The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.
Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 820-25-nuriffatiamnizaidin, 2022-04-18 20:02:48

GAPD 1032 NUR IFFATI AMNI BINTI ZAIDIN

GAPD 1032 NUR IFFATI AMNI BINTI ZAIDIN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS TAWAU

NAMA SISWA PENDIDIK : NUR IFFATI AMNI BINTI ZAIDIN

NOMBOR ANGKA GILIRAN : 2021052310015

NOMBOR KAD PENGENALAN : 031021100230

NOMBOR MATRIK : P21054890

KUMPULAN / UNIT : PAI 1

KOD / NAMA KURSUS : GAPD 1032 / ASAS PEMBELAJARAN
DIGITAL

NAMA PENSYARAH : DR NORJANAH BINTI AMBO

TARIKH HANTAR : 29 MAC 2022

0

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TAWAU
PENTAKSIRAN KERJA KURSUS
BORANG MAKLUM BALAS KERJA KURSUS

Nama Siswa Pendidik: NUR IFFATI Angka Giliran : 2021052310015
AMNI BINTI ZAIDIN

Kod : GAPD 1032 Nama Kursus : ASAS
PEMBELAJARAN DIGITAL

Pensyarah : DR NORJANAH BINTI AMBO

Tarikh Hantar : 29 MAC 2022 Tarikh Terima :

Pengakuan Pelajar

Saya mengaku bahawa kerja kursus ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali
nukilan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.

Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 29 MAC 2022

Perincian Maklum Balas Kerja Kursus

Pemeriksa Moderator (jika berkaitan)

Kekuatan : Kekuatan :

Aspek yang boleh diperbaiki : Aspek yang boleh diperbaiki :

Tandatangan : Tarikh : Tandatangan : Tarikh :

Pengesahan Pelajar

Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah
saya rujuki dan fahami.

Catatan

Tandatangan Pelajar : Tarikh :

1

ISI KANDUNGAN

Kandungan Halaman
BORANG MAKLUM BALAS 1
KANDUNGAN 2
PENGHARGAAN 3
1.0 PENGENALAN 4
2.0 ISU JENAYAH SIBER 4
PENGGODAM 4-5
FAKTOR BERLAKUNYA JENAYAH PENGGODAMAN 5
KESAN DARIPADA JENAYAH PENGGODAMAN 6
3.0 LANGKAH MENGATASI ISU JENAYAH PENGGODAMAN 6-7
4.0 ANALISIS SWOT 7
5.0 RUJUKAN 8
6.0 LAMPIRAN 9

2

PENGHARGAAN
Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi

kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek
Asas Pembelajaran Digital (GAPD 1032) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk
menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Dr Norjanah binti Ambo ,selaku
Pensyarah Asas Pembelajaran Digital kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan
beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang
tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya
kepada pensyarah saya Dr Norjanah binti Ambo atas budi bicara beliau dalam
memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut
berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak
menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan
tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam
menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala
bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan
sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

3

1.0 PENGENALAN

Tugasan kerja kursus GAPD 1032 Asas Pembelajaran Digital ini saya ditugaskan
untuk menulis refleksi secara individu berdasarkan topik 8 iaitu Kewarganegaraan
Digital. Saya akan mengupas isu yang dinyatakan dan memberi pandangan dan
penambahbaikan bagi menangani masalah dengan berdasarkan isu masalah sebenar
yang diketengahkan. Antara isu yang dapat saya kupas adalah isu jenayah siber. Saya
juga akan menyertakan jadual dan infografik data bagi menyatakan analisis SWOT
yang saya telah perolehi dalam kajian ini.

2.0 ISU JENAYAH SIBER

Isu jenayah siber adalah suatu jenayah yang dilakukan melalui internet. Jenayah
siber ini mempunyai unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program dan
data komputer, pencurian maklumat , penggodaman, judi siber, menyalin perisisan
secara tidak sah dan lain-lain. Dengan adanya kemunculan internet sebagai alat
komunikasi terkini, negara kita akan berhadapan dengan pelbagai bentuk jenayah
baru. Oleh kerana perjalanan maklumat di dunia siber ini tidak dapat dikawal, berjuta-
juta laman web telah dihidupkan. Terdapat pelbagai maklumat yang disebar tidak kira
samaada benar atau salah, propaganda dan tidak kurang juga video-video pornografi
disebar melalui internet secara haram. Oleh hal yang demikian, isu ini menimbulkan
rasa gerun bagi sesetengah pihak pentadbiran disebabkan oleh berlakunya
kebebasan maklumat yang berleluasa di media sosial.

