INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
KAMPUS IPOH, 31150 HULU KINTA
PERAK DARUL RIDZUAN
BMMB 1104
TUGASAN 1 – PENGHASILAN PRODUK
Nama : TAN ZI ROU
030623-07-0492
No. K/P : 2021242310102
PPISMP
Angka Giliran : JUN 2021
X3
Program : Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin
Ambilan :
Unit :
Nama Pensyarah :
Tarikh Hantar : 14/03/2022
PENGAKUAN PELAJAR
Saya mengaku bahawa tugasan kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tandatangan Pelajar: ZR Tarikh : 14/03/2022
PEMERIKSA MODERATOR
Markah Markah
Tandatangan Tandatangan
Cop Cop
Tarikh Tarikh
PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya
rujuki dan fahami.
Tandatangan Pelajar: ZR. Tarikh : 14/03/2022
JKA/Jun2019
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS IPOH
PENTAKSIRAN BERTERUSAN (PB)
TAHUN AKADEMIK: 2022
Program : PPISMP Nama Pelajar: SEMESTER II / TAHUN 2022
Kod : BMMB1104 Semester/Tahun: JUN 2021
Nama Kursus : KESUSASTERAAN
Ambilan
DAN
KEBUDAYAAN :
MELAYU
Kumpulan X1, X2, X3, X4, X5, X6, X7, X8,
TUGASAN
PENGHASILAN PRODUK X9,X10 DAN X11.
PERSEMBAHAN KPPB – GPMK1012; :
BMM1014; BMM1024; dan
BMM1034 (30 minit) TARIKH MULA TARIKH HANTAR
22 FEBRUARI 2022 14 MAC 2022
14 MAC 2022 08 APRIL 2022
Hasil Pembelajaran Kursus:
1. Menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal budi dalam puisi
tradisional. (C2, HPP1)
2. Menganalisis konsep masyarakat, budaya Melayu, bidang kebudayaan Melayu, kebudayaan
kebangsaan dan isu dalam kebudayaan Melayu. (C4, HPP2, KKG2)
3. Mengaplikasikan asas-asas kritikan sastera terhadap hasil karya sastera. (C3, A3, HPP2,
HPP5, KKG1, KIK2 )
Pentaksiran Berterusan ini bagi menilai hasil pembelajaran 1 dan 3.
Objektif Pentaksiran Berterusan:
Pelajar dapat:
1. Menerangkan dan menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta manifestasi akal
budi dalam puisi tradisional dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Mengaplikasi asas-asas kritikan sastera terhadap karya Sastera terpilih.
3. Membentangkan contoh karya sastera yang telah dianalisis melalui persembahan kumpulan.
TUGASAN 1 : Penghasilan produk (30%):
Karya-karya sastera memaparkan perutusan, amanat serta lontaran idea dan fikiran pengarangnya.
Hasil karya itu mencerminkan gagasan dan daya fikir pengarangnya yang ingin dikongsi bersama
pembaca. Sebuah karya itu terhasil daripada cetusan gabungan daya rasa, kepekaan dan
keprihatinannya terhadap apa yang diamati dan dialami oleh masyarakat.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda dikehendaki menghasilkan produk iaitu e-book dengan
menerangkan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu serta memanifestasikan akal budi dalam
sebuah pantun, sebuah syair, sebuah seloka dan sebuah gurindam.
Anda dikehendaki menyiapkan e-book tersebut mengikut kreativiti masing-masing yang merangkumi
tajuk-tajuk berikut:
• takrif, jenis, bentuk dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu.
• fungsi kesusasteraan Melayu dalam aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
• manifestasi akal budi dalam sebuah pantun, syair, seloka dan gurindam.
TUGASAN 2 Persembahan (30%):
KPPB – BMMB1114; BMMB1144; dan BMMB1124.
1. Dalam kumpulan yang tidak melebihi tiga orang, anda dikehendaki untuk mengaplikasikan ciri-
ciri kritikan sastera terhadap dua buah karya sastera :
i. sebuah karya sastera kanak-kanak
ii. sebuah karya sastera remaja
2. Persembahan dan aktiviti yang dilakukan perlu menghubungkaitkan aspek kandungan dan
elemen komunikasi dengan ciri-ciri komunikasi yang berkesan dan berhemah melibatkan
penggunaan pelbagai alat kemahiran berfikir dan dilakukan secara matang, kritis dan analitis
serta mempunyai nilai akademik yang tinggi.
