The words you are searching are inside this book. To get more targeted content, please make full-text search by clicking here.

BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Discover the best professional documents and content resources in AnyFlip Document Base.
Search
Published by 538-13-nursyazni, 2021-11-17 01:26:57

BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

BMMB1074 SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU

Sejarah Perkembangan Tulisan Dalam Bahasa
Melayu,Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu
Pramerdeka dan Pascamerdeka Serta Cabaran

Dan Masa Depan Bahasa Melayu

DARIPADA:NURSYAZNI AFIKA BINTI MUHAMMAD ZULHAZRI
UNIT:BAHASA MELAYU 1

Sejarah Perkembangan Tulisan dalam Bahasa Melayu

1. SISTEM TULISAN PALLAWA

• Tulisan pallawa merupakan satu sistem tulisan abjad suku kata(abugida) berasal daripada tulisan Brahmin dari Indo-Aryan Lembah Indus-Kush.
• Dikenali sebagai tulisan bulat.
• Tulisan ini digunakan bagi menulis bahasa Dravidia di India Selatan dan Sri Lanka.
• Merupakan tulisan kuno yang digunakan untuk menulis Bahasa Tamil selepas menggantikan tulisan Tamil-Brahmi.
• Bentuk tulisan ini digunakan di Kerala untuk menulis bahasa Tamil.
• Di kepulauan Melayu,tulisan ini merupakan tulisan yang terawal digunakan.
• Mula bertapak di Pula Jawa dan digunakan untuk menulis dalam bahasa Sanskrit.
• Mempunyai 46 abjad
• Sewaktu itu,bahasa Sanskrit merupakan bahasa pentadbiran dan ilmu pengetahuan.

• Penyebaran tulisan dan bahasa ini terhad kepada golongan istana sahaja kerana ketiadaan kemudahan asas.
• Tulisan pallawa merupakan tulisan terawal digunakan untuk menulis dalam Bahasa Melayu Kuno,kerana menerima pengaruh daripada bahasa Sanskrit.
• Tulisan ini terdapat pada yupa(tiang batu persembahan) di daerah Muara Kaman.
• Ia digunakan dalam dokumen Tarumanegara yang berasal dari pertengahan abad ke-5.

2. SISTEM TULISAN KAWI

• Merupakan sistem tulisan terawal dalam kepulauan Melayu yang wujud pada kurun ke-8M.
• Digunakan untuk menulis bahasa Sanskrit dan Jawa Kuno.
• Dibawa masuk ke kawasan lain di sekitar Asia Tenggara dan bercambah menjadi sistem-sistem tulisan baharu.
• Berasal daripada huruf Vangki(Wenggi) iaitu huruf orang Pallawa dari Coromandel,India.
• Huruf Kawi ini lenyap pada tahun 1400 M beriringan dengan runtuhnya kemaharajaan yang menggunakan huruf itu iaitu Majapahit dan digantikan oleh Huruf Jawa

(Carakan).
• Orang-orang Melayu Kuno menulisnya di atas kulit-kulit kayu,daun-daun lontar,kepingan–kepingan logam dan pada batu-batu bersurat.
• Menurut The Patriots tulisan Kawi mementingkan suku kata,bukan hurufnya berbanding tulisan Jawi.
• Tiap hurufnya mempresentasikan sebuah suku kata dengan vokal yang dapat diubah dengan penggunaan tanda baca dan ditulis tanpa ruang kosong.
• Mempunyai 47 huruf,namun terdapat sejumlah huruf yang bentuk dan penggunaanya tidak dikenal pasti.

