The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by masturalmohamed, 2023-01-22 12:35:12

KAMUS KPI PROGRAM KA 2023- EDIT 1 (PDF)

KAMUS KPI PROGRAM KA 2023- EDIT 1 (PDF)

KAMUS PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PPTPA TAHUN 2023 PROGRAM KESIHATAN AWAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 51 KPI 18 (Pengarah BPKK/ TP Primer/ PKD) PERATUS KLINIK KESIHATAN MELAKSANAKAN PENGALAMAN PELANGGAN DI KLINIK KESIHATAN PEGAWAI TEKNIKAL Nama: Azieta binti Yusof Jawatan/ Gred: Penyelia Jururawat U42 Cawangan/ Sektor: Sektor Kualiti & Inovasi Primer, Cawangan Kesihatan Primer Bahagian: Pembangunan Kesihatan Keluarga Tel (Pejabat/HP): 03-88833826 Alamat e-mel: [email protected]


KAMUS PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PPTPA TAHUN 2023 PROGRAM KESIHATAN AWAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 52 KPI 23 (Pengarah Pemakanan/ PKD) PERATUS SEKOLAH YANG MEMATUHI SENARAI MAKANAN DAN MINUMAN YANG DITETAPKAN UNTUK DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM). TAFSIRAN KPI ini merujuk kepada usaha untuk mewujudkan persekitaran yang menyokong pemakanan sihat di sekolah melalui kepatuhan terhadap senarai makanan dan minuman yang boleh dan dilarang dijual di kantin sekolah di bawah pengurusan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Usaha ini diambil susulan daripada cabinet terhadap Pelan Strategik Kebangsaan untuk Penyakit Tidak Berjangkit (National Strategic Plan for Non-Communicable Diseases, NSP-NCD) dan persetujuan yang dicapai dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet bagi Persekitaran Hidup Sihat yang telah dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 4 April 2011. Susulan itu, Panduan Pengurusan Kantin Sekolah Sihat (2011) telah diterbitkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Bermula 2012, pemantauan secara berkala ke kantin sekolah di bawah pengurusan KPM telah dijalankan oleh Pegawai Pemakanan, Pegawai Kesihatan Persekitaran (PKP) dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran (PPKP). Oleh itu, sasaran peringkat kebangsaan dan negeri yang ditetapkan adalah sebanyak 50% sekolah mematuhi (mencapai markah pemantauan ≥61%) senarai makanan dan minuman yang boleh dan dilarang dijual di kantin sekolah bagi tahun 2023. DEFINISI ISTILAH Senarai makanan dan minuam yang ditetapkan: Pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah dijalankan berdasarkan kepada dua kategori iaitu makanan dan minuman yang boleh dan dilarang dijual seperti di Lampiran A. Kepatuhan kepada pemantauan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah: Sekolah yang mencapai markah pemantauan sekurang-kurangnya 61% dikira sebagai patuh terhadap penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah. Sekiranya sekolah tidak mencapai markah tersebut, lawatan susulan boleh dibuat oleh Pegawai Pemakanan/ PKP/ PPKP. Lawatan pertama dan lawatan susulan beserta bimbingan kepada sekolah yang tidak patuh perlu dibuat dalam penggal yang sama (Januari-Jun atau JulaiSeptember). JUSTIFIKASI KPI Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM III), 2016- 2025 mensasarkan sebanyak 50% sekolah patuh terhadap senarai makanan dan minuman yang boleh dan dilarang dijual di kantin sekolah pada tahun 2025. KRITERIA Kriteria Inklusi: Semua sekolah (rendah dan menengah) di bawah pengurusan KPM yang


