF ABSTRACT KONVENSYEN KUALITI BESUT 2023

FLIP BOOK OF ABSTRACT KONVENSYEN KUALITI BESUT 2023

KONVENSYEN KUALITI BESUT 2023 June 12, 2023 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] KONVENSYEN KUALITI BESUT 2023 ABSTRAK QA - KATEGORI ORAL / POSTER Tajuk projek Meningkatkan Peratus Kedatangan Ibu Hamil Berisiko Sebelum 12 Minggu ke Klinik Kesihatan Jerteh Lokasi projek Klinik Kesihatan Jerteh Nama Kumpulan Team Pink Book Ahli Kumpulan Dr Shazwani Ezan KJK Tengku Noriah Tengku Semerang JKA Suhaila Amzi Ismail SN Wan Rosmiha Husin PPK Noryazri Yaacob Selection of Opportunities for Improvement : Pemilihan Peluang untuk penambahbaikan / penyataan masalah Ibu hamil yang datang ke klinik untuk booking lebih 12 minggu akan menyebabkan kelewatan dalam menangani kes yang berisiko tinggi dan boleh menyebabkan morbiditi dan mortaliti kepada ibu dan bayi. Pada Januari-September 2022, seramai 739 kes wanita hamil berisiko datang ke Klinik Kesihatan Jerteh dan hanya 598 kes (80.9%) datang sebelum 12 minggu kehamilan. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor penyumbang dan melaksanakan intervensi yang bersesuaian untuk mengurangkan peratus kedatangan ibu hamil berisiko sebelum 12 minggu ke Klinik Kesihatan Jerteh. *Key Measures for Improvement : Pengukuran Utama Penambahbaikan : Kajian ini mengukur peratus kedatangan kes antenatal baru berisiko sebelum 12 minggu dengan standard 100% berdasarkan KPI Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Process of Gathering Information : Proses Pengumpulan Maklumat Kajian penambahbaikan kualiti dijalankan dari Oktober 2022- April 2023. Penilaian tentang pengetahuan, sikap dan praktis ditentukan melalui rekod kedatangan pesakit ke Klinik Kesihatan


KONVENSYEN KUALITI BESUT 2023 June 12, 2023 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] Jerteh, borang kaji selidik yang diedarkan kepada masyarakat dan juga anggota kesihatan. Analysis and Interpretation: Analisis dan Interpretasi : Dapatan kajian pra-intervensi menunjukkan 80.9 % wanita hamil berisiko datang ke klinik sebelum 12 minggu pada JanuariSeptember 2022. Antara faktor penyebab yang dikenalpasti adalah kurang pengetahuan ibu hamil tentang risiko tinggi kehamilan, kurang kesedaran ibu tentang kepentingan datang awal untuk booking ke klinik, komunikasi antara staff klinik dan ibu hamil yang kurang berkesan. Strategy for Change : Strategi Penambahbaikan : Strategi penambahbaikan dilaksanakan dengan mewujudkan kolaborasi dengan klinik-klinik swasta, Majlis Agama daerah Besut, serta Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung melalui pemberian pamplet beserta QR code untuk memudahkan pesakit mendapatkan temujanji di Klinik Kesihatan Jerteh, kaunseling kepada wanita berumur dalam lingkungan reproduktif, taklimat pembelajaran berterusan kepada anggota kesihatan di Klinik Kesihatan Jerteh. Effects of Change : Kesan Penambahbaikan : Penilaian semula mendapati peratusan kedatangan wanita hamil berisiko kurang daripada 12 minggu adalah meningkat daripada 80.9% kepada 91.2%. Maka ABNA adalah menurun iaitu daripada 19.1 kepada 8.8. Dengan adanya penambahbaikan ini, ia telah meningkatkan pengetahuan, serta memperbaiki mutu perkhidmatan. The Next Step : Langkah Seterusnya : Temujanji awal melalui QR code diteruskan dan strategi penambahbaikan yang dijalankan wajar dilestarikan dan dikembangkan di seluruh klinik kesihatan PKD Besut. *Value Added Features: Ciri-ciri Bagi Nilai Tambah *Nota : Key Measures for Improvement sesuai untuk projek-projek HSA/DSA manakala Value Added Features sesuai untuk projek-projek NIA


