The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by efann06, 2020-03-04 17:30:44

Laporan Unit ICT 2019

Laporan Unit ICT 2019

Laporan

PENGURUSAN
MAKMAL
KOMPUTER
DAN

PUSAT AKSES

SEKOLAH KEBANGSAAN KINABUTAN BESAR

2019

MAKMAL KOMPUTER SK KINABUTAN BESAR

1. Rekod Penggunaan Makmal Komputer 2019
- Bilangan komputer
i. Komputer Murid (HP Multiseat) = 40 Monitor , 5 CPU
ii. Guru (HP Multiseat) = 1 Monitor, 1 CPU

- Rekod Penggunaan Makmal Komputer direkod dengan menggunakan dua
kaedah iaitu menggunakan buku rekod penggunaan dan melalui Google
Form.

BULAN (2019) BILANGAN PENGGUNA

Januari 56

Februari 180

Mac 112

April 398

Mei 248

Jun 594

Julai 520

Ogos 488

September 500

Oktober 652

November 209

JUMLAH 3957

- Antara isu rekod penggunaan adalah
i. Sebilangan besar guru dan murid tidak mencatat penggunaan di
antara dua kaedah perekodan tersebut.
ii. Kurang sambutan guru menggunakan makmal komputer
disebabkan suasana makmal komputer yang tidak kondusif dan
panas kerana masalah penghawa dingin yang tidak berfungsi.
iii. Bebebapa buah komputer tidak dapat digunakan disebabkan
kerosakan pada multiseat HP.
iv. Isu pendawaian elektrik yang kurang selamat di sekitar lantai
makmal komputer dan keadaan kabel komputer dalam setiap
komponen komputer yang membahayakan murid.

2. Mesyuarat ICT
- Mesyuarat sepatutnya diadakan sekurang-kurangnya sebanyak 3 kali
setahun. Walau bagaimanapun, pada tahun 2019, mesyuarat ICT hanya
diadakan sekali pada Tarikh 9 Februari 2019.

3. Latihan Dalam Perkhidmatan (LADAP) ICT
- Pada tahun 2019, LADAP ICT diadakan sebanyak 2 kali iaitu pada 23
Februari 2019 (LADAP eRPH) dan pada 27 Julai 2019 (LADAP GOOGLE
CLASSROOM)

4. Aktiviti ICT
- Unit ICT Bersama Pusat Sumber sekolah dengan kerjasama Kelab ICT
(GERKO) telah mengadakan pelbagai aktiviti sepanjang minggu Pusat
Sumber seperti Pertandingan SPEED TYPING, Pertandingan Quizizz
(Tahap 2), Pertandingan Mewarna (Tahap 1) dan Pertandingan Beylade
Tertutup.

5. Program berkaitan ICT
- Antara Program yang diadakan sepanjang tahun 2019 adalah :
i. Penarafan SSQS 2019
ii. DCS 2019
iii. HOUR OF CODE
iv. Pameran DST (Filem Pendek Pendidikan) di IPG Tawau sempena
Majlis Pembestarian Sekolah peringkat Negeri Sabah.

6. Pencapaian Unit ICT
- Antara pencapaian Unit ICT sama ada diperingkat Daerah, Negeri dan
Kebangsaan ialah:
i. SSQS 5 Bintang 2018 (Kebangsaan) – Majlis Penyampaian
diadakan di Lahad Datu
ii. Johan Pusat Akses Terbaik (Negeri) - Penyampaian hadiah
diadakan di IPG Tawau.
iii. Johan Filem Pendek Terbaik ILHAM (Kebangsaan) – Majlis
penyampaian hadiah diadakan di Kuala Lumpur.

PUSAT AKSES SEKOLAH

1. Rekod Penggunaan Pusat Akses Sekolah 2019
- Bilangan komputer
i. Komputer Murid = 10 Monitor, 10 CPU

BULAN (2019) BILANGAN PENGGUNA

Januari -

Februari -

Mac -

April -

Mei -

Jun -

Julai -

Ogos -

September 62

Oktober 80

November 36

JUMLAH 178

- Pusat Akses Sekolah membuat pengubahsuaian bermula bulan januari
sehingga bulan julai.

- Pusat Akses Sekolah juga telah menerima 10 buah komputer baru bagi
mengantikan komputer lama.

2. Pencapaian Pusat Akses Sekolah
- Pusat Akses Sekolah Terbaik sempena Majlis Pembestarian Sekolah
Peringkat Negeri Sabah.

LAPORAN BERGAMBAR
Penyampaian Sijil SSQS 5 Bintang 2018 dan pelbagai Anugerah ICT



Penilaian Pusat Akses Sekolah Peringkat Negeri Sabah 2019

Pameran DST (Filem Pendek Pendidikan) di IPG Tawau

Johan Pusat Akses Terbaik Peringkat Negeri Sabah 2019



Penarafan SSQS 2019



Johan Pertandingan Filem Pendek ILHAM Peringkat Kebangsaan


Click to View FlipBook Version