3. Anda perlu menunjukkan kolaboratif yang baik dalam kalangan ahli kumpulan semasa simulasi
kumpulan dipersembahkan.
4. Tugasan ini berkongsi Idea Utama, iaitu Seni dan literasi menelusuri kesantunan bahasa dan
sastera dengan kursus-kursus yang lain, iaitu BMMB1114 – Pengenalan sistem ejaan jawi dan
rumi; BMMB 1144 – Kesantunan Berbahasa; dan BMMB1124 – Literasi Bahasa.
Arahan Pelaksanaan Tugasan:
1. Tugasan 1 merupakan tugasan INDIVIDU dalam bentuk penghasilan produk iaitu e-book.
2. Tugasan 2 merupakan tugasan KUMPULAN.
3. Tugasan 1 dilaksanakan meliputi perkara seperti yang berikut:
3.1 Dilaksanakan secara individu.
3.2 Boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpulkan data atau maklumat. Namun anda
perlu memastikan bahawa setiap data atau maklumat yang digunakan mestilah merangkumi
jurnal, buku rujukan dan sumber Internet.
3.3 Hasil kerja perlu ditaip mengikut kaedah penulisan ilmiah.
3.4 Format penulisan seperti yang berikut:-
i. Muka depan kerja kursus pelajar hendaklah dimuat turun oleh pelajar sendiri dari iTEMS, IPG
Kampus Ipoh
ii. Muka surat pertama BORANG PENGESAHAN PELAJAR
iii. Muka surat kedua SOALAN TUGASAN
iv. Fon Arial.
v. Saiz huruf ialah 11 point.
vi. Langkau 1.5 baris.
vii. Penulisan dan sumber rujukan mengikut format APA (American Psychological
Association)yang terkini.
viii. Penulisan dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan rumi.
3.5 Rujukan mencukupi yang terdiri daripada jurnal dan buku serta lampirkan senarai rujukan
dalam esei anda.
3.6 Gejala plagiat TIDAK DIBENARKAN sama sekali.
3.7 Hasil tugasan PERLU diserahkan kepada pensyarah mengikut masa dan tarikh yang
ditetapkan. Tugasan yang dihantar LEWAT tanpa sebab yang kukuh boleh menjejaskan gred
pencapaian.
4. Pelaksanaan Tugasan 2 adalah seperti yang berikut:
4.1 Persembahan Kumpulan yang terdiri daripada dua atau tiga orang dalam satu kumpulan.
4.2 Setiap persembahan kumpulan dijalankan selama 30 MINIT.
4.3 Semua ahli kumpulan perlu terlibat dalam persembahan kumpulan.
5. Pentaksiran berterusan ini secara keseluruhannya membawa markah 60%.
Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria seperti yang berikut :
1. Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2. Tugasan haruslah meliputi perkara seperti yang berikut:
2.1 Persembahan yang menarik dan menjawab soalan tugasan.
2.2 Aspek kandungan tepat dan dapat mengupas kehendak soalan.
2.3 Rumusan mantap dan menjawab persoalan pentaksiran berterusan.
3. Bukti-bukti, bahan-bahan dan citation atau rujukan teks yang dapat menyokong hujah-hujah
yang anda kemukakan.
4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan keaslian hasil kerja dan sokongan ilmiah.
5. Penulisan esei harus menunjukkan kefasihan bahasa dan kematangan hujah dalam
menterjemahkan maklumat secara kritikal dan analitikal.
6. Format dan organisasi tugasan perlu jelas dan koheren.
7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan memenuhi kehendak tugasan
(sekurang-kurangnya 10 SUMBER yang meliputi buku, sumber Internet, jurnal dan bahan-
bahan bercetak yang lain).
Kriteria Pentaksiran
Tugasan akan disemak berdasarkan skema pemarkahan dan rubrik pentaksiran yang disediakan.
Disediakan oleh: Disemak oleh:
.................................................. .................................................
(HJ. ABDUL RANI BIN HASSAN) (DR. NAZRI BIN ZAINUDIN)
Penyelaras Kursus BMMB 1104 Pakar Bidang (SME)
Kesusasteraan dan Kebudayaan Jabatan Pengajian
Melayu, Melayu,IPG Kampus
Jabatan Pengajian Melayu, Ipoh.
IPG Kampus Ipoh.
Tarikh: 03 FEBRUARI 2022
Tarikh: 28 JANUARI 2022
Disahkan oleh:
.......................................
(SHAMSUDDIN BIN ABU BAKAR)
Ketua Jabatan Pengajian
Melayu,
IPG Kampus Ipoh, Perak.