3.SISTEM TULISAN JAWI

• Merupakan tulisan terawal yang pernah ditemui dan berkembang sejak zaman Kerajaan Islam Pasai dan disebarkan ke Melaka,Johor dan Aceh pada

abad ke-17.
• Bukti kewujudan tulisan ini apabila terjumpanya Batu bersurat Terengganu bertarikh 702H/1303M.
• Merupakan tulisan rasmi bagi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu semasa zaman British.
• Kini tulisan ini digunakan dalam urusan agama Islam dan adat istiadat Melayu di Johor,Kedah,Kelantan,Perlis.
• Manuskrip Melayu bukti kewujudan tulisan jawi dalam tamadun Melayu.
• Perkembangan tulisan Jawi peringkat pertama melalui empat tahap iaitu menggunakan tulisan arab.
• Tulisan Jawi mengikut ejaan Arab sepenuhnya,dengan menggunakan tanda-tanda baris.
• Seterusnya,menghilangkan baris.
• Tanda-tanda baris dihapuskan dan disebut tulisan Arab Gundu.
• Menggunakan huruf saksi.
• Sistem ejaan jawi mewujudkan huruf-huruf saksi iaitu[alif,wau,ya].
• Huruf saksi pada kata pertama dan kedua.
• Pada peringkat kedua,sIstem tulisan jawi berubah secara beransur-ansur tanpa ada panduan bertulis.

4.SISTEM EJAAN ZA’BA

• Ejaan ini telah diperkemas dalam beberapa tahun,dan dimuat dalam buku pedoman bahasa.
• Antaranya,buku Ilmu Bahasa Melayu Penggal 1(1926) dan Pelita Bahasa Melayu Penggal 1(1941).
• Sistem ini dijadikan sistem ejaan rasmi sehingga tahun 50-an sebelum digantikan Sistem Ejaan Baharu Bahasa Malaysia pada 16 Ogos 1972.
• Antara pembaharuan dalam ejaan Za’ba ialah membahagikan huruf-huruf Bahasa Melayu kepada huruf saksi dan huruf benar.
• Huruf saksi merupakan huruf vokal manakala huruf benar ialah huruf konsonan.
• Ejaan Za’ba mempunyai 40 peraturan.
• Peraturan 1 hingga 5 berkaitan keserasian vokal dalam suku kata pertama dan kedua jika suku kata kedua itu suku kata tertutup.
• Peraturan itu ialah huruf h dan k adalah huruf akhir dalam suku kata akhir tertutup,maka vokal e yang dipilih bukan vokal i pada suka kata itu

contohnya,aleh.

5.SISTEM EJAAN RUMI KONGRESS

• Dihasilkan berasaskan persetujuan yang dicapai dalam Kongress Bahasa dan Persuratan Melayu III.

• Jawatankuasa Ejaan dan Bunyi Bahasa Melayu pada sidang tersebut membuat 16 ketetapan tentang ejaan bahasa Melayu,2 ketetapan tentang bunyi
bahasa dan 1 ketetapan tentang tulisan jawi.

• Penggunaan vokal dalam bahasa Melayu berlaku apabila sesuatu perkataan terdiri daripada satu suku kata,jika dua huruf vokal berdekatan
letaknya,maka ia dua suku kata dan satu suku kata panjang banyak mengandungi dua konsonan,tetapi tidak lebih daripada satu vokal.

• Penggunaan sempang dalam ejaan ini adalah untuk menulis kata ulang,menyambung beberapa kata majmuk serta memisahkan kata jika kata itu tidak
lengkap.

6.PEDOMAN EJAAN RUMI BAHASA MELAYU

• Pada tahun 1967,hasil perjanjian penyatuan ejaan rumi bagi bahasa Melayu dan bahasa Indonesia telah dipersetujui.
• Mula dilaksanakan pada tahun 1972,hasil kesepakatan Majlis bahasa Indonesia-Malaysia.
• Jawatankuasa pengurusan Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan dalam menyusun pedoman ejaan rumi.

Sejarah Perkembangan Bahasa Melayu Pramerdeka dan Pascamerdeka
1.Peranan Pejabat Karang Mengarang

• Sebelum merdeka Pejabat Karang Mengarang di Maktab Perguruan Sultan Idris(MPSI) yang kini Universiti Perguruan Sultan(UPSI).
• Menerbitkan hasil penyelidikan warga akedemik dalam bentuk buku,jurnal dan sebagainya.
• Menganjurkan bengkel-bengkel penulisan dan kursus penterjemahan.
• Sebelum wujudnya pejabat Karang Mengarang,penerbitan buku-buku dikendalikan oleh pencetak-pencetak persedirian.
• Oleh kerana pengeluarannya tidak memuaskan,sebuah pencetakan Melayu telah ditambah kepada Pejabat Percetakan Kerajaan dengan mengambil

syed Mahmud Syed Abdul Kadri sebagai penulis dan penterjemah di Pejabat Pelajaran Singapura.