KONVENSYEN KUALITI BESUT 2023 June 12, 2023 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] ABSTRAK QA TAJUK PROJEK: Meningkatkan Peratus Pelajar Kes Obesiti Yang Hadir Untuk Runding Cara Pemakanan (RCP) Di PKD Besut


KONVENSYEN KUALITI BESUT 2023 June 12, 2023 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] KONVENSYEN KUALITI BESUT 2023 ABSTRAK QA - KATEGORI ORAL / POSTER Tajuk projek Meningkatkan Peratus Kedatangan Pelajar Obesiti Hadir Runding Cara Pemakanaan (RCP) di PKD Besut Lokasi projek Unit Perkhidmatan Kesihatan Sekolah PKD Besut Nama Kumpulan E.D.U Link Ahli Kumpulan Dr Nur Asikeen bt Mohd Nawawi( KETUA) Cik Umi Kalsom Bt Abd. Majid (PSP) KJK Sabariah Bt Hasan JK Normah Bt Ibrahim JT Nur Baiti bt Ahmad JMK Nik Norizan Bt Nordin Selection of Opportunities for Improvement : Pemilihan Peluang untuk penambahbaikan / penyataan masalah Berdasarkan kajian status berat badan remaja sekolah 10 -17 tahun di Terenggau tahun 2017, menunjukkan 11.1% mengalami obesiti di daerah Besut. *Key Measures for Improvement : Pengukuran Utama Penambahbaikan : Indikator projek ini ialah peratus pelajar yang hadir untuk sesi RCP dengan standard 50% mengikut ketetapan sasaran PKD Besut.


KONVENSYEN KUALITI BESUT 2023 June 12, 2023 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] Process of Gathering Information : Proses Pengumpulan Maklumat Kajian penambahbaikan kualiti dijalankan pada Januari 2022 hingga Disember 2022 . Penilaian kepatuhan kedatangan RCP pelajar di klinik-klinik dan soal selidik berkenaan dengan pengetahuan terhadap ibubapa/penjaga dikaji. Pengetahuan dan amalan kakitangan dalam membuat rujukan kes obesiti juga dikenalpasti melalui borang kaji selidik. Analysis and Interpretation: Analisis dan Interpretasi : Hasil kajian menunjukkan hanya 2.25% pelajar yang hadir temujanji RCP. Hasil soal selidik terhadap ibu bapa/penjaga menunjukkan pengetahuan kurang baik sebanyak 60%, Lupa Temujanji sebanyak 73.3% dan Penerangan kurang jelas 73.3% . Strategy for Change : Strategi Penambahbaikan : Langkah-langkah penambahbaikan yang di jalankan ialah mewujudkan sistem rekod temujanji dan maklumbalas (Google drive), sesi runding cara pemakanan secara virtual, carta alir rujukan yang sistematik dan senarai semak rujukan untuk anggota . Effects of Change : Kesan Penambahbaikan : Terdapat peningkatan peratus kedatangan pelajar dari 20.1% kepada 69.32% . Pengetahuan ibu bapa/penjaga dan Sistem temujanji juga ditingkatkan kepada 80 % manakala penerangan kurang jelas dikurangkan sebanyak 20 %. The Next Step : Langkah Seterusnya : Stratergi penambahbaikan yang di jalankan akan dilestarikan dan dikembangkan ke peringkat PTJ lain bagi memastikan pelajar obesiti hadir RCP di klinik-klinik. *Value Added Features: Ciri-ciri Bagi Nilai Tambah *Nota : Key Measures for Improvement sesuai untuk projek-projek HSA/DSA manakala Value Added Features sesuai untuk projek-projek NIA


KONVENSYEN KUALITI BESUT 2023 June 12, 2023 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] ABSTRAK QA TAJUK PROJEK: Meningkatkan Bilangan Pesakit Berisiko Tinggi Yang Mengamalkan Perancang Kehamilan Kod 1 Di Klinik Kesihatan Sri Medang