Tarikh: 04.02.2022
Penghargaan
Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurniaNya,Tugasan kerja kursus
bagi kod subjek (BMMB 1104) ini dapat diyempurnakan dengan penuh kelancaran.
Di sini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada
Dr. Mohd Nazri Bin Zainuddin, selaku pensyarah subjek tersebut kerana telah meletakkan
kepercayaan sepenuhnya beliau kepada saya untuk menyempurnakan tugasan yang
diberikan.
Saya berterima kasih kepada semua pihak yang telah mencurahkan masa dan usaha
membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya Dr. Mohd
Nazri Bin Zainuddin atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa
tugasan ini dijalankan dengan penuh keikhlasan. Selain itu, saya turut berterima kasih
kepada rakan-rakan sekelas kerana telah banyak menghulurkan bantuan kepada saya
dengan penuh kesabaran sepanjang tempoh tugasan dijalankan.
Secara ikhlas dan hati kesyukuran, usaha semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung juga harus saya
ingati dan hargai. Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana
tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan
dengan selancarnya.
ISI KANDUNGAN
1.0 Pengenalan..........................................................................................................................................2
2.0 Konsep kesusasteraan Melayu .............................................................................................................2
2.1 Jenis / bentuk kesusasteraan Melayu ...................................................................................................2
2.2 Ciri-ciri kesusasteraan Melayu..............................................................................................................3
3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu...............................................................................................................4
3.1 Peranan Kesusasteraan Melayu sebagai hiburan ..................................................................................4
3.2 Peranan Kesusasteraan Melayu sebagai alat pendidikan ......................................................................4
3.3 Peranan Kesusasteraan Melayu dalam dakwah ....................................................................................5
3.4 Peranan Kesusasteraan Melayu dalam Kritikan Sosial...........................................................................6
4.0 Manifestasi Akal budi dalam Karya Puisi Tradisional .............................................................................6
4.1 Akal Budi dalam pantun.......................................................................................................................6
4.2 Akal budi dalam syair...........................................................................................................................8
4.3 Akal budi dalam seloka ........................................................................................................................9
4.4 Akal budi dalam gurindam .................................................................................................................10
5.0 Penutup.............................................................................................................................................11
6.0 Rujukan .............................................................................................................................................13
1.0 Pengenalan
Bahasa merupakan sistem lambang bunyi suara yang digunakan sebagai alat perhubungan
dalam sesuatu kelompok manusia untuk melahirkan perasaan dan fikiran. Oleh itu,
kesusasteraan merupakan medium bagi masyarakat untuk mengemukakan bahasa-bahasa
dalam fikiran. Jelas bahawa, bahasa dan kesusasteraan adalah saling berkait rapat. Hal ini
demikian kerana bahasa yang elok, indah dan halus merupakan aspek penting bagi
penghasilan kesusasteraan. (Ariff Mohamad, 2021).
2.0 Konsep kesusasteraan Melayu
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kesusasteraan (literature) didefinisikan sebagai
seni atau hasil karya dalam bentuk prosa atau puisi yang menggambarkan keindahan bahasa.
Pernyataan ini dapat disokong oleh pendapat yang dikemukakan oleh Hashim Awang (1987)
yang menjelaskan kesusasteraan sebagai karya atau hasil seni yang disampaikan melalui
bentuk lisan dan tulisan serta menunjukkan penggunaan bahasa atau daya yang indah.
Perkataan ‘sastera’ berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu ‘susastera’ atau ‘sastra’ yang
bermaksud sarana dalam bentuk huruf yang bertujuan untuk menyampaikan pengajaran
kepada pembaca dengan bahasa (secara lisan atau tulisan) yang indah. (Abdul Halim Ali,
2011).
Oleh itu, kesusasteraan Melayu merujuk kepada karya atau ciptaan seni yang
menggunakan bahasa indah yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu serta
bertujuan untuk menyampaikan mesej seperti nilai, pengajaran dan perasaan (Rahmat A.
et.al.,2022).
Kesusasteraan Melayu boleh dikaji daripada pelbagai aspek iaitu jenis atau bentuk
kesusateraan Melayu dan ciri-ciri kesusasteraan Melayu. (Rahmat A. et.al.,2022).
2.1 Jenis / bentuk kesusasteraan Melayu
Kesusasteraan Melayu dibahagikan kepada beberapa bentuk dan jenis. Antaranya
adalah prosa tradisonal, prosa moden, puisi tradisional dan puisi moden. Namun keempat-
empat genre sastera Melayu ini mempunyai cabang-cabang yang tersendiri.