2.PERANAN PAKATAN BELAJAR-MENGAJAR PENGETAHUAN BAHASA

• Merupakan sebuah bidang pembinaan dan perkembangan bahasa Melayu yang diasaskan sebelum Tanah Melayu merdeka.

• Negeri Johor mendahului negeri-negeri Melayu lain dalam mengajar pengetahuan duniawi kepada anak-anak negerinya.
• Pada tahun 1850-an,kerajaan Johor mempunyai kesedaran tentang pentingnya pelajaran.

• Pada tahun 1880-an,Johor mencapai kejayaan pesat dalam bidang pelajaran.

• Banyak organisasi bahasa yang mula bergerak di Johor.

• PBMPM ini ditubuhkan di Johor Bahru pada tahun 1888 dengan usaha Dato’ Seri Amar Diraja Abdul Rahman Andak dan Muhammad Ibrahim
Munsyi.Mereka memperkasakan peranan bahasa Melayu dan memperjuangkan kedaulatan bahasa Melayu walaupun mereka mendapat pendidikan
Inggeris.

3. PERANAN ASAS 50

• Asas 50 memperluaskan dan mempertinggikan martabat kesusasteraan dan kebudayaan Melayu yang menjadi tunjang dan tulang belakang bangsa yang majmuk
di Tanah Melayu sekitar tahun 1950-an.

• Mempelajari bidang karangan tentang sastera seperti cerita,lakonan,buku,rencana dan pengetahuan.
• Mengubah dan mencipta perkara-perkara diatas yang mengandungi aliran dan fikiran yang maju untuk disiarkan dan diterbitkan.
• Mengatur dan mengadakan syarahan dan perdebatan tentang segala lapangan sastera.
• Menyatakan sebarang usaha karang-mengarang tentang bahasa dan sastera.
• Melindungi hak-hak muslihat seluruh ahli dan pengarangnya serta melindungi bayaran mengikut harga karangan yang dihasilkan.
• Membantu sasterawan dalam memajukan cita-cita dan kewangan.
• Memberi perlindungan di sisi undang-undang jika tulisan ahli terkeluar daripada undang-undang.

4.BAHASA MELAYU DALAM SISTEM PENDIDIKAN
LAPORAN BARNES(1951)
 Jawatankuasa ini ditubuhkan pada tahun 1950.
 Dipengerusikan oleh L.J.Barnes,Pengarah Latihan Sosial dari Universiti.
 Antara cadangan jawatankuasa:
• Meningkatkan taraf pendidikan pelajar Melayu di sekolah vernakular.
• Meningkatkan kualiti guru,pencapaian pedagogi pelajar di maktab dan mencadangkan latihan guru yang lebih bersesuain.
• Mencadangkan cara untuk membaiki pentadbiran,sama ada menubuhkan Penguasa Pendidikan Tempatan atau Badan Tempatan.
 Laporan ini mencadangkan penubuhan sekolah kebangsaan yang menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris sebagai pengantar.
 Jawatankuasa Barnes telah menggariskan tujuan sekolah Melayu sebagai memupuk perkembangan individu ke arah kecemerlangan melalui beberapa aspek;
• Pengetahuan dan kemahiran
• Menggalak
• Merangsang
 Membolehkan komuniti Melayu mencapai kedudukannya dalam perhubungannya dengan kaum-kaum lain.
 Membantu pembinaan kewarganegaraan atau Negara yang bersatu padu
 Laporan Barnes tidak mendapat sambutan yang baik kerana mendapat tentangan daripada masyarakat Cina

LAPORAN FENN-WU(1951)

• Diketuai oleh Dr.Fenn dan Dr.Wu
• Mengkaji semula laporan Barnes dan melayan kehendak masyarakat Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan

bahasa dan budaya orang Cina.
• Pandangan dan kajian laporan ini diserap dalam Ordinan Pelajaran 1952.
• Sekolah vernakular dibenarkan beroperasi dan menggunakan tiga bahasa,Bahasa Melayu,Bahasa Cina dan Bahasa Tamil.
• Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan(Sekolah Inggeris) dikekalkan.
• Sekolah-sekolah vokasional terus dikembangkan untuk menampung tenaga pekerja mahir.