KONVENSYEN KUALITI BESUT 2023 June 12, 2023 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] KONVENSYEN KUALITI BESUT 2023 ABSTRAK QA - KATEGORI ORAL / POSTER Tajuk projek Meningkatkan Peratus Pesakit Berisiko Tinggi Mengamalkan Perancang Kehamilan Kod 1 di Klinik Kesihatan Sri Medang, Besut Lokasi projek Klinik Kesihatan Sri Medang, Besut Nama Kumpulan Q-SM Ahli Kumpulan Khairun Nisak.M, Rosliza.R, Cik Aizarina.A Selection of Opportunities for Improvement : Pemilihan Peluang untuk penambahbaikan / penyataan masalah Kes ibu hamil berisiko tinggi boleh mengakibatkan morbiditi dan mortaliti di kalangan pesakit. Data KKSM menunjukkan peningkatan kes ibu berisiko tinggi bagi tahun 2020 (46%) dan 2021(55%). Penggunaan perancang kehamilan merupakan salah satu komponen utama dalam menanganinya. *Key Measures for Improvement : Pengukuran Utama Penambahbaikan : Kajian ini untuk meningkatkan peratus ibu hamil berisiko tinggi mengamalkan perancang kehamilan kod 1. Standard yang ditetapkan untuk projek ini ialah ≥ 80% mengikut garis panduan Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu. Process of Gathering Information : Proses Pengumpulan Maklumat Kajian penambahbaikan kualiti dijalankan pada Oktober 2022 – April 2023. Data diperolehi melalui senarai pesakit dalam Buku Daftar Penjagaan Pra-Kehamilan (PPC 101). Bagi mengenalpasti pengetahuan dan kesedaran pesakit soal selidik dijalankan ke atas peaskit yang berisiko tinggi. Soal selidik juga dijalankan di kalangan anggota kesihatan ibu dan anak bagi mengetahui tahap pengetahuan terhadap kepentingan perancang kehamilan.


KONVENSYEN KUALITI BESUT 2023 June 12, 2023 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] Analysis and Interpretation: Analisis dan Interpretasi : Kajian verifikasi menunjukkan hanya 25% pesakit mengamalkan perancang kehamilan. Antara faktor penyebab dikenalpasti adalah kurang pendedahan daripada anggota kesihatan (36%), waktu menunggu lama di klinik (15%), tiada kesedaran tentang bahaya kehamilan berisiko (38%) serta kurang pengetahuan tentang konsep dan kaedah perancang (24%). Strategy for Change : Strategi Penambahbaikan : Beberapa penambahbaikan telah diimplementasikan iaitu kolaborasi dengan MPKK, penjadualan temujanji susulan yang sistematik serta mewujudkan bunting bagi tujuan promosi dan risalah berserta QR code untuk pesakit lebih mudah akses melalui maya. Carta alir kepada staff kesihatan juga dikemaskini dengan lebih sistematik. Pemberian ceramah dan kaunseling mengenai kepentingan perancang kepada staff dan pesakit juga dilaksanakan . Effects of Change : Kesan Penambahbaikan : Kajian penilaian semula memperolehi ABNA menurun sebanyak 24%. Hasil kajian juga mendapati kesedaran pesakit dapat ditingkatkan kepada 50%. Pengetahuan pesakit berisiko terhadap konsep dan kaedah perancang meningkat kepada 55% manakala pendedahan staf kepada ibu berisiko berjaya ditingkatkan menjadi 65% . Waktu menunggu lama di klinik dapat dikurangkan kepada 5%. The Next Step : Langkah Seterusnya : Pelaksanaan strategi penambahbaikan dilakukan secara berterusan dan dikembangkan di klinik-klinik kesihatan lain. *Value Added Features: Ciri-ciri Bagi Nilai Tambah *Nota : Key Measures for Improvement sesuai untuk projek-projek HSA/DSA manakala Value Added Features sesuai untuk projek-projek NIA


KONVENSYEN KUALITI BESUT 2023 June 12, 2023 PUSAT KECEMERLANGAN KUALITI PKD BESUT [email protected] REFLECTION: “Courage Is Everything, If You Develop Courage, You Don’t Need Most Everything Else To Cope Up With Life, You Develop Courage By Consciously Practising It Every Chance You Get” Penerbitan daripada: Ahli Jawatankuasa Pelaksana Pengerusi QEC Dr Mastural Bt Mohamed Penyelaras Inovasi Pn. Norazli Syarifah Bt Aziz Penyelaras KIK Dr Muhammad Afiq B. Aziz Penyelaras QA Dr Nur Almas Bt Alias


Click to View FlipBook Version