Prosa tradisional dibahagikan kepada dua genre iaitu sastera raykat (lisan) dan sastera
istana (tulisan) Sastera rakyat terdiri daripada mitos, legenda, cerita rakyat dan puisi rakyat.
Manakala sastera istana terdiri daripada sastera hikayat (hikayat berunsur Hindu, Islam,
Hindu-Islam), sastera undang-undang, sastera epik (sastera epik kebangsaan dan sastera
epik berunsur Islam), sastera panji dan sastera agama. (Rahmat A. et.al.,2022). Prosa
tradisional merupakan hasilan karya sastera seni dalam bentuk bahasa yang boleh dijadikan
sebagai sumber ilmu, teladan, amalan, sempadan tingkah laku atau pengenalan masyarakat
Melayu. (Siti Hajar Abdul Aziz, 2011).
Prosa moden pula dibahagikan dalam empat cabang iaitu cerpen, novel dan drama.
(Mohd Ruslee bin Mohd Salleh, 2012). Prosa moden merupakaan karya-karya sastera yang
dihasilkan selepas tahun 1800 Masihi. Prosa moden merupakan karya sastera berunsur
naratif serta melibatkan watak-watak yang menyampaikan ujaran atau mesej melalui gaya
perbualan yang natural. Oleh itu, prosa moden boleh dirumuskan sebagai karya yang
digunakan sebagai alat untuk bercerita atau berdialog melalui bahasa sama ada dalam bentuk
lisan atau tulisan. (Mohammad Fadzeli Jaafar, 2016).
Puisi tradisional terdiri daripada pantun (pantun dua kerat, empat kerat, lapan kerat, dua-
belas kerat dan pantun berkait), gurindam, sajak dan seloka. (Rahmat A. et.al.,2022). Puisi
tradisional merupakan karya sastera yang dihasilkan dengan menggunakan bahasa indah
untuk menggambarkan pancaran masyarakat Melayu lama. (Saludin, M. R.,2013).
Menurut “Sastera Melayu Moden”(1990), genre dalam puisi moden hanyalah sajak. Puisi
Melayu moden merupakan sebuah seni penulisan kontemporari yang dihasilkan dengan
susunan yang indah untuk menyampaikan mesej. Cara penghasilan puisi moden adalah lebih
bebas kerana tidak lagi terikat dengan bentuk puisi tradisional. (Wikipedia, 2019).
2.2 Ciri-ciri kesusasteraan Melayu
Ciri puisi tradisional adalah seperti berikut (Ariff Mohamad, 2021)
1. Penggunaan bahasa penuh dengan keindahan dan dapat menimbulkan rangsangan
kepada pembaca dari segi perasaan dan pemikiran.
2. Puisi tradisional adalah berbentuk terikat dari segi kerat, baris.
3. Puisi tradisional dipengaruhi oleh unsur muzik seperti lagu, irama, rentak, intinasi dan
sebagainya.
Ciri prosa tradisional adalah seperti berikut (Ariff Mohamad, 2021)
1. Prosa tradisional yang dihasilkan adalah dipengaruhi oleh agama Islam dan agama
Hindu
2. Prosa tradisional ini merupakan karya sastera yang menggambarkan ciri budaya suatu
kumpulan masyarakat melalui lisan ataupun tulisan.
Ciri prosa modern adalah seperti berikut (Ariff Mohamad, 2021)
1. Prosa modern merupakan karya sastera yang dapat memperlihatkan perkembangan
pemikiran dan tamadun masyarakat.
Ciri puisi moden adalah seperti berikut (Ariff Mohamad, 2021)
1. Puisi modern adalah berunsur estetik
2. Puisi modern adalah berbentuk bebas dari segi jumlah perkataan, suku kata, dan rima
3. Puisi moden adalah dihasilkan dalam bentuk rangkap atau baris
4. Puisi moden yang dihasilkan adalah karya sastera deklemasi
3.0 Fungsi kesusasteraan Melayu
Karya kesusasteraan Melayu ini dijadikan sebagai perantaraan untuk menyampaian ilmu,
pengajaran dan hiburan secara efektif kepada para khalayak. Selain itu, karya sastera juga
boleh dijadikan sebagai alat komunikasi antara khalayak kerana berperanan untuk
menyampaikan mesej serta mengasuh masyarakat agar menjadi seorang yang beradab.
