PERKEMBANGAN EKONOMI
ZAMAN KERAJAAN
ABBASIYAH
Tindakan Khalifah Abu Jaafar Al-
Mansur memindahkan pusat
pemerintahan dari Damsyik ke
Baghdad telah menggiatkan lagi
aktiviti ekonomi
KEISTIMEWAAN BAGHDAD:
§ Kedudukan yang strategik menjadi laluan
perdagangan timur dan barat.
§ Terdapat sebuah pasar yang dikenali sebagai Suq
Baghdad yang menjadi tumpuan para pedagang
Parsi.
§ Terdapat ladang-ladang pertanian dan ternakan
serta sebuah pasar yang dikenali sebagai Suq al-
Baqar
Sumber utama kewangan kerajaan
Abbaysiah
perdagangan
pertanian Usyur
perindustrian Fai
sumber-sumber lain Jizyah
Kharaj
Zakat
Ghanimah
Sumber Kewangan Kerajaan Abbasiyah
• Zakat.
Ø Iaitu kadar harta yang dikeluarkan oleh orang Islam terhadap harta-harta tertentu
yang mencukupi had minimum menurut syarat-syarat tertentu.
• Kharaj.
Ø Iaitu cukai tanah milik orang bukan Islam. Cukai ini juga dikenakan ke atas tanah
milik orang Islam yang diperoleh melalui peperangan. Kadarnya ditentukan
berdasarkan keadaan tanah.
• Ghanimah.
Ø Iaitu harta rampasan perang. 4/5 atau 80% daripadanya diberikan kepada para
pejuang Islam. Bakinya dibahagikan menurut cara yang ditetapkan oleh al-Quran.
• Fai.
Ø Iaitu harta yang diperoleh melalui jalan perdamaian setelah pihak musuh
menyerah kalah.
• Jizyah.
Ø Iaitu bayaran yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang mendiami negara
Islam. Ia dengan sendirinya gugur apabila pembayarnya memeluk Islam.
• Usyur.
Ø Ia bermaksud satu persepuluh. Ia merupakan kadar bayaran tetap yang dikenakan
ke atas kapal perdagangan bukan Islam yang singgah di pelabuhan-pelabuhan
negara Islam untuk tujuan perniagaan
Sektor Utama Ekonomi Kerajaan Abbasiyah
• Pertanian
– Usaha memajukan pertanian:
• Membina saliran.
• Melebarkan sungai dan terusan.
• Membuat empangan.
• Membuka tanah pertanian baru.
• Membuat penyelidikan dalam bidang pertanian.
– Wilayah-wilayah yang banyak mengeluarkan hasil-hasil
pertanian ketika itu ialah Mesir, Syam, Iraq, Yaman, Maghribi,
Khurasan dan Andalus.
– Jenis-jenis hasil pertanian ketika itu adalah seperti berikut:
• Bijirin : gandum, barli dan beras.
• Buah-buahan : anggur, limau, kurma, epal, pisang, tembikai, buah tin
dan buah zaitun.
• Sayur-sayuran dan lain : timun, kubis, kunyit, kacang tanah, ubi,
manisan dan tebu.
• Ternakan : lembu, kambing, ayam itik, lebah dan sebagainya.
• Perindustrian
Jenis industri
v Tenunan, hamparan dan permaidani :
Baghdad di Iraq dan Syiraz serta Asfahan di
Parsi.
v Pinggan mangkuk : Mesir dan Syam.
v Barangan kaca, tembikar dan mozek :
Baghdad, Mesir dan Syam terutamanya di
Soida dan Sur.
v Barangan kulit dan senjata : Mesir, Andalus
dan Maghribi.
v Perhiasan dan batu permata : Yaman,
Khurasan, Bahrain dan Lubnan.
v Kertas : Iraq, Mesir, Maghribi dan Andalus.
Perdagangan
Faktor perkembangan:
-Pembukaan wilayah-wilayah baru yang memberi banyak ruang pasaran
perniagaan.
-Perkembangan industri perkapalan memudahkan pergerakan para pedagang.
-Sarjana-sarjana Islam menghasilkan karya-karya yang menjelaskan hukum-hakam
perniagaan serta galakan terhadapnya.
-Kemahiran orang Arab dalam bidang perniagaan sejak zaman jahiliah.
-Langkah-langkah positif yang diambil oleh kerajaan Abbasiah untuk menggiatkan
aktiviti perdagangan, iaitu:
ü -Membina pusat-pusat perniagaan yang dilengkapi dengan perigi di jalan-
jalan utama.
ü -Membina rumah-rumah api untuk panduan kapal-kapal perdagangan.
ü -Mengetatkan kawalan keselamatan untuk mengelak daripada perompak dan
lanun.
- Untuk memudahkan urusan kewangan ketika itu, para pedagang menggunakan
cek kembara yang dikenali sebagai al-saftajah.
Peranan Baitulmal
Baitulmal ialah institusi kewangan terbesar negara dan diketuai oleh
Sahib Baitulmal, iaitu, pengurus perbendaharaan negara yang bertugas
menguruskan pendapatan dan perbelanjaan negara yang dilakukan oleh
Diwan al-Kharaj (jabatan hasil) dan Diwan al-Nafaqah (jabatan
kewangan).
Akaun baitulmal dikawal oleh (jabatan dalam negeri) bersama
(jabatan audit negara).
Peranan Baitulmal :
v Pengurus sumber-sumber pendapatan negara.
Ia mengurus dan menjana pendapatan negara menerusi Diwan al-Kharaj yang
menguruskan kutipan cukai.
v Mengawal belanjawan negara.
Ia mengawal perbelanjaan negara melalui Diwan al-Nafaqah yang menguruskan
pendapatan dan perbelanjaan untuk semua jabatan kerajaan dan gaji kakitangan
kerajaan.
Kesan Pembangunan Ekonomi Terhadap Rakyat
Menjadikan umat Islam menikmati taraf hidup yang tinggi.
Pendapatan negara tinggi
Menyediakan prasarana seperti tali air, jalan, masjid, sekolah
dan sebagainya.
Menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada rakyat.