KAMUS PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PPTPA TAHUN 2023 PROGRAM KESIHATAN AWAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 53 KPI 23 (Pengarah Pemakanan/ PKD) PERATUS SEKOLAH YANG MEMATUHI SENARAI MAKANAN DAN MINUMAN YANG DITETAPKAN UNTUK DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM). mempunyai *kantin serta terdapat aktiviti penjualan. *Definisi kantin berdasarkan KPM: i. Tetap dan berdapur ii. Tetap tidak berdapur iii. Ubahsuai Kriteria Eksklusi: 1. Sekolah di bawah KPM yang tiada kantin. 2. Sekolah di bawah KPM yang mempunyai kantin sementara. 3. Sekolah di bawah KPM yang mempunyai kantin tetapi tiada aktiviti penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah. 4. Sekolah yang menjalankan Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) sepenuhnya. 5. Sekolah di bawah KPM yang menjalankan Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) sepenuhnya. 6. Sekolah bukan di bawah pengurusan KPM. Contoh Kementerian Pertahanan Malaysia, Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kerajaan Negeri dan swasta. KAEDAH PENGUKURA N Peratus sekolah yang dipantau mematuhi senarai makanan dan minuman yang boleh dan dilarang dijual di kantin sekolah dalam tahun semasa. Numerator: Bilangan sekolah yang patuh terhadap senarai makanan dan minuman yang boleh dan dilarang dijual di kantin sekolah pada tahun semasa. Denominator: Bilangan sekolah yang dipantau pada tahun semasa. Kaedah Pengiraan: Bilangan sekolah yang patuh pada tahun % sekolah semasa 100% yang patuh = Bilangan sekolah yang dipantau pada x tahun semasa TREND PENCAPAIAN Pihak BPKKM telah membuat analisis berdasarkan pencapaian negeri pada tahun 2022 melalui reten KSS 5 Pind.1/2017 dan pencapaian tersebut adalah seperti di bawah:


KAMUS PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PPTPA TAHUN 2023 PROGRAM KESIHATAN AWAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 54 KPI 23 (Pengarah Pemakanan/ PKD) PERATUS SEKOLAH YANG MEMATUHI SENARAI MAKANAN DAN MINUMAN YANG DITETAPKAN UNTUK DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM). SASARAN Sasaran kebangsaan dan negeri: Sekurang-kurangnya 50% sekolah mematuhi senarai makanan dan minuman yang boleh dan dilarang dijual di kantin sekolah. JUSTIFIKASI Pencapaian kebangsaan bagi kepatuhan penjualan makanan dan minuman di kantin sekolah (markah pemantauan ≥ 61%) bagi pada tahun 2021 ialah 69.5% (291 buah sekolah). Namun, menurun semasa pandemikCovid-19 iaitu pada tahun 2020 ialah 15.9% (779 buah sekolah) dan pada tahun 2019 ialah 43.1% (2,137 buah sekolah). Pencapaian ini digunakan sebagai data asas bagi penetapan sasaran KPI kebangsaan dan negeri. DOKUMEN SOKONGAN 2. Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM III), 2016- 2025. 3. Surat Edaran KPM Berkaitan Larangan Penjualan Makanan Dan Minuman Yang Tidak Digalakkan Penjualannya Di Kantin Sekolah Bertarikh 15 Mac 2017. Negeri Sekolah yang Patuh Bagi Tahun 2022 (Jan-Jun) Bil. Sekolah Patuh Bil. Sekolah Dipantau Peratus (%) Perlis 5 6 83.3 Kedah 10 23 43.5 Pulau Pinang 30 33 90.9 Perak 65 100 63.7 Selangor 52 115 45.2 WPKL & Putrajaya 22 34 64.7 Negeri Sembilan 36 51 70.6 Melaka 56 92 60.9 Johor 69 126 54.7 Pahang 85 133 63.9 Terengganu 44 67 65.7 Kelantan 29 67 43.3 Sabah 52 141 36.9 Sarawak 23 35 65.8 WP Labuan 24 28 85.7 Kebangsaan 602 1051 57.3