(Muhd Norizam Jamian et.al., 2015). Hal ini demikian kerana, isi kandungan karya sastera
merangkumi siratan nilai, norma dan gaya hidup masyarakat Melayu yang harus diwarisi oleh
generasi akan datang. (Samsudin, 2001). Oleh itu, tulisan ini akan membahas fungsi
kesusasteraan Melayu dari aspek hiburan, pendidikan, dakwah dan kritikan sosial.
3.1 Peranan Kesusasteraan Melayu sebagai hiburan
Karya sastera dapat menghiburkan masyarakat melalui ungkapan, perkataan dan bahasa
yang indah disertakan dengan irama dan rentak istimewa yang dapat membawa
keseronakkan kepada para khalayak atau pembaca. Hal ini demikian kerana, ungkapan,
irama dan rentak ini dapat membawa nilai emosi yang positif seperti kelucuan dan
menyenangkan hati pembaca dan pendengar karya sastera. (Rahmat A. et.al.,2022).
Contohnya, pantun jenaka merupakan karya sastera yang dapat menghiburkan pembaca.
(Norazimah Zakaria et.al., 2017). Contoh pantun jenaka yang boelh dijadikan sumber hiburan
adalah seperti dalam rajah 1.
Rajah 1
Contoh pantun jenaka
3.2 Peranan Kesusasteraan Melayu sebagai alat pendidikan
Karya sastera boleh dijadikan sebagai alat atau bahan pendidikan kepada para khalayak
sama ada terhadap pelajar, kanak-kanak dan masyarakat. (Siti Hajar Abd. Aziz, 2011). Hal ini
demikian kerana, karya sastera merangkumi tema yang terdiri daripada pelbagai bidang serta
dapat menyampaikan mesej seperti ilmu pengetahuan, nilai, pengajaran dan sebagainya.
(Rahmat A. et.al.,2022)
Karya sastera merupakan medium kepada pelajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan
dalam bidang sastera dan bahasa. Contohnya, pelajar akan dapat mempelajari kemahiran
menulis. Menurut Ariff Mohammad (2021), karya sastera meupakan alat yang dapat memupuk
dan merangsangkan daya fikir pelajar ke arah yang lebih kreatif dan kritis kerana proses
menilai, mengkritik dan mantafsir dijalankan ketika pelajar didedahkan kepada karya sastera.
Seterusnya, kesusasteraan Melayu dapat mendedahkan pelajar kepada ilmu sastera. Ini
dapat dibuktikan dengan objektif kurikulum Kesusasteraan Melayu yang menerangkan
tentang peranan sastera dalam pendidikan seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2. (Fathin
Noor Ain Ramli et.al., 2018). Jelas bahawa ilmu sastera seperti gaya bahasa karya sastera,
bentuk, gaya dan ciri karya sastera dapat dipelajari oleh para pelajar.
Rajah 2
Peranan kesusasteraan dalam pendidikan
Selain itu, kesusasteraan Melayu menanam ilmu bahasa kerana kesusasteraan Melayu
ini menekankan penyampaian mesej berkesan dengan menggunakan bahasa indah, tertib,
halus dan berirama yang boleh ditiru, dicontohi dan diaplikasikan oleh pelajar dalam penulisan.
Secara tidak langsung penguasaan kemahiran menulis pelajar dipertingkatkan.
Selain itu, karya sastera dapat mendidik atau mengasuh pelajar dari segi pembentukan
insaniah. Pernyataan ini dapat disokong oleh pendapat yang dikemukakan oleh Shahnon
Ahmad (1991) yang menyatakan bahawa kesusasteraan bukan sahaja dapat memainkan
peranan sebagai sumber ilmu kebudayaan malah juga berperanan dalam membina pemikiran
dan sahsiah seseorang individu kerana mesej yang disampaikan dalam karya sastera adalah
berunsur nilai kemanusiaan. Oleh itu, kesusasteraan adalah penting dalam pembentukan dan
perkembangan individu yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Oleh itu, karya sastera bukan sahaja dapat meningkatkan ilmu pengetahuan pelajar
terhadap sastera dan bahasa, malah dapat membentuk pelajar yang unggulnya peribadi
sambil membentuk insan yang beradab.
3.3 Peranan Kesusasteraan Melayu dalam dakwah
Karya sastera Melayu memainkan peranan dalam aktiviti dakwah adalah kerana ciri
kesusasteraan Melayu yang memancarkan tema yang berunsur nilai-nilai etika Islam iaitu nilai
ijabiyah (positif) dan waqi ‘iyyah (realistik).