ORDINAN PELAJARAN(1952)
• Pada 21 November 1952,Ordinan Pelajaran(1952) telah diluluskan oleh Majlis Perundangan Persekutuan.
• Penyata ini membawa perubahan besar kepada susunan sIstem pelajaran negeri ini.
Matlamat Ordinan Pelajaran(1952)
 Untuk membekalkan dan mengekalkan pengetahuan,kemahiran dan perwatakan yang baik untuk setiap individu.
 Untuk menggalakkan dan membolehkan sesuatu kaum menyesuaikan diri dalam masyarakat berbilang bangsa di Negara ini.
 Berusaha membentuk warganegara yang bersatu di seluruh Negara.
Perkara Yang Tercatat Dalam Ordinan Pelajaran 1952
• Menubuhkan dan mendirikan sekolah-sekolah kebangsaan yang mengandungi dua jenis iaitu
-Sekolah aliran Inggeris dan mata pelajaran Bahasa Melaysia dijadikan mata pelajaran wajib.
-Sekolah aliran Melayu,Bahasa Inggeris dijadikan sebagai bahasa kedua.

• Sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa perantara Kua-Yu(Cina) atau Tamil boleh disediakan jika terdapat 15 orang murid atau lebih di dalam satu darjah
mengikut keperluan bahasa perantaraan masing-masing.

• Kerajaan akan memberi pelajaran percuma selama 6 tahun dan diwajibkan kepada setiap warganegara yang berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun.

• Murid-murid yang tamat di peringkat sekolah rendah akan diberi peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah dan vokasional.

• Datuk E.E.C Thuraisingam menyatakan penyata pelajaran adalah bertujuan

-Mengukuhkan perpaduan Negara serta menggambarkan sistem pendidikan vernakular moden.
-Membentuk kurikulum pelajaran mengikut keperluan dan keadaan ketika itu.

LAPORAN RAZAK(1956)

• Disediakan untuk sekolah Melayu,Inggeris,Cina dan Tamil di peringkat sekolah rendah.
• Medium pengantaraan di sekolah yang menggunakan bahasa Melayu dirujuk sebagai sekolah”kebangsaan” dan sekolah lain disebut sebagai”jenis

kebangsaan”.
• Sekolah yang dibiayai oleh kerajaan menggunakan kurikulum kebangsaan yang biasa tanpa mengira jenis sekolah.
• Pembentukan satu sistem pendidikan kebangsaan.
• Permulaan kurikulum berorientasikan Malaya.
• Konsep sistem satu penilaian untuk semua.
• Pengiktirafan secara objektif telah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama.

5.PENGENALAN BAHASA MELAYU MODEN
PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA(DBP)

• Memperkaya dan membina bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi.
• Memajukan bakat kesusasteraan terutama dalam bahasa kebangsaan.
• Mencetak/menerbitkan/membantu usaha pencetakan dan penerbitan buku-buku dan risalah-risalah dalam bahasa kebangsaan.
• Membakukan ejaan dan sebutan,dan membentuk istilah-istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan.
• Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.
• Menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan dalam semua bidang.

KERJASAMA SERANTAU DAN PENGANTARABANGSAAN
• Pada tahun 1972,majlis bahasa Indonesia-Malaysia(MBIM) telah ditubuhkan.
• Usaha kerjasama antara Malaysia dan Indonesia untuk memulakan era baru dalam kerjasama kebahasan peringkat serantau.
• Penubuhan pakatan ini disertai oleh Brunei Darussalam menyebabkan MBIM semakin meluas menjadi Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-

Malaysia(MABBIM) pada tahun 1985.
• MBIM dan MABBIM ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Malaysia dan Indonesia di rantau ini.
• Kerjasama ini melahirkan penyeragaman pedoman ejaan.
• Mencetuskan penyeragaman pada pedoman pembentukan istilah.
• Menghasilkan penyeragaman pada istilah-istilah ilmu tinggi peringkat professional.
• Hasil kerjasama ini berjaya menerbitkan 40 buah kamus dari tahun 1986-2002.
• Jurnal serantau dan kamus istilah merupakan jurnal yang Berjaya dihasilkan.