PENGGODAM

Penggodam atau godam menurut Kamus Dewan Edisi Keempat adalah perbuatan
atau tindakan menceroboh masuk ke dalam system komputer orang lain untuk
mencuri data dan maklumat sulit dan sebagainya. Makna penggodam ini diketahui dari
abad ke 20 yang menunjukkan perubahan pintar dalam beberapa mesin, hubungan
dengan seseorang yang berbeza antara komputer serta rangkaian sosial yang berasal
dari Institut Teknologi Massachusetts.

Secara umumnya, komuniti penggodam ini mempunyai kelebihan untuk
mengetahui dengan lebih mendalam operasi sistem komputer yang berbeza sebagai
sumber bagi mencari kesalahan, membetulkan dan memperbaikinya. Peranan
seorang penggodam ini adalah bertujuan memintas semua sistem keselamatan dan

4

setelah mereka melakukan perkara itu, mereka akan melaporkan kepada ketua
system bertujuan untuk meningkatkan keselamatan mereka.

Terdapat pelbagai jenis penggodam di dalam komuniti penggodam dan tugas
mereka ini berbeza berdasarkan fungsi masing-masing. Sebagai contoh, topi putih
atau lebih dikenali sebagai penggodam putih ia ditugaskan untuk melanggar sistem
komputer dan menemukan kesalahan didalamnya. Dengan cara ini dapat
menyumbang atau meningkatkan sistem keselamatan komputer. Kadangkalanya,
penggodam ini dipanggil untuk memasuki sistem untuk mengetahui kelemahan dan
memeriksa atau menguji sistem keselamatan mereka.

Selain itu, terdapat juga topi putih atau lebih dikenali sebagai crawler. Crawler ini
mempunyai fungsi yang berlawanan dengan penggodam topi putih seperti yang
disebutkan diatas kerana peranan crawler adalah mereka akan melanggar sistem
keselamatan komputer, memasuki Kawasan larangan, mencuri dan memadamkan
maklumat . Mereka juga akan bertindak menjangkiti atau mengambil alih jaringan.
Crawler ini lebih dikenali dengan Tindakan jahat mereka iaitu memasuki sistem
komputer umtuk mendapatkan beberapa manfaat.

FAKTOR BERLAKUNYA JENAYAH PENGGODAMAN

Antara faktor yang menyebabkan berlakunya penggodaman adalah
penyalahgunaan kemahiran oleh pemprograman komputer, pengaksesan internet
oleh mereka yang mahir dalam komunikasi maya. Hal ini dikatakan demikian kerana
penggodam yang melakukan janyah godam ini mempunyai kemahiran yang meluas
setelah mengikuti kursus pengkomputeran yang asalnya adalah untuk membimbing
dan mengajar untuk tujuan yang betul. Sesetengah mereka mempunyai agenda yang
negative serta tidak bertanggungjawab kerana menyalahgunakan ilmu yang diperoleh.

Selain itu, sistem komputer yang ada ini tidak dilindungi oleh program keselamatan
yang dapat membendung virus. Hal ini disebabkan oleh, penggodam yang
menyalahgunakan ilmu pengkomputeran itu menghantar virus yang dapat
melumpuhkan seluruh sistem komputer dengan cuba mendapatkan kod atau nombor
pin keselamatan mereka. Oleh itu, penggodam akan menggunkan maklumat itu
sebagai bahan jualan kepada pihak lain atas sebab tertentu serta bagi kepentingan
diri mereka sendiri. Hal ini akan menjejaskan keselamatan negara kita daripada
berlakunya pencurian maklumat.

5

KESAN DARIPADA JENAYAH PENGGODAMAN

Kesan yang dapat diambil daripada jenayah penggodaman ini adalah urusan atas
talian seperti online banking dan sebagainya akan terjejas disebabkan jenayah
penggodaman ini. Hal ini kerana, kebanyakkan masyarakat di Malaysia lebih
menggalakkan pengurusan secara atas talian keran ia lebih mudah dan cepat. Dari
sudut pihak swasta pula, urusan secara atas talian ini sangat menguntungkan. Akan
tetapi, disebabkan aktiviti jenayah penggodaman ini semakin berleluasa ramai yang
berasa takut menyelesaikan urusan mereka secara atas talian disebabkan nombor pin
peribadi atau segala maklumat sulit itu akan diceroboh oleh penggodam. Disebabkan
hal ini, banyak keburukan yang akan berlaku antaranya, keuntungan bagi pihak
swasta akan berkurang disebabkan semakin kurang orang yang membuat urusan
secara atas talian.