3.4 Peranan Kesusasteraan Melayu dalam Kritikan Sosial
Kesusasteraan Melayu memainkan peranan dalam kritikan sosial adalah disebabkan
kerana karya sastera ini merupakan gambaran kehidupan masyarakat. (Rahmat A.
et.al.,2022). Selain itu, karya yang dihasilkan adalah bukan sahaja merupakan deskripsi
berdasarkan pengalaman, pemikiran, nilai dan perasaan pengarang (Sohaimi Abdul Aziz,
2011), maka isi atau makna yang disampaikan dalam karya sastera ini mempunyai pertalian
rapat dengan dunia realiti (kehidupan seharian masyarakat). (Azhar Hj Wahid dan Zawawi
Jahya, 2012).
Kritikan sosial didefinisikan sebagai suatu teguran, sanggahan, sindiran, tanggapan,
ataupun penilaian terhadap sesuatu pekara yang dianggap telah melanggar nilai-nilai yang
sedia ada dalam kehidupan masyarakat. (Wikipedia, 2022).
Contoh karya kesusasteraan Melayu yang mempunyai unsur kritikan sosial adalah Novel
BANKL yang dihasilkan oleh Faisal Tehrani merupakan karya sastera yang menyampaikan
mesej dan pemikiran tentang kepolitikan.
4.0 Manifestasi Akal budi dalam Karya Puisi Tradisional
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, akal budi bermaksud fikiran yang sihat. Oleh itu,
akal budi merupakan keupayaan yang ada pada seseorang individu untuk melakukan sesuatu
perbuatan atas kebijiaksanaan dan akal fikiran.
Manifestasi akal budi terhadap karya puisi tradisional boleh dikaji daripada empat aspek
iaitu pemikiran, pertuturan, perlakuan dan gaya hidup.
Oleh itu, manifestasi akal budi terhadap karya sastera merupakan pendapat, pemikiran
yang dikemukan terhadap isi tersurat dan terisrat karya sastera daripada aspek pemikiran,
pertuturan, perlakuan dan gaya hidup dengan menggunakan kebijaksanaan serta kehalusan
budi bahasa.
4.1 Akal Budi dalam pantun
Pantun sebagai hasil seni sastera terawal manusia yang terawal dan merupakan alat
ekspresi bagi masyarakat untuk mengemukakan fikiran tentang kehidupan harian mereka.
(Siti Hajar Che Man, 2013).
Pantun yang dimanifestasikan akal budi adalah Pantun Dua Kerat Nasihat. (Antologi
Kuingin Berterima Kasih).
Berapa jauh wujud dengan sifat,
Sejauh lutut dengan pelipat.
Sarang semut dalam gelap,
Orang selimut selalu lelap.
Hitam-hitam pucuk kawa,
Sungguh hitam dipandang lawa.
Emas , perak tembaga suasa,
Malas bergerak tidak merasa.
Buah sintang buah senikul,
Satu memegang satu memikul.
Dalam konteks pantun ini, aspek pemikiran ini dipancarkan melalui pemilihan perkataan
untuk menginsinuasi golongan masyarakat yang enggan memperbaikkan diri dari segi tingkah
laku dan perbuatan. Contohnya, “orang selimut selalu lelap” telah membayangkan dan
menonjolkan segelintir masyarakat yang selalu bersifat malas. Hal ini demikian kerana,
rangkap ini membawa maksud bahawa orang yang selalu berada dalam sleimut akan sentiasa
tidur. Penempuan pemikiran pada pantun ini adalah nasihat agar manusia sentiasa bersikap
baik dari segi tingkah laku dan perbuatan. Kesimpulannya, pantun dua kerat nasihat ini telah
menyeru dan mendidik masyarakat agar selalu membawa nilai kerajinan, kesungguhan,
ketabahn dan keredaan dalam kehidupan seharian agar menjadikan diri seorang yang
berperibadi dan sikap positif.
Pantun kedua yang dikaji dalam tulisan ini adalah Pantun Nasihat daripada Tennas
Effendy seperti yang ditunjukkan dalam rajah 3.
Rajah 3
Pantun Nasihat
Dalam konteks pantun ini, pantun ini berpusatkan pemikiran yang menasihatkan
masyarakat agar mematuhi sistem dan nilai adab masyarakat kerana peka akan
kepentingan nilai adab terhadap masyarakat. Contohnya, “Kalau gelak nak jangan mengilai”
membawa nasihat kepada masyarakat agar menjaga imej ketika menggelak agar jati diri
dan masyarakat dijamin. Dalam konteks rangkap pantun ini, nilai adab yang dipatuhi oleh
seseorang individu adalah aspek dalam pembentukan jati diri masyarakat yang berbudi dan
berakhlak. (Norazimah Zakaria, 2017).