CABARAN DAN MASA DEPAN BAHASA MELAYU

1.PENDIDIKAN
• Institusi Pendidikan Swasta mempunyai pilihan dalam hal penggunaan bahasa pengantar sama ada mengikut amalan sekolah kebangsaan atau

sekolah jenis kebangsaan .
• Pada tahun 2003,penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Matematik dan Sains di semua peringkat.
• Kekurangan guru Bahasa Melayu.
2.EKONOMI
• Dalam bidang perniagaan,bahasa Inggeris sebagai bahasa dominan dan menyebabkan bahasa Melayu diabaikan.
• Isu graduan dalam bidang Bahasa Melayu tidak laku di pasaran kerjaya.
3.PENTADBIRAN KERAJAAN
• Bahasa Melayu dalam pentadbiran awam sebagai urusan rasmi dalam Negara,urusan rasmi antarabangsa
• Bahasa Melayu dalam Dasar-Dasar kerajaan seperti gagasan 1 Malaysia.

4.KERANCUAN BAHASA DI MEDIA SOSIAL

• Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,rancu ialah tidak teratur,campur aduk,kacau.
• Bahasa rancu dipertuturkan mengikut perkembangan semasa.
• Tidak menggunakan tatabahasa yang betul.
• Contoh:”kacang je”(mudah sahaja).
• Penggunaan singkatan dalam media elektronik.

5.PENCAMPURAN KOD

• Berlaku apabila penutur mencampuradukkan bahasa atau dialek.
• Percampuran kod biasanya terdiri daripada gabungan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
• Contoh:U sihat tak?

6.SLANGA

• Menghalang kepada perkembangan serta kebakuan Bahasa Melayu.
• Atas faktor geografi dan keturunan.

RUJUKAN

Iskandar, T., & Zainal, B. (2010). Kamus Dewan edisi keempat .Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jawi Alphabet. (2021,November 11). In Wikipedia. https://en.m.wikipedia.org/wiki/Jawi_alphabet

Jimoh370. (2013,May 21).Sastera Moden Pejabat Karang Mengarang [PowerPoint slides].SlideShare. https://www.slideshare.net/jimoh370/sastera-moden-pejabat-karang-
mengarang
Lemada.(2013,Oktober 1).Ejaan Rumi Za’ba.Blogspot. http://bujangetg.blogspot.com/2013/10/ejaan-rumi-zaba.html?m=1

Mohd Kodri Ab Malik. (2012,Mac 6).Percampuran Kod dalam Bahasa Melayu.Blogspot. http://kodrimohd.blogspot.com/2012/03/percampuran-kod-dalam-bahasa-
melayu.html?m=1

Muhammad Al Afzan Ali Hussin.(2018,April 30).Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka dalam Memartabatkan Bahasa Melayu.Blogspot.
https://cikguafzan96.blogspot.com/2018/04/peranan-dewan-bahasa-dan-pustaka.html?m=1

Muhammad Amirul Syafiq Md Yusuf.(2013,Februari 23).Isu Pluraliti Selepas Merdeka Dari Perspektif Pendidikan [PowerPoint slides].SlideShare.
https://www.slideshare.net/ssuser19c7d8/isu-pluraliti-selepas-merdeka-dari-perspektif-pendidikan

Nazarinanawawi (2012,May 3). Masa Hapan Bahasa Melayu [PowerPoint slides].SlideShare. https://www.slideshare.net/nazarinanawawi/masa-hadapan-bahasa-melayu

Sivapriya Gopi. (2014,April 28).Pendidikan Malaysia [PowerPoint slides].SlideShare. https://www.slideshare.net/sivapriyagopi5/pendidikan-malaysia

Tulisan Pallava. (2021,Julai 17).In Wikipedia. https://ms.wikipedia.org/wiki/Tulisan_Pallava

TERIMA
KASIH


Click to View FlipBook Version