Selain itu juga, ia juga akan merugikan banyak pihak sehingga boleh mencecah
angka jutaan ringgit. Hal ini kerana penggodam dengan bijaknya menggunakan
kelebihan dari segi ICT untuk meniou pengguna dan menjadikan ia sebagai satu
medium perjudian maya yang bagi semua pengguna adalah melampaui batas.
Sebagai contoh, pengguna akan disuruh untuk memasukkan wang kedalam sesuatu
akaun melalui suatu laman web yang dikatakan adalah cara menjalankan urus niaga
tersebut sedangkan ianya hanyalah satu helah penggodam untuk menggodam akaun
bank pengguna. Pada awalnya penggun akan tidak sedar bahawa mereka ditipu,
namun lama kelamaan mereka akan menyedari bahawa mereka telah ditipu.

3.0 LANGKAH MENGATASI ISU JENAYAH PENGGODAMAN

Langkah bagi mengatasi isu jenayah penggodaman adalah kerajaan perlu
memperkenalkan undang-undang yg mampu mengelakkan negara kita daripada
menjadi mangsa jenayah penggodaman. Oleh kerana isu jenayah ini menjadi tumpuan
ramai sejak akhir-akhir ini, pihak kerajaan perlu mengumpulkan pakar teknologi yang
dapat merangkan undang-undang demi mencegah jenayah penggodaman ini. Selain
itu, ahli masyarakat juga bertindak perlu melaporkan kepada pihak yang
bertanggungjawab sekiranya terdapat kegiatan yang meragukan mengenai isu
penggodaman ini supaya penjenayah gosam itu akan dihukum bersesuaian dengan
jenayah yang dilakukan.

6

Selain itu, etika penggunaan teknologi juga patut diperkenalkan pada institusi
pendidikan hari ini. Seperti yang kita tahu, hamper setiap golongan masyarakat
mempunyai telefon pintar masing masing untuk digunkan setiap hari, namun tidak
dididik untuk menggunakannya dengan cara yang betul. Kebanyakkan kanak-kanak
atau remaja kini tidak dididik untuk tidak membuka emel atau pautan yang meragukan
supaya tidak tertipu dengan panggilan telefon yang menyuruh untuk memindahkan
wang tanpa bukti. Hal ini kerana remaja kini mudah terpengaruh dengan orang yang
tidak dikenali dan mudah dipergunakan oleh penggodam. Oleh itu, remaja dan dan
kanak-kanak perlu dididik daripada kecil. Bak kata peribahasa Melayu, melentur buluh
buarlah daripada rebungnya.

4.0 ANALISIS SWOT
Analisis SWOT merupakan antara kaedah analisis yang mudah serta mempunyai

peranan yang besar dalam membangunkan strategi perniagaan yang
menguntungkan. SWOT itu sendiri adalah singkatan daripada kekuatan (strength),
kelemahan (weaknesses), peluang (opportunities), dan ancaman (threats). Analisis ini
adalah untuk menentukan aspek utama perniagaan yang merangkumi kelebihan,
keburukan, peluang dan ancaman. Dengan adanya kaedah SWOT ini, kita dapat
menggunakannya untuk merangka strategi yang betul supaya perniagaan kita akan
menjadi lebih unggul daripada pesaing.

7

5.0 RUJUKAN
roy. (2022). Maksud Jenayah Siber. Academia.edu.

https://www.academia.edu/35567691/Maksud_Jenayah_Siber

JENIS-JENIS JENAYAH. (2022). https://nrulcool.weebly.com/jenis-jenis-
jenayah.html

punca dan kesan jenayah siber. (2020). Scribd.
https://www.scribd.com/document/479466212/punca-dan-kesan-jenayah-siber

itutor. (2020, April 13). Langkah Mengatasi Masalah Jenayah Siber. Ipendidikan.my;
Ipendidikan.my. https://www.ipendidikan.my/langkah-mengatasi-jenayah-
siber.html

MyGOV - The Government of Malaysia’s Official Portal. (2022). Malaysia.gov.my.
https://www.malaysia.gov.my/portal/content/30989?language=my

Unit Jenayah Siber. (2022). Moha.gov.my.
https://www.moha.gov.my/index.php/en/dir-kdn/159-bahagian-
keselamatan/2537-

sugi priharto. (2019, May 9). Analisis SWOT : Pengertian, Metode Analisis, dan
Contohnya. CPSSoft. https://cpssoft.com/blog/bisnis/pengertian-analisis-swot/

8

6.0 LAMPIRAN
9


Click to View FlipBook Version