4.2 Akal budi dalam syair
Syair merupakan bentuk puisi tradisional masyarakat Melayu yang dikenali juga sebagai
puisi berlagu atau karangan bersajak. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Karya sastera yang
biasanya wujud dalam 4 rangkap dan berbentuk terikat.
Syair yang dikaji dalam tulisan ini adalah Syair Pohon Buluh dalam Antologi Kuingin
Berterima Kasih. Teks asal syair Pohon Buluh adalah seperti yang ditunjukkan dalam rajah
4.
Rajah 4
Syair Pohon Buluh (Antologi Kuingin Berterima Kasih)
Aspek pemikiran syair ini berpusatkan pada kepentingan perpaduan dan semangat
patriotik dalam sebuah masyarakat. (Dr. Mohd Azam Ahmad, 2020). Dalam konteks syair ini,
gaya bahasa simile telah diaplikasikan untuk membayangkan kepentingan semangat
permuafakatan. Contohnya, rangkap ketiga syair ini telah memuji resmi pohon buluh yang
dapat hidup dalam serumpun walaupun berbatang-batang. Pensyair menyeru masyarakat
agar sentiasa mengamalkan sikap perpaduan dalam diri sendiri agar mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni.
4.3 Akal budi dalam seloka
Seloka merupakan sejenis puisi tradisional yang bercorak karangan berangkap atau
karya sastera yang berirama atau berentak. Selain itu, seloka juga ditakrifkan sebagai
bidalan atau perumpamaan yang berunsur ejekan, sindiran, kritikan ataupun gurau
senda.Unsur ejekan ini dalam seloka berperanan untuk menyampaikan pengajaran kepada
masyarakat. (Kamus Dewan Edisi Keempat). Contohnya, Seloka Pak Pandir (Rajah 5) yang
merupakan sejenis Sastera Rakyat yang terkenal dalam masyarakat Melayu.
Rajah 5
Seloka Pak Pandir
Melalui sifat watak seloka yang lurus bendul kerana mengutamakan kepentingan orang
asing lebih daripada anak sendiri (“Anak dipijak dagang dijinjing”). Selain itu, sikap negatif
Pak Pandir sehingga diri sendiri mengalami nasib malang. Aspek pemikiran seloka ini
adalah berpusatkan ejakan terhadap golongan masyarakat yang bersifat negatif seperti
yang ada pada Pak Pandir (watak seloka). Dalam seloka Pak Pandir ini, sikap negatif yang
harus dibenteras adalah
1. Sikap yang mendahului kepentingan orang asing lebih daripada ahli keluarga sendiri.
Ini telah menyindir pemikiran segelintir masyarat yang kurang bijak.
2. Sikap ketamakan dan boros yang akan mendorong kepada kesan buruk.
3. Sikap yang mudah terpedaya dan mempercayai pekara yang belum ditentukan lagi.
(Mendengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan).
Oleh itu, seloka Pak Pandir menyeru golongan masyarakat agar mengubah sikap
negatif agar tidak meruguikan diri sendiri ataupun keluarga terdekat kita. (Rahmat A.
et.al.,2022).
4.4 Akal budi dalam gurindam
Gurindam merupakan sejenis puisi yang terdiri daripada dua baris berisi dan bertujuan
untuk menyampaikan pengajaran kepada masyarakat melalui tulisan. (Kamus Dewan Edisi
Keempat). Selain itu, bahasa asal bagi perkataan ‘gurindam’ adalah ‘iradan’ (bahasa Tamil)
yang dimaksudkan sebagai puisi terbuka yang berunsur nasihat, petua dan pengajaran.
(Rahmat A. et.al.,2022).
Gurindam yang dikaji dalam tulisan ini dari segi akal budi adalah gurindam pelajar. (Mohd
Sidek Bin Mohd Dollah, 2006) seperti yang ditunjukkan dalam rajah 6.
Rajah 6
Sebahagian daripada teks asal gurindam pelajar
Dalam konteks gurindam ini, ciri-ciri seorang pelajar yang cemerlang telah disampaikan.