KAMUS PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PPTPA TAHUN 2023 PROGRAM KESIHATAN AWAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 55 KPI 23 (Pengarah Pemakanan/ PKD) PERATUS SEKOLAH YANG MEMATUHI SENARAI MAKANAN DAN MINUMAN YANG DITETAPKAN UNTUK DIJUAL DI KANTIN SEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM). Laporan Setengah Tahun/ Tahunan Promosi Pemakanan Sihat Sekolah (Reten KSS 5 Pind.1/2020). FREKUENSI LAPORAN/ DATA 6 Bulanan PEMILIK KPI Bahagian Pemakanan PEGAWAI Nama : Fadwa Ali TEKNIKAL Jawatan / Gred Cawangan / Sektor : : Penolong Pengarah Kanan (C44) Pemakanan Keluarga/ Pemakanan Kanakkanak dan Remaja. Bahagian : Pemakanan Tel (Pejabat/HP) : 03-8892 4469 Alamat Emel : [email protected]


KAMUS PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PPTPA TAHUN 2023 PROGRAM KESIHATAN AWAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 56 KPI 25 (Pengarah Pemakanan/ PKD) PERATUS ANEMIA (HB<11GM/DL) DALAM KALANGAN IBU HAMIL PADA ±36 MINGGU KEHAMILAN TAFSIRAN Anemia merupakan masalah kekurangan hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah. Data peringkat global menunjukkan anggaran 50% kejadian anemia dalam kalangan wanita adalah berpunca daripada masalah kekurangan zat besi (WHO, 2016) dan selebihnya berpunca daripada pelbagai masalah anemia lain seperti thalasemia, anemia sel sabit (sickle cell anaemia), malaria, HIV dan lain-lain lagi. Ibu hamil hadir ke klinik kesihatan kerajaan bagi mendapatkan perkhidmatan antenatal akan diambil paras Hb mereka bermula daripada lawatan pertama ke klinik. Paras Hb boleh diukur menggunakan HemoCue sebagai saringan awal dan sekiranya bacaan kurang 11gm/dL (<11gm/dL), paras Hb perlu diambil semula menggunakan ujian full blood count (FBC) untuk pengesahan. Sekiranya ibu hamil ini mengalami anemia, mereka akan dipantau dengan rapi melalui pelbagai jenis pendekatan rawatan sepanjang kehamilan sehingga bersalin. DEFINISI ISTILAH Definisi ibu hamil anemia: Ibu hamil yang mempunyai paras hemoglobin (Hb) kurang daripada 11gm/dL (<11gm/dL). Termasuk semua jenis anemia iaitu anemia kekurangan zat besi, thalasemia, anemia sel sabit (sickle cell anaemia) dan lainlain anemia selari dengan definisi anemia bagi tujuan pelaporan prevalen anemia di peringkat global. Definisi pada ±36 minggu kehamilan: Ibu hamil pada usia kandungan 35 minggu 0 hari sehingga 37 minggu 6 hari. JUSTIFIKASI KPI KPI ini merujuk kepada menurunkan prevalen anemia dalam kalangan ibu hamil pada ±36 minggu kehamilan yang mendapatkan perkhidmatan antenatal di klinik kesihatan kerajaan. Pengambilan data Hb pada ±36 minggu kehamilan adalah untuk melihat keberkesanan pengurusan anemia ibu hamil yang dilaksanakan di klinik kesihatan. KRITERIA Kriteria Inklusi: Semua ibu hamil pada +36 minggu kehamilan yang mendapatkan perkhidmatan antenatal di klinik kesihatan kerajaan dan menjalani ujian paras Hb, tanpa apa-apa pengecualian.