Contohnya, pelajar dinasihati belajar dengan tekun untuk menuntut ilmu. (“Jika anda jadi
pelajar jangan malas hendak belajar.” , “Jangan asyik berangan-angan tekun gigih jadi
pegangan” ). Selain itu, pelajar harus belajar dengan tekun agar dapat mencapai
kecemerlangan dalam pembelajaran. Gurindam pelajar ini juga menasihati pelajar agar
tabah ketika menghadapi cabaran dalam proses belajar.
Jelas bahawa, gurindam adalah karya sastera yang dihasilkan untuk menyampaikan
nasihat kepada masyarakat.
5.0 Penutup
Kesusasteraan Melayu ini merupakan karya sastera yang dihasilkan oleh masyarakat
Melayu yang berperanan penting dalam kehidupan seharian masyarakat tanpa mengira
bangsa ataupun kaum. Ini dapat dibuktikan oleh proses manifestasikan akal budi terhadap
karya sastera. Oleh itu, kesusasteraan Melayu merupakan bidang ilmu yang harus
dipelihara, diwarisi dan dihargai nilainya oleh generasi yang akan datang agar membentuk
insan yang berbudi, berakhlak dan seimbang.
6.0 Rujukan
Saludin, M. R. (2013). Puisi Melayu Tradisional. Jurnal Peradaban Melayu, 8, 1-13.
Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPM/article/view/3227
Samsudin A. Rahim. 2001. Media dan identiti budaya: membangunkan industri
kandungan tempatan yang berdaya tahan. Jurnal Komunikasi: Malaysian Journal of
Communication 17: 67-80.
Shahnon Ahmad (1991). Sastera sebagai seismograf kehidupan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Azhar Haji Wahid. (2013) . Ingin Jadi Pujangga: Tanggapan kritikan sosial
kemasyarakatan. Dlm. (2013). Kritikan intelektualisme sastera Melayu. Tanjong Malim:
Penerbit Universiti Sultan Idris.
. (1990). Sastera Melayu Moden : Perubahan dan Tamdun. Bandar Baru
Bangi Penerbitan Karyawan.
Ariff Mohamad (2021). Kesusasteraan dalam Pengajaran bahasa Melayu. Retrieved from
https://anyflip.com/ovxzy/zltn/basic
Dr Mohd Azam. (2021). Kupasan & Kajian Komsas Kendiri Tingkatan 1. Antologi Kuingin
Berterima Kasih dan novel Pelari Muda. Selangor, Sasbadi Sdn Bhd.
Puisi melayu moden. (2021, Mac 10). In Wikipedia.
https://ms.wikipedia.org/wiki/Puisi_melayu_moden
Kritik sosial. (2021, Mac 10). In Wikipedia.
https://id.wikipedia.org/wiki/Kritik_sosial
Mohammad Fadzeli Jaafar (2016). Gaya Ujaran Dalam Teks Kesusasteraan Melayu.
Jurnal Komunikasi 32(2). Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/10509/1/16485-46314-
1-SM.pdf
Muhd Norizam Jamian & Shaiful Bahri Md Radzi. (2015). Kesusasteraan Melayu
Tradisional Sebagai Wadah Komunikasi Massa: Suatu Analisis. Jurnal Komunikasi 31(2).
Retrieved from http://journalarticle.ukm.my/10011/1/V31_2_12.pdf
Norazimah Zakaria, Azlina Abdullah, Sharifah Zarina Syed Zakaria, Mimi Hanida Abdul
Mutalib, Alizah Lambri, Siti Salwa Jamaldin, Mashitah Sulaiman & Rosmah Derak. (2017).
Akal Budi Dan Cerminan Jati Diri Melayu Dalam Pantun. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman
Shah 4(2). Retrieved from
http://journal.kuis.edu.my/jsass/images/files7/jsass_vol4bil2_008_norazimah.pdf
Mohd Sidek Bin Mohd Dollah (2006). Seuntai kasih secebis harapan. Kuala Lumpur.
AKAM Print.
Rahmat.A, Zainuddin M.N, Abu Bakar.S, Hassan H.A.R, Awang. H. (2022). Pengenalan
Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu. Selangor, Pustaka Al-Ehsan.
Siti Hajar Che Man (2013). Kelestarian Pantun: Rencah dan Leluhur Bangsa Dulu, Kini
dan Selamanya. International Journal of the Malay World and Civilisation 1(1). Retrieved from
https://www.ukm.my/jatma/wp-content/uploads/makalah/IMAN1_6.pdf
Puisi Moden. Laman Web Rasmi DBP. (2021, Mac 10). In Dewan Bahasa dan Pustaka.
http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/113