KAMUS PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PPTPA TAHUN 2023 PROGRAM KESIHATAN AWAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 57 KPI 25 (Pengarah Pemakanan/ PKD) PERATUS ANEMIA (HB<11GM/DL) DALAM KALANGAN IBU HAMIL PADA ±36 MINGGU KEHAMILAN Kriteria Eksklusi : - Tiada – KAEDAH PENGUKURAN Numerator: Bilangan ibu hamil dengan Hb <11gm/dL pada ±36 minggu kehamilan yang mendapatkan perkhidmatan antenatal di klinik kesihatan kerajaan dan menjalani ujian paras Hb, tanpa apa-apa pengecualian. Denominator: Jumlah kedatangan ibu hamil pada ±36 minggu kehamilan yang mendapatkan perkhidmatan antenatal di klinik kesihatan kerajaan dan menjalani ujian paras Hb, tanpa apa-apa pengecualian. Kaedah Pengiraan: Bilangan ibu hamil dengan Hb <11gm/dL pada ±36 minggu kehamilan yang menjalani ujian paras Hb = X 100 Jumlah kedatangan ibu hamil pada ±36 minggu Kehamilan yang menjalani ujian paras Hb TREND PENCAPAIAN Tahun Sasaran Pencapaian 2018 <7.2% 6.4% 2019 ≤7.0% 6.1% 2020 ≤7.0% 5.2% 2021 ≤6.5% 4.6% 2022 (Mac) ≤6.0% 4.3% Sumber : Pusat Infomatik Kesihatan, KKM SASARAN Sasaran Kebangsaan: ≤5.0% Sasaran Negeri: Perlis : <10.0% N.Sembilan : <7.9% Melaka : <7.8% Sabah : <8.0% WP Labuan : <6.5% Perak : <5.0% WP Putrajaya: <5.0% Sarawak : <5.0% Kelantan : <5.0% P.Pinang : <5.0%


KAMUS PENETAPAN PETUNJUK PRESTASI UTAMA (KPI) PPTPA TAHUN 2023 PROGRAM KESIHATAN AWAM KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA 58 KPI 25 (Pengarah Pemakanan/ PKD) PERATUS ANEMIA (HB<11GM/DL) DALAM KALANGAN IBU HAMIL PADA ±36 MINGGU KEHAMILAN WP KL : <5.0% Kedah : <5.0% Selangor : <5.0% Johor : <5.0% Pahang : <5.0% Terengganu : <5.0% JUSTIFIKASI Sasaran adalah berdasarkan trend penurunan tahun sebelumnya dan unjuran semakan semula separa penggal sasaran Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan Malaysia (NPANM) III, 2016-2025. DOKUMEN SOKONGAN 1. Senarai nama ibu hamil pada +36 minggu kehamilan dengan paras Hb <11gm/dL. (Rujukan: Surat Keperluan Dokumentasi Bagi Audit Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Peratus Anemia (Hb <11gm/dL) Dalam Kalangan Ibu Hamil Pada ±36 Minggu Kehamilan –KKM.600- 31/6/15 JLD 2(7). Nota: Sekiranya terdapat kes ibu hamil dengan masalah thalasemia pada +36 minggu kehamilan dengan Hb <11gm/dL, catatkan di ruangan ‘catatan’ 2. Laporan Bulanan/ Tahunan Kedatangan dan Jagaan Antenatal dan Lawatan Postnatal (KIB 201 Pind.2/2007). 3. Manual Pelaksanaan Kepastian Kualiti NIA : Ibu Hamil Anemia (2015). Pelan Tindakan Pemakanan Kebangsaan (NPANM) III, 2016-2025 (Semakan Semula). FREKUENSI LAPORAN/ DATA Bulanan PEMILIK KPI Bahagian Pemakanan PEGAWAI TEKNIKAL Nama : Nurul Zaiza Zainuddin Jawatan / Gred : Penolong Pengarah (Kanan) / C44 Cawangan / Sektor : Pemakanan Keluarga / Pemakanan Ibu Bahagian : Pemakanan Tel (Pejabat/HP) : 03-8892 4461 Alamat Emel : [email protected]


Click to View FlipBook Version